Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday 7 February 2012

Projek Jalan Raya Anak Kurau-Kamunting Bakal Ransang Sektor Ekonomi Setempat... @ZambryAbdKadir


Pembinaan jalan raya menghubungkan Kampung Anak Kurau dengan Bukit Jana, dekat Kamunting yang bernilai kira-kira RM75 juta dijangka mampu merangsang pembangunan ekonomi di daerah berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pihaknya menjangka fasa pertama projek berkenaan siap Januari tahun depan.

Dengan nilai perbelanjaan mencecah RM8.5 juta, ia membabitkan pembinaan jalan sejauh 2.5 kilometer.

"Secara keseluruhannya, projek Jalan Anak Kurau-Kamunting ini membabitkan kos kira-kira RM75 juta dan membabitkan laluan sejauh 11.5 kilometer."

"Jika projek berkenaan siap sepenuhnya, ia mampu melonjakkan sektor ekonomi kawasan setempat, selain dapat diperluaskan ke daerah lain," katanya.

Selain itu, Zambry berkata, tempoh perjalanan penduduk ke Taiping juga dapat disingkatkan kepada 10 hingga 15 minit, berbanding 45 minit sebelum ini.

Sumber : PerakBN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers