Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday 19 October 2017

Video : Bukti Kegagalan "Himpunan Kleptokrasi"!!!!! #KN



"Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi" yang sepatutnya menghimpunkan lebih 100 ribu peserta akhirnya yang hadir kurang dari 10 ribu sahaja, kebanyakannya ialah penyokong Pakatan Harapan, selain orang awam yang kebetulan lalu di situ untuk sekadar melihat apa berlaku.

Suasana himpunan tanpa permit polis bertema "Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi " anjuran Pakatan Harapan itu ternyata seumpama fun-fair atau pesta sukaria meskipun gah dihadiri ramai pemimpin utama pembangkang.

Antara pemimpin hebat pembangkang yang hadir termasuk Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dan pemimpin ‘otai’ DAP, Lim Kit Siang di pentas utama.

Sebahagian hadirin dilihat mengambil kesempatan membeli snek daripada puluhan trak makanan serta pakaian dan buku politik antikerajaan di khemah peniaga yang dibuka penganjur hingga menyebabkan kesesakan trafik.

Kawasan persekitaran padang juga diawasi oleh penguat kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), selain membuat kawalan terhadap pergerakan orang ramai di setiap laluan masuk ke padang awam rekreasi tersebut.

MBPJ juga terpaksa menutup laluan dari arah Stesen LRT Taman Jaya, menuju ke arah padang itu manakala laluan bertentangan di hadapan pusat beli-belah Amcorp Mall masih dibuka seperti biasa kepada urusan orang ramai.

Selain itu, pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dan Kontinjen Selangor, turut mengawasi keselamatan di kawasan sama. Himpunan bermula sekitar jam 2 petang dan berakhir lewat malam.

Siapa Kata 'Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi" Gagal???? #KN


Siapa kata ''Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi" ni gagal???? Berjaya tau... Jumlah sasaran awal menjangkakan 100 ribu peserta yang datang tercapai tau seperti yang dilaporkan oleh media pembangkang "PH Sasar 100,000 Orang Sertai Himpunan Anti-Kleptokrasi (Sila Klik Sini). Pandai-pandai buat fitnah kata 10 ribu jer datang. 10 ribu pun ramai tau 10% dari jumlah asal. Himpunan kali ini paling berjaya jika mahu dibandingkan dengan himpunan-himpunan  atau demonstrasi sebelum ini seperti Bersih, Hapuskan GST, Himpinan yang dirancang pada 14 Oktober lepas adalah himpunan paling teruk dan paling gagal antara semua himpunan atau demonstrasi yang dilakukan oleh pembangkang. Jika kita ikuti secara terperinci kita akan dapat lihat jelas penurunan jumlah peserta yang mengikuti himpunan atau demostrasi yang dianjurkan oleh pemimpin pembangkang.


Ini diakui sendiri oleh rakan dalam pakatan pembangkang seperti PAS :
Jumlah kehadiran dalam himpunan yang dianjurkan oleh parti politik secara tidak langsung mencerminkan kekuatan organisasi, jentera mobilisasi serta komitmen ahli sesebuah parti berkenaan.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata demikian ketika mengulas himpunan Kleptokrasi anjuran sebuah parti politik baru-baru ini yang didapati tidak mencapai sasaran.
"Tidak perlu membandingkan himpunan berkenaan dengan Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal, baru-baru ini kerana kehadiran peserta dari Kedah pun mencapai 15,000 dari 200,000 yang hadir," ujarnya.
Menurutnya, pengamal politik tempatan juga menyifatkan himpunan Kleptrorasi berkenaan mencerminkan tahap sokongan dan komitmen ahli-ahli politik dalam koalisi Pakatan Harapan berkedudukan kabur.
Bahkan jelasnya lagi, kandungan ucapan para pemimpin Pakatan Harapan dalam himpunan berkenaan lebih kepada pernyataan emosi, tidak fokus dan longlai untuk memperlihatkan kesungguhan parti berkenaan membina negara sejahtera.
Sumber : HarakahDaily


Nak tahu siapa lagi yang cakap himpunan ni gagal boleh KLIK SINI KLIK SINI 











Wednesday 18 October 2017

Benarkah Dakwaan Pembangkang Kononnya Individu Duduk Atas Bendera Malaysia Dibayar UMNO???? @NajibRazak #KN


Dah nama pembangkang sampai bila-bila pun akan berperangai pembangkang. Bila gagal merata cuba pusing keliling mencari sasaran untuk menuding jari menyalahkan pihak lain. Bila dah kantoi mula cari jalan salahkan pihak lain untuk dipertanggungjawabkan. Inilah yang berlaku ketika "Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi" yang berlaku baru-baru ini di Padang Timur, Dataran Petaling Jaya apabila mula tular di media-media sosial berkaitan beberapa keping gambar peserta himpunan yang bertindak kurang ajar duduk di atas bendera kebangsaan. 



Beberapa keping gambar jelas menunjukkan beberapa individu yang diyakini adalah peserta "Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi" duduk di atas padang rumput berlapikkan bendera Malaysia. Sepatutnya perkara sebegini tidak akan berlaku jika penganjur perhimpunan mengambil berat soal maruah negara. Kita sedia maklum sejak kebelakangan ini pihak pembangkanglah yang mengajar rakyat menjadi kurang ajar dan tidak menghormati undang-undang dan perlembagaan negara. Bila dah kantoi apa lagi pembangkang menggunakan macai-macainya untuk menutup kelemahan mereka.

Ini antara contoh bagaimana macai-macai pembangkang cuba mengalihkan kelemahan dan kesilapan mereka dengan menuduh individu yang duduk atas bendera Malaysia ini "DIBAYAR" oleh UMNO. Pembangkang menuduh kononnya perbuatan ini adalah sabotaj dari UMNO dengan membayar individu tertentu untuk berbuat demikian. Bila depa dah kantoi cara untuk menutup malu adalah dengan menyalahkan orang lain atas kelemahan dan kegagalan mereka. Maka berdondong-dondonglah macai-macai dan jentera cytro pembangkang menggunakan modal bahawa UMNO yang membayar kepada individu-individu terlibat untuk berbuat demikian. Mereka menuduh UMNO adalah dalang disebalik insiden ini dengan niat jahat agar rakyat membenci UMNO dan kerajaan yang memerintah sekarang ini.

Jelas kita dapat lihat himpunan kali ini GAGAL apetah lagi gagal menarik minat rakyat kerana rakyat sudah jelak dengan penipuan demi penipuan oleh pemimpin pembangkang yang mempergunakan rakyat kononnya demi sebuah perjuangan menuntut keadilan. Rakyat kini mula sedar bahawa selama ini mereka dipergunakan oleh pemimpin pembangkang demi kepuasan politik peribadi mereka dan bukannya ikhlas dengan niat mahu membantu rakyat. Mungkin juga rakyat kini sudah sedar dan celik serta mula lihat apa yang pihak kerajaan lakukan untuk rakyat Malaysia.



Boleh rujuk disini beberapa artikel lain berkaitan isu "duduk atas bendera Malaysia".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers