Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 17 January 2014

[18SX] Sakitnya Anu ‘Tegang’ Selama 5 Minggu...

Dublin – Seorang penunggang basikal gunung berdepan pengalaman memeritkan apabila kemaluannya menegang selama lima minggu akibat kecederaan dialami ketika melakukan aktiviti lasak kegemarannya.

Lelaki berusia 22 tahun itu mengalami masalah dikenali sebagai priapisme selepas jatuh terkangkang atas palang basikalnya.

Kejadian itu mengakibatkan gangguan saraf yang mengalirkan darah ke zakarnya.

Media semalam melaporkan, mangsa hanya mendapatkan rawatan di Hospital Tallaght lima minggu selepas mengalami kecederaan itu.

Pemeriksaan awal menunjukkan lelaki itu tidak mengalami sebarang kecederaan menyebabkan doktor tertanya-tanya cara untuk membantunya.

Doktor di hospital Tallaght berkata, seseorang yang mengalami priapisme masih boleh mengadakan hubungan seks namun mungkin tidak akan merasai sebarang kenikmatan, sebaliknya cuma menderita.

"Ia juga boleh menyebabkan darah beku jika tidak dirawat segera," katanya.

Selepas beberapa rawatan, masalah lelaki terbabit akhirnya berjaya diselesaikan apabila melalui busa gel serta empat lingkaran platinum kecil yang dimasukkan di antara urat yang membekalkan darah ke kemaluannya. – Agensi

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bila Nasib "Kangkung" Lebih Terbela Dari Nasib Guru Yang Diarah Buka Tudung!!!


Ramai yang terlupa, tak tahu atau buat-buat tak tahu yang di saat kita ghairah dengan isu kangkung, ada seorang guru mualaf di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya, Teluk Sengat, Johor telah diarahkan untuk membuka tudung, malah diancam keselamatannya oleh pihak pentadbir sekolah tersebut.

Laporan polis telah dibuat tetapi nampaknya isu kangkung juga yang menjadi sebutan.

Kangkung sana, kangkung sini… parodi sana, parodi sini… sampai satu peringkat tokoh pendidik Profesor Diraja Ungku Aziz pun difitnah dan diheret sekali dalam polemik kangkung ini.

Tetapi berapa ramai di antara kita yang memperjuangkan nasib guru mualaf ini, berapa ramai diantara kita yang 'share' kisahnya dalam Facebook, Twitter dan segala macam di dalam sosial media yang ada?

Kita rasa bangga, kita rasa megah, kita rasa seronok dalam MENGEMBANGKAN isu kangkung tetapi kita tak pernah rasa malu, tak pernah rasa bersalah bila membiarkan guru wanita ini 'berperang' antara prinsip agama dan tuntutan majikannya.

Dalam perkembangan terbaru, Pemuda UMNO Johor telah memberi tempoh 24 jam kepada ahli jemaah pengurus SJKC Nan Ya untuk memohon maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini.

Ketua Pemuda Wilayah @razlanrafii Serang Peniaga Di Pasar Chow Kit??? @NajihRazak @KhairyKJ @azwanbro


Gempar!!!! Memang gempar!!!!

Awal pagi ini sekitar jam 6.30 pagi kelihatan sekumpulan pemuda dilihat memasuki ke kawasan peniaga di Pasar Basah Chow Kit di ibukota.

Rupa-rupanya kumpulan ini adalah rombongan Ketua Pemuda Wilayah yang diketuai oleh Razlan Rafii bersama Exco PPUM Mohd Nazir selaku Pengerusi Hal Ehwal Bandar dan Perumahan serta Pemuda Wilayah turun padang bagi meninjau sendiri kenaikan harga barang seperti yang heboh dikatakan oleh orang ramai.

Ketika tinjauan dibuat memang terdapat sedikit kenaikan harga beberapa barang bukanlah akibat kenaikan harga minyak atau tarif elektrik tetapi kenaikan harga barang adalah disebabkan kekurangan bekalan di pasaran yang berkebetulan dengan musim tengkujuh.

Tinjauan terhadap pengguna juga menyatakan perkara yang sama di mana tiada sangat isu harga barang naik mendadak seperti yang dilaporkan media sosial. Menurut kata beberapa pengguna juga berkata ada juga beberapa barangan yang harganya turun tetapi tidak pulak dilaporkan terutama dari pihak pembangkang.

Pemuda Wilayah juga menurut Razlan ada mewujudkan satu skuad peninjau yang akan memantau harga dari masa ke semasa disamping akan juga dibantu oleh Pemuda setiap Bahagian dalam Wilayah. Ini bertujuan bagi memberi maklumat yang lebih tepat kepada pimpinan tertinggi seterusnya pihak kerajaan.

p/s : harga kangkung pun okay sejak PM kata dah turun sampai la tak naik-naik.... kalo PM sebut harga barang lain pun silap-silap tak naik sama....

Thursday 16 January 2014

Dongeng Moden : Kura-Kura Tewaskan Arnab Dalam Pertandingan Ski???


Seekor kura-kura dilaporkan berjaya menewaskan arnab dalam pertandingan ski yang dianjurkan untuk haiwan peliharaan di utara China.

Pelbagai jenis haiwan seperti kucing, anjing, ayam jantan dan itik saling bersaing ke garisan penamat di cerun bersalji di Hunan, lapor akhbar China News Service.

Seramai 40 pemilik haiwan dibenar meletakkan haiwan peliharaan mereka di atas peralatan ski atau luncuran salji.

Dalam keputusan yang tidak dijangka menyerupai kisah dongeng Greek, seekor kura-kura mengalahkan arnab dengan haiwan reptilia itu mendapat tempat ketiga secara keseluruhan.

Akhbar melaporkan arnab tewas kerana ia suka melompat dan tidak mematuhi arahan pemiliknya.

"Keadaan itu membolehkan arnab dipintas kura-kura," lapornya.

Kura-kura yang biasanya dijangka berhibernasi ketika musim sejuk dilihat bergerak di atas peralatan ski pemiliknya.

Akhbar itu turut menyiarkan gambar seekor itik kuning memakai tali leher merah yang diberi sijil penghargaan kerana berjaya menamatkan perlumbaan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 15 January 2014

Puaka Niring : Gempa Bumi Melanda Israel Ketika Ariel Sharon Hendak Dikebumikan!!!


TEL AVIV- Isnin lalu, ketika pembunuh masyarakat Islam Palestin, Ariel Sharon hendak dikebumikan, utara Israel telah mengalami gempa bumi berukuran 3.5 skala Richter

Di saat para pemimpin dan orang-orang kenamaan antarabangsa sedang memberi penghormatan terakhir kepada salah seorang pengasas negara Yahudi itu, penduduk utara Galilee melaporkan kepada Ynetnews.com bahawa gegaran itu mulai dapat dirasai sekitar waktu tengah hari.

Berita mengenai gempa bumi itu telah disahkan oleh Institut Geofizik Israel.

Masya'Allah… apakah itu petanda bumi tidak menerima Ariel Sharon dan bayangkan azab yang menanti pemimpin Yahudi lakhnatullah berkenaan.

" SAYA bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan…" Itulah antara baris ayat Ariel Sharon.

Gempar!!! Malaysia Jadi Trending Gara-Gara Isu Kangkung??? @NajibRazak


Gara-gara isu kangkung, kini nama Malaysia menjadi terkenal di seluruh dunia, apabila portal berita antarabangsa BBC menyiarkan isu tersebut menerusi portal mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mengumumkan penurunan harga sayur kangkung yang menerima pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia berhubung isu tersebut.

Di sebalik kenaikan harga minyak dan tarif elektrik, mungkin penurunan harga sayur kangkung bukanlah satu-satunya perkara yang mahu didengari oleh masyarakat kita.

Disebabkan itu, rata-rata penduduk Malaysia mula menjadikan isu itu sebagai sesuatu yang melucukan.

Banyak lawak sinis mengenai kangkung dibuat di laman sosial seperti Facebook, Youtube dan menjadi trending topic di Twitter.

Terdapat ratusan ribu tweet mengenai jenaka kangkung dan juga sebuah Facebook Page 'Kangkung' didaftarkan dengan lebih 10,000 orang pengikut, serta pelbagai ulasan di Youtube yang menampilkan lirik lagu rakyat yang diubah suai.

Malah, terdapat juga peniaga yang mengambil kesempatan dengan mencetak tshirt Keep Calm and Eat Kangkung yang dikatakan sudah mula dijual di pasaran.

p/s : hmmmmm, Malaysia menjadi trending kerana sayur kangkung, perlu berbangga atau tidak ya???

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

WTF!!! Peniaga Cina Naikkan Harga Barang Tapi Hasut Pelanggan Marah Kat @NajibRazak!!!


Tak dapat dinafikan, antara topik hangat dewasa ini adalah kenaikan harga.

Ia menjadi perdebatan dari kedai kopi sampailah ke laman sosial.

Apa yang dibimbangi, ada pihak menangguk di air keruh daripada senario ini.

Sesetengah kenaikan harga memang tak dapat dielakkan lagi dan pada masa sama, segala-galanya tidak harus dipersalahkan pada pihak kerajaan semata-mata.

Contohnya nota yang ditampal peniaga gerai ini.

Pada nota menggunakan tulisan Cina tersebut, dia mengisytiharkan bahawa harga makanan di gerainya terpaksa dinaikkan.

Bagaimanapun awal-awal dia memberitahu, jika terdapat sebarang kesulitan pelanggan harus memarahi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan bukan dirinya.

Sepatutnya, peniaga ini cukuplah sekadar memberitahu pelanggan bahawa harga makanannya terpaksa dinaikkan tanpa perlu memasukkan unsur-unsur hasutan di situ.

p/s : macam mana pulak dengan peniaga-peniaga Cina pro DAP yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang dan kemudian meletakan kesalahan itu di bahu kerajaan???

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday 14 January 2014

Pasal Kencing Pun NKPUM @AzwanBro Nak Bising-bising???? @NajibRazak @KhairyKJ #wanberuk


Gua tak terkejut langsung bila gua terima keratan tweet dalam wassap group pasal NKPUM, AzwanBro yang komen dalam akaun twitter dia pasal larangan pekerja wanita bersih tandas lelaki seperti yang kita sering jumpa sebab beliau ni memang "kaki kencing" hancing. Merata-rata mamat ni kencing orang termasuk gua yang dia dah "kencing".

Awak tu orang nombor dua KJ dalam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia biar la sesuai ngan level lu bro. Ini pasal kencing pun nak tweet ka. Sejak bertahun-tahun gua rasa orang perempuan ditugaskan membersih tandas lelaki tapi jarang sekali gua dengar kes kena cabul ker apa ker. Biasanya yang bersih tandas lelaki ni makcik-makcik jer so tak timbul kes yang pelik-pelik. Lain ler kalo orang lelaki yang bersih tandas perempuan, dah tentu lain hal yang jadi. Bukanlah isu besar pun kalo makcik-makcik kerja membersih tandas lelaki. Banyak lagi isu besar lain kalo nak di "highlight" kan bro sejajar dengan level lu.

Kalo agak segan nak "shi shi" macam yang lu tweet tu tahan jer pegi ke tandas lain. Tak pun masuk jer dalam tandas tutup pintu. Takkan itu pun gua nak ajar. Apa tinggi sangat ker jawatan lu sampai orang yang nak bersih tandas pun nak kena pilih-pilih. Tak pun walaupun awak kaya-raya jutawan berjawatan tinggi berbudi bahasa la skit cakap elok-elok kat makcik tu, "makcik.... saya nak buang air sebentar boleh..." makcik tu pun paham la. Sombong betul la lu nie bro.

Ala bro, lu pun macam tak biasa kencing plak. Lu pun kaki kencing jugak bro. Hancing lagi lu punya kencing. Lagi pun lu kan ada access ngan pemimpin besar negara kan, hantar jer wassap ker sms ker kalo nak komplen pun, nanti pemimpin reply la sms tu walaupun lu jenis susah nak reply sms lebih-lebih lagi bila lu lepas kencing orang.

p/s : lu jangan angin plak bila gua kata lu "kaki kencing" sebab ramai gua jumpa orang yang lu dah kencing hancing.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers