Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 21 September 2013

Serena Chef Wan Nak Bertanding Jawatan Puteri UMNO ker???


Gambar Serena Chef Wan ni sempat gua rakamkan di PWTC hari ini sewaktu hari penghantaran borang pencalonan untuk jawatan Majlis Tertinggi, sayap Wanita, Pemuda dan Puteri berlangsung.

Gua tak pasti sama ada kehadiran Serena ini untuk menghantar borang pencalonan atau sekadar hadir bagi memberi sokongan kepada calon-calon Puteri yang mahu bertanding.

Namun apa yang menarik perhatian orang ramai yang hadir bila ada selebriti yang hadir sama sewaktu hari penghantaran borang. Tentulah bila ada artis majlis tu nampak meriah skit kan.

p/s : kalo sapa-sapa tau apa tujuan dan sebab Serena hadir ke PWTC hari ni sama ada hadir untuk menghantar borang pencalonan atau sekadar menjadi penyokong calon boleh la syer ngan pembaca lain. Tolong syer kat ruangan komen ye.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

@AzwanBro Daftar 14 Ribu Pengundi Muda Baru!!! Orang Lain Ada!!! #OneBro4NKP @KhairyKJ



Pada siri yang lalu, YPS menceritakan langkah pertama Azwan setelah dilantik menjadi Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak (klik). Seterusnya YPS ingin menceritakan langkah kedua Azwan setelah berjaya mendaftarkan lebih dari 14,000.00 pengundi muda di Negeri Perak.

Selaku Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Negeri Perak, Azwan sedar tugas berat yang beliau galas. Mengambil kira hakikat yang Perak pernah tewas pada Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun 2008, beliau memulakan langkah mempersiapkan Jentera Pemuda Barisan Nasional bagi menghadapi Pilihanraya Umum yang ke 13.

Untuk itu, beliau bersama pimpinan pemuda BN Negeri Perak mengadakan program kajian sikap pengundi muda. Kajian yang mengambil kira pelbagai aspek melibatkan kehendak dan aspirasi anak-anak muda masa kini. Ianya merupakan satu lagi tugas mencabar kerana mengikut rekod PRU ke 12 yang lalu, saluran undi golongan muda berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Yang pasti, demi mengembalikan undi anak-anak muda yang juga dikenali dengan Generasi Y (Gen-Y), UMNO dan Barisan Nasional harus menepati kehendak golongan ini. Ianya melibatkan aspek ekonomi, masa depan dan agama. Apabila kesemua elemen ini dipenuhi, sokongan anak muda pasti kembali kepada BN.

Umumnya begitulah tugas-tugas kajian sikap pengundi dan menjadi standard operating procedure (SOP) setiap kali pilihan raya. Kedinamikan perkembangan maklumat mengakibatkan pendekatan dahulu yang mungkin berkesan dengan sekelip mata telah menjadi lapuk pada hari ini.

Pendekatan kajian sikap seharusnya berjalan berterusan dan kajiannya harus mendalam. Parti pembangkang telah mengimport pendekatan-pendekatan liberalisasi, hak kemanusiaan dan menanam berbagai-bagai persepsi untuk mencorak sikap pengundi.

Mereka cuba mewujudkan 'branding' atau penjenamaan terhadap BN dan UMNO. Pengundi khususnya pengundi muda diasak dengan persepsi UMNO adalah parti elitis, kerakusan kuasa dan penuh birokrasi. Sebagai contoh, pengikut-pengikut Pas telah diwayangkan dengan momokan takut kepada UMNO melebihi takutnya kepada DAP.

Baca selanjutnya di sini : Yob Pasir Salak

Friday 20 September 2013

[18SX] Jangan Baca : Profesor Penganut Syiah Adakan Seks Dalam Pejabat Selepas Kahwin Mutaah????


KUALA LUMPUR – Pensyarah bergelar profesor di sebuah universiti terkemuka di Lembah Klang berkahwin secara mutaah dengan pasangannya yang juga seorang pensyarah dan menjadikan bilik pejabat sebagai tempat untuk melakukan hubungan seks.

Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Dr Zamihan Md Zain, berkata pasangan pensyarah berusia 40-an itu berkahwin tiga tahun lalu sebelum dikurniakan seorang anak.

Beliau berkata, pensyarah lelaki berkenaan yang bergelar profesor adalah penganut ajaran Syiah dan berasal dari sebuah negeri di Pantai Timur, berjaya mempengaruhi pasangannya untuk mengikuti ajaran itu.

Kahwin sementara

"Kedua-dua pensyarah ini bergelar profesor dan berkhidmat di sebuah universiti terkemuka di Lembah Klang. Mereka berkahwin mutaah untuk beberapa bulan dan kemudian bercerai.

Mukhriz Bakal Menguburkan Karier Politiknya Dengan Bertanding Naib Presiden??? #MM4VP


Baru-baru ni dunia pemilihan UMNO dikejutkan dengan tindakan Menteri Besar Kedah yang baru dilantik Mukhriz Mahathir mengumumkan hasratnya mahu bertanding jawatan Naib Presiden UMNO yang bakal dilihat bertanding enam penjuru.

Hasrat Mukhriz mahu bertanding kononnya atas desakan akar umbi terutama dari Negeri Jelapang Padi, Kedah. Mungkin kerana naik "sheikh" bila dijolok oleh ketua-ketua bahagian dalam negeri Kedah menyebabkan dia melompat kegirangan mahu bertanding.

Walaupun dia anak mantan Perdana Menteri, Tun M yang terkenal dengan kehandalan dalam dunia politik tapi Mukhriz ni belumlah sampai ke tahap itu. Mungkin ini percaturan politik yang dirancang oleh Tun M yang mahu melihat anaknya menjadi PM.

Seperti tajuk yang dinyatakan di atas kenapa dengan tindakan Mukhriz bertanding jawatan Naib Presiden UMNO bakal menguburkan karier politik beliau yang baru setahun jagung mengetuai negeri yang pernah jatuh ke tangan pembangkang. Ada banyak sebab kenapa ia bakal berlaku cuma yang mahu dihuraikan di sini hanyalah sebahagian dahulu. Yang selebihnya bakal kita kongsikan di masa akan datang.

Antara sebab kesilapan tindakan dia nia bila bertanding ialah beliau baru memegang jawatan Menteri Besar Kedah, sebuah negeri yang berjaya dirampas dari pembangkang Pas. Sudah pasti banyak perkara yang mahu diperbetulkan kembali untuk mengambil hati rakyat Kedah.

Mukhriz Bakal Menguburkan Karier Politiknya Dengan Bertanding Naib Presiden??? #MM4VP


Baru-baru ni dunia pemilihan UMNO dikejutkan dengan tindakan Menteri Besar Kedah yang baru dilantik Mukhriz Mahathir mengumumkan hasratnya mahu bertanding jawatan Naib Presiden UMNO yang bakal dilihat bertanding enam penjuru.

Hasrat Mukhriz mahu bertanding kononnya atas desakan akar umbi terutama dari Negeri Jelapang Padi, Kedah. Mungkin kerana naik "sheikh" bila dijolok oleh ketua-ketua bahagian dalam negeri Kedah menyebabkan dia melompat kegirangan mahu bertanding.

Walaupun dia anak mantan Perdana Menteri, Tun M yang terkenal dengan kehandalan dalam dunia politik tapi Mukhriz ni belumlah sampai ke tahap itu. Mungkin ini percaturan politik yang dirancang oleh Tun M yang mahu melihat anaknya menjadi PM.

Seperti tajuk yang dinyatakan di atas kenapa dengan tindakan Mukhriz bertanding jawatan Naib Presiden UMNO bakal menguburkan karier politik beliau yang baru setahun jagung mengetuai negeri yang pernah jatuh ke tangan pembangkang. Ada banyak sebab kenapa ia bakal berlaku cuma yang mahu dihuraikan di sini hanyalah sebahagian dahulu. Yang selebihnya bakal kita kongsikan di masa akan datang.

Antara sebab kesilapan tindakan dia nia bila bertanding ialah beliau baru memegang jawatan Menteri Besar Kedah, sebuah negeri yang berjaya dirampas dari pembangkang Pas. Sudah pasti banyak perkara yang mahu diperbetulkan kembali untuk mengambil hati rakyat Kedah.

Apa yg akan berlaku jika dia menang jawatan tu nanti. Sudah tentu dia terpaksa membahagikan masa antara kerja dan tugas di negeri dengan pusat. Sudah tentu masa pun terpaksa di bahagi dua seperti terpaksa hadir ke pusat untuk menghadiri mesyuarat pengurusan. Sedangkan masa tersebut lebih elok dia gunakan untuk kerja-kerja di negeri sahaja. Lebihkan tumpuan pada Kedah sahaja dengan menguatkan bahagian serta rakyat kedah diberi perhatian.

Sebenarnya ada beberapa faktor lagi yang akan menyebabkan karier politik Mukhriz ni bakal terkubur kesan dari tindakan dangkal MB Kedah ni dan kita akan kongsikan di lain masa. Buat masa ini cukuplah yang ini saja dulu.

p/s : lepas ni sapa plak melompat kijang.... 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.





Pelik Tapi Benar!!! Kereta Lutsinar Yang Pertama Dilancarkan!!!




Thursday 19 September 2013

Puaka Niring : ‘Orang Minyak’ Mengganas Cari Anak Dara Di Marang!!!

"Sebaik sahaja tersedar daripada tidur, saya lihat ada lelaki separuh bogel memakai topeng 'Zorro' berada atas badan. Saya cuba menjerit namun mulut saya penuh dengan cecair seperti minyak dan ditutup," kata mangsa, seorang pelajar berumur 17 tahun.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, pelajar terbabit mendakwa lelaki separuh bogel itu telah memasukkan cecair seperti minyak dipercayai telah dicampur bahan lain ke dalam mulutnya agar dia tidak sedarkan diri.

Bagaimanapun lelaki yang tidak memakai seluar itu tidak sempat berbuat apa-apa apabila bapa pelajar terbabit juga tersedar daripada tidur lalu memeriksa bilik anak perempuannya sebelum menyergah lelaki itu yang kemudiannya melarikan diri.

Menurut mangsa, lelaki terbabit hanya sempat mengambil telefon bimbit miliknya dan bersyukur kerana tidak diapa-apakan.

Namun mangsa yang tinggal di Kampung Tok Renek itu masih trauma dan tidak dapat melupakan kejadian menimpanya.

"Nasib baik lelaki itu tidak sempat bertindak ganas dan saya bersyukur kerana kejadian disedari bapa, namun saya tidak akan dapat melupakan kejadian itu sampai bila-bila, malah masih berasa takut seolah-olah dia akan datang semula.

"Keluarga juga risau kejadian berulang dan mereka sudah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Payung di Marang dan kami berharap lelaki itu akan dapat diberkas dengan segera" katanya.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan dan menurutnya, kes berkenaan masih dalam siasatan serta disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, difahamkan lelaki separuh bogel dipercayai mengalami masalah mental itu juga digelar sebagai 'orang minyak' oleh penduduk kampung kerana sering berkeliaran di sekitar Bukit Payung dan Padang Midin, Kuala Terengganu.

Malah, kelibat lelaki tanpa seluar itu berjaya dirakam penduduk di kawasan berkenaan dan diedarkan kepada umum melalui laman facebook, whatsApp dan media baru lain termasuk gambarnya ditampal di tiang lampu isyarat di kawasan Bukit Payung.

Kejadian itu juga menyebabkan JKKK Padang Midin dan Belia Bestari (BBest) Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu menubuhkan satu pasukan rondaan di kawasan kampung berkenaan.

Menurut Pengerusi JKKK Padang Midin, Razali Shahul Hamid, rondaan di kawasan kampung bermula pada jam 12 malam hingga 6 pagi setiap hari dan disertai ahli jawatankuasa belia BBest serta penduduk kampung tersebut.

"Rondaan ini telah dijalankan sejak dua tahun lalu dan kita adakan dengan lebih giat selepas beberapa siri kejadian membabitkan lelaki dipercayai kurang siuman yang digelar sebagai orang minyak itu dikatakan mula berkeliaran termasuk di Tok Renek.

"Tok Renek masih di bawah pentadbiran JKKK Padang Midin. Kampung ini terletak di sempadan kawasan polis Kuala Terengganu dan Marang, jadi kami akan memberikan kerjasama penuh dalam membantu dua pihak berkuasa itu memberkas lelaki terbabit," katanya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 18 September 2013

Apa!!! Dato' Mukhriz Nak Bertanding Jawatan Exco Pemuda Jer??? Bukan Naib Presiden Ker??? @NajibRazak @tunfaisal #Mukhriz4Exco


Laaaa... aku mati-mati ingat Dato' Mukhriz Mahathir tadi. Rupanya Dato' Ahmad Mukhriz Dari Bahagian Pekan rupanya. Terkena aku bila baca artikel dari yuseriyusof.blogspot.com. Cerita penuh sila KLIK SINI

"Malah artikel ini tiada kaitan dengan legasi Mahathir bernama Mukhriz yang dikhabarkan bakal bertanding Naib Presiden UMNO dalam pemilihan yang akan datang. Sebaliknya ia mengenai hasrat Dato Ahmad Mukhriz menawarkan diri merebut jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia. 
Meriah sungguh pemilihan sayap pemuda untuk kali ini... 
Adakah Dato Mukhriz aktif dan memiliki kekuatan di peringkat akar umbi bagi membolehkan dia melaksanakan tugas selaku exco pemuda dengan berkesan?
Kita akan dedahkan siapa sebenarnya Dato Ahmad Mukhriz sebaik sahaja pengumuman rasmi untuk bertanding jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia dibuat oleh ke semua calon exco dari Pahang."

Aku pernah dua tiga kali terserempak dengan Dato' Mukhriz ni masa "open house" pemimpin-pemimpin yang aku pegi lepas raya hari tu. Dato' Mukhriz diperkenalkan kepada aku oleh beberapa orang sahabat pemimpin Pemuda UMNO dan juga beberapa calon yang juga mahu bertanding jawatan Exco Pemuda. 

Dua tiga kali bertemu dan sempat sembang-sembang dengan beliau ni kira okay tak la sombong macam yang diperkatakan oleh orang yang Dato' Mukhriz ni bersifat "EpalOren" ala-ala bangsawan kata orang. Aku tengok dia releks jer, cool dan sempoi lepak makan macam orang biasa jugak. Mungkin ada yang kata beliau akan berkelakuan sebegitu sebab nak bertanding atau hanya lakonan semasa musim pemilihan. Tapi pada aku perangai manusia ni susah nak disorok-sorok atau nak berlakon-lakon. Lambat laun kita pasti dapat melihat karekter sebenarnya.

Apa-apa pun aku baru mengenali beliau dan sudah tentu tidak adil jika terus aku menjatuhkan hukuman pasal karekter negatif yang cuba disampaikan oleh orang lain. Mungkin juga individu yang yang memberi gambaran negatif pasal beliau ini adalah musuh atau seteru politik beliau yang tidak menyenangi tindakan beliau untuk bertanding jawatan Exco Pemuda UMNO. Berilah beliau peluang untuk berkhidmat dan menyumbang tenaga untuk kebaikan Pemuda UMNO nanti.

Apa pun aku masih menantikan cerita penuh dari Double Y pasal individu yang bernama Mukhriz ini.

p/s : susah juga bila ada nama yang sama atau dekat-dekat dengan orang lain nie... nasib baik nama aku unik...

Kurang Ajar!!! Kumpulan Remaja Cina Tunjuk Isyarat Fcuk Kepada Gambar Pemimpin Melayu!!!


Beberapa hari selepas Pilihanraya Umum ke-13 (PRU) berakhir pada Mei lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ada berkata bahawa pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan negara ini diminta agar keluar dan meninggalkannya.

Jawapan yang tepat ke muka Ah Beng Ah Beng yang sebelum PRU-13 merasakan undi dan diri mereka sangat penting.

Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba menjadi hero untuk Cina DAP dengan berkata negara ini bukan milik bapa Zahid, namun jawapan yang sama taraf diberkan Zahid semula kepada Anwar menyebabkan Ketua Pembangkang berkenaan terdiam.

Banyak muka tidak malu yang diberitahu untuk meninggalkan negara ini tidak berbuat demikian, sebaliknya berterusan cuba mewujudkan masalah kepada Malaysia.

Antara seperti dalam gambar di atas… ternyata satu perbuatan yang mencemar dan menghina para pemimpin Melayu negara ini.

Bila dan di mana ia diambil penulis tidak pasti sepenuhnya, namun yakin ia bukan superimposed.

Perbuatan seperti ini mampu membawa kepada ketegangan kaum hanya disebabkan satu kelompok kecil Ah Beng yang berani buat benda dari jauh dan bukan depan-depan.

Kalau ditanya kepada penulis, ini semua perbuatan kumpulan perang siber Red Bean Army yang didakwa banyak pihak sebagai didalangi oleh DAP.

Apa pun, kepada yang berada dalam gambar itu, kalau tidak puas hati sangat maka dengarlah kata-kata nasihat Zahid dulu… blah la pergi negara lain!

Jangan wujudkan permasalahan yang bukan-bukan.

Oleh: AK-47
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday 17 September 2013

AKHIRNYA!!! Chin Peng Mati Di Bangkok Dalam Usia 90 Tahun!!!


BEKAS Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng meninggal dunia pagi ini di sebuah hospital di Bangkok pada usia 90 tahun.

Menurut laporan straitstimes.com, Chin Peng meninggal dunia akibat sakit tua pada pukul 6.20 pagi tadi.

Menurut laporan Bangkok Post pula, ahli keluarganya akan menjalankan upacara keagamaan untuk menyempurnakan mayat Chin Peng pada Jumaat ini.

Chin Peng sebelum ini mengetuai serangan gerila ke atas pasukan keselamatan negara dan membunuh ramai anggota dan rakyat yang tidak berdosa dalam pemberontakan PKM dengan misi menubuhkan negara Komunis di Malaysia.

Satu ketika, akhbar The Star melaporkan Chin Peng meminta maaf di atas keganasan yang pernah dilakukan oleh PKM kepada rakyat dan pejuang negara ini sewaktu pemberontakan itu.
Dalam temu ramah yang diadakan di Bangkok, Thailand Chin Peng berkata, walaupun PKM tidak berniat membunuh 'orang tidak berdosa', namun beliau mengakui ada kalanya mereka melakukan kesilapan dalam beberapa tindakan.

Puaka Niring : Misteri Pelajar Perempuan Melayu Sering Dirasuk Terjawab...


Misteri!! Kenapa pelajar perempuan Melayu selalu dirasuk?

Kes ini berlaku betul di ruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku di asrama puteri.

Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis Melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum Cina dan India.

Di mana salahnya… Kita ikuti percakapan antara bomoh Melayu dan syaitan.

Misteri di Asrama Puteri terjawab!

Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar-legar di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sek itu. Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera.

Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang.

Dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik. Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!! Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu.

Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yg begitu menakutkan itu.

"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawab..!!" "Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam"

Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab…

"Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan... Tak Menarik Hati, Tiada Memikat...

Kalaulah Memang Tak Mungkin aku Tertarik.... Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK…"

""Aduhai… hahahahahahahahahahahaha

* jangan mare aaaaaa...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 15 September 2013

Inti Pati Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera!!!


SHAH ALAM – Berikut ialah intipati Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Universiti Teknologi MARA hari ini.

 MENDAYA MODAL INSAN BUMIPUTERA

* Memperbanyakkan program latihan peningkatan kemahiran
* Mempergiatkan program latihan semula (reskilling)
* Mempergiatkan Skim Latihan 1Malaysia, Program Kebolehpasaran Graduan dan Program Peneraju Skil
* Memperluaskan Program Pendidikan Lepasan Ijazah melalui Jabatan Perkhidmatan Awam, MARA dan agensi berkaitan
* Memperluaskan  Program Peneraju Profesional di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB)
MEMANTAPKAN PEMILIKAN EKUITI BUMIPUTERA DALAM SEKTOR KORPORAT
* Melancarkan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) dengan suntikan pelaburan 10 bilion unit saham
* Mentransformasikan program Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) melalui Ekuiti Nasional Bhd (EKUINAS)
MEMPERKUKUH PEMILIKAN ASET BUKAN KEWANGAN BUMIPUTERA
* Memperkemaskan Yayasan Wakaf Malaysia
* Memperkukuhkan peranan institusi-institusi hartanah seperti Pelaburan Hartanah Bhd (AHB), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Perbadanan Usahawasan Nasional Bhd (Punb) bagi membangun dan memperoleh hartanah komersil dan industri.
* Memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik kepada bumiputera melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dengan kerajaan negeri
* Perkukuhkan UDA Corporation untuk membangunkan hartanah
* Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat dalam pembangunan hartanah memberi penekanan kepada pembangunan hartanah bumiputera
MEMPERHEBATKAN KEUSAHAWAN DAN PERNIAGAAN BUMIPUTERA
* Memperkuatkan peranan agensi pembangunan usahawan bumiputera seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, MARA dan PUNB
* Menambah pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM300 juta
* Menambah pembiayaan pinjaman kepada TEKUN Nasional sebanyak RM700 juta
* Mengarahkan kementerian dan agensi mengukuhkan Program Pembangunan Vendor (VDP)
* Memastikan jangka masa kontrak dan konsesi vendor disesuai dengan tempoh bayar balik pinjaman bank
* Melonjakkan program VDP di bawah Petronas, Tenaga Nasional Bhd (TNB), Telekom Malaysia (TM), Axiata dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM)
* Ketua Pegawai Eksekutif GLC menetapkan sasaran penyertaan bumiputera sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
* Program VDP Petronas RM20 bilion setahun dan 22 skop kerja untuk bumiputera
* GLC dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) menerajui usaha mewujudkan konsortium syarikat bumiputera dalam sektor rangkaian pembekalan
* Mempergiatkan program penswastaan perkhidmatan kerajaan secara terpilih
* Memperluaskan dasar 'carve-out' untuk projek-projek besar di bawah kementerian, GLC dan GLIC. (Dasar 'carve-out' berjaya dilakukan dalam projek MRT dimana sebanyak 47 peratus atau RM9 bilion dianugerahkan kepada syarikat bumiputera terpilih secara meritokrasi)
* Membina satu komuniti baru 'entrepreneur' bumiputera
* Memperkenalkan Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB)
MEMANTAPKAN EKOSISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
* Mewujudkan ekosistem penyampaian perkhidmatan yang cekap, komprehensif dan konstruktif
* Mewujudkan Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) di semua kementerian
* Meningkatkan enrolmen pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) kepada 250,000 menjelang 2020
* Menubuhkan beberapa kampus baru UiTM
* Menubuhkan dana pendidikan MARA berjumlah RM1 bilion
* Membestarikan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU)
* Meletakkan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan SUPERB di bawah TERAJU

* Menubuhkan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera. – BERNAMA 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.




































Mesti Tengok!!! Gambar Aksi Anggota Trafik Berhati Mulia Tolong Tolak Kereta!!! @PDRMsia @ZahidHamidi


JIKA sebelum ini Mynewshub pernah menyiarkan petikan terima kasih seorang pengguna jalan raya yang terharu dengan kebaikan seorang anggota trafik yang sudi membelikan petrol apabila minyak motornya habis, anggota trafik dalam gambar ini tidak kurang jasanya kepada orang ramai.

Gambar yang disiarkan dalam laman web Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) ini memaparkan aksi seorang anggota trafik yang sempat dirakam oleh orang awam sedang membantu menolak kenderaan yang mengalami kerosakan di hadapan Masjid Negara, pagi semalam.

Sebenarnya, adalah biasa untuk melihat senario ini berlaku kerana anggota trafik bertugas biasanya akan melakukan apa sahaja bagi memastikan kelancaran trafik sekali pun terpaksa menyumbang tenaga daripada tulang empat kerat mereka.

Itu belum cerita bab jaga trafik di kala panas terik dan hujan lebat lagi!

Pendek kata, masyarakat seharusnya melihat jasa anggota trafik secara menyeluruh dan tidak hanya mengaitkan mereka dengan perkara-perkara negatif seperti rasuah sahaja.

Apatah lagi, lebih ramai anggota yang jujur berbanding sebaliknya. Justeru jangan disebabkan setitik nila, pengorbanan besar anggota trafik yang lain dipandang sebelah mata. – REM RAMZI (MyNewsHub)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers