Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 18 September 2013

Apa!!! Dato' Mukhriz Nak Bertanding Jawatan Exco Pemuda Jer??? Bukan Naib Presiden Ker??? @NajibRazak @tunfaisal #Mukhriz4Exco


Laaaa... aku mati-mati ingat Dato' Mukhriz Mahathir tadi. Rupanya Dato' Ahmad Mukhriz Dari Bahagian Pekan rupanya. Terkena aku bila baca artikel dari yuseriyusof.blogspot.com. Cerita penuh sila KLIK SINI

"Malah artikel ini tiada kaitan dengan legasi Mahathir bernama Mukhriz yang dikhabarkan bakal bertanding Naib Presiden UMNO dalam pemilihan yang akan datang. Sebaliknya ia mengenai hasrat Dato Ahmad Mukhriz menawarkan diri merebut jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia. 
Meriah sungguh pemilihan sayap pemuda untuk kali ini... 
Adakah Dato Mukhriz aktif dan memiliki kekuatan di peringkat akar umbi bagi membolehkan dia melaksanakan tugas selaku exco pemuda dengan berkesan?
Kita akan dedahkan siapa sebenarnya Dato Ahmad Mukhriz sebaik sahaja pengumuman rasmi untuk bertanding jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia dibuat oleh ke semua calon exco dari Pahang."

Aku pernah dua tiga kali terserempak dengan Dato' Mukhriz ni masa "open house" pemimpin-pemimpin yang aku pegi lepas raya hari tu. Dato' Mukhriz diperkenalkan kepada aku oleh beberapa orang sahabat pemimpin Pemuda UMNO dan juga beberapa calon yang juga mahu bertanding jawatan Exco Pemuda. 

Dua tiga kali bertemu dan sempat sembang-sembang dengan beliau ni kira okay tak la sombong macam yang diperkatakan oleh orang yang Dato' Mukhriz ni bersifat "EpalOren" ala-ala bangsawan kata orang. Aku tengok dia releks jer, cool dan sempoi lepak makan macam orang biasa jugak. Mungkin ada yang kata beliau akan berkelakuan sebegitu sebab nak bertanding atau hanya lakonan semasa musim pemilihan. Tapi pada aku perangai manusia ni susah nak disorok-sorok atau nak berlakon-lakon. Lambat laun kita pasti dapat melihat karekter sebenarnya.

Apa-apa pun aku baru mengenali beliau dan sudah tentu tidak adil jika terus aku menjatuhkan hukuman pasal karekter negatif yang cuba disampaikan oleh orang lain. Mungkin juga individu yang yang memberi gambaran negatif pasal beliau ini adalah musuh atau seteru politik beliau yang tidak menyenangi tindakan beliau untuk bertanding jawatan Exco Pemuda UMNO. Berilah beliau peluang untuk berkhidmat dan menyumbang tenaga untuk kebaikan Pemuda UMNO nanti.

Apa pun aku masih menantikan cerita penuh dari Double Y pasal individu yang bernama Mukhriz ini.

p/s : susah juga bila ada nama yang sama atau dekat-dekat dengan orang lain nie... nasib baik nama aku unik...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers