Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 27 December 2014

Sukarelawan Kementerian Pertanian Dan Bekalan Bahan Mentah Sudah Dikerah Ke Lokasi Banjir!!! @NajibRazak @IsmailSabri60 #DSIS


Hari ini Menteri Pertanian, Industri Asas Tani Dato Sri Ismail Sabri telah mengerahkan seramai 2100 sukarelawan Kementerian Pertanian ke 8 lokasi utama bencana banjir bersama 18 metrik tan bekalan terdiri daripada barangan segar seperti kobis, bawang, sayur-sayuran, ikan, termasuk bot-bot nelayan bagi menghantar bekalan kepada mangsa banjir yang terlibat.

Keperihatinan Kementerian Pertanian terhadap mangsa banjir yang juga terdiri daripada petani, penternak, pesawah, pekebun dan mereka yang terlibat dengan pertanian sama ada secara langsung atau tidak harus dibantu dan ini telah menjadi keutamaan kepada menterinya iaitu Dato' Sri Ismail Sabri yang memahami masalah yang dihadapi oleh mereka. Lantas usaha murni ini digerakkan dengan segera melalui bantuan oleh pihak tentera.

Di bawah ini kenyataan Menteri Pertanian berkaitan perkara ini.


Kenyataan Media Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, 
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Berhubung Isu Banjir.



Putrajaya 27hb Disember : Seramai 2,100 sukarelawan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah digerakkan ke lapan lokasi banjir di seluruh negara.


Menurut menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob antara kawasan tumpuan iaitu Kuala Kangsar di Perak, Jerantut dan Kuala Lipis di Pahang serta Kampung Paloh dan Kota Bharu di Kelantan.
"Berikutan banjir yang teruk melanda Pantai Timur, semua agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani termasuk Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) telah bergerak bersama Angkatan Tentera Malaysia dalam misi menghantar bantuan bagi membantu mangsa banjir,^ Katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri, penghantaran pertama misi bantuan seberat 18 metrik tan ke Kelantan telah dihantar melalui Lapangan Terbang Subang dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Kataya, sebahagian barangan itu berupa barangan segar seperti kobis, bawang dan sayur-sayuran lain.
Katanya, barangan yang sampai di Lapangan Terbang Kota Bharu akan diedar oleh unit ATM 8 Briged dengan kerjasama FAMA, PPK dan PNK.

"Nelayan-nelayan tempatan telah dikerah untuk membantu menghantar bekalan makanan ke kawasan penempatan banjir yang sukar untuk dimasuki kenderaan darat.

"Mereka yang secara sukarela membantu telah menggunakan bot masing-masing untuk melaksanakan misi bantuan," katanya.

Tambah Ismail Sabri lagi, terdapat 10 buah bot nelayan di Tumpat, 8 buah di Kota Bharu dan 5 buah di Dungun diguna untuk menyelamatkan mangsa banjir dan menghantar bekalan makanan.

"Ada di antara sukarelawan nelayan ini juga sebenarnya adalah mangsa banjir," ulas beliau.

Ismail Sabri menarik perhatian, setakat ini sumbangan ikan beku sebanyak 1500 kilogram dari NEKMAT telah dihantar ke Dungun, Kemaman dan Besut, Terengganu.

Pada masa yang sama, Kementerian Pertanian juga telah menggerakkan jentera misi bantuan ke Johor khususnya di Segamat, Kota Tinggi, Johor Bahru, Batu Pahat dan Muar.

"Kementerian Pertanian turut bekerjasama dengan Kelab Gerakan Transformasi Ruminan Malaysia (GTR) dalam mengagihkan makanan ternakan.

"Setakat ini kita telah mengagihkan makanan ternakan kepada penternak di Perak Tengah dan usaha sedang dibuat bagi menghantar bekalan ke Kelantan dan kawasan yang menghadapi masalah," katanya lagi. 

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network















Apa Yang Kementerian Pertanian Bantu Meringankan Beban Mangsa Banjir??? @NajibRazak @IsmailSabri60 #DSIS


Hari ini negara kita dikejutkan dengan kejadian banjir yang luar biasa bukan seperti tahun-tahun sebelumnya terutama di negeri Kelantan dan Terengganu termasuk beberapa negeri lain seperti Pahang, Perak dan Perlis yang terjejas teruk melibatkan lebih 60 ribu mangsa banjir dipindahkan. Sudah tentu daripada puluhan ribu mangsa banjir yang terjejas terdiri daripada nelayan, petani, pesawah, peniaga, pemborong, peruncit, pembekal dan mereka yang melibatkan diri dalam bidang pertanian dan industri asas tani atau berkaitan dengannya. Sudah pasti dengan kejadian bencana alam seperti banjir ini memberi pelbagai kesan kepada mereka. Lantas melihat kepada suasana ini Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani Dato' Sri Ismail Sabri melalui kementeriannya telah cuba sedaya upaya membantu dan meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir ini melalui beberapa inisiatif dan bantuan segera seperti yang dinyatakan dalam kenyataan di bawah :

Kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung isu banjir.


Semua agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah digerakkan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh negara terutamanya di kawasan yang teruk di landa banjir.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Pertanian memperuntukkan RM362,000 untuk disalurkan segera kepada mangsa-mangsa.

Bantuan itu katanya, termasuklah 12,000 kampit beras (5kg setiap satu) yang bernilai RM162,000, ikan sejuk beku bernilai RM30,000, air mineral sebanyak 10 ribu botol bernilai RM10,000, telur ayam kampung berjumlah 50,000 biji bernilai RM20,000 serta RM140,000 untuk membeli barangan kelengkapan lain.

“Semua agensi di bawah kementerian seperti LPP, FAMA, NAFAS dan NEKMAT telah dikerahkan untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers