Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 28 May 2016

@BudimanZohdi Winable Candidate Untuk #BN Di #PRKSgBesar!!!!


Orangnya masih muda berumur 44 tahun tapi sudah punya pengalaman yang luas dalam dunia politik tanahair terutama dunia politik negeri Selangor yang umum mengetahui sebuah negeri yang penuh pergolakan politik semenjak dimenangi oleh Pakatan Pembangkang yang ditadbir oleh PKR. 

Namun, malam ini dalam satu majlis perasmian Cammand Center Jentera Pilihan Raya Parlimen Sungai Besar di Parlimen Sungai Besar, Barisan nasional melalui UMNO pusat telah mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang, Budiman Ahmad Zohdi sebagai calon UMNO dan Barisan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil P093 Sungai Besar yang dijadual bakal diadakan pada 18 Jun nanti. Pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Pemangku Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Command Center di Sungai Panjang, Sungai Besar sebentar tadi.


Pilihan Raya Kecil ini diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen ini, Allahyarham Datuk Hajjah Noriah Kasnon dalam kemalangan helikopter di Kampung Triso, Sebuyau, Sarawak. Turut sama terkorban, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad dan empat yang lain.

Mahu mengenali siapakah YB Budiman ini boleh KLIK SINI KLIK SINI KLIK SINI KLIK SINI KLIK SINI 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers