Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday 22 May 2014

Pembabitan Belia Dalam Sektor Pertanian Membimbangkan??? @IsmailSabri60 #DSIS @NajibRazak


Jumlah pembabitan golongan belia dalam sektor pertanian membimbangkan, sekali gus boleh memberi kesan terhadap bidang pertanian negara terutama kepada penghasilan stok bekalan makanan pada masa depan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada kira-kira 800,000 petani di seluruh negara, penglibatan golongan belia dalam sektor itu amat sedikit iaitu hanya sekitar 15 peratus sahaja.

Sehubungan itu, katanya, jika isu tersebut tidak diatasi segera, keadaan itu bukan sahaja bakal menjejaskan pengeluaran hasil pertanian negara, malah menyebabkan Malaysia terus bergantung kepada hasil pertanian yang diimport.

Situasi tersebut jelas menunjukkan golongan belia di negara ini tidak berminat dengan sektor pertanian dan lebih cenderung untuk menceburi dalam bidang lain yang difikirkan lebih berkembang maju berbanding pertanian,'' katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian.

Yang hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah.

Menurut Ismail Sabri, untuk mengatasi masalah berkenaan, kementeriannya telah mengambil beberapa langkah drastik termasuk memperkenal program usahawan tani muda, khusus untuk golongan belia di negara ini.

Wednesday 21 May 2014

Genap Setahun @IsmailSabri60 MemperjuangkanNasib Mereka Dalam Sektor Pertanian???? #DSIS @NajibRazak


Meningkatkan taraf hidup petani, penternak dan nelayan merupakan matlamat utama perjuangan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebaik sahaja dilantik sebagai menteri yang menerajui kementerian itu setahun yang lalu.

Beliau mahu mengubah persepsi terhadap golongan yang dilabelkan sebagai miskin dan tertindas. Biarpun agak sukar, Ahli Parlimen Bera ini tetap berazam untuk mengubah pandangan masyarakat ke atas petani, penternak dan nelayan.

Dalam tempoh genap setahun hari ini di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pelbagai perkara beliau telah lakukan, antaranya mengubah sektor pertanian itu sendiri supaya golongan muda melihat sektor tersebut sebagai jaminan masa depan yang menguntungkan.

"Kesan di sebalik persepsi negatif ke atas ketiga-tiga golongan itu menyebabkan orang muda kurang berminat menceburi sektor pertanian, mereka beranggapan ia tidak menjamin masa depan dan itulah realitinya, waima kalau kita baca novel dan tengok filem sekali pun soal kemiskinanlah yang digambarkan.

"Semua ini berpunca daripada peranan orang tengah dan inilah pentingnya kita perlu hapuskan orang tengah yang selama ini menindas golongan petani, penternak dan nelayan, produk mereka dibeli pada harga murah tetapi orang tengah mengaut keuntungan berganda menjualnya pada harga tinggi kepada pengguna," katanya.

Melihat Strategi BN Dan DAP Sepanjang #PRKTeluk Intan


Seperti ada yang tersurat dan tersirat apabila Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengingatkan jentera Barisan Nasional (BN) supaya tidak ‘tidur’ dan mendiamkan diri sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan mulai hari ini. Hasrat BN tentulah ingin mengambil balik kerusi yang pernah dimenanginya melalui wakil yang sama, Mah Siew Keong. BN perlu ‘bangun’ selepas ‘berehat’ ketika kempen PRK Parlimen Bukit Gelugor yang sedang berlangsung. Eloklah seluruh jentera BN digerakkan ke Teluk Intan. UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP serta parti mesra BN boleh memainkan peranan untuk memenangi semula hati pengundi-pengundi Teluk Intan. Ketika DAP menukar strategi menurunkan wanita Melayu, Dyana Sofya Mohd Daud, 27, BN mengekalkan muka lama yang berpengalaman yang pernah mewakili pengundi-pengundi di situ.

Strategi DAP sudah tentulah antara lain mahu menunjukkan keterbukaan parti itu menurunkan calon Melayu di kawasan majoriti pengundinya adalah masyarakat Cina. Berdasarkan kesetiaan pengundi Cina kepada ‘roket’ dan bukannya siapa calon, DAP pasti yakin akan mempertahakan kerusi itu walaupun menyifatkannya sebagai satu risiko. DAP menurunkan wanita itu bagi mengubah persepsi orang ramai dan membuktikan bahawa DAP sebuah parti yang tidak didominasi kaum Cina. Pencalonan wanita itu dilihat sebagai satu pelaburan bukan bahan uji kaji. Dengan menurunkan seorang Melayu, sekutu DAP terutama penyokong Pas sudah tentu tidak berbelah-bahagi untuk menyokong calon berkenaan. Mungkin Melayu yang di atas pagar akan turut terpesona dengan strategi DAP ini. Adakah strategi ini akan turut digunakan pada pilihan raya umum (PRU)? Adakah DAP akan menampilkan lebih ramai calon Melayu di kawasan majoriti pengundi Cina seperti Gelang Patah, Bukit Gelugor, Seputeh, Kepong atau Jelutong? Mungkinkah strategi DAP ini hanya terpakai pada PRK?

Dyana Sofya, lulusan Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata: "Malaysia memerlukan politik baharu dan meninggalkan politik perkauman. Saya memilih untuk ikut haluan serta sebuah usaha ke arah Malaysia yang lebih baik, ibarat minuman teh tarik yang tidak mengenal sempadan warna, umur dan segala-galanya, teh tarik terus digemari seluruh rakyat Malaysia. Begitulah perjuangan kita di tanah air tercinta, bersama-sama mencari ramuan teh tarik terbaik untuk kita, rakyat Malaysia,"

Setiausaha Politik anggota Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang itu gembira kerana menyertai DAP pada tahun 2011. Katanya: "Kerana jika saya memilih UMNO dan bersama Shahrizat (Ketua Pergerakan Wanita UMNO), saya tidak akan berada di kedudukan saya hari ini, menyasarkan harapan ke Parlimen, menjadi wakil kepada pengundi Teluk Intan dan sekiranya diberi mandat, menjadi Ahli Parlimen paling muda di Parlimen,". Ya sekurang-kurangnya Ahli Parlimen paling muda untuk tempoh sekarang kerana tidak semua orang akan kekal muda!

Tuesday 20 May 2014

Gempar!!! Gambar2 Kereta Ketua Menteri Penang Lim Guan Eng Langgar Calon Bebas #PRKBukitGelugor





Pemotongan Padi Oleh Bernas Dihadkan... @IsmailSabri60 #DSIS @NajibRazak


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengkaji keperluan untuk menetapkan had maksimum pemotongan hasil padi oleh Padiberas Nasional Bhd (Bernas) sebelum musim kedua penanaman padi bermula.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau menerima aduan bahawa pemotongan dilakukan sehingga 35 peratus dari hasil padi, menyebabkan pendapatan pesawah menjadi lebih rendah berbanding sebelum penyelarasan harga padi dibuat awal tahun ini.

“Saya sendiri rasa tidak berpuas hati dengan pemotongan yang dilakukan. Saya kecewa apa yang berlaku. Saya akan kaji berapa peratus jumlah yang terlibat (dengan pemotongan yang tinggi).

“Kalau cuma kes-kes terpencil, mungkin tidak boleh dijadikan alasan untuk mengubah dasar kita. Tapi kalau banyak kes yang berlaku, mungkin kita akan buat dasar baru,” katanya.

Berikutan penyelarasan harga padi kepada RM1,200 pada Januari lalu, kerajaan melaksanakan penggredan mutu padi di Pusat Belian Padi (PBP) bagi menjaga mutu padi, yang mendorong pemotongan itu dilakukan.

Jumlah pemotongan itu bagaimanapun dilakukan dengan persetujuan tiga pihak iaitu pesawah, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Bernas.

Dalam pada itu Ismail Sabri berkata penglibatan golongan muda dalam bidang pertanian adalah membimbangkan kerana hanya 15 peratus daripada lebih 800,000 individu yang terlibat dalam bidang pertanian merupakan golongan itu.

Beliau berkata kebanyakan petani masa ini terdiri daripada golongan berumur 60 tahun ke atas, justeru menjadi cabaran paling besar bagi kerajaan untuk menarik golongan muda meneruskan kesinambungan dalam bidang itu bagi menjamin kelangsungan rantaian makanan dalam negara.

“Jika tidak ada golongan muda yang terlibat, akhirnya kita akan terus bergantung kepada import makanan dan polisi kemandirian kita tak akan berjaya,” katanya.

Ismail Sabri yang genap setahun memegang jawatannya Sabtu lalu, berkata walaupun perang terhadap orang tengah telah dilancar awal tahun ini, namun pada peringkat awal ia adalah bagi mendidik golongan petani, penternak dan nelayan untuk tidak menggunakan khidmat orang tengah dan memasarkan sendiri produk mereka.

Justeru itu sasaran pengurangan penggunaan orang tengah ditetapkan tidak terlalu tinggi di mana 10 peratus sudah mencukupi, katanya.

Subhanallah!!! Allah Menguji Pengundi Islam Pas Di #PRKTelukIntan Pasal Dyana ...


Allah Menguji Pengundi Islam PAS...

Bismillah Alhamdulillah.....

PRK Teluk Intan menunjukkan satu pertandingan yang unik pada kali ini. Barisan Nasional terus konsisten dengan semangat setiakawan apabila terus meletakkan calon Cina GERAKAN walaupun ada desakan secara dalaman supaya UMNO diberi tempat bertanding pada kali ini.

DAP pula beria-ia benar mahu menarik perhatian pengundi Melayu apabila mencuba nasib dengan meletakan calon Melayu bertanding pada PRK kali ini.

DAP optimis yang mereka akan perolehi undi yang besar dikalangan orang Cina tanpa melihat siapa calon, dan disebabkan itulah calon Melayu perlu diketengahkan oleh DAP jika mahu memecahkan undi Melayu dalam PRK ini.

3 hari sebelum pengumuman calon, DAP beria-ia menyerang dan berkempen di beberapa kawasan majoriti pengundi Melayu antaranya Kampung Bahagia, ini tidak lain hanyalah untuk pecahkan undi Melayu.

Sebaliknya, dalam tempoh 3 hari itu juga kawasan Pasir Bedamar iaitu majoriti besar pengundi Cina dalam Parlimen Teluk Intan bagaikan tidak berlaku PRK. Jam 10.00 malam rumah pengundi-pengundi Cina telah tutup lampu. Kempen PRK tidak berlaku di sana.

Bijak strategi DAP. Tetapi saya tetap percaya ini juga takdir Allah. Dyana Sofia terpilih sebagai calon DAP juga adalah takdir Allah. Kita tidak perlulah mengulangi acap kali yang Dyana adalah pembelot mahupun pengkhianat. Barangkali dia juga tidak duga apa yang telah berlaku.

Saya tertarik dengan situasi di Teluk Intan ini. Saya beranggapan, Allah sedang menguji pengundi PAS yang selama ini menuduh UMNO adalah parti kafir dan jahil.

Monday 19 May 2014

Sketsa : Giant Jual Kotak "BERAKfast", Cubaan Melawak Ker????


Papan tanda atau buku menu yang mencatat kesilapan ejaan mungkin sudah biasa ‘kantoi’ lalu dikongsikan kepada umum.

Baru-baru ini di pasaraya Giant, ramai pelanggan tertawa apabila membaca ejaan pada satu kertas yang mempromosikan jem coklat kegemaran ramai, Nutella.

Mana taknya, perkataan yang sepatutnya ditulis ‘breakfast’ telah tertukar menjadi ‘BERAKfast’.

Adakah ini memang satu kesilapan atau cubaan kakitangan terlibat untuk membuat lawak?

Apa pun, perkataan yang silap tersebut amatlah tidak kena dengan produk yang dijual!!!!

Sumber : ahmadzaki82
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers