Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 19 November 2011

Niring 6 : Majlis Pelancaran Buku RELASIS IPT

Pensyarah, kakitangan dan mahasiswa UTHM yang menjadi anggota Rela dan JPAM mengambil peluang bergambar bersama Menteri Dalam Negeri, DS Hishammuddin di majlis tersebut...

Niring 5 : Majlis Pelancaran Buku RELASIS IPT

DS Hishammuddin merasmikan Karnival Mahasiswa UTHM...

Niring 4 : Majlis Pelancaran Buku RELASIS IPT

Sebahagian besar daripada pelajar UTHM yang turut menjadi anggota Rela Mahasiswa yang hadir di dalam dewan utama ini untuk mendengar ucapan daripada DS Hishammuddin...

Niring 3 : Majlis Pelancaran Buku RELASIS IPT

DS Hishammuddin sedang membuat pemeriksaan kawat hormat pasukan Rela mahasiswa...

Niring 2 : Majlis Pelancaran Buku RELASIS IPT

Skuad kawat Rela Siswa Siswi UTHM yang sedang bersiap sedia menunggu dengan penuh kesabaran akan kehadiran DS Hishamuddin Hussein, Menteri dalam negeri.

Dapat dilihat dari raut wajah di setiap anggota sekalipun di hujani dengan kepanasan yang agak terik, namun tegak berdiri memperlihatkan semangat juang yang ada dalam diri setiap anggota yang pasti membuat DSHH terharu....

Niring 1 : Majlis Pelancaran Buku RELASIS IPT

Majlis Pelancaran Buku Panduan Briged Rela Siswa Siswi (RELASIS) IPT bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang dirasmikan oleh Menteri Dalam Negerin DS Hishammuddin Hussein.

Panas!!! Gambar Lucah Angie Varona Kena Hack Dan Tersebar Di Internet....


Awang Adek : Awas Borang Palsu Bantuan Khas RM500

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, hari ini mendedahkan wujud golongan tertentu yang mengedarkan borang palsu bantuan khas kerajaan RM500 kepada rakyat berpendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan lebih awal, terutama di kampung.

Beliau menegaskan hanya Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sahaja berhak mengedarkan borang berkenaan bermula 1 Disember.
Awang Adek berkata, sebarang borang yang diedarkan sekarang tidak boleh digunakan kerana ia bukan borang sahih.

Friday 18 November 2011

Masalah Sekolah Sarawak Tiada AKWK Menyebabkan Wang Saku RM100 Sukar Disalurkan...

Pelajar sekolah rendah dan menengah di kawasan luar bandar Sarawak yang layak mendapat wang bantuan persekolahan RM100 daripada kerajaan hanya akan menerima wang itu ketika cuti persekolahan iaitu sebelum sesi persekolahan tahun depan.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, merujuk kepada maklumat daripada Jabatan Pelajaran Sarawak semalam mendapati tidak semua sekolah menengah dan rendah di negeri ini mempunyai Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (AKWK) yang digunakan untuk menyalurkan wang bantuan itu.

Panas!!! Esok Akan Didedahkan Gambar Lucah Angie Varona Yang Di Curi Hackers...


Ini satu daripadanya... nak lagi kena tunggu esok ler....

Budak Emas Termuda Dari Malaysia Pecah Rekod Sukan SEA...

Aaliyah Yoong Hanifah muncul selaku pemenang pingat emas termuda dalam sejarah Sukan SEA apabila hanya pada usia lapan tahun sudah "tunjuk belang" mengungguli acara ski-air di Palembang untuk membantu kontinjen negara menambah koleksi emas semalam.

Kulaan : Syabas anak Malaysia... Proud to be Malaysian...

Koh Tsu Koon Sudah, Yang lain Bila Lagi...

Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon hari ini mengumumkan untuk tidak bertanding sebagai calon dalam mana-mana kawasan sama ada kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu, Tsu Koon, 62, berkata, secara asasnya, ia merupakan keputusan peribadi dan telah dibincangkan bersama Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dan Jawatankuasa Pusat (CC) Gerakan.

JAIS Mengesan 8 Cara Umat Islam Malaysia Dimurtadkan...

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkata pihaknya telah mengesan lapan cara yang dilakukan oleh pihak Kristian bagi mendakyahkan orang Islam.

Antaranya dengan menggunakan sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian atau disebut  ‘Solar Powered Handheld Talking Bible’.

Perkara itu didedahkan oleh exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam, Datuk Hasan Ali dalam jawapannya kepada ADUN Sungai Burung, Mohd Shamsudin Lias.

Thursday 17 November 2011

Jaga-jaga perwakilan Perhimpunan Agung Umno, Kelakuan Anda Sentiasa Dalam Perhatian Blogger-blogger...


29 November - 3 Disember ini akan berlangsung Perhimpunan Agung UMNO 2011 di PWTC. Gua harap blogger & cybertrooper UMNO semua akan turun. Selain membuat liputan untuk perhimpunan itu, kita semua boleh buat liputan kerja bangang mereka di kelab dangdut dan rumah urut sekitar KL. JANGAN LUPA BAWA KAMERA ATAU CAMCORDER... KITA DEDAHKAN SEMUA! Gua tak tuduh semua perwakilan UMNO tu bangang (PAS/PKR/DAP pun sama je)... cuma segelintir yang berperangai macam inilah yang akan menjahanamkan UMNO nanti. Kebanyakan perwakilan adalah mereka yang terpilih untuk menjadi pemimpin... lu tak boleh nak pimpin nafsu, lu tak payah perasan nak jadi pemimpin! Chowww! -1Peluru-
Kulaan : bersiap sedialah pengamal media terutama blogger-blogger untuk sama-sama turun padang ke Perhimpunan Agung Umno bagi membuat cover mengikut persepsi dan interpretasi masing-masing... bagi mana-mana perwakilan yang melakukan kesalahav, kita tegur menggunakan kaedah kita tersendiri dengan cara yang berhemah agar mereka ini tidak menjadi duri dalam daging kepada parti dan Barisan Nasioanal (BN) terutama menjelang PRU13... penat wei! depa dok buat silap, kita separuh mampos nak cover balik...

Eksklusif : Gambar-gambar Pengawal Wanita Muammar Ghaddafi Dibunuh Kejam Tentera Nato...




Kulaan : Lihatlah sendiri kesan kekejaman yang dilakukan oleh tentera Nato kepada mereka yang menentang Barat kononnya atas nama demokrasi...

Anwar Menipu Laporan Polis dan Terkantoi...

ANUar ketika membuat sidang media selepas memberi
keterangan di Balai Polis Kepong,  semalam





Pegawai kanan buat aduan berkaitan laporan palsu



KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dipanggil untuk memberi keterangan berhubung laporan polis dibuatnya yang didakwa palsu membabitkan siasatan kes video seks seorang lelaki mirip beliau bersama seorang wanita warga asing, Mac lalu.


Beliau yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan isteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail tiba di Balai Polis Kepong jam 3.15 petang bersama pasukan peguamnya sebelum beredar sejam kemudian.


Anwar berkata, beliau dipanggil memberi keterangan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana didakwa memberi maklumat palsu dalam laporan polis dibuatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sehari selepas rakaman video itu didedahkan awal tahun ini.


“Itu yang dimaklumkan kepada saya... perlu hadir beri keterangan hari ini (semalam) kerana ada laporan dibuat oleh seorang pegawai kanan polis terhadap saya berhubung laporan saya yang didakwa palsu. Oleh yang demikian, saya hadir beri keterangan seperti diarahkan.


“Saya tidak pasti apa motif di sebalik semuanya ini... jika benar maklumat yang saya berikan (dalam laporan polis sebelum ini) palsu, mengapa pegawai polis itu mengambil masa lama untuk membuat laporan dan menyiasat dakwaan itu,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.


Kenyataan Anwar dirakamkan Pegawai Penyiasat Kanan dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, Asisten Superintendan Teh Boon Ang dan difahamkan 12 soalan berhubung dakwaan laporan palsu itu ditanyakan kepada beliau sepanjang siasatan. 


Pada Mac lalu, Anwar membuat laporan polis di IPD Dang Wangi selepas Trio Datuk T iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim menunjukkan video seks membabitkan lelaki mirip ketua pembangkang itu kepada media di Carcosa Sri Negara di sini.



Antara lain, beliau dalam laporan itu menafikan lelaki dalam video berkenaan adalah dirinya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan Anwar dipanggil memberi keterangan, namun enggan mengulas lanjut. - BHonline
Kulaan : hei! berapa kali mau tipu daaaaa....

Eksklusif Terkini : Luahan Hati Pakcik Depan Sogo Edisi Malam!!!!






Beberapa hari lepas secara kebetulan semasa Kulaan membuat liputan dan mencari bahan mengenai perkembangan spesis kupu-kupu malam sekitar Chow Kit dan Lorong Haji Taib di ibu kota, Kulaan terlihat kelibat satu susuk tubuh yang Kulaan rasa seperti mengenalinya tapi di mana ya?... benar! tidak syak lagi itulah "Pakcik Depan Sogo" yang tersohor di alam cyber yang dimuat turun ke YouTube ketika peristiwa perhimpunan Bersih 2.0 berlaku... 

Berbekalkan nasi bungkus dan sekotak air, Kulaan dengan rasa berdebar menghampirinya... pelbagai perasaan bercampur-baur terasa dalam diri... kena marahkah aku nanti? kena halaukan aku nanti? namun, dengan perasaan ingin tahu Kulaan menghampirinya... setelah salam diberi maka perbualan di atas pun berlaku...

Kulaan : lihat... dengar... fikir.. hayati... insafi... renungi... 

Wednesday 16 November 2011

Eksklusif : Esok Akan Didedahkan Gambar Pengawal Peribadi Wanita Muammar Ghaddafi Dibunuh Dan Dimalukan Tentera Penjajah Nato...


Esok Kulaan akan mendedahkan gambar-gambar pengawal peribadi wanita bekas pemimpin Libya, Muammar Ghaddafi yang dibunuh dengan kejam dan mayatnya dimalukan oleh tentera Nato...

Anda saksikan sendiri dan nilaikan siapa yang zalim sebenarnya....

Siri 1 : Majlis Penyerahan Bantuan RM100 Murid Sekolah Di Putrajaya

Inilah wajah-wajah keriangan pelajar-pelajar yang terlibat mendapat bantuan wang saku RM100 yang diberikan oleh kerajaan BN dan ditunaikan sebagaimana yang telah dijanjikan oleh PM, Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan bajet 2011 yang lalu...

Dapat duit buat belanja sekolah dengan beli buku sekoilah dik... Jangan dok beli top-up tepon la plak...

Siri 6 : Majlis Penyerahan Bantuan RM100 Murid Sekolah Di Putrajaya

Para pelajar yang menerima wang saku RM100 bergambar kenangan bersama Ahli Parlimen Putrajaya sambil menunjukkan wang yang diterima...

Lepas ni mak bapak tersenyum lebar la... Lagi nak kata kerajaan sekarang tak perihatin dan zalim... Bab duit sapu... Pastu kutuk dan maki hamun kerajaan... Insaf dan sedarlah... Now! Kerajaan pembangkang buat apa plak...

Siri 5 : Majlis Penyerahan Bantuan RM100 Murid Sekolah Di Putrajaya

Dalam kemeriahan majlis ada slack la pulak... Bumbung dewan yang baru dan canggih bocor akibat hujan lebat sebelum dan semasa majlis berlangsung.

Kulaan berharap Perbadanan Putrajaya mengambil berat masalah ini dan menyelesaikannya dengan secepat mungkin agar dewan ini dapat digunakan oleh orang ramai dengan selesa...

Kulaan Sengih Wali melaporkan untuk TVBlog...

Siri 4 : Majlis Penyerahan Bantuan RM100 Murid Sekolah Di Putrajaya

Datuk Seri Utama Tengku Adnan sedang memberi ucapan perasmian... Tahniah Datuk Seri...

Siri 3 : Majlis Penyerahan Bantuan RM100 Murid Sekolah Di Putrajaya

Inilah wajah-wajah keriangan pelajar-pelajar yang terlibat mendapat bantuan wang saku RM100 yang diberikan oleh kerajaan BN dan ditunaikan sebagaimana yang telah dijanjikan oleh PM, Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan bajet 2011 yang lalu...

Dapat duit buat belanja sekolah dengan beli buku sekoilah dik... Jangan dok beli top-up tepon la plak...

Siri 2 : Majlis Penyerahan Bantuan RM100 Murid Sekolah Di Putrajaya

Sebahagian daripada ibu bapa murid yang turut hadir ke majlis penyerahan wang bantuan RM100.

Siri 1 : Majlis Penyerahan Bantuan RM100 Murid Sekolah Di Putrajaya

Bertempat di Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya telah berlangsung Majlis Pelancaran Bantuan Khas Awal Persekolahan Kepada Murid Tahun 2011 Putrajaya yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Putrajaya yang juga Setiausaha Agong Umno Malaysia, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor.

Edisi Meroyan : Populariti Najib Meningkat.. Anwar, Nik Aziz Dan Lim Guang Eng Merosot Teruk

Populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meningkat dengan mantap sejak 2009 tetapi yang sebaliknya berlaku kepada tiga pemimpin utama pembangkang, demikian menurut kajian oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Selain daripada Najib, kajian terhadap populariti lima personaliti kepimpinan di Malaysia yang dijalankan oleh Unit Kajian Media dan Pilihan Raya UIAM menunjukkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terus kekal popular walaupun berundur pada 2003 manakala Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, menyaksikan populariti mereka merosot.

Prof Datuk Syed Arabi Idid daripada Jabatan Pengajian Komunikasi UIAM, mengetuai kajian itu dari Mac 2008 hingga Julai 2011 bersama penyelaras penyelidikan, Azrul Hisyam Wakichan.

Satu sampel rambang purata 1,500 responden terdiri pengundi Melayu, Cina dan India dari seluruh negara ditanya mengenai kepuasan mereka terhadap kualiti kepimpinan kelima-lima pemimpin itu

Kajian itu menunjukkan peningkatan dalam populariti Najib adalah hasil usaha berterusan beliau untuk mendekati hati rakyat dan memimpin negara ke arah masa depan yang lebih cerah.

"Kajian ini dengan jelas menunjukkan responden Melayu, Cina dan India kini menerima Datuk Seri Najib," katanya.

Pada Oktober 2008, 35 peratus responden Melayu, 33 peratus Cina dan 41 peratus India menunjukkan yang mereka puas hati atau sangat puas hati dengan Najib tetapi menjelang Julai 2011, penerimaan masing-masing meningkat kepada 59 peratus, 45 peratus dan 62 peratus.

"Hakikatnya rakyat kini lebih bersedia menerima Datuk Seri Najib sebagai pemimpin mereka," kata Syed Arabi yang menjalankan kajian mengenai populariti pemimpin-pemimpin sejak 1989.

Mengenai punca kemerosotan populariti Anwar, Nik Aziz dan Lim, beliau berkata, ia banyak berpunca kerana isu-isu semasa dan kegagalan untuk mencapai kata sepakat dalam banyak hal.

Azrul Hisyam, yang menyelaras kajian itu, berkata kajian yang sama mendapati rakyat Malaysia masih memandang tinggi Dr Mahathir dan segala sumbangannya.

Purata 74 peratus daripada responden dalam soal selidik itu menunjukkan mereka menyanjungi Dr Mahathir sepanjang kajian empat tahun itu.

Azrul Hisyam berkata, rakyat Malaysia melihat Dr Mahathir sebagai pemimpin yang telah membuktikan kebolehannya dan masih lantang bersuara.

"Mereka melihat beliau sebagai pemimpin teladan," katanya. - BERNAMA

Lagi Mufti Perlis Buat Hal... Dulu Dr. Asri... La Ni Juanda... MB Perlis Tolong Tengok Skit...


Secara rasminya saya isytiharkan bahawa Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya bukan lagi tergolong dalam kalangan ulama salaf atau golongan agamawan yang memperjuangkan prinsip-prinsip generasi salaf dalam kehidupan mereka. Juanda semakin hari semakin lari dan jauh daripada metodologi salaf dalam menasihati dan membuat teguran terhadap para pemimpin Islam. Perbuatan Juanda menjadikan MalaysiaKini sebagai platform untuk mengaibkan dan mewujudkan suasana fitnah terhadap Datuk Seri Najib dalam urusan hajinya yang lalu - bukanlah perbuatan seorang ulama salaf yang benar-benar faham bagaimana kaedah untuk menegur para pemimpin muslimin.

Kita diminta menegur dan menasihat pemimpin secara berhikmah dan mengelakkan fitnah - tetapi perbuatan Juanda yang menegur Najib secara terbuka melalui portal pemfitnah no 1 negara, Malaysiakini hanya mengundang buruk sangka, fitnah, kutuk-mengutuk serta caci memaki antara umat Islam. Ini bukanlah perbuatan seorang ulama salaf, tetapi ini ulama pemecahbelah!

Perdebatan dan tuduhan terkini beliau kepada Datuk Jamil Khir sebagai pengampu - juga, merupakan perbuatan buruk sangka yang bukan amalan para generasi salaf. Sekali pun Juanda begitu arif dan bijaksana dalam urusan mengerjakan haji - apakah hak beliau untuk merendah-rendahkan Najib dan rombongan hajinya dalam media elektronik secara terbuka? Mengapa mesti respon terhadap soalan MalaysiaKini yang jelas berniat mahu melaga-lagakan antara ulama dan umara' di negara ini?

Tidakkah Juanda tahu bahawa masih terlalu banyak cara dan kaedah untuk membetulkan kesilapan Najib, sekiranya benar Najib belum menyempurnakan hajinya? Mengapa mesti memilih MalaysiaKini untuk "menasihat" Najib? Sebagai mufti apakah terlalu sukarkan untuk beliau menghubungi Jamil Khir bagi bertanyakan status terkini haji Najib? Inikah cara generasi salaf menasihati pemimpin Islam? Elok gugurkan sahaja perjuangan mahu menegakkan masyarakat generasi salaf - kalau kita sendiri masih gagal menyempurnakan kesalafan kita sendiri. Untuk Juanda, semoga fikir-fikirkan apa yang saya tuliskan ini. Wallahualam.

Sumber : Azli Shukri Today


Kulaan : Perlis... Perlis... tak habis-habis dengan isu muftinya... negeri kecik jer sekangkang kera tapi isu peringkat nasional... dulu bekas muftinya Dr. Asri Zainal Abidin a.k.a MAZA... la nie Dr. Juanda Jaya a.k.a JJ jugak seorang doktor... rasanya lepas nie negari Perlis kena ambik mufti yang tak pakai title Dr. la kot... kalo ambik Tuan Guru, Kelantan dah pakai title tuh... aduss!!!! pening-penig memikirkan negeri yang berada nun jauh di utara...

Peringatan : Ingat Birthday, Ingat Lesen Memandu Dah Mati!!!!

Contoh sahaja...
PUTRAJAYA: Mulai Isnin depan, orang ramai boleh mula memperbaharui lesen memandu mereka mengikut tarikh lahir, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata, menerusi inisiatif itu, tarikh tamat tempoh lesen memandu adalah sama dengan tarikh lahir seseorang pemegang lesen.

"Inisiatif itu juga dibuat bagi memudahkan orang ramai mengingati tarikh memperbaharui lesen memandu selain mengurangkan kes pemegang lesen tidak aktif," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kong berkata, diharapkan selepas ini, tidak timbul lagi isu lupa untuk memperbaharui lesen memandu terutamanya apabila pemandu terbabit dalam kemalangan.

Berdasarkan rekod Jabatan Pengangkutan Jalan, terdapat 2.2 juta daripada 11.8 juta pemegang lesen tidak aktif atau tidak memperbaharui lesen memandu mereka.

Beliau berkata, kerajaan akan menanggung fi lesen tempoh lanjutan bagi pemegang lesen yang tempoh pembaharuannya di antara tarikh tamat sah lesen hingga tarikh lahir adalah di antara 12 hingga 18 bulan (termasuk tempoh lanjutan).

Bagi pemegang lesen yang tempoh pembaharuannya di antara tarikh tamat sah lesen hingga tarikh lahir adalah di antara 19 hingga 24 bulan (termasuk tempoh lanjutan), mereka perlu membayar untuk lanjutan tempoh melebihi enam bulan tetapi kurang daripada 12 bulan.

Sementara itu, mengulas Sistem Penguatkuasaan Automasi (AES), beliau berkata semua dokumentasi mengenai AES akan siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

Katanya, pemasangan sistem dijangka dimulakan secara berperingkat pertengahan tahun depan.

"Lebih 800 lokasi risiko kemalangan sudah dikenal pasti untuk dipasang dengan sistem itu bagi mengesan sebarang kesalahan lalu lintas yang dilakukan pengguna," katanya.

AES, yang banyak digunakan di negara maju, pada asasnya adalah satu sistem di mana kamera dipasang di kawasan sering berlaku kemalangan bagi mengesan pemanduan laju, dan di persimpangan lampu isyarat bagi mengesan mereka yang melanggar lampu merah. - BERNAMA

Kulaan : Halamak! lesen memandu Kulaan pun dah mati la... tapi belum birthday lagi.... ada sapa-sapa boleh tolong.....

Tuesday 15 November 2011

Siri 4 : BN Youth Music 2011 Official Launch

Perasmian dilakukan oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Sdr Khairy Jamaluddin disamping lagenda rock terkenal penyanyi kumpulan Wings, Awie sebagai ketua juri....

Siri 3 : BN Youth Music 2011 Official Launch

Sekitar sebelum majlis pelancaran...

Siri 2 : BN Youth Music 2011 Official Lounch

Sekitar majlis pelancaran yang dihadiri oleh ramai pengamal media sama ada media cetak atau media cyber. Satu program baru yang mungkin belum pernah diadakan sebelum ini di mana pertandingan ini diadakan secara maya.

Secara maya? Pertandingan muzik ini tidak menggunakan pentas seperti biasa tapi hanya melalui YouTube. Peserta yang berminat boleh menaikturun nyanyiannya ke internet (ala macam Yuna dgn Najwa la buat sebelum nie). YouTube nyanyian peserta ini akan diadili oleh juri dan hakim yang berkelayakan yang diketuai oleh Awie.

Penontonnya tidak perlu membuka tv tapi hanya perlu melayari laman sesawang atau internet.

To be continue...

Siri 1 : BN Youth Music 2011 Official Lounch

Majlis pelancaran BN Youth Music 2011 bertempat di Tanjung Lounge, Level 2, PWTC tengahari ini yang bakal dirasmikan oleh Ketua Pemuda Umno Nasioanal, Sdr Khairy

Gambar Fasha Sandha Yang Wow!!!!





Alamak seksinya Fasha Sandha. Mengalahkan Miera Leyana la pula pakaian yang dipakai. Fasha Sandha hadir untuk satu majlis pelancaran untuk sebuah majalah baru dipasaran tempatan iaitu LISA. Ni bukan Owner dia Lisa Surihani taw, nama jerk LISA tapi owner dia orang lain. Hehe. Tengok Pakai Fasha siapa tak terkejut. Bukan nampak berisi tapi cukup mengancam jiwa kalbu. Korang enjoy lah dulu k.

Malaysia Tertinggi Masalah Obesiti, Betul Ka????

Malaysia berada pada kedudukan tertinggi di kalangan negara ASEAN yang berhadapan dengan masalah obesiti yang berpunca daripada pengambilan gula yang berlebuhan di kalangan rakyat negara ini.

Berdasarkan kajian pengambilan gula di kalangan orang dewasa di negara ini pada 2002 dan 2003 mendapati, rakyat Malaysia mengambil 51 gram gula tambahan, berbanding dengan 50 gram yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sebanyak 1,266 sampel makanan dianalisis pada 2009 untuk bahan pemanis dan 7.3 peratus atau 92 sampel daripadanya didapati melanggar standard yang ditetapkan.

Pada 2010, sebanyak 2,004 sampel makanan dianalisis di mana 5.4 peratus bersamaan dengan 108 sampel didapati melanggar standard ditetapkan.

Selain tindakan mahkamah terhadap industri industri yang tidak bertanggungjawab, kerajaan juga mengeluarkan senarai produk yang melanggar Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers