Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Showing posts with label Berita Harian. Show all posts
Showing posts with label Berita Harian. Show all posts

Monday, 24 February 2014

Puaka Niring : Lembaga Hitam Dicekup Di Perak...


Tindak tanduk mencurigakan ‘lembaga hitam’ yang tergesa-gesa keluar dari pekarangan sebuah rumah di Taman Sempadan, dekat sini, kelmarin membongkar beberapa kes kecurian pakain berjenama dan aksesori kenderaan sebelum ini.

Semuanya terbongkar setelah tertangkapnya lembaga hitam yang juga seorang lelaki tempatan berusia 20-an yang dikesan sedang memanjat pagar untuk masuk ke dalam rumah mangsa lebih kurang jam 5 pagi.

Ahli Pasukan Keselamatan Daerah Kerian, Lee Sin Chew berkata, pada hari kejadian, pihaknya menerima panggilan daripada seorang penduduk taman itu lebih kurang jam 5.15 pagi yang melaporkan telah menyaksikan perbuatan seorang lelaki tidak dikenali sedang memanjat pagar rumah jirannya.

Menurutnya, susulan laporan itu, pihaknya segera menghubungi polis, manakala beberapa anggota lain bergegas ke rumah mangsa untuk mengesan suspek.

“Setibanya kami di sana, suspek didapati sedang mengutip beberapa pakaian berjenama milik keluarga mangsa yang disidai di ampaian setelah mengumpil keluar beberapa aksesori dalaman kereta.

“Suspek cuba melarikan diri setelah menyedari kehadiran kami, bagaimanapun gagal melepaskan diri berikutan jumlah kami dan penduduk setempat yang turut sama begitu ramai,” katanya sewaktu ditemui media di sini semalam.

Sin Chew berkata, mangsa cuba bertindak agresif sewaktu dicekup orang ramai, bagaimanapun berjaya ditenangkan setelah polis hadir ke tempat kejadian.

Monday, 9 September 2013

Puaka Niring : Makhluk Campuran Ketam Udang Kala Jengking

Ismail memegang haiwan pelik yang ditemuinya di atas daun nipah
di kawasan hutan berdekatan Kampung Alor Tuman

MARANG - Rupanya seperti seekor udang galah, namun ia juga kelihatan seperti seekor ketam kerana mempunyai sepit dan apabila diperhatikan dengan lebih terperinci, ekornya pula kelihatan seperti kala jengking.

Haiwan pelik berwarna jingga itu ditemui seorang pengusaha nira nipah liar, Ismail Jusoh, 49, dari Kampung Alor Tuman di sini, di kawasan hutan ketika mencari pokok nipah berdekatan kampung berkenaan, kelmarin.

Menurut Ismail, dia menemui haiwan itu di atas daun pokok nipah lalu memberanikan diri memegangnya, namun terkejut apabila melihat rupa bentuknya yang unik.

“Saya terkejut melihat haiwan itu berkaki lapan. Bahagian hadapan bentuknya seperti ketam manakala bahagian belakang seperti udang dan seakan-akan ekor kala jengking,” katanya kepada Sinar Harian.

Ismail berkata, dia akhirnya mengambil keputusan untuk membawa pulang haiwan itu ke rumahnya dan berhasrat memelihara haiwan tersebut.

Friday, 20 January 2012

Azizan : Madrasah Salihiah Tetap Roboh Tanpa Mengira Apa Keputusan Mahkamah???...


Biar betoi kata MB Kedah, Azizan Madrasah Salihiah tetap dirobohkan tanpa mengira apa keputusan Mahkamah berkaitan writ yg dikemukakan Jawatankuasa Surau.

Dah hilang akal ker Azizan nie nak main langgar jer bila writ saman yang akan didengar 6 Februari nanti.

"Jika keputusan mahkamah mengendalakan projek ini, saya LAWAN kerana Aman Central akan memajukan Alor Setar." Katanya.

Mulut Tony Pua Dan Saifuddin Nasution Ternganga Dengar Penjelasan @zahidhamidi_my


Pelbagai pertikaian dan dakwaan penyelewengan yang dibangkitkan pihak pembangkang berkaitan pembelian aset pertahanan negara termasuk enam unit Kapal Tempur Pesisir (LCS) bernilai RM9b akhirnya terungkai.

Wakil pembangkang Tony Pua, Saifuddin Nasution, Dzulkefly ternganga apabila mendengar penjelasan dan penerangan yang dibuat oleh KSU Kementerian Pertahanan bersama Panglima Angkatan Darat, Laut dan Udara serta Menteri Pertahanan sendiri.

Akibat Terlalu Marah Pasal NFC Kak Ijat Saman RM100j???...


Kak Ijat yang sejak kebelakangan ini dihimpit dengan isu NFC terutama daripada pembangkang akhirnya sudah tidak tahan lagi dan sudah hilang kesabarannya lalu bertindak menyaman RM100j.

Sapa yang kena saman? Menurut sumber yang boleh dipercayai, Kak Ijat telah memfailkan saman fitnah menuntut ganti rugi RM100j daripada Ketua Wanita PKR, Zuraida dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi kerana mengaitkan Kak Ijat dengan isu NFC.

Wednesday, 18 January 2012

Tun M Bidas Pihak Pertikai Hak Saiful Merayu????...


Tun Dr Mahathir Mohamad membidas tindakan pihak yang mempertikaikan hak bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan untuk memohon Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan ketua pembangkang daripada tuduhan meliwat.

“Apakah dalam negara ini mangsa yang kerdil tidak berhak kepada keadilan sehingga dia tidak boleh merayu untuk didengar oleh mahkamah lebih tinggi?,” kata bekas Perdana Menteri dalam entri terbaru di laman blognya, semalam.

Dr Mahathir berkata, apabila Anwar didapati tidak bersalah kerana tiada bukti kukuh untuk menyokong keterangan Mohd Saiful, hak mangsa untuk membuat rayuan dipertikaikan.

Friday, 30 December 2011

SPR Uji Dakwat Kekal Untuk PRU13


Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC) telah menguji dakwat kekal yang akan digunakan ke atas pengundi berdaftar sahaja dan susun atur tempat mengundi juga diubah terutama tempat duduk 'agen calon'.

Ini antara perubahan yang dilakukan SPR bagi menjadikan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang lebih telus melalui PSC yang ditubuhkan. Beberapa cadangan daripada Bersih telah diambil kira, kini apa pula tuntutan 'gila' mereka.

Wednesday, 28 December 2011

Barat Iktiraf Cara Tun M Menangani Krisis Kewangan 1997 Bukan ANUar Ibrahim....


KESATUAN Eropah (EU) yang kini berdepan krisis kewangan terburuknya, mengiktiraf penyelesaian dan pendekatan yang dilaksanakan Malaysia ketika mengharungi krisis kewangan Asia pada 1997/1998.

Duta dan Ketua Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia, Vincent Piket, berkata negara Eropah yang sepatutnya menjadi model kepada negara lain, perlu mengesan banyak isu berkaitan struktur ekonominya yang tidak pernah disedari sebelum ini bagi menyelesaikan krisis kewangan terbabit.

Kelemahan struktur ekonomi dan struktur yang tidak fleksibel adalah antara perkara penting yang dipelajari dalam krisis zon euro ketika ini apabila ia dengan mudah menjejaskan kekuatan ekonomi negara ahli. 

- Vincent Piket, Duta dan Ketua Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia Sambil menyifatkan cara penyelesaian Malaysia untuk keluar daripada krisis kewangan 1997/1998 sebagai pendekatan terkenal, beliau berkata, itulah yang seharusnya dilakukan negara EU untuk mengiktiraf negara seperti Malaysia yang berjaya keluar dan memperoleh lonjakan dalam pertumbuhan ekonominya dengan pantas.

Thursday, 22 December 2011

Benarkah Madrasah Salihiah Premis Terakhir Diroboh Pas Kedah???... Apakah Jaminannya???...

MADRASAH Salihiah yang berusia 100 tahun dibina 
di tanah wakaf di Jalan Tambang badak dan akan 
dirobohkan untuk pembinaan pusat komersial.

Akhirnya Madrasah Salihiah, Kancut di Jalan Tambang badak yang menjadi 'isu hangat' di Kedah sejak kebelakangan ini bakal tewas di tangan kerajaan negari Kedah yang dipimpin Pas. Pusat pengajian Islam ini bakal di 'transformer' kan menjadi pusat komersial yang bakal dikenali sebagai "Aman Sentral".

Berita sedih ini disahkan oleh kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan bahawa bangunan ini tetap akan dirobohkan demi memberi laluan kepada pembangunan. Bangunan ini terpaksa dirobohkan kerana kedah sudah tidak mempunyai tanah lagi. Tanah sawah atau 'bendang' tidak sesuai untuk mendirikan bangunan?. 


Tapi kenapa Tesco boleh pula didirikan di atas tanah bendang? Bukan itu saja, banyak lagi bangunan yang masih boleh dibina di atas tanah bendang. Mesti ada 'udang disebalik batu' kenapa tanah itu juga yang mahu dibangunkan. Adakah kerana 'value' tanah itu menarik minat orang bukan Bumiputera yang menjadi idaman mereka. Adakah DAP yang ramai 'businessmen' di dalamnya mempunyai kepentingan peribadi terhadap projek ini?

Wednesday, 21 December 2011

Hassan Ali : Pakatan Punca Pas Sudah Berubah Wajah...


EXCO Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hassan Ali mendedahkan, pakatan PAS dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP antara punca perubahan prinsip perjuangan PAS yang tidak lagi menegakkan negara Islam hingga menyebabkan kemerosotan sokongan ahli.

Beliau berkata, penyokong mula mempersoal dan mahu menarik diri daripada menyokong PAS berikutan perubahan dasar daripada negara Islam kepada kerajaan perpaduan yang kemudian diganti negara berkebajikan.

“Saya minta PAS kembali ke perjuangan asal, ini bukan saya saja yang minta, orang lain pun minta... cuba kita buat undian, tetapi undian terbaik adalah Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti,” katanya."

Hassan menyifatkan pemimpin tertinggi DAP, terutama pengerusinya, Karpal Singh sebagai ‘stumbling block’ (penghalang) untuk PAS mempertahankan prinsip perjuangan.

Monday, 19 December 2011

HuaZong Cadang Najib Sebagai "Bapa Transformasi Malaysia"...


Gabungan Persatuan Cina Malaysia (HuaZong) mencadangkan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dianugerahkan gelaran 'Bapa Transformasi' sebagai bukti dan pengiktirafan kepada zaman pemerintahan yang cukup istimewa dan dinamik.

Presiden HuaZong, Tan Sri Pheng Yin Huah, berkata pengalaman politik lebih 33 tahun menyaksikan Najib berjaya melakukan banyak transformasi serta pembaharuan untuk negara.

Malaysia sudah melalui perjalanan penuh cabaran dan halangan, tetapi berjaya tanganinya gunakan konsep dan acuan sendiri berteraskan semangat 1Malaysia

Friday, 16 December 2011

Kedai Komputer Jadi Lubuk Kaki Judi Di Penang Sejak DAP Memerintah....

satu daripada premis yang menawarkan perjudian berkomputer
di sebuah pasaraya  di Jalan Dr Lim Chew Leong

GEORGETOWN: Sebelum ini, tingkat lima sebuah pusat beli-belah di Jalan Dr Lim Chew Leong, di sini, dikenali sebagai pusat hiburan keluarga serta menempatkan sebuah pawagam bagi membolehkan orang ramai melepaskan tekanan selepas seharian bekerja.

Bagaimanapun, kini keadaannya cukup berbeza kerana tempat itu boleh diibaratkan sebagai 'lubuk' kepada kaki judi berikutan peningkatan premis permainan berkomputer dipercayai berunsurkan perjudian.

"Mungkin di mata orang luar, masyarakat di sini gemarkan perjudian dan yang lebih teruk menjadi mangsa ialah remaja. Tidak mungkin pihak berkuasa terlepas pandang kerana ia hanya berada di sebelah bangunan pentadbiran kerajaan negeri." - Asrizal Hilmi, Kakitangan swasta.

Tinjauan ke lokasi itu mendapati kira-kira 10 kedai komputer di tingkat lima pusat beli-belah itu menawarkan khidmat perjudian yang mendapat sambutan hangat daripada pengunjung terutama remaja.

Pemerhatian mendapati pemilik premis hanya membenarkan pelanggan tetap masuk ke premis masing-masing dan jika pelanggan yang boleh menimbulkan kecurigaan, mereka tidak dibenarkan masuk.

Thursday, 15 December 2011

Ketua Cabang PKR Keluar Parti Kerana "Fade-Up" Dengan Penipuan ANUar Dan "Double Standard" Guan Eng...


Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bukit Gelugor, Lim Boo Chang, semalam mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas hilang kepercayaan terhadap parti disertainya tiga tahun lalu itu, berkuat kuasa serta merta dan menyatakan hasrat menyertai semula GERAKAN.

Boo Chang yang juga Ketua Biro Undang-Undang dan Perkhidmatan Kemasyarakatan PKR Pulau Pinang turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Surat keluar PKR diserahkannya kepada Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, manakala surat peletakan jawatan Ahli Majlis MPPP diserahkan kepada Yang Dipertua (YDP) MPPP, Patahiyah Ismail, kedua-dua bertarikh semalam.

Boo Chang berkata, beliau menyertai PKR selepas pilihan raya umum Mac 2008 kerana tertarik dengan janji parti itu untuk mereformasikan rakyat, tetapi hilang keyakinan kerana kegagalannya menunaikan janji berkenaan, persaingan sesama sendiri yang melampau serta tindakan parti sering mengetepikan sebahagian ahli.

“Sepanjang tempoh itu juga saya memerhatikan hala tuju baru ditetapkan menerusi negara dinamik dan wawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mentransformasikan negara dalam semua sektor bermula dari politik, ekonomi, kebudayaan, sosial, pendidikan hinggalah kebajikan kehidupan seharian rakyat.

Monday, 12 December 2011

Tun M : Ada NGO Tajaan AS Bantu Usaha Guling Kerajaan BN????...


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan beberapa pemimpin dalam parti pembangkang dan Majlis Peguam bersekongkol dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tajaan Amerika Syarikat (AS) yang dikuasai rejim Yahudi untuk mengguling dan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sambil menyifatkan AS dikuasai sepenuhnya golongan Yahudi menerusi media, Hollywood dan sumber kewangan, beliau berkata, menjadi hasrat kuasa besar itu untuk mengadakan perubahan rejim bagi semua kerajaan yang tidak memihak kepada mereka.

“Bila lihat ada negara yang tidak bersetuju dan menentang, termasuk Malaysia, mereka hendak membuat perubahan rejim di negara ini. Mereka tubuh satu badan dan dibekalkan dengan wang untuk disogokkan kepada pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada."

“Saya nak bagi nama, saya tidak tahu tetapi ada anggota pembangkang dan dalam Majlis Peguam yang terbabit,” katanya pada sidang media selepas majlis Bicara Negarawan di sini semalam.

Thursday, 8 December 2011

Lynas : ADUN Pembangkang Ada Syer Dalam Syarikat Kontraktor Main-Con...


Kulaan mendapat pengkhabaran melalui angin yang Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob akan memdedahkan terdapat beberapa ADUN Pembangkang turut ada syer dalam syarikat kontraktor yang mendapat "kontrak" Lynas di Gebeng.

Dalam pengkhabaran angin itu, DS Adnan meminta Lynas keluarkan senarai kontraktor terbabit dengan projek Lynas dan jangan terkejut jika dalam senarai kontraktor itu ada rakan kongsi kepada orang yang paling menentang Lynas.

Tuesday, 6 December 2011

Tun M : Lepaskan Jawatan Demi Kepentingan Parti...


Sapa boleh sahut cabaran Tun M nie... "Lepaskan Jawatan" satu benda yang tak semua orang boleh lakukan...

Bukan semua pemimpin betul-betul sayangkan parti... Sebabnya, jika mereka sayangkan parti pasti mereka tidak ada masalah untuk melepaskan apa saja jawatan yang disandang...

Tun M mencabar pemimpin parti terutama pemimpin UMNO untuk mengundurkan diri dan melepaskan jawatan jika itu mendatangkan faedah...

Pemimpin seharusnya membuat keputusan terbaik dan memberi peluang kepada gabungan muka baru kerana kerana kepentingan parti perlu diutamakan...

Dr. Mahathir berkata, "setiap pemimpin seharusnya sedar tempoh sepatutnya mereka berundur dan memberi peluang kepada barisan generasi muda menunjukkan kebolehan menerajui parti."

Thursday, 17 November 2011

Anwar Menipu Laporan Polis dan Terkantoi...

ANUar ketika membuat sidang media selepas memberi
keterangan di Balai Polis Kepong,  semalam





Pegawai kanan buat aduan berkaitan laporan palsu



KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dipanggil untuk memberi keterangan berhubung laporan polis dibuatnya yang didakwa palsu membabitkan siasatan kes video seks seorang lelaki mirip beliau bersama seorang wanita warga asing, Mac lalu.


Beliau yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan isteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail tiba di Balai Polis Kepong jam 3.15 petang bersama pasukan peguamnya sebelum beredar sejam kemudian.


Anwar berkata, beliau dipanggil memberi keterangan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana didakwa memberi maklumat palsu dalam laporan polis dibuatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sehari selepas rakaman video itu didedahkan awal tahun ini.


“Itu yang dimaklumkan kepada saya... perlu hadir beri keterangan hari ini (semalam) kerana ada laporan dibuat oleh seorang pegawai kanan polis terhadap saya berhubung laporan saya yang didakwa palsu. Oleh yang demikian, saya hadir beri keterangan seperti diarahkan.


“Saya tidak pasti apa motif di sebalik semuanya ini... jika benar maklumat yang saya berikan (dalam laporan polis sebelum ini) palsu, mengapa pegawai polis itu mengambil masa lama untuk membuat laporan dan menyiasat dakwaan itu,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.


Kenyataan Anwar dirakamkan Pegawai Penyiasat Kanan dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, Asisten Superintendan Teh Boon Ang dan difahamkan 12 soalan berhubung dakwaan laporan palsu itu ditanyakan kepada beliau sepanjang siasatan. 


Pada Mac lalu, Anwar membuat laporan polis di IPD Dang Wangi selepas Trio Datuk T iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim menunjukkan video seks membabitkan lelaki mirip ketua pembangkang itu kepada media di Carcosa Sri Negara di sini.



Antara lain, beliau dalam laporan itu menafikan lelaki dalam video berkenaan adalah dirinya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan Anwar dipanggil memberi keterangan, namun enggan mengulas lanjut. - BHonline
Kulaan : hei! berapa kali mau tipu daaaaa....

Wednesday, 16 November 2011

Edisi Meroyan : Populariti Najib Meningkat.. Anwar, Nik Aziz Dan Lim Guang Eng Merosot Teruk

Populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meningkat dengan mantap sejak 2009 tetapi yang sebaliknya berlaku kepada tiga pemimpin utama pembangkang, demikian menurut kajian oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Selain daripada Najib, kajian terhadap populariti lima personaliti kepimpinan di Malaysia yang dijalankan oleh Unit Kajian Media dan Pilihan Raya UIAM menunjukkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terus kekal popular walaupun berundur pada 2003 manakala Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, menyaksikan populariti mereka merosot.

Prof Datuk Syed Arabi Idid daripada Jabatan Pengajian Komunikasi UIAM, mengetuai kajian itu dari Mac 2008 hingga Julai 2011 bersama penyelaras penyelidikan, Azrul Hisyam Wakichan.

Satu sampel rambang purata 1,500 responden terdiri pengundi Melayu, Cina dan India dari seluruh negara ditanya mengenai kepuasan mereka terhadap kualiti kepimpinan kelima-lima pemimpin itu

Kajian itu menunjukkan peningkatan dalam populariti Najib adalah hasil usaha berterusan beliau untuk mendekati hati rakyat dan memimpin negara ke arah masa depan yang lebih cerah.

"Kajian ini dengan jelas menunjukkan responden Melayu, Cina dan India kini menerima Datuk Seri Najib," katanya.

Pada Oktober 2008, 35 peratus responden Melayu, 33 peratus Cina dan 41 peratus India menunjukkan yang mereka puas hati atau sangat puas hati dengan Najib tetapi menjelang Julai 2011, penerimaan masing-masing meningkat kepada 59 peratus, 45 peratus dan 62 peratus.

"Hakikatnya rakyat kini lebih bersedia menerima Datuk Seri Najib sebagai pemimpin mereka," kata Syed Arabi yang menjalankan kajian mengenai populariti pemimpin-pemimpin sejak 1989.

Mengenai punca kemerosotan populariti Anwar, Nik Aziz dan Lim, beliau berkata, ia banyak berpunca kerana isu-isu semasa dan kegagalan untuk mencapai kata sepakat dalam banyak hal.

Azrul Hisyam, yang menyelaras kajian itu, berkata kajian yang sama mendapati rakyat Malaysia masih memandang tinggi Dr Mahathir dan segala sumbangannya.

Purata 74 peratus daripada responden dalam soal selidik itu menunjukkan mereka menyanjungi Dr Mahathir sepanjang kajian empat tahun itu.

Azrul Hisyam berkata, rakyat Malaysia melihat Dr Mahathir sebagai pemimpin yang telah membuktikan kebolehannya dan masih lantang bersuara.

"Mereka melihat beliau sebagai pemimpin teladan," katanya. - BERNAMA

Tuesday, 8 November 2011

Pembangkang Cemburu Dengan Kestabilan Ekonomi Di Bawah Pemerintahan BN

Ke-17 daripada 110 negara dalam Indeks Kemakmuran

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia mendapat pengiktirafan mencapai prestasi baik menduduki senarai ke-17 daripada 110 negara seluruh dunia berdasarkan laporan terkini Indeks Kemakmuran Legatum 2011, Institut Legatum berpangkalan di London.
Dalam subindeks itu, laporan badan bebas bukan partisan itu menyatakan kepercayaan orang ramai kekal tinggi dengan 87 peratus melahirkan keyakinan terhadap sektor kewangan Malaysia.

Pertumbuhan perkapita Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia meningkat purata 2.3 peratus setahun dari 2005 hingga 2009, menunjukkan pertumbuhan yang tetap dan menyumbang kepada penilaian subjektif yang positif terhadap ekonomi negara. - Laporan Indeks Kemakmuran Legatum 2011 Malah bersama Indonesia (menduduki tangga ke-44 dalam subindeks Ekonomi), Malaysia disebut sebagai model kemakmuran ekonomi kepada negara Arab yang bergolak apabila kejayaan ekonomi negara sebahagian besarnya sumbangan perindustrian berpacu eksport dengan didorong pelaburan langsung asing (FDI), selain kadar pengangguran rendah.

“Malaysia mempunyai kadar inflasi 0.58 peratus serta kadar tabungan dalam negara kasar yang tinggi, iaitu 36 peratus, sekali gus menunjukkan ekonomi yang stabil dan berkembang.

“Penduduknya mempunyai akses tinggi kepada makanan dan kediaman mampu milik (data diambil dari Gallup World Poll), meletakkan Malaysia di tangga ke-42 pada peringkat dunia (dalam kalangan 110 negara Indeks Kemakmuran) dalam pembolehubah ini.

“Pertumbuhan perkapita Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia meningkat purata 2.3 peratus setahun dari 2005 hingga 2009, menunjukkan pertumbuhan yang tetap dan menyumbang kepada penilaian subjektif yang positif terhadap ekonomi negara.
“(Data diambil dari Gallup World Poll) kira-kira 71 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan standard kehidupan mereka, 53 peratus percaya pasaran kerjaya adalah positif dan kebanyakannya optimis mengenai ekonomi negara,” menurut laporan itu.

Ekonomi antara satu daripada lapan subindeks diambil kira dalam Indeks Kemakmuran Legatum 2011 yang secara keseluruhannya menyaksikan Malaysia mengekalkan kedudukan tahun lalu di tangga ke-43 dalam senarai 110 negara itu yang mewakili kira-kira 93 peratus penduduk dunia dan 97 peratus KDNK global.

Pada peringkat rantau Asia Pasifik pula berdasarkan laporan sama, Malaysia menduduki tangga kelapan. Negara yang menduduki 10 tangga teratas dalam Indeks Kemakmuran Legatum 2011 ialah Norway, diikuti Denmark, Australia, New Zealand, Sweden, Kanada, Finland, Switzerland, Belanda dan Amerika Syarikat.

Singapura yang berada di tangga ke-16, satu-satunya negara ASEAN yang mengatasi Malaysia dalam penarafan kemakmuran antarabangsa itu, manakala Indonesia pada kedudukan ke-70.

Bagi tujuh subindeks lain dalam Indeks Kemakmuran itu, Malaysia menduduki tangga ke-35 bagi Tadbir Urus, Keusahawanan dan Peluang (36), Pendidikan (46), Kesihatan (46), Keselamatan dan Sekuriti (53), Modal Sosial (75) dan Kebebasan Peribadi (96).

Wednesday, 21 September 2011

Pelik tapi benar : Hakim Terkedu Pesalah Minta Hukuman Gantung

Sungai Petani, 20 Ogos, Hakim Mahkamah Seksyen, Norsalha Hamzah terkejut apabila pesalah yang hanya dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 2 sebatan meminta dijatuhkan hukuman gantung kepadanya.

K Pasupathy, 26 membuat permintaan demikian di hadapan hakim ketika hukuman dijatuhkan kepadanya. Tertuduh berkata "Yang Arif, saya mohon hukum gantung sampai mati". Terkedu seketika Hakim Norsalha Hamzah mendengar pengakuan tertuduh. Namun, setelah diberi penjelasan oleh jurubahasa bersabit hukuman sebenar yang dijatuhkan ke atas tertuduh, tuduh berkata "Kalau macam itu saya minta hukuman penjara 20 hingga 30 tahun. Hukunlah penjara maksimum sebab saya ada masalah peribadi". Sekali lagi hakim terkedu mendengar pengakuan tertuduh.

Mengikut fakta kes, Pasupathy didakwa menetak ibunya dengan sebilah parang sehingga menyebabkan kecederaan parah 6 September lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun atau denda dan sebatan atau kedua-duanya.

Sumber : Berita Harian

Kulaan : Macam ni punya orang pun ada. Kalau pesalah lain merayu diringankan hukuman, pesalah ini nak maksimun. Sapa sebenarnya yang bermasalah?....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers