Jadilah Sahabat Kulaan...

KUIPS

KUIPS

Thursday, 20 October 2011

Zahid Hamidi : Dunia Blogosfera Pro BN Dinasihat Henti Hentam Pemimpin Kerajaan

Kulaan sempat bertemu dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi semalam bersama dengan rakan-rakan bloggez tersohor, facebookez dan pengamal media di bilik mesyuarat pejabat beliau tingkat 5 Wisma Kementah. Banyak ilmu dan pandangan yang beliau kongsikan sebagai panduan di alam siber.

Perjuangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti adalah untuk membentuk kerajaan baru dengan majoriti lebih besar dan bukannya kerajaan yang ada hari ini. Pengamal media, facebookez dan bloggez pro BN diminta supaya mengenepikan kepentingan individu dan kelompok sendiri serta menghentam pemimpin kerajaan dari mana-mana komponen demi untuk memperkukuhkan BN. DatukZahid juga meminta agar perkara ini diberhentikan dengan segera atau dengan nada berseloroh "cuti ler sekejap hentam pemimpin kerajaan, lepas PRU13 nak sambung, sambung la balik. Lagi bagus jangan sambung lagi".
"Dengan slogan lawan kita menuju ke Putrajaya, maka kita perlu mempertahankan Putrajaya, tiada gunanya kita bertelagah dan saling membunuh karier pemimpin BN, namun akhirnya Putrajaya jatuh ke tangan lawan." katanya semalam.

Kulaan : Kulaan berharap agar pengamal media, facebookez dan bloggez Pro BN agar menghentikan segera segala serangan peribadi kepada pemimpin kita yang akhirnya memberi ruang kepada pembangkang melemahkan serta merugikan kerajaan pimpinan PM kita, Datuk Seri Najib.

Eksklusif : Pendedahan 1Peluru Pas Kelantan Rampas Tanah Orang Kelantan

Sumber : 1Peluru


Berita ekslusif ini Kulaan perolehi daripada sahabat Kulaan blogger tersohor 1Peluru mengenai penindasan kerajaan Kelantan di bawah pemerintahan Pas yang merompak tanah-tanah kerajaan negeri Kelantan untuk dimasukkan ke kantung Pas sebagai modal untuk kegunaan PRU13. Pendedahan ini dilakukan sendiri oleh 1Peluru dan Panglima Perang Cyber yang turun ke pendalaman Kelantan menggunakan duit poket hasil usaha sendiri untuk membongkar kezaliman kerajaan Pas Kelantan.

Dalam Siri 1 ini, turut sama adalah penduduk kampung yang ditindas sejak kerajaan Pas memerintah lagi. Kulaan ni bukanlah orang Kelantan yang faham sangat dialek Kelantan nie tapi hasil penterjemahan kawan-kawan yang fasih berbahasa Kelantan maka Kulaan baru tahu susah senangnya rakyat Kelantan di pendalaman. Pakcik ini menyatakan bahawa kesusahan kehidupannya sudah bermula sejak tahun 70an lagi bermula era pemerintahan kerajaan pimpinan Pas.

Nantikan pendedahan lanjut daripada 1Peluru dan Panglima Perang Cyber yang akan mendedahkan maklumat terperinci.

Tuesday, 18 October 2011

Sultan Selangor : Tindakan JAIS Ikut Peraturan



Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memutuskan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya, pada 3 Ogos lalu adalah betul dan tidak menyalahi undang-undang yang berkuatkuasa di negeri ini.

Bagaimanapun, baginda bersetuju tiada pendakwaan terhadap mana-mana pihak, selepas meneliti secara mendalam laporan JAIS selain mendapat nasihat pakar agama dan undang-undang.

Terdapat keterangan ada cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah umat Islam tetapi keterangan yang diperolehi tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang.

"Tindakan JAIS selaras bidang kuasa yang diperuntukan mengikut Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor 1988," titah baginda dalam satu kenyataan di sini, semalam.

"Sebagai Ketua Agama Islam Negeri Selangor, Beta amat mengambil berat dan amat tersinggung dengan usaha pihak tertentu untuk melemahkan akidah umat Islam di Selangor"

Baginda bertitah, sebagai sebuah jabatan kerajaan negeri yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang Islam di negeri ini, JAIS mempunyai tugas yang berat bagi memastikan agama Islam sentiasa terpelihara dan dimartabatkan.

Titahnya, ini selaras kedudukan agama Islam sebagai agama negeri Selangor mengikut Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh kerajaan Selangor,


Kulaan : apa boleh Khalid Gagap kata lagi... tergagap-gagap bila bertemu dengan Sultan Selangor...

Bila Manusia Hilang Sifat Kemanusiaan



Kulaan : meruntum hati Kulaan bila tengok klip video ni... inilah yang bakal berlaku bila sifat kemanusiaan semakin terhakis dan hilang daripada hati manusia...

Monday, 17 October 2011

Che Gu Bard Meroyan Menjaja Cerita Cincin Demi Untuk Sebuah Kerusi Parlimen



Kulaan : demi kerana gilakan sebuah kerusi parlimen yang CikguBard lihat semakin jauh setelah kalah bertanding jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan, dia melalak melolong pasal cerita basi yang rakyat dah taknak dengar lagi ler. Jangan ler kita terpedaya dengan kata-kata busuk bau longkang CikguBard nie.

Rahsia Sebenar Pegawai Imigresen Jatuh Tingkat 12???


sekadar gambar ilustrasi

Risik punya risik rupa-rupanya Pegawai Imigresen, Mohd Irwan Mohd Ishak, 29, yang jatuh dari unit kediamannya di Tingkat 12, Kondominium Magnaville, Selayang jam 7.45 malam Selasa bukanlah lagi kakitangan Imigresen kerana beliau telah dipecat daripada tugasnya bermula 10 Mei 2011 dan dikenakan tindakan tatatertib kerana kesalahan gagal hadir bertugas tanpa sebab (kaki ponteng la ni).

Perkara ini disahkan sendiri Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ahmad.

"Individu terbabit bukan lagi penjawat awam dan tidak mempunyai kaitan dengan Jabatan Imegresen seperti yang dilaporkan", ujarnya.

Desas-desus kononnya beliau mati terjatuh dari rumahnya kerana melarikan diri ketika tiga pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban datang ke rumahnya.

Kulaan : itulah sikap manusia... tak tau hujung pangkal cerita, main hentam jer... penyudahnya pihak tak berkaitan macam Jabatan Imigresen yang kena... kena kutuk la, kena maki la, kena macam-macam lagi la... lain kali check dulu cerita sebenar, jangan main dengar je khabar-khabar angin ni...

Pendidikan Seks : Taboo Masyarakat Malaysia


Sampai bila seks akan terus menjadi perkataan yang dilarang (taboo) untuk dibincangkan secara terbuka menyebabkan hingga kini belum ada kata putus mengenai usaha memeperkenalkan pendidikan seks di sekolah.

Sebab utama kenapa pendidikan seks tidak dapat diajar di sekolah kerana ketakutan tidak berasas sesetengah pihak, tindakan itu tidak akan membantu menyelesaikan gejala sosial yang berleluasa dalam kalangan pelajar serta remaja.

Persoalannya, tanpa pendidikan seks di sekolah apakah gejala sosial seperti zina, hubungan seks rambag, pembuangan bayi atau kes rogol semakin berkurangan? Jawapannya tidak juga kerana ada saja kes rogol bawah umur dan pembuangan bayi dilaporkan.

Perbincangan mengenai Reproduktif, Kesihatan Seksual dan Nilai Islam : Etika dan Kacamata Undang-undang oleh pensyarah Fakulti Agama dan Teologi, Universiti KwaZulu Natal, Kolej Kampus Howard, Durban, Afrika Selatan, Prof Abul Fadl Mohsin Ebrahim, turut membangkitkan perkara itu semasa menyampaikan ceramah di Institut Antarabagsa Kajian Tinggi Islam Malaysia (IAIS).

Beliau berpendapat, pendidikan seks perlu sebagai salah satu alat pembendung perkara negatif seperti kehamilan usia muda, perlakuan seks bebas serta penyakit kelamin.

Bagi tujuan itu, pendidikan seks dicadangkan diajar oleh guru lelaki kepada pelajar lelaki dan guru perempuan kepada pelajar perempuan. Guru yang dipilih pula perlu mempunyai kelayakan, berwibawa serta berintegriti.

Silibus pendidikan seks perlu direncana melalui pandangan yang luas, bukan tertumpu kepada perlakuan sahaja tetapi merangkumi kasih sayang, kekeluargaan dan hukum agama supaya ilmu itu benar-benar memberi manfaat serta mencapai matlamat.


Gabungan kebijaksanaan ahli fiqh yang memberi pandangan, pakar bidang perubatan dan ilmu wahyu diperlukan bagi membantu hasrat mendedahkan pelajar kepada pendidikan seks mampu dilaksanakan dengan lebih baik seterusnya menghasilkan impak diharapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif IAIS, Prof Dr Mohammad Hashim Kamali berkata, "Fiqh adalah warisan yang kaya tetapi tidak semua berlaku dalam masyarakat kontemporari dibicarakan ahli fiqh terdahulu. Begitu juga fiqh kesihatan yang mendedahkan kita kepada pelbagai masalah kerana bidang ini tidak dijelaskan secara khusus tetapi umum".

"Apa yang kita ada ialah rujukan iaitu Al Quran dan sunnah serta panduan bagaimana hendak mencari jalan penyelesaian. Oleh itu, mereka yang berilmu serta mempunyai kepakaran perlu membantu menangani masalah ini".

Kulaan : dengan adanya pendidikan seks di sekolah, Kulaan harap sekalipun tidak akan dapat menghapuskan masalah gejala sosial tapi sekurang-kurangnya dapat mengurang dan menurunkan statistik masalah berkaitan gejala sosial di negara ini.

Sunday, 16 October 2011

Bajet 2012, Bajet Cedok


Harakah 10-13 Oktober, Pakatan Rakyat menyifatkan Belanjawan 2012 yang diumumkan Perdana Menteri, 7 Oktober laly dicedok daripada Belanjawan Pakatan Rakyat yang diumumkan Ketua Pembagkang, Dato' Sri Anwar Ibrahim, 4 Oktober lalu.

Lebih tepat ia 'belanjawan gelabah' menuju Pilihan Raya Umum Ke-13, tegas Anwar ketika ditemui selepas pembentangan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat 7 Oktober lalu.

Memang Kulaan dah agak dah. Dah agak dah. Pasal apa pembangkang tergesa-gesa nak bentangkan bajet mereka sendiri 2 hari sebelum PM bentang bajet. Mesti 'ada udang sebalik mee'.

Sah! Firasat Kulaan tepat bila pembangkang membentangkan bajet dulu baru boleh dakwa bajet 2012 dicedok daripada bajet pakatan. Kalo pakatan bentang selepas bajet kerajaan, tak dapatlah pembangkang nak dakwa kerajaan cedok. Ini semua taktik murahan pembangkang dalam meraih publisiti dan sokongan pengundi yang dilihat kebelakangan ini tidak memihak kepada pakatan pembangkang.

Bukan Kulaan sahaja tapi masyarakat dan rakyat di luar sana dapat meneka 'sandiwara semasa' pakatan yang semakin terdesak kerana rakyat sudah muak dan mengenali tipu helah kata-kata pemimpin pembangkang.

DSAI yang masih bergelumang dengan masalah moral dan klip video seksnya dengan China Doll, dan yang terbaru dikatakan terdapat lagi klip video beliau tapi kali ini di Siam pulak sudah tentu memerlukan sesuatu "Turning Point" untuk meraih sokongan rakyat dan juga penyokong pembangkang sendiri yang kebelakangan ini sudah mula menyedari tipu helah dan permainan licik DSAI membuatkan mereka semakin meluat dan sedar bahawa selama ini pemikiran mereka telah diperkotak-katikkan oleh individu kononnya "ANUgerah tuhan".



Kulaan : Kulaan dah agak dah... dah agak dah... kalo korang pun tak boleh agak macam Kulaan mengajak kes pembangkang dengan hal dok sebok nak bentang bajet sebelum bajet kerajaan... lu pikir ler sendiri...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers