Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 30 November 2013

Panas!!! Luahan Hati Ustaz Kazim Kerana Dihina Selepas Dilantik Ahli MT Umno!!! @_UstazKazim


Belum pun sampai sehari namanya diumumkan sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno, pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim telah dilemparkan pelbagai kata tohmahan daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ada yang mengelarkan beliau sebagai gila kuasa, gila pangkat, gila harta dan sebagainya.

Selepas menyedari dirinya dihina dan difitnah sedemikian rupa, pantas sahaja Ustaz Kazim memberikan penjelasan kepada pihak-pihak yang busuk hati dengan perlantikannya itu menerusi laman Facebooknya.

Antara lain, Ustaz Kazim menulis, "Subhanallah, saya pun terkejut saya dilantik, belum apa-apa dah kena maki. Saya ni sentiasa berlapang dada, janganlah tuduh tanpa melihat secara halus".

"Berhati-hatilah dalama berbicara. Apa tuan-tuan ingat saya kemaruk wang, kuasa dan pangkat? Apa salahnya doakan yang terbaik.

"Bila tiada orang agama, dikata teruk, bila orang agama dijemput pun dikata teruk, saya tak faham," luahnya lagi.

Selain itu, dengan pelantikannya itu, ramai yang mula membuat sangkaan bahawa Ustaz Kazim akan terus bersara dari memberikan ceramah agama kepada masyarakat di luar sana.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Ustaz Kazim menjelaskan dia tidak sesekali akan meninggalkan bidang dakwah yang menjadi darah dagingnya sebaliknya selepas ini, beliau mahu lebih memberikan fokus memberikan dakwah di sekolah-sekolah selain di media-media seperti televisyen dan radio.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 29 November 2013

Puaka Niring : Buaya Ganas "Bujang Seblak" Muntahkan Mayat Manusia Tanpa Kepala, Tangan Dan Kaki!!!


ROBAN – Usaha mencari nelayan sungai Adrian Thomas, 32, yang hilang dipercayai dibaham buaya dengan jolokan 'Bujang Seblak' berakhir dengan penemuan mayat tanpa kepala, tangan dan kaki, pagi semalam.

Rentetan penemuan mayat menyayat hati itu bermula apabila penduduk kampung yang menyertai usaha mencari mangsa di Sungai Seblak terlihat gelagat pelik seekor buaya dianggarkan sepanjang 16 kaki menggoncangkan tubuhnya dan mengocakkan air sebelum memuntahkan mayat manusia.

Saksi kejadian, Mani Mangai, 50-an, penduduk dari Rumah Mawan Ason, Empayak, Roban, berkata, seumur hidupnya, itulah kejadian paling aneh yang pernah dilihatnya.

"Kami amat terkejut apabila seekor buaya kira-kira sepanjang 16 kaki, berwarna kehitam-hitaman tiba-tiba muncul hanya beberapa meter dari tepi perahu kami, sambil mengocakkan air lalu memuntahkan sesuatu dari mulutnya," kata Mani ketika ditemui media di jeti perahu rumah panjang terbabit, semalam.

Beliau berkata, pada mulanya mereka menyangka buaya terbabit memuntahkan plastik, tetapi beberapa minit kemudian, mereka mula terhidu bau busuk.

"Risau dengan perkara itu, kami terus merapatkan perahu kami dengan benda terbabit sambil menariknya dengan pendayung.

Gila!!! Gaji Speaker Selangor RM9,000 Sehari???


Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh dengan bangga mengakui kononnya beliau tiada aset kecuali rumah teres dan kereta jenama Kia Sprento.

Adun DAP Subang Jaya itu membandingkan kenaikan gaji baru Speaker daripada RM RM6,109.29 kepada RM22,500 jauh lebih tinggi dengan apa diperolehi Perdana Menteri dan timbalannya walaupun gaji Datuk Seri Najib Tun Razak hanya RM22,826.65 manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima gaji RM18,168.15.

"Itu jauh, saya boleh isytihar aset saya," ujarnya mengulas akhbar The Star dan ahli Barisan Nasional yang membayangkan pendapatannya melebihi Najib dan Muhyiddin.

"Saya hanya ada rumah teres, ada satu kereta Kia Sprento, tiada pendapatan lain, tiada jet peribadi.

"Suami saya pula tak ada mana-mana peranan dalam agensi kerajaan," tegasnya menerusi laman twitter beliau ekoran isu kenaikan gaji yang disifatkan banyak pihak termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai terlalu tinggi.

Sial!!! Propaganda Anak Melayu Muda Singapore Pasal Kebaikkan "Bersunat"!!!


Dear The Real Singapore,

I, like many muslims males in the South East Asian region, are circumcised the moment I reached the age of 7 to 10. I still remember the propaganda my parents taught me. They told me that circumcision was a normal part of life and that everyone goes through it. I was teased by my older peers and family member when I was still uncircumcised. They told me that I was still a baby and I should go for circumcision if I want to be with the grown ups.

The week that I was to be circumcised was during the school holidays so as not to disrupt my studies. We had a feast and my parents asked the local mosque to give me some prayers. I had my circumcision done at the hospital with anesthesia so it wasn't that painful. But the weeks that follow was horrible.

I wasn't able to walk properly and was in constant pain. I was made to wear the sarong in order to heal but even then, there were instances where the sarong would stick on to the head of my penis after I awoke from a nap and trying to separate the sarong from my penis was extremely painful. I was not able to bathe for many days as we don't want to get the bandages wet and it made me extremely uncomfortable. But worst of all, urinating was extremely painful. I remembered I world cry every time I had to go to the toilet and sometime I would try to hold it in as long as possible.

But after weeks past, most of the scars have healed, the head of my penis have dried up and I am now officially one of the grown up and was a good muslim. Little did I and my parents know how unnecessary this ordeal was.


Growing up, I thought nothing much of it. It was just something muslims do for cleanliness was told "Cina itu kotor" (the Chinese are dirty) for not undergoing circumcision. I didn't want to offend my friends so I try to

avoid the topic entirely. But now as an adult, I start to criticize some parts of my religion and found a lot of holes in my belief.



Myth 1: I believed that the foreskin is simply a flap of skin that does not serve any purpose. It is not a big deal and something that I would miss.

Sidang Khas Sempena Perhimpunan Agung UMNO Disertai Mahasiswa IPT Dan "International"!!! #MahasiswaNasional 2013 @shaberyc @razaliibrahim @tunfaisal


75 pemimpin mahasiswa luar negara dan 75 pemimpin mahasiswa dari semua universiti dalam negara akan menyertai Persidangan Mahasiswa Nasional yang diadakan di PWTC pada 1 Disember ini.

Persidangan anjuran Kelab UMNO Luar Negara dan Biro IPT UMNO itu diadakan sebagai usaha para pemimpin muda berdiskusi untuk membawa usul ke Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan pada 2 hingga 7 Disember ini.

Menurut Pengerusi Biro IPT UMNO Datuk Razali Ibrahim memberitahu persidangan satu hari tersebut disertai oleh mahasiswa Malaysia yang kini menuntut di 14 buah negara.

"Persidangan ini bertemakan "Transformasi Politik Teraju Idealogi Mahasiswa" dan Kelab UMNO Luar Negara dan Biro IPT berhasrat untuk memperkenalkan pendekatan baru dalam mendampingi golongan mahasiswa, iaitu melalui persidangan yang akan dilangsungkan menggunakan format ala persidangan Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas (Select Committee).

"Format ini julung kali digunakan dan berbeza dengan pendekatan sebelum ini yang lebih berbentuk konvensyen, seminar, dialog dan forum,"kata beliau kepada wartawan pada Khamis.

Jelas beliau, pendekatan baru ini dibuat bagi menyediakan platform yang lebih interaktif agar dapat memberi pendedahan kepada mahasiswa kepada asas perdebatan dalam Parlimen, selain mengasah bakat dan mengenal pasti barisan kepimpinan muda dan melatih mereka agar berfikiran kritis, memahami dan menyumbang idea membina dalam dasar-dasar negara.

"Pada penghujung persidangan ini, mendapatkan sebanyak mungkin usul yang akan disampaikan dalam bentuk resolusi kepada kepimpinan tertinggi UMNO,"ujar beliau. - agendadaily

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

[18SX] Jangan Baca!!! Iklan Lucah Samsung, Silap Eja Atau Sengaja???


Terdapat peribahasa berbunyi, 'pen lebih tajam daripada mata pedang' atau dalam bahasa Inggeris boleh juga dirujuk sebagai, 'The pen, mightier than the finger'.

Dipercayai itulah yang ingin dinyatakan dalam iklan Samsung pada Billboard, merujuk pada pen Galaxy Note.

Tapi apa yang tertulis adalah 'The PENIS, mightier than the finger'!

Kalau nak dikatakan tersilap, macam manalah kesilapan besar boleh berlaku melibatkan syarikat besar ini.

Lagi pula, iklan Billboard dengan tulisan sama dinaikkan di banyak negara termasuk Mesir, Pakistan, Kenya dan Perancis.

Jadi jawapannya adalah, sama ada orang yang bekerja dalam divisyen pemasaran di Samsung lemah Bahasa Inggeris atau ia sememangnya satu kesilapan yang disengajakan bagi mencetus minat orang ramai.

Sementara itu di Kenya, masyarakat sana yang berasakan Billboard ini tidak sesuai telah membuat laporan agar ia diturunkan dari Pusat Persidangan Antarabangsa Kenyatta (KICC).

Kami pasti, perkara sama akan berlaku jika ia dinaikkan di Malaysia yang bukan sahaja mempunyai banyak inspektor bahasa tetapi juga amat menjaga tata susila Timur.

Buat masa sekarang, pihak Samsung belum memberikan sebatang kenyataan berkaitan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 28 November 2013

Puaka Niring : Solat Hajat Halau Langsuir Di Kelantan...


Penduduk di beberapa kampung di Pasir Puteh dan Jerteh yang pernah terlibat dengan kemunculan langsuir sebelum ini diminta melakukan solat hajat beramai-ramai bagi memastikan kampung mereka aman semula.

Pengerusi Darussyifa' Kelantan, Zaki Ya berkata, orang ramai juga diminta bertenang menghadapinya dan mencari punca sebenar dari mana langsuir itu boleh wujud.

"Ia (langsuir) mahkluk ALLAH SWT dan kita perlu kembalikannya kepada yang asal (ALLAH SWT) dengan sebaik-baiknya melakukan solat hajat beramai-ramai," katanya.

Langsuir ini dikatakan mengganggu penduduk di beberapa kampung di Pasir Puteh termasuk di Kampung Gong Tinggi, Gong Pasir, Kampung Tasek, Gong Lapang (Pasir Puteh) dan Kampung Penaga Putar (Jerteh).

Kenyataan Pertama Pengerusi Biro Media Baru (BMB) Macam "PlaySafe" Jer... @KhairyKJ @ibdil #UMB


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Syukur ke hadrat Illahi, dengan limpah kurniaNya, saya Ibdilillah Ishak telah dilantik oleh YB Khairy Jamaluddin untuk memegang amanah sebagai Pengerusi Biro Media Baru. Pertamanya, saya dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf andai kata pernah tersalah bahasa sepanjang saya menjadi Setiausaha Kerja Pemuda Barisan Nasional dahulu. Saya juga dikesempatan ini ingin mengucapkan jutaan terima atas khidmat & usaha sahabat-sabahat saya dalam parti UMNO ini terutamanya bloggers-bloggers dan cyber-troopers yang telah banyak menyumbang bakti dan keringat bagi memperjuangkan nama UMNO sehingga kini.

Dari dahulu sehingga hari ini, teguhnya Pemuda UMNO disebabkan semangat setiakawan yang kukuh di antara saf kepimpinan dengan akar umbi. Oleh sebab itu, di masa yang mendatang, selaku Pengerusi Biro Media Baru Pemuda UMNO Malaysia, saya berharap kita semua akan maju kehadapan bersama-sama dengan akar umbi. Dengan ikhlas hati saya berharap semua individu yang terlibat berjalan bersama saya, bekerjasama untuk mempertahankan UMNO demi masa depan agama, bangsa & negara.

Justeru, saya menanti sahabat-sahabat saya untuk bersatu, bersama dan sebarang pertanyaan boleh diberikan pada dil@ibhr.com.

Bersama UMNO, memperkukuhkan BN.

Terima kasih.

Twitter: @ibdil
Instagram: @ibdil

p/s : blog xda ker bro...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Panas!!! MB Selangor Dan Para Exco Naik Gaji Gila-Gila!!!


Wah… kalau langkah ini diambil oleh kerajaan pusat atau Barisan Nasional (BN), entah apa-apa spin yang akan keluar di media sosial seperti Facebook.

Namun, disebabkan ia libatkan kerajaan Pakatan Rakyat, maka sudah tentu ia akan dizahirkan dengan penuh keharuman bak bunga yang baru kembang di taman larangan.

Menteri Besar Selangor dilaporkan akan menerima lonjakan gaji daripada RM14,175 kini kepada RM29,250. Manakala para exco pula menerima kenaikkan dari RM6,000 kepada RM11, 250.

Kadar baru yang mencapai hampir 100 peratus.

Kenaikkan berkenaan telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor.

Tiada siapa yang boleh membantah kenaikkan itu, cuma bayangkan apa yang akan dilontar dan dibakar di media sosial jika yang timbul ialah gaji perdana menteri dinaikkan.

Macam-macam la poster dan kenyataan memburukan perdana menteri, keluarga beliau dan kerajaan akan timbul… cubalah berlaku adil sekali-sekala.

Wednesday 27 November 2013

[18SX] Jangan Baca!!! Blog Papar Gambar Gadis Muda Seksi Malaysia!!!


Sebuah blog didapati menyiarkan gambar-gambar gadis muda seksi yang didakwa dari Malaysia.

Blog menggunakan link sweetyoungmalaysiangirls.blogspot itu menghimpunkan gambar-gambar yang tidak mendapat kebenaran malah tidak diketahui penyebarannya oleh pemilik asal.

Kesemua gambar dipilih merupakan gadis remaja yang mengenakan pakaian seksi.

Antara sumber gambar tersebut yang dikenalpasti adalah laman myasiannudist.tumblr.com/ dan asians-in-swimgerie.blogspot.com/.

Tinjauan bagaimanapun mendapati, laman blog ini sudah pun ditutup.

Apa pun, blog sweetyoungmalaysiangirls.blogspot bukan laman baru yang melakukan perkara serupa ini.

Sudah banyak blog dan Facebook yang meraih pengunjung dengan menggunakan gambar-gambar seksi artis tempatan mahu pun wanita Malaysia yang dicuri dan diambil daripada media sosial apabila pemiliknya tidak meletakkan aturan privasi yang ketat pada akaun siber peribadi mereka.

Cara untuk mengatasi perkara ini daripada berterusan, laporkan kepada SKMM atau sebaik-baiknya, jangan mengepos gambar atau berkongsi aksi anda dalam keadaan yang mengaibkan untuk ditatap semua orang, senang bukan?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pro Mahasewel Pening Kepala Dengan Kempen Penggerak??? #PRKampus #UM @razaliibrahim @tunfaisal


Pening... Pening... Pening... Memang pening... Tapi bukan pening lalat tau...

Pilihanraya kampus UM kali ini memang memeningkan kepala tapi hanya geng MAHASEWEL yang mewakili Pro Mahasiswa bila mereka mula buntu dengan cara kempen yang dilakukan oleh Penggerak dalam berkempen kali ini.

Kempen Penggerak lebih tersusun dan lebih ke akar umbi iaitu secara terus kepada mahasiswa. Kempen Penggerak juga dilihat secara berhemah tanpa melakukan sebarang provokasi yang tidak sihat. Kempen berhemah ini lebih diterima oleh mahasiswa UM berbanding dengan kempen penuh provokasi calon Pro Mahasiswa.

Tambahan pula setelah selesainya PRU13 baru-baru ini Pro Mahasiswa kelihatan kebuntuan isu terutama untuk membawa isu nasional atau isu negara ke dalam kempen Pilihanraya Kampus UM. Tiada isu negara yang boleh mereka jadikan modal. Tambahan pula geopolitik dan landskap politik negara juga sudah berbeza berbanding sebelum PRU13.

Berbeza dengan calon Penggerak yang membawa isu kebajikan mahasiswa UM yang akan mereka perjuang jika mereka dipilih mewakili mahasiswa UM sebagai wakil pelajar. Inilah wakil pelajar yang dicari bila Penggerak sanggup membawa suara dan aspirasi mahasiswa dalam erti kata yang sebenar dan mereka inilah yang sepatutnya digelar Pro kepada Mahasiswa bukannya Pro Mahasiswa yang lebih membawa ideologi politik kotor Pembangkang.

Kepada Pro Mahasiswa sudah-sudah la jadi agen atau macai Pembangkang. Ideologi yang di bawa Pembangkang ini sudah tidak lagi boleh diterima oleh mahasiswa UM yang sudah matang dalam berpolitik ini.

Kepada mahasiswa UM, buatlah pilihan yang betul dan tepat. Pilihlah calon Penggerak kerana itu pilihan yang betul dan tepat.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Goreng Pisang Panas!!! Senarai Penuh Biro & Exco Pemuda UMNO Malaysia... @KhairyKJ


Ketua Pemuda : YB Khairy Jamaluddin

Naib KP : Sdr Khairul Azwan

PSU : Dato Sahfri

Ketua Penerangan : Sdr Jamawi Jaafar

Bendahari : Sdr Razak

1)Biro Pendidikan Tinggi : Sdr Fathul Bari

2)Biro Pendidikan Politik/Pidato : Sdr Armizan Ali

3)Biro BN 1 Malaysia : Sdr Najib Isa

4)Biro Luar Pendidikan Luar Negara : Sdr Onn Hafiz

5)Biro Keselamatan Awam : Sdr Muammar Ghadafi

6)Biro Hal Ehwal Bandar & Perumahan : Sdr Nazir Hussin

7)Biro Asas Tani : Dato Mukhriz Fuad

8)Biro Kebudayaan : Sdr Jefri Ali

9)Biro Penkaderan Politik : Sdr Tungku Zuhri

10)Biro Pekerja Muda : Sdr Dazma Shah

11)Biro Tugas Khas : Sdr Shamshul Putra

12)Biro Sukan : Sdr Yuzmizan

13)Biro Antarabangsa : Dato Hazali

14)Biro Sosial Etika : YB Iskandar

15)Biro Kesatria Muda (PUTERA): Sdr Armand Azha

16)Biro Hal Ehwal Luar Bandar : YB Anuar Manap

17)Biro Pelajaran : Sdr Mohd Rafiq

18)Biro Media Baru : Sdr Ibdillah

19)Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan : Sdr Azlan

20)Biro Professional Muda :Sdr Shahril

21)Biro Agama : Ustaz Azmir

22)Biro Keahlian Dan Daftar Pemilih :Sdr Kamarul

23) Biro Aduan Komuniti : Sdr Nafiq

24)Biro Hubungan NGO : Sdr Khairul Firdaus

25)Biro Sara Hidup :Sdr Rahman.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Panas!!! Pasangan Kahwin Muda Umur 13 Tahun Cerai Talak Tiga???


Masih ingatkah korang dengan perkahwinan pasangan muda Nor Fazira Saad, 13, dan Mohd Fahmi Alias, 20, di Kulim, Kedah pada 17 November tahun lalu?

Perkara itu mendapat liputan yang cukup hangat lantaran usia mereka terutamanya pengantin perempuan baru menginjak 12 tahun pada waktu itu.

Nor Nazira dan Mohd Fahmi dinikahkan selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1) (a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008 dengan mas kahwin RM1,500 dan wang hantaran RM4,552.

Sewaktu ditanya pihak media, kedua-duanya pernah mengatakan yang mereka sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab suami-isteri dan usia bukanlah penghalang untuk mereka.

Pada masa yang sama, keluarga terutama bapa Nor Fazira, Saad Mustaffa, 43, berpendapat tindakannya mengahwinkan anaknya yang sudah tidak bersekolah selepas tamat darjah enam itu adalah kerana tidak mahu pasangan ini terjebak dalam maksiat.

Bagaimanapun, beberapa jam yang lalu, kita dikejutkan apabila mendapat perkhabaran bahawa Nor Fazira dan Mohd Fahmi sudah disahkan bercerai pada 11 November lalu di Mahkamah Syariah Kulim.

Tuesday 26 November 2013

Biar Badan Pendek Jangan Akal Pendek Macam Pro-M!!! #PRKampus #UM @razaliibrahim @tunfaisal



"Biar badan pendek jangan akal pendek" itulah kata-kata yang paling sesuai untuk menggambarkan calon Penggerak UM dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Mohd Shahrul Hafiz bin Norazmi. Bersaiz kecil tapi berjiwa besar. Rupa paras atau bentuk fizikal seseorang itu bukanlah penentu kepada karekter atau tahap pemikiran seseorang.

Tetapi hakikatnya itulah yang berlaku kepada beliau walaupun tidak sempurna fizikal tapi tahap pemikiran jauh lebih sempurna daripada sesetengah mahasiswa yang tergolong dalam kumpulan MAHASEWEL. Dengan serba kekurangan bentuk fizikan Hafiz berjaya membuktikan beliau layak dipilih oleh pengundi pilihanraya kampus untuk diangkat menjadi pemimpin mahasiswa.

Beliau yang memang sedia dikenali di fakulti berjanji akan menjaga kebajikan dan amanah dengan sebaik-baiknya sebagai wakil pelajar jika diberi peluang menduduki kerusi wakil mahasiswa. Kempen beliau juga dikatakan mendapat sambutan hangat oleh pelajar-pelajar fakulti berkenaan.

Tidak seperti MAHASEWEL yang sempurna tubuh badan tapi cacat pemikiran. Bahkan lebih parah lagi bila MAHASEWEL ini bertindak dan berkelakuan seperti haiwan yang tiada otak dengan melakukan perkara melebihi batasan sebagai seorang pelajar di menara gading.

Syabas diucapkan kepada Mohd Shahrul Hafiz bin Norazmi dan semoga berjaya dalam pemilihan PRKampus akan datang... Good luck bro...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

#PRKampus #UM Clash of The Titans!!! @razaliibrahim @tunfaisal


Pilihanraya kampus kini menjelma kembali setelah setahun berlalu dan sudah tentu tumpuan pasti diberikan kepada universiti panas seperti Universiti Malaya (UM) kerana ia adalah universiti tertua yang mempunyai siknifikannya tersendiri dengan senario politik negara.

Tahun 2012 menyaksikan satu drama yang menarik apabila 43 kerusi dipertandingkan dengan Pro-Aspirasi menang tipis 21 kerusi berbanding Pro-Mahasiswa memenangi 20 kerusi manakala 2 kerusi dimenangi oleh wakil Fakulti Undang-undang yang sudah diketahui bersifat neutral tanpa memihak ke mana-mana kumpulan.

UM yang sebelum ini memang dikenali sebagai sebuah universiti pro pembangkang apabila sejak beberapa tahun kebelakangan ini dimenangi wakil pelajar pro pembangkang yang dikenali sebagai Pro Mahasiswa kononnya tapi adalah alat kepada parti pembangkang yang akhirnya tewas kepada kumpulan yang memang mewakili suara mahasiswa iaitu Pro Aspirasi.

Tambahan pula penggal 2012-2013 ini sedikit panas di UM kerana PRK kebetulan sebelum PRU13 yang sedikit sebanyak mempengaruhi semangat dan sentimen mahasiswa di UM. Namun, kini PRU13 sudah lepas dan hasil pemerhatian suasana hari berkempen yang bermula hari ini sedikit hambar dan lesu.

Semalam adalah hari pencalonan wakil-wakil mahasiswa yang bakal bertanding mengisi jawatan sebagai wakil pelajar di fakulti dan peringkat kolej. Hasil temubual dengan beberapa koresponden memperlihatkan pelajar dan mahasiswa UM telah mula selesa dengan kepimpinan Pro Aspirasi yang dilihat berkesan sejak memimpin setahun yang lalu dengan program dan aktiviti yang mantap sesuai dengan selera mahasiswa.

Apa pun berbaki dua hari untuk berkempen dan hari Khamis ini adalah hari pembuangan undi, apa-apa pun boleh berlaku. Tambahan pula umum sudah mengetahui dengan karektor Pro Mahasiswa yang dipengaruhi cara dan sikap pembangkang yang sanggup melakukan apa saja asal dapat memenuhi matlamat.

Oleh itu selamat berkempen diucapkan kepada calon-calon yang bertanding dan berkempenlah secara harmoni dan berhemah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 25 November 2013

Siapakah Bakal Pengerusi Baru #UMB Baru @KhairyKJ @AzwanBro @tunfaisal


Hari ini mungkin teka-teki persoalan yang terbuku sejak dua bulan selepas Pemilihan Pemuda UMNO bakal terjawab. Siapakah bakal menggantikan Pengerusi Unit Media UMNO (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tun Faisal yang telah menerajui UMB ini sejak tahun 2009.

UMB yang ditubuhkan di bawah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia merupakan satu unit baru yang memainkan peranan membantu parti dalam perang media siber dan media sosial. Pelbagai onak dan ranjau UMB ini telah tempuhi sepanjang tempoh tersebut. Pelbagai pengalaman dikutip oleh mereka-mereka yang pernah berada secara langsung atau tidak langsung dengan UMB ini.

Secara suka atau tidak kita harus mengakui bahawa UMB telah berjaya melahirkan ramai pejuang-pejuang siber yang turut membantu mengimbangi penguasaan cybertrooper pembangkang termasuklah gua melalui kursus-kursus yang telah dibuat oleh UMB.

Bukan cerita pasal UMB sebenarnya mahu gua cerita panjang kali ini tapi siapakah bakal pengganti Tun Faisal. Adakah pengganti ini mampu untuk paling tidak setaraf kalau tidak lebih baik pun dari Tun Faisal dalam mengemudi satu unit yang penuh mencabar ini.

Pesanan gua buat bakal Pengerusi UMB yang baru "Good Luck" la dalam menerajui unit yang penuh cabaran ini terutaman bakal menerima kritikan tapi yang lebih banyak adalah "kena balun" nanti.

p/s : salute buat mantan Pengerusi UMB... Salute... Sampir Fir...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Gempar!!! Gambar Biawak Hijau Berpiket Depan Parlimen!!!





Sunday 24 November 2013

[18SX] Gempar!!! Orang Utan Berjaya Diselamatkan Setelah Dijadikan PELACUR Di Kalimantan Tengah!!!


Seekor Orang Utan betina berusia enam tahun berjaya diselamatkan setelah dijadikan PELACUR di wilayah Kerengpangi, Kabupaten Katingan, Kalimantan Tengah, Indonesia.

Menurut Koordinator The Borneo Orangutan Survival Foundation (BOS), Monterado Fridman, tidak ada yang tahu sudah berapa lama Orang Utan bernama Pony itu berada di sana.

Katanya, pemilik rumah pelacuran tersebut pada mulanya berkeras tidak mahu menyerahkan Pony. Baginya Pony adalah sumber kewangan rumah pelacurannya

"Tidak mudah mengeluarkan Pony dari tempat mengerikan itu, ini kerana siapa saja yang cuba hendak menyelamatkan Pony akan berhadapan dengan orang-orang desa itu yang sanggup mengayunkan parang demi membela pemilik rumah pelacuran berkenaan," kata Monterado dalam laman web Yayasan BOS.

Akhirnya selepas mencuba selama kira-kira satu tahun, Yayasan BOS dengan kerja sama dengan pasukan polis dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) berhasil memaksa pemilik rumah pelacuran itu untuk menyerahkan Pony.

Difahamkan ketika operasi menyelamatkan Pony dilancarkan, anggota tentera dan polis seramai 35 orang lengkap dengan senjata automatik AK-47 terlibat bagi memastikan ia berjalan lancar.

Menurut Fridman, penjaga rumah pelacuran itu telah mencukur hampir seluruh tubuh Pony dan menyerahkan tubuh Pony untuk 'diratah' para pemuda yang kemaruk seks di kampung itu dengan sedikit bayaran.

Paling mengejutkan, jumlah mereka yang melanggan Pony cukup ramai hingga mencecah bilangan beratus orang, menjadikan rumah pelacuran itu terkenal di kawasan sekitarnya.

Ketika ditemui, Pony diikat dengan rantai besi dan dibiarkan meniarap di atas tilam nipis menunggu untuk disetubuhi oleh pelanggan!

Apapun kini nasib Pony terbela dan binatang itu sedang dilatih di sebuah pust pemuliharaan Orang Utan di sana sebelum dijangka dilepaskan kembali ke habitat asalnya tidak lama lagi.

Ternyata manusia semakin gila!

Macam-macam…

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pemandu Nurul Izzah Disiasat Kes Rogol Dan Samun???


Pemandu kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kini disiasat berhubung aduan rogol dan samun oleh seorang wanita warga Indonesia semalam.

Menurut sumber, mangsa yang dalam lingkungan 30-an dan bekerja sebagai pembantu rumah telah dibawa keluar oleh pemandu berkenaan bersama seorang lagi lelaki ke sebuah rumah di Cheras sebelum diberikan sebatang rokok untuk dihisap.

Mangsa yang mendakwa pening selepas diarahkan menghisap rokok itu kemudiannya mengadu dirogol oleh suspek dan seorang lagi rakannya.

Selain dirogol, mangsa juga mendakwa turut dipukul dan telefon bimbit, pasport serta sejumlah wang telah dilarikan suspek.

Mangsa telah diselamatkan oleh orang awam dan dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.

Kes kini sedang disiasat untuk tindakan lanjut.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

[18SX] Gambar Seksi Nabila Huda Jadi Bualan Lagi???


Sepanjang minggu ini memang masyarakat kita dihangatkan dengan nama Nabila sahaja.

Pertamanya, kita dikejutkan dengan kehilangan remaja yang dikatakan disorok hantu di Villa Nabila yang terletak di Johor Bahru.

Memang kecoh negara dengan cerita ni apabila hampir kebanyakan media massa termasuk media mainstream yang memainkan topik itu sepanjang minggu ini.

Kali ini berbalik kepada seorang lagi Nabila iaitu anak kepada rockers Amy Search iaitu Nabila Huda.

Kalau sesiapa yang sentiasa mengikuti perkembangan Nabila di laman Instagramnya, pasti tahu kini dia terlibat menjayakan watak Saloma menerusi drama bioepic primadona filem Melayu tersebut.

Semalam, Nabila ada memuat naik gambar terbarunya bergaya dengan kebaya ketat berwarna putih yang sedikit menampakkan susuk payu daranya.

Seperti biasa, pasti ada peminat yang menyokong dan mengutuk penampilan aktres itu.

Nabila yang seakan sudah lali dengan pelbagai komen di Instagramnya dilihat langsung tidak membalas segala komentar yang dilontarkan kepadanya.

Mungkin ada sesetengah pihak yang kurang gemar Nabila kelihatan terlalu seksi kerana ianya tidak bersesuaian dengan statusnya sebagai ibu kepada seorang cahaya mata.

Diharapkan selepas ini Nabila lebih peka dengan cara pemakaiannya, kerana memang tidak dapat dinafikan dia seorang aktres yang berbakat besar, namun adalah lebih manis sekiranya pakejnya itu dilengkapi dengan imej dan 'attitude' yang bersih juga.

Tak gitu??? Apa pandangan korang???

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lensa Niring : Ku Nan Pi Sunat Budak-budak Putrajaya??? @TengkuAdnanReal





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers