Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 22 July 2011

Kerana KSN Parlimen Putrajaya Boleh Jatuh Ke Tangan Pembangkang Pada PRU13?


Bagi kakitangan kerajaan mustahil tidak mengenali siapa KSN sekarang. KSN atau penuhnya Ketua Setiausaha Negara ketika ini adalah Tan Sri Mohd Sidek bin Hj. Hassan yang telah dilantik ke jawatan tersebut sejak 3 September 2006 sehingga sekarang. Beliau sepatutnya pencen pada tahun 2009 telah dilantik semula secara kontrak setahun lagi sehingga 23 Jun 2010. Setelah setahun berlalu beliau masih lagi disambung kontraknya selama setahun lagi berakhir Jun 2011. Kini jawatan tertinggi kakitangan kerajaan masih lagi ditangan Tan Sri Sidek dan akan disambung setahun lagi sehingga Jun 2012. Berdasarkan fakta ini bermakna Tan Sri Sidek sudah 3 kali disambung kontraknya. Persoalan yang saya mahu bangkitkan kenapa Tan Sri Sidek masih terus menerus disambung kontraknya sedang hasil kajian sikap dan soal selidik yang saya lakukan terhadap kenalan, kawan-kawan, sedara mara malah orang yang tidak saya kenali yang berkerja sebagai kakitangan dan tinggal serta menjadi pengundi Parlimen Putrajaya hampir 90% tidak menyukai cara pentadbiran Tan Sri Sidek hingga pada PRU12 yang lalu kakitangan kerajaan yang majoritinya pengundi Putrajaya menzahirkan rasa tidak puas hati mereka melalui kertas undi.

Statistik PRU12 2008 Klik Di sini menunjukkan calon pembangkang telah berjaya memperolehi 1304 undi berbanding hanya 540 undi pada PRU11 2004 Klik Di sini. Walaupun BN menang majoriti 2734 undi dengan mendapat 4038 undi semasa PRU12 dan peratus keluar mengundi adalah 81% serta hanya 38 undi rosak. Secara kasarnya kelihatan seperti calon pembangkang telah berjaya meningkat jumlah undi sebanyak 241%. Satu peningkatan yang mendadak.

Keputusan PRU12 2004                                  Keputusan PRU12 2008












Hakikatnya ini adalah satu signal daripada pengundi kakitangan kerajaan yang sememangnya menyokong kuat kerajaan tetapi apabila suara hati mereka tidak didengari dan ditangani dengan baik maka kesan secara langsungnya adalah kerajaan yang memerintah sekarang. Saya rasa perkara ini bukan hanya berlaku di Parlimen Putrajaya ketika PRU12 yang lepas tetapi jika dikaji statistiknya secara halus mungkin ia juga berlaku di parlimen-parlimen lain bahkan tindak mustahil dun-dun juga terlibat kerana kaki tangan kerajaan berada diseluruh negara. Kenapa ini berlaku? Menurut risik-risik ia ada kaitan dengan polisi dan peraturan yang dibuat oleh Tan Sri Sidek yang memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada kakitangan kerajaan. Tahniah KSN.
Tan Sri Sidek mesti mengambil tahu hal ini. Walaupun secara asasnya beliau telah merombak delivery system di Malaysia ini tetapi dasar itu kurang/tidak popular langsung dikalangan penjawat awam. Dari cakap-cakap yang diterima, dasar-dasar KSN ini hanya membebankan beban tugas yang ditanggung oleh penjawat awam. KSN mesti "review" semula dasar-dasar beliau. Ataupun golongan ini meminta supaya KSN "undur" dari kerusi KSN yang beliau duduki sekarang ini.

Antara jawapan yang diberikan oleh kakitangan kerajaan atas isu ini :

1. Mendapatkan saguhati untuk tahun 2007

KSN, yang gajinya tinggi berkali ganda dari seorang pegawai awam biasa, boleh hidup senang tanpa saguhati. Tetapi bagaimana pula seorang PAR atau Kerani serta Kumpulan Sokongan yang mendapat gaji sekitar RM 800- ke Rm 1200 untuk membeli baju sekolah anak, baju raya anak dan sebagainya. bagaimana mereka ini hendak menguruskan kewangan mereka? untuk pengetahuan KSN, sebulan selepas gaji naik, harga barangan naik mendadak sehingga 30% untuk sesetengah barangan. Perkara ini harus difikirkan oleh KSN bukan hanya memikirkan perkara berkaitan diri sendiri.

2. PTK (Penilaian Tahap Kecekapan)

PTK adalah menyusahkan dan tidak memberi manfaat kepada ramai penjawat awam. Ini terbukti apabila hanya mereka yang tahu menghafal dan kemudiannya "memuntahkan" maklumat itu dalam peperiksaan PTK yang layak dinaikkan pangkat. Golongan yang menghafal ini terdiri daripada kakitangan yang masih muda dan/atau banyak masa menghafal kerana tidak banyak buat kerja.

Bagaimana pula dengan makcik/pakcik yang hanya tinggal 4 5 tahun lagi untuk bersara. Mereka ini amat mahir dalam pekerjaan mereka tetapi dinafikan hak untuk naik pangkat hanya kerana gagal hafal untuk PTK?

3. Polisi-polisi dan peraturan-peraturan baru yang menyusahkan kakitangan kerajaan yang bertugas khususnya di Putrajaya

Ada suara-suara kecil melahirkan rasa tidak puas hati apabila Tan Sri Sidek membuat polisi berkenaan waktu minum pagi kakitangan kerajaan. Mungkin sejak saya kecil lagi budaya minum pagi kakitangan kerajaan ini sudah sebati dengan mereka apabila masa yang diambil untuk minum agak lama dan menyusahkan “public” atau orang awam berurusan dengan jabatan kerajaan. Ini saya bersetuju tapi kaedah yang digunakan agak baru dan asing bagi kakitangan kerajaan. Perbuatan mereka minum pagi di luar waktu yang diberi akan dirakam dengan lensa kamera oleh “spy-spy” dan akan dihantar kepada pegawai atasan. Ada pro dan kontranya apabila sesuatu peraturan baru hendak diaplimentasikan dan Tan Sri Sidek harus menanganinya seperti kata bidalan “ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak”.

Sebab ke 2 ini mungkin telah diselesaikan apabila kerajaan telah memansuhkan peperiksaan PTK dan hasil soal selidik rata-rata kakitangan lega dan menyambut baik keputusan terbaru kerajaan. Secara tidak langsung sokongan kakitangan kerajaan telah kembali. Mungkin peraturan-peraturan lain yang sedikit sebanyak mengganggu kakitangan kerajaan ini ditangani dengan bijaksana jika tidak kesan langsungnya akan terpalit kepada Ahli Parlimen Putrajaya sekarang iaitu Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor. Agak susah kepada beliau nanti apabila pilihanraya menjelang tiba untuk mengembalikan sokongan dan undi pengundi Putrajaya.

Cukuplah disenaraikan 3 sebab utama mengapa KSN gagal menjadi "bos" yang baik. Dan disebabkan itu terdapat cakap-cakap supaya Tan Sri Sidek letak jawatan. Ini lah juga punca mengapa kakitangan kerajaan mengundi parti pembangkang kerana mereka rasa kecewa dengan tindakan ketua mereka KSN Tan Sri Sidek.

Kulaan : kada baduit awak pun kada wagas bagawi angahnya...

Sah Mati Bunuh Diri Bukan Mati Dibunuh…

Siapakah Teo Beng Hock. Kenapa kematiannya begitu sensasi sehingga dipolitikkan terutama oleh pembangkang. TBH bukanlah artis cina terkenal macam Daniel Juara Malaysia Idol tapi matinya mendiang gempar satu Malaysia sehingga tertubuhnya Suruhanjaya Siasatan untuk menyiasat kematian mendiang Teoh Beng Hock semata-semata untuk menyiasat dan mencari fakta sebenar untuk membuktikan kebenaran sebenar disebalik kematiannya yang penuh misteri. Harus diingat bahawa Suruhanjaya Siasatan ini juga dianggotai wakil NGO, wakil kerajaan dan juga ada wakil daripada pihak pembangkang. Jangan dilaungkan bahawa keputusan Suruhanjaya Siasatan ini tidak adil kepada mendiang kerana wakil pembangkang juga ada semasa Suruhanjaya Siasatan ini berjalan.

Hasil daripada prosiding maka Laporan Suruhanjaya Siasatan setebal 124 muka surat itu memutuskan bahawa kematian Teoh Beng Hock adalah kerana BUNUH DIRI hasil keputusan sebulat suara oleh kesemua anggota panel Suruhanjaya Siasatan berkenaan yang dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen setelah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan dengan cadangan kerajaan untuk menubuhkan suruhanjaya berkenaan di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950. Prosiding Suruhanjaya Siasatan itu bersidang selama 50 hari dan membabitkan 70 saksi di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini sejak 14 Feb dan berakhir pada 10 Mei lalu.

Kematian TBH telah dimanupulasikan dengan begitu terancang dan licik sehingga mendiang TBH telah menjadi ikon kepada orang cina yang bersimpati kepada kematian beliau. Secara tidak langsung isu ini menjadi kelebihan dan senjata kepada pembangkang terutama DAP untuk menghentam kerajaan. Pembangkang berjaya memainkan emosi orang cina dengan isu kematian TBH apabila orang cina mula rasa benci dengan kerajaan apabila timbul rasa simpati dengan TBH. Keadaan ini jauh berbeza dengan kematian Sarbani yang mati juga semasa siasatan SPRM.

Perkara yang paling ditakuti oleh pembangkang terutama DAP ialah apabila selesainya isu TBH ini maka tiada lagi ikon yang boleh digunakan untuk menarik simpati orang cina. Sebab itu keluarga TBH dan pembangkang masih tidak dapat menerima hakikat keputusan Suruhanjaya Siasatan dan tetap mahu membawa kes ini ke mahkamah.

Kulaan : jangan biarkan diri anda diselubungi misteri....

Thursday 21 July 2011

Gugurnya Seorang Syahid Pembangkang Ketika Perhimpunan BERSIH 2.0


Tanggal 9hb Julai 2011 bersamaan hari Sabtu hujung minggu berlaku satu insiden yang menyayat hati apabila seorang insan yang berjuang demi prinsip perjuangan Islamnya gugur syahid dij alanan yang disaksikan beribu manusia yang sama sepertinya cuba mencari SYAHID di jalanan. Video ini walaupun tidak boleh dijadikan bahan bukti kebenaran syahidnya insan itu kerana tidak ada 4 orang saksi yang mahu tampil menjadi saksi kejadian tetap tidak dapat diterima pihak yang kononnya mencari kebenaran walaupun kebenaran di depan mata tetapi tetap dibutakan mata. Kekejaman pihak polis yang dikatakan lambat memberi bantuan akhirnya menyebabkan insan tua ini gugur sebagai syahid.



 Namun inilah yang dikatakan kekuasaan Allah, insan yang dikatakan sudah hampir dengan SAKARATUL MAUT datang menjemput akhirnya Allah panjangkan umur hamba Allah ini agar diberikan masa dan ruang lagi untuk bertaubat jika dia ada melakukan kesalahan semasa hidup. Allah berikan satu lagi peluang agar jangan ditambahkan dosa fitnah yang menjadi makanan hariannya. Satu malaya bahkan satu dunia terkejut dengan peristiwa yang berlaku. Maka riuhlah satu kampung dari satu kampung, dari utara hingga ke selatan akan peristiwa yang takjub ini. Polis yang digelar anjing kerajaan dicop sebagai penyebab kepada kematian ini dan jika kematian ini benar-benar berlaku maka satu lagi ingkues kematian akan ada untuk menegakkan kebenaran yang batil.

Nah! Kalian telah diberikan kebenaran di hadapan mata untuk menilai dan menimbang dengan akal fikiran yang waras bukan dengan nafsu serakah membabi-buta. Sedarlah bagi yang masih belum sedar akan kebenaran kerana hidup kita sebahagiannya berkaitan dengan “Berkatalah benar sekali pun pahit”.

Kulaan : kaitu pang amon kadanya berakal…

Wednesday 20 July 2011

Mesti Tonton : Kekejaman Polis Kepada Tahanan Perhimpunan BERSIH 2.0

Nie satu lagi bukti kekejaman bapak polisi kat tahanan Riot BERSIH yang lalu... Adakah ini satu lagi bukti yang "sudah terang lagi bersuluh" yang masih dibutakan mata hati, dipekakkan telinga dan mengunci mulut dari bersuara soal kebenaran... nah... Ayuh bangun anak muda kita sebarkan kebenaran ini... "berkatalah benar sekali pun ianya pahit"... Setiap perbuatan manusia di dunia ini akan dinilai oleh Allah s.w.t... Malah Allah menjanjikan ganjaran yang besar kepada sesiapa yang melakukan kebaikan walau sebesar zarah sekalipun sebagaimana firman-Nya :

“Sesiapa yang membuat kebaikan walau seberat zarah, nescaya Allah akan melihatnya, dan sesiapa yang membuat kejahatan walau sebesar zarah, nescaya Allah akan melihatnya juga” (Surah al-Zalzalah : 7 -8)



Biarlah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka hanya Allah s.w.t yang menentukan... kita nie sebagai hambanya hanya menyempurnakan apa yang diperintahNya...

Kulaan : Subhannallah... Maha Suci Allah s.w.t...

Mesti Tonton : Kekejaman Polis Kepada Tahanan Perhimpunan BERSIH 2.0

Korang mesti tak caya punyer kalo korang tak tengok dengan mata kepala sendiri macam mana kekejaman bapak polisi kat Malaysia nie buat pada depa yang dok join Riot BERSIH pastu kena tangkap dan di bawa ke Pulapol… Lebih teruk layanan yang diterima daripada tahanan kat Guantanamo a.k.a Gitmo… Korang tau Guantanamo tu aper… Pusat tahanan tanpa perbicaraan mahkamah… Ala macam ISA kita la jugak la… Tuh negara Amerika Syarikat yang dok melalak melaungkan demokrasi dan dok menyebok kat Malaysia kononnya kerajaan Malaysia yang dok ada sekarang adalah kerajaan yang tak mengamalkan demokrasi kepada rakyatnya pun buat benda yang sama Malaysia buat… Akta “I.S.A” tapi kat US depa panggil “Patriot Act”… Alah sama jer dua-dua tuh… Sorry melalut pulak…





Berbalik kepada story kekejaman bapak polisi tadi… Korang tengoklah sendiri, aku malas nak cerita panjang… tapi nie rakaman video jer sebab kalo ikut definasi puak-puak pembangkang, rakaman video tak boleh diterima pakai sebab xda saksi… tapi kalo tahanan yang ada dalam rakaman nie nak menjadi saksi maka boleh disahkan… tapi nak ker tahanan Riot BERSIH nie nak mengaku dan jadi saksi… entah ler…

Jadi fikir ler guna akal yang Allah kurniakan jangan guna nafsu dan emosi yang dikuasai Syaitan…

Kulaan : kulaan hingkat niring kada hingkat takurihing…

Blogger Kena Saman RM400K….

Penulis blog Amizudin diarah bayar Rais RM400,000
July 19, 2011

KUALA LUMPUR, 19 Julai — Mahkamah Tinggi memerintahkan penulis blog Amizudin Ahmat membayar RM300,000 sebagai ganti rugi kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim atas tuduhan fitnah berhubung satu artikel berkaitan dakwaan merogol terhadap menteri berkenaan.

Selain itu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datin Zabariah Mohd Yusof turut mengarahkan pemblog tersebut membuat bayaran kos sebanyak RM100,000 kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu.

Pada 31 Januari lalu, Rais (gambar) memfailkan saman fitnah terhadap Amizudin, yang juga anggota jawatankuasa sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat, berhubung makalah berkenaan yang tersiar dalam blog penulis itu berserta foto Rais pada atau kira-kira pada 28 Disember lalu.



Jadi kepada blogger di luar sana berhati-hatilah dengan artikel korang. Jangan dok syok nak kejar hits konon, keluar cerita-cerita mengarut siap dengan unsur fitnah. Bila sudah ada keputusan mahkamah, ini akan digunakan sebagai rujukan ketika prosiding mahkamah bagi kes-kes yang serupa. Jangan sampai selepas ini giliran saudara blogger sekalian pulak turun naik mahkamah, last-last kena la bayar harga sebuah artikel beratus ribu. Mengutuk, menghina, mencaci dan memfitnah memang “BEST” tapi bila kena membayar tu yang “TAK BEST” kan…

Kulaan : angahnyak muntong kada berkatup…

Tuesday 19 July 2011

Ada Apa Dengan Bahasa!!!!!

Dulu satu ketika dulu, dunia perfileman pernah meletup dengan filem-filem dari seberang (Indon la bukan Siam…)… Antara filem yang aku masih ingat ialah “Ada Apa Dengan Cinta…”... Boleh ler tahan pasal masa tuh aku masih belajar di menara gading tengah syok bercinta dengan awek sekuliah... La ni jalan cerita dia pun aku dah tak ingat... Tambah lagi ler kalo tanya sapa hero dengan heroin dia… Tapi sekarang aku disajikan dengan satu lagi dengan tajuk yang hampir sama tapi bezanya hanya ada di dunia maya, “Ada Apa Dengan Bahasa”…



Ruper nyer dalam dunia maya nie bahasa tidak lagi menjadi keutamaan, bukan lagi isi kandungan atau cara penulisan... Tapi atas dasar kebebasan bersuara la macam yang orang dok sebut-sebut… Ala adik beradik la dengan kebebasan berhimpun macam pembangkang kata tuh… BERSIH yang entah hapa-hapa tur.. Banyak kotor daripada BERSIH… Isi dan bahasa dah tak penting… Sama jer blog Pro Kerajaan ker @ blog Pro Pembangkang… Sume nyer sama pakai bahasa kasar, jijik, maki hamun, caci mencaci, lucah dan macam-macam yang buruk lagi la WALAUPUN yang buat bukan semuanya macam tu… Kepada yang rasa dia tuh beragama Islam, ada ker Islam mengajar macam tu (Ni ditujukan khas buat blogger pembangkang yang majoriti kononnya memperjuangkan ”Islam is the way of life”)… Aku tabik spring kerana masih ada blogger-blogger di luar sana yang masih menggunakan bahasa yang sopan, berbudi bahasa dan ada setengahnya yang mengangkat tinggi bahasa melayu @ atau bahasa malaysia didalam penulisan mereka… Tahniah…



Peribahasa melayu ada mengatakan “Bahasa Jiwa Bangsa” maknanya sesuatu bahasa itu melambangkan identiti sesuatu bangsa… Tak ker malu kalo bangsa asing yang boleh berbahasa dan membaca dalam bahasa melayu baca artikel dia orang nie… “ini oreng melayu suker chakep-chakep kotor dalem die oreng punyer blog… shame… shame…”. Kalo korang tak caya korang boleh bukak blog-blog terutama blog yang ada ranking terutama… Korang tengok dia punya bahasa MasyaAllah takut aku nak baca…


Kepada blogger Pro Kerajaan nie macam ?????? aku nasihatkan pakai la bahasa yang elok sikit… Kalo aku sebut nama blog dia orang ni saheh dah aku kena hentam kao-kao… Tapi takpa la biasa la kalo aku kena hentam… Aku pun bukannya famous sangat… Mana ada orang kenal aku nie… Aku sebagai rakyat Malaysia sekadar menasihkan agar pakai ler bahasa yang manis skit, yang elok skit… Kita nie orang melayu kaya dengan ayat berlapik yang makan dalam punyer… Bidalan dan peribahasa melayu kalo korang kaji mana ada pakai ayat macam korang pakai tapi maksudnya sampai…

Kulaan : amon aku gin kada beranakkan banjar tahok basurah kaepang kulaan…

Monday 18 July 2011

Siri 1 : Pakcik Tanpa Nama - “Aku tak boleh nampak kiblat Allah tu dengan DUIT”

Memang biasa kita tengok video tapi jarang sekali kita meneliti apa yang diungkapkan didalamnya... Bait-bait kata daripada seorang insan tua yang menjadikan Kompleks SOGO sebagai tempat berteduh... kaki lima sebagai tempat melepas lelah... tangganya sebagai meja dan kerusi bagi nukilan hati... manusia yang lalu-lalang memandang serong dengan sekelumit rasa curiga dan jijik... namun jauh di sudut hati seorang insan tua ini kata-katanya penuh dengan peringatan dan renungan yang belum tentu bagi mereka yang dikurniakan akal sempuna dapat berfikir sepertinya... bagi kita yang dikurniakan Allah dengan akal yang sempurna seharusnya berfikir lebih tinggi... alangkah sedihnya seorang insan seperti kita yang Allah kurniakan akal fikiran dan kehidupan yang mungkin jauh lebih sempurna daripada "Pakcik Tanpa Nama" ini, berfikir seperti bukan manusia kerana hanya manusia dikurniakan akal fikiran berbanding makhluk Allah yang lain...



Ko orang Islam ko tau Allah melihat dari atas…
Arah mana tak tau la…
Buta takda bersopan langsung baik Parti Keadilan sekali pun…
Yang kita tau masa dia orang berarak tu... Anak-anak Anuar pun ada…
Kenapa dia orang kena tangkap… hilang akal dia…
Nak kata manusia bukan manusia lagi dah…
Itu yang dikatakan BERSIH
Kalo ko nak tau bersih ko duduk kat mesjid… bersih…
Entah agong nak jumpe dia… agong pun takut…
Terjerit terlalak macam tu beratus-ratus orang...
Bawak senjata lagi… engkau berani jumpa…
Kalo saya pun bawak kayu pun orang dah takut...
Apatah lagi dia orang terjerit… menyusahkan polis…
Berapa banyak anggota polis terpaksa… orang yang cuti tak habis tak dapat cuti…
Nak bawak anak berjalan seminggu sekali pun tak dapat…
Allah… macam itu ker orang bertamadun…
Engkau tak sedar… tanya diri kau…
“Apa bakti kau pada negara jangan tanya apa negara berbakti pada diri engkau…”
Susah ko nak mengenal jadi orang macam tu…
Tak payah la… engkau tak payah berkomunikasi dengan aku…
Sikit dengan aku pun aku tak hendak… tolong jalan bingkas…
Tolong jalan bingkas… tak payah… terima kasih…
Aku duduk di mana pun… TV3 Bersamamu nak bagi 20 ribu pun aku tak pandang la…
“Aku tak boleh nampak kiblat Allah tu dengan DUIT”
Biar aku miskin tapi aku ilmu kaya… biar aku dihina tapi aku martabat aku mulia… tu aje..
Tak payah di arah ke mana pun… orang kalo dia tahu duduk kat mana pun..
Agama dia tetap dia buat…
Tak payah… aku tak nak berkomunikasi dengan orang macam nie…
Spontan ko nak ambik… nak ambik mencari duit la cara dia…
nak publisiti ker... nak buat aper ker…
Tak payah… terima kasih jer… aku sampai arab tu bawak sampai kat madinah post… tahu…
Islam bertamadun di Malaysia… jangan ditamadunkan…
Aku bukan itu layak bagi diri aku...
Aku musafir… bukan aku cakap… sanjung tinggi tak ada…
“Aku bakal mati dan kaku hancur di makan bumi…”
Apa yang orang Islam ada buat… aku tak mintak disanjung…
Sebab tu aku cakap… tak payah nak interview aku… aku semua dah tahu jalan dia orang…

Kulaan : amon bungol tuh tuhuk jua kalo berpadah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers