Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday, 21 July 2011

Gugurnya Seorang Syahid Pembangkang Ketika Perhimpunan BERSIH 2.0


Tanggal 9hb Julai 2011 bersamaan hari Sabtu hujung minggu berlaku satu insiden yang menyayat hati apabila seorang insan yang berjuang demi prinsip perjuangan Islamnya gugur syahid dij alanan yang disaksikan beribu manusia yang sama sepertinya cuba mencari SYAHID di jalanan. Video ini walaupun tidak boleh dijadikan bahan bukti kebenaran syahidnya insan itu kerana tidak ada 4 orang saksi yang mahu tampil menjadi saksi kejadian tetap tidak dapat diterima pihak yang kononnya mencari kebenaran walaupun kebenaran di depan mata tetapi tetap dibutakan mata. Kekejaman pihak polis yang dikatakan lambat memberi bantuan akhirnya menyebabkan insan tua ini gugur sebagai syahid.



 Namun inilah yang dikatakan kekuasaan Allah, insan yang dikatakan sudah hampir dengan SAKARATUL MAUT datang menjemput akhirnya Allah panjangkan umur hamba Allah ini agar diberikan masa dan ruang lagi untuk bertaubat jika dia ada melakukan kesalahan semasa hidup. Allah berikan satu lagi peluang agar jangan ditambahkan dosa fitnah yang menjadi makanan hariannya. Satu malaya bahkan satu dunia terkejut dengan peristiwa yang berlaku. Maka riuhlah satu kampung dari satu kampung, dari utara hingga ke selatan akan peristiwa yang takjub ini. Polis yang digelar anjing kerajaan dicop sebagai penyebab kepada kematian ini dan jika kematian ini benar-benar berlaku maka satu lagi ingkues kematian akan ada untuk menegakkan kebenaran yang batil.

Nah! Kalian telah diberikan kebenaran di hadapan mata untuk menilai dan menimbang dengan akal fikiran yang waras bukan dengan nafsu serakah membabi-buta. Sedarlah bagi yang masih belum sedar akan kebenaran kerana hidup kita sebahagiannya berkaitan dengan “Berkatalah benar sekali pun pahit”.

Kulaan : kaitu pang amon kadanya berakal…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers