Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 12 May 2012

Puaka Niring : Misteri Chinadoll Anwar Ibrahim???...


MISTERI LEMBAGA SEAKAN SUPERHERO MEMPUNYAI SAYAP DI DINDING EPISOD CHINADOLL TERUNGKAI... 

SILA LIHAT APAKAH YANG MENJADI MISTERI ITU DALAM EPISOD NANTI...

TO BE CONTINUED...

Bukan Takat Belia Jer, Adik-Adik Yang Berbakat Dalam Bidang Agama Pun Ada Program Untuk Korang... #HBN2012 @Shaberychik @razaliibrahim @beliabangkit


UJI BAKAT ADIK-ADIKKU, melentur buluh biar dari rebungnyaaaaaa kan.. 

Jom serlah bakat anak-anak anda bertaranum, nasyid dan membaca 
Al-Quran

Nin diaa.. UJIBAKAT PROGRAM ADIK-ADIKKU datang lagi!!

Kepada sesapa yang anak-anaknya mempunyai bakat bertaranum, nasyid dan membaca Al-Quran, 

Bolehla hadir ke ujibakat di booth 7&9 di lokasi Segmen Modal Insan, pada 23-27 Mei 2012 dari jam 9 pagi - 5 petang!!

Kajian Rakyat Memilih BN Atau PR Dalam PRU13??? Siapa Pilihan Rakyat Malaysia???...


Kajian: 49% Cenderung BN, 21% Memilih Pakatan Rakyat (PR) dan 30% tidak pasti... 

Sekitar 49 peratus pengundi memilih Barisan Nasional (BN) sebagai parti keutamaan mereka menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang disebut-sebut akan diadakan bulan bila-bila masa saja, berbanding 21 peratus yang mahu mengundi Pakatan Rakyat (PR). 


Bagaimanapun hasil kajian yang dikendalikan baru-baru ini, dua minggu sebelum perhimpunan Bersih 3.0 28 April lalu, juga mendapati 30 peratus pengundi tidak pasti parti yang menjadi keutamaan mereka - yang dikategorikan sebagai pengundi atas pagar. Dengan perkembangan itu, pengundi atas pagar dilihat mengalami peningkatan kali ini berbanding PRU12 dan dijangka akan memainkan peranan penting dalam menentukan kemenangan sesebuah parti pada PRU13. 


Kajian itu dikendalikan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM antara 31 Mac dan 15 April lalu melibatkan 2,282 pengundi berdaftar di Semenanjung. Kajian tidak melibatkan pengundi Sabah dan Sarawak - dua negeri yang menawarkan 56 daripada 222 kesemua kerusi Parlimen. "Kumpulan 30 peratus ini, pada pandangan kami, yang akan menentukan siapa dan parti mana yang akan memperoleh kemenangan dalam PRU13 kelak," kata Penyelidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM, Amer Saifude Ghazali ketika membentangkan hasil kajian pada Wacana Politik dan Persepsi Semasa Pengundi Menjelang PRU13 di institusi pengajian tinggi itui. 


Menurut beliau, arah aliran sokongan 30 peratus pengundi atas pagar itu akan menentukan sama ada Bn atau PR akan menguasai Parlimen pada PRU13. "Kadar ini boleh memihak kepada BN atau PR, bergantung pada strategi yang parti-parti politik yang bertanding. Jika parti politik bijak menggunakan strategi, mereka boleh menawan sokongan 30 peratus pengundi ini... jika mereka beralih kepada BN, maka BN akan menang dan jika pindah ke PR, PR berpeluang memperoleh kerusi majoriti Parlimen," kata Amer. 

Friday 11 May 2012

Exco-exco Pemuda UMNO Yang Turut Sama Hadir Ke Perhimpunan #UMNO66 Tahun... @NajibRazak @tengkuadnanreal @razlanrafii




Sebahagian besar daripada kepimpinan muda UMNO yang terdiri Exco-exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang turut hadir ke Perhimpunan Ulangtahun UMNO Ke-66.

Inilah wajah-wajah pemimpin muda yang bakal menggantikan kepimpinan negara yang ada sekarang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lensa Niring : Wajah-wajah Ceria Di Perhimpunan #UMNO66 Tahun... @NajibRazak @TengkuAdnanReal @razlanrafii

Ini sebahagian daripada saat yang sempat gua rakamkan melalui lensa gua di hadapan pintu besar Stadium Bukit Jalil petang nie sempena Perhimpunan Ulang Tahun UMNO ke-66...

Perhimpunan ini bakal dirasmikan oleh PM, Datuk Seri Najib Razak di hadapan 100 ribu penyokong UMNO dengan baju berwarna merah...

Tahniah UMNO...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Nie Berita Untuk Pengumpul Setem Macam Gua, Kat Hari Belia 2012 Bersepah Bro...


Pameran setem yang julung - julung kali bakal diadakan di Hari Belia Negara 2012. 

Bukan sekadar pameran tetapi pertandingan dan jualan setem juaga akan diadakan. 

Pengunjung juga berpeluang untuk menghasilkan setem "personal" yang mengikut citarasa masing - masing.

Thursday 10 May 2012

Marah Punya Pasal, Peniaga Buka Kedai Burger Depan Rumah Ambiga!!!

Seorang peniaga burger yang marah kerana mengalami kerugian sewaktu demonstrasi Bersih 3.0 bertindak membuka gerainya betul-betul di hadapan kediaman Pengerusi BERSIH, Datuk S. Ambiga di Bukit Damansara di sini hari ini.

Ia sebagai tanda protes di atas penganjuran demonstrasi berkenaan.

Peniaga tersebut bersama kira-kira 30 peniaga lain yang mengalami kerugian di kawasan sekitar di mana demonstrasi itu diadakan, mahu menuntut gantirugi yang didakwa dialami mereka.

Mereka dikenali sebagai Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS).

Ikhlas adalah kumpulan peniaga yang sama yang berdemo di hadapan Kompleks Pertama 5 Mei lalu menuntut Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap Ambiga .

Mereka dapat bertemu dengan Ambiga yang kebetulan ada di rumah waktu itu.

Para peniaga mahu Bersih membayar ganti rugi yang dialami semasa Bersih 2.0 dan Bersih 3.0.

Ambiga bagaimanapun mahu mereka membawa hal itu ke mahkamah.

Katanya beliau hanya akan penuhi tuntutan mereka jika mahkamah memutuskan demikian.

Wakil peniaga dan IKHLAS telah bersurai menjelang jam 3 petang tidak lama selepas bertemu Ambiga.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rugi Giler Belia Malaysia Kalo Tak Datang Hari Belia 2012... #HBN2012 @Shaberychik @razaliibrahim @beliabangkit



kepada anak muda-mudi dan belia-belaiwanis yang tak tau nak buat apa pada 23hb-27hb Mei 2012 nanti, elok ler ambik peluang datang ke Karnival hari Belia 2012 kat Putrajaya yang akan memberi korang 1001 pengalaman baru yang pasti korang takkan dapat kat sini...

dijangkakan bukan ratusan atau ribuan tetapi jutaan belia dan beliawanis akan berkumpul di Putrajaya...


Acara        : Sambutan Hari Belia 2012
Tempat     : Dataran Putrajaya
Tarikh      : 23 - 27 Mei 2012
Masa        : 9.00 pg - 7 mlm
Aktiviti : Konsert, Suka Extream, Badan Beruniform, Sukarelawan, Gerbang Kerjaya, Karnival Pendidikan dan banyak lagi.

#Bersih3 Usaha Terakhir Pembangkang Sebelum Terkubur...


BERSIH 3.0 USAHA TERAKHIR PEMBANGKANG SEBELUM TERKUBUR Rakyat semakin hari semakin marah kepada penganjur Bersih 3.0 dan pihak pembangkang yang berperanan menyebabkan rusuhan di Kuala Lumpur pada perhimpunan 28 April lalu. 

Walaupun mereka cuba membersihkan diri mereka daripada sebarang ketanggungjawaban terhadap kecederaan yang dialami oleh anggota keselamatan, petugas media serta orang awam dan kerosakan kenderaan polis, namun paparan video menerusi media arus perdana telah berjaya mendedahkan peranan mereka yang sebenar. 

Dalam hal ini DAP cuba mengalihkan punca sebenar rusuhan semasa perhimpunan itu kepada pihak kerajaan. Dikatanya antara faktor rusuhan dan kekecohan pada hari itu disebabkan tindakan kerajaan mengarahkan supaya stesen-stesen LRT ditutup kepada penumpang. 

Ianya dilakukan atas dasar keselamatan kerana tidak mahu orang ramai menyerbu stesen-stesen LRT ang berhampiran dengan kawasan perhimpuran untuk menghindarkan daripada sebarang kejadian yang tidak diingini. Yang peliknya sehingga kini DAP mahupun PKR dan PAS tidak perniah mahu memberi jawapan kepada rakyat mengapa mereka tidak mahu menerima tawaran kerajaan supaya perhimpunan tersebut diadakan di Stadium Merdeka. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata faktor penolakan inilah yang menjadi punca utama kepada rusuhan yang berlaku. Pembangkang sengaja menolak menganjurkan perhimpunan itu di stadium kerana mereka sudah merancang dari awal untuk mencetuskan keganasan jalanan. Jika ini berlaku maka berjayalah agenda mereka untuk memburuk-burukkan kerajaan Malaysia di mata masyarakat dunia seolah-olah tidak ada amalan demokrasi di negara ini. 

100 Pelajar Miskin Yang Gagal Melanjutkan Pengajian Dikesan #JDAB2012... @JelajahDestini @NajibRazak @khalednordin


Hari pertama 9 Mei 2012 - Lengkap sudah perjalanan JDAB2012 yang bermula di Shah Alam dan berakhir di UiTM Segamat, Johor untuk mengenal pasti pelajar lepasan SPM yang gagal melanjutkan pengajian di pusat pengajian tinggi akibat dihimpit masalah kemiskinan.

Bermula di 'check-point' pertama iaitu Terminal One, Seremban sehingga ke Kuala Pilah. Para sukarelawan JDAB2012 berjaya mengenal pasti hampir 100 pelajar lepasan SPM yang tidak melanjutkan pelajaran akibat kekurangan sumber kewangan.

Kunjungan sukarelawan JDAB2012 di Kuala Pilah turut dibantu oleh Skuad Sayang Wanita UMNO Kuala Pilah yang banyak membantu pergerakkan kami dalam mengesan rumah yang didiami oleh keluarga kurang mampu yang mana anaknya gagal melanjutkan pengajian.

Antara kes yang dapat dikesan adalah seorang pelajar lepasan SPM dari Kg. Parit Tinggi Kuala Pilah yang mendapat 3A dalam peperiksaan SPM tetapi tidak berjaya melanjutkan pengajian kerana faktor kemiskinan.

Wednesday 9 May 2012

500 Acara Bakal Memeriahkan Hari Belia Negara 2012... #HBN2012 @Shaberychik @razaliibrahim @beliabangkit


Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyediakan sebanyak 500 aktiviti selama seminggu yang bakal dilaksanakan pada 2012 sempena sambutan Hari Belia Negara (HBN) berbanding 203 aktiviti pada tahun 2011 bagi merancakkan lagi sambutan dan menarik lebih banyak penyertaan terutama dari kalangan golongan belia ke sambutan tersebut.

Beberapa aktiviti lama diganti dengan acara baharu sekali gus menjadikan platform hari belia lebih segar dengan mengembangkan acuan pengisian aktiviti. “ Kita tidak mahu acuan lama terus digunakan sebaliknya kita akan memperkenalkan sesuatu lebih menarik dan baharu,” kata Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek.

Tambah beliau, HBN 2012 akan meneruskan kerjasama dan penglibatan pelbagai pihak termasuk Kementerian, Jabatan dan agensi kerajaan, swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) supaya ianya menonjolkan satu perhimpunan kepada kepelbagaian dalam masyarakat.
Beliau juga turut mengingatkan warga Kementerian agar mengambil pendekatan Strategi Lautan Biru dalam melaksanakan sesuatu perkara sehingga mampu memberi impak besar kepada masyarakat.

“Tidak hanya fokus kepada sambutan daripada masyarakat tempatan, KBS turut bercadang untuk menyediakan aktiviti HBN 2012 sebagai acara antarabangsa yang mampu menarik masyarakat luar negara untuk berkunjung ke Putrajaya, “ ujarnya..

Bagi mencapai hasrat tersebut, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek menyatakan Kementerian Pelancongan telahpun bersetuju untuk memasukkan HBN 2012 dalam kalendar pelancongan bagi menggalakkan pelancong luar negara merasai kemeriahan acara sambutan luar biasa golongan belia Malaysia.

Produk Terbaru Keluaran BadrulAmin Untuk Wanita Yang Punya Masalah Keluarga!!!...

SEJAK SOKONG LBGT PRODUK BARU PAS TELAH DIKELUARKAN...

SAPA NAK ORDER JUMPA NUR SHUANA ATAU MAT SABU HEEEE..

Hadi Bila Tang Geng Dia 4 Saksi, Bila Tang Polis Masa #Bersih Video Adalah Bukti Segala-galanya...


Kalo lu orang nak tau gua dah agak dah apa jawapan pemimpin-pemimpin Pas pasai gambar dan video jamban Azmin yang tersebar luas melalui blog-blog semenjak dua menjak ni terutama Hadi Awang ni. Jawapan retorik Hadi mesti ada kait mengait dengan Islam terutama bab-bab kena bawak saksi. bab cerita Azmin nih gua malas nak ulas panjang pasal bersepah blog lain dok main citer nie.

Lepas perhimpunan Bersih 3.0 yang lepas bila tengah panas kuar video kononnya SB yang menyamar sebagai perusuh dan pendemo yang memulakan dulu provokasi terhadap pihak polis sehingga membawa kepada tragedi polis dan wartawan diserang, ditumbuk, dipukul dan dibelasah oleh perusuh serta pendemo Perhimpunan Bersih 3.0. 

Lu orang tau apa kata dia, memang benar apa yang ditayangkan dalam YouTube adalah polis yang membelasah pendemo. Persoalan gua kat Hadi, mana 4 orang saksi???... Kalo ada bawak la pi mahkamah ka buat laporan polis dengan bawak 4 orang saksi tuh.

Nie la masalah dengan pemimpin Pas dan pengikut-pengikut totok Pas, bila benda kat batang hidung sendiri kena pakai cara Islam, mesti bawak 4 orang saksi kalo tak video tuh tak sah. Tapi kalo bab polis kononnya belasah pendemo bangang tuh dan-dan takyah pakai 4 saksi, cukup dengan bukti video...

Tuesday 8 May 2012

BBM 9700 Nak Jual Murah RM300 Pasal Nak Pakai Duit...



Kawan-kawan... Member gua nak tolak BBM 9700 murah-murah pasai nak pakai duit urgent... 

Member gua nak pakai duit urgent RM300.. boleh tengok barang takda hal... Siap ada gambar lagi... barang dijamin ori... Bukan tiruan beb... 

Sila scroll kat bawah untuk tengok barang...




































Jangan mara eeeee...

XTVT Ekstrem Terganaz Untuk Belia Di Himpunan Jutaan Belia... #HBN2012 @ShaberyChik @razaliibrahim @beliabangkit





Bagi mereka yang menggemari acara-acara lasak beberapa aktiviti ekstrim akan diadakan sempena Himpunan Jutaan Belia pada 23 hingga 27 May 2012 .

 Aktiviti-aktiviti ekstrim yang dimaksudkan ialah 'freestyle motocross extreme' , kovoi 4WD 4x4 keliling Putrajaya , dan 'extremer bike trial' dan 'mad-hop'

Datang lah beramai-ramai untuk berjumpa dengan rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama , boleh luaskan 'network' anda dalam aktiviti2 lasak . 

Kalau tak minat pun aktiviti2 lasak minta sebarkan pada kawan2 yang berminat . 

Peluang seperti ini jarang2 sekali kita dapat . Melalui Facebook page 'extreme motocross' gua dengar citer akan ada geng2 motocross nak berkonvoi beramai-ramai ke Himpunan Jutaan Belia untuk 'belajar' aksi2 motocross dari otai2 yang akan ada di sana nanti . 

Geng-geng extreme 4WD 4x4 tak nak buat konvoi ? Jom gegar Putrajaya !!!

Tahniah Orang Felda Dapat Durian Runtuh RM15,000!!!...


Tahniah orang-orang Felda yang dapat durian runtuh melalui pengumuman PM, DS Najib sebentar tadi sekitar jam 10.30 pagi tadi di Felda Jengka 8, Pahang...

Ketua keluarga (bapa) akan mendapat RM5000, isteri ketua keluarga (ibu) juga mendapat RM5000, anak pertama mendapat RM5000... Jumlah keseluruhan RM15,000... Kalo keluarga anak ramai, pandai-pandai ler bahagi-bahagikan duit tuh sorang skit... 

Jangan karang sebab duit durian runtuh pemberian kerajaan nie jadi bergaduh pulak anak beranak, bergaduh pulak adik-beradik sampai berparang-parang...

Diharapkan orang-orang Felda dapat menggunakan duit ini dengan sebaik-baiknya... Jangan jadi seperti sesetengah peneroka yang menjadi jutawan dalam sekelip mata, tak lama lepas tu sekelip mata menjadi susah semula dek kerana kegagalan menguruskan wang yang ada dengan baik...

P/S : kepada penyokong pembangkang dan mereka yang menentang dan membenci pembangkang terutamanya kepada PM... Harap-harap jangan ler malu-malu tebal muka nak ambik duit durian runtuh nih... cakap jer kat pegawai Felda... "saya tak nak duit durian runtuh nie sebab ini adalah gula-gula kerajaan BN dan rasuah pilihanraya"... agak-agak berapa ramai yang nak tolak duit durian runtuh nie nanti...


Fatwa Bersih : Siapa Yang Betul, Nik Aziz Atau Majlis Fatwa Kebangsaan???...


MENYERTAI DEMOSTRASI DAN RUSUHAN BERSIH 3.0 ADALAH HALAL - DATO NIK AZIZ NIK MAT@MURSHIDUL AM PAS.

HARAM BAGI UMAT ISLAM MENYERTAI PERHIMPUNAN ATAU DEMONSTRASI YANG MENCETUSKAN HURU - HARA DAN KEKACAUAN DALAM NEGARA - KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA YANG DIANGGOTAI 24 AHLI TERMASUK 14 MUFTI YANG MEWAKILI SETIAP NEGERI YANG BERSIDANG UNTUK KALI KE 99 SEMALAM.

SIAPA YANG BERCAKAP BENAR??? 

DATO NIK AZIZ NIK MAT ATAU AHLI AHLI MAJLIS FATWA KEBANGSAAN???

Monday 7 May 2012

Puaka Niring : Misteri Laluan Berhantu Di Behrang???...


Kemalangan maut yang meragut dua nyawa di laluan ‘berhantu’ di Kilometer 114, Jalan Behrang-Tanjung Malim di sini, 19 April lalu, menyebabkan penduduk sekitar semakin bimbang keselamatan mereka.

Kerisauan itu turut dikongsi penuntut Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), yang berulang-alik antara politeknik itu dan Bandar Behrang 2020 iaitu tempat rumah sewa mereka.

Difahamkan, beberapa kemalangan serius turut berlaku sebelum ini di laluan berkenaan yang hanya berada kira-kira 100 meter dari PSAS.

Tinjauan mendapati laluan maut itu lebih berbahaya bagi pemandu yang datang dari arah Behrang terutama pada waktu malam kerana tiada lampu jalan.

Justeru, penduduk dan pengguna berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan segera menangani laluan maut itu termasuk mencadangkan supaya PBT meluruskan jalan berkenaan.

Tun M : Jika Saya Mati Biarlah Di Tanah Air Sendiri Dan Ditangan Anak Bangsa Sendiri...


gua ingin kongsi satu kisah benar seperti yg diceritakan oleh seorang makcik kepada member gua, beberapa hari yang lalu. Cuba teka, siapakah pemimpin Melayu ini? Pemimpin tersebut perlu menjalankan pembedahan jantung. Beliau memilih IJN, Malaysia dan pembedahannya perlu dijalankan oleh seorang Doktor Melayu.

Doktor yang dipertanggungjawabkan utuk pembedahan tersebut adalah Dr. Hassan (anak saudara makcik ini ), pakar jantung terkemuka di negara pada ketika itu.

Dr. Hassan memberanikan diri untuk bertanya kepada pemimpin ini, mengapa dan kenapa pemimpin ini memilih IJN dan dia untuk menjalankan pembedahan tersebut walaupun pemimpin tersebut berkemampuan tapi mempunyai pilihan utk memilih sesiapa saja termasuk Doktor yg terbaik di dunia.... 

Inilah jawapan pemimpin tersebut - "Sekiranya saya ditakdirkan mati apabila menjalankan pembedahan ini, saya rela dan biarlah saya mati di tanah air saya sendiri dan biarlah di tangan anak bangsa saya sendiri".

Adakah sesiapa yang waras yang sanggup menyoalkan atau mempertikaikan jiwa dan kemelayuan seorang pemimpin macam ini???

Kes Azmin Jamban, Kak Wan Masih Berdiam Diri???...


Pelik atau tidak, terpulang kepada anda tetapi ramai yang menyatakan kehairanan berhubung sikap membisu Wan Azizah dan Nurul Azizah dalam kes SKANDAL SEKS JAMBAN yang membabitkan Azmin Ali. 

Berbeza dari sebelumnya, kedua-dua beranak itu kelihatan dan cukup aktif untuk mempertahankan Anwar Ibrahim yang terbabit dalam skandal yang memalukan. Kalau hendak dikatakan Azmin bukan dari kalangan keluarga Anwar Ibrahim, rasa-rasanya semua orang cukup tahu bagaimana sayangnya Anwar kepada Azmin sehinggakan Anwar sanggup kehilangan kawan-kawannya yang lain asalkan Azmin tidak merajuk, menghentak kaki mahupun memuncungkan bibirnya. 

Wan Azizah dan Nurul langsung tidak memberikan sebarang komen berhubung skandal seks lubang jamban seolah-olah skandal seks jamban Azmin tidak akan memberi sebarang kesan kepada PKR dan Pakatan Rakyat. Wan Azizah yang kali terakhir melakukan pembelaan adalah tentang kehilangan jam tangan OMEGA milik suaminya yang dikatakan masih dalam simpanannya, kononnya.

Manakala Nurul Izzah pula kali terakhir adalah apabila dimalukan di Bukit Kerinchi setelah penduduk disusahkan untuk berpindah ke rumah baru yang lebih selesa akibat hasutan bodoh anak orang kaya sepertinya. Timbul pertanyaan, adakah sebenarnya Wan Azizah dan Nurul Izzah mengharapkan Azmin akan menjawab dan menyelesaikan sendiri masalah yang sedang melandanya setelah sekian lama memberi masalah krpada kepimpinan PKR dan menghilangkan reputasi Wan Azizah sebagai Presiden PKR, dan yang lebih penting sebagai isteri Anwar Ibrahim?

What's Tunku Abdul Aziz Said Makes DAP Angry Bird???...


The DAP disciplinary board wants Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim to confirm if he has repeated his public criticism of Bersih 3.0 although he was rebuked earlier by the party leadership over the matter. “I am trying to locate Tunku (Aziz) for the statement,” the board's chairman Tan Kok Wai told a news portal yesterday. 

Kota Alam Shah assemblyman M. Manoharan called for disciplinary action to be taken against Tunku Aziz, who is party vice-chairman, over his remarks on the rally. Manoharan accused Tunku Aziz for failing to toe the party's line by making the remarks, which he said were tantamount to a “double misconduct”

“It is my personal view that severe action should be taken against him. He seems to be a great embarrassment to the party. It is the police and not the public that should be blamed. The public have a right to voice out (their feelings),” he said yesterday. He called on Tunku Aziz to leave the party on his own accord, claiming that the latter did not understand the party leaders' struggles, especially those who were held under the Internal Security Act. 

Tunku Aziz had spoken out against the rally before it was held on April 28, fearing that it might turn violent. Expressing sadness over the violence that did occur, Tunku Aziz recently remarked that the Bersih 3.0 organisers should have realised that while there were those who were genuinely fighting for electoral reforms, others were out to create havoc or hijack the rally for their political agenda. 

He added that it was unfair for Bersih leaders and politicians to solely blame police for the violence between protesters and police. Tunku Aziz reportedly said Bersih 3.0 organisers were not “angels descended from heaven” who were blameless, adding that they should look at themselves before pointing at police for last Saturday's violence. When contacted yesterday, Tunku Aziz said he was not upset with Manoharan as he was entitled to his personal view.

Sunday 6 May 2012

Kartun : Menarik Untuk Dilihat???... hahahahahahaha


kantoi!!!

hahahahahahahahahaha...

Benarkah Perhimpunan #Bersih Untuk SPR Atau Ada Agenda Tersirat???...


Pilihanraya kita selama ini sememangnya bersih adil dan bebas.

SPR tidak pernah menipu untuk memberi kemenangan kepada parti yang memerintah.

Tidak ada orang yang tidak layak mengundi telah membuang undi di dalam mana-mana Pilihanraya kita.

Permintaan BERSIH untuk Pilihanraya yang bersih, adil dan bebas serta "Electoral reform" adalah perbuatan meminta perkara yang memang meraka sudah dapat dan nikmati selama ini.

Memang tidak salah dengan apa yang mereka minta, tapi apa yang mereka minta tu memang sudah pun mereka dapat dan nikmati, jadi buat apa nak berdemo???...

Keluarga Contoh Ikutan Untuk Keluarga Lain Semasa #Bersih...


kecik-kecik anak-anak di bawa merusuh, sudah remaja melawan mak bapa (dah biasa diajar melawan), bila dah besar melawan kerajaan (didikan awal semasa kanak2)... jadi pembangkang sepanjang hayat... padan muka mak bapa, konon nak buat yang terbaik... sepatutnya anak-anak dibiasakan sertai majlis ilmu, ni majlis merusuh... haprak punya mak bapa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers