Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 17 November 2012

Siapa Artis Malaysia Yang Digelar Pamela Anderson Malaysia…


Dialah antara artis paling seksi di Malaysia. Sekalipun hanya berkemeja-T, ia sudah cukup membuatkan mata lelaki berpaling ke arahnya kerana gaya nakal dan susuk tubuh yang menggiurkan.

Begitulah pelakon yang pernah digelar 'Pamela Anderson Malaysia'.

Apa yang menarik, artis itu yang meminta agar ejaan nama komersial dirinya diperbetulkan iaitu Lana Nodin dan bukannya 'Lana Nordin', tidak pernah menganggap imej seksi sebagai bonus atau platform pintas untuk menjadi popular sehingga dijolok sebagai 'Pamela Anderson Malaysia'.

"Ada orang cakap saya perasan, menggelarkan diri sebagai 'Pamela Anderson Malaysia'. Walhal gelaran itu dicetuskan oleh kawan-kawan wartawan hiburan yang menulis cerita saya sebelum ini.

"Cuma saya tidak pernah marah kerana faham pemilihan sesuatu tajuk yang menangkap sebagai strategi pemasaran. Apa yang pasti, gelaran itu bukan kerana saya ghairah atau berangan hendak jadi macam bintang Playboy itu.

"Walaupun saya tidak nampak di mana persamaan saya dengan Pamela itu, secara logiknya saya faham 'bahagian mana' pada diri saya yang menyebabkan gelaran itu diberikan orang. Memang saya tidak boleh menghalang tanggapan dan pandangan orang terhadap diri saya meskipun saya akui apabila kerap kali orang membicarakan soal 'bahagian itu', saya jadi rimas! Muak!

"Mana tidaknya, apabila sebut saja nama Lana Nodin, orang bercakap pasal aset tubuh saya dan bukannya bakat," katanya yang mempamerkan lakonan yang mantap dalam filem Chow Kit yang turut bertanding dalam Anugerah Skrin 2012 (ASK2012), baru-baru ini.

Bakal menyambut ulang tahun ke-33 pada 6 Disember ini, Lana yang juga bekas pramugari AirAsia mendakwa ramai lagi selebriti wanita tempatan lain yang melakukan pembedahan kosmetik terhadap tubuh badan, balik-balik hanya dia seorang yang menjadi mangsa percakapan orang.

Sehinggakan kemunculannya menerusi filem terbaru arahan Afdlin Shauki, terbitan Ismail Holdings dan Vision Works Sdn Bhd, Pontianak vs Orang Minyak pun menjadi topik utama.

Topik yang diperkatakan tidak lain tidak bukan mengaitkan aset tubuhnya itu, dadanya yang dikatakan sebagai mangsa eksploitasi dan bahan jenaka dalam filem itu.

Siapa Minat Kereta Boleh Masuk SLAA???... @ZambryAbdKadir @azwanbro @promelayu


Apa ke benda SLAA nie???... Apa bagusnya benda SLAA nie kat korang???... Biar gua jelaskan....

SLAA ini adalah singkatan kepada Skim Latihan Automotif Amanjaya yang merupakan program latihan jangka pendek yang memberi latihan kemahiran secara langsung oleh pengusaha bengkel dengan menggunakan kemudahan bengkel dan peralatan.


Program ini diilhamkan oleh Sdr Khairul Azwan Harun, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO/BN Negeri Perak dan disokong oleh YAB MB Perak, Datuk Seri Zambry.


Tujuan SLAA adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada belia yang gagal memasuki pusat kemahiran atas sebab tak cukup syarat dan belia yang ingin pendedahan sebenar dalam automotif dengan latihan amali sepenuh masa selama 6 bulan.

Lensa Niring1 : BN Youth Job Fair Kena Serbu!!!! @NajibRazak @KhairyKJ @razaliibrahim





Mak Nyah Lari Lintang Pukang????...



Sambutan Maal Hijrah 1434H yang lepas dicemari dengan aktiviti tidak bermoral membabitkan sekumpulan mak nyah yang dipercayai sedang menunggu pelanggan di sekitar kawasan Pandan Indah.

Kira-kira enam mak nyah berpakaian menjolok mata didapati berkeliaran di sekitar rumah kedai di situ, bertempiaran lari setelah menyedari kehadiran sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, yang membuat rondaan pencegahan kira-kira jam 5 pagi.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, mak nyah terbabit cuba lari setelah terserempak van dinaiki pegawai penguatkuasa agama.

Friday 16 November 2012

Imej Bayi Maut Dapat Simpati Dunia!!!!...




Gaza – Kematian seorang bayi berusia 11 bulan yang juga anak kepada jurukamera  BBC akibat serangan Israel, telah mencetuskan simpati orang ramai selepas gambar Jihad Misharawi memangku anaknya sambil menangis tersebar di internet.

Beribu-ribu mesej simpati telah diterima Jihad dalam internet, termasuk kecaman ke atas BBC yang hanya membuat laporan yang minimum terhadap pembunuhan berkenaan.

"Apabila BBC sendiri tidak mempedulikan nasib anak kepada jurukameranya, apa lagi harapan untuk Palestin" demikian tulis satu blogger intifada dalam internet yang melihat BBC langsung tidak menghiraukan kematian tersebut.

PAS Tampil Ramai Calon Wanita PRU13???...


PAS berkemungkinan menampilkan lebih ramai calon wanita pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berbanding PRU sebelum ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perkara itu kini di peringkat kajian memandangkan peranan wanita yang dilihat sangat menggalakkan dalam parti itu.

"PAS sedang mengkaji untuk menambah bilangan calon wanita bertanding pada PRU13. Peranan Muslimat sangat menggalakkan berdasarkan pencapaian di peringkat Parlimen dan juga Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Perasmian Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat Kali Ke-52 di Kelantan Trade Centre di sini semalam.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi mendakwa, PAS mengiktiraf peranan wanita sejak 59 tahun lalu dan penglibatan wanita dalam parti itu dianggap mendahului negara-negara lain.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dulu Harakah, Sekarang SelangorKini Diedar Ketika Orang Bekerja... @TengkuAdnanReal





Dek Kerana Keceluparan Mulut SendiriI, Dicanang Seluruh Dunia Kata Anaknya Difitnah........


Anwar Ibrahim menyifatkan kontroversi panas yang mendakwa anaknya, Nurul Izzah Anwar, yang juga Naib Presiden PKR, berhubung isu kebebasan memilih agama, sebagai titik permulaan kepada anaknya itu untuk belajar mengharungi dunia politik sebenar.

Beliau berkata, dunia politik sebenar bukan mudah dan pelbagai cabaran perlu ditempuhi serta memerlukan kekuatan.

“Nurul Izzah difitnah dan diserang demi kepentingan politik. Pelbagai kecaman yang dia terima termasuk ada yang mahu dia ditangkap tanpa perkara itu disiasat terlebih dahulu,” katanya ketika menyampaikan ceramah pada program sembang rakyat sempena Siri Jelajah Bas Merdeka Rakyat yang singgah di Pekan Kerteh, dekat sini, petang ini.

Menurutnya, Umno dan Barisan Nasional (BN) menjadikan kontroversi itu untuk menyerang Nurul Izzah sedangkan kenyataan sebenar yang dikeluarkan telah dimanipulasi kerana tiada isu besar untuk dibangkitkan.

Thursday 15 November 2012

Remaja 17 Tahun Potong Kemaluan Sendiri Kerana Terlalu Kerap ‘Ereksi’...


Seorang remaja yang mengalami tekanan disebabkan terpaksa berhadapan dengan masalah ereksi yang terlalu kerap, cuba memotong kemaluannya dengan pisau.

Sejak akil baligh, Xiao Jun, 17, dari Anxi, Wilayah Fujian, China berasa amat malu dengan nasib yang dialaminya kerana dia amat mudah terangsang, kadangkala di kawasan terbuka.

Tidak tahan dengan keadaan itu, dia sentiasa berkurung di dalam biliknya dan cuba untuk tidak keluar dari rumah.

Namun, hingga minggu lalu, dia tidak lagi mampu bersabar dengan perkara tersebut, lalu mula memotong kemaluannya.

Dia bernasib baik kerana tidak sempat memotong keseluruhan alat sulitnya kerana ibu bapanya sempat meluru ke biliknya apabila mereka terdengar jeritan remaja tersebut.

Xiao Jun kemudiannya ditemui terbaring di lantai berlumuran darah.

Wira Perkasa Mengamuk Depan Balai Polis Dang Wangi Pasal Irene????....




Petang tadi sekitar jam 3, Wira Perkasa Malaysia membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi terhadap Irene Frenandes yang dilaporkan menerbitkan artikel berunsur menghasut...

Kat bawah ni kenyataan penuh laporan polis tersebut :

"Saya, Irwan Fahmi Ideris no. KP : 770820085849, selaku Ketua Wira Perkasa Malaysia, semalam (14 November 2012) saya terbaca dalam satu portal berita internet, 'The Malaysian Insider' www.themalaysianinsider.com di Grand Season Hotel, Jalan Pahang, Kuala Lumpur, membuat satu laporan terhadap Irene Frenandes (Tenaganita), yang dalam kenyataan beliau menekan supaya orang-orang Melayu Islam diberi hak untuk memilih agama serta mahu menghapuskan hak-hak Bumiputera (153). Saya terbaca kenyataan ini di dalam 'Malaysia Insider'.

Tujuan saya membuat laporan ini adalah kerana ini adalah secara terang-terangan kenyataan tersurat dan tersirat yang membawa maksud hasutan yang akan membawa negara kita huru-hara. Kenyataan beliau juga mempunyai niat jahat, secara tidak langsung bertujuan membawa kepada pemindaan Perlembagaan Persekutuan.

Kami juga bimbang keselamatan terhadap Irene Frenandes kerana mungkin ada ekstrimis agama atau bangsa Melayu tampil dan mungkin, akan mengganggu keselamatan beliau. Dengan ini saya serta kepimpinan Wira Perkasa Malaysia menggesa tindakan tegas dan keras diambil oleh pihak-pihak berkuasa kerana kenyataan beliau membawa mudarat kepada negara dslam masa terdekat dan panjang."
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Membongkar Agenda Jahat DAP - Perlembagaan Persekutuan Diharamjadahkan....


UNDANG-UNDANG Anti Lompat parti yang DAP luluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang adalah pencabulan pertama yang mereka lakukan terhadap Perlembagaan Persekutuan dan membuktikan bahawa agenda DAP untuk merubah,menghapus dan memansuhkan segala peruntukan undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan adalah benar sekiranya mereka menang dalam PRU13 ini dengan memperalatkan PAS serta PKR

Niat jahat DAP terserlah bilamana mereka sanggup dan tanpa rasa bersalah melanggar dan menodai segala peraturan yang telah ditetapkan sejak zaman Merdeka hingga ke hari ini dan memperjelaskan lagi niat sebenar mereka apabila melancarkan treler (lori panjang) dengan berslogankan Bersih Malaysia dan undang-undang anti lompat adalah permulaan kepada gerakan ini.

PAS dan PKR hanya menjadi Pak Turut serta diperbodohkan oleh DAP apatah lagi mereka dipergunakan untuk memecahbelahkan seluruh perpaduan kaum di dalam Negara ini bagi melengkapkan agenda jahat politik DAP untuk menggulingkan kerajaan sedia ada dan tanpa pengetahuan seluruh orang Melayu dalam negara ini,DAP telah memeteraikan sumpah janji mereka untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia.

Perlembagaan Persekutuan akan dimansuhkan dan digantikan dengan Peristiharan baru dengan menjadikan Malaysia sebuah negara republik dan paling pasti mereka akan menukarkan YDP Negeri Pulau Pinang bukan dari kalangan orang Melayu.

DAP hanya menyertai PAS dan PKR hanya untuk menang PU13 dan ketika ini tembelang DAP makin terdedah satu persatu ,setelah berjaya memperkudakan PAS dan PKR, mereka sudah berani menyentuh hal ehwal agama Islam serta keistimewaan orang-orang Melayu.Mereka jadi berani dan yakin kerana percaya orang Melayu islam sudah tidak ada apa-apa lagi kerana bangsa ini sedang berpecahbelah.

Wednesday 14 November 2012

Puaka Niring : Kalimah Allah Di Kepala Cristiano Ronaldo????...



Gambar semasa Cristiano Ronaldo menerima rawatan akibat kecederaan disiku oleh pihak lawan ketika menentang Levante 11 November lalu,

Dipercayai terdapat tulisan kalimah Allah di bahagian kepala Ronaldo... Benarkah??? edit saja kot... kalau betul pun tak sengaja..

Zizan : "Makhluk Apakah Ini Muka Cantik Tapi Tiada Kemaluan..."



Anugerah Skrin 2012

Zizan : "Makhluk Apakah Ini Muka Cantik Tapi Tiada Kemaluan..."

"Ko pikul... Aku ada air semayang..."

"badan besar, miang rupanya" Zizan memang lawak.. hehe

Mencari Simpati AL Arqam Setelah Gagal Meraih Simpati Hizbut Tahrir....


Rupanya dalam sibuk meletakkan hukum mengkafirkan umat Islam sendiri, ahli Pas ni juga menjalankan kerja bawah tanahnya untuk meraih simpati dari pelbagai pertubuhan menggunakan nama Islam. Bijak ke bangang diorang ni? Dah kafirkan semua orang disekeliling diorang, dengan muka tak malunya boleh pergi mintak tolong untuk sokong parti sendiri.

Tahun lepas Pas ada buat kunjungan hormat ke Khilafah Centre di Bangi, diorang cakap Pas dan Hizbut Tahrir bergerak dalam satu parti. Siap mintak Hizbut Tahrir undi Pas lagi tu. Tapi silaplah sebab Hizbut Tahrir memang takkan undi dalam demokrasi. Maka pulanglah Pas dengan muka kecewa masam mencuka bila kena tamparan hebat dari Hizbut Tahrir.

Kini Pas telah melihat kesatuan Aurad Muhammadiah sebagai satu lagi platform Islam. Apa itu Aurad Muhammadiah? Itulah Al Arqam atau kita sebut kini dengan nama Gglobal Ikhwan. Pas tahu status Global Ikhwan, tapi disebabkan bernafsu sangat nak menang .... Semua tu ditolak ketepi.

Malangnya bila diorang semua kantoi apabila serbuan dibuat keatas mereka. Sayang sekali bila media dah tahu, memang pecah lobanglah gerakan bawah tanah mereka. Kita kena sedar, bahawa Pas tidak akan mengiktiraf kita sebagai orang Islam selagi tak isi borang kealian Pas.

Apa beza mereka dengan Yahudi dan Nasrani? Tak ada bezanya.. Sebab Yahudi Nasrani tidak akan redha dengan orang Islam selagi tidak mengikut jalan mereka. Pas pula? Fikirlah wahai pembaca....

Tuesday 13 November 2012

Puaka Niring : Batu Nisan Kubur Ini Diukir Bentuk Kemaluan Bagi Memenuhi Wasiat Mendiang Isteri!!!...



Macam-macam benda pelik berlaku dalam dunia ni.

Itulah yang terjadi kepada pasangan Milena dan Miran Marinkovic dari Serbia.

Kerana takut suaminya akan berkahwin dengan wanita lain, Milena telah membuat satu wasiat yang cukup menggemparkan.

Milena meminta suaminya itu membuat ukiran kemaluannya sendiri di atas batu nisan pusaranya setelah dia meninggal dunia.

Harapannya cuma satu – suaminya itu akan berfikir 'dua kali' sekiranya ingin berkahwin lain bila terlihat 'ukiran' itu.

" Saya tak mahu awak cari wanita lain bila saya mati. Moga dengan cara ini, awak akan sentiasa ingat pada saya," katanya dalam surat wasiat tersebut.

Nurul Izzah : Hak Orang Melayu Bebas Beragama, Menyemarakkan Agenda IFC...


Sama ada secara sedar atau sebaliknya, Naib Presiden PKR Nurul Izzah sebenarnya telah menjadi penyambung lidah kepada agenda Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang sebelum ini telah berjaya digagalkan hasil dari kesedaran dan kebangkitan umat Islam membantahnya.

IFC adalah lanjutan daripada IRC, matlamat dan tujuan penubuhannya adalah sebagai badan berkanun yang berkuasa penuh untuk mengubah ajaran sesuatu agama khususnya Islam dengan menerima desakan atau tuntutan agama lain.

Dengan kata mudah sekiranya IFC dibenarkan bebas bergerak, maka peranannya akan setara dengan SUHAKAM. Bezanya, IFC akan mencampuri urusan agama khasnya Islam, manakala SUHAKAM memantau aduan berkaitan hak kemanusiaan.

Apabila anak perempuan kepada Ketua Umum PKR itu menyatakan persetujuan bahawa hak kebebasan agama sepatutnya tidak terhadap kepada orang bukan Melayu sahaja sebaliknya perlu juga meliputi orang Melayu, jelas sejelasnya ada persamaan dengan perjuangan IFC.

Nurul Izzah selaku Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai mungkin sahaja tidak kisah pandangannya begitu berbahaya kepada akidah umat Islam sementelah lagi diakuinya sendiri yang beliau sudah terbiasa belajar di Sekolah Kristian Assunta di Petaling Jaya.

Namun, bagi orang Melayu yang agamanya wajib berakidahkan Islam sebagaimana disebut oleh Perlembagaan Negara dalam Artikel 160 (2), tetap sama sekali tidak dapat menerima pandangan serba liberal yang kini sedang meracuni fikiran anak perempuan Anwar Ibrahim itu.

Nurul Izzah Akan Saman Sapa Pakai Gambar nie????...


Tolong kongsikan atau "share" demi kesucian agama Islam.

SAMAN KAMI! sekiranya anda bersetuju bahawa Melayu berhak untuk memilih agamanya sendiri!

SAMAN KAMI! sekiranya anda mahukan generasi Melayu akan datang tidak lagi beragama Islam!

SAMAN KAMI! sekiranya anda mahukan keluarga Melayu akan datang akan berpecah-belah.

SAMAN KAMI! jika anda bersetuju dengan Islam Liberal versi Nurul Izzah dan Papanya!

SAMAN KAMI! sekiranya anda marah kami menegur politikus yang memperjuangkan Plurisma agama!

SAMAN KAMI! sekiranya anda seorang Melayu yang mahu MENUKAR agama lain!

Kami tolak Nurul Izzah!

"Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara"

Monday 12 November 2012

Tun M : Nurul Izzah Tidak Melampau????...


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama adalah satu tindakan bodoh dan melampau.
   
Beliau berkata, orang Islam tidak boleh menukar agama sesuka hati, dan orang bukan Islam mempunyai hak untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.
   
"Tak tau lah (Nurul Izzah) yang mahukan kebebasan dan berpolitik sampai tiada had. Kita orang Islam mana boleh tukar agama sesuka hati, tapi orang lain nak tukar mereka punya hal lah.
   
"Dalam Perlembagaan, masing-masing boleh amalkan agama mereka tanpa ada sekatan. Orang Islam dengan cara orang Islam dan kaum lain dengan agama masing-masing," katanya.

Politik Rakus Cari Ruang Menjelang PRU13???...


Suhu politik negara dikatakan mengalami peningkatan sejak selepas Pilihan Raya Umum 2008. Salah satu elemen dan kejadian di sebalik suhu politik yang mengalami peningkatan ialah politik sabotaj dan politik ganas. Ada yang melabel sebagai politik agresif.

Sinar Harian Online mengupas perkembangan ini menjelang Pilihan Raya Umum ke-13. Ikuti penulisan awal mengenainya.


SHAH ALAM - Penganalisis politik melihat perkembangan politik kini dilihat lebih bersikap peribadi dan melangkaui jangkauan politik sebenar.


Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, apa yang terjadi kini adalah politik rakus di mana ahli politik berusaha mencari kedudukan.

"Inilah punca berlakunya 'pembunuhan karakter' seperti yang berlaku dalam isu video dikaitkan dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan kontroversi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dikaitkan dengan seorang pelakon dan beberapa isu lagi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Sunday 11 November 2012

Anne Ngasri Pilih Orang Kuat Pemuda UMNO Rupanya…


Pelakon Anne Ngasri akhirnya memilih Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia, Mohd. Sumali Reduan sebagai teman mengisi kekosongan hatinya.

Ia sekaligus menamatkan teka-teki siapa tunang Anne yang sebelum ini dikaitkan dengan orang politik.

Semoga ikatan ini akan sampai ke jinjang pelamin.

Tak kisahlah siapa pun, kerja apa pun, parti mana sekali pun, yang penting Anne bahagia setelah agak lama juga 'solo'.

Marilah kita doakan yang terbaik untuk mereka berdua…dan anak-anak semestinya.

Tahniah bro!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Status FB Afdlin Shauki Bikin Mak Nyah Marah????...



Masih lagi bercerita mengenai Anugerah Skrin 2012 yang telah pun berlangsung pada malam Jumaat lalu.
Selain cerita mengenai kehambaran anugerah yang berjalan itu, banyak juga perkara negatif yang timbul semasa ia dijalankan.

Salah seorang artis lelaki yang juga pengarah terkenal, Afdlin Shauki turut terpalit dengan kontroversi mengenai majlis anugerah tersebut.

Ceritanya begini.

Sewaktu penulis, Lim Pung Hui tampil ke atas pentas untuk menerima anugerah bagi pihak pengarah, Khabir Bathia bagi anugerah Drama Terbaik menerusi drama Telapak Kaki Bonda, ramai yang terpesona dengan kecantikan dan kesederhanaan dalam diri Lim Pung Hui.

Penampilannya tidak ubah seperti Allahyarham Yasmin Ahmad yang kemas berbaju kebaya dan berkain batik.

Fathul Bari : Fenomena Perpecahan Umat Islam...


Seluruh dunia hari ini dilihat berpecah-belah. Umat Islam lebih banyak bergaduh antara satu sama lain berbanding umat lain, antaranya negara China atau negara yang besar populasinya mereka boleh bersatu. Tetapi umat Islam dalam satu negara Islam pun mereka bergaduh antara satu sama lain.

Umar Al-Khatthab RA pernah menyebut, "Sesungguhnya kami merupakan kaum yang ALLAH muliakan dengan Islam dan kami tidak memerlukan kemuliaan selain daripadanya (Islam)." Punca dan faktor perpecahan yang berlaku ada banyak.

Antaranya adalah sunnatullah (ketentuan dan ketetapan ALLAH). Buktinya sabda Nabi SAW, "Umatku akan berpecah menjadi 73 kelompok. Semuanya di dalam neraka kecuali satu." Sahabat bertanya, "Siapakah dia (satu kelompok yang terselamat) wahai Rasulullah?" Jawab Rasulullah, "Mereka adalah orang-orang yang semisal dengan apa yang aku dan sahabatku berada di atasnya pada hari ini." (riwayat Abu Dawud no. 4596, Tirmidzi no. 2640, Ibnu Majah no. 3991, Ahmad 2/332).

Dalam riwayat lain, sabda Nabi SAW, "Sesungguhnya syaitan telah berasa bosan (putus asa) untuk menjadikan mereka disembah di Tanah Arab, tetapi syaitan akan memecah-belahkan di antara mereka." (riwayat Imam Muslim, no 2812 dari sahabat Jabir bin Abdillah RA)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers