Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 21 April 2012

Puaka Niring : Apa Itu Qarin???...


APAKAH ITU QARIN ? 

Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ? Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir. 

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan. Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. 

Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah. Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah rha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim) 

Pemimpin UMNO/BN Perlu Berubah Jika Mahu Menang PRU13 Nanti!!!... @NajibRazak @HishammuddinH2O @AhmadMaslan @KhairyKJ @razaliibrahim


Gua mulakan entri gua kali ini dengan ucapan Assalammualaikum kepada pembaca setia blog gua dan juga kepada semua pemimpin terutama pemimpin UMNO dan BN. Entri gua kali ini pun ada sikit kelainan kerana gua lebih suka menjurus kepada menegur dan mengkritik secara membina bukan dengan cara maki hamun.

Gua mungkin masih baru dalam dunia politik ni dan mungkin boleh dianggap sebagai "baru setahun jagung" tetapi daripada pemerhatian gua jika tidak ditegur dan dinasihati pemimpin atasan terutama pemimpin yang dah lama menjadi ketua dan pemimpin atasan, penyakit ini akan menjadi barah yang bakal membawa maut kepada parti UMNO khasnya.

Gua lihat fenomena pemimpin lama yang agak sudah berumur seperti sayang mahu melepaskan jawatan yang disandang di peringkat cawangan, bahagian, negeri, nasional, DUN atau Parlimen kepada mereka yang lebih layak dan lebih bertenaga.

Dek kerana sudah terlalu lama memegang kuasa menyebabkan kuasa dan jawatan itu sudah sebati menjadi seperti darah daging yang melekat di tubuh badan. Perhatikan la senarai nama yang dicalonkan untuk memegang sesuatu jawatan sama ada diperingkat cawangan, bahagian, negeri, nasional, DUN atau Parlimen, berapa ramai muka-muka baru yang lebih muda dan "fresh" diketengahkan.

Balik-balik muka yang sama saja ditonjolkan. Bukan gua menafikan bahawa ada jugak pemimpin lama ni yang bagus dan rajin bekerja untuk parti dan rakyat. Mereka-mereka ini harus kita sokong dan bantu. Tapi apa yang gua kesalkan bila pemimpin sedia ada yang tidak bekerja dan turun padang menolong serta membantu rakyat bawahan yang menjadi tunjang dan akar.

Gua lihat pemimpin-pemimpin yang sibuk mengumpul kekayaan dengan menjolok projek-projek ini haruslah digantikan kerana mereka inilah bisa yang secara perlahan-lahan melemahkan parti. Baru saja dilantik memegang jawatan sudah menukar kereta besar, rumah besar dan yang lebih teruk bini pun ditambah. Buang saja mereka ini terus.

Lim Kit Siang Kantoi Sokong PTPTN Dalam Dewan Rakyat???...


.....dia sendiri cakap dia sudah lupa.....
....masa ittu menteri pelajaran anuar ma......
....dia pun lagi sudah lupa......
......sekarang dia jadi anjing gonggong balik.......
....boooloooohhh punya olang!

Panas!!! Minah Botak Hisap Rokok Join Berkhemah Di Dataran Merdeka???... #Bersih3





ADA YANG TAK PUAS HATI KATA AKU LETAK GAMBAR MINAH BOTAK HISAP ROKOK TU TIPU... KABUR KATANYA...!! 

SUPAYA ADA YANG BOLEH TIDUR LENA.. AKU LETAK VERSI FULL COLOR 3D!!!!!!

Sumber : MinaqJinggo & GerbangTempurPuteri

Friday 20 April 2012

Puaka Niring : Jasad Ariel Sharon PM Israel Tidak Diterima Bumi...


JASAD ARIEL SHARON (BEKAS PERDANA MENTERI ISRAEL) TAK DITERIMA BUMI.

Sharon Pemimpin Zalim!!!!

1. bayangkan sharon mengambil seorang bayi daripada ibunya dan dilempar bayi itu ke dinding.

Kesesakan Melampau Di KDN Putrajaya Dek Kerana Sikap "Last Minit" Masyarakat Malaysia???... @HishammuddinH20 @KP_Rela @RelaMalaysia @ibniRELA





Semalam gua sempat singgah ke Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya yang menempatkan KDN, JPJ, JAKIM dan beberapa agensi kerajaan yang lain untuk bertemu sahabat lama.

Sebelum jalan masuk ke Kompleks D gua tengok deretan panjang kereta yang nak masuk ke Kompleks D. Gua tertanya-tanya dalam hati, ada function ka sampai beratur panjang kereta ni. Gua pun masuk pelan-pelan ke dalam Kompleks D tengok apa cerita.

Selidik punya selidik rupa-rupanya "meriah" dengan kehadiran orang luar yang nak berurusan di KDN pasal Program 6P yang dilanjutkan sehingga Jun ni menurut orang ramai yang ditemui. Gua pun cari parking terus menyusup dicelah-celah manusia yang dok berkumpul.

Betul-betul punya "1Malaysia" dengan pelbagai bangsa pelbagai "peel". Ada melayu, ada cina, ada india, ada indon, ada bangla, ada pakistan, ada myanmar, ada yang gua pun tak tau nak kata bangsa apa. Macam iklan Astro "macam-macam ada".

Gua perhatikan gelagat orang ramai yang juga pelanggan Program 6P yang datang. Macam-macam "peel", macam-macam kerenah, macam-macam hal. Ada yang okey tu okey la tapi ada yang tak reti sabar dengan tak reti bahasa tu yang gua hangin jer.

Starbucks & Coffee Bean Tak Halal???...


Gua baru dapat info daripada sahabat dalam facebook mengatakan produk STARBUCKS telah disahkan haram oleh JAKIM.

Semua chocolate, vanilla dan coffee drinks kat Coffee Bean dan Starbuck mengandungi E471 (Emulsifie r 471), mono di-glycefi deswhich dari animal origin (pork).

Raspberry Frap guna cherries yang dicelop dalam arak & amp; the tiramisu ada RUM. Tolong sebarkan kat kengkawan Islam.

Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Kiamat Semakin Hampir???...


Gambaran Hari Kiamat - 


Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. - Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.”


Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 


Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. 


Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.


Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. 


Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. 


Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. 


Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 

Thursday 19 April 2012

Puaka Niring : Pai ‘Mayat’ Laris???...


PERNAMBUCO (Brazil): Beratus-ratus penduduk dikhuatiri telah memakan daging paha dan pinggul mangsa pembunuhan selepas daging mereka dijadikan inti pai.

Penjaja, Isabel da Silbeira menjualnya setiap hari kepada penduduk tempatan di sekitar bandar ini.

Polis percaya, makanan itu yang dikenali oleh penduduk tempatan sebagai empanada, mengandungi bahagian tubuh sekurang-kurangnya dua wanita yang dibunuhnya bersama-sama suaminya, Jorge, 50.

Kedua-duanya dibantu oleh wanita berusia 25 tahun, Bruna Cristina da Silva, juga kekasih Jorge.

Laporan sebelum ini menyatakan, Jorge ialah pakar karate.

Sebahagian mayat Alexandra Falcao, 20, dan seorang lagi wanita berusia 31 tahun ditemui dalam peti sejuk sementara sebahagian lagi tertanam di belakang rumah pasangan itu di Garanhuns, timur laut Brazil.

Selepas Kapal Selam Scorpene, Kapal Terbang A400M Bakal Jadi Mangsa Pembangkang???...


Setelah bergantang-gantang FITNAH terhadap Scorpene - Kapal Selam yang telah melengkapi TLDM....PAKATAN RAKYAT tumpul idea nak rekacipta FITNAH untuk TUDM pulak ker..?

TUDM baru sahaja membeli pesawat pengangkut A400M yang turut berkemampuan menguruskan pengisian minyak jet pejuang di angkasa...

PAKATAN RAKYAT tunggu apa lagi... gua nak tengok KEBEBALAN DAN KEJAHATAN lu orang buat FITNAH ni.... banyak dah yang terkantoi, dan sesungguhnya RAKYAT MALAYSIA tidak mudah dibeli dengan pembohongan MURAHAN seperti itu...

Panas!!! : Bukti Anak Cina Persendakan Solat!!!! Astagfirrullahalazim...



gua malas nak komen panjang... lu orang tengok sendiri dan buat penilaian... betapa orang Islam membiarkan agama Islam terutama solat dipermain dan dipersendakan....

inilah bahana jika kerana kepentingan tertentu agama diambil-mudah.... astagfirrullahhalazim...

Wednesday 18 April 2012

Puaka Niring : Undang-undang Pelik Yang Ada Dalam Dunia Nie!!!...


1.Anda tidak dibenarkan mati di Houses of Parliament, London

2. Mengepam tandas selepas pukul 10 pm untuk orang yang tinggal di sebuah apartmen adalah salah di sisi undang-undang di Switzerland

3. Di United Kingdom, wanita hamil boleh membuang air kecil dimana-mana dia mahu, termasuk jika diminta, dalam topi seorang anggota polis

4. Di Alabama, ia adalah salah di sisi undang-undang bagi pemandu menutup mata semasa memandu kenderaan

Panas!!! Mahasewel Yang Demo Di Dataran Merdeka Bertempiaran Lari Meninggalkan Khemah???...





Hahahahahahahaha!!!!

Kata "hero malaya" budak-budak MAHASEWEL nie... Hero taik kucing... Dengan penguatkuasa DBKL tunjuk taring konon... Hari ini telah dibuktikan bahawa budak-budak mahasewel takutkan air macam kambing...

Gua kebetulan lalu di depan Dataran Merdeka balik daripada melepak kat CM... Tengah gua lalu gua tengok asal budak-budak mahasewel nie berterabur lari... Ooo rupa-rupanya baru gua perasan hari hujan petang nie di Lembah Kelang...

Kata nak 'camping' sangat... Wei! Gua dulu pun kaki camping gak masa jadi student dulu tapi kat tengah-tengah hutan ler... Tak pernah lagi gua diajar xtvt luar "out-door" camping kat tengah bandar... Kalo takat hujan nie selamber jer... Ini baru hujan skit dah berterabur lari cari bumbung...

Khalid Ismath Buat Demo Kat Dataran Merdeka Bukan Kerana #mansuhPTPTN Tapi Nak Jemput Mahasiswa Ke Kenduri Kawin Dia 21 April Nie???...

Belek punya belek dalam "muka buku" gua tiba-tiba gua tertarik dengan entri sahabat gua mymassa.blogspot.com yang dapat pelbagai reaksi daripada pembacanya.

Ini sebahagian daripada komen-komen pembaca blog mymassa yang gua petik untuk dikongsikan bersama.

Anon 1 : eh? bapak dia kata tak cukup duit? dia pulak masih belajar? kahwin pulak? apsal tak kumpul duit dulu? dari mana dapat duit utk majlis kahwin?

Anon 2 : jika 21 april majlis perkahwinan, dah nikah ke? bila nikah? jika 21april baru nak nikah, boleh pulak peluk camtu waktu org lain tgh solat?

Anon 3 : Wow...xkawin lagi dah bole pelok2 bakal isteri...ini ke yg di katakn pejuang Islam...ooo kalo sblh depa semua bole, halal tapi kalo sblh BNyg buat haram , berdosa , xmasok sorga...

Anon 4 : Cakap xserupa bikin...nak ngajor org len wat mende betol , diri sendiri la yg kena lurus n betol dulu...

Apa pun kita tengok apa rasa si Khalid Ismath nie kalo mahasiswa pakat ramai-ramai berkhemah dan menjerit-jerit depan rumah dia masa kenduri kawin nanti.

Apa perasaan mak bapak dia bila orang ganggu ketenteraman keluarga dia macam mana dia dok hasut mahasewel mengganggu orang ramai dan pelancong yang nak berehat dan bersiar-siar di Dataran Merdeka tempoh hari.....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kadiaq Berang Ceramah Bersih Ramai Sangat Yang Hadir???...

Semalam seorang sahabat gua mengirimkan sekeping gambar pasal ceramah bersih3.0 yang berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi. Ini adalah salah satu siri "road-tour" jelajah ceramah bersih seluruh negara.

Kalo kita tengok daripada gambar di atas, memang muka-muka yang datang tu sangat sinonim dengan demo bersih antaranya CheGu Bard, A. Samad Said, juara kelentong kata kena langgaq kereta polis tapi dia yang tak tau bawak moto, sapa lagi kalo bukan Mat Sabun kaki "kongkek bini orang".

Cuma yang menariknya ceramah ini dan demo kali ini adalah penampilan muka-muka baru yang cuba menjadi "ikon" dan hero pembangkang antaranya Adam Adli0 dan bekas pemimpin UMNO yang kecewa sebab dia dah tak releven lagi dalam UMNO, si Kadiaq yang sayang nak lepaskan kuasa menyebabkan beliau bertindak keluar UMNO dengan harapan Pakatan Rakyat mampu memberi beliau tempat.

Gua difahamkan sesi ceramah semalam kurang mendapat sambutan dengan kehadiran tidak ramai seperti yang dihajati oleh mereka. Sebab yang hadir ini tak ramailah menyebabkan Kadiaq berang dan bengang!!!

Hahahahahahahahaha!!!!....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday 17 April 2012

Puaka Niring : Betul Ker Gunung Kinabalu Keras???...


Seperti mana-mana gunung tinggi diseluruh dunia, Gunung Kinabalu juga tidak terlepas dari cerita-cerita mistik dan lagenda yang unik. Kaum Kadazandusun yang menetap disekitar wilayahKundasang dan Ranau di Sabah telah menyifatkan diri mereka sebagai penjaga dan pelindung Gunung Kinabalu untuk sekian lama, mereka mempercayai tanah sekitar, hutan, air dan Gunung Kinabalu itu sendiri merupakan tanah suci yang perlu dipelihara sentiasa, mereka juga mempercayai bahawa roh-roh nenek moyang mereka yang telah mati kini berada dan berehat-rehat di Gunung Kinabalu dan sekitarnya. Awalnya, aktiviti meneroka dan mendaki Gunung Kinabalu adalah suatu perbuatan yang ditegah sama-sekali oleh kaum Kadazandusun, hal ini bagi mengelakkan roh-roh nenek moyang mereka dari menjadi marah dan mungkin akan mengganggu penduduk setempat serta pendaki.

Namun pada tahun 1851, seorang Gabenor British di Labuan yang bernama Sir Hugh Low telah memulakan ekpedisi perjalanan dakian ke Gunung Kinabalu dengan hasrat untuk berkompromi dengan semua penduduk tempatan untuk mempersembahkan korban bagi menenangkan jiwa roh-roh nenek moyang mereka.

Perkataan "Kinabalu" asalnya merupakan perkataan kaum Kadazandusun yang dicampurkan antara perkataan "Aki' Nabalu", yakni "Aki" membawa maksud nenek moyang, manakala "Nabalu" beerti gunung, "Gunung Nenek Moyang" dalam bahasa Melayu. Atau secara tepat lagi gunung yang menjadi tempat persemadian roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun.

Panas!!! Exco MPS Salah Guna Kuasa Arah Penguatkuasa MPS Turunkan Bendera UMNO/BN???...

Gua baru nak lepak minum kat kedai mamak sementara tunggu servis keta kat area Hulu Kelang. Tup tup dapat info daripada kengkawan kata penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bertindak menurunkan bendera BN sahaja.

Lokasi kejadian adalah di sekitar Taman Seri Gombak, Gomabak dalam kawan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang berlaku jam 11 pagi semalam. Gambar kejadian diambil oleh seorang sahabat daripada sumber TheTarikBersamaYB.com. Gambar yang jelas dua penguatkuasa sedang menurunkan dan membawa bendera BN.

Menurut sumber, beliau bertanyakan kenapa bendera tersebut diturunkan. Jawapan yang diberikan adalah "arahan pihak atasan". Sumber bertanya lagi kenapa hanya bendera BN yang diturunkan sedangkan bendera pembangkang dibiarkan berkibar megah. Jawab penguatkuasa tersebut "arahan pihak atasan".

Halamak! Semua arahan pihak atasan. Pihak atasan tu pulak dapat arahan daripada siapa?. Siapa lebih atas daripada pihak atasan pentadbiran penguatkuasa MPS kalau bukan EXCO Majlis Perbandaran. Siapa pulak EXCO Majlis Perbandaran Selayang yang termasuk dalam jajahannya adalah Gombak? Siapa pulak ahli Parlimen Gombak kalo bukan Azmin Ali?. Siapa pulak Azmin Ali kalo bukan salah seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat daripada PKR?.

Jadi gua malas nak story panjang pasal korang pun dah tau kesudahan cerita ini. Ceritanya adalah sama iaitu pembangkang sering mengatakan dan memfitnah bahawa UMNO dan BN sering menyalahguna kuasa ketika memerintah. Tidak ada bezanya dengan pembangkang sekarang iaitu Pakatan Rakyat yang jadi kerajaan dalam negeri Selangor juga menyalahgunakan kuasa yang diberi oleh rakyat Selangor.

Nantikan pembongkaran terkini isu penguatkuasa MPS menurunkan bendera BN ini dalam entri terkini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ahli Politik Mula Cari Tangkal Untuk PRU13 Nanti???...


Ghairah mendapatkan kedudukan, pengaruh dan kuasa melalui jalan pintas mengakibatkan segelintir ahli politik menggadai akidah melakukan perkara khurafat dengan mempercayai azimat, wafak, cincin serta amalan pembacaan mantera tertentu.

Demi cita-cita politik, mereka yang sebahagian besarnya golongan veteran sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan pelbagai benda pelik kononnya mampu memberi manfaat kepada pemakainya bagi memastikan hajat tercapai.

Antara alat kononnya ajaib yang menjadi buruan ahli politik, terutama ketika bahang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) semakin dekat ialah cebisan kelambu Kaabah atau kiswah yang didakwa mampu melariskan diri si pemakai, cincin permata ganjil yang dipakai sebelum berceramah bagi membuatkan pendengar terpengaruh dan kulit rusa putih.

Cemara babi juga dicari kononnya membuatkan si pemakai kebal iaitu pihak lawan sukar menjatuhkannya dalam arena politik.

Bukti Bukan Mahasiswa Disebalik Demonstrasi #MansuhPTPTN Tapi Pakatan???...



inilah bukti demonstrasi mansuhkan PTPTN bukan lahir daripada cetusan INSPIRASI mahasiswa tetapi adalah dipengaruhi dan dicetuskan oleh pemimpin pembangkang...

hasil cetusan bangang ini maka lahirlah MAHASEWEL yang sudah di"brainwash" dan dikuda-kudakan...

alangkah malangnya ibu bapa pelajar MAHASEWEL ini mendapat anak-anak seperti ini...

Bukti Gambar @NajibRazak Kononnya Pakai Rantai!!!...


baru-baru ini heboh di alam maya cerita kononnya Datuk Seri Najib terkantoi memakai rantai ketika menghadiri satu program bersama rakyat...

berdondong-dondong ler penyokong puak-puak pembangkang memainkan cerita ini di dalam blog-blog dan  facebook-facebook masing-masing...

Monday 16 April 2012

Pelakon Bob Kuman Masuk Hospital Cuma Ada RM36... Marilah Kita Sama-sama Membantu Beliau...


Sumber Ini Dipetik dari : digg.com

Melalui sumber yang diperoleh dari blog wartawan Majalah 33, Mazidul Akmal Sidek, Bob Kuman kini mengalami kesukaran untuk bernafas dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan. Keadaan tersebut menyukarkan Bob untuk berkarya bagi mendapatkan pendapatan menyara kehidupan beliau yang semakin susah. Di bawah ini kami kongsikan artikel yang dikeluarkan dari blog Mazidul Akmal Sidek yang akan menceritakan keadaan sebenar Bob Kuman buat masa ini.

SAYA HANYA ADA RM36 DALAM AKAUN SIMPANAN – BOB KUMAN

Mungkin ramai pembaca kenal dengan wajah di atas manakala sebilangan lagi barangkali terkeliru. Tetapi bagi penonton filem tempatan dan televisyen, personaliti di atas tentunya tidak asing kepada mereka.

Yang berbeza cuma wajahnya berbanding ketika dia menghiburkan ramai peminat sewaktu berkarya di pentas seni.

“Bang, tolong datang ke rumah saya sekejap, boleh? ” soal Bob Kuman.

“Ada apa Bob?,” soal saya.

“Abang tolong datang sahaja,” pintanya.

Mulanya saya berasa agak hairan dan menjangkakan Bob hanya sekadar bergurau. Terfikir, jika dia berhadapan masalah, tentunya sebagai artis terkenal, dia mempunyai ramai kenalan bersedia untuk membantu. Apapun, hati kecil mendesak saya memenuhi permintaannya lalu mengajak Razali Harun iaitu kru 666 untuk menemankan saya bertemu Bob.

“Itu gambar saya, sewaktu dirawat di Hospital Tawakal Kuala Lumpur. Malam tahun 2011 semasa sesi penggambaran ‘Jangan Pandang Belakang Congkak’, siri televisyen, saya terjatuh di Hulu Langat, Selangor. Wahid Senario dan Lan Pet Pet antara saksi kejadian itu. 

Dalam keadaan pening, semput dan sakit, saya terpaksa memandu kereta sendiri ke hospital dan dibiarkan begitu sahaja. Masa keluar dari pusat rawatan itu, saya diberitahu, berhutang lebih kurang 7 ribu ringgit dengan hospital dan saya kena bayar sendiri. Itu saya tidak boleh terima. Penerbit tidak membantu sebab itu saya berasa kecil hati. Mujur selepas itu, dapat rezeki sikit dan saya menjelaskan sebahagian daripada caj hospital itu. Kini ada berbaki lebih tiga ribu enam ratus ringgit lagi,” ujar Bob.

Bob Kuman Sakit dan Perlu Bantuan Alat Pernafasan

Tambah Bob, dia dirawat di hospital terbabit dalam tempoh lebih 2 minggu. Sambil berbual, saya perhatikan mesin oksigen dan wayar dimasukkan ke dalam hidungnya bertujuan untuk membantu pernafasan.

“Orang tidak cukup oksigen bang, tidak ubah seperti sayur layu. Kulit saya pun telah berubah warna,” celah Bob.

“Saya sudah tidak boleh bergerak sejak 8 April lalu dan kemudian memakai mesin oksigen ini. Sebenarnya saya bukan ingin menagih simpati masyarakat,” katanya biarpun kelihatan dalam kesakitan dan sukar menarik nafas.

“Kongsikan fakta, itu tidak salah,” celah saya.

“Setakat ini beberapa kawan membantu saya. Antara mereka, Adlin Aman Ramli. Dia bagi saya pinjam duit RM2,000 bang masa saya tengah susah, sewaktu dirawat di Putrajaya. Itu sahabat saya bang. Dalam keadaan begini, saya pun tidak boleh berkarya, tidak ada pendapatan. Mujurlah gerai Bawal Power saya kongsikan bersama rakan mendapat sambutan dan boleh membantu sedikit dari segi kewangan,” jelas Bob.

Sesekali sewaktu berbual, dia berhenti, diam untuk menarik nafas.

Bantuan Dari Pihak SENIMAN

“Zed Zaidi iaitu Timbalan Presiden SENIMAN pernah menghubungi saya untuk menghulurkan bantuan. Saya memaklumkan wakil dia, bila simpati, dapat benda lain, dapat beras, dapat biskut. Siapakah hendak membantu menjelaskan bil hospital saya? Saya rasa macam malu,” kata Bob lagi.

Bob memberitahu saya, dia kini amat memerlukan mesin dilengkapi tangki oksigen namun setakat ini dia tidak mampu untuk menyewa keperluan itu.

“Bang, sekarang ini saya hanya ada RM36 dalam akaun simpanan,” bisiknya.

Saya kemudian menghubungi Zed Zaidi menggunakan telefon bimbit. Nasib baikalah dalam kesibukan dengan kegiatan seharian, dia masih berpeluang untuk mengangkat panggilan dari nombor tidak dikenali.

“Melalui pihak SENIMAN, saya telah mengeluarkan surat sokongan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di bawah Tabung Kebajikan Penggiat Seni tetapi setakat ini belum mendapat sebarang keputusan dan berapakah jumlah bakal diterima oleh Bob. Sebelum ini, beberapa artis seperti Nasir P. Ramlee dan Kamal Pendek telah menerima sumbangan dari tabung terbabit,” jelas Zed.

Selepas berhubung dengan Zed Zaidi, saya kemudian memaklumkan kejadian menimpa Bob kepada Penerbit program Melodi, TV3.

Untuk pengetahuan semua rakan artis dan peminat, Bob Kuman kini berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Cara Menyalurkan Bantuan Kepada Bob Kuman

Kepada pembaca yang ingin membantu Bob, anda boleh hubungi Razali di talian 016 231 5812. Manakala berikut nombor akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI) Maybank 1123-7100-7047.
Sekiranya akaun dilaporkan disekat, bersabar dan sila rujuk entri [Akaun Maybank Bob Kuman disekat]. Ketahuilah, sesungguhnya kadang-kadang berbuat kebaikan itu mempunyai cabaran tersendiri. ‘Bantulah, semoga Allah sentiasa membantu sewaktu kita ditimpa musibah’
***
Moga selepas anda membaca artikel di atas, tedetik dalam diri kita untuk sama-sama Bantu Bob Kuman Hanya Ada RM36 dalam akaun peribadi beliau.


via http://www.forblogger.net/2012/04/bantu-bob-kuman-hanya-ada-rm36.html#ixzz1sC13ZEye

Panas!!! Mahasitua Mengamuk Bertempur Dengan DBKL Pasal #MansuhPTPTN???...



Ini yang berlaku semalam bila ada sekelompok kecil kononnya bergelar mahasiswa tapi berkelakuan seperti MAHASEWEL kononnya tahu sangat pasal apa itu PERLEMBAGAAN dan undang-undang...

Tapi yang dok banyak tanya pasal apa itu PERLEMBAGAAN dengan undang-undang gua tengok macam muka dah tua jer. Tak nampak cahaya macam seorang "PELAJAR" pun. Kalo korang tak caya cuba korang tengok minit 2:48. Ada macam student tak dengan perut boroinya nak tunjuk "hero" konon...

Apa pun gua "SALUTE" kat pegawai dan kakitangan DBKL yang bertindak secara profesional. Nie mamat nie nak tau sangat pasal PERLEMBAGAAN dan undang-undang, dalam entri berikutnya nanti gua keluarkan undang-undang berkaitan "kesalahan menghalang penjawat awam melaksanakan dan menjalankan tugas"... tunggu ko mamat boroi oooooiii!!!..

Keperihatinan KP Perak @Azwanbro Membantu Jenazah Pemuda BN Yang Meninggal Dunia Dunia Selepas Pelancaran Jentera BN... @ZambryAbdKadir @promelayu





Sebentar tadi seorang sahabat gua mengirimkan beberapa sekeping gambar Ketua Pemuda Perak, Kahrul Azwan melawat mangsa kemalangan maut jalanraya yang juga seorang ahli Pemuda UMNO Perak yang terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang setelah menghadiri program Jentera Parti BN di Ipoh, Perak hari Sabtu baru-baru ini.

Gua dimaklumkan sdr Azwan terus bergegas ke tempat kejadian setelah menerima berita kejadian yang jaraknya daripada Ipoh sejauh 45 km dan sampai ke tempat kejadian terus membantu pihak berkaitan dan orang ramai serta ahli keluarga menguruskan jenazah. 

Ini adalah kenyataan rasmi sdr Azwan yang juga merupakan Pengerusi Pemuda BN Negeri Perak dan Ketua Pemuda UMNO Perak :

Saya mewakili seluruh ahli Pemuda BN Negeri Perak mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham Meor Maffuz Meor Abdullah Sani yang berasal dari Lenggong di atas kemalangan mengejut di lebuhraya berhampiran tol Kuala Kangsar ketika perjalanan pulang dari pelancaran "BN Pilihan Orang Muda" di kediaman MB Perak. 
Allahyarham adalah seorang yang aktif dan komited di dalam setiap program- programkemasyrakatan. Pemuda Negeri akan menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi meringankan beban keluarga allahyarham.
 
Saya juga ingin menyampaikan salam takziah daripada YAB MB Perak dan YB sdr Khairy Jamaluddin, KP UMNO Malaysia di atas insiden ini. Sesunguhnya takdir ini tidak akan mematahkan semangat pemuda untuk meneruskan perjuangan barisan nasional. Pemuda BN mengiktiraf segala jasa dan bakti allahyarham dan menganggap beliau adalah seorang wira Pemuda Perak. 
Semoga roh nya dicucuri rahmat.

Khairul Azwan Harun,
Pengerusi Pemuda BN Negeri.

Akhirnya Puak-puak Pembangkang Percaya Dengan Bukti CCTV???...


Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mula mempercayai bukti CCTV Anwar???...

Musim puak-puak Pakatan Rakyat mempercayai bukti CCTV telah kembali. Pendapat ulamak PAS mengatakan CCTV tak boleh dijadikan bukti sudah ditolak . 

Secara peribadi gua bersyukur dengan perkembangan sihat yang terbaru ini. Benarlah kata-kata bijak pandai , setiap musibah yang berlaku, pasti ada kebaikan di sebaliknya . 

Musibah yang gua maksudkan ialah kes anak seorang menteri yang dikatakan memukul pengawal keselamatan di sebuah kondo yang berjaya dirakam CCTV . Ramai pemimpin-pemimpin PR mencabar supaya bukti CCTV itu dikeluarkan.

Sunday 15 April 2012

Puaka Niring : Kisah Benar Daripada Seorang Perogol!!!...


Kisah ini berlaku kepada seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US. Gadis ini sangat cantik rupa paras dan bentuk badannya juga sempurna. Tetapi dia sentiasa taat kepada Allah swt, berpakaian sopan, menutup aurat dengan 'sempurna' dan memiliki akhlak yang baik.

Pada suatu malam, gadis ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia telah tersilap dengan melalui jalan yang singkat untuk pulang di atas sebab-sebab tertentu. Laluan yang pilih itu pula agak tersorok dan kebetulan, tidak ramai orang yang lalu lalang pada masa itu.

Kerana malam yang lewat dan keadaan yang sunyi, laluan itu agak gelap dan keadaannya agak menyeramkan. Ini membuatkan gadis itu agak gelisah dan berasa takut kerana berjalan sendirian.

Tiba-tiba gadis itu ternampak ada seorang lelaki kulit putih berbangsa Amerika sedang bersandar di dinding di tepi lorong itu. Gadis itu menjadi semakin takut dan berasa tidak sedap hati. Tetapi, apa yang boleh dilakukan hanyalah berdoa kepada Allah, memohon keselamatan atas dirinya. Gadis itu pun berdoa dan membaca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah swt membantunya di saat itu.

Apa Nak Jadi Dengan Muslimah Pas Nie!!!...


Dahsyat sungguh sokongan muslimah Pas nie terhadap DAP... 

14 Janji Kerajaan Selangor Masih Belum Tertunai...



KOS SARA HIDUP Rakyat meningkat di Selangor kerana Kerajaan Pakatan Haram negeri Selangor telah :

1) tidak menyelenggara jalan dengan baik yg menyebabkan penyelenggaraan kenderaan naik 100% seperti kerosakkan pada tayar, gegaran atau hentakan yg kuat apabila terlanggar lubang yg menyebabkan gegalas injin dan injin terpaksa di "tuning"kan semula setiap 2 bulan.

2) tidak menyelenggara sungai dengan baik sehingga berlaku banjir yg menyebabkan kerugian berjuta2 ringgit duit rakyat,,

3) PENIPUAN yg dibuat dengan tidak menunaikan JANJI untuk memberi RM75 untuk anak yg dihantar ke nurseri.

4) PENIPUAN untuk membuka tabung sebanyak RM100 kepada setiap anak kelahiran Selangor.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers