Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

Saturday, 16 June 2012

Tok Guru Nik Ajis, Tolong Jawab Skit...


Demi untuk menarik sokongan orang Melayu kepada pas atas kepentingan politik, Nik Ajis pernah berkata bahawa Rasulullah SAW juga terlibat dalam berpolitik. Jika benar Baginda berpolitik sebagaimana dikatakan Nik Ajis, sila jawab dgn jelas soalan-soalan ini:- 

1) Rasulullah memimpin parti politik bernama apa? 

2) Di mana Baginda bertanding? 

3) Adakah Baginda dipilih menjadi wakil rakyat atau ketua kerajaan? 

4) Adakah Baginda membuat ceramah politik dan dalam ceramahnya menghina dan menghentam orang Islam lain? 

5) Adakah Baginda membuat pakatan dengan orang kafir dalam kerajaanya dan adakah Baginda akur dengan keputusan-keputusan orang-orang kafir dengan membelakangkan hukum Islam? 

6) Adakah pengikut-pengikut Baginda suka memaki hamun orang Islam yang tidak sehaluan dengan mereka? 

7) Adakah Baginda mengangkat seorang peliwat dan penzina menjadi pemimpin? 

BERTAUBATLAH PAS!!!...

Friday, 15 June 2012

@KhairyKJ Bengang #twtupkj #BNYV Tak Ramai Yang Datang... @NajibRazak @razaliibrahim @tunfaisal

Malam ni sedang berlangsungnya Program BN Youth Volunteers yang diilhamkan oleh KJ selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang dibuat di NZ Garden KLCC.

Gua sempat turun ke lokasi untuk melihat sendiri dengan mata kepala gua betul ker kata-kata kawan-kawan sekolah gua, sahabat-sahabat gua bahkan ada ahli keluarga gua yang merupakan penyokong totok pembangkang dok bagi tau kat gua yang program ni takkan mendapat sambutan punya.

Betul la kata dia orang, tak ramai yang datang tapi gambar ni menceritakan sebaliknya (a picture speak a thousand words). Gua sampai nak masuk pun tak dapat. Itu yang duduk kat dalam pun bersesak-sesak. Yang kat luar takyah citer la.

Program yang simple dan santai ini mendapat sambutan ramai anak muda dan belia yang hadir untuk menjadi sukarelawan. Selama ini pihak pembangkang sering memfitnah kononnya Pemuda UMNO sering menyogok ahli-ahlinya dan sukarelawan yang bertugas dan berkhidmat untuk apa-apa program dengan WANG RINGGIT sebagai upah.

Malam ini membuktikan bahawa segala tohmahan pembangkang adalah fitnah dan bohong semata-mata. Seramai 157 orang anak muda dan belia yang majoritinya bukan ahli mana-mana parti politik pun sudah mendaftar menjadi sukarelawan.

Tahniah kepada sukarelawan yang mendaftar.....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dari Mana Anuar Mendapat Sumber Kewangan???...


PENDEDAHAN eksklusif muka depan akhbar New Strait Times hari ini (lanjutan dari pemilikan 20 akaun rahsia Anwar bernilai RM 3 billion) memang menarik perhatian gua untuk mengupas mengenainya.

Menurut laporan tersebut, seorang CEO bank telah mengakui kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR – nama lama bagi SPRM) pada 1999, yang beliau terlibat menguruskan wang dari akaun Anwar ini yang berpengkalan di British Virginia Island (BVI). Agak mengejutkan kerana nama negara itu pun jarang kita dengar tapi tahu-tahu wang negara kita berlambak disimpan disana –semuanya gara-gara Anwar.

Penulis tidak mahu meneka CEO bank mana satu tapi sekarang rasa-rasanya baru penulis faham kenapa nama ‘Rashid’ begitu memberi nilai sentimental kepada Anwar sehinggakan ada bekas banduan dengan nama sama pun menjadi mangsa pertamanya sebaik keluar dari penjara pada 2004. Apa kaitan ‘Rashid’ dengan bank, pembaca boleh cari sendirilah tapi sekadar nak menyebutkan, bank ini dulu diketahui mempunyai kaitan yang cukup rapat dengan Anwar.

Malah isteri Azmin, Shamsidar Taharin juga dikatakan pernah memiliki saham yang besar dalam bank tersebut. Tapi sekali lagi penulis nak tegaskan disini, penulis tidak mahu meneka dan terpulang sepenuhnya kepada pembaca untuk membuat tafsiran sendiri.

Seperti yang kita ketahui, wang ini ada kaitan rapat dengan not RM 1,000 dan RM 500 yang penggunaan dan pengeluarannya dihentikan oleh Bank Negara Malaysian (BNM) pada 1998, sebagai sebahagian daripada proses pemulihan ekonomi negara yang diserang penyangak mata wang asing pada 1997. Dalam Statutory Declaration (SD) yang dibuat Datuk Murad dulu pun sudah dijelaskan tentang perkara ini, dan bagaimana ianya dibawa keluar dari negara kita.

Berapa besarkah ekonomi BVI ini, penulis tidak tahu tapi yang jelas sekarang, apa pun nilainya, kelihatan ia disumbang sedikit sebanyak oleh berbilion wang negara kita yang disimpan disitu.

BVI, setakat yang penulis tahu, tidak mempunyai tahap kerahsiaan kewangan sehebat Switzerland. Di Switzerland, tidak ada Mahkamah atau undang-undang dalam negara itu yang boleh mengarahkan bank-bank negara tersebut mendedahkan maklumat kewangan pelanggan mereka kepada pihak ketiga. Ada khabar mengatakan perkara ini menjadikan Switzerland sebagai tempat paling sesuai untuk menyimpan jumlah wang yang banyal tanpa perlu risau ia diketahui pihak lain – termasuklah wang haram.

Penulis yakin, sistem perbankan di BVI tidak jauh beza dengan Britain yang menjajah negara tersebut. Sudah tentu ada selok belok perundangan yang membolehkan pemilik sebenar wang tersebut didedahkan kepada pihak-pihak berkepentingan. Mungkin masih ada saksi-saksi yang pernah disiasat BPR dulu yang masih hidup dan boleh melengkapkan siasatan kalau kes tersebut dibuka semula sekarang.

Itupun kalau samseng-samseng upahan Anwar tidak sampai kepada dia dahulu.

Kerajaan SPRM dan BNM perlu ambil serius perkara ini. Wang, (walaupun dalam not yang sudah tidak dikeluarkan lagi), perlu dibawa balik ke negara ini untuk dimusnahkan kerana ia boleh mempengaruhi ekonomi negara kita, terutama bila bercakap tentang kitaran wang (circulation of money). Apa terjadi kalau wang itu dibawa balik ke Malaysia dan masuk ke dalam pasaran? Sudah tentu inflasi akan meningkat naik, sila-silap sejarah ‘wang pisang’ semasa penjajahan jepun dulu, boleh berulang semula.

Maaflah, ini bukan niatnya nak mengajar, penulis tahu, BNM pun sedar tentang perkara ini. Cuma penulis mahu sesuatu dilakukan segera untuk memastikan negara kita tidak lagi terjerumus ke dalam kegawatan ekonomi sekali lagi setelah kita terselamat dari krisis sub prima yang melanda Amerika Syarikat pada 2008.

Dalam masa yang sama juga, tidak salah rakyat negara kita berkunjung secara beramai-ramai ke BVI untuk melancong. Tahulah kita sekarang, apa pun yang cantik, apa pun yang menarik, canggih dan sebagainya di negara tersebut, sedikit sebanyak disumbangkan oleh wang negara kita yang disimpan disitu dan dilaburkan oleh bank yang menyimpannya. -

Cara Ejen DAJJAL Mempergunakan Pakatan Pembangkang???...


PAS :
akan menyerang UMNO mengenai Hudud dan Islam. UMNO dituduh menolak hudud dan negara Islam. Sedangkan PAS sendiri tak mampu nak melaksanakan hudud di Kelantan. Perlaksanaan Islam oleh UMNO diperlekehkan hanya kerana tidak menyempurnakan hudud secara keseluruhan.

DAP:
akan menyerang UMNO dari segi pentadbiran. Menuduh UMNO/ BN tidak amanah, rasuah , salah guna kuasa, rasis, dan sebagainya. Menakut-nakutkan kaum cina, India dan lain-lain kaum dengan menyatakan UMNO parti Rasis dan anti kaum cina.

PKR:
tidak ada bezanya dengan DAP, mengunakan isu yang hampir sama dengan DAP. Mempunyai dalang-dalang mereka yang talam dua muka. Menyerang UMNO dengan menuduh UMNO tidak demokratik di dalam negara demokrasi. Mengalakkan rakyat membuat demonstrasi dengan alasan negara ini negara demokrasi. Menyerang peribadi Perdana Menteri dan menteri-menteri yang lain untuk mengambarkan keburukan pemimpin UMNO/BN. Ketua Umumnya pula seringkali mendapatkan sokongan luar negara untuk menjadi PM. Beliau juga sanggup mengadaikan Nama Allah, menyokong LBGT dan menyatakan sokongan kepada Zionist Israel demi merealisasikan cita-cita politiknya.

KAEDAH 3 SERANGKAI INI NAMPAK SANGAT BERBEZA UNTUK AUDIEN YANG BERBEZA.

Thursday, 14 June 2012

Akhir Anwar Berjaya Perangkap Pas Meninggalkan Islam???...


Akhirnya Anwar berjaya memerangkap dan memperdaya pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS meninggalkan perjuangan melaksanakan hukum Islam dan mendirikan negara Islam tetapi menjadikan PAS satu parti sekular yang memperjuangkan agenda Pakatan sekular PR.

PAS yang suatu ketika dulu berjuang dengan tulus ikhlas untuk mendirikan Negara Islam yang Perlembagaan dan undang-undangnya berlandaskan Al Quran dan Sunnah Rasul, kini telah diperangkap dan diperdaya oleh Anwar supaya meninggalkan perjuangan Islam dan bersama-sama dengan DAP dan PKR mengisytiharkan bahawa HUDUD bukan lagi agenda PAS/DAP/PKR (pakatan Sekular PR), dan PAS tidak lagi memperjuangkan perlembagaan dan undang-undang yang berlandaskan Islam, tetapi bersetuju dan berjanji dengan DAP dan PKR untuk sama-sama mempertahankan perlembagaan negara sedia ada yang dulu PAS kata perlembagaan kafir Lord Reid, tinggalan penjajah, tanpa ada apa-apa komitmen atau persetujuan untuk memindanya kemudian bagi membolehkan hudud dan undang-undang jenayah Islam dilaksanakan.

Mengapakah PAS masih nak menipu Umat Islam tentang perlaksanaan hukum Islamn atau,

Adakah pemimpin-pemimpin PAS dan ahli-ahlinya terlalu lemah untuk menyedari semua ini atau pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS memang gila kuasa???...

Panas!!! Pakai Baru Adun Dan Ahli Parlimen Jika Pakatan Memerintah Kelak...


pakaian rasmi terbaru adun-adun & ahli-ahli parlimen di DUN atau DEWAN RAKYAT... 

jika berpakaian sebegini ketika mati, Nik Aziz kata mati syahid...

Wednesday, 13 June 2012

Nizar Lagi Boros Daripada Sultan Johor...


Gambar nie gua ambik daripada sahabat blogger Dhanyaraam Chinathamby Drsp (ராம்) [KLIK SINI] pasal isu si Nizar ni dalam entri gua sebelum ini KLIK SINI KLIK SINI KLIK SINI KLIK SINI KLIK SINI yang cuba cari glamour dengan menuduh Sultan Johor yang bukan-bukan terutama isu bidaan no plat kereta...

Gua malas nak story panjang tapi bak kata orang putih "a picture speak a thousand words"... 

Tuesday, 12 June 2012

Singapura Mengamuk Bila Kena Titik Oleh Malaysia Secara Langsung...

Tahniah pasukan bolasepak Malaysia kerana berjaya menewaskan Singapura dengan jaringan 2-0. Permainan yang cantik dan kemas berbanding bermain di Singapura.

Corak pengadilan yang lebih baik dan profesional oleh pengadil dari Thailand berbanding daripada pengadil dari Hong Kong sehingga menyebabkan Malaysia seri kat sana.

Sekali lagi tahniah daripada gua yang bangga sebagai rakyat Malaysia yang hidup di bumi yang aman damai ni. Jangan rosakkan kedamaian negara ini hanya kerana mahu memenuhi keinginan peribadi individu.

Go Tiger Malaya! Go!...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Akhirnya Nizar Memohon Maaf Kepada Sultan Johor Pasal Isu WWW1...

Gua baru balik kerja lepak depan tv tengok berita NTV7 edisi 7. Berita hangat bila NTV7 melaporkan Nizar akhirnya memohon maaf kepada Sultan Johor dan berhajat dapat sampaikan permohonan maaf secara peribadi dengan Sultan Johor sendiri.

Tu la kan orang tua-tua pernah berpesan, "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa". Lain kali Nizar oooi, kalo nak bercakap tu fikir dulu pakai otak jangan pakai kepala lutut.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Apa Ka Gile Pas Ni Nak Suruh Tangguh Ahli Pegi Haji!!!...



Pas sudah semakin menggila dengan fatwa-fatwa songsang mana la puak-puak ni dok pakai. Entah-entah fatwa Tok Guru Nik Ajis lagi. Makin teruk, lagi teruk daripada kes Ayah Pin dah Nik Ajis dan ahli-ahli Pas la ni.

Tuan Ibrahim, Ketua Penerangan Pas menyeru ahli Pas yang nak bakal menunaikan haji tahun ini agar menangguhkan Ibadat Haji untuk memberi tumpuan kepada gerak kerja pilihanraya. Pilihanraya lebih penting dari ibadat haji.

5 JUN : PAS hari ini meminta kesemua ahlinya yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya untuk menangguh ibadah haji bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Ini kerana menurut Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, PAS menjangka PRU-13 bakal berlangsung semasa musim haji iaitu selepas bulan Ramadan, antara September hingga Oktober.
Katanya, penangguhan ibadah haji itu dianggap wajar kerana PAS memerlukan jentera parti untuk melaksanakan gerak kerja semasa pilihan raya nanti. “Inilah masalah yang dihadapi negara kita berhubung tarikh pilihan raya menyebabkan rakyat susah untuk membuat perancangan. “Kalau ikut pemantauan kita, memang dijangkakan pilihan raya bakal diadakan pada musim haji tahun ini iaitu jemaah haji bertolak ke Makkah.
“Kalau berlaku demikian, kita minta ahli PAS yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya sama ada sebagai calon atau wakil calon atau agen parti untuk menangguh ibadah haji ke tahun hadapan,” katanya. Tuan Ibrahim juga berkata, jika pilihanraya diadakan pada musim haji ia akan mendatangkan kesukaran bagi pengundi yang dipilih untuk pergi ke Makkah.
“Kita melahirkan rasa dukacita terhadap perkara ini. Takkan kita nak salahkan orang ramai untuk menunaikan ibadah haji? Kerajaan sepatutnya lebih awal tetapkan tarikh, supaya tidak mengganggu perkara-perkara lain,” ujarnya.

Apa ka bengong puak-puak Pas ni dok pikir. Takkan la PM bodoh sangat macam Nik Ajis nak buat pilihanraya masa musin haji. Wei puak-puak Pas ooooooi!!!. Bukan ahli Pas jer yang nak pegi buat haji la. Apa orang lain tak pi buat haji sama ka. Ramai lagi rakyat biasa sama ada berparti atau penyokong atas pagar yang pegi buat haji sebab itu rukun Islam yang kelima.

PAS hanya pentingkan Politik dari Agama.

Pembongkaran @UMBKedah Pasal Isu Penerokaan Hutan Haram Bikin MB Kedah Panaih Pungkok!!!...



Setelah sekian lamanya Team Media Kedah membongkar isu pembalakkan haram yang dihalalkan oleh Pas, alasan berselindung di sebalik projek ladang sejahtera yang mengakibatkan kerosakkan alam sekitar telah mendapat perhatian Aduan Rakyat..

Minggu lepas mereka turun padang melihat sendiri kesengsaraan yang dihadapi oleh penduduk KG Lata Celak di mukim Kupang Baling.. dan malam ini dengan rasminya keluhan penduduk akan dipaparkan dalam Buletin Utama slot Aduan Rakyat..Jangan lupa saksikan.

Bagi yang ketinggalan mengikuti kisah penduduk Kg Lata Celak boleh klik kat SINI

Ini adalah bukti kami Team Media Kedah melaporkan perkara yang benar.. dan benar-benar belaka!



KN : MB Kedah, Azizan dah tak senang duduk dengan 'keaktifan' Team Media Kedah yang mula tunjuk taring mendedahkan satu  persatu "KEMUNGKARAN" yang dilakukan kerajaan Pas Kedah yang kononnya parti Islam tapi tindak tanduk dan tindakan tidak melambangkan keIslaman langsung.

Buat kepimpinan UMNO Negeri Kedah harap dapat celik mata skit tengok dengan mata kepala sapa yang dok penat buat kerja bantu UMNO Kedah bukan dengan buta hati dan buta kayu dok caya sangat cakap orang yang punya kepentingan peribadi tapi tak reti buat kerja.


Berani Sungguh Nik Aziz Kecam Harussani, Mufti Perak!!!...


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan parti itu mahu mendapat kemenangan dalam pilihan raya sebagai matlamat untuk menguasai kerajaan sekali gus membina kerajaan Islam.

Sambil mengecam kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Nik Aziz berkata, tiada jalan lain bagi sesebuah kumpulan untuk mendapat kuasa melainkan kemenangan dalam pilihan raya.

"Kepada yang kata Pas nak kerusi, saya kata ya, saya nak kerusi, bahkan meja pun saya nak juga kerana jika tidak ada kerusi tidak boleh buat kerajaan, kalau tidak ada kerajaan, maka Islam tidak boleh berjalan, demokrasi pun tidak boleh,” katanya.

Sebelum ini, Harussani mendakwa Pas sebuah parti yang hanya mahu merebut ‘kerusi’ dalam pilihan raya dan tidak menghiraukan masa depan agama Islam dan bangsa Melayu kecuali kedudukan dan kepentingan politik semata-mata.

Dalam pada itu, Nik Aziz turut mempersoalkan kenyataan Harussani yang mendakwanya seorang yang keras hati kerana menolak muzakarah antara Umno dengan Pas.

"Apa yang saya lakukan itu adalah istiqamah, bukannya keras hati,” katanya.

Dalam pada itu, Nik Aziz turut nafi pernah ‘menjanjikan’ syurga kepada pengundi yang memilih Pas, sebaliknya beliau menjelaskan mereka yang undi Pas mendapat pahala.

Monday, 11 June 2012

Bukti Video Anwar Ibrahim Akhirnya Menyokong BN!!!...

Peristiwa Mamali: Semuanya Salah Pemimpin PAS!!!...


2. Sept. 1984 Sejarah Hitam Dan Permulaan Sejarah Pas Perosak Akidah Dan Perpecahan Umat Islam !

Ustaz Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya) Bukan Mati Syahid !
Kepempinan Pas Nik Aziz Dan Hadi Awang !
Telah Membunuhnya Terlebih Dahulu Akal Dan hatinya Telah Dimatikan !
Demi Perjuangkan Parti Ajaran Sesat (PAS)

Mamali: Semuanya Salah Pemimpin PAS

SATU temuramah eksklusif telah diadakan dengan Encik Azmi Haji Salim, 51, selaku orang yang paling hampir dengan segala permasalahan. Selaku individu yang terlibat secara langsung dengan penubuhan Madrasah Islahiah Diniah, Kampung Memali dan Tragedi berdarah Memali serta ahli Jawatankuasa Bertindak Tabung Mangsa Memali, Encik Azmi Haji Salim menyimpan banyak cerita dan benar-benar mengetahui apa yang terjadi.

Selaku orang yang mengetahui segala permasalahan berkaitan Isu Penyelewengan Tabung Mangsa Memali dan terlibat secara langsung pula, boleh ceritakan apa yang sebenarnya berlaku?

AZMI: Boleh. Malahan saya telah membuat satu surat sebaran umum mengenai isu berkenaan. Sebelum saya bercerita lebih panjang, elok rasanya saya ceritakan sejarah awal penubuhan Madrasah lslahiah Diniah. Bermula dari situ baru boleh faham apa dan bagaimana ianya meletup.

Madrasah Islahiah Diniah ditubuhkan atas inisiatif saya bersama beberapa orang penduduk kampung. Pada peringkat awalnya ia ditubuhkan sebagai sebuah surau untuk kariah kampung belajar agama.

Pada tahun 1978 – lebih tepat selepas pilihan raya umum 1978 – kariah kampung Memali ini meminta Ustaz Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya) menerajui surau dan seterusnya dijadikan madrasah. Akhirnya, Ustaz Ibrahim bersama seorang guru yang disegani – Ustaz Awang Lanai, bersetuju menerima pelawaan kami.

Pada bulan Mac, 1985 pihak madrasah telah menerima kedatangan rombongan pertama yang diketuai oleh Ustaz Ahmad bin Hassan bersama empat orang Ustazah dan lapan orang murid untuk membuka kelas persekolahan rendah agama.

Bermula dari tarikh itu murid-murlid semakin bertambah. Mereka yang datang belajar kebanyakannya terdiri dari anak-anak penduduk kampung yang berdekatan.

Diringkaskan cerita, pada 19 November 1985, berlaku Tragedi Berdarah Memali. Oleh kerana saya, terlibat secara langsung sebagai pengikut Uztaz Ibrahim dalam tragedi berkenaan, saya telah ditahan di bawah ISA.

Setelah saya dibebaskan dari tahanan, saya diberi tanggungjawab menyediakan makanan untuk para pelajar asrama di madrasah sehingga tahun 1993.

Saya meninggalkan tugas itu pada tahun 1993 kerana saya telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Tadbir Madrasah Islahiah Diniah.

Pada 9 Mei 1999 semua AJK Tadbir Madrasah Islahiah Diniah yang asal telah digugurkan kerana pentadbiran madrasah diambilalih oleh Jawatankuasa PAS Kawasan Baling. Kami semua bersetuju dengan pengambilan-alihan berkenaan dengan anggapan pihak Jawatankuasa Kawasan tentulah lebih berwibawa lagi lebih beramanah dalam menjalankan tugas pengurusan.

Malangnya, apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Ahli Jawatankuasa PAS Kawaslan Baling tidak nampak muka. Yang menguruskan pentadbiran madrasah cuma dua orang sahaja, iaitu Yusuf Hussin dan Ustaz Zaki.

Peristiwa Memali Berpunca Dari Pas

Baru-baru ini Pas mengadakan majlis sambutan ulangtahun ke 25 tragedi Memali. Pelbagai program yang dirancang oleh mereka termasuklah ceramah. Seperti kelaziman, apabila disebut peristiwa Memali, mereka akan kata Kerajaan BN sebuah kerajaan pembunuh. Pelbagai tuduhan-tuduhan kesat akan dilemparkan kepada Umno dan polis. Itu cerita sebelah pihak mereka. Maka sudah tentulah cerita tersebut diputar belit supaya menyebelahi mereka agar rakyat menyokong mereka dan membenci kerajaan yang memerintah negara pada hari ini. Berpunca daripada politik ekstrem yang diajar dan diamalkan oleh Pas itulah terjadinya tragedi Memali pada tahun 1985. Perkara ini semua berlaku akibat dari politik ekstrem dan politik kebencian melampau yg diajar oleh Pas.

Sunday, 10 June 2012

Geng Flash Mod Tiba-tiba Menyerang MAEPS... @HishammuddinH2O @ishammuddin @idamoerni @tunfaisal#HimpunanSkdMudaKDN #Aman1Malaysia #Peace1Malaysia

Ini satu lagi trend baru anak muda kini mengisi masa lapang dengan xtvt "Flash Mod". Gua pun baru tau 'in detail' apa itu Flash Mob lepas sembang dengan beberapa ahli Flash Mod yang buat persembahan di Perhimpunan Skuad Muda KDN.

Patut ler xda angin takda ribut tetibe jer berpuluh anak-anak muda belia keluar menari dengan diiringi lagu-lagu Allahyarham Sudirman seperti Chow Kit Road sambil mengajak orang ramai yang hadir sama turut serta.

Tapi ini satu trend yang sihat untuk anak muda melakukan xtvt daripada merempit tak tentu pasal, hidap dadah, meragut, melepak dan segala xtvt kurang sihat. Tahniah kepada anak muda yang pandai mengisi masa lapang dengan xtvt sihat.

Tahniah kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin dan seluruh warga KDN kerana berjaya menganjurkan program yang baik tanpa ada berlaku satu pun kerosakan harta benda awam. Tak macam perhimpunan Bersih yang lepas tapi dipenuhi kekotoran jiwa dan raga.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Gambar-gambar Candid DS @HishammuddinH2O Kat #PerhimpunanSkdMudaKDN @ishammuddin @idamoerni @tunfaisal #Aman1Malaysia #Peace1Malaysia

Koleksi gambar-gambar candid Datuk Seri Hishammuddin secara santai duduk di lantai sahaja sambil menyaksikan persembahan daripada Skuad Komando Penjara Malaysia semasa Perhimpunan Skuad Muda KDN di MAEPS hari ini....

Inilah pemimpin berjiwa rakyat yang disenangi terutama anak-anak muda dan belia sekarang dengan penampilan secara bersahaja dan tidak terlalu protokol serta mudah didekati rakyat....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lagu Anak Kampung Versi Tradisional... @HishammuddinH2O @ishammuddin @idamoerni @tunfaisal#HimpunanSkdMudaKDN #Aman1Malaysia #Peace1Malaysia

Ini yang paling menarik perhatian gua antara semua event yang berlaku di MAEPS bila Kumpulan Seruling Tradisional Penjara Alor Setar Kedah mendendangkan lagu favorite gua "Anak Kampung" versi tradisonal.

Apa yang menarik sekali bagaimana versi ini dimainkan menggunakan seruling, gendang, rebana tradisional yang alunannya amat indah jika didengari.

So, rugi ler kepada anak muda di luar sana yang tidak mengambil kesempatan mengunjungi MAEPS Serdang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jangan Main-main Dengan Skuad T-Baton JPAM... @HishammuddinH2O @ishammuddin @idamoerni @tunfaisal#HimpunanSkdMudaKDN #Aman1Malaysia #Peace1Malaysia

Persembahan bertenaga dan menarik yang dipamerkan oleh Skuad T-Baton JPAM di hadapan ribuan pengunjung sempena Majlis Perhimpunan Skuad Muda KDN di MAEPS hari ini yang bakal dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin.

Jadi, jangan main-main dengan ahli JPAM sebab mereka diajar ilmu mempertahankan diri dan pakar dengan senjata T-Baton.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Berhati-hati Dengan Skuad Komando Polis @HishammuddinH2O @ishammuddin @idamoerni @tunfaisal#HimpunanSkdMudaKDN #Aman1Malaysia #Peace1Malaysia

Ini persembahan khas skuad Komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dibawa khas daripada kem Hulu Kinta Perak.

Jangan main-main dengan depa ni. Kalo geng Bersih rasa depa cukup kuat mengamuk kat Dataran Merdeka hari, depa belum jumpa buku ngan ruas lagi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers