Akhirnya Anwar berjaya memerangkap dan memperdaya pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS meninggalkan perjuangan melaksanakan hukum Islam dan mendirikan negara Islam tetapi menjadikan PAS satu parti sekular yang memperjuangkan agenda Pakatan sekular PR.
PAS yang suatu ketika dulu berjuang dengan tulus ikhlas untuk mendirikan Negara Islam yang Perlembagaan dan undang-undangnya berlandaskan Al Quran dan Sunnah Rasul, kini telah diperangkap dan diperdaya oleh Anwar supaya meninggalkan perjuangan Islam dan bersama-sama dengan DAP dan PKR mengisytiharkan bahawa HUDUD bukan lagi agenda PAS/DAP/PKR (pakatan Sekular PR), dan PAS tidak lagi memperjuangkan perlembagaan dan undang-undang yang berlandaskan Islam, tetapi bersetuju dan berjanji dengan DAP dan PKR untuk sama-sama mempertahankan perlembagaan negara sedia ada yang dulu PAS kata perlembagaan kafir Lord Reid, tinggalan penjajah, tanpa ada apa-apa komitmen atau persetujuan untuk memindanya kemudian bagi membolehkan hudud dan undang-undang jenayah Islam dilaksanakan.
Mengapakah PAS masih nak menipu Umat Islam tentang perlaksanaan hukum Islamn atau,
Adakah pemimpin-pemimpin PAS dan ahli-ahlinya terlalu lemah untuk menyedari semua ini atau pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS memang gila kuasa???...
No comments:
Post a Comment