Jadilah Sahabat Kulaan...

KUIPS

KUIPS

Saturday, 9 June 2012

Sam D'lloyd Meninggal Dunia Selepas Show Kat Johor...


Sam yang merupakan penyanyi utama kumpulan D'lloyd meninggal dunia hari ini selepas 2 minggu mengadakan show di Johor akibat penyakit kanser tahap 4.

Gua memang meminati lagu-lagu kumpulan D'lloyd ni sebab bapak gua adalah peminat setia kumpulan ni. Akibat kekerapan bapak gua dok dengar lagu-lagu kumpulan D'lloyd ni masa gua kecil menyebabkan gua pun jadi minat sama ngan kumpulan ini.


Kali terakhir gua menonton persembahan mereka secara 'live' adalah di Istana Budaya. sedih gak hati gua bila dapat berita kematian penyanyi utamanya, Sam.

Takziah daripada gua sekeluarga terutama bapak gua kepada keluarga Sam D'lloyd...

Puaka Niring : Misteri Tiang Lampu Meletup Tempat Kanak-kanak Mati...


Satu tiang lampu terletak kira-kira 30 meter dari lokasi kejadian kematian seorang kanak-kanak Maryam Najwa Massaari, 8, akibat renjatan di Kampung Gedung Lalang, Bukit Rambai meletup secara tiba-tiba dan mengeluarkan percikan api.

Kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu turut menyebabkan satu daripada kabel di tiang berkenaan terputus dan disedari sepupu Allahyarham Maryam Najwa, Masitah Mawasi, 12, yang sedang bermain basikal bersama saudaranya di halaman rumah terletak di depan tiang elektrik terbabit.

Masitah berkata, pada mulanya dia terdengar beberapa letupan kecil sebelum melihat kabel bahagian atas tiang lampu itu mengeluarkan percikan api yang kemudian merebak membakar satu daripada wayar disambungkan ke situ.

“Letupan yang terakhir sangat kuat menyebabkan salah satu kabel pada tiang berkenaan putus sambil terbakar sebelum ia jatuh ke tanah. Saya dan saudara yang lain bertempiaran menyelamatkan diri. “Kami bernasib baik kerana tidak berada di bawah kabel yang terputus itu. Selepas itu, saya segera menjerit memberitahu kakak, Munira, 18, mengenai kejadian yang berlaku,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.

Pada 30 Mei lalu, Mariam Najwa maut mati dipercayai akibat terkena renjatan ketika bermain bersama adiknya, Muiz Asyraf, 3, dalam kawasan digenangi air berhampiran tiang elektrik di depan rumahnya di Kampung Gedung Lalang, Bukit Rambai.

K-Pop PKR Lagi Teruk Daripada K-Pop Hari Belia!!!...

Sebab No Plat WWW1: Nizar Kena Jawab 28 Soalan Polis...


Timbalan Pesuruhjaya Pas, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menjawab semua 28 soalan yang dikemukakan polis berhubung kenyataan yang dibuat sebelum ini berkenaan pembidaan nombor pendaftaran WWW1 milik Sultan Johor.

Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara, Deputi Superintendan Sanawi Muhamad yang hadir bersama Deputi Superintendan Sukiman Arshad tiba di Pejabat Pas Perak kira-kira jam 2.11 minit sebelum memulakan soal siasatan pada jam 2.30 petang.

Siasatan yang mengambil masa 40 minit itu berjalan dengan lancar.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak memaklumkan bahawa beliau ditemani tujuh peguam, namun hanya dua daripada mereka dibenarkan masuk.

Menurutnya, beliau hanya dimaklumkan polis, berhubung proses mengambil keterangan berkenaan, sebelum himpunan hijau dianjurkan di Alor Setar pada 31 Mei lalu.

"Sepanjang sesi tersebut, saya memberi kerjasama penuh dengan menjawab kesemua 28 soalan yang dikemukakan," katanya pada sidang media selepas selesai memberi keterangan.

Apabila ditanya bentuk soalan yang diajukan kepada beliau, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu tidak menjawab, sebaliknya memberitahu, dalam kes siasatan bidaan berkenaan, beliau menghormati tugas yang dijalankan polis.

Friday, 8 June 2012

Bodoh Punya Pengadil : Malaysia vs Singapura!!!...


Gambar kat atas bukan ler gambar pengadil yang gua tak puas hati tengah-tengah malam ni. Gua jarang kuar entri tengah-tengah malam tapi malam nie lain skit.

Tentu korang ada tengok 'friendly game' malam ni antara pasukan Malaysia menentang Singapura yang berkesudahan seri 2-2. Kalo ada yang tak tengok tu takpa la. Tapi kalo ada antara korang yang tengok game tadi mesti bengang tahap gaban punya.

Dah ler pengadil 'menghadiahkan' sepakan penalti yang tak masuk akal. Ada ka patut bagi penalti sedangkan Khairul Fahmi dah tepis bola dulu baru ada 'body contact' dgn striker. Dah la Chun Li tak dapat score penalti bila Khairul Fahmi dapat tangkap bola penalti.

Tengah syok-syok raikan kegembiraan penalti tak masuk tup-tup pengadil bodoh bagi free kick kat dalam kotak penalti dekat giler dengan pintu gol. Baik bagi penalti kedua. Semua orang pening sebab apa pengadil bodoh tu boleh bagi free kick. Apa lagi, gol la.

Start daripada tu game dah berubah totally. Bila habis game astro sukan interview jurulatih Malaysia, K. Rajagopal. Dia pun pening camner boleh pengadil bagi free kick plak. Dia kata lepas penalti tak masuk Aidil celebrate kegembiraan tapi pengadil ingat Aidil kutuk dia. Bodoh punya pengadil.

Gua malas nak story panjang pasal game Malaysia vs Singapura malam ni pasal panas hati dengan pengadil bodo giler. Memang nanti ada yang kata gua pun takda sijil pengadil nak bagi komen plak. Memang gua takda sijil pengadil tapi daripada orang yang ada pengalaman ler.

p/s : 
bodo punya pengadil! 
bodo punya pengadil! 
bodo punya pengadil!
bodo punya pengadil! 
bodo punya pengadil!
bodo punya pengadil!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Puaka Niring : Misteri Kisah "Lubuk Mati Bertiga" Akan Didokumentasi...


Kisah cinta tiga segi Lubuk Mati Bertiga akan didokumentasikan agar terkenal dengan cerita rakyat Terengganu yang lain.

Usaha itu akan dilakukan Perpustakaan Awam Hulu Terengganu (PAHT).

Penolong Pengarah PAHT, Che Kamaruddin Ismail berkata kisah Lubuk Mati Bertiga turut sinonim dengan lagu 'Selasih Ku Sayang' nyanyian Datuk Ahmad Jais dan Datin Rafeah Buang (kedua-duanya Allahyarham).

"Kisah Lubuk Mati Bertiga pernah disiarkan TV1 dalam slot Panggung RTM sekitar 70-an dan menjadi satu fenomena ketika itu.

"Namun kini kisah Lubuk Mati Bertiga semakin dilupakan dan tidak ramai yang mengetahuinya sedangkan ia mempunyai nilai komersial sejarah dan pelancongan di Terengganu," katanya.

Akhirnya Gangster Mahasewel Khalid Ismath Digantung 3 Semester #UiTM...



Info yang baru gua terima daripada sahabat Harapan Esok [Klik Sini] pasal si gangster mahasewel nie si Khalid Ismath pengikut totok syiah yang baru pagi tadi dijatuhkan hukuman gantung 3 semester oleh pihak UiTM. 

Di bawah adalah surat arahan menghadiri perbicaraan oleh pihak UiTM yang dikeluarkan kepada si gangster mahasewel Khalid Ismath pengikut totok syiah.

Betul kata lu Harapan Esok, Adam Adli 1 pertuduhan 3 semester penggantungan... kalo si Khalid nie 3 pertuduhan mau dibuang jer daripada UiTM terus...








Facebook : Antara Kebaikan Dan Keburukan???...


Belum masuk sekolah menengah sudah pandai ponteng kelas untuk berjumpa teman lelaki. November lalu gadis berusia baru 12 tahun itu pertama kali dirogol oleh pakwenya yang berusia 16 tahun.

Selepas kejadian pertama itu pelajar tersebut, kini 13, mengakui beberapa kali dirogol remaja yang sama.

“Walaupun bekerja di Kuala Lumpur, dia selalu pulang ke rumah keluarganya di sini. Kami selalu berjumpa di sebuah pasar raya di Bercham dan sanggup ponteng sekolah untuk bertemu dengannya,” kata si gadis seperti yang disiar media.

Perlu diingat, hubungan seks beberapa kali itu menjadi jenayah rogol sebab gadis masih di bawah umur. Sekiranya tidak berstatus bawah umur, perlakuan ketika ponteng sekolah itu tidak dikira rogol, dan dianggap hanya sebagai ‘bertukar-tukar hadiah suka sama suka’.

Siapa agaknya yang patut disalahkan dalam kes malang ini? Adakah remaja 16 tahun yang pandai memujuk rayu, mungkin meniru ala-ala romantis dari filem Hindustan, atau dari siri drama Korea yang banyak ditayangkan di TV kita sekarang.

Boleh jadi juga salah si gadis sebab cepat tergoda dan menyerah. Atau adakah salah ibu bapa pelajar berkenaan yang gagal mengawasi pergerakan anak sehingga acap ponteng sekolah untuk bercumbuan.

Tetapi, rata-rata orang menyalahkan Facebook. Laman sosial itulah yang mula mengenalkan ‘Romeo’ dan ‘Juliet’ berkenaan. Seperti yang diakui Juliet, dia mula menjalin hubungan di alam siber pertengahan tahun lalu.

Dari alam siber ke alam nyata, dan... Apabila Mark Zuckerberg mula mencipta Facebook pada 2004 – ketika itu usianya baru 20 tahun – dia mungkin tidak terfikir sisi-sisi negatif yang bakal dicetuskan oleh hasil rekaannya itu. Atau, boleh jadi juga si genius komputer itu memang sudah menjangka akibatnya, dan hanya mengambil sikap ‘ada aku kisah?’

Nizar Kecut Telor Bila Pemuda Johor Berkumpul Menjunjung Daulat Tuanku...

Pada hujung minggu ini 10hb (Ahad) bertempat di Istana Pasir Pelangi, Johor Bharu jam 12 tengahari seluruh Pemuda Johor akan berkumpul bagi melahirkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Sultan Johor.

Perhimpunan ini bakal berlaku kesan daripada keceluparan mulut bekas MB Perak, Nizar dari parti Pas yang mempertikai isu no plat WWW1 yang dibeli oleh Tuanku Sultan Johor.

Lebih menghangatkan suasana bila si Nizar ni mendakwa Sultan Johor beli no plat pakai duit rakyat sedangkan selama ini Sultan Johor la yang banyak membantu rakyat dengan duit Yayasan yang ditubuhkan oleh keluarga sultan.

Oleh itu, kepada rakyat yang sayangkan sultan dan sistem beraja sebagai tunggak negara ini sejak ratusan tahun lagi agar dapat hadir bersama di sana bagi memberi sokongan kepada Sultan Johor.

Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!

p/s : gua akan cuba turun sebab gua separuh darah keturunan gua ini adalah darah daripada Johor.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 7 June 2012

Puaka Niring : Misteri Ikan "Pelik" Di Jumpai Di Malaysia...


KUANTAN - “Belum pun hilang rasa pelik selepas terbaca mengenai penemuan ikan ganjil oleh nelayan di Kerteh, Terengganu melalui sebuah akhbar kelmarin, hari ini saya sendiri pula yang menjumpai ikan spesies sama terdampar di Pantai Kampung Sungai Ular di sini,” kata seorang nelayan, Zainuddin Busu, 36.

Ikan pelik yang dipanggil ‘ikan naga’ itu ditemui kira-kira jam 8 pagi ketika dia bersama dua anaknya turun ke pantai untuk memukat ikan.

Zainuddin berkata, anaknya, Zamirul Syafiq, 16 terpandang objek pelik terapung di gigi air ketika mereka menaiki motosikal melalui pesisiran pantai tersebut.

“Pada mulanya kami sangka objek itu ular mati lalu mendekati bangkai tersebut."

“Saya dan anak terkejut apabila mendapati objek berwarna putih itu sebenarnya seekor ikan yang amat ganjil berukuran kira-kira dua meter dan berat dianggar hampir lapan kilogram,” katanya.

Sertai Politik: Apa Kata Artis?


SUDAH menjadi trend dan ikutan zaman kini, golongan artis dilihat berminat untuk menyertai dunia politik. Bukan sahaja menyertai parti pembangkang seperti Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), malah ada di antara mereka mula mendaftar sebagai ahli Umno.

Baru-baru ini, tiga penyanyi legenda, Amy Search, Mus May dan Ibnor Riza, secara rasminya menjadi ahli Umno selepas menyerahkan borang keahlian kepada Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abdul Rauf Yusoh.

Selain mereka, beberapa selebriti seperti Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Zed Zaidi, Adam AF, Ezani Nizariff, Awie, Jamal Abdillah, Datuk AC Mizal dan Radhi OAG, turut menyertai Umno.

Sementara, pelantun Janji Manismu, Aishah, Dayangku Intan, Bob Lokman dan Zuar XPDC pula memilih parti pembangkang, Pakatan Rakyat (PR).

Bagaimana pula dengan selebriti lain? Apakah mereka bakal mengikut jejak rakan-rakan mereka ini untuk menyertai dunia politik? Jom kita tinjau apa kata mereka!

'Malaikat Maut' Meninggal Dunia...


CHERAS - Bekas Ketua Cawangan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Bahadon Baharum meninggal dunia hari ini akibat kanser paru-paru dan strok di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, semalam.

Arwah yang digeruni penjenayah ketika berkhidmat juga dikenali sebagai 'malaikat maut' kerana setiap operasi yang disertainya membuahkan hasil, sekaligus menumpaskan mereka.

Allahyarham Bahadon, 63, yang menyandang pangkat Deputi Superintendan ketika bersara, meninggalkan empat anak dan seorang balu dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Seri Bahtera di sini selepas solat Asar.

Sepanjang kariernya, Bahadun terlibat dengan beberapa kes jenayah antaranya kes Bentong Kali dan Prebet Adam.

Oleh kerana keberanian dan ketangkasan melakukan tugasan merbahaya, beliau menerima surat-surat penghargaan dan kepujian termasuk Ahli Mangku Negara daripada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) pada 1977. -SinarHarian-

Senarai Pemimpin Pakatan Rakyat Penderhaka Raja-raja Melayu...


1. Nik Aziz
Hukum Hudud 1993 Raja Petra Kamaruddin( Sultan Kelantan). 
http://youtu.be/ONMN8uMrte8

2. Karpal Sing
Kes Saman, Sultan Azlan Shah(Sultan Perak)
http://rajahmas.blogspot.com/2009_02_01_archive.html

3. Khalid Ibrahim
Datuk Mohamed Khusrin Munawir(SUK), Sultan Sharafuddin Idris Shah(Sultan Selangor).
http://mzubairafandi.blogspot.com/2011/01/sultan-bertitah-tindakan-mb-sgor-tak.html

4. Lim Guan Eng
Johor Jenayah Tertinggi, Sultan Ibrahim Ismail(Sultan Johor)
http://beritasemasa.com/lim-guan-eng-sultan-johor

5. Nizar Jamaludin
Lucut MB Sultan Azlan Shah(Sultan Perak)
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/330-2009-02/2585-14-feb-sultan-murka.html
WWW 1 Sultan Ibrahim Ismail(Sultan Johor)
http://mynewshub.my/2012/05/30/hina-sultan-nizar-disiasat-polis/

KEPADA YANG TIDAK TERSENARAI ANDA BOLEH MENDERHAKA SELEPAS INI UNTUK TERSENARAI BERSAMA....

Wednesday, 6 June 2012

Puaka Niring : Wajah Manusia Pada Batang Pokok...


MARANG - Alangkah terkejutnya dua rakan apabila seraut wajah manusia yang lengkap dengan mata, hidung dan mulut tiba-tiba muncul pada batang pokok tembesu yang ditebang mereka di Kijing.

Seorang daripada mereka, Mohammad Sulaiman, 61, berkata selama ini dia tidak pernah terperasan akan wajah manusia pada batang pokok tembesu di tepi rumahnya itu.

"Saya ajak rakan, Zakaria Ismail, 48, tebang pokok ini untuk membersihkan kawasan bagi membina rumah baru. Kami tidak sedar pun perkara itu hingga diberitahu anak saya," katanya.

Pada mulanya, kata Mohammad, dia tidak dapat melihat 'wajah' itu.

"Tapi apabila saya menjauhkan diri dalam jarak 10 meter dari batang pokok itu, baru saya dapat lihat, ia seperti manusia yang sedang memandang sesuatu," katanya.

Mohammad berkata, selama ini kawasan di sekitar pokok tembesu itu menjadi lokasi permainan kanak-kanak hampir setiap petang.

Rakannya, Zakaria pula berkata, dia pada mulanya tidak berani mendekati pokok tembesu apabila ditunjukkan keanehan itu oleh Mohammad kerana bimbang ia ada kaitan dengan perkara yang tidak baik.

"Namun apabila dikatakan ia berwajah manusia, saya akuinya kerana saya sudah tengok. Bagi saya, ia sangat unik," kata Zakaria yang tidak kisah untuk terus membantu rakannya membersihkan tempat itu.

Nizar : Dengan Sultan Perak Saya Derhaka, Inikan Sultan Johor...

"Dengan Sultan Perak pun saya pun saya derhaka , ini kan Sultan Johor, maaf la saya bukan nak kenakan sultan, cuma saya nak hepi kan boss saya DAP, sebab mungkin PAS akan buang saya dan DAP akan kutip saya ganti Tunku Aziz"

Wanita Berhati-hati!!! Pengakuan Gadis Diculik Menggunakan Van...


Gua memang tak berapa suka kuarkan entri berunsurkan "KELUCAHAN" tapi entri gua kali ni lebih berunsurkan nasihat dan pesanan kepada kaum hawa terutama anak-anak gadis agar lebih berhati-hati ketika berada di luar rumah.

Hari ni heboh terpampang di dada-dada akhbar cerita seorang gadis yang berjaya melarikan diri daripada sekumpulan penculik yang menculik bertujuan menjual gadis-gadis ini. Lebih tragis lagi bukan seorang dua penculik ini menculik tapi sekali empat lima orang.

Jadi, sekali lagi pesanan gua kepada anak gadis yang selalu keluar rumah bersendirian agar membawa teman atau kawan ketika keluar daripada rumah terutama di waktu malam untuk mengelakkan peristiwa ini daripada berulang.

“Hati saya berdebar apabila terdengar perbualan tiga penculik itu yang mahu menjual kami berlima.” Itu kata wanita berusia 28 tahun yang berjaya melarikan diri selepas diculik lima jam di ibu negara, kelmarin.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Najwa mendakwa diculik di kawasan rumah sewanya di Wangsa Maju jam 3 petang, namun berjaya melarikan diri ketika van membawanya berhenti di sebuah stesen minyak berhampiran Simpang Pulai, Perak.
Najwa yang juga kakitangan sebuah bank di Kuala Lumpur berkata, sebaik dipaksa masuk dalam sebuah van oleh tiga lelaki yang menculiknya, dia mendapati ada empat lagi wanita yang juga mangsa culik dalam van berkenaan.

“Ketika itu, saya hanya teringatkan keluarga dan bertambah sedih apabila mendengar tangisan empat lagi wanita dalam van itu,” katanya ketika ditemui di rumah bapa saudaranya di sini, malam tadi.
Menceritakan kejadian itu, Najwa berkata, dia mengambil cuti sakit dan keluar rumah untuk membeli nasi di gerai berhampiran rumah sewanya. -HarianMetro-

AJK AMK Dah Kantoi Majlis Ada Tarian Lucah K-Pop Kata Majlis Tarian Tradisional???...



Wei Nadzmi!!! gua tengok video kat atas tu takda satu pun banner tulisan "TARIAN TRADISIONAL"... Ka lu nie buta kayu dok ingat "tarian tak cukup kain" nie tarian tradisional... kat bawah nie gua post kat lu tarian tradisional yang sebetulnya...


Lu ni budak PKR bangang memang buta kayu tak reti bezakan antara tarian tradisional dengan tarian tak cukup kain...


lain kali jangan dok sedap nak menuduh orang last-last kena kat batang hidung sendiri... tak payah tunggu lama pun...


Diantara Penjelasan AJK AMK yang terlibat ... 


"assalamualaikum salam sejahtera buat semua facebookers sekalian... saya Khairul Nadzmi Bin Ramli mewakili AMKPP ingin menjelaskan mengenai video tarian pada majlis Bertam Nite anjuran PKR Pulau Pinang.. di sini jika anda menonton video itu jelas terpampang sedikit banner tertulis TARIAN TRADISIONAL seperti kami anjurkan di mana-mana majlis iaitu tarian India,Cina & Melayu.. pihak penaja telah dengan sengajanya mencemarkan majlis ini yang membuatkan Timbalan Ketua Menteri 1 merangkap Adun Penanti Dr Mansor Othman terkejut biawak sehingga tamatnya tarian ini muncul di atas pentas pihak pengacara majlis yang telah menjelaskan tentang perkara ini... jelas pihak penaja dengan sengajanya telah mensabotajkan program ini... jika masih ada keraguan boleh hubungi saya ditalian 012******* "
- saya yang menjalankan tugas, Khairul Nadzmi Ramli, AMK Permatang Pauh - Khairul Nadzmi


Tuesday, 5 June 2012

Tun M Tak Takut La Nak Ke Mahkamah!!!...

CYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak gentar dengan dakwaan Penasihat DAP Lim Kit Siang untuk mendedahkan apa yang dikatakan skandal kewangan sepanjang 22 tahun pemerintahannya.

Dipetik Bernama,  Dr Mahathir berkata, Kit Siang boleh berbuat apa sahaja sekarang juga untuk membuktikan berlakunya skandal kewangan sepanjang pemerintahan beliau.

"Dia (Kit Siang) boleh buka apa-apa fail, sekarang pun tak apa. Nak bawa saya pergi ke mahkamah pun boleh. Saya tak takut apa-apa pun," katanya ketika merasmikan KRU Academy di sini hari ini.
   
Semalam, dalam satu kenyataan, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur, mendakwa bahawa Dr Mahathir khuatir kebenaran skandal kewangan yang berlaku ketika pemerintahan beliau akan terdedah jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah negara.
   
Apabila ditanya mengenai 'Himpunan Hijau ke Putrajaya' anjuran Pas yang menarik 50,000 penyokong, Dr Mahathir menyifatkannya sebagai 'perhimpunan besar-besaran kerana diupah' dan tidak menjanjikan bahawa pakatan pembangkang bakal menang dalam pilihan raya akan datang.
  
"Saya biasa mendapat kurang daripada 100 orang yang datang untuk mendengar ucapan saya namun saya berjaya memenangi pilihan raya.
   
"Jika anda mengupah orang supaya datang, mereka akan datang. Ini adalah perhimpunan besar-besaran kerana diupah.
   
"Anda tengoklah nanti semasa pilihan raya kalau jumlah 50,000 itu dapat diterjemah kepada sokongan dan menghantar mereka (pakatan pembangkang) ke Putrajaya," katanya. 

Sumber : SinarHarian
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lagu Tema Pakatan Untuk PRU 13 Nyayian Pemimpin Pakatan...



menangis menitik airmata pemimpin pakatan dengan puak-puak penyokong pakatan bila tengok lagu tema nie....

huuuuuuuuuaaaaaaaarrrrrgggghhhh!!!!

Monday, 4 June 2012

Semuannya Salah UMNO!!!!....


Melihat dan membaca komen-komen puak-puak PAS dan PKR ni yang terkinja-kinja dan terkial-kial bercakap tentang akhlak dan moral pemimpin-pemimpin Kerajaan membuat gua berasa sangat lucu. Heran pun ada.

Mereka tak cermin dulu pemimpin-pemimpin mereka sebelum mereka buka mulut.

Puak-puak PAS dan PKR ni mengutuk sekeras-kerasnya program Himpunan Jutaan Belia yang dianjurkan kerajaan di Putrajaya yang didakwa mereka merosakkan akhlak muda mudi serta tidak membawa kebaikan kepada rakyat.

Gua sendiri pergi ke Himpunan Jutaan Belia minggu lepas. Tapi yang gua heran, puak-puak PAS dan PKR yang cakap berdegar-degar tentang akhlak dan moral serta mengutuk program tu, tidak pula mengutuk akhlak pemimpin-pemimpin mereka yang dah memang diketahui umum buruk perangai dan akhlak.

Puak-puak ni tak pernah mengutuk amalan, liwat, LBGT, membalun bini kawan, melanggan chinadoll, bawa lari bini orang dan simpan kat hotel, bagi perempuan hisap curut dalam jamban dan macam-macam lagi. Sebaliknya mereka membela pulak amalan buruk pemimpin2 meraka dgn alasan mudah iaitu fitnah.

Salah UMNO/BN ke anwar suka meliwat???

Salah UMNO/BN ke Azmin bg perempuan hisap curut dia dalam jamban???

Salah UMNO/BN ke Mat Sabu balun bini kawan dia???

Salah UMNO/BN ke Badrul Amin bawa lari bini org dan simpan kt hotel???

Salah UMNO/BN ke Anwar suka langgan Cina Doll???

Cermin dulu diri pemimpin2 kamu sebelum mengutuk org lain.

Apa Ker Giler Nik Aziz Nak Suruh Harussani Jadi Moderator Debat PM Dan Anwar...


22 Tahun Nik Aziz “Berkerusi”, Apa Yang Didakwahnya Di Kelantan? Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat mencabar Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakarian untuk menjadi orang tengah debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Nik Aziz berkata begitu ekoran kesanggupan Mufti Perak itu untuk menjadi orang tengah di dalam muzakarah di antara UMNO dan PAS untuk menyatukan umat Islam di negara ini. 

Menurut Nik Aziz, tiada sesiapa yang mahu terima Tan Sri Harussani sebagai orang tengah untuk muzakarah tersebut kerana Mufti Perak itu dikatakan menghentam PAS sebelum ini dan ia dikatakan amat menyakitkan hati Mursyidul Am itu. Menjawab persoalan Tan Sri Harussani yang mempersoalkan sikap PAS yang kemarukkan kerusi pada pilihanraya, Nik Aziz menegaskan bahawa dia memerlukan “kerusi” untuk berdakwah. Sedap betul Nik Aziz bercakap. Tapi, dia tidak sedar bahawa apa yang dikatakannya itu benar-benar menunjukkan bahawa dirinya penuh dengan sikap ujub, takbur, tidak boleh ditegur, prejudis, buruk sangka dan banyak lagi sifat mazmumah yang dizahirkan. 

Apa perlunya Harussani menjadi orang tengah debat di antara Najib dan Anwar? Tiada sebarang petanda pun majlis debat itu akan berlangsung. Nik Aziz bermimpi atau “syok sendiri”? Lagipun, Najib dan Anwar merupakan orang politik. Harussani pula bukan orang politik. Beliau adalah seorang ulama dan tidak sesuai untuk mendengar atau menjadi orang tengah kepada pertelagahan dua ahli politik. Lainlah jika ia adalah bicara agama… 

Tan Sri Harussani adalah individu paling layak untuk menjadi orang tengah pada muzakarah UMNO – PAS kerana beliau adalah seorang ulama yang adil dan tidak berat sebelah. UMNO beliau tegur, PAS pun beliau tegur. Siapa yang salah, beliau tegur dan siapa yang benar, beliau sokong. Muzakarah yang Harussani cadangkan itu ialah demi perpaduan ummah dan bukan untuk politik. Di dalam Islam, perpaduan umat Islam adalah amat penting, malah lebih penting dari politik. Contohnya, ketika perang Sifin, perang saudara di antara umat Islam yang bertelagah kerana politik di antara penyokong Muawwiyah RA dan Aisyah RA, demi perpaduan umat Islam, seorang sahabat telah mengangkat Al-Quran di tengah medan perang untuk menghentikan pepecahan itu. Seterusnya, muzakarah di antara penyokong Aisyah RA dan Muawwiyah RA berlangsung dan ia berjaya menyatupadukan umat Islam yang bertelagah ketika itu. 

Sunday, 3 June 2012

Quikie : Down Memory Lane - Oh! Carol...

Mengapa Majlis Peguam Beria-ia Benar Menyokong #Bersih???


Mereka tahu tentu ramai yang akan ditangkap dan akan didakwa.

Ini adalah taktik licik Majlis Peguam untuk memberi peluang perniagaan kepada ahli-ahli mereka. Tengok la nanti entah berapa ratus kes yang akan dapat ahli-ahlinya kendalikan.

Kalau tak, entah berapa banyak firma-firma guaman mereka akan gulong tikar sebab tak ada kes. Mereka ni hidup dengan mencari makan membela penjenayah dan orang-orang yang melanggar undang-undang.

Cara mudah untuk nak banyakkan business ialah dengan menghasut rakyat melanggar undang-undang.

Kalau negara aman dan tiada jenayah dan tiada rakyat yang melanggar undang-undang, Majlis Peguam akan rugi sebab tiada pelanggan.

Menggalakkan rakyat melanggar undang-undang dan perintah mahkamah adalah kaedah baru yang digunakan oleh Majlis Peguam bagi menambah peluang perniagaan ahli-ahlinya.

Macam yang dibuat oleh bengkel-bengkel kereta yang sengaja mencurah minyak di selekoh-selekoh tertentu supaya ada kereta yang terbabas atau kemalangan, maka dapatlah mereka business untuk baiki kereta tersebut.

Kalau tak ada kemalangan, bengkel-bengkel kereta tak ada business.
Kalau tak ada penjenayah atau org yang langgar undang-undang, Peguam tak boleh cari makan.

Sungguh hina taktik Majlis Peguam.

Panas!!! Perbualan Telefon Anwar Kacau Isteri Orang???...



DENGAR BAIK-BAIK SUARA DALAM VIDEO INI... DAN DALAM VIDEO INI JUGA ADA NAMA DATO NALLA...!!! HAHAHAHA... BUKAN GUA CAKAP... VIDEO NI KEY... ANWAR MENGAYAT BINI ORG....

GUA BERANI CAKAP... ANWAR SEOLAH-OLAH SEPERTI MANUSIA YANG TAK PERNAH BUAT DOSA..!!!! DIA AKAN CAKAP INI KONSPIRASI UMNO, FITNAH UMNO, PROPAGANDA KONON PARTI SAMPAH DIA TU DAH MENDAPAT SOKONGAN RAKYAT!!! HEHEHE......


- Sumber : Kelab Anti Anwar Ibrahim III -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers