Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 18 August 2012

[Video] : Takbir Raya...

[Video] Iklan Raya Yang Menyentuh Hati Siri 1...



Hari Raya ini, dipersembahkan kisah bersiri sempena Aidilfitri yang menyayat hati perihal kemaafan dan eratkan lagi kemesraan sesama insan. 

Di dalam webisod yang pertama ini, Alif telah eratkan lagi kemesraan dengan bapa saudaranya, namun adakah segalanya akan berakhir dengan baik? 

Alif eratkan lagi kemesraan dengan Pak Long dan memohon maaf, adakah dia akan dimaafkan?

Sketsa : Gambar Lagi Sedih Daripada Iklan Raya Anak Yatim Tumpang Lori Balik Kampung...


Tengok iklan raya Bernas pun kita dah sedih bila budak-budak tu tumpang naik lori hantar barang sebab tiket habis, tapi kalau yang ni macam mana?

Fakta Sebenar Isu "AIR" Di Negeri Selangor...


1. Banyak spekulasi telah dibuat mengenai isu air di Selangor.

2. Ada yang mengatakan bahawa benar, sedang berlaku satu krisis air yang agak kritikal. Ada juga yang mengatakan bahawa ia cuma satu permainan politik untuk menggagalkan kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan TS Khalid Ibrahim.

3. Tetapi setelah mendengar sendiri penjelasan yang dibuat oleh pihak Puncak Niaga dan lawatan ke Loji Rawatan Air Sungai Langat di Batu 10, Hulu Langat, banyak pencerahan dapat dibuat dan dikenal pasti. Latar Belakang

4. Loji Rawatan Air Sungai Langat beroperasi di bawah seliaan Puncak Niaga.

5. Mereka memproses air mentah untuk dijadikan air terawat supaya boleh digunakan oleh orang ramai.

6. Air yang diproses akhirnya akan dijual kepada pihak Syabas. Syabas pula akan menyalurkan air ini kepada isi rumah di kawasan-kawasan tertentu.

7. Loji Rawatan Air Sungai Langat memproses air untuk dibekalkan kepada kawasan Selatan Selangor termasuk Kuala Lumpur.

8. Loji ini secara rekabentuknya mampu memproses 386 MG (million gallon) setiap hari. Tetapi kini beroperasi sehingga 460-470 MG setiap hari, bermakna loji ini beroperasi pada tahap 121% keupayaan. Krisis Air

9. Krisis air ini berlaku apabila loji ini tidak dapat memenuhi permintaan pengguna atas dasar kapasiti sudah mencapai tahap maksima.

10. Dengan pertumbuhan ekonomi negara yang semakin pesat ini juga menyebabkan kadar penggunaan air bertambah dari masa ke semasa

11. Kadar pertambahan penduduk menyebabkan kadar penggunaan air juga bertambah.

12. Dengan kapasiti yang sedia ada, penggunaan air semakin tinggi tetapi prasarana masih pada keadaan 3, 4 tahun yang lampau.

13. Antara tugas Syabas adalah untuk menasihatkan kerajaan negeri tentang krisis air 3 TAHUN sebelum berlakunya krisis tersebut.

Friday 17 August 2012

Kurang Ajar Pas Bagi Penceramah Cha Ya Nun Alif Mempermainkan Ayat Al-Quran...



Mereka(Ahli PAS) sanggup membenarkan orang kafir mempergunakan ayat Al-Quran demi kepentingan politik untuk menarik undi dari kalangan orang-orang islam.

Dan adakah tindakan membaca maksud ayat al-quran dengan bergelak ketawa dan tersengeh-sengeh adalah tindakan yg beradab?

Nyonya DAP Pulak Jadi Amil Zakat Kat Pulau Pinang???...


Apa nak jadi dengan negeri di bawah pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz walaupun yang digelar khalifah Islam itu tak beragama Islam pun tapi bagi pemimpin Pas dan pengikut totok pas yang sudah buta hati menerimanya tanpa berfikir dengan akal tapi dengan kepala lutut.

Ini insiden terbaru di negeri Pulau Pinang di bawah kerajaan negeri DAP yang sudah mula mencampuri hal ehwal agama Islam yang direstui Pas oleh Nik Aziz dan sudah tentu paling kuat memberi sokongan adalah Ketua Umum PKR Anwar. Bagaimana orang bukan Islam boleh memberikan wang zakat hasil kutipan Baitulmal atas tiket AMIL pula tu.

Mana peginya pemimpin Pas dan pengikut tegar Pas yang gua kira lebih pandai ilmu agama Islam seperti dakwaan mereka. Orang selain Pas tidak cukup ilmu agama dan tidak layak untuk menjadi ustaz, ustazah mahu pun alim ulama'.

Macam mana bukan Islam boleh jadi AMIL plak mengagihkan hasil zakat kepada Islam. Mana punya fatwa la puak-puak sesat nie dok pakai.

Dr. MAZA : Fatwa Dan Pandangan Hukum Ucapan 'Selamat Ramadan', 'Selamat Hari Raya'...

Pas Parti Yang Tidak Bermaruah….


SEJARAH politik negara telah membuktikan bahawa Pas adalah sebuah parti yang bersedia berkawan dengan sesiapa sahaja demi mencapai cita-cita memburu kuasa dengan menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pada tahun 1990, Pas bekerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46 (S46) dan kemudiannya menjalin hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditubuhkan pada tahun 1999 berikutan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan dan UMNO.

Pas sememangnya bijak mengambil kesempatan apabila berlaku konflik di dalam UMNO sehingga ia membolehkan mereka menawan Kelantan pada tahun 1990, Terengganu pada tahun 1999 dan memperkukuhkan kedudukan dalam Parlimen pada tahun 2008.

Bagaimanapun sebijak-bijak Pas, mereka masih gagal untuk mempertahankan dasar dan prinsip perjuangan sendiri berkaitan hukum hudud dan pembentukan negara Islam.

Kelantangan dan keberanian pemimpin-pemimpin Pas menentang UMNO sehingga ada ketika mengkafirkan sesama Islam tidak ke mana apabila mereka berhadapan dengan DAP yang sejak dulu lagi sentiasa konsisten menentang usaha Pas dalam soal hukum hudud.

Pemimpin-pemimpin Pas seolah-olah ‘kecut perut’ apabila pemimpin-pemimpin DAP secara terbuka menyanggah sebarang kenyataan mereka untuk melaksanakan hukum hudud.

Sikap tidak konsisten Pas dalam memperjuangkan perkara berkenaan telah memberi keberanian kepada pemimpin-pemimpin DAP untuk memastikan apa yang diperjuangkan oleh Pas tidak akan tercapai.

Thursday 16 August 2012

[Mesti Baca] : Lokasi 'Speed Trap' PDRM Masa Sambutan Raya 2012...


Sebagai panduan untuk pulang berhari raya nanti.. Jangan selepas bergembira sampai pula surat saman ni....... Poket dah kempis masa tu..... So sampai area ni kauorang ikutlah had laju yang ditetapkan...

PDRM sudah memasang sistem baru untuk mengesan kelajuan kenderaan yang melebihi had laju pada suatu tempat.. kalo dulu tembak bawah jambatan, skrg sudah tukar maa… Berikut diberikan lokasi-lokasi pemasangan sistem baru perangkap hadlaju yang telah dipasang oleh pihak PDRM:


PLUS Arah Utara

■ Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
■ Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
■ Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
■ Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
■ Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
■ Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
■ Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.

PLUS Arah Selatan

■ Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
■ Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
■ Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
■ Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
■ Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
■ About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
■ At 296.5km and 297km, Bangi junction.
■ Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
■ At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
■ On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
■ After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
■ Behind the right hand crash barrier at 198.4km.

Pas Putrajaya Meroyan Dengan Datuk Tengku MP Putrajaya... @TengkuAdnanREAL


PAS makin kronik dan amat terdesak!!!.. [KLIK SINI]

YDP PAS Putrajaya, Nazir Zakaria bersama 2-3 kerat kunco-kunconya semakin hilang akal...

Warga Putrajaya makin getik dan meluat dengan perangai puak-puak PAS..

UMNO yang diterajui oleh YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ahli Parlimen Putrajaya terus kukuh mantap mendapat sokongan padu warga Putrajaya kerana telah terbukti jelas dan nyata amat prihatin dan sentiasa memastikan kebajikan, keperluan dan kepentingan warga penduduk Putrajaya terjaga. 

Datuk Seri Tengku Adnan juga merupakan Setiausaha Agung UMNO dan semestinya beliau memang amat sibuk dengan tanggungjawab yang diamanahkan. Namun begitu, setiap program yang dijalankan bersama masyarakat di sini, beliau akan pasti turun padang berdamping bersama-sama masyarakat dengan cukup mesra.

Setiap kali menjelang Ramadhan,  YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor  akan menyediakan hidangan berbuka puasa secara percuma di Foodcourt Presint 8 bermula dari awal Ramadhan sehingga berakhirnya Ramadhan untuk seluruh warga Putrajaya tanpa mengira apa ideologi politik.

Gambar Abby Abadi Yang Buat Tok Lebai Pas Menitiskan Airmata Dan Frust Menonggeng... @Abby_Abadi


Apa pandangan korang dengan gambar nie? Ada kecacatan tak? Ada yang tak kena tak? Takda... Korang nie biar betul... Cuba korang tengok baik-baik... Tengok dengan mata hati bukan dengan sakit hati... Tak jumpa jugak... Cuba korang tengok kat mana tangan kanan si Norman Hakim nie... Jangan tengok tangan kiri sebab "HALAL" dipeluk... Yang sebelah kanan tu kan "HARAM" dipeluk sebab sudah tiada apa-apa hubungan suami isteri dan bukan "MAHRAM" lagi... Takkan ustazah Abby tak tau kot hukum hakam sebab dia dah jadi ustazah sekarang... Atau dia tak tau hukum halal haram sebab jadi ustazah yang takda ilmu agama secukupnya...

Apa alasan yang Abby bagi bila ada peminat beliau bertanya di Twitter... Jawapan Abby : tangan Norman berlapik... BERLAPIK??? Itu jawapan ustazah Pas... Apa jawapan ustaz-ustaz dan tok-tok guru alim ulama' Pas pasal hukum nie... Kita boleh peluk bukan muhrim kita jika ADA LAPIK... Kita pi cari mana-mana anak dara orang pastu kita peluk jer dia asalkan ada lapik pakaian macam fatwa Ustazah Abby Abadi nie... Boleh buat camtu...



Untung la Abby dapat duduk sebelah bekas suami dan Memey plak sebagai isteri Norman yang sah duduk jer la kat hujung meja tuh... Takkan ler Abby sebagai Ustazah Pas tak tau hukum hakam atau paling tidak adat budaya melayu sekali pun... Biar la si isteri duduk sebelah si suami dan kita yang dah xda hubung-kait nie duduk jauh sikit... 



Bukan main suke lagi Abby tweet pasal perasaan kegembiraannya yang tak terhingga sampai terkeluar perkataan "ngee" yang sefaham saya bunyi macam gembira campur geram semacam jer... lain macam jer syok nyer si Abby nie dapat semayang dengan Norman... 


Wednesday 15 August 2012

Pas Putrajaya Buat Demo Sembahyang Di Kaki Lima Sedangkan Surau Dan Masjid Banyak Di Putrajaya... @tengkuadnanreal


PAS PEMECAH BELAH UMAT... Mengapa pekara seumpama ini harus terjadi dalam kepimpinan parti yg kononnya perjuangkan islam... Surau di sediakan tapi puak PAS solat di kaki lama... Siap letak bendera segala... Apa motif sebenarnya... Hanya Allah maha mengetahui... Makin hari makin celaru puak PAS ni...

Dayangku Intan Ter"Kantoi" Jadi Jurucakap PKR...


PKR KANTOI LAGI!!!!!!!

Hahahahahahahaha... Ni gambo kat belakang bus stop Pandan lepas Esso... Ni bukan rumah orang tapi bengkel lama dengan store tiang simen cina jee... 

Malam jadi port pondan lepak... Mane ade rumah orang... Kolentong sey... Dirobohkan sebab nak buat rumah kedai 2 tingkat... Hahahahahahahaha... Ape la...

sian Dayangku Intan, jadi Jurucakap pondan-pondan yang melepak di situ sebelum ni.. Kuikuikui....

Tuesday 14 August 2012

Puaka Niring : Misteri Masjid Di Atas Gunung...


LIHAT....

Pernah tengok gambar masjid di atas kan??? Ianya dah banyak beredar di internet…

Sekali pandang memang kita terpegun, yelah, masjid di atas gunung...

Tapi persoalannya boleh caya ke???

Maka ada yang mengatakan ianya edit... Photoshop… ermmm…Nilah salah satu keburukan photshop... Sampai orang tak boleh nilai mana yang asli dan edit...

Yang best ada pulak yang pertikai, buat masjid atas gunung xde orang pergi... Takde fungsi…. hehehe….  Gua hanya mampu senyum…

Maka gua pun try ler cari sumber... Betul atau tidak ada masjid atas gunung…Dan gua berjaya jumpa gambar-gambar ni….



Sketsa : Ini Lagi Sedih Daripada Iklan Anak Yatim Tumpang Lori...


Tengok iklan raya bernas pun kita dah sedih bila budak-budak tu tumpang naik lori hantar barang sebab tiket habis, tapi kalau yang ni macam mana?

Siapa Ustaz Azhar Idrus Sebenarnya???...


Ustaz Azhar Idrus...
Ustaz Ilmu Akal Fikiran...
Ustaz Penyesat Pas...
Samakan dirinya serupa orang kuffar tidak mustahil andai dia samakan dirinya dengan Murtad.

Kebanggaan Pas rupanya tukang sesat..

Fatwanya :

- Lelaki pakai baju pink haram serupa wanita, belum ada ijtihad muttafakun a'lai sebut (hukum warna).

- Lelaki tidak berjanggut dan misai haram serupa wanita, bagaimana tidak berjanggut misai.

- Tak dosa tonton "blue filem" untuk didikan, plak dia kata tak haram.

- Tak dosa masuk tandas wanita untuk kesihatan, plak dia kata tak haram.

anda renungkanlah siapakah dia yang sebenarnya, pernahkan anda fikirkan setiap ceramahnya dia perolehi berapa bayaran??? Minima RM 3,000 bagaimana sepanjang tahun, mudir madrasah pun tak terima sebanyak itu masyaAllah......

Menuntut ilmu cukup 1 tahun setiap pondok, kitab jalalain, minhajul abidin, kifayatul faraid dll 4 tahun pun belum cukup ilmu tuk mahir, inikan 1 tahun saja untuk pondok. Pas mana terbuka terima kebenaran selain ustaz mereka dan Nik Aziz... Inikah cara Islam???? Wallahu A'lam.

Monday 13 August 2012

Pengakuan Memey Buat Abby Lega Dapat Bertemu Kembali Norman... @Abby_Abadi



KISAH Memey dan Abby Abadi dikatakan sudah berbaik memang sudah diketahui umum.Namun disebalik terbukanya lembaran baru dalam hidup,kisah berbaik ini tidak dapat lari daripada kontroversi apabila sekeping gambar menunjukkan Norman Hakim memeluk Memey dan Abby tanda 'sudah berdamai' tersebar di internet.

Wartawan Putrajaya Online sempat menemuramah ekslusif bersama Memey dalam satu program berbuka puasa bersama Dato' Ismail Sabri,Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepengunaan yang bertempat di Dataran Yayasan Selangor Bukit Bintang.Program ini dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia dengan kerjasama Koperasi dan Sukarelawan Muda.

Dalam program ini,Memey turut menyumbang tenaga mengagihkan 5000 bungkus makanan kepada orang ramai sekitar Bukit Bintang.Program ini juga turut dihadiri oleh artis terkenal daripada Rempit United seperti Nora Danish,Aliff Satar,Sari Yanti,Almy Nadia dan Tam.

Tampil anggun berbaju kebaya Peach,Memey turut bermesra bersama anak-anak yatim yang diraikan dalam majlis berbuka puasa tersebut.Tenang menjawab soalan kami,Memey turut memberitahu perkembangan terbaru dirinya yang kini sedang hamil dan akan mengurangkan aktiviti luar.

Berkenaan isu berbaik dengan Abby Abadi,beliau turut mengulas "Penyatuan ini adalah untuk kebaikan bersama especially anak-anak dan memang diorang happy".  - DakwatCina/PjO

Cabar Pandelela, Peminat Tuntut @JohariPain 'Janji Kerat Anunya'...


Gara-gara pertikai kebolehan penerjun negara, Pandelela Rinong, para peminatnya menuntut seorang pemegang akaun laman sosial Facebook, Johari Pain agar menunaikan janji yang dia sanggup memotong kemaluan jika atlet itu memperoleh pingat dalam acara Sukan Olimpik yang disainginya.

Johari membuat kenyataan itu beberapa jam sebelum Pandelela bersaing dalam peringkat akhir acara 10m Platform Wanita awal pagi tadi (waktu Malaysia) selepas berjaya di separuh akhir.

Pandelela dari Sarawak memperoleh pingat gangsa, sekali gus mencatatkan rekod sebagai atlet wanita pertama membawa pulang pingat.

Johari antara lain menulis: "Gua berani kerat xxxx laa kalau Pandelela menang pingat malam nih.. (saya berani memotong anu kalau Pandalela menang pingat malam ini...)."

Tindakannya itu berhadapan dengan reaksi marah dan tersinggung, yang rata-ratanya menggesa dia memohon maaf.

Johari yang menggunakan akaun Twitter @JohariPain dalam mesej meminta maaf berkata, "saya sudah memohon maaf, tapi tidak pulak orang nak print screen... siap suruh buat permohonan maaf dekat @buletintv3 lagi."

Sunday 12 August 2012

Lensa Niring : Ustaz Fathul Bari Di Majlis Iftar & Ta'aruf Sekretariat Ilmuan Malaysia (iLMU) @mukhrizmahathir @uztazfathulbari @tunfaisal





Bukti Masuk Pas Bukan Masuk Syurga Tapi Sesat Ke Neraka...


Kenapa walaupun di bawah pemerintahan pemimpin agung Pas yang kononnya dijamin syurga namun masih lagi berlaku kecurian, rompakan, maksiat, khalwat dan semua perkara kemungkaran dalam Islam. Apa yang lebai nik aziz buat di Kelantan.

Jika hudud tak dapat dilaksanakan namun apa yang lebai nik aziz buat untuk membawa umat Islam di Kelantan untuk menjadi negeri contoh sebagai negara Islam yang paling sempurna???

Yang jelas lebai-lebai Pas hanya sibuk untuk berceramah politik tapi tak buat sesuatu untuk buktikan bahawa kerajaan Pas Kelantan telah berjaya membentuk rakyat yang seperti Pas laungkan selama ini.

Pas hanya sibuk mencari kelemahan umat Islam lain tanpa berusaha untuk menjadi kerajaan negeri contoh yang terbaik seperti yang Pas banggakan.

Apakah ciri-ciri kerajaan begini yang akan memerintah negara ??

Ada balak? Takde pulak lahir pembalak dan pengusaha kayu bumiputera yang berjaya di Kelantan sehingga boleh menyaingi kuasa monopoli bukan Islam di Malaysia.

Adam Adli Bengang Pelajar Insaf Tarik Diri Daripada Geng Mahasewel...


Gambar yang dipaparkan adalah seorang pelajar perubatan , yang dipengaruhi oleh dakyah PAS, bahawasanya kerajaan BN ini kejam tak berhati perut sehingga dia menyertai demo Bersih. Maka pinjamannya pun ditarik balik, elok benarlah diberikan pada pelajar lain yang benar-benar memerlukan.

Pada permulaannya Pas seolah-olah membela nasib pelajar ini dengan melancarkan kutipan derma baginya, agak malang wang yang diterima oleh pelajar ini hanya berjumlah RM50 sahaja.. Sedangkan kutipan derma yang dilancarkan di Mesir dan tanahair menerusi ceramah-ceramah politik Pas. Dikatakan mencecah puluhan ribu.

Dengan hanya RM50, pelajar ini tidak mampu untuk menyara hidupnya di Mesir dan membayar yuran pengajiannya yang dianggar berjumlah RM300ribu.

Maka dengan muka tebal dan tak malunya dia terpaksa melakukan apa yang orang Pas fobia ingin lakukan ikutilah cerita selanjutnya KLIK DISINI

Kuala Terengganu: “Saya sungguh kesal dan saya tidak akan buat lagi kerja yang sia-sia dan tidak bermanfaat begini.”

Demikian luahan Muhamad Hasyim Che Ngah yang pinjaman pendidikannya ditamatkan Yayasan Terengganu (YT) kerana menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah, Mesir, tahun lalu. Muhamad Hasyim, 21, pelajar tahun tiga jurusan perubatan Universiti Al-Azhar adalah antara sembilan anak Terengganu ditamatkan pinjaman, dan semalam beliau menemui Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bagi merayu agar pinjamannya disambung semula.

Nik Aziz Hina Nabi, Ustaz Kazim Pertahankan Nabi....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers