Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 10 November 2012

Lawak Rosyam Noor Di Anugerah Skrin 2012 Timbulkan Kontroversi???...


Nampaknya selain daripada kehambaran ASK2012, satu lagi topik hangat yang dibincangkan oleh pengguna Internet Malaysia ialah berkenaan lawak yang telah dibuat oleh Rosyam Noor ketika menjadi salah seorang penyampai anugerah.

Rosyam Noor telah berganding bahu dengan Erra Fazira dan membawakan watak Captain Hook.

Lensa Niring : Perkahwinan Gemilang Chong Wei-Mew Choo...






BERMULALAH satu episod baru bagi pasangan bintang badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan pasangan Datin Wong Mew Choo apabila mereka kini sah menjadi suami isteri.

Sebelas tahun menyulam cinta akhirnya pemain badminton nombor satu dunia, Chong Wei menamatkan zaman bujang dan disatukan dengan pasangannya Mew Choo dalam satu majlis yang begitu meriah dan warna-warni bertemakan Warna Keemasan dan Bunga Berwarna Putih.

Doa Bersama Paderi Lebih Afdal Dari Berdoa Bersama Orang UMNO - Ijtihad Mujahid Yusof!!!


Bidaah besar ini hanya dilakukan oleh kaum Khawarij dan PAS nampaknya menjejaki dan mengulangi perbuatan kaum khawarij yang telah mengorbankan para Sahabat r.a dalam beberapa peperangan selain pembunuhan kedua-dua orang cucu kesayangan Rasulullah s.a.w., Syaidina Hasan dan Syaidina Husin r.a dalam Peristiwa Karbala yang kemudian dituduhkan kepada Muawiyyah bin Abi Sufyan dan Yazid bin Muawiyyah.

Islam jenis apakah yang ditunjukkan oleh Mujahid Yusof dan PAS ini? Kalau benarlah orang-orang UMNO tersasar daripada perjuangan Islam, bukankah sepatutnya para pemimpin dan ahli-ahli PAS yang konon-kononnya lebih arif, meneruskan usaha kerja-kerja berdakwah? Apa perlu PAS mengingkari Allah Taala dan sunnah Rasul-Nya semata-mata untuk menang dalam pilihanraya?

Amat menghairankan bagaimana Mujahid Yusof begitu berbangga dengan penerimaan paderi dan gereja terhadap parti itu, terutama selepas parti PAS sentiasa tunduk dan akur dengan kehendak mereka berbanding berusaha lebih keras untuk mendekati puak-puak UMNO yang dikatakan sebagai tersasar. Walhal pada puak-puak UMNO berkenaan adalah kalimah thoiyibbah dan majoriti daripada mereka, beriman kepada lima rukun Islam dan enam rukun Iman, sama seperti majoriti puak-puak PAS sendiri!

Friday 9 November 2012

Sapa Nak Tengok Gambar Najwa Latif Nak Pergi Ambik SPM...



Walaupun Najwa Latif seorang artis terkenal sekarang terutama dengan lagu hits dia "Cinta Muka Buku" dan "Kerna Dia" feat Sleeq namun hakikatnya Najwa masih seorang pelajar yang menduduki SPM tahun nie...

Ini gambar hari kedua Najwa Latif nak menduduki  SPM…

Doa dan ciuman ibu yang paling penting sebelum memasuki dewan peperiksaan..

Ketika gambar ini diambil, Sekolah Najwa Latif, SMK(P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat, Johor dilanda banjir… jadi bergambar di luar sekolah pun jadilah.. hehe. . .
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isu Izzah: Polis Ambil Keterangan Staf Malaysiakini???...


Polis dikatakan telah mengambil keterangan tiga staf portal berita pro-pembangkang Malaysiakini berhubung laporan berita berkaitan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar tentang kebebasan beragama.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata ia dilakukan atas perintah Majistret Petaling Jaya dan keterangan diperlukan untuk mengenal pasti penulis artikel itu.

"Setakat ini identiti penulis artikel belum diperolehi," katanya. Keterangan petugas Malaysiakini itu diambil di pejabat portal berita berkenaan di Bangsar di sini antara 5.15 petang dan 6.55 petang Khamis.

Ia melibatkan sekumpulan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya diketuai Pegawai Penyiasat ASP Nadzri Harun serta unit forensik IPD Cheras.

Menurut Yahaya, tiada sebarang rampasan dilakukan.

Laporan portal berita pro-pembangkang pada Nov 3 itu memetik Nurul Izzah sebagai berkata, "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu."

"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama…bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata."

Nurul Izzah dipetik berkata demikian pada forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?' di Subang Jaya.

Pada sidang media di lobi Parlimen semalam, Nurul Izzah memberitahu beliau akan memberi keterangan kepada Jabatan Agama Islam Selangor di Shah Alam hari ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hasan Ali Dakwa PAS Rendahkan Martabat Sultan Selangor....


Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Dr. Hasan Ali membidas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad kerana dilihat seakan-akan mahu menasihatkan Sultan Selangor berhubung kenyataan kontroversi membabitkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar.

Beliau yang juga Presiden JATI mendakwa, Dzulkefly seolah-olah cuba menasihatkan Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya memperolehi gambaran yang jelas sebelum membuat sebarang kenyataan mengenai isu itu sekali gus merendahkan martabat baginda yang terkenal dengan sifat berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Biasanya baginda akan merujuk kepada mereka yang berautoriti untuk mendapatkan kepelbagaian pandangan dan setelah itu membuat satu keputusan dan rumusan setelah dihadam selumat-lumatnya.

"Agak lucu bagi saya apabila Dzulkefly menyatakan beliau cukup rapat dengan Sultan. Sejak bila beliau rapat dengan Tuanku?. Saya tidak pernah melihat batang tubuhnya dalam majlis yang melibatkan baginda khususnya dalam acara-acara membabitkan Islam dan adat istiadat Melayu selama ini," katanya.

Sehubungan itu, Hasan berkata, beliau berasakan Dzulkefly telah meletakkan dirinya terlalu tinggi hingga berani membuat kenyataan yang melibatkan Sultan Selangor seperti itu.

Dakwanya, Dzulkefly kini seorang ahli politik yang bersekongkol dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta parti DAP dan suaranya adalah bayangan suara Anwar.

"Sebab itu bila anak Anwar mengeluarkan kenyataan "carbon copy" ayahandanya, antara pimpinan PAS yang melompat mempertahankan pendirian Nurul Izzah ialah Dzulkefly," dakwanya lagi.

Thursday 8 November 2012

Puaka Niring : Manusia Jadi Batu Kerana Melakukan Maksiat


SEKITAR 23 Ogos tahun 79 Masihi (M), keadaan di Pompeii (kini satu kawasan di Itali) kelihatan sibuk sama seperti kota purba lain – penduduknya bergerak ke sana sini, berjual beli dalam bangunan atau gedung besar serta berinteraksi antara satu sama lain.Sehinggalah tiga hari kemudian, secara tiba-tiba saja satu kejadian misteri melanda kota berkenaan sehingga menyebabkan bangunan dan penduduknya lenyap bagaikan tidak pernah wujud pada muka bumi ini.

Seterusnya selama 1,500 tahun, kewujudan kota Pompeii yang suatu ketika dulu menjadi antara kota terkemuka dalam Empayar Rom, hilang dalam lipatan sejarah. Tiada siapa yang mengetahui kewujudan kota berkenaan.Masa terus berlalu sehinggalah ketibaan 1594; sekumpulan pekerja diarahkan menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi projek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan.

Kerja mengorek tanah dijalankan dengan giat tetapi secara tiba-tiba kumpulan pekerja itu terpaksa menghentikan aktiviti berkenaan selepas menemui sesuatu benda aneh tertanam di dalam tanah.Tinggalan aneh berbentuk artifak itu dikeluarkan dan berita penemuannya terus tersebar luas menyebabkan semakin banyak kerja cari gali dilakukan di kawasan itu.Bagaimanapun, pada 1631, gunung berapi Vesuvius meletus tujuh kali sehingga memusnahkan apa saja yang berada berhampirannya termasuk kawasan penemuan artifak berkenaan.

Tujuh puluh enam tahun kemudian, kerja mengorek kembali dipelopori Putera d’Elboeuf selepas beliau mendengar kewujudan artifak berharga dan harta karun tertanam di kawasan berkenaan.Pihaknya terus menggali dan pelbagai tinggalan artifak yang pernah ‘terkubur’ di bawah tanah di kawasan berkenaan kembali dikorek keluar. Ketika itulah misteri kehilangan kota Pompeii selama ribuan tahun akhirnya terbongkar.Bagaimanapun, penemuan kota purba itu turut menimbulkan pelbagai persoalan misteri di kalangan pelbagai pihak terutama pengkaji sejarah.

Malah, lebih mengejutkan adalah selain artifak berupa tembikar dan barangan purba, turut dijumpai di kawasan berkenaan adalah puluhan patung batu berbentuk manusia dalam keadaan menggerunkan.

Antara penemuan aneh itu adalah sekumpulan jasad manusia yang seolah-olah bertukar menjadi patung batu ketika sedang menjamu selera.Lebih menakutkan adalah kejadian misteri yang melenyapkan kota itu secara tidak langsung turut menyimpan ‘wajah’ sebenar kota Pompeii apabila turut ditemui puluhan jasad manusia yang sedang mengadakan hubungan seks termasuk seks luar tabii, bertukar menjadi batu.

Malah, jelas kelihatan adalah raut muka penduduk yang menunjukkan ekspresi terkejut dan ketakutan teramat seolah-olah bencana yang terjadi itu datang secara tiba-tiba.Kajian seterusnya membongkar cerita sebenar mengenai kota Pompeii. Kota itu didirikan sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (SM) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu suatu kelompok masyarakat di tengah Itali.

Teguran Fathul Bari Buat Nurul Izzah Menitik Airmata...



Sejak kebelakangan ni heboh didada-dada akhbar, media arus perdana dan tidak terkecuali media baru seperti blog, facebook dan twitter mengenai isu Nurul Izzah dan kebebasan beragama yang dibawa beliau.

Apa yang Nurul Izzah perjuangkan adalah mengenai sesuatu yang besar dalam Islam dan ia menyentuh aqidah sebagai orang Islam. Adakah Nurul Izzah sudah punya ilmu yang tinggi dan mencapai tahap yang sepatutnya?

Mana ulama'-ulama' dalam Pas yang dikatakan kononnya ilmu agama cukup tinggi sehingga mencapai taraf ustaz dan tok guru bersuara mengenai isu aqidah ini. Adakah kerana Nurul Izzah adalah sebahagian daripada geng Pakatan maka apa sahaja yang dikatakan mereka diterima sahaja ulama' Pas.

Kenapa ulama' Pas ada double standard dalam menangani isu ini. Ustaz Fathul Bari telah bersuara memberi pandangan beliau yang selari dengan fatwa oleh Mufti Wilayah Persekutuan. Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Mohd Abduh Nik Aziz juga nampaknya senada dengan pandangan Fathul Bari mengenai isu ini.

Persoalannya sekarang adakah Nurul Izzah tetap mempertahankan kenyataan beliau atau meminta maaf kepada seluruh umat Islam terutama umat Islam di Malaysia.

Kita tunggu dan lihat sahaja sandiwara anak pelakon utama Pakatan Rakyat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kenyataan Nurul Izzah Mengenai Kebebasan Agama...





1. Nurul Izzah dengan lagak seorang Ilmuan Islam telah mengeluarkan 'fatwa' beliau sendiri apabila mengatakan bahawa Orang Melayu boleh memilih agamanya sendiri. Malah beliau menyelar tindakan pihak penguatkuasa terhadap golongan LGBT kerana mengganggu privasi pengamal LGBT tersebut.

2. Seperti mana yang kita faham, Orang Melayu di Malaysia ini beragama Islam. Belum wujud lagi di Malaysia ini Melayu Buddha, Melayu Kristian, ataupun Melayu Hindu secara zahiriah. Sekiranya adapun itu adalah secara sembunyi-sembunyi dan jika diketahui oleh pihak berkuasa akan di ambil tindakan.

3. Namun begitu, Nurul Izzah dengan beraninya telah berkata "Orang Melayu boleh memilih agamanya sendiri" telah menghalalkan murtad di kalangan orang Islam. Merujuk kepada orang Melayu adalah merujuk kepada orang Islam itu sendiri. Dengan berkata boleh memilih agama maka beliau telah menghalalkan murtad (keluar agama Islam).

Untuk pencerahan dan informasi penuh sila KLIK SINI 

Gambar Bekas Banduan Dijulang..... Dunia Akhir Zaman...


Anwar Ibrahim seorang bekas banduan Penjara Sungai Buloh. Beliau pernah disabitkan kesalahan menggunakan duit negara untuk kepentingan peribadi. Anwar juga disabitkan kesalahan salahgunakuasa sewaktu bergelar TPM.

Memang sah Anwar Ibrahim bekas banduan. Tetapi masih ramai dikalangan penyokong beliau menyanjung tinggi bekas banduan ini. Gambar bekas banduan ini terus dijulang seolah bekas banduan tersebut seorang alim ulamak.

Kita juga percaya Anwar merupakan seorang homoseksual atau dengan kata lain penggemar seks bebas. Namun dia terus menjadi pilihan segelintir penyokong untuk diangkat sebagai seorang leader.

Kita juga tidak nafikan yang Anwar juga seorang penipu yang tidak pernah tepati janji. Lihat sahaja 16 september. Anwar kata mereka akan tukar kerajaan hingga menjual nama YdPA. Apa jadi kesudahanya? Semuanya penipuan besar oleh Anwar. Tapi gambar Anwar terus dijulang.

Wednesday 7 November 2012

Bra Berduri : Amaran Buat Lelaki Gatal...





Pakatan Rakyat Takut Kemenangan Barack Obama Membayangi PRU13???...

NEW YORK – Presiden Barack Obama berjaya mempertahankan jawatannya buat penggal kedua dengan memperoleh 281 undi pemilih – lebih 11 undi minimum yang diperlukan.
Obama yang dilihat ketinggalan di awal proses pengiraan undi, yang bermula sekitar jam 7 pagi tadi waktu Malaysia, melepasi garisan minimum 270 undi yang diperlukan kira-kira 12.20 tengah hari. Kedudukan itu meningkat kepada 281 kira-kira 20 minit kemudian dan dijangka mencecah paras 300 kerana ada negeri yang belum diketuai keputusan rasmi.
Pemilihan ini dilihat sebagai paling sengit dalam sejarah AS walaupun Obama menang dengan selesa empat tahun lalu dan muncul sebagai pemimpin kulit hitam pertama memenangi jawatan presiden pada 2008. Selain isu panas dan tiga debat nasional yang sengit, kedua-dua calon – Obama dan Mitt Romney, juga dilaporkan membelanjakan hampir RM6 bilion kali ini.
Di peringkat awal pengiraan undi, Romney yang mula dengan 'bergaya' dan mendahului Obama beberapa kali sepanjang lima jam yang lalu, memperoleh 203 undi pemilih.
UNDI PEMILIH:
Barack Obama: 281
Mitt Romney: 203
UNDI POPULAR: (Undi membabitkan 47 daripada 51 negeri/wilayah)
Barack Obama: 46,088,635 (49.2%)
Mitt Romney: 46,299,165 (49.4%)
Lain: 1,367,862 (1.5)
Laporan CNN menyebut Obama memenangi pemilihan kali ini, yang menyaksikan AS jelas berpecah dua, dengan gelombang sokongan kumpulan minoriti, wanita dan golongan moderat untuk kekal di White House buat penggal kedua.
Malah laporan CNN juga menyebut Obama mengatasi Romney dengan menyapu kejayaan di Ohio. Kejayaan di negeri itu memberikannya undi pemilih 271 berbanding 201 bagi Romney.
Sebaik sahaja Obama memperoleh sejumlah undi pemilih itu, penyokong presiden 'tenggelam' dalam arus kegembiraan di ibu pejabat parti Demokrat di Chicago, negeri kelahiran pemimpin itu.
Obama juga menang di Pennsylvania, Wisconsin dan Iowa – yang memberi tekanan ke atas Romney.
Bagaimanapun dari segi undi popular, Romney masih di depan. Beliau menguasai 49.4 peratus berbanding Obama 49.2 peratus.
Obama mengumpulkan 46,088,635 undi manakala Romney 46,299,165 undi. Calon bebas memperoleh 1,367,862 undi.
Keputusan empat negeri masih belum habis dikira. Ini termasuklah Florida yang menyediakan 29 undi pemilih
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.










Pilih Agama - Azmin Dan Khalid Samad Bela Nurul Izzah...


Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali hari ini membela kenyataan yang dibuat oleh Naib Pengerusi parti itu, Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataanya bahawa "orang Melayu juga diberi kebebasan memilih agama, selain agama Islam.

Sebaliknya Ahli Parlimen Gombak itu menyalahkan media kerana memutar-belitkan kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

“Itu (akhbar) Utusan Malaysia..Nurul Izzah tidak menyatakan demikian. Beliau telahpun buat penjelasan yang cukup jelas bahawa sebagai seorang muslim, kita terikat dengan undang-undang syariah, itu jelas.

“Apa yang dinyatakan oleh Nurul Izzah ialah bagi orang yang bukan Islam..kerana di dalam Islam, kita tidak boleh memaksa orang bukan Islam untuk menerima Islam. Kita tak boleh paksa. Tetapi bagi seseorang Muslim, kita wajib terikat dengan undang-undang syariah,” tegas beliau.

Izzah kelmarin, ketika menjadi panel sebuah forum di Subang, anjuran pergerakan Kristian memberitahu, orang Melayu diberi kebebasan penuh untuk memilih agama mereka, sekaligus membayangkan mereka harus diberi kelonggaran memilih agama selain Islam.

“Tidak harus ada paksaan di dalam agama. Bagaimanakah seseorang itu boleh berkata maaf.. ini (kebebasan agama) hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (untuk semua kaum),” kata anak perempuan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Izzah kemudiannya cuba menjernihkan keadaan dengan mengatakan, kenyataannya itu dibuat berdasarkan Al- Quran, ayat 256, Surah Al-Baqarah yang menyatakan "tiada paksaan dalam Islam".

Namun begitu kenyataannya itu tidak merujuk kepada keseluruhan pengertian ayat tersebut iaitu:

“Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui,” Surah Al-Baqarah, ayat 256.

MAZA Menyokong Kenyataan Izzah Mengenai Kebebasan Murtad???...


Agak pelik bin ajaib bila membaca kenyataan MAZA yang seolah-olah menyokong dan mengiakan kenyataan gila Nurul Izzah mengenai isu kebebasan bagi seseorang untuk beragama. Seperti ada sesuatu disebalik kenyataan MAZA yang seakan bertentangan dengan fatwa yang dikeluarkan oleh beberapa mufti negeri mengenai isu ini.

Memang ramai sudah maklum mengetahui beberapa fatwa atau kenyataan MAZA mengenai hukum yang agak mengelirukan umat Islam di negara ini. Bahkan sehingga satu tahap beliau dikaitkan dengan fahaman Wahabi apabila kenyataan yang beliau keluarkan agak berbeza dengan Ahlul Sunnah.

Di bawah ini adalah kenyataan beliau yang dipetik daripada Sinar Harian mengenai sokongan MAZA ke atas kenyataan sesat Nurul Izzah.

Tuesday 6 November 2012

Oppa Gangnam Style : Psy Buat Pengesahan Bakal Tiba Di Malaysia???...

Peminat lagu Gangnam Style di Malaysia pasti teruja apabila penyanyinya, Psy telah pun membuat pengesahan yang dia bakal hari di Future Music Festival Asia (FMFA) 2013.

Dalam sidang media khas untuk mengumumkan barisan artis yang bakal membuat persembahan, PSY adalah antara nama yang menjadi perhatian para peminat.

Kesemua artis yang diumumkan penganjur, Livescape, hari ini, adalah untuk persembahan hari kedua yang akan berlangsung pada 16 Mac 2013 di Litar Antarabangsa Sepang, KL.

Selain Psy, penganjur turut membawakan Fun., Bloc Party, Rita Ora, The Temper Trap, The Stafford Brothers, The Prodigy, Tenzin, Rudimental & Borgore.

Semestinya, peminat Psy tidak sabar untuk turut serta di dalam konsert itu nanti.

Nampaknya demam Gangnam Style seperti tidak akan surut dari dunia hiburan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Suara Berani Nurul Izzah... Tapi Kenapa Dia Tidak Masuk Kristian????...


Mungkin ramai gempar dan marah dengan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR); Nurul Izzah Anwar bahawa rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan pekara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu.

Ini berarti orang Melayu juga mesti bebas untuk keluar dari Islam dan memeluk apa juga agama yang dipercayainya atau tidak berpegang kepada sebarang kepercayaan agama.

Pandangan ini mungkin dianggap luar biasa kerana secara tradisinya orang Melayu Malaysia semestinya beragama Islam berbanding dengan di Indonesia dan kenyataan ini menandakan sedang berlakunya perkembangan pluralisme agama secara serius di kalangan umat Islam di negara ini.

Mungkin ramai generasi muda yang sependapat dengan Nurul Izzah tetapi hanya beliau yang berani menyuarakan provokasi terhadap tradisi. Beberapa penjelasan darinya akan menyusul kelak berikutan dengan timbulnya kemarahan ramai.

Pada hakikatnya paksaan agama tidak akan menyebabkan seseorang itu beriman. Biarpun dipaksakan, dimurtadkan atau disingkirkan dari masyarakat Islam, tetapi hal ini tidak akan dapat mengubah pendirian hati atau fikiran seseorang, kecuali hanya pada lahir; pada pengucapan atau amalan-amalan yang terpaksa dilakukan mengikut norm.

Hukuman di bawah syariat Islam hanya memberi kesan dari segi untuk mencegah pertukaran agama seseorang Melayu Islam yang akan menjadikannya sebagai sebagai deviant dalam masyarakat Islam, tersingkir dan terlihat sebagai seorang yang bersalah dalam masyarakat Islam.

Tidaklah dapat dinafikan penguatkuasaan Undang-undang Syariah dari masa ke semasa telah menyebabkan orang Melayu tidak menukarkan agama mereka dengan sewenang-wenang dan menyebabkan agama Islam tetap berkembang dan kuat di negara ini.

Kenyataan Nurul Izzah boleh dianggap sebagai suatu kenyataan yang berani dan dibanggakan oleh orang Islam yang liberal sepertinya yang selama ini mendiamkan diri dan tentunya menaikkan popularitinya di kalangan bukan Islam dan juga pengundi-pengundinya.

Nurul Izzah walaupun berhijab tetapi telah mendedahkan dan menampilkan dirinya sebagai seorang wanita Islam yang mahu berjuang meruntuhkan tradisi beragama di negara ini. Sehingga ini belum ada seorang wanita Melayu Islam yang seberani dan senikat ini. Penampilan beraninya tentu akan mengalakkan lebih ramai wanita Islam mengikut jejaknya.

Khalid Samad Bengang Dengan Tun Faisal Mimpi Ngeri 2008 BN Tak Akan Berulang... @NajibRazak



hahahahahahahaha!!! Lu orang tengok reaksi muka Khalid Samad (Pas) dengan Dr. Mad Nor Manutty (PKR) bila kena smash dengan Tun Faisal...

Monday 5 November 2012

Sejauh Mana Rasional Anda Tentang Lynas?


Nampaknya ramai para pekerja Lynas sendiri sudah tidak tahan mendengar fitnah dan pemesongan fakta yang terus-menerus disebarkan dan kini mereka sendiri memberi gambaran sebenar tempat kerja mereka seperti yang dipaparkan di dalam akhbar-akhbar hari ini.

Sudah tentu kumpulan NGO anti-Lynas akan menidakkan pendapat mereka, tetapi bolehkah kita sewenang-wenangnya menolak pemerhatian dan pengalaman mereka untuk pendapat-pendapat "pakar-pakar nuklear segera" ini?

Apatah lagi pemimpin NGO tersebut khabarnya hanyalah merupakan seorang guru sekolah biasa berbangsa Cina dan bukannya seorang pakar radioaktif terkemuka yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Persoalannya, apakah kilang Lynas itu benar-benar merbahaya untuk para penduduk sekitar kawasan terbabit dan tuduhan tersebut adil kepada semua pihak?

Mari kita sama-sama fikirkan secara adil dan rasional…

Pertamanya, kilang itu telah pun diperiksa oleh jurutera-jurutera Perkhidmatan Industri dan Tenaga Atom Licensing Board (AELB) dan setelah dipantau pakar-pakar dari Agensi Tenaga Atom Sedunia (IAEA).
Hasilnya, mereka sebulat suara menyatakan bahawa kilang tersebut adalah selamat untuk beroperasi sepenuhnya dan sama sekai tidak akan menjejaskan kehidupan mana-mana kehidupan bernyawa di sekitarnya.

Susah sangatkah NGO itu untuk memahami kenyataan AELB dan IAEA tersebut, atau mereka lebih tinggi kepakaran dalam hal ehwal atom, nuklear dan radioaktif berbanding agensi-agensi yang diiktiraf dunia itu?
Apakah NGO itu cuba mencabar kewibawaan dan kepakaran agensi-agensi yang selama ini sering bergelumang dengan radiasi, radioaktif, atom dan nuklear tersebut?

Ustaz Fathul Bari : 'Soi Lek Persoal Hudud Versi Pas'...


SHAH ALAM – Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebelum ini yang mengecam pelaksanaan hudud adalah berdasarkan kajian dan analisis ke atas enakmen hudud yang mahu dilaksanakan Pas di Kelantan dan Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, sebagai bukan Islam, rujukan Soi Lek adalah berbeza kerana beliau merujuk kepada ekonomi, keamanan dan pendapatan negara jika hudud dilaksanakan.

Menurutnya, oleh sebab maklumat yang tidak tepat itu, Soi Lek sering mengeluarkan kenyataan yang keras mengenai hudud.

Menurutnya, atas inisiatif sendiri, Ilmu mengadakan pertemuan dengan Soi Lek dan beberapa pemimpin MCA lain bagi menerangkan isu ini.

“Beliau (Soi Lek) faham dan menghormati bahawa hudud adalah undang-undang Islam dan seluruh umat Islam patut menerima hudud. Beliau juga faham Islam adalah agama Persekutuan.

“Apa yang beliau tentang adalah hudud versi Pas yang dilihat berat sebelah, beliau risau berlaku diskriminasi contohnya jika berlaku kecurian. Pencurinya seorang Islam dan bukan Islam. Jika cukup bukti, seorang dipotong tangan dan seorang lagi tidak, ini memberi implikasi besar kepada rakyat dan negara,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ditanya sama ada Soi Lek menerima hudud dilaksanakan ke atas semua rakyat, Fathul menjelaskan Soi Lek mendukung prinsip demokrasi.

“Jika majoriti rakyat mahukan hudud untuk semua, maka beliau terima, jika majoriti mahu hudud versi Pas juga beliau terima, negara kita negara demokrasi,” katanya.

Sunday 4 November 2012

Puaka Niring : Kompilasi Cerita-cerita Seram...

[Video] : Pemandu Kurang Ajar Langgar Penunggang Motosikal...

Maya Karin Dilantik Duta Pakaian Dalam???...




Akhirnya rahsia kerampingan badan Maya Karin berjaya diketahui juga.

Rupa-rupanya, Maya Karin ialah duta pakaian dalam Sorella.

Kalau tak silap Abang Nara, Sorella nie ada jual corset yang selalu digunakan wanita untuk menguruskan badan.

Jam 4 petang hari ini, Maya Karin akan bertemu dengan peminatnya di Pavilion untuk sesi beramah mesra yang dianjurkan oleh Sorella.

Mungkin Maya akan berkongsi sedikit tips-tips menjaga badan untuk kaum Hawa.

Nasib baik Abang Nara lelaki, kalau tak mesti dah join dah. Hehehe ~~

Pasti ramai yang jeles dengan kemulusan tubuh Maya Karin di dalam gambar di bawah.

Jeles pun tak guna kalau tetiap hari melantak bagai tak ingat dunia. Tak gitu? (Beautifulnara.com)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers