Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 9 November 2012

Hasan Ali Dakwa PAS Rendahkan Martabat Sultan Selangor....


Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Dr. Hasan Ali membidas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad kerana dilihat seakan-akan mahu menasihatkan Sultan Selangor berhubung kenyataan kontroversi membabitkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar.

Beliau yang juga Presiden JATI mendakwa, Dzulkefly seolah-olah cuba menasihatkan Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya memperolehi gambaran yang jelas sebelum membuat sebarang kenyataan mengenai isu itu sekali gus merendahkan martabat baginda yang terkenal dengan sifat berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Biasanya baginda akan merujuk kepada mereka yang berautoriti untuk mendapatkan kepelbagaian pandangan dan setelah itu membuat satu keputusan dan rumusan setelah dihadam selumat-lumatnya.

"Agak lucu bagi saya apabila Dzulkefly menyatakan beliau cukup rapat dengan Sultan. Sejak bila beliau rapat dengan Tuanku?. Saya tidak pernah melihat batang tubuhnya dalam majlis yang melibatkan baginda khususnya dalam acara-acara membabitkan Islam dan adat istiadat Melayu selama ini," katanya.

Sehubungan itu, Hasan berkata, beliau berasakan Dzulkefly telah meletakkan dirinya terlalu tinggi hingga berani membuat kenyataan yang melibatkan Sultan Selangor seperti itu.

Dakwanya, Dzulkefly kini seorang ahli politik yang bersekongkol dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta parti DAP dan suaranya adalah bayangan suara Anwar.

"Sebab itu bila anak Anwar mengeluarkan kenyataan "carbon copy" ayahandanya, antara pimpinan PAS yang melompat mempertahankan pendirian Nurul Izzah ialah Dzulkefly," dakwanya lagi.


Media sebelum ini melaporkan PAS menawarkan diri untuk menghadap Sultan Selangor bagi memberi penjelasan berhubung kenyataan kontroversi Nurul Izzah mengenai hak kebebasan beragama termasuk kepada orang Melayu.

Dzulkefly dipetik berkata, inisiatif berkenaan diambil kerana parti sekutu pakatan pembangkang itu yakin Sultan Selangor tidak mendapat maklumat yang tepat mengenai kenyataan Nurul Izzah.


"Maklumat yang sebenar mungkin tidak dijelaskan oleh Mais (Majlis Agama Islam Selangor) kepada Sultan Selangor. Saya cukup baik dengan Sultan. Saya sendiri boleh bawa kenyataan sebenar Nurul Izzah kepada Sultan," katanya seperti dilaporkan. 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.







1 comment:

  1. 'Saya cukup baik dengan Sultan'. muahaha ayat ni mmg tak boleh tahan. Takpe Dato bagi jalan pada 'konco' Sultan utk menghadap. hehehe kot-kot la Sultan suka dengar dia gebang sambil minum teh tarik segelas dua...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers