Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 21 July 2012

[Video] Ustas Kazim : Islam Diutamakan Bukan Putrajaya...

Astaga, Gadis Cuci Motor Kini Wujud Di Bumi Selangor Pimpinan PKR...

  
  
Wow!! Gadis-gadis Melayu Cuci Motor Di Damansara .......

Acara jamu mata ....... satu acara baru yang diperkenalkan oleh pemerintah baru negeri Selangor. Idea baru PKR dan PAS untuk menarik golongan muda menyertai mereka ..........

Seronok lebai-lebai PAS dan PKR menonton aksi gedik mereka .........

'Damansara Gedik' ........ made from PKR n PAS .........













Tadi made tengah lunch dengan client kat Plaza Damas, Hartamas, LG nampak couple naik motor plat BFS 90, kaler pun sebijik dengan gamba atas tue!

Yang bonceng boleh tahan seksi gaks, tapi yang bawak motor siap pakai vest ade logo PKR lagi.., orang Pkr agak nyer. Tangan LG tadi penuh dah carry files and documents baru collect dari client, tak sompek nak snap foto, isshh..! rugi..

Tu ler dok godek laptop, terjumpa balek gambar2 motor BFS 90 yang kena "gomol" dengan ramai aweks aweks melayu seksi giler..! Ingat lagi tak blog LG pernah buat article pasal nie dulu..??

Friday 20 July 2012

[Video] : Fathul Bari Ciri-ciri Pemimpin Yang Perlu Ditolak...

Islam Bagi Pas Hanyalah Merupakan Satu "Jenama Politik".


Jenama untuk memancing undi, Bukan untuk melaksanakannya.

PAS guna nama Islam hanya untuk memperdaya dan menipu rakyat bagi meraih undi.

PAS guna nama Islam bagi menghalalkan penipuannya.

PAS guna nama Islam bagi membolehkan mereka menjanjikan syurga untuk pengikutnya.

PAS guna nama Islam supaya mereka boleh buat hukum-hukum dan ubah hukum-hukum mengikut selera politik sesat mereka.

Dulu PAS kata "haram dan kafir sekiranya berkongsi kuasa dengan kafir untuk memerintah".

Dulu PAS kata "tidak ada perpaduan dengan orang-orang kafir". (Hj Hadi 1985)

Dulu PAS kata "Pemerintah yang tak melaksanakan hudud bererti menolak Islam".

Dulu PAS kata "Perlembagaan Negara adalah perlembagaan kafir tinggalan penjajah dan menentang UMNO kerana mempertahankan dan mengamalkan perlembagaan tersebut".

Dulu PAS kata "PAS hanya akan guna Al Quran dan Hadis sebagai Perlembagaan Negara dan sumber rujukan".

Tapi sekarang PAS dah ubah hukum-hukum yang mereka buat dulu.

PAS dah bersetuju untuk berkongsi kuasa dengan kafir DAP dan PKR.

PAS dah bersetuju dan berjanji dengan Kafir DAP dan PKR untuk sama-sama pertahankan dan amalkan perlembagaan negara sedia ada dan menggunakan Buku Jingga sebagai panduan untuk memerintah sekiranya PR menang PRU akan datang.

PAS dah pun istihar bersama kafir DAP dan PKR bahawa hudud bukan agenda perkongsian kuasa PAS/DAP/PKR.

Malah PAS sanggup menjual nama Allah kpd kafir untuk meraih undi.

APA LAGI YANG PAS BELUM PUTAR BELIT ATAS NAMA ISLAM??

APA LAGI YANG PAS TAK TIPU ATAS NAMA ISLAM??

Siapa Berani "Superimpose" Gambar Nik Aziz Sembah Diri Sendiri Ni?



Isu gambar Nik Aziz meletakkan gambarnya sedang menangis dalam pejabatnya telah diperkatakan oleh beberapa blog.

Namun disebalik gambar menangis tersebut ada lagi rahsia yang terkandung dalam foto yang disebarkan oleh blog-blog pembangkang ketika kehadiran Abby Abadi ke pejabat Nik Aziz.

Cuba perhatikan objek dalam bulatan merah. Tidakkah ianya adalah SEJADAH. Jika benar ianya sejadah, kenapa sejadah tersebut mengadap gambar Nik Aziz yang sedang menangis?

Thursday 19 July 2012

Peranan Media Baru Dalam Menentukan Kemenangan PRU13... @AntaraPos @TunFaisal

Hari ini bertempat di Hotel De Palma, Seksyen 19, Shah Alam berlangsung satu diskusi meja bulat yang dianjurkan oleh portal Antarapos bertajuk "Peranan Media Baru Dalam Menentukan Kemenangan PRU13".
Antara panel yang dijemput oleh portal Antarapos ialah Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Tun Faisal Ismail Aziz, ADUN Sri Muda yang juga Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie dan bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) dan juga seorang ahli DAP Hatta Hawari. Manakal moderator adalah daripada Antarapos sendiri.
Topik yang dibincangkan agak menarik untuk dikupas namun moderator terlebih dahulu mengingatkan panel yang hadir bahawa diskusi meja bulat kali ini bukanlah pentas perdebatan tetapi lebih kepada perbincangan dan percambahan minda berkaitan topik yang diberi.
Dapat diperjelaskan di sini hampir ketiga-ketiga ahli panel bersetuju bahawa media baru berperanan dalam mempengaruhi pola dan corak pemikiran serta landskap politik terutama pengundi muda lebih-lebih lagi menjelang PRU13 yang akan datang.
Cuma sekarang perbezaan yang ketara penguasaan media media baru ini tidak lagi dikuasai serta dimonopoli sepenuhnya oleh pihak pembangkang seperti tahun 1999 ketika reformasi sedang hangat ketika itu dan kemenangan besar Pakatan Rakyat dalam PRU12 pada tahu 2008. Ini kerana pihak kerajaan dan BN terutama peranan yang dimainkan Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO sikit sebanyak telah mengimbangi kekuatan media baru pembangkang.
Ini diakui sendiri oleh ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafie ketika ditanyakan soalan berkaitan oleh moderator. Menurut beliau, kemunculan secara mendadak pengamal media sama ada sebagai twiterian, facebooker atau pun blogger mula menenggelamkan kekuatan blogger pakatan sebelum ini.
Namun, Shuhaimi juga melahirkan rasa tidak selesa dengan kaedah yang digunapakai blogger-blogger Pro-BN yang dilihat banyak menggunakan bahasa yang kasar dan lucah dalam artikel yang dikeluarkan. Namun kenyataan ini kurang dipersetujui oleh Pengerusi UMB kerana menurut beliau templet yang digunapakai blogger Pro-BN adalah diwarisi daripada apa yang pernah dilakukan oleh blogger-blogger pembangkang sebelum ini seperti contoh penggunaan "Mahazalim" dan "Mahafiraun" terhadap mantan Perdana Menteri Tun Mahathir.
Panelis ketiga pula, Hatta Hawari mencadangkan agar ditubuhkan "Majlis Media" seperti yang terdapat di negara India dan Indonesia agar dapat mengawalselia tindak-tanduk pengamal media sosial di negara ini. Namun, cadangan ini kurang dipersetujui oleh Tun Faisal dan Shuhaimi Shafie kerana mereka berpandangan dengan penubuhan Majlis Media ini kelak akan menyebabkan terjadinya sekatan kepada kebebasan menulis, bersuara dan menyampaikan apa yang terbuku dalam hati seseorang individu dalam memberi pandangan.
Kesimpulan daripada perbincangan ini hampir semua ahli panel bersetuju agar pengamal media baru lebih bertanggungjawab dalam melaporkan sesuatu perkara dan berharap rakyat Malaysia yang menjadi penerima maklumat agar lebih matang dan menyelidiki dahulu sebarang berita yang diterima.
Sekian, melaporkan dari lokasi terima kasi. - Kulaan Niring -
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Siapa Untung Jika Anwar Bersara?


RASANYA lebih ramai akan ketawa atau paling tidak senyum sinis berbanding dengan mereka yang terharu jika Anwar Ibrahim mengambil keputusan bersara daripada arena politik sekiranya Pakatan Rakyat (PR) gagal ke Putrajaya selepas PRU13.

Malah saya yakin segelintir mereka yang terharu mengalirkan air mata. Cuma air mata dimaksudkan seperti ungkapan dalam bahasa Inggeris, "crocodile tears". Tapi lawak mengenai persaraan ini dipertingkatkan lagi Anwar kerana kononnya selepas itu dia mahu kembali menjadi pensyarah.

“Nak balik jadi pensyarah di Yayasan Anda ke?” sindir seorang wartawan yang kebetulan bersama saya tatkala topik ini timbul. “Yayasan Anda dah lama tenggelam. Hanyut bersama idealisme asal Anwar,” jawab saya. Apa pun Anwar memang kaya dengan idealisme.

Baginya pemimpin lain, tidak mempunyai idealisme. Jika tidak masakan tatkala saya menyerahkan buku karangan saya "Tunku – Idealisme Dalam Kenangan" di pejabatnya ketika beliau menjadi Menteri Kewangan, Anwar yang duduk pada jarak, persis Maharaja China purba dengan khadamnya menoleh kepada pembantunya dan berkata, kira-kira begini: “Tunku ada idealisme ke?”

Itu kisah lama dulu ketika Anwar hanya beberapa tapak lagi menjadi Perdana Menteri dan melihat dirinya sebagai pembawa panji perubahan, bukan sahaja Malaysia, malah Asia sebagaimana yang disebut dalam buku "The Asian Renaissance". Namun, idealisme tersebut sudah lama lenyap sebagaimana lenyapnya Yayasan Anda.

Yang masih berbaki hanyalah idealisme untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Malah idealisme yang satu ini juga nampaknya sedang menempuh hari-hari terakhir. Sebagai ahli politik, Anwar suka bercakap. Malah sebelum jadi orang politik pun, Anwar memang suka bercakap.

Anwar cakap penuh dengan keyakinan, memukau dan mudah dipercayai mereka yang mendengarnya. Jika tidak, masakan ramai mempercayai ada orang yang mati kebuluran di Baling. Sehingga beberapa minggu lalu Anwar masih lagi begitu yakin umpannya mengenai penghapusan pinjaman PTPTN, subsidi minyak, itu percuma dan ini percuma akan mengena.

Namun masa yang beredar menunjukkan Pakatan Rakyat kian kehilangan tapak kalangan pengundi. Tak pasti sama ada jemaah Pas menganggap Anwar sebagai aset atau hal sedemikian tidak dikongsi secara menyeluruh.

Namun, sudah ada suara-suara yang mengatakan beliau adalah sebenarnya liabiliti buat parti tersebut. Bagi pemimpin Pas yang menyokong Anwar mereka mungkin terlupa betapa kebanyakan penyokong parti adalah bukan ahli politik.

Mereka tidak memerlukan strategi politik tetapi melihat Pas sebagai satu wadah perjuangan agama Islam yang tidak mudah tercemar daripada perkara yang songsang hukum. Justeru mereka mempersoalkan apakah Pas hari ini sama seperti Pas dulu yang bersendirian dalam memperjuangkan pembentukan sebuah Malaysia yang ditakrifkan sebagai sebuah negara Islam
menurut acuan parti tersebut?

Atau apakah acuan itu kini sudah diubahsuai untuk turut sama memuatkan ramuan negara Islam ala-Anwar Ibrahim dengan diadun bersama sedikit rempah ratus DAP? Di sebalik cita-cita menjadi Perdana Menteri, tiada sesiapa dapat menafikan Anwar adalah pemimpin yang ‘extraordinary personality’. Pada zaman kemuncaknya, kehadiran Anwar di atas pentas menjamin kehadiran 50,000 orang.

Pendek kata ada yang sanggup berpimpin serta datang bertongkat. Tetapi hari ini kalau ada 5,000 yang hadir, boleh dikira bagus. Dulu Anwar adalah "darling" media Barat, dan mungkin juga dunia dan pemimpin Barat. Apa sahaja yang dikatakan Anwar diterima dan disebarkan kepada dunia. Tapi itu dulu.

Hari ini, baik Barat mahupun Timur dan hatta dalam Malaysia sekalipun, semakin ramai yang kurang mempercayai Anwar. Justeru apabila Anwar mengatakan akan bersara sekiranya Pakatan Rakyat tewas dalam PRU13, atau dengan kata lain gagal menjadi Perdana Menteri maka ramai yang menganggapnya sebagai satu lagi lawak jenaka.

Anwar cukup menyedari ramuan yang harus ada sekiranya dia mahu mengejar mimpi ke Putrajaya iaitu kesatuan antara partinya PKR dengan DAP dan Pas dan kesatuan antara DAP dan Pas sendiri. Misinya sebagai pendamai bukan mudah kerana menyatukan Pas dengan DAP adalah ibarat cuba mencapai persefahaman antara itik dan ayam.

Apakah ketidakpastian seperti ini menyebabkan Anwar semacam mengangkat bendera putih awal-awal lagi? Atau apakah ia satu lagi strategi Anwar untuk setidak-tidaknya merealisasikan idealisme yang satu ini?

Apapun, sekiranya Anwar benar-benar sudah dapat meneka kegagalan Pakatan Rakyat dan sudah mula ‘cover line’ lalu dikatakan mahu bersara, maka apa yang pasti rakyat Malaysia tidak akan terkilan? Mereka menduga berbanding beberapa kerat dalam PR yang akan memujuk agar Anwar mengubah pendiriannya.

Wednesday 18 July 2012

New "King of Blogger" Pro-BN... Biar Betul @milosuam Nie...


Terkejut jugak gua bila sehari dua nie heboh dalam dunia blogosfera pasal citer tahta "Numuro Uno" sudah bertukar tangan sampai blogger pembangkang yang tak berapa suka ambik port sangat dengan ranking kecuali blogger-blogger Pro-BN yang begitu bergantung dengan kedudukan ranking untuk mendabik dada dan bercakap besar bukan setakat sesama blogger tetapi dengan pak-pak menteri dan mak-mak menteri pun tumpang sekali membawa mulut dan bercerita di dunia sebelah sana.


Kejayaan blogger APA merampas tahta sebagai Blogger No. 1 Pro-BN merupakan sesuatu yang sangat unik untuk diperkatakan kerana blogger APA telah memintas blogger Numuro Uno sebelum ini yang pernah menghadiahkan blogger APA dengan dua bijik penumbuk di muka namun masih belum tumbang "Orang Tua" nie [KLIK SINI].




Namun sebagai orang yang lebih tua dan berakal, blogger APA tidak membalas tumbukan blogger numuro uno dengan tumbukan juga tetapi membalasnya secara "gentleman" di alam maya dengan tumbukan TKO bila kerusi empuk No.1 sudah bertukar tangan. Kat bawah ni gua cedok skit apa yang Milo Suam-suam Kuku dok kata (bukan gua kata)... Untuk cerita selanjutnya [KLIK SINI]


Meskipun kita tahu dan sedar selama ini blogger gerombolan songkok tinggi, memang gemar menggunakan isu lucah untuk meraih sokongan rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional.

Namun ada kisah peribadi dalam isu liwat direkacipta oleh Papa Gomo ini, dan telah ReJaM© dedahkan dalam Twitter sebelum ini.

source : http://milosuam.blogspot.com/2012/07/kantoi-tujuan-papa-gomo-cipta-fitnah.html

Isu liwat terbaru ini sebenarnya direkacipta oleh Papa Gomo untuk menaikkan rangking blognya yang saban hari semakin menjunam. Kenapa Papa Gomo begitu beriya-iya menaikkan kembali rankingnya?

Masih ingat kisah seorang blogger Pro BN berusia 53 tahun yang ditumbuk mukanya oleh Papa Gomo sebelum ini? Rujuk sini [Papa Gomo tumbuk blogger].

Blog tersebut sebelum ini mengekori rapat di belakang Papa Gomo dari segi kedudukan ranking pengunjung blog pro BN, namun kini blog beliau sudah merampas tahta nombor 1 yang selama ini dipegang oleh Papa Gomo rujuk sini [APA].

Sebab itulah Papa Gomo meroyan merekacipta fitnah baru untuk menaikkan ranking blognya. Kalau dilihat, taktik ini saling tak tumpah seperti yang dilakukan oleh seorang lagi blogger pro BN sebelum ini.

Blogger itu sengaja merekacipta fitnah gambar aksi seks pemimpin Parti Islam, PAS untuk menaikkan traffic rujuk sini [Aksi Seks].

Blogger itu begitu seronok sehingga tahap meroyan apabila MiLo SuaM mendedahkan fitnahnya dan secara tidak langsung mempromosikan blognya. Siap berterima kasih kepada MiLo SuaM kerana mempromosikan cerita fitnahnya [Twitter].


Lensa Niring : Papan Tanda Jalan Paling Unik Di Malaysia...


Asalkan bukan anwar ibrahim.. hehehe....

Kisah Dari Seorang Anak FELDA Yang Buat Pemimpin Pembangkang Meroyan....



Ayah aku berkerja dengan Felda sebagai Juru ukur .
Dari 1967 hinngga lah 1980 dia bertugas dimerata semenanjung Malaysia
Mengukur tanah Rancangan yang akan dibuka.

Sehingga emak aku kata “ asik ukur tanah orang jer, bila nak ukur tanah sendiri ?”
Jadi pada 1981 Ayah dan emak aku buat keputusan masuk Felda.
dapat tanah Rancangan Felda tanaman Getah di Segamat Johor.

Awal-awal masuk Felda masa tu umur aku baru 7 tahun.
Hanya rumah papan yang simple Cuma da 1 bilik tidor , ruang tamu dan bilik air diluar rumah. Keluasan tanah rumah lebih kurang suku ekar. Boleh la nak bercucuk tanam dan tanam pokok dusun.

Diberi tanah ladang sebanyak 10 ekar.. masa tu blum boleh kutip hasil sebab pokok getah masih kecil, baru 1 tahun ditanam( pokok getah kena tunggu sampai sekurang-kurang 5 tahun baru boleh di toreh) .

Pasarana seperti air dan Api tak ada, Malam ayah akan pasang lampu pump gasoline cap ”buterfly” yang berasaskan minyak tanah.

Air kami biasanya akan mandi atau ambil di perigi bawah bukit depan rumah sebelahan tanah perkuburan.(jumpa pucung terlompat-lompat masa nak mandi pagi kul 5 g skolah pon pnah derr..) Atau pergi ke sungai berdekatan (dekat tak dekat la biasa jalan kaki 2 kilometer baru sampai).

Selama menungu Pokok getah boleh di tuai hasilnya. Felda menyediakan wang sara hidup kepada peneroka-peneroka, selain dari itu kedai G-Mart milik Felda menyediakan system hutang untuk peneroka membeli barang seandainya kekurangan duit. Dengan harga yang sangat rendah peneroka dapat hidup dgn sempurna membeli barang dar kedai G-Mart.

Kehidupan Felda perlukan mental dan fizikal yang kuat. Kesempitan duit adalah pekara kedua kerana didalam felda kami mengamalkan siakp gotong royong dan amalan kemasyarakatan yang kuat. Sebarang kesusahan akan cuba diselesaikan bersama-sama.

Malahan amalan ibadah seperti bacaan Yasin akan dibuat setiap malam jumaat bergilir-gilir setiap rumah mengikut blok penempatan sepanjang tahun. Dan amalan itu masih berjalan sehingga kini. Hidup dalam Felda ibarat adik beradik , susah sama diinjing senang sama di junjung. , sehingga awal 1986 barulah pasaranan seperti Air , Api dan Telephon masuk ke rumah-rumah di Rancangan Felda tempat kami.namun kehidupan kami dibela oleh ayah dan emak amat mencukupi sebagai anak felda, nak gi skolah jauh gak jalan kaki 5 kilo , tp tu biasa arr , anak felda mmng lasak ..namun apa yang disediakan oleh kerajaan pada kami sudah lebih dari cukup,ada sekolah , klinik, balai polis, temapt riadah mcm padang bola , padang gasing, malahan dikalangan kami diberi macam-macam bantuan oleh kerajaan dan agensi lain, yang cerdik dihantar belajar ke Asrama Felda Bukit Nenas, yang kurang diberi latihan Vokasional oleh Felda melalui MARA dan ILP, gerakan MBFM , sentiasa memimpin belia Felda kearah peningkatan kemajuan Intelek dan Ekonomi.Alhamdullilah Felda adalah Syurga bagi rakyat Malaysia yang terpilih..

Menguruskan kebun dan ladang juga dibuat bersama-sama. Atas selian Felda. Membaja tanaman meracun rumput adalah rutin harian peneroka bersama-sama. Peneroka akan berpakat2 dan membuat plan kebun mana nak di usahakan dulu ikut giliran..

Sehingga lah tanaman dapat dituai.. kadar harga getah tidaklah berapa tinggi sekadar RM.0.50 sekilo sehinnga paling tinggi RM1.50 sen sekilo, selama 1986-2006

Namun rezeki telah tiba kepada para peneroka Felda tanaman Getah pada tahun 2008 harga getah naik mendadak sehingga kini masih dalam lingkungan tinggi. Diwaktu ini ramai peneroka telah bersara dan melayan anak cucu. Jerih penat diorg akhirnya terbalas berkat usaha mereka dan juga kebijaksanaan Kerajaan Barisan Nasional mencipta Felda dari Idea Tun Abdul Razak, kini DS Najib menjadi penyambung warisan perjuangan Ayahndanya memberi impak dan kesan yang lebih baik kepada keluarga peneroka Felda. Melalui penyenaraian FGVH di bursa , peneroka Felda mengorak langkah sebagai pemegang saham antara terbesar dunia. Kemajuan yang dicapai dalam Felda membuktikan betapa persepakatan dan perpaduan bangsa mampu membawa kesan yang baik kepada kemakmuran ekonomi sesuatu bangsa.

Agihan Kerusi Parlimen - DAP Halang Cita Anwar Jadi PM


DAP sekali lagi menghalang impian Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Ini katanya, berikutan dominasi DAP dalam pembahagian kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi.

DAP dilaporkan akan meletakkan calonnya di 90 kerusi Parlimen manakala PAS dan PKR masing-masing 60 kerusi, sepertimana didedahkan oleh akhbar Utusan Malaysia hari ini.

"Pengagihan tersebut jelas memberi kuasa majoriti kepada DAP jika pakatan pembangkang memenangi PRU ke-13 dan sekaligus hasrat mereka mahu melantik bukan Melayu sebagai Perdana Menteri akan tercapai," tegasnya.

Justeru katanya, impian Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk menjadi Perdana Menteri akan berkubur.

Sambil menyifatkan DAP sebagai 'duri dalam daging' kepada Anwar, Syed Ali berkata Ketua Pembangkang itu sebenarnya tidak mempunyai kredibilti untuk diangkat sebagai pemimpin.

Menurutnya, pembahagian kerusi itu juga membuktikan DAP tidak pernah ikhlas terhadap sekutu mereka dalam pakatan pembangkang, iaitu PKR dan PAS.

"DAP hanya menjadikan PKR dan PAS sebagai keldai politik bagi menghadapi pengundi Melayu pada pilihan raya akan datang," ujarnya.

Sebelum ini kata Syed Ali, Karpal Singh pernah berkata bahawa cita-cita beliau ialah mahu bukan Melayu (DAP) dilantik sebagai Perdana Menteri.

"DAP tidak ada cara lain untuk mematikan kerjaya politik Anwar, kecuali menggunakan PRU ke-13," tegasnya lagi.

Oleh sebab itu katanya, berdasarkan pembahagian kerusi Parlimen mengesahkan bahawa DAP sememangnya mahu menyekat cita-cita politik Anwar.

"Secara tidak langsung impian besar Anwar untuk menjadi Perdana Menetri awal-awal lagi telah dihalang oleh DAP," tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali bersetuju dengan pandangan Datuk Seri Mohd. Najibh Tun Razak bahawa pemimpin yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri mesti bebas daripada masalah moral.

Katanya, penjelasan Perdana Menteri semalam sekaligus menmbuktikan bahawa negara ini hanya memerlukan pemimpin yang berhemah dan berwawasan, bersih daripada gejala moral dan tidak bersifat pengecut.

"Najib tidak sebut siapa orang itu, tetapi pada hemat saya pemimpin yang sering dilanda musibah dengan masalah moral yang menjijikkan adalah Anwar," tegasnya.

Tuesday 17 July 2012

Puaka Niring : Misteri Syiling Emas Era Perang Salib Ditemui...


TEL AVIV: Satu tempayan syiling emas daripada era Perang Salib yang bernilai hingga AS$500,000 (RM1.58 juta) ditemui tertanam dekat sebuah kubu purba tentera Rom di Israel.

Syiling emas itu ditanam tentera Kristian atas arahan kumpulan panji-panji satria ketika tentera Kristian berdepan serangan berterusan daripada angkatan tentera Islam yang besar.



Kumpulan panji-panji satria itu ditewaskan pada April 1265.

Syiling emas itu yang mempunyai nilai tinggi walaupun pada tahun 1265 dan disangka ditanam - sebenarnya disembunyikan dalam sebuah tempayan pecah bagi mengelakkan ia ditemui.


Kubu berkenaan juga dimusnahkan pada April 1265 oleh tentera Mamluk yang menewaskan tentera Salib dan harta itu hanya terselamat berikutan buah fikiran seorang daripada tentera Kristian.


“Ia ada dalam tempayan kecil yang sebahagiannya pecah,” kata Oren Tal daripada Universiti Tel Aviv kepada Fox News.

Abby Abadi Tepuk Dahi Pikir Masa Depan... @abby_abadi112


Kata dah insaf dan mencari Islam, apakah Abby jumpa Islam di himpunan ISA : apakah Abby tahu apa itu ISA :: Bukan ISA SAMAD Abby!!!! Isa Samad dah kahwin dgn Bibi. Carilah Islam dengan mendirikan solat 5 waktu dahulu dan carilah dari tuan-tuan guru bukan di demonstrasi. 

(Budak terajang polis pun ada kat sebelah) Jangan cari pasal Abby, takut nanti sampai ke tahap bawa pedang samurai , sebab gaya ke arah itu sudah nampak bunga-bunganya, kembalilah ke jalan asal. 

Janganlah kerana dendam pada Norman dan Memey kamu jadi sesat. Lupakan Norman dan Memey kerana mereka telah bahagia. Jangan terperangkap dengan pujuk rayu Azhar Idrus tuh.... Dia pun satu hari akan bawa pedang samurai juga.

3 Nilai Buruk Pembangkang...


Tiga Nilai Buruk Pembangkang

Gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat baru-baru ini supaya menolak pembangkang pada pilihan raya umum yang semakin hampir adalah tepat pada waktunya.

Demi masa depan pengundi, anak-anak mereka dan generasi akan datang, rakyat perlu mengguburkan pembangkang di peti undi atas tiga faktor penting ang berkait dengan nilai buruk yang akan merosakkan negara .

Faktor pertama, kata Perdana Menteri, pembangkang tidak menepati janji yang mereka buat semasa berkempen setiap kali datangnya pilihan raya.

Kelantan sudah lebih 20 tahun diperintah oleh PAS yang mendabik dada kononnya parti itulah pejuang Islam paling hebat di negara ini.

Namun pemerintahan dua dekad telah membuka mata rakyat mengenai kegagalan serius PAS menjaga kebajikan rakyat yang menjadi asas kepada pentadbiran berlandaskan Islam.

Sehingga kini PAS gagal menyelesaikan Kelantan masih gagal menyelesaikan masalah kemiskinan rakyatnya menyebabkan negeri itu ketinggalan berbanding negeri-negeri.

Rakyat Kelantan juga masih ternanti-nanti bilakah PAS akan menunaikan janjinya yang dibuat lebih 20 lalu untuk menyediakan bekalan air minum yang bersih.

Kalau 20 tahun masih tidak mampu untuk menyelesaikan perkara asas kebajikan rakyat, apa lagi yang boleh diharapkan dari parti yang menjadikan ceramah politik sebagai aktiviti utamanya.

Begitu juga PKR yang hebat menabur janji semasa PRU-12 di Selangor sehingga berjaya memperdayakan rakyat.

Pembangkang memberi 20 meter padu aip percuma kepada rakyat tetapi secara senyap-senyap tindakan itu telah menambah beban hutang kerajaan negeri kepada lebih RM200 juta.

Setiap kali kerajaan negeri kekurangan dana, aset dan harta negeri akan dijual.

Janji yang mereka buat masih tinggal janji; janji mengurangkan cukai pintu sebanyak 20 peratus dan cukai premis sebanyak 10 peratus masih tidak tertunai.

PKR berbohong apabila berjanji untuk membuka tabung permulaan RM bagi setiap anak kelahiran Selangor.

Begitu juga bantuan RM75 bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri tinggal janji manis di mulut sahaja.

Janji kosong PKR juga termasuk bantuan RM50 sebulan bagi pendidikan pra-sekolah serta elaun kepada golongan ibu tunggal di Selangor.

PKR juga menipu rakyat dengan menjanjikan caruman takaful berjumlah RM2,500 kepada golongan warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU).

Kononnya PKR mahu membawa 'Harapan Baru' kepada Selangor tetapi sehingga kini tidak satu pun janji-janji tersebut berjaya ditunaikan.

Nilai buruk kedua, menurut Perdana Menteri ialah pembangkang mengajar supaya budi baik yang dilakukan tidak perlu dikenang atau dihargai.

Sememang itulah sikap dan perangai pembangkang sejak dahulu lagi; tidak pernah mahu melihat kebaikan pihak kerajaan kerana hati mereka penuh dengan dendam kesumat dan nafsu untuk mendapatkan kuasa.

Mereka sengaja memekakkan telinga, membutakan mata dan membisukan mulut untuk memberitahu kepada rakyat kemajuan sebenar yang telah di bawa oleh BN tetapi memilih jalan untuk meneruskan budaya fitnah, maki hamun dan mencaci pemimpin negara.

Malah pembangkang tidak mempunyai sifat patriotik apabila sering kali mereka memburuk-buruk imej negara di dunia luar.

Lebih dahsyat, kata Perdana Menteri lagi, Ketua Pembangkang menghasut rakyat supaya jika berhutang, ianya tidak perlu bayar balik.

Anwar menghasut supaya golongan pelajar institusi pengajian tinggi tidak membayar balik pinjaman PTPTN kerana Pakatan Rakyat berjanji mahu menghapuskannya jika berkuasa di Putrajaya.

Jika di Selangor, Anwar berbohong, tidak syak lagi pemansuhan PTPTN adalah satu lagi auta besar beliau.

Wanita Yang Mengamuk Di JPM Kata "Muhdalina Minta Percaya Kiamat Dekat"...


Tiga hari sebelum dia mengamuk di Putrajaya, Muhdalina Ahmad, 28, didakwa memberitahu seorang kenalannya bahawa kiamat akan berlaku dan imam Mahadi akan muncul dalam masa terdekat.

Menurut kenalan wanita itu, mereka bertemu kali terakhir pada 6 Julai ketika Muhdalina datang ke rumahnya di sini memberitahu dia akan berpindah ke Balakong.

"Berulang kali Ina cakap hal itu (kiamat) kepada saya dan minta saya percaya. Riak wajahnya ketika itu juga sangat serius," katanya yang meminta namanya tidak disiarkan.

Menurutnya, Muhdalina juga memberitahu dia dan keluarganya mahu berpindah ke Balakong kerana ada perkara penting yang perlu diselesaikan di sana.

"Dia juga menyatakan pertemuan kami malam itu adalah yang terakhir dan minta saya maafkan segala salah silapnya serta menghalalkan makan minumnya," katanya.

Sumber itu berkata, dia ada bertanya kepada Muhdalina apa yang dia mahu lakukan setelah berpindah ke Balakong kerana wanita itu baru sahaja berhenti kerja sebagai penolong pengurus sebuah syarikat di sini.

"Jawapan dia mudah saja, tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan kerana tempat tinggal barunya itu percuma. Saya sendiri sebenarnya bimbang nasib dua anaknya yang berumur dua tahun dan setahun lebih itu kerana melihat tindak-tanduknya yang begitu tergesa-gesa," katanya.

Menurutnya, sebelum itu, Muhdalina tidak pernah menunjukkan sebarang perlakuan aneh seperti itu.

"Setelah dapat tahu penglibatan Ina dalam kejadian amuk di Putrajaya, Isnin lalu, barulah saya faham 'perkara penting' yang dia sebut dalam pertemuan kami Jumaat lalu," katanya.

Menurut sumber itu lagi, Muhdalina sebelum itu juga selalu berpakaian hitam

Monday 16 July 2012

Amuk Di JPM : Pengakuan Suami Muhdalina...

KEJADIAN amuk yang berlaku di Kompleks B Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya Isnin lalu, menggemparkan negara apabila seorang individu menggelarkan dirinya imam Mahdi begitu berani merempuh masuk de ngan menggunakan pedang samurai.

Individu itu, Khalil Afandi Abd Hamid, 47, dikatakan mempunyai masalah kecelaruan personaliti, menggunakan Internet sebagai medium untuk menyebarkan fahamannya. Ketika kejadian, Khalil Afandi bersama seorang wanita dikenali, Muhdalina Ahmad, 28. Ikuti temubual khas wartawan Sinar Harian, MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN, NURUL RIDUAN NOR ASHAHA dan jurugambar AZMI ARYANTO bersama suami Muhdalina, Mohd Irwan Mohd Foad, 29, merungkaikan di sebalik kejadian amuk tersebut.


Bagaimana sifat dan sikap Muhdalina sebelum mengenali Khalil Afandi?

Muhdalina adalah seorang isteri yang taat pada suami. Tidak pernah melawan dan seorang ibu yang penyayang. Pergaulan dan hukum agama tidak dipandang ringan. Sehelai rambut pun orang lain tidak dapat melihat melainkan saya sendiri.

Dia juga seorang yang ceria dan semua itu berubah selepas dia mengenali Khalil Afandi, tanpa pengetahuan saya.

Dia seolah-olah tidak sedar apa yang dilakukan termasuk apa yang dituturkan.




Bagaimana permulaan perkenalan Muhdalina dengan Khalil Afandi?

Perkenalan Muhdalina dengan Khalil Afandi bermula dua minggu sebelum kejadian amuk di Putrajaya. Sebelum ini saya tidak tahu dia sudah mengenali dan menghubungi Khalil Afandi melalui blog dan Facebook.

Saya buta teknologi maklumat (IT) dan tidak mengetahui perhubungan tersebut. Muhdalina berurusan dengan Khalil Afandi hanya ketika bekerja di pejabat, sebuah syarikat di Pelabuhan Klang.

Seminggu kemudian, baru saya tahu mereka berkenalan
antara satu sama lain. Ketika itu Muhdalina bertanyakan soalan; “Abang percaya ada lelaki hidup 1,000 tahun?” “Abang percaya bumi terbelah bila ditumbuk lelaki?” “Ada lelaki boleh tembus dinding?”

Saya menafikan soalan itu, namun Muhdalina mengiakan dan memberitahu Khalil Afandi boleh melakukan semua itu. Saya bertanyakan siapa lelaki itu dan dia menjawab Khalil Afandi adalah imam Mahdi.

Ketika itu saya hairan mengapa Muhdalina berubah dan begitu taksub dengan lelaki tersebut.




Kenal sejak dalam kandungan

Bila Mohd Irwan dan isteri tinggal sebumbung dengan Khalil Afandi?

Kami ‘berpindah’ ke rumah Khalil Afandi di Sri Kembangan pada malam Khamis iaitu empat hari sebelum tragedi amuk.

Muhdalina mendesak saya supaya membenarkan dia tinggal bersama Khalil Afandi. Saya tidak mengizinkan, tetapi dia mengugut akan menuntut cerai sekiranya dihalang. Saya tidak sanggup untuk berpisah jadi saya membenarkan dengan syarat saya menemaninya.

Sebelum hasrat itu disuarakan Muhdalina, dia menceritakan kepada saya bahawa Khalil Afandi sudah mengenalinya sejak dalam kandungan. Saya jadi bingung dengan kenyataan Muhdalina.

Bagi meyakinkan saya lagi, Muhdalina juga memberitahu, Khalil Afandi pernah bermimpi bertemu dengan seorang wanita berbaju kurung merah, mempunyai dua orang anak dan wanita itu adalah insan yang akan berjuang bersamanya bagi menegakkan keadilan.

Khalil Afandi mengatakan bahawa wanita itu adalah Muhdalina memandangkan kami mempunyai dua cahaya mata selain Muhdalina memiliki baju kurung berwarna merah.

Disebabkan itu, Muhdalina tekad untuk bersama dengan Khalil Afandi untuk berjuang. Kerana sayang, saya turuti kemahuan Muhdalina untuk tinggal bersama Khalil Afandi dan isterinya.

Keesokan harinya, Muhdalina menghantar surat berhenti kerja melalui e-mel kepada majikannya.



Apa yang berlaku sepanjang empat hari di rumah Khalil Afandi?

Ketika sampai di rumah itu, Khalil Afandi terus menjerit dan bertanya kepada saya, “Kenapa kamu tidak sembahyang? Aku tidak boleh tinggal serumah dengan orang yang tinggalkan sembahyang!”

Khalil Afandi juga mengatakan atas faktor itu, dia tidak bercampur dengan orang ramai kerana khuatir akidah terjejas.

Saya terkejut dan timbul sedikit kepercayaan kepada lelaki itu berikutan saya belum menunaikan solat (ketika itu).

Bagaimanapun, semua itu terhakis selepas Khalil Afandi mengatakan saya hanya perlu solat pada waktu malam dan bukannya waktu siang.

Mendengar penjelasan itu, rasa sangsi terhadap lelaki itu kian menebal.

Keadaan Khalil Afandi ketika itu amat pelik, bukan macam orang normal dan saya lihat dia sentiasa bermonolog sendirian.

Apa yang lebih pelik, dia memanggil ALLAH dengan nama ‘bos’.

Dia juga mendakwa kononnya dialah kekasih 'bos' yang paling tinggi. Watak Khalil Afandi juga sukar dicam. Sekejap dia menjadi amat baik, sekejap lagi dia bertukar garang. Dia juga mendakwa sering bertukar- tukar jasad, seperti dalam filem The Highlander. Dia sering mengatakan dirinya sebagai hero filem tersebut.

Dia juga sering memarahi isterinya secara melampau, sehinggakan saya lihat isteri Khalil amat takut
dengannya.

Ikuti laporan penuh kisah di sebalik kejadian amuk itu dalam Sinar Harian edisi hari ini, Sabtu 14 Julai 2012.

Muhdalina seperti dipukau

Bagaimana pula dengan keadaan Muhdalina?

Saya lihat isteri saya bukan seperti insan yang saya kenali. Dia tidak sedar dengan apa yang dilakukannya. Diaseperti dipukau. Dia taksub dengan apa yang dilakukan Khalil Afandi. Apabila sampai ke tahap itu, saya sudah mula syak bahawa dia membawa
ajaran songsang dan berfikir untuk membuat laporan di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), tetapi tidak sempat.

Apa yang membuatkan saya pasti Khalil Afandi membawa ajaran sesat apabila dia berkata manusia tidak perlu solat, syurga neraka tidak ada, jangan ikut Nabi Muhammad SAW dan bertegas hanya dia seorang sahaja yang boleh masuk syurga.

Pada ketika itu, saya cuma boleh memikirkan keadaan isteri saya, saya amat risau keadaannya kerana isteri saya amat taksub kepada Khalil Afandi sehingga boleh disifatkan tidak normal.

Apa yang Mohd Irwan lakukan untuk menghalang tindakan isteri sebelum pergi lebih jauh?

Saya pernah mengajaknya untuk pulang dan menjelaskan keadaan yang sebenar tetapi tidak berjaya.
Muhdalina sekali lagi meminta saya supaya tidak menghalangnya untuk berjuang dan dia memaklumkan akan bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Saya tegah tetapi dia sekali lagi menuntut cerai. Saya pasrah demi keselamatan isteri.

Saya tegaskan di sini, saya tidak mampu untuk membiarkan isteri tinggal bersendirian dengan Khalil Afandi kerana risau akan keselamatannya. Memandangkan keadaan Khalil Afandi yang dilihat seperti orang tidak normal.

Khalil Afandi juga sering berkata kepada isterinya, “Aku akan bunuh kamu” sekiranya permintaannya tidak dituruti.

Langkah ke Putrajaya

Boleh ceritakan bagaimana peristiwa amuk di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) berlaku?

Saya mengaku, saya dan isteri Khalil Afandi yang menghantar mereka berdua ke Putrajaya.

Ketika di rumah, saya tersedar daripada tidur selepas mendengar jeritan Khalil Afandi kepada isterinya, kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Tanpa berlengah, saya terus bangun dan hanya sempat mencuci muka untuk bersama-sama mereka bertiga.

Saya lihat Khalil Afandi membawa dua bilah pedang yang dibalut kemas. Saya dan Muhdalina bersama seorang anak lelaki Khalil Afandi, berusia 9 tahun, duduk di belakang.

Khalil Afandi duduk di bahagian penumpang hadapan manakala isterinya memandu kereta jenis Proton Gen 2 berwarna emas.

Khalil Afandi memegang erat dua bilah pedang tersebut. Setibanya di Putrajaya, Khalil Afandi mengarahkan kenderaan berhenti di Dataran Putra, kira-kira jam 1 petang.

Khalil Afandi bersama Muhdalina turun dan kami diarahkan pulang, jika tidak kami akan dibunuh.

Selepas itu saya tidak mengetahui sebarang berita mengenai mereka berdua sehinggalah Muhdalina menghubungi isteri Khalil Afandi dan memberitahu suaminya ditembak polis.

Ketika itu saya tidak mengetahui Muhdalina turut terkena tembakan dalam kejadian tersebut.

Kira-kira jam 4 petang, saya bergegas ke Hospital Putrajaya selepas mengetahui Muhdalina turut tercedera terkena tembakan di paha kanan.

Bagaimanapun, saya tidak dapat bertemu dengannya kerana kawalan ketat polis dan saya diarahkan untuk berjumpa dengan Ketua Polis Daerah Putrajaya, AsistenKomisioner Abdul Razak Abdul Majid. Selepas itu, baru saya dibenarkan melawat Muhdalina yang masih mendapatkan rawatan di unit kecemasan. Muhdalina ketika itu sedar tetapi kelihatan seolah-olah masih belum berada di dunia nyata.

Di sebelah Muhdalina pula terdapat jenazah Khalil Afandi.

Muhdalina seperti tidak tahu terlibat dalam kejadian amuk

Bagaimana dengan keadaan Muhdalina ketika di Hospital Putrajaya?

Ketika dia sedar, dia memohon maaf kepada saya tetapi masih tidak mengetahui apa yang berlaku.

Apabila saya ceritakan kepadanya, dia seolah-olah terkejut dan tidak mengetahui bahawa dia terlibat dalam kejadian amuk tersebut. Saya tunjukkan laporan dan gambar pada sebuah akhbar sebagai bukti. Dia terdiam malah terus memejamkan mata.

“Abang, saya tidak tahu. Itu bukan saya...saya tidak buat semua itu.” Itulah kata-kata yang terpacul dari mulut Muhdalina selepas dia melihat laporan akhbar tersebut.

Kesihatan Muhdalina ketika ini stabil. Doktor memaklumkan peluru yang tertanam di pahanya tidak boleh dikeluarkan kerana mungkin boleh menyebabkan kecederaan lebih parah.

Bagaimana perasaan Mohd Irwan bila mengetahui isteri terlibat dalam kejadian tersebut?

Suami mana yang tidak terkejut dengan kejadian ini? Saya tidak percaya dengan apa yang berlaku.

Apa yang boleh saya katakan di sini, Muhdalina tidak sedar terhadap apa yang dilakukannya. Semuanya kerana kehendak Khalil Afandi.

Saya sedih melihat keadaan dirinya sewaktu ini. Saya beranggapan dia tidak salah sepenuhnya.

Ketika kejadian, dia tidak sedar. Malah, selepas kembali normal, dia sedikit pun tidak mempercayai perbuatannya itu.

Saya meminta orang ramai tidak terus menyalahkan Muhdalina, termasuk diri saya juga kerana membiarkan perkara ini berlaku.

Jika anda berada di tempat saya...anda akan tahu apa yang saya alami. Saya tidak mampu untuk bertindak kerana khuatir dengan keselamatan diri dan isteri.

Saya minta Muhdalina tidak dijadikan sebagai ‘kambing hitam’ dalam kejadian ini
memandangkan Khalil Afandi meninggal dunia akibat tembakan tersebut.

Saya juga bekerjasama dengan polis dan memberikan semua maklumat yang mereka inginkan. Saya juga mengharapkan Muhdalina dapat dijamin.

Penunggang Jetski Mengamuk Kat Pantai Pulau Pangkor... @ZambryAbdKadir @AzwanBro @promelayu


Sebenornye teman nak ceghite pade mike pasei kejohanan World Jetrace Pangkor 2012 yang baru jer tamat semalam. Penunggang-penunggang jetski nie mengamuk melepaihkan perasaan deme kat perlumbaan nie. Deme ni berlumbe sama juge macam Mat Rempit yang berlumbe di jalanraya tuh tapi deme nie berlumbe mengikut peraturan. Untuk cerita penuh sila KLIK SINI

peserte luor negare pun ade yop...

deme tengoh bersedie nak racing
 kate oghang...

sebahagian daripada aksi perlumbaan...

ate yop... ape hei nyer dengan jetski
 mike... masuk ayor ker...

jage-jage kome... besor nanti bakei
ganti pelumbe sekarang nie...

sebahagian daripada ribuan
penonton yang hadir...

ghamei nyer oghang yang datang yop...
udoh penoh pantei...

pelancong dan penduduk tempatan
yang turut datang...

rakyat Malaysia berbangsa cina juge tak
melepaskan peluang... 1Malaysia maaa...

abang Rela nie ler yang banyak membantu
melicinkan perjalanan perlumbaan...

urusetia perlumbaan yang bertugas
dengan penuh dedikasi...

jangan ghisor kalo jetski terbakor...
abang bomba ade... kite bakor jer...
kite bakor jer...

penduduk tempatan berbangsa cine
pun minat weeeh...

ape bende ler bebudok nie
bersoreh yop ooii...
p/s : pesanan temen buat mike Mat Rempit kat luor sane kalo berani meh ler lumbe kat ateh ayor pule... tak payah menyusahkan oghang lain kat atas jalanraye...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers