Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday 21 August 2014

Respon Ahli MT @Ismail_Sabri60 Kepada @Tun_Mahathir Dan DS @NajibRazak... @Kelab_Chedet


KENYATAAN MEDIA - RESPON KEPADA TULISAN TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD MENARIK BALIK SOKONGAN KEPADA PERDANA MENTERI, DATO’ SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK


1.    Saya berpandangan kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengkritik dasar kerajaan dari masa ke masa sebagai sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan beliau yang kita tahu masih dan terus mengambil berat tentang hal-hal negara. Bagaimanapun, kenyataan menerusi blognya yang mengatakan beliau menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak adalah sesuatu yang luar biasa. 

2.    Sebagai menteri dalam kerajaan di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Najib, saya merasakan kadangkala Tun Dr. Mahathir mungkin membuat tafsiran yang kurang tepat terhadap Perdana Menteri kita. Saya percaya Perdana Menteri sentiasa terbuka dengan pandangan pelbagai pihak dan mengambil berat setiap kritikan, terutama daripada tokoh negara seperti Tun Dr. Mahathir.

3.    Setiap Perdana Menteri mempunyai gaya kepimpinan tersendiri dan secara peribadi mereka mempunyai isu-isu rakyat yang rapat dengan hati masing-masing. Malaysia sungguh bertuah kerana dianugerahkan Perdana Menteri yang sentiasa meletakkan rakyat di tempat paling atas dari zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein, zaman Tun Dr. Mahathir sendiri, kemudian membawa kepada era Tun Abdullah dan kini di bawah kepimpinan Dato’ Seri Najib. 

4.    Melalui dasar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dikritik oleh Tun Dr. Mahathir misalnya, Dato’ Seri Najib menunjukkan keprihatinan beliau kepada permasalahan rakyat ketika kos sara hidup menjadi isu yang membara di Malaysia dan juga di seluruh dunia. Ketika Tun Dr. Mahathir menyumbang bakti sebagai ketua kerajaan dahulu (1981-2003), memang beliau mempunyai cara tersendiri untuk menangani implikasi isu kos sara hidup, tetapi mungkin persekitaran dan betapa mudaratnya isu tersebut ketika itu tidak sehingga memerlukan pendekatan seperti yang Dato’ Seri Najib perkenalkan sekarang. 

5.    Mengenai tuduhan BR1M membazir duit negara, persepsi tersebut adalah salah. BR1M sebenarnya merupakan cara baru pembayaran subsidi kepada yang lebih layak dan kumpulan sasar yang tepat. Apabila subsidi minyak dikurangkan, penjimatan dari subsidi digunakan untuk pemberian BR1M. Jika tidak, rakyat berpendapatan rendah akan hadapi tekanan akibat kenaikan harga minyak yang memberi kesan kepada kenaikan barangan lain. Ini merupakan langkah bijak Dato’ Seri Najib dalam memastikan kesejahteraan rakyat tidak terjejas sekaligus mengurangkan defisit negara. Tidak mungkin dasar Dato’ Seri Najib silap sedangkan Malaysia telah mencapai kadar pertumbuhan 6.4% untuk suku tahun kedua 2014 dan merupakan pencapaian pertumbuhan terbaik di kalangan negara ASEAN.  

6.    Bukan maknanya cara lama tidak bagus, tetapi kita wajar memperhalusi bahawa sesuatu dasar kerajaan di Malaysia juga digubal dan dipengaruhi statistik baharu, input semasa daripada para pegawai kerajaan, fakta-fakta yang diketengahkan oleh rakyat melalui parti politik dan NGO, serta mendapat sokongan rakan-rakan dalam kepimpinan kerajaan. Dalam kesemua kritikannya terhadap Dato’ Seri Najib, saya berpendapat  Tun Dr. Mahathir perlu melihatnya dalam konteks yang saya nyatakan tadi.

[18SX] Kurang Ajar! Pakai Telekung Tapi Bergambar Lucah!


Kegilaan selfie budak-budak zaman sekarang memang kadang-kadang boleh buat kita geleng kepala.

Tapi bagi gambar lucah sambil memakai telekung di atas, ia bukan lagi tahap melampau tapi dah dikira mempermainkan agama Islam.

Tak tahulah apa motif perempuan yang mengambil gambar ini tapi kalau dia seorang muslimah semoga Allah berikan hidayah kepadanya supaya simpan sikit kebodohan itu di rumah.

Kot ye pun nak bergurau bila dah babitkan agama macam ini memang sengaja nak menempah tiket ke neraka namanya!

Sumber : MYNEWSHUB.MY

Wednesday 20 August 2014

Gambar Seksi Pada Banting Acara Muay Thai Calar Imej MB Kedah??? @MukhrizMahathir


Pelik juga, takkanlah penganjur Muay Thai Piala Menteri Besar di Kedah tak memikirkan sensitiviti masyarakat apabila menggunakan gambar perempuan seksi untuk mempromosi acara tersebut.

Dan secara logiknya, bagaimana pula bahan promosi yang digantung untuk tatapan umum itu mendapat kebenaran PBT?

Sudahnya kerajaan negeri terutama MB Kedah, Mukhriz Mahathir juga yang tercalar namanya apabila dikaitkan dengan eksploitasi wanita pada banting dan kain rentang yang dipacak di sekitar jalan utama di Alor Setar ini.


Mengikut keterangan pada banting, acara yang melibatkan tujuh perlawanan muay thai ini bakal berlangsung pada 5 dan 6 September depan jam 8.30 malam di Stadium Sultan Abdul Halim.

Bagaimana pun jika tujuan penganjur meletak gambar perempuan seksi adalah untuk mencipta kontroversi supaya umum lebih maklum tentang acara kelolaannya, nyata dia berjaya kerana isu ini telah mendapat liputan sebuah akhbar tempatan.

Perniagaan MLM, Menguntungkan Atau Merugikan??? Apa Kata Anda???


Rata-rata kalangan kita pasti pernah mengalami senario dipaksa memasuki “skim perniagaan cepat kaya” atau perniagaan jualan langsung oleh sahabat handai dan saudara-mara. Serba salah dibuatnya!

Pemasaran berperingkat atau lebih dikenali MLM (multi-level marketing) merupakan satu trend yang semakin berkembang terutamanya dalam kalangan belia yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT).

MLM dalam bahasa mudahnya bermaksud model perniagaan jualan langsung yang berkonsep lebih kurang sama seperti skim piramid, di mana seseorang wakil jualan atau pengedar perlu merekrut dua atau tiga orang ‘bawahan’ atau digelar ‘down lines’ untuk menyertai perniagaan tersebut.

Mereka juga akan melatih tenaga jualan lain untuk mendapatkan pelanggan.

Ringkasnya,sistem pengrekrutan MLM boleh diibaratkan seperti proses pembiakan amoeba di mana sel induk membagikan dirinya kepada dua unit dan seterusnya.

Menurut Investopedia, syarikat-syarikat MLM adalah sah dari segi undang-undang dan tidak memerlukan kos permulaan yang tinggi untuk menyertai perniagaan ini.

Sebaliknya, MLM lebih memfokuskan penjualan produk-produk keperluan harian pengguna dengan harga yang jauh lebih rendah daripada yang tersedia di pasaran.

Bagaimanapun, model perniagaan berkonsep piramid sebaiknya haruslah dielakkan.

Ini kerana skim tersebut hanya menyasarkan perkembangan bilangan rekrut semata-mata, manakala produk mereka dijual dengan harga yang lebih mahal.

Tambahan pula, kit permulaan untuk menyertai syarikat jualan langsung ini boleh mencecah ribuan ringgit.

Tuesday 19 August 2014

Puaka Niring : Gambar Didakwa Bukti Duyung Benar-Benar Wujud Tersebar


Apabila disebut duyung, ia merujuk kepada perempuan berwajah cantik namun berbadan ikan.

Oleh sebab tidak ada bukti sahih duyung benar-benar wujud meski pun ia diceritakan dalam banyak kisah penglipur lara di banyak negara, duyung dianggap cuma mitos dan watak rekaan semata-mata.

Bagaimana pun sejak awal bulan ini, beberapa keping gambar didakwa menjadi bukti kewujudan duyung telah tersebar di laman-laman siber dan giat dikongsikan di Twitter seluruh dunia.


Di Malaysia, gambar-gambar ini juga sudah mula beredar di laman sosial. Bagi ‘menyedapkan’ cerita ada pula yang pandai-pandai berkata duyung ini ditemui terdampar di Pantai Kudat, Sabah.





Bagaimana pun selepas gigih melakukan carian di internet, didapati bangkai duyung ini sebenarnya cuma arca untuk penggambaran filem Pirates of the Caribbean On Stranger Tides (2011).

Ia dihasilkan oleh juru solek inovatif terkenal Hollywood, Joel Harlow.


Harlow telah diberi tanggung jawab menyolek banyak watak aneh dalam filem Hollywood termasuk How the Grinch stole Christmas, A.I. Artificial Intelligence, Planet of the Apes, Constantine dan Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl.

Ramai yang berharap duyung adalah kisah benar namun sehingga ke hari ini terimalah hakikat bahawa kesemua bukti tentang duyung masih diragukan kesahihannya.

Begitu pun kewujudan duyung tidak boleh ditolak kerana mungkin kita yang masih belum menemuinya.

[18SX] Seloka Untuk Mereka Yang Dalam "Pesta Bogel" Di Pulau Pinang!!!


Nampaknya ramai yang terkejut bagaimana boleh ada sekumpulan manusia yang perangainya lebih hodoh dan teruk dari binatang apabila boleh sesuka hati berbogel beramai-ramai di Pulau Pinang baru-baru ini.

Yang pasti, ada seramai 15 peserta dilihat di dalam video yang bertajuk “Penang NUDE Sport Games” (Pesta Sukan Bogel Pulau Pinang) di mana tujuh rakyat Malaysia, manakala empat lagi dari Singapura.

Mereka yang lain adalah seorang dari Filipina, dua dari Myanmar, dan seorang dari India.

Apapun tindakan bangang kumpulan manusia turut dikecam di media sosial… antaranya pengguna Facebook ini.

Beliau memilih untuk ‘berseloka’ bagi menggambarkan situasi yang berlaku;


Monday 18 August 2014

Kementerian Pertanian Tekad Bantu Pesawah Kena "Karah Padi"!!! #DSIS @Ismail_Sabri60


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mendapatkan laporan lengkap mengenai penyakit karah padi (perang) yang melanda sawah padi di seluruh negara baru-baru ini.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia adalah langkah dan pendekatan terbaik untuk membantu petani terlibat mengatasi bebanan dan kerugian akibat serangan penyakit tersebut.

Beliau berkata pada masa kini, kakitangan kementerian melalui jabatan pertanian dan jabatan berkaitan sedang mengumpul data serta maklumat terperinchi dan menyeluruh termasuk jumlah keluasan, kerugian dan jumlah petani yang terlibat untuk diambil tindakan lanjut.

"Kita belum lagi mempunyai maklumat terperinci dan tepat dan berdasarkan maklumat awal, jumlah yang terjejas tidaklah besar sangat dan tidak melibatkan keseluruhan petani.

"Oleh itu sebarang bentuk bantuan belum dapat diputuskan kerana kita perlu menunggu laporan lengkap dan melihat cadangan bagi mengatasi masalah itu," katanya.

Ismail Sabri berkata kerajaan Barisan Nasional prihatin dengan nasib yang menimpa petani dan sentiasa berusaha secara berterusan bagi membantu golongan itu agar mereka tidak terus menanggung kesusahan dan menderita.

Katanya meskipun ia tidak membabitkan jumlah kawasan yang luas, namun penyakit karah padi dikesan turut berlaku di negeri jelapang padi iaitu Kedah.

"Walaupun ia tidak banyak, bagaimanapun ia turut menjejas pendapatan petani di kawasan berkenaan dan ia tidak menjejaskan pengeluaran padi secara keseluruhan dan masalah ini akan dapat diatasi dengan baik," katanya.

-- BERNAMA

Sunday 17 August 2014

3 Sebab Kenapa Noh Omar Mula Diserang??? @nohomar @umnoselangor


Artikel mula-mula cuit Noh Omar oleh Mat Kilau Penang KLIK SINI

Dijawab oleh Kulaan Niring KLIK SINI

Ditanya pulak oleh The KL Chronicle KLIK SINI 

Jawapan daripada Sangkakalajari9 KLIK SINI 

Dan juga jawapan tepat dari PusakGagahSarawakMansang KLIK SINI

Juga jawapan bikin The KL Chronicle naik angin plak KLIK SINI

Dengan terkedu jawapan mula diterima The KL Chronicle tapi ditambah plak dengan 3 soalan tambahan KLIK SINI 

Menarik... Memang menarik senario yang mula berlaku ni. Bermula dengan seorang blogger Penang di tambah dengan seorang blogger KL. Mungkinkah akan ditambah pula lepas ni dengan geng blogger dari Selangor bertanyakan pelbagai persoalan kepada Noh Omar yang sebelum ini takda plak nafsu depa nak bertanya. Mungkin dah dekat ura-ura Dewan Undangan Negeri Selangor bakal dibubarkan dek kerana pertelagahan jawatan Menteri Besar antara Khalid Ibrahim dengan Anwar Ibrahim yang bernafsu besar mahu menjadikan bini dia sebagai MB kot.

Biar gua plak nak 3 tanya soalan kat depa boleh :

1. Yang menjadi persoalan pertama di sini pula kenapa sekarang baru mereka-mereka ini ingin bertanya dengan Noh Omar tapi kenapa tidak sebelum ini dan tidak sebelum krisis perebutan jawatan MB Selangor. 

2. Adakah persoalan ini ditanyakan kepada Noh Omar ada kaitan dengan jika Pilihanraya Negeri Selangor berlaku. Ala.... takkan korang tak faham lagi permainan depa nie bila sentuh soal Pilihanraya yang gua rasa depa ni berminat sungguh dengan pilihanraya. Maklum la gua rasa depa ni antara yang suka dengan pilihanraya. 

3. Soalan gua paling penting ni ialah adakah blogger-blogger ini menerima arahan dari "tangan-tangan ghaib" untuk mula bertanya dengan Noh Omar ketika krisis perebutan jawatan MB dalam pakatan Rakyat tengah "PANAS" sedangkan gua tengok semua orang terarah kepada isu perebutan jawatan MB Selangor dalam pakatan Rakyat yang tidak ada kaitan langsung dengan UMNO.

p/s : soklan-soklan lain nanti-nanti la gua tanya... kalo depa banyak soklan, gua pun banyak gak soklan nak tanya. Biar kita sama-sama bertanya soklan sambil bertanya khabar... 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers