Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 3 March 2012

Puaka Niring : Pembantu Rumah Aku Dirasuk Syaitan........

Quikie : Bile Oghang Bote MengOrder Piza... @ZambryAbdKadir @Azwanbro @promelayu



hahahahahahahahahahahaha.....

udoh lame bebenor teman idok dengor oghang Perak labun...

Lensa Niring 2 : Clock Tower Street Fiesta Teluk Intan, Perak... @ZambryAbdKadir @Azwanbro @promelayu @tunfaisal



belia cina Teluk Intan tanpa segan 
memakai t-shirt BN Youth


siapa kata kaum cina membenci 
dengan BN... lihatlah buktinya...


belia Teluk Intan yang turut sama menjayakan
 fiesta yang julung kali diadakan

Lensa Niring 1 : Clock Tower Street Fiesta Teluk Intan, Perak... @ZambryAbdKadir @Azwanbro @promelayu @tunfaisal


Menara Condong yang menjadi 
kebanggaan penduduk Teluk Intan


pertandingan street soccer wanita 
sedang berlangsung


sebahagian daripada team wanita 
street soccer


sukarelawan Pemuda BN yang terdiri 
daripada pelbagai kaum

Friday 2 March 2012

Puaka Niring : Misteri Kitab Injil 1,500 Tahun Ditemui Setelah Disembunyikan...


ANKARA – Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.

Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.

Quikie : ate Kalo Mike Ke Perak Jangan Lupe Pekena Deghoyan Yer Yop... @ZambryAbdKadir @Azwanbro @promelayu



teman dedikasikan lagu nostagia nie buat mike oghang Perak... 

ate... lame bebenor idok dengor lagu Os nie...


Dato Ahmad Basha Pilih Ahli Pas Seumur Hidup Jaga Unit Siber Kedah Beroperasi Dari KL Dengan Harga RM24K Sebulan???... @NajibRazak @Mukhrizmahathir


Terkejut gak Kulaan bila dok terbaca beberapa artikel daripada blog pro UMNO yang dok hangat bincang pasai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Kedah nie Klik Sini Klik Sini Klik Sini. Kulaan sebelum nie pernah habaq bahawa desas-desus di bawa angin seorang "ahli Pas seumur hidup" bakai diberi kepercayaan menjaga dan menguruskan segala yang berkaitan dengan media sosial terutama dunia blogosfera di Kedah Klik Sini tapi ialah siapa la Kulaan hanya sekadaq blogger nyamuk seperti yang diungkapkan oleh pemimpin UMNO Kedah.

Apa yang diramalkan oleh sesetengah pihak dalam dunia blogosfera kini menjadi kenyataan bila mana "ahli Pas seumur hidup" akhirnya diberi kepercayaan dan kuasa menjaga dunia blogesfera Kedah dengan bayaran RM24K sebulan dan hanya beroperasi daripada KL saja.

Wow! dahsyat sungguh kungfu "ahli Pas seumur hidup" nie... boleh beroperasi dari jarak hampir 500 km daripada lokasi walaupun Kulaan faham bahawa dunia siber ini tiada sempadan dan boleh beroperasi di mana jua. Cuma yang menjadi persoalan kepada Kulaan bagaimana "ahli Pas seumur hidup" boleh memperolehi bahan "first handed raw material" berkaitan sesuatu isu atau berita yang boleh dijadikan senjata penulisan jika berada di lokasi yang jauh.

Clock Tower Street Fiesta Pemuda BN Perak... @ZambryAbdKadir @Azwanbro @promelayu


Clock Tower Street Fiesta anjuran Pemuda BN Negeri Perak.

Sabtu, 3hb Mac 2012 di Dataran Menara Condong,Teluk Intan, Perak.

Bermula jam 8 pagi - 12 malam.

Antara acara menarik yang berlangsung pada esok Pertandingan Street Dance, Lion Dance, Bolasepak 5 Sebelah, Town Hall Meeting, Servis Motorsikal Percuma, Persembahan Artis dan Pameran Agensi Kerajaan.

Majlis dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir pada jam 2.30 petang esok.

Kepada semua rakyat Malaysia dan khususnya kepada rakyat negeri Perak, datanglah beramai-ramai ke program ini.

Moh yop dan yong sume, kite datang beramei-ramei... Ate... Ape tunggu lagi...

-Tahun Melawat Perak 2012-

Thursday 1 March 2012

Puaka Niring : Wajah Jenazah Bertukar Hitam...


Kulaan paparkan satu kisah benar yang berlaku di sebuah milik mayat untuk sama2 diambil iktibar dari cerita ini.

Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an.

Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya. Apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

GEMPAR!!! Kes Pertama Keracunan Sisa Radioaktif Lynas...



Mayday!! Maydayy!! Kes keracunan radioaktif pertama telah dikesan di Gebeng Pahang!! 

Mangsanya ialah seorang anak muda cina yang tak tak tahu apa-apa mengenai Lynas..

Dipercayai, mangsa terkena kesan radiasi tersebut selepas menghadiri demonstrasi Himpunan Hijau yang dianjurkan oleh Pakatan di Pahang baru-baru ini..

Banyak lagi kes seumpama ini dijangka akan timbul berikutan ribuan penyokong Pakatan Rakyat yang menyertai demonstrasi tersebut tanpa memakai peralatan keselamatan yang sewajarnya..

Blogger NFC : Lembu Punya Susu Tapi Sapi Dapat Nama... @NajibRazak @ShahrizatJalil


Kulaan sempat menjengah ke blog otai APA aku-tak-peduli.blogspot.com saja ingin melihat apa pandangan beliau mengenai isu semasa hari ini.

Kulaan tertarik dengan artikel "aku stand down demi kebaikan UMNO/BN". Bukan isu bro APA ni bagi kata dua kat blogger tersohor 'numuro uno' so-called pro BN hanya bertaraf SPM and the gang yang juga setaraf dengannya yang digelar sebagai 'tentera upahan' a.k.a 'The Mercenaries' yang mencari makan dengan "mengepau" bapak dan mak menteri.

Tapi di hujung artikel menceritakan nasib geng 'The Mercenaries" yang turut sama membantu berjuang bersama mempertahankan mak menteri mengenai isu lembu NFC tetapi hidup masih tidak sesenang ketua 'tentera upahan' dan gengnya. Sungguh sedih hati Kulaan seperti melihat siri TV3 "Bersamamu" pulak bila kisah kesusahan beliau dalam mengharungi dunia blogosfera tidak sama seperti orang lain yang punya peralatan perang yang canggih dan terkini, sedangkan beliau hanya memilik senjata api AK47 model 70an.

BN Tidak Bersikap Perkauman... @ZambryAbdKadir


Barisan Nasional (BN) tidak bersikap perkauman sebaliknya parti pembangkang yang mengalamkan sikap itu, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, meskipun BN terdiri daripada parti berasaskan kaum tetapi parti terbabit tidak bersifat perkauman dan ia boleh dilihat melalui calon BN pada pilihan raya.

“Parti pembangkang seperti DAP yang sebenarnya mengamalkan sikap perkauman. DAP dari dulu hingga sekarang bertanding di kerusi yang majoritinya orang Cina."

“Jika benar DAP parti untuk semua kaum mengapa parti itu tidak meletakkan calon bertanding di kawasan yang majoritinya orang Melayu,” katanya.

Wednesday 29 February 2012

Puaka Niring : Penjaga Makam Diresapi Wali Allah???...



Subhanallah... tak nak percaya benda depan mata... apa yang diungkapkan oleh benda yang merasuk tu adalah perkara yang benar mengenai ajaran Islam...

apa pun kita sebagai hamba Allah haruslah sentiasa ingat bahawa hanya Allah sahaja yang berkuasa daripada benda lain...

Khalwat Badrulamin: Dipukul 20 Orang Dan Masih Selamba Dan Sihat???...


DAKWA sang tersangka dalam kasus khalwat dengan isteri orang di Kuantan, dirinya dipukul 20 orang lelaki, dipercayai samseng dibawa suami wanita di mana dia tertangkap berkhalwat dengannya. Pelik dan hairan kepada kita bila selepas dipukul 20 orang, Ustaz ini kelihatan selamba, tidak cedera, tidak dimasukkan ke hospital dan boleh pula berbalas sms dengan rakan-rakan sePKRnya pada malam kejadian.

Gamaknya kalau dibelasah 20 orang lelaki, mahu terus ke hospital, kalau tidak langsung ke kubur. Apatah lagi dalam hal ini tertangkap dengan isteri orang, tak payah 20 oranglah, suami perempuan tu saja dah cukup dah. Ini kita cakap dari sudut fakta dan logik, tidak ada persepsi atau andaian. Cerita dipukul 20 orang lelaki inipun bukan keluar dari mulut sesiapa yang lain, dari mulut Badrulamin juga, sebelum tu sapa yang tahu pun?

Bukan setakat dipukul, Badrulamin turut dakwa dikurung sehinggalah pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sampai. Maksudnya di situ, sudah ada 2 kesalahan ‘kumpulan 20’ yang didakwa wujud oleh Badrulamin, peliknya dia masih enggan buat laporan polis (walaupun ada saksi).

Tapi itulah dia resmi pembohong dari PKR. Mana pernahnya nak mengaku salah bila tertangkap basah semacam ini. Ikut resmi Ketua Umumnya juga yang pernah diangkatnya menjadi Imam Mahadi oleh dia sendiri, nafi dan nafi selagi boleh, dan paling penting letakkan kesalahan kepada UMNO.

Malaysia Bakal Kehilangan Seorang Panglima Armada Tentera Laut Dek Kerana Kebodohan Blogger Tersohor Bertaraf SPM???... @NajibRazak


Terkejut Kulaan semalam bila belek punya belek ruang maya blogosfera terbaca satu artikel yang menarik perhatian Kulaan. Artikel yang ditulis oleh yuseriyusoff.blogspot.com mendedahkan bagaimana tindakan bodoh seorang blogger tersohor pro BN akhirnya menghancurkan karier seorang panglima yang berkaliber dan berpotensi hanya kerana kebongkakkan blogger tersebut yang mahu menunjukkan kepada satu Malaya dialah manusia (civillian) paling bertuah boleh masuk kapal selam KD Tun Razak.

Dalam artikel tersebut dinyatakan betapa akibat kedangkalan dan kecetekan ilmu seorang blogger yang kononnya tersohor tetapi hanya sekadar menamatkan pendidikan setakat SPM yang tidak diketahui pangkat berapa, pangkat 1, pangkat 2, pangkat 3 atau sekadar S.A.P menyebabkan pak menteri dan orang-orang pak menteri terduduk termenung sekejap.

Kalau tak kena gaya pak menteri pun boleh hilang kerusi empuk sekarang kerana ini bukan hal remeh-temeh, ini soal isu keselamatan negara. Sepatutnya mereka yang terlibat haruslah di bawa ke muka pengadilan.

Tuesday 28 February 2012

Puaka Niring : Misteri Dompet Yang Hilang 35 Tahun Lalu Ditemui Semula...


Seorang bekas tentera laut terkejut selepas mendapat semula dompetnya yang tercicir ketika menyambung paip di atas loteng sebuah rumah di Spring Hill, di sini, kira-kira 35 tahun lalu.

Gean Brown Jr memperoleh dompet berkenaan selepas pemilik baru rumah berkenaan, Shawn Wyckoff memulangkan kepadanya, minggu lalu.

“Dompet saya hilang ketika saya melakukan kerja-kerja pemasangan paip di atas loteng rumah berkenaan."

“Selepas berusaha mencarinya, akhirnya saya mengalah dan membiarkan sahaja."

Kes Tangkap Basah Badrulamin ‘Mengganggu’ Himpunan Hijau


Tidak semena-mena impak yang diharapkan dari Himpunan Hijau terhadap Lynas tidak menjadi dan sebaliknya publisiti beralih kepada Badrulamin, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dr. Badrulamin Bahron yang di dalam rangka aktiviti Himpunan Hijau di Kuantan telah ditangkap khalwat di Hotel Swiss Garden Kuantan. Bagaimanapun, beliau tidak mengaku salah dan menuduh bahawa tangkapan itu adalah ‘komplot terancang’ daripada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Nampaknya, bukan Anwar sahaja yang menjadi ‘mangsa komplot’ perangkap seks tetapi semua pemimpin PKR tidak terkecuali dari kemungkinan menghadapi masalah yang sama.

Penangkapan ini sekali gus ‘mengganggu’ strategi PR untuk menjadikan Himpunan Hijau sebagai tajuk berita utama. Sebaliknya, negara digemparkan dengan berita Badrulamin memberi kaunseling rumahtangga kepada isteri orang pada jam 3.00 pagi! Adalah dikhabarkan bahawa ketika pintu dibuka, Badrulamin hanya bertuala.

Monday 27 February 2012

Panas : Lagi Pemimpin Kanan PKR DiTangkap Khalwat???...


Sehari dua ni Kulaan agak sibuk dengan program belia dalam kawasan kediaman Kulaan di Putrajaya jadi tak berapa nak sempat tengok apa yang berlaku di dunia blogesfera.

Tup... Tup... Kecoh pasal satu kes tangkap basah yang berlaku pada seorang pemimpin PKR dengan isteri orang. MasyaAllah... Apa nak jadi dengan pemimpin PKR la ni. Macam-macam hal la depa ni. Ini pemimpin yang bertaraf ustaz pulak tu.

Kulaan tak berani nak cerita detail pasal belum ada maklumat mengenai perkara sebenar. Sehari dua heboh gak dalam blog-blog pasal cerita tangkap basah ni.

Ini Rupanya Kondo Lembu Yang NFC Beli Mahal Giler Tuh...


Kulaan sempat jalan-jalan di sekitar Bangsar hari ini lalu dipelawa seorang rakan untuk makan di Bangsar Shopping Complex di tingkat 4.

Sedang enak menjamah juadah yang dibelanja oleh sahabat Kulaan, Kulaan ditanya oleh sahabat Kulaan :

Sahabat : kau tau citer pasal lembu NFC?

Kulaan : tau gak skit-skit tapi detail tak ler berapa arif. Kenapa?

Sahabat : kau tau macam mana rupe nyer kondo lembu NFC.

Kulaan : dalam blog ada la tengok. Itu pun gambar jer.

140 Kampung Lagi Bakal Nikmati Kemudahan Jalur Lebar.. @ZambryAbdKadir



Sebanyak 140 buah kampung di Perak akan dilengkapi dengan kemudahan jalur lebar menjadikan jumlah keseluruhannya meningkat kepada 250 buah kampung tahun ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Katanya, pada peringkat pertama, sejumlah 192 kampung di negeri itu sudah dilengkapi dengan kemudahan jalur lebar manakala untuk peringkat kedua pula, 15 buah kampung telah menikmati kemudahan sama.

“Untuk peringkat ketiga ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sedang memproses tender untuk menyediakan kemudahan jalur lebar kepada 140 kampung di Perak."

MWL Putrajaya : Sekitar Majlis Penutup Malaysian Woodsball League... @rajanongchik @tengkuadnanreal @tunfaisal



Komander MWL sedang memberi ucapan
aluan di Majlis Penutup

Komander Roslin, Head Marshall Junaidi 
dan Pengerusi Majlis Belia Kawasan 
Putrajaya Tun Faisal di Majlis Penutup 
MWL Putrajaya


team woodsball yang menjadi juara 
kategori Open : Unknown


Tun Faisal selaku Pengerusi Majlis 
Belia kawasan Putrajaya menyampaikan
 pingat kepada team yang berjaya

Sunday 26 February 2012

Betul Ker Umno Kedah Pilih Ahli Pas Seumur Hidup Jadi Ketua Jentera Siber???... @NajibRazak @Mukhrizmahathir


Terkejut gak Kulaan apabila mendengar khabar yang di bawa angin satu berita yang agak menghairankan Kulaan. Seorang yang dikatakan sebagai ahli Pas seumur hidup dipilih oleh UMNO Kedah untuk mengetuai jentera siber negeri Kedah bagi menentang Pakatan Rakyat dalam PRU13.

Bagaimana seorang ahli Pas seumur hidup boleh dipilih oleh UMNO Kedah untuk menyerang pembangkang sedangkan yang dipilih adalah ahli seumur hidup sebuah parti pembangkang.

Macam mana musuh boleh dilantik mengetuai bala tentera untuk menyerang pihak musuh. Bayangkan berapa banyak rahsia yang akan dibocorkan kepada pihak musuh. Ketua tertinggi pulak tu yang sudah pasti dapat banyak maklumat rahsia dan strategi peperangan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers