Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 2 March 2013

[Gempar!!!] Beribu Penduduk Putrajaya Memberi Sokongan Lori Jelajah Pas????... @TengkuAdnanReal @tunfaisal









Temubual secara Live bertajuk "Kuasa Media Baru" bersama Pengerusi UMB, Tun Faisal, BigDog & KP BTN, Datuk Raja Arif di RTM1 jam 9 mlm ini. @tunfaisal


Temubual secara live #kuasamediabaru exclusive bersama @tunfaisal Pengerusi Unit Media Baru malam ini jam 9.00 mlm RTM1 dan beri sokongan kepada 2 orang pewira tanahair #Pray4VAT69 #Pray4VAT69 #Pray4VAT69 #Pray4VAT69
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

[Panas!!!] Berita Terkini Dari Lahat Datu...


PC Sabah CPO tadi 5.30 pm. Bermula operasi jam 9.59 am, police was just tightening up the security at the cordoned area. During that process, polis terserempak penceroboh dan berlaku tembak menembak.

Anggota polis di kampung tersebut telah diserang oleh kumpulan bersenjata asing dan menyebabkan 2 anggota kita terbunuh. Ekoran itu pihak polis telah melancarkan serangan bagi menangkap kesemua anggota kumpulan ini dan pertempuran masih berterusan.

Saya ingin maklumkan pihak polis sebagaimana yang diminta oleh kerajaan cuba menyelesaikan pencerobohan ini sebaik mungkin. Kita telah membuat rundingan sejak mereka menceroboh pada 12 Feb, kita juga pada awalnya memberi bantuan makanan.

Adalah harapan kita menyelesaikan perkara ini secara aman tanpa membawa kepada kematiaan tetapi ia tidak menjadi kenyataan. Pihak polis sedang berusaha menahan semua yang terbabit. Tambahan lagi - jumlah kematian 2 orang, 3 cedera dari pihak polis. Pihak penceroboh 12 orang terbunuh.

Senjata dirampas M16 - 2 laras, SLR - 2 laras, Pistol - 2 pucuk, Peluru , N193 - 3 unit, Badung - 10, Magazine - 2 kelopak, Voucher, Beg pakaian dll. Tidak ada curfew dikeluarkan. Police on top of the situation. Police have cordone the area. Skrg ini penceroboh masih dalam kawasan cordone. Operasi masih diteruskan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lim Kit Siang Gembira Idea Anwar Ibrahim Memperalatkan Orang Sulu Berjaya???? @NajibRazak @HishammuddinH2O @tunfaisal @KhalidSamad @anwaribrahim @rafiziramli @limkitsiang @cmlimguaneng @tonypua @n_izzah @azminali


KN baru dapat print screen twitter Lim Kit Siang yang sekarang ini sedang melompat beruk kegembiraan kerana idea Anwar memperalatkan masyarakat Sulu telah berjaga. Apa yang pakatan pembangkang mahukan telah benar-benar terjadi.

Anwar telah menjemput kumpulan Sulu datang ke Sabah dengan dijanjikan bulan dan bintang. Anwar menjanjikan kerakyatan penuh atau dwikerakyatan kepada kumpulan Sulu ini jika mereka berjaya membuat kacau di Sabah Bumi Di Bawah Bayu.

Tiada seorang pun pernah bertanya dengan kumpulan Sulu kenapa mereka sanggup datang menceroboh ke negara orang dengan alasan mahu menuntut bumi Sabah sebagai tanah keturunan mereka. Mereka yang entah dari keturunan mana mahu mengaku mereka adalah pewaris yang sah konon ke atas bumi Sabah.

Persoalan yang KN mahu bangkitkan ialah kenapa baru sekarang. Kenapa tidak dari saman tok nenek KN. Siapakah yang menabur pelbagai janji manis yang mendorong mereka menceroboh negara kita dengan membawa senjata api. Kalo puak-puak ni pegi ke Indonesia ka Thailand ka dah lama kena tembak belum sempat pun penceroboh ni menjejak kaki ke tanah.

KN difahamkan Anwar "menjemput" mereka datang ke Sabah dengan dijanjikan pelbagai janji manis seperti penghapusan RCI, diberikan kerakyatan terus, dibayar dengan jumlah wang yang besar agar datang membuat kacau seterusnya memberikan persepsi yang buruk kepada negara dan PN khasnya kerana buat masa ini dunia antarabangsa mengiktiraf PM sebagai pejuang pendamaian seperti mana usaha yang dilakukan oleh PM di Selatan Thai, isu pendamaian Selatan Filipina bersama MILF, penindasan masyarakat Ryohingya di Myanmar, PM menyelami masalah keperitan peperangan yang ditanggung oleh masyarakat Palestin yang ditindas Yahudi haram jadah puuuuiiiiiiiihh!!!!

Semua ini dirancang oleh Anwar bersama sekutunya dalam Pakatan Rakyat untuk menghuru-harakan negara dekat-dekat nak PRU13 yang sudah tidak berapa lama.

KN harap pembaca dapat berfikir dengan waras tentang isu ini. Cuba fikir, takkan la PM kita yang selesaikan isu Mindanao MILF secara baik tanpa pertumpahan darah nak bunuh lagi mereka yang serumpun dan seagama dengan kita.


Dah berminggu mereka menjejakkan kaki ke bumi Malaysia sebagai tetamu yang tidak diundang atau lebih tepat lagi PENCEROBOH tetapi tidak ada seorang pun ditembak atau dibunuh oleh askar Malaysia. Mesti ada puak-puak 4ulu nie yang melakukan provokasi terlampau dekat pihak berkuasa kita barulah berlakunya insiden ini hingga membawa kepada kehilangan nyawa kedua belah pihak.


Harapan KN agar tetamu tidak diundang di pi balik la ke kampung halaman korang. Jangan kacau kita, kita puj tak kacau korang. Korang nak tunjuk hero, kita pun boleh tunjuk hero. Pi la balik, buat semak jer kat bumi bertuah Malaysia... 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.






Friday 1 March 2013

PR Berjaya Gugurkan Hudud Yang Diperjuangkan Pas Selama Ini Dalam Manisfesto PRU13??? @KhalidSamad @anwaribrahim @rafiziramli @limkitsiang @cmlimguaneng @tonypua @n_izzah @azminali


Manifesto: Hudud Gugur, Perjuangan PAS Sudah Tidak Bernilai

Manifesto PR bertemakan 'Pakatan Harapan Rakyat' telah pun dilancarkan secara rasmi pada 25 Februari 2013 yang lepas sempena Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Ke-4 yang dilangsungkan di Shah Alam Convention Centre (SACC).

Manifesto itu dirangka bersandarkan empat tonggak utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat mendapat pengesahan dan perakuan rasmi ketiga-ketiga pemimpin utama PR dari DAP, PKR dan PAS.

Satu perkara menarik, kandungan manifesto itu langsung tidak menyentuh sebarang komitmen PR untuk merintis perlaksanaan hukum Hudud sekiranya berjaya mengambil alih Kerajaan Pusat. Dari muka surat satu hingga akhir walau sepatah ayat pun mengenai perlaksanaan hukum hudud tidak kelihatan.

Keadaan ini menunjukkan PR langsung tidak berhajat untuk melaksanakannya sekalipun umum mengetahui janji perlaksanaan hukum hudud amat sinonim dengan PAS sejak hampir tiga dekad lalu.

Ia mengejutkan ramai pemerhati politik kerana dengan gugurnya isu perlaksanaan hudud dari Manifesto PR membawa maksud akar kekuatan PAS telah dicabut keluar, meletakkan parti yang sekian lama memperalatkan Islam sebagai jenama parti itu semakin tergadai prinsip juangnya.

PAS kelihatan seperti ketiadaan pengaruh dan tidak berkemampuan mendesak agendanya dijadikan prioriti dalam Manifesto PR, dengan ini meletakkan perjuangan PAS dalam isu perlaksanaan hudud sudah tidak bernilai kerana dianggap tidak membawa sebarang manfaat kepada PR.

Akibatnya sebahagian besar ahli dan penyokong PAS hanya mampu terkebil-kebil dan mati kutu dibuatnya kerana ia jelas mengulangi kegagalan PAS sebelum ini dalam isu pengguguran Negara Islam dari kamus perjuangan PAS untuk digantikan dengan Negara Berkebajikan.


Dari satu sudut pengguguran isu hudud ini boleh dianggap satu kejayaan besar bagi Anwar Ibrahim kerana Ketua Umum PKR itu pernah berjanji dan memberi jaminan kepada sekumpulan pemimpin masyarakat Cina pro DAP dan PKR di Subang Jaya, Selangor bahawa hudud tidak akan mendapat tempat dalam PR.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.






[Mesti Baca] Bukti Pembangkang Sedang Merancang Kristinisasi Di Malaysia...


P/S Text di bawah hanya unstuck perkongsian ramai dan bukan hak milik saya, Kredit kepada penulis sebenar.

Anak-anak Melayu sibuk dengan demo dan bantah. Berkorban melakukan sesuatu yang bukan sahaja sia-sia bahkan akan meranapkan apa yang mereka sendiri harapkan. Ada rahsia besar yang tidak mereka ketahui. Jika mereka mengetahuinya, pasti mereka tidak melakukan kerja bodoh dan gila ini. Bukan sahaja bangsa mereka akan hancur, malah agama Islam juga ikut musnah.

Perancangan telah diatur kemas dan sedang berjalan dengan baik. PRU 13 adalah landasan mula pelaksanaan Pancangan Kristianisasi Malaysia yang pastinya akan membuahkan kejayaan menjelang PRU 14 nanti. Biarpun kalah dalam PRU kali ini, mereka akan meneruskan momentum pertentangan rakyat kepada UMNO sebagai pemerintah Melayu Islam. Tidaklah menjadi rahsia lagi sekarang bahawa jika benar wujud rancangan tersebut, sudah tentu dengan bantuan pakar dari para pelobi antarabangsa.

Faktor Anwar Ibrahim cukup penting. Keupayaannya Anwar memecah belahkan orang Melayu amat berguna bagi mereka terutama kemampuannya menguasai PAS.

Rancangan sebenar masa hadapan mereka bukan untuk melantik Anwar sebagai PM sebagaimana yang kita fahami. Mereka memberi sokongan padu kepada Anwar hanya untuk mempermudahkan mencapai tujuan sebenar mereka. Malaysia bakal menjadi sebuah negara Kristian dan diterajui oleh bukan Melayu sebelum 2020. Bagaimana dengan nasib Institusi Raja-raja Melayu? Mereka akan menerima nasib sebagaimana dengan nasib waris Kesultanan Singapura. Semuanya akan ditamatkan.

Thursday 28 February 2013

Esok PM Jumpa Agong Mohon Perkenan Bubar Parlimen???... @NajibRazak


Desas-desus bertiup kencang sama ada dari penyokong kerajaan BN mahu pun pembangkang yang esok hari adalah "The DDay" PM akan mengumumkan secara rasmi pembubaran Parlimen bagi membolehkan dijalankan satu pilihanraya di negara kita.

Apa yang dimaklumkan kepada KN esok hari hanyalah mesyuarat antara PM dengan Agong sama seperti mesyuarat di hari-hari sebelum ini. Cuma yang menarik perhatian KN dan seluruh rakyat Malaysia ternanti-nanti bilakah parlimen akan dibubarkan PM dan bilakah tarikh PRU13.

KN juga sama seperti rakyat lain dah penat dah menunggu tarikh PRU13 seperti yang digembar-gemburkan akan diadakan pada bulan Mac12, Jun12, Sept12 hingga Dis12. Sekarang ini adalah penghujung tempoh tamat penggal kali ini yang KN rasa paling panjang tempohnya sepanjang pengetahuan KN.

Marilah kita sama-sama nantikan dengan penuh debaran esok hari sama ada peristiwa keramat pengumuman pembubaran Parlimen akan berlaku atau kita terpaksa menanti lagi entah bila tarikh sebenar.

p/s : penantian itu satu penyiksaan (BlackRose)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 27 February 2013

Apakah Lahad Datu Bakal Bermandi Darah???... @HishammuddinH2O


Tempoh yang diberikan pasukan keselamatan Malaysia kepada kumpulan penceroboh dari negara jiran ke atas Sabah berakhir Ahad lalu sebelum dilanjutkan ke hari ini (Selasa) atas permintaan kerajaan Filipina.

Setakat ini belum kedengaran konflik yang didakwa setengah pihak sebagai dicetuskan oleh permainan janji kosong Anwar Ibrahim akan berakhir.

Tidak silap, polis pun sudah berkata akan mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang. Bermakna, operasi mengempur mungkin akan diadakan dalam masa terdekat andai tidak ada kata sepakat dicapai antara kedua belah pihak.

Sebenarnya, sudah hampir 3 minggu kerajaan Malaysia berlembut dengan kumpulan 180 lelaki yang sebahagian mereka bersenjata mendakwa dari kumpulan Tentera Diraja Kesultanan Sulu.

Jangan Tertipu Dengan Manifesto Pembangkang!!!...


KN menyeru rakyat supaya tidak tertipu lagi dengan manifesto pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) pakatan pembangkang.

Rakyat perlu memastikan sama ada manifesto itu janji pembangkang yang boleh dipegang atau sebaliknya, sebelum bertindak mengundi pembangkang semata-mata kerana manifesto itu.

Kalau pembangkang kata manifesto ini bukan janji yang tidak ada legal binding, jadi KN minta rakyat jangan percaya sangat dengan manifesto ini. Maksudnya mereka akan ditipu sekali lagi.
Kalau pembangkang jujur, beritahu kepada rakyat terlebih dahulu apa yang mereka faham tentang manifesto sebenarnya. Adakah tujuannya untuk membohongi rakyat, menipu rakyat…kalau mereka kata bukan janji, tolak awal-awal.

Kelmarin pakatan pembangkang melancarkan manifesto 10 perkara menjelang PRU 13 antaranya pendidikan percuma bermula dari prasekolah sehingga menara gading, kad keanggotaan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS yang boleh diguna di semua plaza tol untuk mendapat tol percuma dan bantuan perniagaan RM10,000 kepada setiap peniaga yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Tuesday 26 February 2013

[Mesti Baca] Kantoi!!! PR Akui ‘Terlepas Pandang’ Royalti Kelantan & Terengganu???...


Pakatan Rakyat mengakui 'terlepas pandang' isu tuntutan bayaran royalti minyak untuk negeri pengeluar minyak yang didapati tidak dimasukkan dalam manifesto 'Pakatan Harapan Rakyat'.

Salah seorang anggota jawatankuasa dasar tersebut Dr Dzulkefly Ahmad mengakui bahawa manifesto itu hanya menyebut pemberian royalti petroleum dan sumber hidrokarbon kepada Sabah dan Sarawak dari 5 peratus ke 20 peratus.

"Ia silap. Sepatutnya ditulis 'negeri pengeluar minyak, bukan Sabah dan Sarawak' sahaja.

"Bila dicetak ia tidak datang begitu (iaitu menyebut) negeri pengeluar minyak. Ia amat diralati. Kami telah difahamkan semalam," kata MP Kuala Selangor itu.

Katanya lagi, anggota jawatankuasa manifesto Pakatan itu, pihaknya selepas ini akan mencetak manifesto tersebut dengan menulis 'negeri pengeluar minyak".

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Debat Paling Gempak Tahun 2013... Panel Sume Ganas2 Belaka...


Sukacita dimakumkan bahawa Sinar Harian akan menganjurkan Siri Wacana Sinar Harian Siri 17 bertajuk "KUASA POLTIK MAHASISWA" seperti ketetapan berikut:-

Tarikh: 26 Februari 2013
Hari: Selasa
Masa: 2.30 pm hingga 5.00 pm
Tempat: Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam, Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor Seksyen 15 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

PANEL:
1. NIK Nazmi Nik Ahmad, Pengarah Komunikasi PKR.

2. Tun Faisal Ismail Aziz, Bekas Aktivis Pergerakan Mahasiswa.

3. Prof Dr Azmi Hassan, Penganalisis Politik/ Geo Strategis UTM.

4. Azan Safar, Presiden Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis).

5. Muammar Ghadafi, Presiden Belia 4B.

MODERATOR :

Prof Dato' Mohamad Abu Bakar, Universiti Malaya/ Pengarang Buku : Mahasiswa Menggugat.

p/s : Bagi yang tidak dapat hadir, boleh tonton di sini - brought to you by @unitmediabaru RT @ZulkiflyAli: [LIVE Streaming 2:30pm] Wacana Sinar : Kuasa Politik Mahasiswa http://goo.gl/fb/gM9pf
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PM Tidak Akan Jual Maruah Kerajaan... @NajibRazak


PM berkata sebagai Perdana Menteri beliau tidak akan menjual maruah kerajaan, menjanjikan sesuatu yang tidak mungkin ditunaikan.

Beliau tidak akan korbankan masa depan rakyat dan negara kerana hendakkan undi dalam pilihan raya.

"Kita mesti ada prinsip dalam perjuangan, dalam hidup kita mesti ada prinsip sebab itulah pilihan raya umum bukanlah tentang siapa akan menang tapi destini negara kita…masa depan penentuannya akan kita tentukan tak lama lagi.

"Oleh itu, marilah kita kuatkan semangat, rapatkan barisan, tanam dalam hati bahawa kalau parti menang, masa depan dan hari esok masih ada," katanya.

Perdana Menteri berkata BN perlu berpakat dan mencari formula terbaik sebab kekuatan dalaman adalah amat penting kerana sekiranya BN kalah ini menunjukkan BN tidak bersatu dalam erti kata sebenarnya.

Monday 25 February 2013

Selangor Akan Lebih Maju Di Bawah PR???... @NajibRazak @KhalidIbrahim


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Selangor akan lebih maju jika berada di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) kerana banyak masalah di negeri itu mampu diselesaikan.

Perdana Menteri berkata dengan kemajuan dicapai oleh Selangor, Malaysia akan lebih berjaya.

Untuk itu, Najib yang juga Pengarah Pilihan Raya BN Selangor berkata kerajaan BN tidak boleh membiarkan Selangor diperintah parti lain kerana negeri itu penting bagi masa depan negara.

"Selangor terlalu penting bagi masa depan negara…kita tidak boleh membiarkan Selangor diperintah oleh parti lain dan kerajaan pusat oleh parti lain.

"Banyak masalah yang berlaku (sekarang) sebab tidak datang dari parti yang sama," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Chap Goh Meh anjuran BN Selangor di Sekolah Kebangsaan Pandan Indah di sini hari Ahad.

Justeru Najib menyeru rakyat Selangor untuk menyelesaikan segala 'kemelut' dan mengembalikan keyakinan serta mandat mereka kepada BN untuk menubuhkan kerajaan baharu di negeri itu.

Lensa Niring 2 : Nge Kor Ham Rasa Tergugat Bruas Bakal Ditawan BN???... @NajibRazak @ZambryAbdKadir @KhairyKJ @AzwanBro @promelayu @tunfaisal





Sunday 24 February 2013

Lensa Niring 1 : BR1M Kat Lumut Buat Pembangkang Meroyan!!!... @NajibRazak @ZambryAbdKadir @KhairyKJ @AzwanBro @promelayu @TunFaisal



Wajah Ustaz Azhar Idrus Masa Muda Persis Hindustan???...

Pernahkah anda melihat wajah penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) semasa muda dan tanpa ada jambang?

Haaaa… Ini dia wajah UAI semasa muda. Ala-ala pelakon Hindustan gitu.

Macam Sanjay Dutt!

Sebenarnya, UAI ini pada awalnya bercita-cita ingin menjadi guru muzik.

Namun, tiba-tiba dia menjadi penceramah bebas dan disukai ramai pula.

Lihat gambar di atas ini. Apa kata anda?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers