Jadilah Sahabat Kulaan...

KUIPS

KUIPS

Saturday, 28 July 2012

Leman Tak Lawak Kantoi JB & Pahang Negeri Yang Pakatan Harus Pertahankan... @LemanRLawak



Leman Raja Lawak tampil di program 'Dari Rakyat Kepada Rakyat' anjuran PAS Cawangan Batu pada 11hb Jun 2012 di Taman Dato Senu, KL.

Hahahahahahaha inilah manusia yang diangkat Pas menjadi taraf Ustaz walaupun ilmu agama tak ada dan ilmu politik jauh sekali. Cuba perhatikan di minit 3:23 - 3:00 ucapan si Leman nie yang lalok macam pekena estasy jer...

"kepada penyokong pakatan rakyat... kepada pemimpin pakatan rakyat... per... (tertelan air lioq) pertahankan lima negeri... iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah... lagi satu apa dia tuh... Johor Bharu... (saya tak mau habaq jer...) KANTOI... saya nak habaq ... Johor Bharu... Johor Bharu Pahang..."

Pergghhhh...Anwar Rancang Beli Wakil Rakyat BN Di Sabah Dan Sarawak...


Anwar Ibrahim dijangka akan membeli wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dari Sabah dan Sarawak jika gagal membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum.

Perkara itu didedahkan bekas Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan kepada penulis portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin baru-baru ini.

"Anwar sebenarnya langsung tidak merancang memenangi pilihan raya di Sabah dan Sarawak.

"Beliau hanya mahu 'mencuri' wakil rakyat BN selepas pilihan raya umum akan datang dan membentuk kerajaan melalui lompat parti."Jeffrey sebelum ini menjelaskan beliau menentang perancangan itu kerana tiada jaminan terhadap kesetiaan (wakil rakyat yang dibeli)," katanya dalam entri terbaru portal itu.Raja Petra mendakwa, Jeffrey ada memberitahunya Anwar tidak bersedia menerima pembelot daripada BN kerana menganggap ia akhirnya hanya menambah beban kerja pemimpin PKR itu.

Katanya, Jeffrey juga turut meluahkan kebimbangannya terhadap usaha Ketua Pembangkang untuk membeli wakil rakyat BN sebelum pilihan raya.Malah Jeffrey sendiri menentang perancangan itu kerana menyifatkan ianya tiada jaminan kesetiaan terhadap parti.Bagaimanapun, Raja Petra mendakwa wakil rakyat BN yang 'dibeli' hanya akan lompat parti selepas PRU-13.Berikutan itu katanya, pembangkang terpaksa bekerja keras supaya menang terlebih dulu tetapi cara ini amat berisiko.

Katanya, Jeffrey melihat langkah itu akan mengakibatkan pembangkang terpaksa memberi haluan kepada wakil rakyat BN yang sudah dikenal pasti dan memastikan mereka menang pilihan raya sebelum berpaling tadah.Baru-baru ini, ahli Parlimen Tuaran, Sabah, Datuk Seri Wilfred Bumburing meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tuaran tanpa menyatakan alasan.
Bumburing sebelum ini dicalonkan untuk kerusi Parlimen Tuaran pada Pilihan Raya umum 2008.

Beliau berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Tuaran untuk BN dengan menewaskan saingan terdekat Ansari Abdullah dari PKR dengan majorit 6,622 undi manakala calon bebas Ajin Hazin Gagah pula hanya maampu meraih 879 undi.

Sumber : TuahBertuah

Siri 3 : Jawapan Tun Faisal Bikin Khalid Samad "Panas Hati" Isu Melayu Pasca PRU13... @tunfaisal @khalidsamad

Siri 2 : Jawapan Tun Faisal Bikin Khalid Samad "Panas Hati" Isu Melayu Pasca PRU13... @tunfaisal @khalidsamad

Siri 1 : Jawapan Tun Faisal Bikin Khalid Samad "Panas Hati" Isu Melayu Pasca PRU13... @tunfaisal @khalidsamad

Friday, 27 July 2012

PANAS : Siapa Kakitangan Kerajaan Yang Tidak Gembira Selepas Pengumuman Bonus...



Sumber : Pistol Nakal

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada semua penjawat awam.

Ini termasuklah bayaran khas juga sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran bonus itu akan dibuat pada 9 Ogos, demikian menurut kenyataan perdana menteri yang juga menteri kewangan, pada lewat petang Rabu.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan semasa kerajaan.

Beliau menambah, bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.

Jelas Najib lagi, pemberian bonus dan bayaran khas kepada pesara kerajaan itu merupakan penghargaan kerajaan kepada kakitangannya dan juga pesara kerajaan.

"Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan," katanya lagi.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri bulan depan.

Beza Ramadhan Di Malaysia Dan Negara Islam Lain...


RAMADHAN DI MALAYSIA DAN NEGARA ISLAM LAIN

1. SOMALIA masih berperang sesama sendiri.
2. SYRIA kini dalam Perang Saudara ( baru bermula setelah 17,000 nyawa orang Islam melayang ).
3. IRAQ masih berhujankan bom dan serangan mortar.
4. PALESTIN masih kedengaran bunyi kereta kebal Israel di tepi masjid.
5. PAKISTAN masih meletakkan pengawal bersenjata diluar masjid.
6. MESIR masih lagi berarak dijalanan dan berkonfrontasi


Tapi di MALAYSIA

1. Kita sedang memikirkan di mana kita ingin berhari raya nanti.
2. Tiket bas banyak dah habis, macamana kalau tak ada bas tambahan.
3. Malam ni dan seterusnya nak terawikh kat mana yer.. kat masid tu dia baca surah panjang-panjang tak?
4. Eh.. Anak ko yang dah hafiz tu jadi Imam Terawikh kat masjid mana?
5. Banyaknyer plastik Kak Ya... nak pergi Pasar Ramadhan ke?
6. Kedai Kain 1 Malaysia, kain-kain dia kualiti ok tak? Ingat nak berjimat sikit la tahun ni..
7. Eh. kereta aku nak make up la sikit tahun ni.... nak letak LCD kat kedai ah meng tu murah tak?
8. Langsir, kosyen nak tukarker tahun ni... tahun lepas dah tukar TV..
9. Fitrah tahun ni berapa ek... malam ni dah boleh start bayarkan?
10. Isnin ni nanti nak hantar borang cuti ler.... minggu lepas nak hantar bos tak bagi lak... dia kata tunggu puasa...

Dari itu marilah kita sama-sama bersyukur dan berusaha mengekalkan keamanan di Malaysia. Dalam kita berpolitik dan berhujah, janganlah hendaknya kemanisan dan kesejahteraan kita menunaikan tuntutan agama digadaikan....

ASSALAM RAMADHAN SEMUA... CHEER WHAT YOU GOT... BECAUSE WE DON'T KNOW WHAT WE GOT... TILL ITS GONE...

Thursday, 26 July 2012

Ustaz Kazim - Baru Dua Hari Pakai Tudung Dah Jadi Ustazah... @Abby_Abadi112

Sketsa : Kartun Yang Bakal Buat Penyokong Pembangkang Maki-hamun Gua...


Macam-macam ada untuk memikat hati dan yang menawan hati adalah BN... BN terus meluncur menuju era kemenangan sedang PKR asyik bertelagak dalam kapal layar mereka hehehe..... apa nak jadi yerr......

Confirm BN telah berjasa, mampu, ada kredibiliti, bervisi, perpaduan terjamin, kekuatan majoriti ada, terbukti janji ditepati, wawasan ada, akhlak pemimpin baik, yang penting semua rasa terjamin dan aman,  masyarakat cina dapat berniaga tanpa rasa curiga.. malah boleh hidup mewah.. so MESTI SOKONG demi masa depan anak cucu kita untuk menjadi negara MAJU...

Macam tak senang jerr bila tengok ada komen sokong BN.... siapa pun PM dalam BN tak kesah yang penting BN menang dan bukan PKR.... masalah kalau PKR menang faham-faham sajalah takut nanti rakyat bebas jadi besexsual..... macam mana nak kawal kesian baby bertaburan kena buang di merata-rata tempat...

Wednesday, 25 July 2012

Bonus Aidilfitri PM @NajibRazak Tunaikan Janji...


Ya Allah Ya Tuhanku... Panjangkanlah usia DS Najib Razak dan rahmatilah beliau...

DS Najib Razak mengumumkan pembayaran bonus setengah bulan gaji dengan jumlah minimum sebanyak RM500 bagi penjawat awam dan RM500 bagi pesara kerajaan tidak dikecualikan sebarang fahaman agama, perayaan mahupun parti...

Bayaran akan dibuat pada 9 Ogos 2012...

Terima kasih DS Najib Razak...

"Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak mensyukuri Allah". (Hadith riwayat Ahmad dan At-Tirmizi. Kata Al-Albani: Sahih)


Sumber : IsuPolitikSemasa

Jasa Najib Di Usia 59 Tahun.... @NajibRazak


Jasa Najib di Usia 59 Tahun

YAB Dato’ Seri Najib mungkin baru 3 tahun memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia, namun jasa-jasa beliau kepada rakyat dan negara begitu banyak dan sukar untuk disenaraikan.

Bermula dari usia 22 tahun, Najib telah pun menjadi Ahli Parlimen sebelum dilantik menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos dan kemudiannya Timbalan Menteri Pelajaran serta Timbalan Menteri Kewangan. Ini bermakna, di usia yang begitu muda, Dato’ Seri Najib telah pun menabur jasa kepada rakyat melalui portfolio-portfolio yang dipegangnya.

Kewibawaan, kesungguhan dan keikhlasan beliau berkhidmat telah mendapat perhatian Perdana Menteri pada ketika itu, iaitu Dr. Mahathir Mohamad yang kemudiannya mencalonkan beliau ke kerusi DUN Pekan yang membawa kepada perlantikannya sebagai Menteri Besar Pahang di usia 29 tahun.

Lanjutan dari itu, Najib sebagai Menteri Besar menjadi antara tokoh perintis Yayasan Pahang bagi mempromosi pendidikan dan sukan di kalangan belia melalui biasiswa dan dana. Beliau juga berjaya menjana pendapatan negeri melalui sumber semulajadi dan kerjasama dengan FELDA, dengan membuka jalan untuk skim pendudukan tanah baru bagi memberi peluang pendapatan kepada golongan miskin dan tidak memiliki tanah.

Selain menyumbang melalui politik, Najib yang dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan, Majuternak, telah menggunakan sepenuh peluangnya di sana untuk mencari idea-idea baru bagi membantu para penternak.

Dan apabila beliau memegang jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, kesungguhan beliau meningkatkan mutu sukan negara ternyata membawa hasil apabila Malaysia berjaya menunjukkan pencapaian terbaik di Sukan SEA 1989 yang diadakan di Kuala Lumpur.

Pada tahun 1991, Najib dilantik menjadi Menteri Pertahanan dan sehingga kini beliau tetap dianggap sebagai Menteri Pertahanan terbaik bagi Malaysia. Beliau memodenkan dan meningkatkan kredibiliti Angkatan Tentera Malaysia melalui berbagai latihan dan peralatan terkini.

Setelah kementerian tersebut berada di tahap yang membanggakan beliau diberi pula tanggungjawab untuk menerajui Kementerian Pelajaran. Di sini, beliau mengstruktur semula dan mengswastakan universiti awam serta menggalakkan kerjasama dengan universiti luar negara. Antara jasa beliau di kementerian ini yang dapat dinikmati secara langsung oleh para guru hari ini ialah menaiktaraf sijil pendidikan kepada diploma bagi menaikkan tanggagaji guru-guru.

Khidmat Najib sebagai Menteri Pertahanan sekali lagi diperlukan pada tahun 1995. Beliau pun mengambil peluang ini untuk meningkatkan moral Angkatan Tentera Malaysia yang telah sedia dihormati dunia, dengan memperkenalkan skim perumahan yang lebih baik, pengstukturan semula elaun dan juga pendapatan mereka.

Jelas, jasa-jasa Dato’ Seri Najib sebelum menjadi Perdana Menteri juga sudah tidak terhingga banyaknya.

Najib dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009, dan sejak itu, beliau langsung tidak membuang masa untuk bekerja. Dalam masa hanya 3 tahun, idea transformasinya ternyata berjaya dilaksanakan, malah berjaya membuahkan hasil dan bukannya hanya slogan kosong.

Beliau pantas memperkenalkan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) bagi meningkatkan kualiti, kecekapan dan ketelusan dalam sektor perkhidmatan awam dan kerajaan. KPI diperkenalkan bagi mengukur tahap pencapaian pegawai dan juga agensi-agensi kerajaan.

Selain itu, National Key Result Areas (NKRA) diumumkan sebagai garis perancangan untuk menangani 7 perkara yang melibatkan rakyat dan negara, iaitu mengurangkan jenayah, memerangi rasuah, meningkatkan pencapaian pelajar, menaikkan taraf hidup golongan berpendapatan rendah, meningkatkan infrastruktur asas di kawasan luar bandar, memastikan bekalan air bersih dan dirawat, meningkatkan sistem pengangkutan awam di bandar dan menangani masalah kos sara hidup.

Kesemua ini telah dan sedang berjalan lancar manakala sebahagian besarnya telah pun menunjukkan hasil yang memuaskan. Ternyata, beliau adalah seorang yang mengotakan apa yang dikata dan tanpa membuang masa.

Kempen 1Malaysia yang dilancarkan beliau juga mendapat tempat di hati rakyat yang rata-ratanya menyokong perpaduan di bawah nama satu bangsa.

Dalam masa tiga tahun pemerintahan beliau juga, Najib berjaya mengekalkan kekukuhan ekonomi Malaysia bermula dengan lonjakan paling tinggi dalam GDP sehingga 5.9% pada September 2009 dari rekod yang rendah pada Mac 2009 iaitu -7.6% sebelum beliau pengambil-alihan tampuk pemerintahan

Kestabilan politik dan ekonomi dalam negara hasil dari kepimpinan Najib, telah membolehkan kerajaan mengumumkan bantuan-bantuan bersifat langsung kepada rakyat, antaranya BR1M, KR1M, TR1M, Klinik 1Malaysia dan berbagai-bagai lagi.

Berdasarkan fakta di atas, pendek kata, sejurus selepas mencapai usia dewasa, iaitu di awal 20-an, Najib telah tidak berhenti-henti menabur jasa kepada rakyat. Namun, di usia 59 tahun hari ini, Najib tidak langsung menganggap kedudukannya sebagai balasan kepada jasa-jasanya tetapi mengambil sikap seolah-olah beliau pula yang terhutang budi dengan rakyat kerana memberi keyakinan kepadanya. Justeru itu, beliau terus tegap bersemangat untuk berkhidmat dan menabur jasa tanpa merasa jemu atau letih.

Sesungguhnya tidak seorang pun dari rakyat Malaysia yang mampu menafikan segala jasa-jasa beliau walaupun mereka mungkin merupakan penyokong pembangkang. Tiada siapa boleh menafikan yang mereka menerima wang tunai serta bantuan langsung dari berbagai-bagai program yang diilhamkan Najib.

Sememangnya, sudah menjadi tuntutan agama dan moral bagi kita semua untuk mengucapkan terima kasih kepada beliau atas segala jasa yang dicurahkan. Dengan itu, kita mendoakan agar Dato’ Seri Najib dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik agar dapat terus berkhidmat kepada negara dan juga rakyat.

Selamat Ulang Tahun, Dato’ Seri Najib, Perdana Menteri yang dikasihi lagi dihormati!

Abby Abadi Sah Masuk Syurga???... @Abby_Abadi112


Pelakon Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaeiyah Abdul Manan menyertai Pas baru-baru ini dengan menyerahkan borang keahlian seumur hidup kepada Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Abby yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza dalam siri rancangan televisyen Gerak Khas kini bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan Pas kebelakangan ini termasuk menyertai himpunan Bebaskan Tahanan ISA di Kamunting, Taiping, Perak, beberapa minggu lalu.

Akhir bulan lalu, beliau antara lain berkata bahawa belum sampai masanya untuk mengikut jejak langkah beberapa rakan artis lain menyertai Pas.

Menurutnya, untuk sementara waktu beliau rela menjadi kelompok orang di luar parti bagi mencari erti perjuangan sebenar dan memahami konteks agama serta politik tidak dapat dipisahkan sebelum mengambil langkah seterusnya.

“Bukan sebab saya pilih pentas (majlis Pas) untuk berkongsi pengalaman, saya juga mendapat jemputan daripada majlis agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama persatuan wanita.

“Saya seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini,” katanya dipetik Harakah Daily, hari ini.

Beliau dilaporkan menyerahkan borang keahlian Pas di Nilam Puri dekat Kota Bharu, Kelantan, malam tadi.

Beliau berkata, perjuangan sebenar ialah apabila seseorang itu semakin dekat pada agama dan sayang kepada ALLAH. -SH-

p/s : bukan gua yang cakap kalo masuk Pas masuk syurga... gua bukan buat fitnah... memang pas yang cakap mcam tu... tapi kalo cakap jer mesti kata gua reka-reka cerita... nie gua bagi gambar sebagai bukti...

tapi seperti biasa puak-puak sesat Pas nie akan kata gambar mana boleh jadi bukti... kena bawak 4 orang saksi macam depa dok buat fatwa kes video chinadoll Anwar Ibrahim tuh... lu pikir la sendiri...








Tuesday, 24 July 2012

Pas Tidak Bersekongkol Dengan DAP, Tegas Nasrudin


Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, Pas tidak pernah bersekongkol dengan DAP kerana ia adalah tahaluf siasi.

Menurut Nasrudin, hal ini kerana Pas sedar dengan hanya satu parti tidak boleh menang di negara ini.

“Pas perlu akui realiti, tidak menang dengan satu parti. Kerjasama dengan DAP, salah satu parti komponen Pakatan Rakyat (PR) adalah dalam konteks politik,” katabeliau pada Debat Sinar Harian.

Dalam pada itu, beliau berkata, Pas tidak menggadai prinsip perjuangan parti dengan negara berkebajikan kerana ia tidak bertentangan dengan Islam.

“Ada pihak mengatakan Pas kononnya mengadai prinsip perjuangan dengan mengatakan negara berkebajikan tidak kena dan tidak betul, sedangkan ia tidak bertentangan dan sangat bertepatan dengan Islam,” katanya.

p/s : aik! lain plak bunyi citer Pas nie... tak bersekongkol kata puak Pas nie la tapi kalo undi DAP masuk syurga... kalo undi UMNO masuk neraka... hanya kerana terdesak untuk meraih undi dengan pintu PRU13 yang semakin hampir... Pas sanggup membuat apa saja hatta sehingga menggadaikan agama Islam demi kepentingan politik....

sebelum bersekongkol dengan PKR dan DAP puak-puak Pas mahu menegakkan "NEGARA ISLAM" konon... tapi bila dah bersekongkol, terus tukar kepada "NEGARA BERKEBAJIKAN"... mana perjuangan mendirikan NEGARA ISLAM sebelum ini... mana istiqamah dalam perjuangan...

Monday, 23 July 2012

[Video] Ustaz Kazim Jawab Nik Aziz Hina Nabi...

Fathul Bari: Tolak Pemimpin Politik 'Ala Syaitan'...


Golongan muda perlu menolak pemimpin-pemimpin yang suka mencetuskan huru-hara, menimbulkan propaganda dan persepsi tanpa disokong bukti serta fakta kukuh sehingga menyebabkan fitnah terhadap pihak lain.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, sikap ahli politik yang suka menimbulkan persepsi salah terhadap pihak lain diibaratkan seperti politik 'ala syaitan' yang hanya akan memburukkan pihak lain.

“Banyak kategori pemimpin yang perlu ditolak orang muda antara yang lain ialah mereka yang tidak memiliki kepakaran dalam bidang yang dipimpin.

“Mana mungkin seseorang yang tidak memiliki kepakaran akan berjaya dalam bidang yang dipimpinnya, justeru, orang muda perlu bijak menilai siapa pemimpin yang akan mereka pilih pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti," kata beliau pada Debat Sinar Harian bertajuk PRU13: Orang Muda Pilih Siapa? yang berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, sebentar tadi.

Debat yang menemukan beliau dan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi dipengerusikan oleh Pensyarah Jabatan Pengajian Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar.

Menurutnya, disebabkan golongan muda sinonim dengan perlakuan agresif, parti politik memainkan peranan penting dalam mendidik mereka mengenai cara berpolitik yang betul dan tidak bersandar kepada maklumat yang mereka peroleh daripada laman sosial.

“Orang muda bertanggungjawab mengubah struktur politik negara pada masa kini, jadi mereka perlu bijak menganalisis maklumat yang mereka peroleh bukan percaya bulat-bulat maklumat yang belum dipastikan sama ada dari fakta yang betul atau salah,” katanya.

“Apabila mereka suka guna medium itu untuk dapatkan maklumat, tidak menganalisis maklumat yang diperoleh, itu juga akan mencetuskan fitnah terhadap pihak lain dan budaya fitnah ini adalah jelas dilarang dalam Islam,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, golongan muda perlu membenci budaya politik yang mengajak masyarakat membenci pihak lain.

“Tiada dalam ajaran Islam supaya kita menyuburkan budaya saling benci-membenci ini, ia bukan sahaja akan memecahbelahkan masyarakat malah akan melemahkan kedudukan negara itu sendiri,” katanya. -SH-

Sunday, 22 July 2012

Tahniah Abby Abadi Dah Menyerahkan Borang Masuk Syurga... @Abby_Abadi112



Majlis Penyerahan Borang Masuk Pas Abby Abadi (Ahli Seumur Hidup) kepada TG Nik Aziz dalam Ceramah Ambang Ramadhan, Padang Nilam Puri (Kota Bharu), 19 Julai 2012.

Hanya kerana anda artis maka anda dapat pengiktifan dan perhatian seperti ini... Kesian dekat ahli muslimah Pas yang lain yang tak dapat perhatian seperti anda dapat... Kerana apa?... Kerana muslimah Pas yang lain bukan artis...

Baru la pak-pak lebai Pas semangat nak datang ceramah Pas... Ada pemanis...

Siapa la yang bertuah dapat memperisterikan Abby pasal dia cakap tadi dia masih muda lagi... eeeeeeeeemmmm....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers