Anwar Ibrahim dijangka akan membeli wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dari Sabah dan Sarawak jika gagal membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum.
Perkara itu didedahkan bekas Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan kepada penulis portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin baru-baru ini.
"Anwar sebenarnya langsung tidak merancang memenangi pilihan raya di Sabah dan Sarawak.
"Beliau hanya mahu 'mencuri' wakil rakyat BN selepas pilihan raya umum akan datang dan membentuk kerajaan melalui lompat parti."Jeffrey sebelum ini menjelaskan beliau menentang perancangan itu kerana tiada jaminan terhadap kesetiaan (wakil rakyat yang dibeli)," katanya dalam entri terbaru portal itu.Raja Petra mendakwa, Jeffrey ada memberitahunya Anwar tidak bersedia menerima pembelot daripada BN kerana menganggap ia akhirnya hanya menambah beban kerja pemimpin PKR itu.
Katanya, Jeffrey juga turut meluahkan kebimbangannya terhadap usaha Ketua Pembangkang untuk membeli wakil rakyat BN sebelum pilihan raya.Malah Jeffrey sendiri menentang perancangan itu kerana menyifatkan ianya tiada jaminan kesetiaan terhadap parti.Bagaimanapun, Raja Petra mendakwa wakil rakyat BN yang 'dibeli' hanya akan lompat parti selepas PRU-13.Berikutan itu katanya, pembangkang terpaksa bekerja keras supaya menang terlebih dulu tetapi cara ini amat berisiko.
Katanya, Jeffrey melihat langkah itu akan mengakibatkan pembangkang terpaksa memberi haluan kepada wakil rakyat BN yang sudah dikenal pasti dan memastikan mereka menang pilihan raya sebelum berpaling tadah.Baru-baru ini, ahli Parlimen Tuaran, Sabah, Datuk Seri Wilfred Bumburing meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tuaran tanpa menyatakan alasan.
Bumburing sebelum ini dicalonkan untuk kerusi Parlimen Tuaran pada Pilihan Raya umum 2008.
Beliau berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Tuaran untuk BN dengan menewaskan saingan terdekat Ansari Abdullah dari PKR dengan majorit 6,622 undi manakala calon bebas Ajin Hazin Gagah pula hanya maampu meraih 879 undi.
Sumber : TuahBertuah
No comments:
Post a Comment