Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 22 February 2014

Puaka Niring : Teddy Bear Bergerak Sendiri Ketika Main Papan Ouija???

Bagi anda yang meminati perkara-perkara mistik dan seram, pastinya anda mengetahui apakah itu papan ouija.

Papan ouija dikatakan boleh memanggil roh orang yang sudah meninggal dunia dan berinteraksi dengannya menerusi huruf-huruf yang terdapat dalam papan tersebut.

Daripada video yang ingin kami kongsikan ini, dapat dilihat sebuah teddy bear berwarna putih yang diletakkan di atas almari kelihatan bergerak secara tiba-tiba semasa tiga sekawan ini sedang bermain ritual papan ouija tersebut.

Pada mulanya mereka tidak menyedari kejadian itu, namun apabila seorang daripada lelaki itu menyedari pergerakan teddy bear terbabit, mereka terus berhenti bermain dan mula memeriksa patung beruang itu.

Selepas itu, mereka bertiga menyambung kembali aktiviti yang tergendala dan tidak semena-mena ketiga-ketiga mereka terus bertempiaran lari apabila teddy bear itu sekali lagi bergerak secara tiba-tiba.

Kantoi!!!! Bukti Gambar-gambar Teresa Kok Menipu Isu Simbah Cat Di Pejabatnya???


Pada Rabu lepas, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok kecoh apabila mendapati ruang tangga menghala ke Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Seputeh dipenuhi cat berwarna merah dan seekor bangkai ayam.

Kejadian itu mula disedari mula-mula oleh Pengurus Bangunan pejabat Sim Foo Lan pada awal pagi hari kejadian.

Ia dimaklumkan kepada Sim oleh pekerja yang datang untuk membersihkan kawasan itu.

Sim memaklumkan bahawa beliau sudah membuat laporan polis di Balai Polis Sri Petaling berkenaan kejadian itu yang dikatakan bukan kali pertama berlaku.

Jurukamera Mynewshub.my Reza Razak, hadir di lokasi kejadian merakamkan dinding dan tangga naik ke pejabat Teresa yang dipenuhi warna merah akibat cat berkenaan.

Selepas diteliti beberapa ketika, penulis mendapati ada beberapa aspek dalam kejadian ini yang begitu mencurigakan berkenaan kesahihan dakwaan Teresa yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan berkenaan kejadian itu.

Mari kita lihat aspek mencurigakan itu satu-persatu :-

Pintu Jeriji Besi BERSIH Tanpa Kesan Cat Merah

Kejadian dikatakan berlaku pada awal pagi dan pastinya ketika kejadian pintu jeriji besi untuk masuk ke tangga untuk naik ke pejabat Teresa terkunci kerana tiada sesiapa yang bertugas pada waktu itu.

Cat merah itu sudah pasti disimbah oleh suspek dan BUKAN ‘dituang’ ke tangga pejabat Teresa itu.

Si pelaku juga pasti berada dalam keadaan takut dan kelam-kabut kerana mahu melakukan ‘kerja’ itu dengan secepat mungkin kerana bimbang dilihat oleh orang awam.

Jika cat itu ‘disimbah’ dan jeriji besi berkunci, pastinya akan ada percikan cat merah pada jeriji besi dan juga di beberapa kawasan diluar pintu berkenaan kerana simbahan yang dilakukan dalam keadaan gemuruh itu.

Jika diteliti pada gambar ini, jeriji besi hitam itu bersih dan berkilat seperti tiada apa-apa simbahan yang berlaku.



Kesan Percikan Cat Yang Tidak Konsisten

Semasa tinjauan Riza, jurukamera kami turut merakamkan beberapa video keadaan pintu jeriji besi dan juga dinding di tangga yang dipenuhi cat berkenaan.

Penulis melihat kesan percikan yang sepatutnya menuju ke atas dinding jika disimbah dari bawah tidak kelihatan sebaliknya percikan cat itu dilihat lebih konsisten dengan si pelaku melakukannya dari atas tangga dari dalam jeriji besi bukannya dari luar.

Jika ia dilakukan dari dalam bagi mengelakkan jeriji berkenaan, percikan cat tidak akan menjadi terkumpul sebegitu rupa kerana pastinya tin cat itu akan terlanggar lubang jeriji yang kecil tamabahan pula si pelaku dalam keadaan gemuruh dan ketakutan.


Selain itu, cat dilihat meleleh dari atas ke bawah kerana tompokan cat lebih banyak di bawah berbanding di atas tangga. Jika ia disimbah dari luar jeriji, pastinya kawasan tangga di sebelah kesan cat turut dikotori percikan cat merah namun ia kelihatan bersih.


Kesan Cat Yang Terlalu Tinggi Di Dinding

Jika dilihat pada percikan cat di bahagian dinding di kawasan tangga berkenaan, percikannya dilihat berada tinggi hampir pada siling. Jika ia dilakukan dari luar pintu jeriji, pastinya ada kesan simbahan cat pada jeriji seperti yang diperkatakan tadi.

Jika si pelaku ingin mengelakkan kesan cat terkena jeriji itu, individu itu memegang tin cat bersama kedua-dua tangan menerusi lubang jeriji dan menyimbahnya ke dinding. Percikan cat tidak akan boleh mencapai setinggi itu kerana si pelaku tidak mempunyai cukup tenaga untuk membuat simbahan kerana besi di lubang jeriji itu menganggu pergerakan tangannya.

Percikan seumpama itu lebih konsisten dengan jika si pelaku berada di atas tangga dan menyimbah cat terus ke dinding dengan memegang tin cat dengan kedua-dua tangan, pasti percikan akan mencecah setinggi itu.


Lokasi Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Seputeh

Mynewshub.my difahamkan lokasi pejabat Teresa terletak di antara beberapa buah restoran makanan cina di Seri Desa Entepeneur Park, Off Jalan Kuchai Lama itu mungkin menyukarkan seseorang untuk melakukan perbuatan sebegitu tanpa disedari orang ramai.

Beberapa buah blog lain turut sama memperkatakan mengenai aspek-aspek mencurigakan ini berkenaan kesahihan kejadian ini.

Adakah ia betul dilakukan oleh orang lain atau ada orang ‘dalam’ terlibat dalam melakukan perkara ini seterusnya membolehkan Teresa menyalahkan pihak lain dalam isu ini.

Penulis menyertakan sekali video rakaman jurukamera Mynewshub.my ketika melakukan liputan kejadian ini.

Apappun pihak Teresa sudah pun membuat laporan polis berkenaan hal ini, dan kita tunggu hasil siasatan pihak polis berkenaan kes cat merah di pejabat DAP berkenaan. 


Sketsa : Kah3 Nenek Bercakap Tentang Selfie, Gaya Moden Dan "Justin Bieber"!!! @JustinBieber @JustinrCrew


Bayangkan anda berkawan dengan sahabat baik anda selama lebih 90 tahun sepanjang riwayat hidup anda, menarik bukan?

Di saluran YouTube Steve Harvey, dikongsikan satu video bagaimana dua orang wanita yang berusia lebih 100 tahun dan mereka bersahabat baik bercerita mengenai budaya masa kini.

Menurut Steve pada pembukaan video berkenaan, beliau memperkenalkan kedua-dua wanita itu yang dikatakan telah menjadi sahabat baik selama 94 tahun.

Kedua-dua mereka iaitu Irene dan Alice turut ditanya secara eksklusif dalam satu temubual berkenaan budaya moden antaranya Selfie, tarian Twerking dan juga mereka ditanya mengenai Justin Bieber.

Ketika ditanya apa makna Selfie, Alice dilihat seakan keliru dengan perkataan itu.

“Saya tidak tahu apa yang diperkatakannya?” kata Alice.

“Selfie ialah dimana kita mengambil gambar kita sendiri dan letakkannya di Facebook untuk tatapan orang ramai,” jawab Irene.

“Siapa yang akan mengambil gambar mereka sendiri,” balas Alice.

“Mereka lakukannya… ya mereka lakukannya,” kata Irene.

Menurut Irene, jika ada peluang beliau juga mahu cuba mengambil gambarnya secara Selfie.

“Saya sudah mempunyai cukup gambar diambil oleh orang lain, saya tidak perlu mengambil gambar saya sendiri,” kata Alice.

Anda tonton sendiri beberapa jawapan lucu yang pasangan sahabat baik ini berikan terutamanya mengenai artis remaja penuh kontroversi Justin Bieber.

Enjoy yourself...

Friday 21 February 2014

[Video] Awek Cun Cekap Tebar Roti Canai???


Biasanya di Malaysia, mereka yang menjadi penebar roti canai terdiri daripada lelaki atau mamak kan.

Tapi di Singapura, terdapat seorang gadis remaja yang mempunyai kemahiran menebar roti canai atau roti prata dengan cekap.

Ketangkasan gadis ini pasti memukau pengunjung yang bertandang ke sebuah gerai yang terletak di Blok 216 Bedok North.

Gadis tersebut, Nur Hidayu dipercayai sudah lama membantu keluarganya berniaga di situ hingga mempunyai skil yang membanggakan.

Apa pun kami percaya, Nur Hidayu antara tarikan pengunjung ke gerai keluarganya itu.

Betul tak?

Biar Betul!!! Boleh Lepas Road Block Guna Pelekat Kereta Pekida??? @PDRMsia


Sebuah laman Facebook dikesan mengaut untung mudah dengan menjual pelekat cukai jalan kereta dengan logo Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida).

Pelekat yang dijual pada harga mahal iaitu RM25.90 + RM10 pos itu didakwa boleh membantu pemandu apabila berlaku sekatan jalanraya oleh pihak berkuasa.

Ia juga dikatakan dapat membantu apabila terlibat dalam kemalangan jalanraya dengan kaum Cina dan boleh digunakan tidak kira sama ada oleh ahli mahu pun bukan ahli Pekida.


Perbuatan pemilik Facebook ini mendapat kecaman ahli Pekida yang meninggalkan komen di Facebook terbabit.

Ia didakwa memberikan imej negatif kepada pertubuhan namun teguran tersebut nampaknya tidak memberi kesan.

Buktinya, dalam satu pos baru admin page Facebook ini mengucapkan terima kasih kepada semua pembeli pelekat yang dijualnya dan akan memaklumkan jika ada pelekat baru.


Nampak gaya, perbuatan tidak bertanggung jawab ini perlu disiasat segera kerana nyata ia menipu orang ramai.

Secara logik, mana mungkin kesalahan trafik boleh dipandang sebelah mata semata-mata kerana sekeping pelekat mewakili pertubuhan tertentu bukan???

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 20 February 2014

Kahwin Ekspres Mencanak Di Betong Sejak Kebelakangan Ini… MENGAPA???


Pengkalan Hulu – Aktiviti ‘kahwin senyap’ oleh pasangan warga Malaysia di Betong, Selatan Thailand didapati meningkat mendadak berbanding beberapa bulan lalu berikutan proses perkahwinan di pekan sempadan negara jiran itu yang didakwa lebih pantas dan selamat berbanding di wilayah lain.

Permintaan tinggi rakyat Malaysia untuk berkahwin di Betong, menyebabkan Pejabat Kadi Syarie Majlis Agama Islam Yala berpejabat di pekan kecil berkenaan beroperasi tanpa cuti termasuk dibuka sehingga waktu malam untuk urusan perkahwinan termasuk pada Sabtu dan Ahad.

Malah, kakitangan pejabat kadi itu dilaporkan ‘tidak menang tangan’ bagi memenuhi permintaan ramai pasangan tempatan yang mahu berkahwin di pejabat berkenaan saban hari.

Seorang ejen nikah, Mazlan Mat Yusof, 38, berkata, peningkatan mendadak kehadiran pasangan Malaysia yang mahu berkahwin di Betong dipercayai ada kaitan dengan beberapa faktor seperti keselamatan, promosi iklan di Internet dan blog serta proses nikah yang lebih pantas.

Dia yang menetap di Ayer Panas, di sini, mendakwa sekurang-kurangnya lima pasangan dari Malaysia memasuki bandar Betong untuk berkahwin setiap hari. – mymetro Online

Gile!!! Teressa Kok Tuduh UMNO Guna Ilmu Ghaib Simbah Cat Kat Pejabat???


Seperti dijangka, Teresa Kok (Komunis) akan salahkan UMNO dalam isu Pejabatnya disimbah Cat. Cuma kali ni nampak sangat bodoh!!!

Nampak sangat menipu nyer... sendiri yang buat nak cari jalan ‪salah UMNO..‬.  lain kali buat la mcm real sikit... baru orang bole percaya... tapi macai kompom percaya giler walaupun asyik kena tipu.. .kah kah kah kah... .


Teresa Kok hasil pilihan Melayu Seputeh sahkan cat merah dilakukan oleh Melayu UMNO.

Wartawan: Mengapa di pagar tiada kesan cat merah?

Teresa Kok: Ini saya tidak tahu, yg penting UMNO yg lakukan.

Wartawan: Mengapa tiada kesan darah ayam sembelih dari luar?

Teresa Kok: Kemungkinan ayam tersembelih sendiri dari dalam.

Wartawan: Bila YB mahu kahwin? Monopouse dah dekat.

Teresa Kok: You dari mana? You ulang i saman!





Pejabat pusat perkhidmatan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok hari ini dikejutkan dengan tindakan pihak yang menyimbah cat merah di bahagian tangga pintu masuk.

Kejadian yang dikenalpasti sekitar jam 9 pagi tadi itu telah disahkan oleh Teresa Kok menerusi laman facebooknya sebentar tadi.

Malah, seekor bangkai ayam turut dijumpai seorang kakitangannya yang tiba di pejabat.

Sementara itu, Teresa Kok mempercayai bahawa insiden di Pejabat pusat perkhidmatan Ahli Parlimen DAP Seputeh hari ini mempunyai kaitan kepada video kontroversi yang diterbitnya baru-baru ini.


Wednesday 19 February 2014

Pelik Tapi Benar : @TonyFernandes Terkejut Beruk MAS Boleh Rugi Sampai RM1.17 Billion!!! @AirAsia @NajibRazak


Putrajaya perlu mengkaji semula polisinya terhadap industri penerbangan selepas kerugian RM1.17 bilion yang ditanggung oleh syarikat penerbangan kerajaan MAS, kata pengasas AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.

Fernandes berkata, beliau terkejut dengan jumlah kerugian yang ditanggung oleh MAS itu.

"Keseluruhan industri penerbangan perlu dikaji semula," katanya kepada The Malaysian Insider melalui telefon hari ini.

Katanya, polisi industri dan pengurusan penerbangan perlu diperkemaskan manakala MAS dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) perlu membuat keuntungan bagi mengelakkan kerugian berterusan dan membebankan pembayar cukai.

"Fakta saya adalah jika anda menguruskan syarikat sendiri, adakah anda sanggup memotong 16% kos dan masih rugi RM1 bilion.

"Adakah kerana ia adalah wang pembayar cukai maka ia sanggup dilakukan. Ini tidak menyelesaikan masalah," katanya.

Semalam, MAS mengumumkan kerugian suku ke-4 berturut-turut untuk 2013 sehingga menyebabkan ia rugi RM1.17 bilion sepanjang tahun tersebut.

MAS melaksanakan pemotongan kos termasuk dengan menghentikan beberapa laluan, di samping memperkenalkan tiket lebih murah untuk meningkatkan jumlah penumpangnya.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan itu masih menunggu kelulusan kerajaan untuk membeli 100 Airbus dan kapal terbang penumpang Boeing yang bakal membelanjakan beberapa bilion ringgit lagi.

Reuters hari ini melaporkan, keputusan untuk membeli kapal terbang baru itu untuk membawa keuntungan dan menghentikan khidmat kapal lama yang kurang cekap dalam penggunaan minyak.

Fernandes bagaimanapun, mengkrtitik perbelanjaan MAS dan MAHB yang terus mendatangkan kerugian.

"Ia sepatutnya membawa keuntungan. Ia hanya menyusahkan ahli perniagaan yang baik di mana mereka berbelanja seolah-olah tidak ada hari esok," katanya.

Kurang Ajar!!! Tindakan Seorang Ustaz Menginjak Kepala Lelaki Dalam Keadaan Marah Viral Di Indonesia!!!

ustda-hariri-2-140212c


Laman sosial Indonesia petang ini kecoh dengan penyebaran sebuah kilp youtube selama 3 minit yang memperlihatkan seorang ustaz yang dikenali sebagai Hariri menginjak kepala seorang lelaki kerana marah yang teramat.

Kejadian dikatakan berlaku di sebuah kawasan di Bandung, Jawa Barat.

Lelaki yang diinjak kepalanya itu merupakan petugas yang menjaga sistem bunyi pada majlis berkenaan.

Pengurus ustaz berkenaan yang dihubungi media Indonesia, Odet memberitahu majikannya bertindaknya demikian kerana marah dengan kualiti bunyi yang disediakan lelaki itu.

“Kita sewa sound kan wajar ingin yang kualitasnya baik,” katanya.

Menurut beliau, tindakan lelaki itu yang memohon maaf dalam keadaan marah kepada Ustaz hariri menjadi punca mengapa majikannya bertindak menginjak kepada lelaki itu.

Namun menurut Odet, Ustaz Hariri telah memohon maaf kepada lelaki berkenaan dan menganggap isu itu sebagai selesai.

Begitupun, komuniti aktif media online Indonesia nampaknya tidak menerima perlakukan ustaz berkenaan dengan begitu mudah sekali.

Ramai yang menyifatkan ustaz berkenaan yang muncul dalam beberapa sinetron seperti Islam KTP dan Sampean Muslim sebagai sombong dan memalukan penganut Islam.

Tun M : Anwar Tak Layak Jadi Menteri Besar Selangor!!! #PRKKajang


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor kerana perjuangan Anwar hanyalah untuk menjadi perdana menteri, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya fikir dia (Anwar) tak layak (jadi Menteri Besar), dia tubuh satu parti semata-mata untuk nak tentukan dia jadi perdana menteri, bukan nak berjuang untuk bangsa, agama dan tanah air.

"Di mana-mana dia berjuang pun cuma untuk jadi perdana menteri, masuk dalam Umno (dulu) pun pasal nak jadi perdana menteri, bukan nak berjuang untuk Umno," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kursi Keamanan Global Tun Mahathir Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini Selasa.

Turut hadir Presiden UIAM Tan Sri Dr Rais Yatim.

Dr Mahathir, yang juga Presiden PGPF, berkata beliau juga 'takut' rakyat Selangor tidak akan selamat jika Anwar menjadi Menteri Besar negeri itu.

"Sudah tentulah saya berasa takut sebab rakyat tidak akan selamat, kakitangan tidak akan selamat dengan kehadirannya, anda lihat apa yang berlaku kepada kakitangannya? Dia akan lebih dipengaruhi kebebasan untuk berbuat apa yang disukainya.

"Dia fikir sebagai perdana menteri, mungkin dia tidak dapat disentuh undang-undang, anda bukan tidak dapat disentuh undang-undang, jika anda melakukan perbuatan yang salah, (atau jika) anda tidak bermoral, kerajaan akan mengambil tindakan ke atas anda," katanya.

Tuesday 18 February 2014

Giler La Si Waythamoorthy Tuntut Peruntukan RM750 Juta Terus Ke Bawah Nama Sendiri??? @NajibRazak


Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) P Waythamoorthy dimaklumkan membuat tuntutan supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bertulis termasuk peruntukan wang yang jelas tidak mengikut peraturan.

Memetik sumber-sumber kerajaan, jaminan bertulis oleh Najib itu dikehendaki Waythamoorthy untuk satu peruntukan berjumlah RM750 juta kepada Waythamoorthy atas nama melaksanakan agenda pembangunan kaum India.

“Beliau mahu Perdana Menteri beri jaminan bertulis untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM750 juta kepada beliau untuk laksana agenda pembangunan kaum India, tuntutan ini tidak teratur dari segi peraturan,” kata sumber itu.

Selain peruntukan berkenaan, Waythamoorthy yang juga Pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia (PHM) ketika menjadi Timbalan Menteri turut berharap disokong oleh sebuah jabatan khusus dengan 50 orang pegawai dengan peruntukan sebanyak RM4 bilion.

“Perlantikan beliau sebagai timbalan menteri adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk jalin kolaborasi dengan Hindraf dalam menyelesaikan isu-isu kaum India.

“Dari awal lagi beliau menghadapi kesukaran untuk sesuaikan diri dan memahami sistem pentadbiran kerajaan yang mungkin tidak dapat memenuhi keperluan beliau,” menurut sumber-sumber kerajaan itu.

Sumber itu berkata pendekatan kerajaan untuk menangani isu kaum India adalah secara sederhana dan berperingkat-peringkat, kerana ia mengambil kira aspek praktikaliti dan sensitiviti pihak lain dalam kerajaan.

“Kerajaan memberi peruntukan RM750 juta kepada kau India yang disalurkan melalui pelbagai kementerian dan agensi untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Hindraf.

“Kerajaan berusaha selesai isu melibatkan kaum India melalui pelbagai saluran,” katanya.

Sumber itu berkata selain itu, banyak tuntutan yang dibuat oleh Hindraf kepada kerajaan adalah bercanggah dengan Perlembagaan dan semangat Barisan Nasional (BN) dan tuntutan itu sukar untuk ditunaikan.

Kenyataan itu dibuat menjawab beberapa kritikan diberikan Waythamoorthy ketika muncul dalam satu sidang media hari ini.

Waythamoorthy muncul buat kali pertama selepas kira-kira seminggu meletakkan jawatnnya dalam kabinet.

Waythamoorthy turut meletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Negara.

Dalam sidang media yang sama, beliau mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pembohong dan khianat kepada komuniti India.

Wathamoorthy turut menggesa Najib meletakkan jawatan yang dipegangnya kerana tindakan itu.

Sementara itu, tweet Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di bawah mengesahkan bahawa Waythamoorthy telah membuat tuntutan dalam jumlah yang besar terus ke bawah namanya. 


Kerana Kapal Terbang @AirAsia Terhempas Di Putrajaya, ADUN Pas MUNGKIN Masuk Neraka Atau Kena Saman??? @TonyFernandes


Astagfirrullahalazim.... Subhanallah... Nauzubillahiminzalik... Apa nak jadi la dengan pemimpin Pas zaman sekarang. "Demo lo ni doh tok supo mulo" pemimpin Pas sekarang dah tak seperti pemimpin Pas zaman dahulu. Masa dulu pemimpin Pas amat berhati-hati dengan percakapan, pertuturan dan penulisan. Pemimpin Pas sekarang ni main balun jer tanpa mengira perbuatan tersebut salah atau berdosa.


"Fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh" maka bila ADUN Pas Batu Buruk, Dr. Syed Azman yang juga Penolong Setiausaha Agung Pas Pusat memfitnah kononnya ada kapal terbang syarikat tambang murah AirAsia yang terhempas berhampiran Putrajaya (mungkin dengan dengan niat nak buat lawak bodo maklum la nak dekat-dekat PRK Kajang ni).

Syed Azman ni telah menyebarkan fitnah terhadap syarikat AirAsia yang dimiliki oleh Tan Seri Tony Fernandes dengan menyebarkan berita palsu kepada 6667 pengikut twitter beliau dan ada dikalangan pengikut twitter beliau telah memberikan respon negatif terhadap fitnah beliau. Antara komen pengikut twitter beliau :

@mohd_78 : @syedazman fitnah dah jadi mcm makan kacang. MasyaAllah...

@f4izalhassan : No such thing - AirAsia Corporate Comm @syedazman...

@shafiq_klramp : agak2 la nak tweet pon... Untuk makluman tuan... AK5110 DARI KUL-BKI yaa... Tu pun salah INFO... Pernah naik kapal AIRASIA tak...??


@azman1511 : terbukti org terpelajar spt @syedazman pun nampak jahil kerna guna "ayat salah" dlm berkongsi maklumat... Jahil atau membodohkan diri?

@hadidzai as mp you should confirm this kind of news before tweet it.

@syafiq5891 : sengal nye la... Name jer dr.

@na_mazita : kan... Hehhee... Malu arr yb macam ni.... Berat 66

@PCyberJet : kn dia dah selidik ngan punaisihat dia :-)

@daengselili : @syedazman @AirAsia selamber badak je kau menipu

@Najmuddeen : @syedazman hihi... Bodoh piang...

@Andy3538 : palsu... Palsu ohhhhhhh

@darulehsantoday : beranikah @tonyfernandes saman @n_izzah @syedazman atas penyebaran fitnah ini?

@ManzaidiA : kenapa mamat ni bodoh sangat? Mcmana dia boleh jadi wakil rakyat

@kairitwit : @nichocheng @syedazman @n_izzah both YB should be ashamed of themselves by creating havoc to the rakyat... Shame on you!!!

@nichochong : yang tweet tu YB @syedazman. This shouldn't have happen, sadly

Ini antara tweet respon kepada tweet Syed Azman yang bodoh tu...

Tapi hanya jawapan BODOH tanpa rasa bersalah apatah lagi mengeluarkan kenyataan rasmi meminta maaf kepada AirAsia mahu pun kepada penumpang yang beliau telah merisaukan keluarga dan rakan-rakan penumpang pesawat beliau tetapi hanya tweet sahaja "@syedazman : Alhamdullillah... Not true! No plane crash near KLIa."

Elok ler rasanya Tony Fernandes dan AirAsia saman jer ADUN aka Penolong Setiausaha Agung Pas Pusat yang BANGANG BODO PIANG ni baru dia ada akai. Apa lagi Tony! Samaaaaaaaan tetap saaaaaamaaaaaaaaaaaann........

Sumber asal :



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.





















Monday 17 February 2014

Gempar!!! 18 Lelaki Berceloreng Lengkap Bersenjata Palsu Ditahan Dalam Ladang Jementah!!! @HishammuddinH2O @ZahidHamidi


Seramai 18 orang berpakaian celoreng dan lengkap bersenjata ditahan di Ladang Kelapa Sawit Jementah, Johor

Menurut sumber, siasatan awal yang dijalankan mendapati mereka adalah dari "PERTUBUHAN PEMAIN AIRSOFT NEGERI JOHOR".

Dikatakan yang permohonan lesen senjata tiruan telah dibuat pada bulan Disember 2013 di IPD Johor Bahru Selatan tetapi ia masih dalam proses.


Polis kemudiannya merampas 14 laras senjata pelbagai jenis disyaki tiruan, 20 magazine, pelbagai aksesori senjata dan 1 baju celoreng.

Hasil soal siasat senjata dibeli secara online (internet)


Senjata tersebut menggunakan bateri dan gunakan pellet plastik sebagai peluru.

Mereka juga tidak mendapat kebenaran daripada polis untuk tujuan tersebut.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Anwar Kecewa Orang Melayu Kajang Tak Sokong Melalak Masuk Gereja Plak!!! #PRKKajang


Rasanya, menjelang sekarang semua pihak susah tahu bahawa sokongan masyarat Islam di Kajang terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memang lemah dan sangat kurang.

Sudah jenuh naik turun masjid dan ke kawasan masyarakat Islam namun tiada sambutan, menyebabkan Anwar terpaksa mengubah strategi untuk meraih sokongan masyarakat Kristian di Kajang pula, satu langkah yang memang sudah dijangka sejak awal.

Ahad lepas Anwar memberikan ucapan di Gereja Holy Family di mana Paderinya, Father George Harrison mengalukan Anwar sebagai 'saudara kami'.

Sudah pasti orang seperti Anwar yang pandai bermuka-muka akan diangkat sebagai 'saudara kami', kerana mungkin masyarakat Kritsian sendiri tidak nampak sikap mempergunakan sesiapa sahaja untuk kepentingan diri yang dimiliki Anwar.

Seramai 1,200 orang memenuhi gereja berkenaan untuk mendengar ceramah Anwar.

Anwar dikhabarkan mengulas pelbagai isu termasuk penggunaan kalimah Allah yang Anwar sifatkan sebagai isu UMNO dan tetap dengan pendirian semua pihak boleh menggunakan kalimah berkenaan.

Anwar juga bangga bercerita kerana kehebatan dirinya, bandar Kajang menjadi sebutan pihak media antarabangsa.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 16 February 2014

Umat Islam Malaysia WAJIB Bantu Ekonomi Peniaga Melayu!!! #JihadEkonomi


"ORANG Melayu masih lemah dari sudut ekonomi. Orang Melayu masih jauh ketinggalan." Ini adalah ungkapan yang sering kita dengar. Barangkali ungkapan ini sudah sampai ke tahap menjemukan.

Kita tidak boleh menafikan bahawa masalah penguasaan ekonomi di kalangan orang Melayu yang lemah adalah kerana mereka lebih cenderung makan gaji daripada berniaga. Tidak ada lain untuk menguasai ekonomi selain membabitkan diri dalam keusahawanan. Walaupun sebahagian besar orang Melayu menguasai Kabinet dalam kerajaan dan jawatan dalam sektor awam, ia bukan dikira penguasaan dalam ekonomi.

Mungkin kerana persekitaran budaya dan sosial orang Melayu, keusahawanan masih dilihat sebagai sesuatu yang asing. Masyarakat Cina sangat memandang tinggi mereka yang berniaga. Orang berniaga dianggap lebih matang daripada yang makan gaji. Kerja makan gaji dianggap sebagai sesuatu yang dilakukan untuk mendapat pengalaman sementara menunggu masa sesuai memulakan perniagaan.



Berlainan dengan situasi masyarakat Melayu menganggap berniaga sebagai sesuatu yang dilakukan untuk menyara hidup sementara mendapat kerja makan gaji. Sudah pastilah matlamat terakhir adalah untuk bekerja dengan kerajaan. Oleh itu, kita biasa melihat jika ada mahasiswa menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan selepas tamat pengajian, orang akan kata 'Tak apa, berniagalah dulu sementara belum dapat kerja.'

Pernahkah kita tertanya bagaimana orang Cina yang sebahagian besarnya datang ke Tanah Melayu sebelum Merdeka boleh berjaya menjadi usahawan kaya raya dan menguasai dunia perniagaan di negara ini sedangkan mereka datang sehelai sepinggang tanpa membawa sebarang harta?

Apakah ada keajaiban membuatkan mereka berjaya? Mereka juga ada dua kaki dan dua tangan seperti kita. Pada hal, al-Quran mengajar kita bahawa Allah SWT tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka mengubah nasib mereka sendiri. Kita tidak boleh menafikan bahawa mereka berjaya kerana mereka bekerja keras dan sanggup mengambil risiko membabitkan diri dalam dunia perniagaan.

Senarai peniaga-peniaga Melayu Islam dan produk keluaran mereka boleh diperolehi melalui laman Facebook - Kuasa Pembeli Pengguna Melayu Islam



JOM LAYAN VIDEO NIE DULU

Panas!!! Siapa Yang Tak Ada ‘Standard’ Punya Artis, Ditahan Polis Curi Basikal!!!


Kota Kinabalu – Seorang artis lelaki kelahiran program realiti popular dicekup bersama tiga rakannya selepas dipercayai cuba menjual basikal curi sebelum perbuatan mereka dikesan polis yang melancarkan Op Cantas Khas.

Artis berusia 22 tahun itu ditahan bersama tiga rakannya jam 2.30 petang kelmarin di sebuah kafe di bandar raya ini bersama sebuah basikal jenis 'Bianchi' dipercayai barangan dicuri dalam kejadian di sebuah rumah di Kingfisher, Menggatal, dekat sini, Rabu lalu.

Difahamkan, semua suspek berusia antara 19 dan 27 tahun dikesan berada di kafe di Lintas sebelum dihampiri sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Sebaik memperkenalkan diri, semua mereka terkejut dan gagal meloloskan diri lalu ditahan.

Pemeriksaan menemui beberapa barangan dipercayai hasil kegiatan pecah rumah.

Semua mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Jauteh Dikun ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan siasatan lanjut sedang dilakukan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers