Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 17 June 2016

Blogger Pembangkang Pun Bersetuju Calon BN @BudimanZohdi Bakal Menang Besar #PRKSgBesar??? #SCS93


Senario kempen bagi Pilihanraya Kecil Sungai Besar P093 bukan sahaja menarik malah unik kerana pada pilihanraya kali ini "battle" sebenarnya bukanlah antara calon Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat tapi lebih terarah kepada PAS vs PAN kerana hampir semua ceramah-ceramah PAN dan PAS mereka memburukkan antara satu sama lain sahaja. Hampir disetiap cermah PAN dan PAS hanya 5% sahaja cerita pasal apa yang calon masing-masing mahu lakukan untuk penduduk dan pengundi Parlimen Sungai Besar.

Dalam pada itu, Samsu Adabi yakin calon BN Budiman Mohd Zohdi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang mampu memenangi pilihan raya kecil kali ini dengan majoriti lebih besar kerana beliau turut disenangi masyarakat Cina.
"Walkabout, sesi ceramah dan lawatan ke rumah golongan yang memerlukan turut membantu daripada segi meraih sokongan penduduk, lebih-lebih lagi pengundi kaum Cina. Namun begitu sebarang kejutan tidak boleh diperkecilkan kerana PAS dan Amanah mungkin tampil dengan kejutan masing-masing," katanya.
Turut berkongsi pandangan yang sama, Pakar Geostrategi Prof Dr Azmi Hassan yakin BN boleh memenangi PRK kali ini kerana Budiman disenangi penduduk Sungai Besar, menjadikannya satu bonus kepada BN, sekali gus mampu mencatat peningkatan undi majoriti. SUMBER

Petanda PAS Tewas Undi Kepada AMANAH Di PRK Sungai Besar Tersebar?

Beliau juga menjangkakan laluan sukar bagi calon Amanah Azhar Abdul Shukur, untuk 'menawan' kerusi Parlimen Sungai Besar berbanding dua pencabar iaitu Budiman dan calon PAS Dr Abdul Rani Osman.

Menurutnya, meskipun ketiga-tiga calon memasuki gelanggang PRK dengan taring yang berbisa, calon BN dan PAS dilihat lebih menonjol kerana profil dan reputasi kedua-dua calon itu bukanlah sesuatu yang asing di peringkat negeri Selangor.

Petanda PAS Tewas Undi Kepada AMANAH Di PRK Sungai Besar Tersebar? "Ia bagaimanapun agak sukar bagi calon Amanah yang tidak pernah menyandang sebarang jawatan dalam politik. Malahan penglibatan beliau dalam politik juga kurang menyerlah berbanding yang lain," tambahnya.

Panas!!!! Sabotaj Poster @BudimanZohdi Tindakan Terdesak Pembangkang!!!! #SCS93 #PRKSgBesar




Seperti biasa di mana-mana PRK sebelum ini perbuatan sabotaj bukanlah sesuatu yang asing dan sering dilihat akan berlaku bila semakin hampir menjelangnya hari pembuangan undi. Di PRK Sg Besar juga tidak terkecuali bila pagi ini dikesan beberapa poster dan banting calon BN, Yb Budiman Zohdi dikesan disimbah dengan cat merah. Perbuatan ini disyaki dilakukan berlaku sekitar lewat malam tadi. 

Bukan itu saja, sebelum ini pun dikesan beberapa perbuatan sabotaj berlaku apabila beberapa poster Budiman ditepek dengan lambang logo DAP & PKR pada muka dan mulut poster Budiman.


Pengundi Luar Sungai Besar Digesa Balik Mengundi #PRKSgBesar #SCS93 @IsmailSabri60


Pengundi di kawasan Parlimen Sungai Besar digesa balik mengundi pada 18 Jun ini dan memilih calon yang benar-benar mampu membela nasib mereka selain meneruskan pembangunan di kawasan berkenaan.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ismail Sabri Yaakob membuat gesaan itu berkata anak jati Sungai Besar yang tinggal di luar kawasan diharap dapat menunaikan tanggungjawab mereka kerana setiap undi amat penting.

“Sungai Besar tidak jauh pun, jika ada mana-mana pengundi yang berada di Kuala Lumpur, atau sekitar Semenanjung, saya saran kalau boleh balik lah mengundi.

“Adalah diharapkan juga, pengundi-pengundi di Sungai Besar dapat memberikan undi kepada Barisan Nasional (BN) kerana calon yang dipilih parti amat tepat dengan keinginan setempat,” kata Datuk Sri Ismail Sabri

Datuk Sri Ismail turut turun padang membantu calon BN Budiman Mohd Zohdi untuk berkempen, menyifatkan anak jati Sungai Besar sebagai individu paling layak meneruskan legasi parti di Sungai Besar.

Malah, katanya keterampilan Budiman yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, satu daripada DUN di bawah Parlimen Sungai Besar, telah menunjukkan prestasi yang baik sejak berkhidmat tiga tahun lepas, selain disenangi semua golongan termasuk pengundi bukan Melayu.

“Beliau (Budiman) punyai ‘track record’ yang baik di kawasannya malah bila diumum namanya sebagai calon, kita boleh lihat mood menjadi berbeza kerana beliau diterima semua.

“Apa yang penting, sambutan baik perlu diterjemahkan dengan beri undi kepada BN pada 18 Jun nanti,” katanya.

Datuk Sri Ismail Sabri berkata memandangkan kehadiran Ramadan, BN mengamalkan pendekatan mengurangkan ceramah umum, sebaliknya kempen lebih tertumpu kepada perjumpaan dengan pengundi bagi menghormati bulan puasa.

Thursday 16 June 2016

Gempar!!! Video Ceramah Calon PAN Diserang Penyokong PAS??? #SCS93 #PRKSgBesar







Kejadian berlaku malam tadi ketika ceramah PAN di Bilik Gerakan Parti Amanah Negara PDM Pasir Panjang betul2 berhadapan dengan Command Centre BN bersebelahan dengan Bilik Gerakan PAS Pasir Panjang. Sedang Husam Musa memberi ceramah sekitar hampir tengah malam tiba-tiba di belakang khemah penceramah didatangi seorang individu dengan menaiki motosikal dipercayai penyokong Pas yang marah-marah kerana keretanya dihadang kereta orang ramai yang hadir ke ceramah PAN tersebut. Untuk cerita lanjut kena la tengok video.....


Tun M Bakal Mursyidul Am Pakatan Harapan???? #SCS93 #PRKSgBesar


Tindakan PAN mempergunakan mantan Perdana Menteri, Tun M bagi memancing undi dalam PRK Kuala Kangsar dan PRK Sungai Besar dikecam sebilangan besar penyokong pembangkang.

PAN memberitahu bahawa Tun M menyatakan sokongan terbuka beliau ke atas calon Pakatan Harapan dan menyeru orang ramai menolak calon UMNO.

Pemilik akaun Facebook Muhamad Qalif menyelar pemimpin PAN terbabit kerana didakwa terlupa bahawa Mahathir merupakan orang yang bertanggungjawab dalam peristiwa Memali.

“PAN sudah lupa darah Memali di tangan Mahathir sehingga sekarang Mahathir tidak mohon maaf kepada balu dan anak yatim Memali,” tegasnya.

Pemilik akaun Facebook Aminuddin Saad pula berkata, Melayu memang mudah terlupa kerana Mahathir pernah menyatakan tokoh pembangkang, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membawa malapetaka kepada negara.

Beliau turut menyiarkan satu keratan lama akhbar mengenai kenyataan Mahathir bertajuk ‘Nik Aziz bawa malapetaka kepada negara’.

Pengguna Facebook Naser Salleh pula menyindir Pakatan Harapan berkerjasama dengan Mahathir kerana ia sebuah gabungan politik yang mempunyai agenda tersembunyi masing-masing.

Seorang lagi pengguna Facebook pula mempersoalkan sama ada suara bekas Ketua Pembangkang dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara sudah tidak laku dalam Pakatan Harapan.

“Mahathir la yg jd mursyidul diorg sekarang..,” katanya.

Anwar sebelum ini menggesa supaya Pakatan Harapan tidak mengadakan kerjasama dengan Mahathir kerana Mahathir dianggap sebagai manusia licik yang sanggup berbuat apa sahaja untuk memenuhi cita-citanya.

Seruan Anwar melalui satu warkah yang ditulisnya dari penjara itu bagaimanapun diabaikan sebilangan besar pemimpin PKR dan pemimpin Pakatan Harapan yang lain iaitu DAP dan PAN.

Mahathir mula menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan selepas semua usahanya untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara kotor gagal.

Beliau berdendam dengan Najib kerana enggan memenuhi pelbagai permintaannya dalam banyak perkara termasuk berhubung pembinaan jambatan bengkok di Johor.

Sehubungan itu, mantan Perdana Menteri itu berhasrat menaikkan pengikut setianya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu.

Wednesday 15 June 2016

Lepas Baca Buku Ketiga Tulisan @Budiman "Mesti Dapat Kerja"??? #SCS93 #PRKSgBesar @Armand_PJU








Peranan Pesaka Secara Halus Berkempen Bantu Calon BN @BudimanZohdi??? #SCS93 #PRKSgBesar @SenatMZO @dmz_megat


Silat merupakan warisan orang melayu sejak turun-temurun. Silat juga datangnya dari pelbagai rumpun melayu sama ada bermula dari tanah Indonesia mahupun yang lahir dari Tanah Melayu sendiri. Sudah menjadi kebiasaan dalam ilmu persilatan perbezaan pencak dan seninya. Sudah menjadi kebiasaan dalam ilmu persilatan wujud apa yang dikatakan sebagai "perbezaan" dari pelbagai segi. Begitu juga tidak asing lagi perbezaan ideologi ahli, pengikut mahu pun mahaguru ilmu persilatan ini. Tidak terkecuali ini juga berlaku di bumi Sungai Besar apabila "perbezaan" ideologi politik yang dibawa oleh mahaguru-mahaguru di sini.

Namun, perbezaan ideologi ini ditangani secara "halus" oleh YB Senator Datuk Hj Megat Zulkarnain TanSri Omardin, Setiausaha Agung Pesaka Malaysia yang hadir di Majlis Iftar dan menyampaikan sumbangan kepada guru-guru silat di seluruh Parlimen Sungai Besar yang melibatkan 24 jenis perguruan. Turut hadir bersama dalam majlis ini YB Senator Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam, selaku Presiden Pesaka Malaysia pada 12/06/2016 bertempat di Mutiara Tom Yam Sg. Besar.

Apa yang menarik ketika majlis ini berlangsung tidak ada satu pun bendera parti bertanding dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Sungai Besar sama ada dari Barisan Nasional, PAS atau PAN yang digantung walaupun dikalangan mahaguru-mahaguru ini ada yang berfahaman BN, PAS dan PAN. Kadangkala kaedah ini dilihat lebih berkesan berbanding dengan beberapa kaedah atau program yang dijalankan ketika musim kempen pilihanraya kerana berdasarkan pemerhatian kebanyakkan program biasa yang dijalankan hanya dihadiri oleh kelompok sendiri sahaja. Agak sukar mahu melihat sesuatu program dihadiri oleh pengikut atau ahli parti politik yang berbeza bendera.

Kadangkala jentera parti harus berfikir "di luar kotak" jangan terlalu terikut-ikut cara tradisi yang diwarisi secara turun temurun sejak dahulu lagi dalam berkempen di alaf baru nie.....



Nelayan Sekinchan Dan Sungai Besar Dipaksa Membayar "Duit Parking Sampan" Kepada Kerajaan Selangor!!!! #SCS93 #PRKSgBesar



Sah!!! Sahih!!! Benar!!! Betul!!! Nelayan di Selangor terutama di Sekinchan dan Sungai Besar di WAJIB kan membayar "ufti" berupa wang ringgit sebanyak RM600 setahun kepada kerajaan negeri Selangor jika mahu "parking" boat, sampan atau jentera seumpamanya di setiap jeti berdaftar di kawasan terlibat.

Kerajaan Selangor di bawah kepimpinan Azmin Ali dari PKR atas desakkan "partner in crime" DAP telah mengeluarkan satu peraturan "GILA" dan "MENINDAS" rakyat terutama nelayan kecil yang mempunyai pendapatan di bawah garis kemiskinan dengan memaksa nelayan terutama nelayan melayu membayar "ufti" berupa CUKAI SAMPAN sebanyak RM600 setahun atau RM50 sebulan. Sepatutnya kerajaan negeri membantu rakyat dengan memberi seberapa banyak bantuan dan peruntukan bagi mengurangkan bebanan rakyat terutama nelayan. Ini tidak, kerajaan pusat bersusah payah membantu mengurangkan bebanan hidup dengan memberi pelbagai subsidi seperti subsidi minyak dan bantuan bot dan enjin kepada nelayan dia pulak menekan nelayan dengan cukai yang tak masuk akal. 
"Tapi apa pula bantuan dari kerajaan negeri yang sentiasa mengatakan kos sara hidup membebankan rakyat? Dengan mengenakan cukai sampan sebanyak RM 600 setahun? Memang betul, exco kerajaan Selangor mengatakan bahawa hanya RM 50 sebulan, Sangkakala ulangi HANYA RM 50 SEBULAN yang dikenakan kepada para nelayan.
Walaupun RM 50, ianya tetap adalah duit dan kita semua sedia maklum bahawa bukan mudah bagi seorang nelayan untuk memperolehi rezeki di tengah lautan, ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Apakah kerajaan negeri tidak boleh memikirkan bagaimana untuk membantu para nelayan supaya kehidupan mereka lebih selesa?"
Sumber : Sangkakalajari9


"Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian Dan Industri Asas, Y.B. Tuan Zaidy Bin Abdul Talib mengesahkan perkara tersebut dalam ceramahnya di hadapan penyokong PAS.
Beliau berkata, Caj tersebut hanya akan dikenakan ke atas pengerusan Jeti Nelayan sebanyak RM600 setahun dan jika dibahagikan keapda 12 bulan hanya RM50 sahaja caj yang akan dikenakan.
Sebelum ini, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian dan Asas Tani banyak membantu nelayan seperti pemberian elaun bulanan, bantuan peralatan, enjin dan bot selain latihan kemahiran dan membina jeti demi untuk membela nasib mereka.
Pendek kata, Kerajaan Persekutuan keluarkan jutaan ringgit untuk membantu nelayan mengurangkan kos sara hidup dan keluar daripada kepompong kemiskinan tetapi kini setelah berkuasa, Kerajaan Selangor pula hendak menindas nelayan dengan mengenakan cukai.
Persoalan dikenakan kepada pihak pengurusan atau pihak nelayan tidak timbul dalam perakara ini, yang jelas nelayan yang pendapatan mereka tidak menentu harus dibantu untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.
Tindakan yang dilakukan itu juga jelas bertentangan dengan slogan Kerajaan PKR Selangor yang dicanangkan kepada rakyat kononnya sebagai kerajaan berkebajikan."
Sumber : PenaDariTanahMelayu

Tuesday 14 June 2016

GILA!!!! Calon PAN Seorang Masuk Bertanding Tapi 10 Orang Pemimpin DAP Bagi Ucapan???? #PRKSgBesar #SCS93 @datozeinisma


Yang masuk bertanding seorang jer. Yang pengundi nak dengar ucapan calon. Yang pengundi nak tahu apa manifesto atau perancangan calon. Tapi yang jadi heran bila berderet orang lain sibuk nak bercakap jugak. Inilah yang kita dapat lihat dalam semua sesi ceramah kempen pembangkang terutama kempen calon PAN. Sepatutnya pemimpin PAN sendiri yang memberi ceramah kempen untuk calon partinya sendiri tapi ini tidak berlaku. Banyak ceramah calon PAN akan didominasi oleh pemimpin DAP yang akan hadir memberi ucapan dalam ceramah. Apa sudah tiada lagi pemimpin dalam PAN yang boleh berucap atau berkempen. Apa sudah tiada lagi pemimpin PAN yang boleh bercakap bagi mewakili calon dari parti sendiri hingga terpaksa menyerahkan mikrofon kepad pemimpin DAP untuk berucap.

"Sudah terang lagi bersuluh", sudah jelas dan terang permainan DAP memperkudakan PAn sebagai "kuda tunggangan politik" mereka selepas mereka gagal mengekalkan PAS sebagai "kuda tunggangan" DAP.



Panas!!! DAP Nyalakan Api Anti RUU 355 Demi Raih Undi Cina Di #PRKSgBesar #SCS93


Sejak 5 Jun selepas Penamaan Calon PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, DAP tiba-tiba membisu terhadap isu RUU 355 yang dibentangkan Presiden Pas pada Persidangan Dewan Rakyat yang lalu.

Mulai 5 Jun, DAP menukar taktik serangan sejajar dengan mood kempen PRK yang akan berakhir pada 17 Jun nanti. Walaupun agresif membangkitkan kemarahan masyarakat bukan Islam sejak usul RUU dibentang secara persendirian oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen pada 27 Mei lalu, Dap tiba-tiba senyap dan menyepi terhadap isu RUU 355 sebaik kempen PRK bermula.

Malah, di Sungai Besar terutama di Sekinchan, DUN paling ramai pengundi Cina untuk parlimen Sungai Besar, Dap tiba-tiba membangkitkan isu perkauman dengan memasang poster anti Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md. Yunos.

Poster besar dipasangkan pada papan tanda dengan sengaja menyemarakkan api anti Umno dengan tulisan menyebut Jamal pernah berkata: “Cina Babi!”

48 jam selepas sepanduk besar itu dinaikkan, dalam sidang media bersama, PAN selaku sekutu Dap memaklumkan poster tersebut akan diturunkan. Malah, Setiausaha Publisiti Tony Pua hadir sama dalam sidang media itu.

Kita menjangkakan isu RUU 355 akan dijadikan bom saraf yang akan digugurkan pada saat akhir, terutama melalui gerila media baharu DAP yang dikenali sebagai Red Bean Army. Ini memandangkan, sentimen RUU 355 boleh membangkitkan rasa takut pengundi Cina dan seterusnya menyebabkan mereka keluar mengundi calon PAN, sebagai tanda protes terhadap kerjasama Pas dan Umno dalam pembentangan usul RUU 355.

Namun, pada 10 Jun, di pentas kempen Sungai Besar, Penasihat DAP, Lim Kit Siang secara terbuka ketika berucap – menyalakan api pertama menjadikan RUU 355 sebagai bahan kempen PRK. Kit Siang menyifatkan, RUU 355 sebagai bukan undang-undang Islam. Malah, RUU 355 sebagai undang-undang ciptaan Hadi Awang.

Kit Siang menganggap, mengundi Pas dalam PRK kali ini satu pembaziran. Walaupun secara relatif, Umno memberi lampu hijau pada Pas untuk membawa usul RUU 355 ke Parlimen, Penasihat DAP itu lebih bias terhadap Pas.

Ini serangan pertama menggunakan isu RUU 355 dalam kempen PRK. Sebabnya mudah. 30 peratus pengundi Cina di Sungai Besar dan 20 peratus lagi di Kuala Kangsar menampakkan tanda-tanda tidak berminat untuk keluar mengundi. Sentimen ini sama seperti PRK Teluk Intan. Pengundi Cina cenderung untuk tidak membabitkan diri dalam PRK sekali pun di kawasan kubu kuat DAP.

Untuk membantu sekutunya PAN, DAP perlu melakukan sesuatu yang tragik. Kempennya mesti mampu menyeret pengundi Cina keluar menyokong PAN yang jelas gagal mendapat perhatian pengundi Melayu di kedua-dua kawasan.

Ini percubaan pertama PAN dalam pilihanraya di Semenanjung. Apa lagi di Selangor, DAP mengharapkan PAN mampu merampas 15 kerusi DUN yang sebelum ini dimenangi Pas.

PAN sejak ditubuhkan selepas krisis pemimpin-pemimpin moderat liberal disingkirkan dalam pemilihan Muktamar Pas pada 5 Jun 2015, belum menikmati apa-apa kejayaan di peringkat pilihanraya. Malah percubaan parti itu di PRN Sarawak berakhir dengan keputusan yang memalukan kerana hilang banyak wang pertaruhan di 11 kerusi yang ditandingi.

Apabila Kit Siang bermain dengan isu RUU 355, ia sudah boleh dijangka bahawa senjata terakhir terpaksa digunakan seminggu lebih awal kerana respon negatif pengundi Melayu terhadap PAN terlalu jelas. Untuk membantu PAN, RUU 355 ialah kad joker tunggal yang dimiliki Dap, dalam perjudian mendapatkan sokongan pengundi Cina.

Kad ini pula dilihat sesuai memandangkan respon dan analisis awal mendapati majoriti penduduk Cina di kedua-dua kawasan masih tidak mendapat maklumat yang cukup mengenai RUU 355. Malah dalam kaji selidik portal berita pro pembangkang mendapati, ramai responden pengundi Cina beranggapan, RUU 355 ialah Hukum Hudud yang akan mengenakan hukuman potong tangan bagi kes-kes mencuri.

DAP jelas terdesak. Jentera BN terutama MCA dan Gerakan harus segera bertindak sebelum terlewat. Pengundi Cina harus dimaklumkan: RUU 355 tiada kaitan dengan Hukum Hudud!

Monday 13 June 2016

Esok!!!! #PRKSgBesar 286 Undi Awal Layak Mengundi Esok Selasa... #SCS93



SUNGAI BESAR – Seramai 286 orang anggota polis termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan mereka terlibat dalam pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, di Selangor pada Selasa esok.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata jumlah itu meliputi 286 orang adalah pengundi dalam kawasan Parlimen Sungai Besar.

SPR akan membuka di Sungai Besar, dua pusat mengundi yang terdiri daripada dua tempat mengundi akan dibuka iaitu di Bilik Cawangan Latihan/Sukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Sabak Bernam dan Bilik Cawangan Latihan/Sukan IPPD 1, Sabak Bernam.

“Proses pengundian awal akan dijalankan mengikut kaedah pengundian biasa dengan dikendalikan petugas SPR dan dakwat pilihan raya akan digunakan dalam proses itu,” katanya.

Mohd Hashim berkata proses pengundian awal itu akan disaksikan oleh ejen-ejen calon yang bertanding di bahagian pilihan raya berkenaan.

“Di samping itu, Pemerhati Tempatan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik oleh SPR juga boleh memerhati proses tersebut dengan kebenaran masuk ke pusat-pusat pengundian oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Proses pengundian yang bermula 8 pagi akan ditutup sepenuhnya pada 5 petang. Kertas-kertas undi akan disimpan di lokap-lokap polis dan hanya akan dikira pada 18 Jun ini, katanya.

Kedua-dua PRK itu diadakan berikutan kematian anggota Parlimen Sungai Besar, Tan Sri Noriah Kasnon dan anggota Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Parlimen Sungai Besar mempunyai 42,655 pemilih berdaftar, manakala Kuala Kangsar merekodkan 32,949 pengundi.

Pengundian akan diadakan serentak pada 18 Jun.

Panas!!! Cerita Sebenar Di Sebalik Pilihanraya Kecil #PRKSgBesar????? #SCS93


Nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu menggemparkan seluruh rakyat negara ini. Nahas tersebut mengorbankan Ahli Parlimen Sungai Besar yang juga Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (KPPK), Dato’ Noriah Kasnon; suaminya Tuan Asmuni Abdullah; pengawal Peribadi, Ahmad Sobri Harun; Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad - Pengerusi MPOB & Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan Datuk Dr. Sundaran Annamalai - Ketua Setiausaha KPPK.

Berikutan kematian penyandang dua kerusi parlimen Dato’ Noriah Kasnon dan Dato' Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, masing-masing di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, maka satu Pilihan Raya Kecil bakal diadakan pada 18 Jun ini.

Umum mengetahui, Parlimen Sungai Besar sedang menghadapi pertandingan tiga penjuru yang menyaksikan Barisan Nasional, PAS dan Parti Amanah Negara (PAN) yang bertanding untuk mengisi kekosongan kerusi P093 itu.

Menyoroti peristiwa pada hari penamaan calon pada 5 Jun lalu, banyak kisah menarik yang dapat diperhatikan yang masing-masing memberi bacaan kepada keadaan politik semasa negara.

Antara yang mencuri perhatian adalah kehadiran gerombolan PAN yang diiringi dengan begitu rapat oleh pemimpin tertinggi DAP, Lim Kit Siang.

Jelas senario ini menunjukkan DAP yang dahulunya menafikan sebarang penglibatan dengan PAN, kini tidak segan silu untuk memberitahu kepada seluruh negara bahawa PAN berada di bawah naungan dan tunjuk ajar mereka.

Tindakan DAP ini juga menghantar isyarat kepada pengundi Cina terutamanya di Sekinchan supaya tidak takut dan gentar kerana PAN adalah sama dengan DAP yang menampilkan wajah-wajah orang Melayu.

Ini juga barangkali isyarat yang dihantar oleh DAP kepada Datuk Seri Azmin Ali ekoran kekalahan teruk Pakatan Pembangkang pada Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11 kerana tidak dapat menyelesaikan masalah pertindihan kerusi yang akhirnya memudahkan Barisan Nasional untuk memperkukuhkan Sarawak sebagai kubu kuatnya.

PRK Sungai Besar juga, jelas menampakkan krisis dalaman PKR antara Presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya Datuk Seri Azmin Ali gara-gara Wan Azizah awal-awal lagi telah menyatakan sokongannya terhadap calon PAN tanpa merujuk kepada beliau terlebih dahulu selaku Menteri Besar Selangor, negeri tempat pilihanraya tersebut berlaku.

Majlis pra-pelancaran jentera Angkata Anak Muda (AMK), kedengaran suara-suara ahli parti tersebut menyatakan bahawa Azmin Ali tidak menggerakkan jentera PKR untuk membantu calon Pakatan Harapan kali ini.

Senyap-senyap juga kedengaran bahawa Azmin Ali menaja calon PAS untuk mengurangkan sokongan terhadap PAN.

Walaupun Azmin hadir pada penamaan calon, namun beliau dilihat seolah-olah sengaja menjauhkan diri dari Wan Azizah.

Kempen bermula dengan sederhana berikutan masing-masing mahu menjaga sensitiviti bulan Ramadhan di kalangan pengundi Islam.

Namun, sentimen ini tidak kekal lama apabil kesucian bulan Ramadan telah dicemari dengan pemasangan papan iklan fitnah ‘Cina Babi’ yang memaparkan wajah Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Dato’ Jamal Yunos yang kononnya pernah mengatakan tidak salah memanggil 'Cina Babi' kerana sememangnya Cina makan babi.

Ini tidak sepatutnya berlaku kerana jelas melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Tataetika Pilihan Raya yang melarang memaparkan wajah individu yang tidak bertanding dan sebarang poster yang bersifat hasutan dan boleh menimbulkan suasana tegang antara kaum.

Kenyataan Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad yang mengatakan bahawa dia tidak tahu siapa yang memasang papan iklan tersebut adalah satu pembohongan kerana sehari selepas kejadian tersebut, Tony Pua dari DAP telah mengaku bahawa pihaknya yang bertanggung jawab menaikkan papan iklan tersebut.

Sunday 12 June 2016

Calon PAN Terpaksa Mengaku! Kalau Tidak, Hilang Undi Melayu! #SCS93 #PRKSgBesar


Strategi membakar api perkauman untuk menghasut pengundi Cina keluar mengundi pada PRK Sungai Besar 18 Jun ini, akhirnya disedari Pakatan Harapan (PH) sebagai tindakan yang kini ‘memakan diri’.

Menyedari usaha meraih sokongan 30 peratus pengundi Cina telah menimbulkan sentimen kemarahan di kalangan 67 peratus pengundi Melayu, papan tanda menghina Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md. Yunos, kini segera diturunkan.

Dap salah percaturan. Kempen anti Melayu kini mengakibatkan calon ayam sabung PH melalui sekutunya PAN, akan tersungkur. Dalam pertandingan yang sepatutnya ditunjangi tiga parti Islam Melayu yang meletakkan calon, kempen anti Melayu menyebabkan strategi PAN untuk mencuri undi penyokong Pas dan PKR kini berdepan kesukaran.

Orang Melayu jelas terasa, Dap sekutu PAN jelas parti anti Melayu.

Menyedari perkara ini mengancam kempen ayam sabungnya, jadi tidak hairanlah, Setiausaha Publisiti Dap, Anthony Loke cepat-cepat mengaku papan tanda yang sengaja menghina orang Melayu itu sebenarnya strategi Dap.

Parti majoriti Cina itu, tersedar sentimen perkauman yang diatur itu sebenarnya tersalah langkah.

Dap menyedari perlu melakukan kejutan besar untuk membangkitkan sentimen di kalangan pengundi Cina. Dap menyedari pengundi Cina memandang dingin PRK Sungai Besar kali ini. Justeru, Dap terpaksa mencela Jamal untuk membakar perasaan kaum Cina supaya keluar mengundi calon PAN sebagai langkah menolak calon BN.

Namun, akibatnya sekarang, tindakan itu pasti menjahanamkan peluang PAN.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad selaku orang kuat PAN pula, ada sebab untuk menggelabah. Khalid panik apabila menyedari sentimen anti Melayu akan menyebabkan PAN kehilangan undi Melayu terutama di DUN Sungai Panjang kubu kuat Umno yang meletakkan calon bagi BN.

Pada sidang media 9 Jun, Khalid kelam-kabut mengumunkan pengakuan Dap, serta langkah segera untuk menurunkan sepanduk perkauman itu. Sekali pun alasannya PAN dan sekutu PH mahu berkempen secara sihat, namun ‘nasi sudah hangit’ dan baunya menyesakkan hidung.

Panas!!! Video @KhairyKJ Cabar MB Selangor @AzminAli Turun Berkempen Untuk PAN Atau PAS!!! #SCS93 #PRKSgBesar


Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin mencabar Menteri Besar Selangor kenapa tidak berani turun berkempen sama ada PAN atau PAS di Sungai Besar???? 


Saturday 11 June 2016

Pengundi Sungai Besar Tanya Mana MB Selangor @AzminAli Tak Jejak Kaki Di #PRKSgBesar???? #SCS93


Sebelum hari penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil Sungai Besar heboh satu malaya cerita Menteri Besar Selangor Azmin Ali berkampung di Parlimen Sungai Besar dengan bermacam-macam program dan aktiviti kononnya mahu mengambil hati pengundi Sungai Besar. Tapi keadaan jauh berbeza setelah tarikh 5hb Jun hari penamaan calon yang memperlihatkan pertandingan 3 penjuru antara BN, PAS dan PAN. Sejak tarikh tersebut Azmin Ali terus ghaib hilang entah ke mana macam kena sembunyi bunian pulak.

Pelbagai spekulasi yang timbul akibat kehilangan Azmin Ali ini antaranya ketidakhadiran Azmin dalam tempoh berkempen adalah Menteri Besar itu tidak mahu dilihat memihak kepada mana-mana calon Pembangkang iaitu PAS dan PAN. Kedua-dua parti ini ibarat "ditelan mati emak diluah mati bapa" kepada Azmin. Manakan tidak kerana kedua-dua parti ini secara terang-terangan berseteru antara satu sama lain tapi kedua-dua ada kepentingan kepada kerajaan Selangor yang memerintah sekarang ini.

Azmin dalam kedudukan yang tersepit antara PAN dan PAS. Pas ketika ini adalah rakan kongsi dalam kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR kerana PRK dapat membentuk kerajaan negeri Selangor dengan sokongan DAP dan PAS di bawah jenama Pakatan Rakyat. Namun, dalam masa yang sama PKR dan kerajaan Selangor terpaksa memberi sokongan padu kepada PAN parti serpihan PAN yang kini dilihat cuba mengkucar-kacirkan PAS secara terang-terangan terutama dalam mempengaruhi ahli-ahli dan penyokong PAS masuk ke dalam PAN. Jika dihitung hampir 90% ahli PAN adalah bekas ahli atau penyokong PAS.

Ini antara spekulasi yang dimainkan oleh Pakatan Rakyat dalam isu berkaitan "misteri kehilangan Menteri Besar Selangor"

Tapi ada yang tidak mengetahui satu lagi alasan mengapa MB Selangor tidak tunjuk muka di Sungai Besar adalah kerana Azmin merajuk a.k.a sentap kerana PKR tidak bertanding di Pilihanraya Kecil Sungai Besar kali ini. Azmin berura-ura mahu meletakkan calon PKR bertanding di kerusi Parlimen Sungai Besar dengan menggunakan segala kekuatan beliau sebagai Menteri Besar secara "All Out" bagi menentang Barisan Nasional. Namun DAP lagi cekap apabila menggunakan cara yang halus menghasut PAN bertanding kerana ketika ini PAN adalah "KELDAI" terbaik yang dimiliki DAP setelah kegagalan "mengkeldaikan" PAS.


SUDAH seminggu Datuk Seri Mohamad Azmin Ali berkampung di Parlimen Sungai Besar. Ia bukan satu perkara biasa walaupun beliau adalah Menteri Besar Selangor. Jika tidak mengharapkan ‘road tour’ Umno Selangor, mungkin jarang sekali rakyat sekitar Sungai Besar dapat lihat pembesar negeri turun ke kawasan mereka.
Azmin cukup rajin dan beriya-iya melakukan tinjauan, merasmikan majlis dan memberi bantuan (yang sebelum ini tidak pernah terbayang di fikiran penduduk di sana). Kenapa tiba-tiba Azmin berbuat demikian terhadap penduduk di Sungai Besar?
Tidak lain tidak bukan, Azmin mahu memastikan parti pimpinannya, PKR akan berjaya menang di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 18 Jun depan. Walaupun PRK di Sungai Besar berlaku serentak dengan PRK Kuala Kangsar, namun Azmin tidak begitu menghiraukan di sana, kerana negerinya harus menjadi keutamaan.
Semuanya kerana air muka dan maruah. Sebab itu Azmin akan memastikan calon Barisan Nasional (BN) di Sungai Besar berjaya dikalahkan oleh partinya. Dan itulah juga antara sebab mengapa Azmin naik berang apabila PAS enggan menarik diri dari bertanding di PRK Sungai Besar.
Seperti yang didedahkan sebelum ini, Azmin sekarang sedang berada di pertengahan jalan dan dilema. Mungkin selaku Timbalan Presiden PKR dan Menteri Besar Selangor, Azmin akan bertindak membantu calon PAN. Namun, memandangkan tahaluf siyasi yang masih ada antara PKR Selangor dengan PAS negeri itu, tidakkah Azmin berasa rugi jika beliau tidak menyantuni calon PAS?
Pastinya gerak geri Azmin akan menjadi fokus utama lensa politik tanah air selepas sahaja proses penamaan calon pada 5 Jun ini selesai. Juga harus disoal, dalam seminggu Kerajaan Negeri Selangor berkampung di Sungai Besar ini sebenarnya untuk apa? Mahu bantu PAS yang ada wakil di dalam kerajaannya atau mahu membantu PAN yang merupakan sekutu dalam Pakatan Harapan? SUMBER

Gempar!!! Gambar Ceramah Pas Dihadiri Ribuan Penyokong Sampai Tak Cukup Kerusi!!! #SCS93 #PRKSgBesar


Malam ini bertempat di Bilik Gerakan Dun Sungai Panjang seperti biasa Pas mengadakan ceramah umum dengan menampilkan pemimpin pemimpin besar Pas Pusat. Antara penceramah hebat yang di import jauh hari ini adalah Pesuruhjaya Pas Melaka Kamarudin Sidek. Namun, pemerhatian yang dilakukan melihatkan kebanyakan isi ceramah hanyalah lebih banyak menghentam PAN daripada memberi penjelasan dan penerangan kepada ahli dan penyokong Pas mengenai apa yang akan dilakukan oleh calon Pas Dr. Abdul Rani Osman.



Sepanjang 2 jam ceramah berlangsung tak habis-habis cerita pasal PAN dan pasal kepimpinan PAN yang menurut penceramah golongan mereka yang tidak sedar diri. Apa yang ingin di sampaikan di sini berdasarkan pemerhatian ceramah-ceramah Pas semakin suram dan semakin kurang mendapat sambutan dari ahli dan penyokong Pas sendiri apatah lagi pengundi Sungai Besar. Lihat sajalah pada jumlah kerusi dan kehadiran boleh dikira dengan jari tidak seperti ceramah-ceramah Pas dalam Pilihanraya Kecil sebelum ini. Mungkinkah ini adalah kesan dan akibat daripada separuh ahli dan penyokong Pas telah menyertai PAN dan dalam masa yang sama mereka ini memboikot setiap ceramah Pas.



Friday 10 June 2016

Kalau Dah Dendam Begitulah Dahsyatnya Politik Melayu PAN & PAS!!! #SCS93 #PRKSgBesar


UMUM tahu keadaan politik di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebelum Piliharaya Kecil PRK diadakan menjurus pada 50/50 sekiranya BN dan pembangkang bertembung satu lawan satu.

Berdasarkan majoriti kecil kemenangan BN di kedua-dua parlimen itu pada PRU lalu, pertandingan tiga penjuru samalah seperti menyerahkan kerusi kepada BN. Malah PKR yang agresif mahukan calonnya bertanding satu lawan satu menentang BN di Sungai Besar, memberikan laluan pada calon PAN setelah menyedari Pas meletakkan calonnya.

Pas mendakwa dua kawasan parlimen itu kerusi tradisi parti itu berdasarkan sejarah pilihanraya lalu. PKR terpaksa mengundurkan diri, kerana sedar untuk menang amat tipis dalam pertandingan tiga penjuru.

Apa pun, sebagai balasan untuk tidak memberikan laluan mudah pada Pas, dan waktu yang sama menjaga reputasi PKR, Pakatan Harapan (PH) memberikan laluan pada ayam tambatan PAN turun menyabung nyawa.

PAN terpaksa turun sebagai ayam jaguhan kerana kedudukannya sebagai parti pengganti setelah Pas keluar dan Pakatan Rakyat (PR). PAN mendakwa, penyertaannya penting dalam PRK ini demi agenda menjatuhkan BN. Namun, alasan palsu yang dipertaruhkan PAN sebenarnya meletakkan peluang Ummo semakin cerah untuk mempertahankan kedua-dua kerusi itu.

Mengalahkan BN tidak lagi menjadi penting. PAN turun sebagai pemecah undi untuk menghapuskan peluang Pas meraih kemenangan. Bagi PAN, sekiranya dibiarkan Pas menang, ini akan membuktikan kedudukan parti Islam itu semakin kuat setelah meninggalkan PR. Bagi PAN, ini percaturan penting. PAN harus memusnahkan peluang Pas, walaupun akibatnya BN akan kekal menerajui kawasan itu.

Manakala bagi PKR, ada sebab untuk melarikan diri. Tentu memalukan sekiranya calon parti yang menerajui Kerajaan Negeri kalah di Selangor. Manakala di Perak, alang-alang laluan diberikan kepada PAN di Sungai Besar, eloklah risiko kalah dalam pertandingan itu dipikul PAN. Sebagai parti baharu serpihan Pas, PAN ayam tambatan dalam misi memusnahkan peluang Pas.

Inilah politik Melayu, apabila dendam melampaui strategi. “Kalau aku tak dapat, kau pun takkan dapat!”

Panas!!!! Video Calon PAN & PAS Tidak Boleh Mengundi Di #PRKSgBesar 18hb Nanti???? #SCS93 @Armand_PJU


Calon sendiri tak boleh mengundi di kawasan yang bertanding????

Situasi hari pengundian:

Pengundi : Dah mengundi ke boss?
Calon : Saya tak boleh mengundi, saya tak berdaftar di sini.
Pengundi : Dah tu kenapa boss bertanding?
Calon : Parti yang suruh!!!!


Thursday 9 June 2016

PAN Marah Nama Parti Itu Disebut PAN, Bukan Amanah!!! #SCS93 #PRKSgBesar



Nampaknya pengaruh jentera siber prokerajaan yang dipandang rendah selama ini kini benar-benar berubah memberi impak kepada komponen sekutu Pakatan Harapan, Parti Amanah Negara (PAN).

Terkesan teruk dengan perang saraf secara maya itu, parti serpihan PAS tersebut hari ini terpaksa merayu semua media arus perdana yang sekian lama ‘dihina’ pembangkang agar merujuk mereka sebagai Amanah bukan PAN.

Permintaan yang agak kelakar itu disuarakan oleh Pengerusi PAN Perak, Asmuni Awi ketika sidang media di bilik gerakan pejabat parti tersebut sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.

Beliau dilaporkan menegaskan kepada media tempatan supaya tidak lagi menulis nama singkatan PAN bagi lapor berita mengenai parti berkenaan yang dipercayai mungkin bimbang dengan konotasi penggunaan singkatan itu.

Namun beliau memberi alasan berlapik bahawa pihak parti itu tidak mahu panggilan akronim PAN kerana singkatan nama parti tersebut didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) sebagai Amanah.

“Kami didaftarkan atas nama Parti Amanah Negara, dan singkatan kepada kami adalah Amanah bukannya sebagai PAN. Saya melihat ada kecenderungan sesetengah pihak media masih lagi sering menggunakan nama PAN.

“Saya mahu membetulkan perkara itu. Saya telahpun menghantar surat kepada Setiausaha Agung parti berhubung bantahan lembut meminta pembetulan daripada media supaya tolong merujuk kami selepas ini sebagai Amanah.

Baca: Logo Parti Amanah Kebetulan Sama Atau Memang Ciplak?

Calon BN Sungai Besar @BudimanZohdi Tiada Isu Hingga PAN & DAP Terpaksa Serang @JamalYunus!!! #SCS93 #PRKSgBesar @yuseriyusoff


1. Hari ketiga kempen PRK Sungai Besar nampaknya dicemari dengan billboard provokasi yang bersifat perkauman yang dinaikkan oleh parti PAN kuda tunggangan DAP.

2. Billboard yang memaparkan gambar Dato Jamal Yunos beserta caption "Cina Babi" merupakan tindakan terdesak PAN dan DAP.

3. Disebabkan calon BN, Budiman Mohd Zohdi tiada isu kontroversi PAN dan DAP nampaknya beralih serangan ke arah Pengerusi BN Sungai Besar, Dato Jamal Md Yunos untuk meraih sokongan pengundi Cina yang merupakan golongan majoriti di Sekinchan.

4. Malangnya, tindakan tersebut dilihat seperti makan tuan apabila SPR mengarahkan billboard berkenaan diturunkan selain satu laporan polis turut dibuat oleh Dato Jamal Md Yunos.

5. Mungkin PAN dan DAP tidak tahu bahawa pengundi Cina di Sekinchan lebih mengenali Dato Jamal Md Yunos berbanding ADUN Sekinchan, Ng Suee Lin.

6. Sebelum ini pada 11 Mac 2016, Dato Jamal Md Yunos turut mengambil seorang anak angkat, Heng Yu Chuan, 5 tahun yang mengalami kesukaran hidup selepas bapanya ditahan oleh penguatkuasa Indonesia ketika keluar menangkap ikan.

7. Selain itu, pada 27 April 2016, Dato Jamal Md Yunos bertindak membawa dua keluarga nelayan tersebut ke Indonesia untuk bertemu dengan bapa mereka.

8. Malah masyarakat Cina di sekitar Sekinchan lebih menghargai Dato Jamal Md Yunos berbanding ADUN DAP, Ng Suee Lin yang tak pernah nampak muka selepas memenangi kerusi DUN Sekinchan.

#PRKSungaiBesar
#InilahBudiman

Wednesday 8 June 2016

Lensa Niring : @NohOmar & @Armand_PJU Berganding Bahu Kempen Calon BN @BudimanZohdi!!! #SCS93 #PRKSgBesar







Calon PAN Semalam Kantoi Jadi Boneka DAP Hari Ini Berlakon Berkempen Tanpa DAP!!!! #SCS93 #PRKSgBesar


Kelmarin heboh di media perdana pasal calon Parti Amanah Negara, Azhar Abdul Shukur yang merupakan pengundi Temerloh Pahang kantoi dilihat berkempen di bawah pengawasan DAP hinggakan mulut beliau dikunci DAP ketika ditemuramah oleh wartawan ketika kempen beliau di Sekinchan. Insiden berlaku ketika Azhar ditemuramah oleh pihak media dan wartawan yang menanyakan beberapa soalan kepada beliau. Secara tiba-tiba beliau ditarik oleh seorang individu disyaki dari DAP mengelak dari bercakap tanpa wakil DAP. Memang sebelum ini calon PAN ini dilihat sering ditemani oleh beberapa orang yang disyaki dari DAP yang mengawal ketat pergerakan kempen beliau.

Ada juga cerita kononnya ketika sidang media yang dilakukan oleh beliau dijawab oleh orang lain selaku wakil beliau sedangkan ketika itu beliau berada di hadapan pihak wartawan dan media.





Mungkin kesan dari kekantoian insiden tersebut menyebabkan calon PAN ini terpaksa berlakon turun berkempen tanpa kawalan ketat DAP. Ini cuba dibuktikan beliau ketika turun berkempen di Bazar Ramadan Taman Padu Permai petang semalam. Kelihatan tiada seorang pun yang mengikuti beliau dari cina DAP kerana semuanya adalah orang melayu (mungkin juga yang melayu dok membontot calon PAN nie orang melayu DAP???). Beliau dilihat bersama isterinya dan beberapa inividu melayu memakai baju PAN mengedarkan risalah kempen.

Jika diperhatikan secara dekat sewaktu beliau berkempen di Bazar Ramadan petang semalam jelas kelihatan pengunjung dan peniaga di situ buat tak tahu akan kehadiran beliau. Ini jelas menunjukkan penduduk Sungai Besar ramai yang tidak mengenali beliau apabila terdapat peniaga dan pengunjung terpinga-pinga ketika disapa beliau.





Inilah yang berlaku jika dikuasai oleh DAP dalam apa saja tindak tanduk. Terang-terangan Parti Amanah Negara hanya dijadikan keldai tunggangan oleh DAP setelah gagal mengkeldaikan PAS demi kepentingan peribadi DAP dalam berusaha mempergunakan melayu untuk mendapatkan kuasa politik. Gua jenuh berfikir rasional apalah yang ada dalam kepala hotak pengikut PAN sampai boleh masuk sebuah parti seperti PAN yang kebanyakkan ahlinya adalah dari PAS. Jika mereka yang keluar PAS tidak mahu menyertai UMNO atau BN mereka boleh masuk PKR sebagai alternative sebuah parti yang ada melayu. Apa rasionalnya sampai kena tubuh sebuah parti baru pula seperti PAN sedangkan PKR ada sebagai ganti. Kesimpulannya, semua adalah kerana jawatan dan pangkat. Mat Sabu gila kuasa dan jawatan sebab tu sanggup buat parti baru asalkan beliau jadi PRESIDEN. Gila betul manusia zaman la nie terutama yang bernama MAT SABU!!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers