Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 30 March 2013

Panas!!! PR Dah Siapkan Video Mirip Anwar Guna Pelakon Indonesia Difilemkan Di Thailand????...


DALAM usaha untuk membuktikan bahawa beberapa video seks lucah membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu fitnah dan boleh dibuat dengan teknik-teknik tertentu, Pakatan Rakyat telah berjaya meniru semula pembikinan video lucah tersebut dan akan dijadikan sebagai antara bahan kempen utama dalam pilihanraya akan datang.

Dalam erti kata lain juga, video itu sudah siap dan hanya menunggu  masa untuk digunakan.

Selain adegan-adegan seks, video tersebut juga memberi penerangan secara terperinci bagaimana imej seseorang itu boleh ditiru untuk digunakan di dalam pembikinan video seumpama ini.  Jangan bimbang, video ini dirakamkan di Thailand dan tidak melibat seorang pun orang Islam selain adegan seks itu akan dikaburkan dengan teknik tertentu.

Video ini, selain menggunakan khidmat solekan khas dari Hollywood, turut menggunakan pelakon yang mempunyai susuk tubuh yang hampir sama dengan Anwar yang di datangkan khas dari Indonesia. Video ini turut diarahkan oleh seorang pengarah muda yang sedang meningkat naik itu mampu membuktikan kepada rakyat bahawa sememangnya Anwar tidak terlibat dan video sebelum ini hanyalah satu fitnah.

Selain itu, Pakatan Rakyat juga turut mempunyai bukti bahawa UMNO mengupah orang dengan rupa yang hampir sama dengan Anwar untuk berlakon dalam video lucah seperti yang disiarkan blog rajagoyang360.blogspot serta pendedahan oleh Datuk Shazryl Eskay Abdullah sekitar tahun lepas…
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Gempar!!! Ini Orang Panggil Sohai DAP... Bodoh Punya Cai DAP!!!,,,


Ini adalah gambar yang disifatkan ramai pengguna media sosial sebagai gambaran seorang yang tidak sedar diuntung.

Ramai yang berkata ini adalah contoh sohai DAP yang kalau tak suka duduk Malaysia, boleh balik ke negara asal.

Ada juga yang memberikan komen di Facebook ini yang terjadi bila kuat sangat makan babi.

Ada yang lagi ganas, komen kata anu mak dia ada kat atas jari tu cuma tak nampak…

Lain kali, kalau nak ambik gambar macam ni pastikanlah jangan tersebar. Bila dah tersebar tanggunglah sendiri bahana komen yang mendatang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 29 March 2013

[18SX] Model Gagal Susukan Anak Lembu Dalam Percubaan Penuh Kontroversi Di Brazil...


Seorang model dari Brazil, Sabrina Boing Boing, mencetuskan kontroversi dan kejutan di negara berkenaan apabila dia memuat naik gambar dia cuba menyusukan seekor anak lembu dalam Instagram.

Bagaimanapun percubaan Boing Boing itu tidak berjaya.

Ini kerana sukar bagi anak lembu berkenaan untuk menghisap susunya.

Tindakan model yang menggelar diri sebagai pencinta binatang tersebut bagaimanapun dikutuk oleh penduduk Brazil.

Mereka menyifatkan perbuatannya itu sebagai menjijikkan dan `sakit'.

Namun tidak kurang pula yang berpendapat anak lembu itu sebagai bertuah.

Ini bukan kali pertama Boing Boing melakukan perbuatan yang menyebabkan orang ramai memandang sinis kepadanya.

Minggu lepas, Boing Boing memuat naik gambar dia sedang memberi makan kepada burung unta dalam Instagram.

Dalam gambar berkenaan, Boing Boing meletakkan buah di celah payu daranya sebelum memberi makan kepada burung unta tersebut.

Bagaimanapun nampaknya Boing Boing atau nama sebenarnya Sabrina Almeida gembira dengan kontroversi yang diraihnya itu.

"Ada sesetengah perkara tidak perlu masuk akal, ia berbaloi,'' katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bangkang Dari Longkang Part II : Perebutan Kerusi Putrajaya...

[Never Seen Before Video] : Pengakuan Ayah Tak Mengaku Ustaz Ibrahim Sebagai Anak???...



Video eksklusif yang belum pernah tersiar... Menyingkap kembali sejarah Memali bagi memberi pencerahan kepada generasi muda hari ini tentang hal sebenar yang diputarbelit oleh pembangkang bagi memburukkan pihak polis/kerajaan.

Gempar!!! Kerana Insiden Lahad Datu, Halau Semua Orang Sulu Dari Sabah???...


Insiden pencerobohan tentera diraja Sulu di Sabah bulan lepas, selain membuka mata masyarakat tentang kelemahan kawalan keselamatan oleh pihak tentera di sempadan negara kita, turut mencetus persoalan tentang kesetiaan masyarakat Sulu terhadap persekutuan Malaysia, terutama yang tidak mempunyai dokumen rasmi.

Kenyataan ini setelah melihat begitu banyak bukti menunjukkan salah satu kejayaan pencerobohan ini ialah kerana kerjasama yang diberikan masyarakat Sulu Sabah kepada tentera diraja Sulu dari Filipina dan Pakatan Rakyat bimbang kejadian sama akan berulang lagi di masa hadapan jika puak Sulu ini masih berada di Sabah.

Sudah tentu Pakatan Rakyat bimbang, kerana kita tidak mahu mewarisi sekumpulan masyarakat yang cenderung untuk menjadi barua kepada anasir luar untuk mendatangkan huru hara kepada keselamatan negara kita setelah mengambil alih pentadbiran kerajaan persekutuan nanti.

Jadi barua sudah satu hal, ada juga dikalangan masyarakat Sulu ini yang berperang bersama tentera diraja Sulu ini.

Hakikatnya, banyak yang perlu dibuat bagi memulihkan negara ini dari segala kerosakan yang telah dilakukan BN, disamping melaksanakan segala tawaran dalam manifesto Rakyat dan buku Jingga. Kehadiran para pembelot Sulu ini adalah perkara terakhir yang Pakatan Rakyat mahukan.

Maka itu Pakatan Rakyat menggesa kerajaan BN supaya mengusir semua masyarakat Sulu di Sabah, pulang ke negara asal mereka, Filipina bagi menjamin keselamatan berpanjangan di kawasan timur Sabah. Menutup Kg Tanduo dan Tanjung Labian sahaja tidak cukup, kerana populasi puak Sulu pembelot ini adalah jauh lebih besar dari itu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 28 March 2013

Gempar!!! Babi Dijual Bercampur Bersama Daging Lembu Di Pasar Raya Di Selayang???...



Gambar di atas sedang banyak berlegar di laman Facebook. Ia didakwa diambil di sebuah pasar raya di Selayang, Selangor. Nama pasar raya itu ada disebut dalam nota asal penulisan yang disertakan bersama gambar itu tetapi dipadam atas faktor perundangan.

Kandungan gambar memperlihatkan bahawa perkara itu perlukan penyiasatan lanjut dan jika terbukti benar, maka tindakan tegas termasuk menutup pasar raya berkenaan harus diambil.

Mungkin itu gambar superimpose atau mungkin juga yang mengambil gambar terkeliru dengan daging yang ada di depan matanya. Benda yang ada itu sudah pun diproses jadi ada kemungkinan itu bukan babi dan mungkin kambing (hanya sebagai contoh kemungkinan).

Justeru itu, ia perlu disiasat dengan penuh terperinci dan mendalam. Namun jika ia benar, ia harus dipandang serius.

Pada peringkat ini, wujud dakwaan bahawa daging berkenaan yang dipercayai daging babi berkemungkinan dijual dengan dicampurkan bersama dengan daging lembu.

Bangkang Dari Longkang Part I : Manifesto Itu Bukan Janji

Panas!!! Bayar RM50 Kalau Nak Jadi Askar Sulu!!!...


Jamalul Kiram III dan ketua gerombolan pengganas Sulu, Azzumuddie Kiram mengarahkan orang-orang kanan mereka ke Sabah untuk menawarkan keahlian sebagai askar pengganas Sulu kepada penduduk tempatan beberapa tahun sebelum pencerobohan berlaku.

Menurut sumber, borang keahlian tersebut telah diedar untuk diisi penduduk tempatan dan setiap ahli akan diberi sekeping kad sebagai bukti keahlian.

Setiap keahlian dikenakan caj sebanyak RM50.

"Wang tersebut telah digunakan oleh orang kanan Jamalul Kiram III untuk membuat kad keahlian kesultanan diraja Sulu, walhal kos asal kad itu tidak sampai RM5.

"Baki duit tersebut kemudiannya akan dihantar terus kepada Jamalul Kiram III sebagai perbelanjaan dia di Filipina," katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Panas!!! Dun Negeri Sembilan Terbubar, Lembaran Baru Sejarah...


Sistem pentadbiran dan pilihan raya negara ini menyaksikan satu lagi detik bersejarah apabila Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan terbubar dengan sendiri hari ini.

Mandat semasa kerajaan Negeri Sembilan berakhir tengah malam tadi, membolehkan pilihan raya diadakan dalam tempoh 60 hari.

Ini kali pertama Dun sebuah kerajaan negeri terbubar dengan sendiri - berbeza dengan apa yang disaksikan sepanjang 12 pilihan raya umum yang lalu.

Dun terbubar dengan sendiri di sebalik spekulasi berterusan Parlimen akan dibubarkan.

Wednesday 27 March 2013

Panas!!! Video Seks Nurul Izzah: Siapa Tangan Ghaib PKR???...


TIDAK semena-mena, tiada beruk tiada kera, tiba-tiba pokok bergoyang. UMNO tidak tahu apa-apa, tiba-tiba PKR pula yang heboh menyatakan kewujudan Video Seks Nurul Izzah pula.

Kita amat memahami strategi 'overdose' atau 'overkill' iaitu menambahkan cili kepada isu yang sedia pedas seperti video seks Anwar sehingga orang tidak mampu lagi menelannya.

Dalam kes ini, strategi pembangkang mungkin untuk membangkitkan rasa mual terhadap UMNO sekali gus meraih simpati terhadap Nurul Izzah dan Anwar.

Namun, cara pendedahan video Nurul Izzah ini agak keterlaluan iaitu menambah cili sehingga tidak nampak lagi masakan asalnya. Ini kerana ia pertama sekali disuarakan oleh Saifuddin Nasution secara terbuka di hadapan wartawan, seolah-olah sengaja sedangkan desas-desus mengenainya belum lagi kedengaran.

Panas!!! Ada SMS Dalang-dalang Insiden #LahadDatu???...


Biar betul info yang KN terima pasal sms nie. Dilaporkan terdapat sms-sms antara pemimpin pemberontak dengan dalang disebalik insiden Lahad Datu.

Antara isi sms yang menyatakan :

1. Beri kami wang dahulu untuk beli minyak, sewa senjata, upah dan makanan.

2. Kami mahu jawatan dalam kerajaan jika individu pembangkang tersebut berjaya menjadi Presiden! Kami mahu jawatan Ketua Polis Negeri Borneo Utara, District Officer Semporna, Kunak dan Lahad Datu.

3. Elaun kepada Sultan Jamalul Kiram III dan waris-waris dibayar setiap bulan.

4. Memberi "Kewarganegaraan" secara percuma kepada semua keluarga mereka yang berada di Sabah secara automatik.

5. Membatalkan perjanjian dengan MILF.

6. Membenarkan tentera MNLF dan militan Kiram mendirikan Pos Kawalan di Tunku, Lahad Datu.

Ini antara isi-isi yang disyaki terdapat dalam sms antara mereka yang terlibat dengan pencerobohan haram oleh pemberontak Sulu.

Sejauh mana kesahihan butiran ini masih dalam risikan KN bagi mencari kebenarannya...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Anak Pelawak A.R Badul Anggota Komando Vat 69 Rupanya Di Lahad Datu… #LahadDatu



Filem Darah Satria dan Prebet Lapok cukup hebat suatu ketika dahulu. Paling terkesan filem Darah Satria yang mana memperlihatkan perjuangan tentera menentang komunis di hutan. Realitinya hari ini, ia dianggap lebih kurang sama dengan situasi yang berlaku di Lahad Datu, Sabah.

Penerbit, pengarah, penulis skrip dan pelawak terkenal, AR Badul punyai seribu satu kenangan mengenai hidup ala tentera. Berkampung dalam tempoh lama bagi menyiapkan filem tersebut, sudah pasti Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie terasa terkesan apabila ada yang mempertikaikan perjuangan anggota keselamatan kita di Sabah. Wartawan Sinar Harian, HASLI NA KAMALUDIN dan NOR FAIZAL GHAZALI bersama jurufoto ZULFADHLI ZAKI mendapatkan reaksi Badul mengenai insiden ini

Khabarnya, ada antara ahli keluarga anda juga seorang tentera?

Ya, anak lelaki saya adalah komando VAT69. Dia juga dihantar ke Lahad Datu dan juga banyak misi di luar negara. Kerana itu, saya sangat faham perasaan keluarga tentera.

Bagaimana tercetusnya idea untuk menghasilkan filem Darah Satria?

Idea ini bermula daripada produser ketika itu yang mahukan genre berbeza daripada cinta. Tetapi dalam masa sama, tidak meninggalkan terus elemen cinta dalam filem. Menerusi perbincangan, kami ambil keputusan untuk mengetengahkan kisah tentera. Mesejnya mudah, iaitu tugas sebagai tentera adalah lain daripada yang lain yang sedia berkorban diri untuk negara. Masih wujud unsur cinta tetapi dengan cara positif di mana tunang anggota tentera ini rela dan mendoakan orang tersayang pergi berjuang di medan perang. Selain berlakon, saya bertindak sebagai penolong pengarah, di samping Datuk Aziz Satar sebagai pengarah.

Bagaimana dengan pra-perfileman, memandangkan ia berkaitan tentera?

Kita sangat bertuah dan berterima kasih kepada Kementerian Pertahanan yang memberi sepenuh sokongan terhadap filem ini. Penggambaran dilakukan dalam kem dan di hutan Gombak. Pegawai tentera ketika itu memberi tunjuk ajar serta latihan kepada kami sebelum memulakan penggambaran. Kami juga dibenarkan menggunakan senjata, lokasi, pakaian sebenar seorang tentera. Kami juga direkrut pegawai khas sepanjang penggambaran.

Berapa kos filem dan berapa lama penggambaran di dalam hutan?

Untuk filem Darah Satria, kos filem mencecah RM100,000. Ia jumlah yang besar pada ketika itu dan merangkumi semuanya termasuk promosi. Kami berkampung selama dua minggu di hutan. Kami melalui kehidupan seperti tentera seperti mengalami sendiri pengalaman tidur dalam khemah, makanan dan semua perkara yang dilakukan tentera. Bukan senang kerana selain daripada pelakon tambahan yang ramai, kami juga menggunakan senjata sebenar. Berat dan kami perlu berhati-hati. Semua ini demi untuk memastikan filem ini sukses.

Panas!!! Mahasiswa UIA Pro Mahasiswa Masuk Pro Aspirasi Bila Dengar Jawapan @tunfaisal????...



Tun Faisal Ismail Aziz : PRU 13 HARAPAN MALAYSIA @mahasiswa

SOALAN PANAS @tun_faisal - Kalau bercakap tentang moral, kenapa perlu sebelah pihak...

Harap maaf audio kurang memuaskan kerana program berlangsung dalam dewan yang bergema...

Tuesday 26 March 2013

Kisah Benar : Kisah Benar Insp. Hasnal Yang 21 Jam Menahan Sakit Ditembak, Ditetak Pengganas Sulu!!!...


Inspektor Mohamad Hasnal Jamil menanggung kesakitan hampir 21 jam akibat ditembak dan tangan kanannya hampir putus ditetak berkali-kali oleh pengganas Sulu di Semporna awal Mac lalu, dan pada Selasa, beliau berkongsi cerita tanpa sedikit pun semangat juangnya luntur demi negara.

"Cuma sedikit terkilan dengan pandangan sesetengah pihak yang mengatakan peristiwa itu hanya sandiwara. Kami tidak minta dihargai cukuplah percaya apa yang kami lalui bukan perkara main-main.

"Kami berjuang demi bangsa dan negara. Kalau sesiapa yang mengatakan ia sandiwara, jika berani pergilah ke sana dan lihatlah sendiri," katanya.

Menurut Mohamad Hasnal, 31, beliau ditembak tiga kali mengenai perut dan lengan kirinya, ditetak tiga kali di kepala dan tiga kali di tangan kanan semasa bertempur dengan musuh di Kampung Seri Jaya, Semunul, Semporna Sabah, kira-kira pukul 7.30 malam, 2 Mac lepas.

"Selepas terkena tembakan itu, saya diserang pula oleh pengganas yang cuba menetak dengan parang, mujurlah saya dapat melawan kalau tidak mungkin menyebabkan leher saya putus.

"Dalam keadaan berlumuran darah saya terpaksa berlari menyelamatkan diri di sebuah rumah kecil di kawasan berhampiran tempat pertempuran," katanya yang ketika itu merasakan detik kematian begitu hampir.

TERKINI: Siapa Dari Sabah Kirim Wang Pada Pengganas Sulu Di Filipina???... #LahadDatu


LAHAD DATU – Polis mengesan berlaku pengiriman wang ke Pulau Jolo, Filipina oleh beberapa individu dari Sandakan dan Semporna, Sabah bertujuan membiayai kumpulan pengganas di sana.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pasukan keselamatan kini memantau rapi perbuatan individu itu yang mengkhianati negara dan tangkapan akan dilakukan apabila tiba masanya.

Beliau berkata, perbuatan menghantar duit ke Pulau Jolo untuk membantu kumpulan pengganas adalah kesalahan yang amat berat dan mereka yang terbabit boleh dikenakan tindakan undang-undang yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau mati mandatori.

"Jadi, saya nasihatkan mana-mana individu yang terlibat supaya segera menghentikan tindakan mereka kerana perbuatan itu adalah satu pengkhianatan kepada negara dan polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, di sini hari ini.

Tanpa menjelaskan bilangan individu yang terlibat dan amaun yang dihantar, Khalid berkata nilai wang yang dihantar tidak penting kerana tindakan undang-undang tetap sama jika tujuannya membantu musuh negara.

Subhanallah!!! Dr Uthman El-Muhammady Meninggal Dunia Ketika Sedang Membaca... Al-Fatihah

Negara kehilangan ulama besar bila Dr Muhammad Uthman El-Muhammady meninggal dunia ketika sedang membaca di kediamannya di ISTAC, Taman Duta.

Dilahirkan pada 9 Feb 1943 di Kelantan, Dr Muhammad Uthman ialah tokoh yang tidak asing khususnya dalam dunia intelektual Islam dan telah menghasilkan ratusan penulisan berkaitan ketamadunan Islam amnya.

Memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat B.A. dalam Pengajian Islam; menjadi tutor dan mendapat M.A; dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D.Litt.), Universiti Sains Malaysia (USM); dikurniakan ijazah kehormat Doktor Falsafah (Ph.D), Universiti Utara Malaysia.

Dilantik sebagai Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia Kuala Lumpur sejak 1995 hingga 2008. Kemudian dilantik semula hingga 2010.

Kini beliau adalah Felo Amat Utama Akademik ISTAC IIUM, dan ahli lembaga pemegang amanah Yayasan karyawan, juga pensyarah sambilan peringkat ijazah sarjana dalam perbandingan agama UiTM.

Dr. Uthman juga adalah mantan Profesor Adjung Pengajian Islam Universiti Petronas.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 25 March 2013

[Gempar!!!] Menteri Pertahanan Sulu, Datu Amir Bahar Sempat Main Facebook Sebelum Ditangkap!!!...



MENGEJUTKAN… dalam dok godek-godek facebook cari cerita mengenai Jamalul Kiram, tetiba terjumpa satu profail dengan nama Datu Amir Bahar Hushin Kiram.

Orang yang sama ditangkap dalam hutan paya di Semporna pagi Sabtu 23 Mac lalu.

Yang lawak adalah orang yang disifatkan sebagai 'Menteri Pertahanan Sulu' ini masih lagi main facebook sehingga 15 Mac lalu.

Dengan tertangkapnya Amir Bahar ia merupakan satu kejayaan besar bagi pasukan kita dalam Ops Daulat.

Dipercayai selama ini dia bersembunyi di Semporna dan tidak berada di Kampong Tandou di mana berlaku pertempuran berdarah 1 Mac.

Manakala kejadian serang hendap yang akibatkan enam anggota polis terbunuh di Kampong Sri Jaya Siminul,Semporna pada 2 Mac dikatakan ada kaitan dengannya.

Dari facebooknya dipercayai Amir Bahar mengikuti perkembangan isu pencerobohan mereka dan Ops Daulat menerusi internet.

Airmata Kebanggaan, Kesayuan Iringi Sambutan Hari Polis Ke- 206... @tunfaisal #OpsDaulat #ESSCOM #PahlawanKu



Hari Polis ke-206 hari ini disambut dalam suasana kesayuan tetapi penuh patriotik.

Suasana hening seketika apabila balu dan waris anggota yang terkorban dalam krisis pencerobohan di Sabah, mengambil kenaikan pangkat pegawai dan anggota berkenaan.


Kesedihan jelas terpancar di wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika beliau menyampaikan kenaikan pangkat itu kepada anak tunggal DSP Michael Padel yang memakai baju kemeja dan berseluar hitam tanda masih berkabung atas kematian bapanya.
   
Kelapan-lapan pegawai dan anggota yang gugur itu mendapat kenaikan pangkat secara Medan Posthumous.
   
Mereka yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas militan di Kampung Tanduo pada 1 Mac ialah ASP Zulkifli Mamat, 29; dan Sjn Sabarudin Daud, 46; manakala anggota yang gugur di Semporna pada 2 Mac ialah ACP Ibrahim Lebar, 52; Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27; DSP Michael Padel, 36; Sjn Mejar Baharin Hamid, 49; Sjn Mejar Abdul Aziz Sakirun, 48; dan Sjn Salam Togiran, 42.


Panas!!! KiniTV Melaporkan PR Goyang Dengan Cybertroopers BN Masa Himpunan Siber BN???... @tunfaisal



KiniFocus: The cyber world has become the latest battleground in Malaysian politics and ruling coalition Barisan Nasional is prepared with its army of cybertroopers, KiniFocus takes a look into their world - from the youth who have volunteered for the cause to the mentors who coach them.

Reporter: Sumisha Naidu
Videographer; Afandi Zulkefly
Visual Editor: Azudin Hidzi

Korang lihat sendiri macam mana wartawan nie masih cuba untuk memesongkan berita pasal Himpunan Siber dengan menyelitkan benda yang negatif pasal Cybertroopers BN dalam berita mereka... Korang perhatikan dengan teliti...

Sunday 24 March 2013

Panas!!! Empat Mayat Termasuk Dua Kanak-Kanak Ditemui Dalam Kejadian Berbalas Tembak Di Lahad Datu!!!!....


Empat mayat dipercayai rakyat asing ditemui di dalam sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu selepas pasukan keselamatan bertempur dengan pengganas militan semasa operasi penggeledahan di kampung itu, Ahad.

Pertempuran pada pukul 9.15 pagi itu turut menyebabkan seorang anggota tentera cedera di paha kanan akibat terkena tembakan musuh, kata Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau berkata insiden itu berlaku selepas pasukan keselamatan menjejaki dua musuh yang memasuki sebuah rumah berhampiran dan berlaku tembak menembak sehingga mencederakan anggota itu.

"Berlaku beberapa minit pertempuran di situ, dan semasa pertempuran pasukan keselamatan mendapati seorang musuh telah lari dari rumah itu menghala ke sebuah rumah di sebelah sebelum bertindak membakar rumah berkenaan.

"Pasukan keselamatan kemudiannya melepaskan tembakan bagi membersihkan rumah yang mula-mula dimasuki dua pengganas itu sebelum memasukinya dan menjumpai empat orang mati ditembak," katanya pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16 di sini, Ahad.

Zulkifeli berkata mayat itu terdiri daripada seorang lelaki dan wanita dewasa serta seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Kiram Jangan Lupa, Komando Kita Pernah TAMPAL SETEM Di Peluru Berpandu Singapura!!!...


Nak tergelak pun ada bila Sultan Jamalul Kiram punyalah takut bila syiling 50 sen kita (versi terbaru) tiba-tiba boleh sampai kepadanya yang kini berada di Manila, Filipina.

Pada yang tak tahu mengenai kes itu, kami ulang kembali insiden itu.

Baru-baru ini seorang budak lelaki dekat rumah Jamalul Kiram telah menunjukan wang syiling 50sen Malaysia kepadanya.

Menurut budak lelaki itu, seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta berwarna hitam memberikan syiling itu padanya.

Lelaki yang tidak dikenali itu juga mengambil gambar rumah Kiram dari jarak dekat.

Kiram punyalah takut sebab katanya, itu membuktikan ada ejen khas atau komando kita telah bersedia hendak membunuhnya.

Satu hal pulak Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi terpaksa menafikan perkara tersebut.

"Saya minta Jamalul Kiram janganlah khuatir, kita tidak akan menceroboh masuk ke Filipina dan tidak sejahat beliau untuk melakukan pembunuhan di negara orang.

"Janganlah lakukan "reverse psychology" hanya untuk mendapat simpati daripada penyokong-penyokongnya," kata Zahid.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers