Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 23 November 2013

Kata "Tuhan" Tapi ‘Tuhan Harun’ Pun Masuk Hospital!!!


Kata mengaku diri tu "tuhan" tapi bila kena tangkap terus semput sakit masuk spital. Kalo dah "power" sangat sampai tahap tuhan takkan sendiri sakit cari spital gak yang ubat.

Yang pengikut dia pun bodo piang sangat dok ikut ajaran sesat sampai otak tu bengap sangat tak boleh nak pikir benda-benda rasional cam ni. Ada ka seseorang yang kata berkuasa ada "power" tapi bila sakit cari doktor gak.

Itu yang kadang-kadang jadi heran bila benda boleh pikir pakai akal yang waras dah tak boleh guna akal kat kepala sebab letak kat lutut kot.

Ikuti laporan Bernama mengenai isu ini :

Jangan Baca!!! Kakitangan Kerajaan Memang Kucing Kurap???


Pakatan Rakyat menyokong kenyataan ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang baru-baru ini menggelar seorang kakitangan awam Melayu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MBPP) sebagai kucing kurap.

Walauipun nampak kasar dan menghina, tapi sememangnya kakitangan awam berhak mendapat celaan sedemikian dari ahli Parlimen DAP tersebut. Sebagai ahli Parlimen, adalah menjadi tugas beliau menegur kakitangan awam yang tidak menunjukkan perkhidmatan yang cemerlang.

Selain waktu mengundi, kakitangan awam di negara kita hanyalah liabiliti yang besar kepada negara. Banyak wang yang dihabiskan untuk menanggung mereka tapi hasil yang diberikan amatlah kecil nilainya kepada rakyat yang bertungkus lumus membayar cukai.

Bagaimanapun, adalah salah untuk mana-mana kakitangan awam mengambil hinaan ini dari sudut yang negatif. Perkara ini perlulah dilihat dari sudut positif dengan meningkatkan lagi mutu tugas kakitangan awam yang selama ini tidak begitu memuaskan hati rakyat dan disuarakan melalui wakil mereka.

Memberi motivasi – itulah perkataan yang sesuai.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tahukah Anda… Mohd Izzat – Budak #VillaNabila Adalah…


Nama Mohd Izzat Izzudin Hussin menjadi popular secara tiba-tiba apabila tersebar khabar bahawa dia telah hilang dan mungkin disorokkan makhluk halus selepas memasuki sebuah rumah tinggal dikatakan berhantu dinamakan Villa Nabila di Danga Bay, Johor Bahru pada 16 November lalu.

Khabar itu begitu kuat tiupannya sehingga ia trending di media sosial dan media konvensional juga tidak ketinggalan melaporkannya.

Polis bertindak serius dalam isu itu sehingga menjalankan gerakan dengan bantuan anjing pengesan di sekitar kawasan Villa Nabila.

Begitu kuat impak kisah Mohd Izzat, sehingga Ketua Polis Johor (CPO), Datuk Mokhtar Md Shariff sendiri mengadakan sidang media untuk mengesahkan penemuannya beberapa hari selepas dia hilang.

Akhirnya diketahui bahawa Izzat tidak hilang dalam Villa Nabila… dia berada di rumah rakannya selama mana polis sibuk mencarinya dan orang ramai gempar bercerita mengenainya… khabarnya dia pun tahu mengenai usaha mencari 'dirinya yang hilang itu' melalui televisyen.

Disebabkan itu… banyak pihak tampil marah dengan Izzat… "Budak ni layak bagi penampor aje" …"Sampai jem jalan pasal budak ni…dia sibuk duduk rumah girlfriend dia lak…" dan macam-macam lagi.

Tidak kurang juga wujudnya parodi dan poster mempersendakan Izzat dan kejadian itu dengan antaranya hantu Villa Nabila mahu menyaman pihak-pihak tertentu.

Friday 22 November 2013

Thursday 21 November 2013

Puaka Niring : Pelbagai Versi Kisah Villa Nabila Dikatakan Berpuaka..


Tiba-tiba nama Villa Nabila yang terletak berhampiran Danga Bay, Johor Bahru menjadi perhatian berikutan khabar angin  kehilangan 23 orang remaja setelah mereka dilaporkan memasuki rumah terbiar itu pada Sabtu lalu.

Namun, pihak polis sudah pun mengesahkan hanya seorang sahaja yang dilaporkan hilang dan berharap pihak lain tidak membuat sebarang spekulasi dengan niat untuk menghangatkan lagi perkara tersebut.

Pastinya anda pun tertanya-tanya apakah kisah misteri yang pernah terjadi di sebalik rumah yang dibina di atas bukit itu.

Menurut sebuah laman blog, pelbagai versi kisah misteri banglo itu dikongsi oleh orang-orang lama yang menetap di situ yang disampaikan secara lisan kepada anak-anak mereka.

Versi pertama mengatakan nama asal villa ini ialah Christine Palace di mana ia merupakan nama isteri seorang ahli perniagaan yang berasal dari luar negara.

Dipercayai, sebelum membina villa tersebut, ahli perniagaan itu telah berjanji untuk membahagikan tanah tersebut dengan enam orang adik-beradiknya yang lain.

Panas!!! Zed Zaidi Bukan Lagi Presiden Seniman??? @RozaidiJamil


KHABAR mengenai pembatalan serta-merta jawatan Zed Zaidi sebagai Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) ini kami kira cukup mengejutkan.

Keputusan itu dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan Mesyuarat Agung Seniman kali ke-14 yang diadakan pada 25 Mei tahun lalu sebagai tidak sah dan terbatal, memetik laporan sebuah akhbar.

Ia sekaligus menyebabkan Zed Zaidi bukan lagi presiden persatuan itu.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop mengarahkan mesyuarat agung itu diadakan semula dalam tempoh dua bulan dari sekarang dan ia akan dikendalikan oleh Pertubuhan Pendaftar (ROS).

Keputusan itu merupakan susulan saman yang telah difailakn pada 25 Januari lalu oleh plaintif Abu Bakar, S. Sahlan, Linda Buang, Mior Ahmad Zaudi Mior Ali dan Datuk Abdullah Sani yang menamakan Seniman dan bekas presidennya, Harun Salim Bachik, Omar Kamarudin @ Yusof Kelana dan Wafa A. Kadir defendan pertama hingga empat.

Zed Zaidi, Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar (Syean) dan Zaharudin Wahab (Den Wahab) pula disenaraikan sebagai defendan kelima hingga kelapan dan mereka diwakili peguam Mohd. Yusni Yussof, Suhaimi Saad dan Zahrin Ishak.

Setakat ini belum ada lagi sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Zed Zaidi berhubung perkara itu.

Apapun, kami harapkan agar semua pihak di luar sana dapat bersabar dan menerima keputusan ini dengan rasional tanpa perlu emosional. -MyNewsHub-
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ustaz Kazim Sindir Remaja Masuk Villa Nabila???


Nampaknya isu remaja yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas masuk ke 'rumah berhantu' Villa Nabila di Danga Bay, Johor Bahru turut mendapat perhatian penceramah terkenal tanahair, Ustaz Kazim Elias.

Biarpun remaja yang 'hilang' itu sudah ditemui bersama teman wanitanya di sebuah flat, ia tetap mengundang persoalan, apa relevannya dia dan lebih 20 rakannya masuk ke dalam banglo terbiar itu?

Ada ura-ura yang mengatakan bahawa kumpulan remaja ini bertindak sedemikian selepas terpengaruh dengan filem Highland Tower yang baru ditayangkan di pawagam baru-baru ini.

Kononnya, mereka mahu merasai sendiri pengalaman berada di tempat 'keras' secara berkumpulan.

Bagaimanapun, melalui akaun Twitternya, Ustaz Kazim mengemaskini statusnya berkaitan perkara itum

Ini memang baik punya sindir! Iyalah, daripada sibuk mencari keseronokan di tempat yang tak berfaedah, bukankah banyak masjid dan surau yang boleh dikunjungi?

Ini tidak, sengaja menempah masalah. Biarpun bukan Villa Nabila yang punya angkara, tapi akibatnya tetap memalukan remaja itu sendiri. Lebih parah lagi, nama keluarga pun terpalit lumpur sekali.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 20 November 2013

Puaka Niring : Remaja Didakwa Hilang Di Villa Nabila Ditemui Menyorok Di Rumah Teman Wanita!!!


Remaja yang dilaporkan hilang selepas dikatakan masuk ke kawasan rumah banglo tinggal, Villa Nabila di Danga Bay ditemui malam tadi dipercayai menyorok di rumah rakannya di Flat Desa Mutiara.

Remaja berkenaan bersama rakannya kemudian telah dibawa ke Balai Polis Bandar Dato' Onn untuk direkod kenyataan.

Mengapa remaja itu bertindak demikian tidak diketahui tetapi pihak polis dijangka akan membuat sidang akhbar berkaitan perkara tersebut.

Berita kehilangannya menggemparkan hampir seluruh negara selepas tersebarnya kisah bahawa 30 orang remaja masuk ke Villa Nabila namun hanya 7 yang berjaya keluar dan 23 lagi hilang.

Berikutan laporan polis yang dibuat keluarga berkenaan, polis telah mengadakan gerakan mencari di sekitar kawasan villa itu dan kejadian itu menarik perhatian masyarakat seluruh negara serta menjadi tajuk sensasi di media sosial.

Villa Nabila disenaraikan oleh sebuah laman web pelancongan Amerika Syarikat Expedia sebagai antara lima tempat paling berhantu di Malaysia.

Puaka Niring : Remaja Kononnya Hilang Pergi Villa Nabila Lepas Tonton Highland Tower???


Mazidul Akmal Sidik menerusi blog peribadinya, mazidulakmal.com hari ini menyiarkan cerita eksklusif bahawa remaja yang kononnya hilang sebelum ditemui di Flat Desa Mutiara, memasuki Villa Nabila bersama rakan-rakan selepas menonton filem Highland Tower.

Selepas menonton filem seram terbabit Izzat Izzudin Hussin, 16, bersama kira-kira 20 rakan lain dipercayai tertarik untuk mengunjungi lokasi yang dikatakan 'keras' lalu memilih untuk memasuki Villa Nabila dalam kumpulan seramai kira-kira 20 orang lebih kurang jam 4 pagi, Ahad lalu.

"Polis BELUM lagi mengesahkan berita tetapi maklumat awal kami terima, disalurkan oleh sumber awam, amat menarik.

"Izzat dan rakan, dikatakan menonton filem Highland Tower. Mereka kemudian membuat keputusan mencari tempat 'keras' untuk dikunjungi secara berkumpulan.

"Dalam kumpulan kira-kira 20 orang mereka ke Villa Nabila pada lebih kurang jam 4 pagi. Setelah berada di situ, SEMUA keluar melalui jalan belakang, Straits View dan terus berhenti rehat di Masjid Kolam Air. Sewaktu azan berkumandang, sebelum bersurai," demikian menurut Mazidul menerusi blognya.

Puaka Niring : Cacing ‘Berkelipan’ Bak Bintang Dalam Gua???




Jika korang sangka gambar di atas merupakan ilustrasi gambar semata-mata, korang silap kerana ia merupakan gambar sebenar.

Pemandangan indah ini dirakam di dalam sebuah gua di New Zealand yang dikenali sebagai 'Waitomo Glowworm Caves'.

Jangan terkejut jika di katakan 'bintang' yang berkelipan itu sebenarnya adalah cacing!

Beribu-ribu cacing dari spesis 'Arachnocampa luminosa' ini akan memancarkan cahaya dalam kegelapan gua tersebut.

Untuk pengetahuan korang, gua ini sememangnya menjadi destinasi utama pilihan para pelancong yang berkunjung ke negara itu.

Ternyata ciptaan Tuhan sangat indah bukan?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday 19 November 2013

Puaka Niring : 23 Remaja Hilang Di Villa Nabila Cuma Berita Palsu???


Berita palsu 23 remaja hilang di Villa Nabila pada 18 November 2013. Kecoh dilaman sosial apabila 23 orang dilaporkan hilang daripada jumlah 30 orang manakala 7 lagi terselamat setelah memasuki Villa Nabila. Hakikatnya, pihak polis hanya menerima satu laporan polis mengenai seorang remaja yang disahkan hilang di lokasi tersebut.

Laporan yang tersebar di laman sosial Facebook yang mendakwa terdapat kira-kira 30 remaja yang hilang di villa terbabit menyebabkan villa tersebut dikerumuni orang ramai sejak awal pagi tadi. Sebelum insiden, seorang remaja yang berusia 16 tahun dilaporkan memasuki kawasan tersebut bersama beberapa rakannya sebelum hilang sejak malam semalam.

Pelik Tapi Benar : Perogol Anjing Dihadap Ke Mahkamah???


CALIFORNIA – Seorang lelaki `gila' telah dihadapkan di mahkamah atas tuduhan mengheret dan merogol seekor anjing berulang kali.

Aksi jijik Christopher Alexander Caceres, 22, dari San Pedro, telah dirakamkan oleh kamera pengawasan CCTV yang dipasang oleh pemilik anjing berkenaan.

Dia didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu ke atas anjing tersebut selama beberapa jam.

Caceres ditangkap ketika sedang dia merompak dan dibebaskan dengan ikat jamin $50,000.

Ketika kejadian, pemilik anjing berkenaan sedang tidur di dalam rumahnya dan kejadian itu berlaku di halaman rumahnya.

"Ia merupakan perbuatan jijik dan tidak berperikemanusiaan. Saya tidak pernah menyangka perkara seperti ini akan berlaku.

Pelik Tapi Benar!!! : Tayang Binatang Buas Sebagai Simbol Mewah!!!


Jika para jutawan muda menunjukkan kekayaan mereka dengan menayangkan timbunan wang, kereta mewah dan parti-parti yang dihadiri para selebriti, seorang pemuda Arab di Teluk Persia menggunakan cara yang lebih 'ekstrem'.

Sama ada anda menganggap ia sebagai perbuatan berani atau bodoh, Humaid AlBuQaish mungkin tidak akan ambil peduli dengan sebarang pandangan itu.

Mengambil pendekatan menggunakan binatang buas seperti singa dan harimau bintang sebagai simbolik kepada kekayaannya, dia kerap memuatnaik gambar 'bermesra' dengan haiwan itu melalui laman Instagramnya.

Bayangkan saja, seekor singa putih boleh dijual dengan harga lebih RM100,000 di sana! Jika AlBuQaish memiliki binatang buas ini dalam jumlah yang banyak, itu sudah cukup menunjukkan kekayaannya.

Apapun, ramai yang mengkritik perbuatannya yang dikira berbahaya kerana binatang buas sememangnya amat sukar dijangka kelakuannya.

Jangan sampai jadi makanan binatang peliharaan sendiri sudahlah…

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 18 November 2013

Kurang Ajar!!! Sami Buddha Anggap Islam Ideologi Binatang!!!


KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengecam tindakan sekumpulan sami Buddha di Myanmar kerana didakwa menghina Islam dengan menyifatkan agama itu menggunakan ideologi binatang.

Presidennya, Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, sami terbabit membawa kain sepanduk yang mengandungi ayat menghina Islam itu semasa membantah lawatan Menteri-menteri luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke negara itu baru-baru ini.

"Kami menyatakan kecaman dan kutukan yang sekeras-kerasnya terhadap penghinaan dan serangan terhadap Islam yang dilancarkan oleh sami-sami Buddha esktrimis terbabit.

"Dengan menyamakan Islam sebagai ideologi binatang bukan sahaja menghina akan tetapi membawa mesej mengistiharkan `perang' ke atas Islam dan kaum Muslimin," katanya melalui satu kenyataan media.

Mohd. Azmi yang juga Setiausaha Agung Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) bagaimanapun berkata, pihaknya percaya kebencian sami Buddha terbabit ke atas Islam direncanakan oleh kerajaan Myanmar.

Kisah Pak Din a.k.a Yan Bai, Samseng Melayu Paling Dikehendaki Di Singapura!!!


Perwatakannya yang warak dan selalu ke masjid mendorong budak-budak kampung rajin belajar mengaji dengan Pak Din sehingga ramai yang sudah boleh membaca Al-Quran.

Para penduduk sekitar Taman Mount Austin, Johor Bahru, juga tidak sedikit pun sangsi siapa Pak Din sebenarnya sehinggalah sepasukan polis dari Bukit Aman, Kuala Lumpur, menyerbu rumahnya dan mengaupnya pergi.

Penyamaran Yan Bai sebagai Pak Din terbongkar jua akhirnya.

Ini engkaukan… engkaukan? Mana kau nak lari?" kata Yan Bai ketika menyingkap operasi polis lengkap bersenjata sambil menunjukkan kad pengenalannya yang telah dibesarkan seperti poster dalam 2004 itu.

Mereka tidak menemui sebarang bukti – dadah atau senjata api – dan Yan Bai tetap diam membisu.

Yan Bai digeruni dalam "dunia jenayah" yang sering dikaitkan dengan sindiket mengedar dadah, pelacuran, pemerasan wang perlindungan, keganasan, perjudian dan rusuhan bagi mempertahankan "nombor" masing-masing hingga mengorbankan nyawa.

Sebagai satu-satunya ketua kumpulan samseng Melayu Omega, Yan Bai juga dalam senarai paling dikehendaki perisik polis bukan saja di Malaysia malah di Singapura.

Sunday 17 November 2013

Kasut "Fly Feet" Kurang Ajar Letak Nama Allah & Muhammad Di Tapak Kasut!!!


Kurang ajar!!! Memang kurang ajar!!! Kena boikot kasut jenama "Fly Feet" ni sebab secara sengaja cetak perkataan Allah, Muhammad dan Islam di tapak kasut keluaran syarikat mereka.

Kepada peminat kasut keluaran syarikat ini yang beragama Islam diminta periksa dulu tapak kasut keluaran syarikat jenama "Fly Feet" ini kot-kot tapak kasut ada dicetak perkataan Allah, Muhammad dan Islam ni.

Seeloknya boikot aje barangan keluaran syarikat "Fly Feet" ni. Baru depa tau jangan kurang ajar dengan mempermainkan tulisan Allah, Muhammad atau Islam.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Puaka Niring : Tacloban Filipina Dilanda Taufan Kerana Robohkan Masjid???


Benarkah dahwaan sesetengah pihak kononnya Tacloban City, Filipina dilanda taufan paling kuat dalam abad ini adalah kerana kemurkaan Allah bila sebuah masjid di Baclaran, Paranaque City telah dirobohkan oleh kerajaan Filipina seperti yang dilaporkan di beberapa facebook seperti di atas.

Masjid ini dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan setelah mendapat arahan mahkamah bila mahkamah memutuskan masjid ini dibina di atas tanah persendirian.

Tidak dapat dipastikan kebenaran dan kesahihan cerita ini cuma mungkin kejadian berlaku kerana kebetulan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers