Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday, 18 November 2013

Kurang Ajar!!! Sami Buddha Anggap Islam Ideologi Binatang!!!


KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengecam tindakan sekumpulan sami Buddha di Myanmar kerana didakwa menghina Islam dengan menyifatkan agama itu menggunakan ideologi binatang.

Presidennya, Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, sami terbabit membawa kain sepanduk yang mengandungi ayat menghina Islam itu semasa membantah lawatan Menteri-menteri luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke negara itu baru-baru ini.

"Kami menyatakan kecaman dan kutukan yang sekeras-kerasnya terhadap penghinaan dan serangan terhadap Islam yang dilancarkan oleh sami-sami Buddha esktrimis terbabit.

"Dengan menyamakan Islam sebagai ideologi binatang bukan sahaja menghina akan tetapi membawa mesej mengistiharkan `perang' ke atas Islam dan kaum Muslimin," katanya melalui satu kenyataan media.

Mohd. Azmi yang juga Setiausaha Agung Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) bagaimanapun berkata, pihaknya percaya kebencian sami Buddha terbabit ke atas Islam direncanakan oleh kerajaan Myanmar.


Ia kerana, Mapim dan Shura mendapat maklumat pihak berkuasa Myanmar yang memberi arahan dan mengeluarkan kebenaran supaya sami-sami tersebut berdemonstrasi membantah lawatan delegasi OIC.

"Malah ada seorang Menteri yang turut bersama dalam salah sebuah demonstrasi di satu bandar di Myanmar," katanya.

Justeru, tegas beliau, Mapim dan Shura menuntut kerajaan Myanmar menghentikan tindakan tidak bertamadun itu dan mengingatkan mereka jangan mencabar kesabaran umat Islam di seluruh dunia.

Katanya, umat Islam tidak akan mendiamkan diri terhadap kempen menghina Islam tanpa memberi respon yang keras dan jelas.

Beliau turut mengesa semua negara ASEAN dan OIC mengutuk tindakan sami terbabit dan menekan kerajaan Myanmar supaya tidak tunduk kepada pihak yang menyebarkan kebencian terhadap agama lain di negara itu.

"Kami menuntut semua kedutaan Myanmar di negara-negara anggota OIC yang ada hubungan diplomatik dengan Myanmar dipanggil untuk menyatakan kutukan dan menegaskan pendirian masing-masing.

"Jika ini tidak berkesan memutuskan hubungan diplomatik adalah pilihan yang perlu dipertimbangkan," katanya lagi.


Menurut beliau, kerajaan Myanmar perlu belajar dengan Malaysia yang berjaya mewujudkan suasana harmoni antara kaum dan agama di negara ini termasuk penganut agama Buddha. – myneshub.my 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.










No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers