Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 8 June 2013

Terkini!!! Kisah Benar Di Sebalik Pencerobohan Lahad Datu!!!...


KEJAYAAN kerajaan menyelesaikan krisis pencerobohan pengganas di Daerah Lahad Datu, Sabah melalui pasukan keselamatan dipimpin Polis Diraja Malaysia (PDRM) benar-benar dikagumi.

Di sebalik kejayaan itu, terpahat 1001 kisah pahit selain mengorbankan 10 anggota pasukan keselamatan, PDRM menghadapi pelbagai kerenah dan permintaan tidak masuk akal pengganas.

Mahu dirinya diiktiraf sebagai 'King of Borneo', itu antara tuntutan yang disuarakan Ketua Pengganas, Agbimudin Kiram susulan rundingan tiga hari dengan PDRM.

Sinar Harian berkesempatan bertemu Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Pahlawan Hamza Taib yang berkongsi pengalaman sebelum dan ketika serangan ke atas pengganas dilancarkan. Ikuti temubual khas bersama wartawan Sinar Harian, di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPPK) Sabah.

Bolehkah Datuk ceritakan dari awal bagaimana krisis pencerobohan Lahad Datu bermula serta langkah-langkah penyelesaiannya?

Saya menerima laporan berkenaan pencerobohan Lahad Datu pada pagi 12 Februari lalu mengatakan sekumpulan orang bersenjata mendarat di Kampung Tanduo.

Saya menghubungi Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Shamsudin Mat untuk mengesahkan perkara itu dan beliau memaklumkan kepada saya bahawa 60 hingga 80 orang mendarat di kampung itu. Sesetengahnya memakai jubah, seragam serta 'half uniform'.

Friday 7 June 2013

[18SX] Tayang Baju Ketat Nampak Susuk Dada, Shila Amzah Dikritik Peminat!!!


Shila Amzah telah memuat naik gambar seorang wanita berpakaian sukan ketat hingg menampakkan susuk tubuh di dalam akaun Instagramnya.

Tidak diketahui pula sama ada ia tubuhnya sendiri ataupun orang lain.

Namun tindakannya itu ternyata mengundang perasaan tidak senang para peminatnya.

Bertalu-talu komen tidak puas hati muncul selepas itu.

Apa cerita ni Shila?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Quikie : Sepakan Penalti Paling Pelik Di Dunia...



pelik tapi benar...

Nasihat Buat Isteri dan Bakal Isteri...


UNTUK ISTERI2 DAN BAKAL ISTERI2..............

1- Sekali suam minum air yg di sediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun.

2- Makanan yg di sediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik drpd isteri itu mengerjakan haji dan umrah.

3- Mandi junub si isteri di sebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya drpd mengorbankan 1000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin.

4- Apabila isteri hamil ia di catitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihat.

Thursday 6 June 2013

Panas!!! Papa Gomo Bersara Daripada Dunia Blog???


Blogger terkenal, Papa Gomo yang 'memeriahkan' alam maya dengan entri-entri kontroversi mengumumkan mahu bersara daripada dunia blogging.

Menulis dalam laman mikro Twitter menggunakan nama @PapaGomo, blogger berkenaan memaklumkan perjuangannya dalam dunia blogging sudah berakhir.

"I'm done (saya selesai). Itu yang Gomo boleh katakan dalam perjuangan dengan nama blog Papa Gomo. Bagi peluang blogger baru gegar alam maya ini," tulisnya pada Isnin lalu.

Papa Gomo merupakan blogger yang tidak asing lagi dengan hasil tulisan dan pendedahan mengaitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai skandal.

Transformasi PM @NajibRazak Cacat Kerana "Dinasour" Dalam Pejabat PM???



Pembukaan bicara gua kali berkaitan tajuk di atas "Transformasi PM Najib Cacat Kerana Dinasour Dalam Pejabat PM???". Kenapa gua petik soal "Transformasi", benda baru yang diperkenalkan oleh PM semasa tampuk pemerintahan beliau selepas PRU13.

Transformasi yang diperkenalkan PM banyak tapi gua rasa tak perlu la gua eleborate, korang cari la sendiri. Apa yang gua nak bangkitkan kat sini soal transformasi dalam pejabat PM sendiri. Pening gua memikirkan kenapa PM yang dah ada pengalaman dalam PRU13 bila sebahagian besar pegawai dalam pejabat beliau menjadi calon termasuk Setpol dan Pegawai Khas.

5 Setpol dan 2 Pegawai Khas beliau yang menjadi calon hanya Pegawai Khas yang menang sedangkan ke semua Setpolnya kalah. Keputusan PRU13 lepas kalau dikira memang nampak merosot tetapi disebabkan Allah sayangkan UMNO dan BN maka TAKDIR Allah BN masih memerintah negara. Sefaham gua la tugas Setpol sebagai Setiausaha Politik PM adalah membantu dan menguruskan urusan PM tapi kalo dah sibuk berkempen.

Kini kerusi Setpol di PMO masih kosong dan baru-baru ini kedengaran sudah diisi oleh Exco Pemuda anak kepada Presiden Perbadanan Putrajaya, Khairun Aseh. Sorang lagi dinasour dah masuk PMO. Kenapa gua gelar Khairun ni sebagai dinasour. Rujuk jer la apa yang ditulis oleh Sangkakalajari9 akan dinasournya Khairun "merompak" kekayaan. Klik Sini http://sangkakalajari9.blogspot.com/2013/06/najibrazak-khairun-aseh-terlibat-dengan.html?m=1

PM patut lihat sekeliling beliau contoh teladan bagaimana dinasour yang berada disekeliling beliau seperti Setpol beliau sendiri, Datuk Sahlan. Ciri Sahlan ini sama seperti Khairun dari segi sifat dinasournya. Bila Najib melantik Khairun sebagai Setpol barunya, seperti keluar mulut harimau masuk mulut buaya. Orang yang tak pernah turun kawasan ketika masa berkempen jauh sekali nak membantu calon iaitu Tengku Adnan. Secara tak langsung inilah yang dikatakan sebagai ahli yang sabotaj calon dan parti.

PM pernah berkata dalam ucapan beliau bahawa mana-mana ahli yang tidak membantu calon yang telah dipilih dalam PRU13 boleh dikatakan sebagai sabotaj parti dan boleh diambil tindakan. Jadi, di manakah Setpol PM ni ketika hari berkempen. PM patut tanya dengan orang dalam Bahagian Putrajaya.

Sekor lagi dinasour PM yang menjadi punahsihat PM semasa memilih senarai calon di Selangor dan sebab cadangan dinasour inilah Selangor kalah teruk kalau bukan Zain Badak. Bila BN kalah teruk di Selangor, PM yang disalahkan ahli sedangkan Zain Badak inilah yang menjadi pencatur calon Selangor. Khabar angin yang gua dengar ada akar umbi yang bertanya kepada Zain Badak kenapa nama calon yang naik bukan senarai dari bahagian, ini jawapan beliau "inilah masanya nak buang habis pengaruh Khir Toyo..." Wallahualam. Untuk cerita penuh klik sini http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2013/06/bila-lagi-nak-balun-pak-lampir-aka-zain.html?m=1

Agensi pun sama kes jugak bila PM masih menyimpan dinasour kat situ. Ketua Pengarah BTN, Raja Arif yang memang terkenal dengan sifat dinasournya bakal digantikan dengan dinasour lain plak iaitu Dato Nordin Kardi. Bila agensi kerajaan nak "transform".
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.





Jika PM Tak Sedar, BN Bakal Jatuh Macam Dinasti Han!!! @NajibRazak


Dinasti Han di China jatuh apabila Maharaja China pada waktu itu lebih mendengar nasihat para sida yang menjadi tukang penasihat, serta warlord yang menangguk di air keruh. Anda cuba menegur Maharaja China pada waktu itu, maka bersiap siaga untuk hilanglah kepala.

Dinasti Han sangat berjasa kepada negara China, menyatukan kembali negara China selepas berpecah selepas kematian Shi Huangti, mahajara China pertama yang satukan seluruh China. Tetapi jasa tidak cukup bila kita jadi pekak dan tidak dapat cernakan teguran.

Ingat...

Sampai bila mahu bersama-sama golongan yang menyumbang kepada kejatuhan? UMNO kalau tidak ditegur, maka jadilah seperti The Great Han. Jasanya banyak... tapi orang tak akan pandang jasa, orang pandang pada realiti semasa.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Panas!!! Pemuda Pas Pulak Ikut Jejak Anwar Derhaka Titah Agong???...


KUALA LUMPUR – Seorang lagi pemimpin pembangkang bersikap derhaka terhadap titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah apabila menggesa supaya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) diadakan semula.

Ia apabila Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Wilayah Persekutuan, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz meminta PRU13 diadakan semula kerana mendakwa pilihan raya tersebut pada 5 Mei lalu berlangsung secara tidak adil dan penuh dengan penipuan.

"Kerajaan sepatutnya tidak akan teragak-agak untuk membubarkan kerajaan bagi memberi laluan kepada PRU yang lebih adil, bebas dan demokratik. Adalah lebih baik mengadakan pilihan raya semula dalam tempoh enam hingga 12 bulan dari sekarang bagi memuaskan hati rakyat," dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mynewshub.my pada 3 Jun lalu melaporkan pakatan pembangkang yang cuma memenangi tiga negeri pada PRU13 semakin biadap dan bertindak seperti `kaduk naik junjung' apabila dengan berani `mencabar' titah Yang di-Pertuan Agong.

Meskipun telah dititahkan baginda supaya semua pihak termasuk parti-parti politik akur dengan keputusan PRU13 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) kekal menerajui kerajaan Persekutuan, tetapi titah itu nampaknya langsung tidak dihiraukan mereka.

Ibarat rakyat yang menderhaka kepada Agongnya, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan berani menyatakan Himpunan Blackout 505 bagi membantah keputusan PRU13 pada 5 Mei 2013 akan tetap diteruskan. – mynewshub.my
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 5 June 2013

[18SX] Lelaki Terkejut Doktor Beritahu Dia Sebenarnya Wanita!!!


HONG KONG – Seorang lelaki yang berusia 66 tahun dan hidup sebagai seorang lelaki sepanjang hidupnya telah dikejutkan dengan satu pemeriksaan perubatan yang mendakwa dia sebenarnya seorang wanita.

Lelaki tersebut menerima berita yang mengejutkan itu selepas dia berjumpa seorang doktor di Hong Kong kerana mengalami masalah sakit perut.

Beberapa doktor menyedari pesakit itu merupakan seorang wanita selepas mereka mendapati bahawa bahagian perut yang sakit itu berpunca daripada pembentukan sista di bahagian rahimnya, lapor jurnal Hong Kong Medical Journal .

Keadaan itu berlaku adalah hasil daripada kewujudan dua alat kelamin yang luar biasa.

Selain itu, lelaki tersebut turut didapati mengalami sin drom Turner yang hanya dialami kanak-kanak perempuan dan wanita selain terhasil daripada satu masalah kromosom.

Masalah itu juga menyebabkan pesakit mempunyai ciri-ciri seperti kemandulan dan tubuh badannya yang lebih kerdil.

Namun, dia juga mempunyai masalah kongenital adrenal hiperplasia yang menyebabkan peningkatan hormon lelaki pesakit dan seseorang yang mengalaminya mempunyai janggut dan bulu roma selain menyebabkannya kelihatan seperti lelaki.

"Jika bukan disebabkan kewujudan sista yang besar dalam rahimnya, keadaan perubatan yang menarik mengenai diri beliau mungkin tidak pernah didedahkan," kata tujuh doktor dari dua buah hospital di bandar ini yang menulis dalam kajian yang diterbitkan kelmarin.

"Lelaki keturunan Vietnam itu memutuskan untuk terus menjadi seorang lelaki dan dia kemungkinan perlu untuk melakukan penggantian hormon testosteron," menurut jurnal itu. – AFP
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pelik Tapi Benar!!! Kambing Jadi "Kambing Hitam" Bila Ditahan Polis???


CHENNAI – Polis India menahan tiga ekor kambing yang didakwa melakukan kerosakan ke atas sebuah kereta peronda baru, di sini.

Lapor akhbar Times of India, trio itu adalah 'kambing hitam' bagi jenayah yang dilaporkan membabitkan kumpulan haiwan ternakan itu yang merosakkan puluhan kenderaan polis serta dilabelkan sebagai tindakan antisosial di daerah Kilpauk.

Menurut polis, pihaknya turut memiliki senarai rekod kereta penduduk setempat yang dirosakkan oleh kumpulan kambing itu.

Sebelum ini, kami sering menerima laporan berhubung sekumpulan kambing yang didakwa merosakkan kereta awam hingga meninggalkan kesan kemik, bercalar, kerosakan cermin dan pengelap.

"Kami terpaksa menahan tiga ekor kambing di balai polis dan akan melakukan siasatan ke atas pemiliknya.

Ia sememangnya tidak boleh diterima kerana kereta peronda itu baru dikeluarkan beberapa hari lalu," kata pegawai terbabit.

Sementara itu, pemilik kambing tersebut, Mary Arogynathan, 37, didakwa cuai menjaga ternakan dan berkemungkinan terpaksa menyerahkan tiga ekor kambingnya itu kepada Pertubuhan Perlindungan Haiwan. – Al-Jazeera
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Siri 1 : Anak Buah Khairun Aseh Pun Macam Bos Dia Gak... Janji Dicapati!!!


Mesti korang pelik naper tajuk artikel gua nie ada sangkut menyangkut dengan Khairun lagi. Kali nie pasal anak buah dia plak janji dicapati macam yang biasa bos dia, Khairun dok buat.

Semalam ketika sedap berborak dalam group wassap sahabat-sahabat gua yang tinggal dalam Putrajaya menyembang pasal cerita Khairun yang makin hangat di dunia bloggesfera tetiba ada seorang sahabat yang mengaku agak rapat ngan Khairun. Dalam perbualan tu si polan ni cuba mempertahankan kononnya si Khairun nie baik orangnya dan itu semua salah faham sebab ramai yang kononnya tak mengenali Khairun yang bergelar Dato' nie lalu mengajak untuk berjumpa agar si polan nie dapat memberi penjelasan siapa Khairun sebenarnya.

Lalu jemputan untuk bertemu empat mata dibuat dan lokasi pertemuan adalah di IOI Putrajaya (hotel tu la...). Bukan gua saja dijemput malah si polan tu membuat tawaran sekali agar dijemput 3 4 orang KPC (Ketua Pemuda Cawangan). Yang gua hairan apasal dia offer suruh jemput 3 4 orang KPC??? Gua cakap kat si polan nie yang gua tak biasa ngan hotel-hotel nie. Kalo mamak tu biasa ler dan persetujuan dicapai untuk bertemu keesokan pagi iaitu pagi nie la.

Apa kesudahan episod gua berjumpa si polan yang kononnya baik dengan Khairun sampai ikut Khairun skali pi Lombok bawak balik pompuan Malaysia lari kat sana... Nantikan episod kedua esok plak...

p/s : gua pemuda Putrajaya heran masa Pemuda Putrajaya sibuk susah payah bertempur ngan macai Husam Masam sepanjang tempoh berkempen takda plak nampak batang hidung si Khairun nie... Puas gua tanya kat orang lain... Jawapan yang sama... "Tak nampak ler batang hidung dia..."

Seolah-olah si Khairun nie nak sabotaj calon Putrajaya iaitu Tengku Adnan bila tak turut sama turun membantu beliau berkempen. Dah la tu, ko tu Khairun ahli UMNO cawangan Matahari cawangan Ku Nan, AJK Bahagian, AJK Pemuda Bahagian tapi masa tempoh berkempen takda kat kawasan. Nie ker ciri pemimpin yang Pemuda Putrajaya nak jadikan ketua...


Aleh-aleh ada hati nak jadi Ketua Pemuda Putrajaya dengan bersandarkan kononnya dia jadi Setpol PM. 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.




Gempar!!! Penumpang Air Asia Dakwa Telinga Hampir Pekak??? @airasia @tonyfernandes


Seorang penumpang AirAsia mendakwa telinga kanannya hampir pekak kerana juruterbang syarikat itu telah bertindak meningkatkan kelajuan pesawat dari Guangzhou ke Kuala Lumpur untuk 'mengejar masa'.

Pengusaha bunga, Wong Chan memberitahu Guang Ming Daily, pendengarannya hanya tinggal lima peratus kesan daripada kelajuan yang terjadi.

Katanya, ramai penumpang, termasuk suami dan anaknya, terpaksa menutup telinga mereka untuk mengurangkan ketidakselesaan berikutan 'tekanan' yang terhasil di dalam kabin.

Mengulas lanjut, Wong memberitahu, pada mulanya penerbangan mereka pada 8 Mei lalu telah ditangguhkan 40 minit, ia hanya berlepas China pada pukul 9:30 tetapi TETAP tiba di LCCT pada masa yang sama, seperti mana dijadualkan pada waktu asalnya

Tuesday 4 June 2013

VIDEO: Ustaz Azhar Idrus Jelaskan Mengenai Kelebihan ‘Bermadu’???



USTAZ Azhar Idrus baru-baru seperti yang kita tahu telah melangsungkan pernikahannya untuk kali ketiga.

Seperti yang dijangka, tindakannya itu mengundang kritikan yang bukan sedikit terutama dari golongan wanita.

Bagaimanapun, dalam salah satu siri ceramahnya, Ustaz Azhar ada menyentuh mengenai kelebihan ‘bermadu’.

Katanya, boleh marah suami nak kahwin lagi, tapi janganlah marah hukum syarak.

Jom kita layannnnn……

[Video] : Garang Sungguh Orang Russia... Skit2 Nak Berkapak...



giler la orang-orang Russia nie... garang-garang sungguh... skit-skit nak berkapak berparang...

Biar Betul!!! Anwar Ibrahim Derhaka Titah Agong!!!



Pakatan pembangkang yang cuma memenangi tiga negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) semakin biadap dan bertindak seperti `kaduk naik junjung’ apabila dengan berani `mencabar’ titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Meskipun telah dititahkan baginda baru-baru ini supaya semua pihak termasuk parti-parti politik akur dengan keputusan PRU13 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) kekal menerajui kerajaan Persekutuan, tetapi titah itu nampaknya langsung tidak dihiraukan oleh pemimpin pembangkag.

Ibarat rakyat yang menderhaka kepada Agong, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR),

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dengan berani menyatakan Himpunan Blackout 505 bagi membantah keputusan PRU13 pada 5 Mei lalu akan tetap diteruskan.

Sebuah portal berita melaporkan Anwar dalam sidang media selepas mesyuarat majlis pimpinan pakatan pembangkang mendakwa gabungan parti pembangkang memutuskan untuk menyokong inisiatif dengan menganjurkan himpunan aman itu di Kuala Lumpur pada 15 Jun ini pada waktu petang.

Gempar!!! Datuk S.Ambiga Jadi Pengerusi SPR???


KUALA LUMPUR – Angkatan Warga Aman Malaysia (WargaAMAN) mencadangkan Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil, Datuk S.Ambiga dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Setiausaha Agungnya, S.Barathidasan mendakwa cadangan itu dibuat kerana SPR memerlukan kepimpinan yang bebas, bersih dan adil untuk semua pihak seperti yang dikehendaki Perlembagaan Persekutuan.

"WargaAMAN menggesa Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan serta merta.

"Kita memerlukan kepimpinan SPR yang baharu. Oleh itu WargaAMAN mencadangkan Ambiga, golongan profesor, penyelidik dan bekas hakim membarisi kepimpinan SPR," katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Barathidasan dalam kenyataan sama turut mempertikaikan pihak polis kerana didakwa tidak mengambil tindakan meskipun banyak laporan polis dibuat berhubung dakwaan penipuan semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). – mynewshub.my
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 3 June 2013

Wajib Baca!!! Harga Baru Rokok Naik Lagi...


British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan tiga peratus bagi harga semua jenama rokoknya berkuat kuasa 3 Jun, 2013.

Mengulas mengenai kenaikan harga tersebut, Datuk William Toh, Pengarah Urusan, BAT Malaysia berkata, "Sama seperti semua syarikat lain, BAT Malaysia berdepan dengan tekanan inflasi, kos buruh dan kos input, yang membawa kepada peningkatan kos operasi".

Selain itu, kuantiti industri tembakau sah juga terjejas akibat peningkatan berterusan perdagangan rokok haram (pada 2012 berada pada 34.5 peratus), katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Bagi menangani peningkatan kos dan tekanan perdagangan rokok haram kami memutuskan untuk menaikkan sedikit harga sebanyak 3.0 peratus bagi semua jenama rokok kami," kata Toh.

Harga baharu rokok yang berkuat kuasa pada Isnin, 3 Jun adalah seperti berikut:

DUNHILL range RM10.50
KENT range RM10.50
BENSON & HEDGES RM10.50
PETER STUYVESANT range RM9.00
PALL MALL range RM9.00
PALL MALL Plain RM10.90
LUCKY STRIKE PLAIN RM10.90
ROTHMANS INTERNATIONAL RM10.90.

BAT Malaysia merupakan sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco, kumpulan tembakau terkemuka dunia. -AstroAwani-
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PM Silap Pilih Setpol Bakal Membawa Kekalahan Dalam PRU14 Nanti???? @NajibRazak

lain macam jer ushar tu... 20 tahun penjara 20 kali sebatan ooooo
Pagi tadi sedang enak gua menikmati hidangan bekpes kat Mamak Saadiah Presint 8 sambil melayari dunia internet melihat cerita-cerita terkini dunia politik di blog-blog Pro BN, tetiba mata gua tertarik dengan satu tulisan daripada blog sangkakalajari9.blogspot.com mengenai satu artikel berkaitan dengan nama Khairun Aseh.

Gua tak kenal sangat mamat nie secara peribadi. Yang gua tau dia pernah jadi Ketua Pemuda Putrajaya suatu ketika dulu. Tapi dia memang terkenal sebagai Exco Pemuda Malaysia yang suka bawak balik rakyat Malaysia dari Lombok. Yang gua tau bapak dia sekarang nie Presiden Perbadanan Putrajaya. Lubuk masyuk tu. Sekarang bakal menjadi Setpol (Setiausaha Politik) kepada PM plak. Ada plak ura-ura mamat nie berminat mengintai untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Putrajaya sebab dia masih ada umur sedangkan tiga exco lain dah monopous.

Korang baca ler cerita penuh Sangkakalajari9 kat bawah nie...

Sangkakala baca dari satu blog petang ni tadi dalam dalam blog tersebut ada mengatakan bahawa Setiausaha Politik Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib akan didesak untuk melepaskan jawatan dan desakan ini akan dilakukan secara besar besaran oleh media arus perdana dan dengar khabar juga beberapa ahli majlis tertinggi menyokong tindakan tersebut.

Alies Nor yang dikatakan bertanggungjawab dalam memilih calon calon pilihanraya kali ini dilihat telah gagal untuk memeberikan satu nasihat yang berguna kepada Datuk Seri Najib dan dengan itu juga, ramai dikalangan pemimpin Barisan Nasional sudah memulakan gerakan supaya beliau disingkirkan.

Panas!!! Bukti Air Asia Pilih Kasih Pengambilan!!! @TonyFernandes @AirAsia


KUALA LUMPUR 31 Mei - Air Asia didakwa mengamalkan budaya diskriminasi dalam pemilihan juruterbang dengan mengutamakan ahli keluarga juruterbang sedia ada.

Presiden Persatuan Belia Juruterbang Malaysia (MyPA), Tuan Ahmad Humaizi Tuan Muhammad Kamal berkata, 30 juruterbang yang terpilih daripada pemilihan terakhir yang dijalankan lima daripadanya adalah anak kepada pegawai atasan Jabatan Penerbangan Komersial (DCA).

"Tiada beza antara kami dan anak-anak pegawai yang lain, semua sama membelanjakan sejumlah RM250,000 untuk mengikuti penerbangan komersil perlesenan juruterbang.

"Malah seorang daripada calon yang terpilih tidak tersenarai dalam temuduga untuk menjalani pemilihan berjaya kepemilihan terakhir," katanya ketika ditemui pada sidang media di ibu pejabat Berita Harian di sini hari ini.

Humaizi juga menegaskan, lebih 1000 juruterbang telah menyatakan bantahan terhadap tindakan syarikat penerbangan tambang murah berkenaan.

"Saya rasa pekara ini bukan saya saja yang tidak bersetuju malah saya mewakili seribu juruterbang yang lain supaya pekar ini harus diberi tindakan yang wajar dan telus kepada Air Asia dan DCA harus ambil tindakan.

"Saya syorkan pihak DCA menubuhkan satu jawatan kuasa khas untuk menangani isu juruterbang yang menganggur." katanya.

Sebelum ini, Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) turut membidas AirAsia yang mencetuskan beberapa isu baru-baru ini dengan menyifatkannya sebagai memalukan dan tidak berperikemanusiaan.

Sumber : KLPOST

Pelik Tapi Benar : Arca Dihasilkan Dari Kereta Volkswagen Beetle...





Ini ialah arca sfera dan bongkah yang dihasilkan oleh artis indonesia, Ichwan Noor.

Beliau menggunakan dua buah Volkswagen untuk menghasilkan arca di bawah.

Bola untuk transformer!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 2 June 2013

Puaka Niring : Subhanallah! Jerung Pelik Bermata Dajal...




P*****k Punya Cina!!! Berani Kutuk Agong Dalam Facebook!!! F**k You La Cina!!!



Terdapat segelintir rakyat Malaysia yang sudah berani mengutuk serta mempersoalkan peranan Yang Dipertuan Agung (YDPA) Tuanku Abdul Halim di laman Facebooknya sendiri.

Perkara ini semakin menjadi perbualan hangat dan sudah 'viral' di mana-mana laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Gadis yang dikenali sebagai Melinda Gooi secara terang-terangan mengutuk ucapan YDP Agung sempena Hari Keputeraan Baginda yang jatuh pada hari semalam.

Jika benar ia berlaku, mereka tidak sepatutnya berada di Malaysia yang bertunjangkan kedaulatan Agung dan para sultannya.

Tindakan serta perbuatan menghambur kata-kata kesat serta mencemar institusi diraja di negara ini adalah tidak berasas sama sekali.

Jelas terbukti perbuatan sebegitu menunjukkan mereka adalah dari golongan yang berfikiran cetek, tidak matang serta tidak tahu adab sopan yang sememangnya sinonim dengan rakyat Malaysia.

Ini kerana kesetiaan kepada raja dan negara sendiri sudah tertakluk dalam lima Rukun Negara dan adakah sebarang tindakan yang akan diambil terhadap golongan-golongan yang berani mengutuk YDP Agung secara terang-terangan begini?

Kita tunggu dan lihat sahaja nanti!

p/s : pi balik tongsan la kalo tak suka duduk Malaysia... itu pun kalo tongsan nak terima... Puuuuuuiiiiiihh!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Panas!!! Punggung Beyonce Kena Tepuk Lelaki Gatal Ketika Konsert!!!!



Macam-macam...

Kejadian berlaku semasa konsert live Beyonce di Denmark untuk Singer's Copenhagen Show...

Seorang lelaki dengan machonya menampar punggung Beyonce dan dapat juga dilihat di skrin besar...

Akibat kedajalan lelaki tersebut, Beyonce mungkin tidak akan membuat konsert di negara tersebut...

Sila klik link di bawah untuk menonton...


Published with Blogger-droid v2.0.4
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers