Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday 21 April 2015

Jom Belia Kuala Lumpur Serbu Fiesta Belia 1Malaysia Wilayah Persekutuan!!! @KhairyKJ @mizijuah @jbswpkl #MBWP #UrbanYouth


Hujung minggu ini bertarikh 24 - 26 April 2015 bertempat di Kompleks Belia & Sukan WPKL Jalan Kampung Pandan akan berlangsung satu program khas buat anak muda dan belia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dinamakan "Karnival Fiesta Mesra Belia 1Malaysia Peringkat Wilayah Persekutuan 2015" yang dianjurkan oleh Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) dengan kerjasama Pusat Transformasi Bandar (UTC), Jabatan Belia & Sukan Kuala Lumpur, Kelab Rakan Muda, Kelab-kelab Belia Badan Gabungan di bawah MBWP serta agensi kerajaan lain. 


Menurut Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP), sdr Hamizi Mat Juah dengan adanya karnival ini mampu memberi ruang dan peluang kepada anak muda terutama belia yang tinggal dalam kawasan Lembah Klang untuk menzahirkan aspirasi dan mengembangkan bakat serta potensi belia bandar dalam pelbagai bidang sama ada sebagai sukarelawan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atau pun sebagai peserta yang mampu mencungkil bakat-bakat baru dan terpendam selaras dengan hasrat Menteri Belia & Sukan dan Kementerian Belia & Sukan (KBS).


Karnival yang akan berlangsung selama 3 hari berturut-turut ini mampu mengisi kehendak dan selera anak muda sekarang kerana program dan aktiviti yang bakal dijalankan adalah mengikut peredaran zaman seperti Pertandingan Cyber Games, Pertandingan Tamiya, Wall Climbing, Autoshow, Urban Street Dance, BMX Free Style Show tetapi dalam masa yang sama tidak melupakan dan meminggirkan sukan adat dan budaya masyarakat Malaysia seperti Pertandingan Dikir Barat, Congkak, Dam Ular dan sukan rakyat lain.


Karnival Fiesta Mesra Belia 1Malaysia ini bolehlah diibaratkan sebagai pemanas badan kepada program diperingkat nasional sepert Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya yang dijangkakan diadakan pada bulan Mei setiap tahun. Oleh itu ayuh anak muda dan belia sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang hadir beramai-ramai ke karnival ini disamping memperolehi manfaat 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers