Jadilah Sahabat Kulaan...

peluang untuk anda masyuk!!!

Saturday, 11 February 2012

#AmanKampus 7 : MB Pahang Raikan Konvoi Jelajah @AmanKampus Di Pahang... @NajibRazak @Saifuddinabd


Kembara Aman Kampus - Mahasiswa Bersama Masyarakat diraikan dalam satu majlis makan makan di kediaman rasmi Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Dalam majlis yang turut disertai oleh mahasiswa dari negeri Pahang itu turut diserikan dengan acara karaoke oleh peserta-peserta Kembara Aman Kampus.

Kedai Rakyat 1Malaysia bakal dibuka di serata Perak pada 2012


Sekurang-kurangnya 59 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) akan dibuka di seluruh Perak, sepanjang tahun depan bagi meringankan beban hidup rakyat berpendapatan sederhana dan rendah negeri ini.

Hasrat itu diluahkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang sudah mengarahkan pegawainya untuk mengadakan perbincangan dengan pengurusan KR1M bagi meneliti cadangan itu.

"Sebagai permulaan, sebanyak lima premis KR1M yang berkonsepkan pasar mini itu sudah beroperasi di lima daerah iaitu Parit Buntar, Teluk Intan, Bidor, Manjoi di Ipoh dan Taman Seri Maju, di Bagan Serai."

Benarkah Raja Nong Chik ‘Dalang’ Di Sebalik Pendedahan Isu NFC???... @RajaNongChik @rajanongchik_my


Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah dalang disebalik isu NFC sehingga menjejaskan imej dan kedudukan politik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau dengan tegasnya meminta wartawan bertanyakan pada Shahrizat dan suaminya Datuk Seri Mohamed Salleh samada dakwaan itu betul atau tidak.

"Adakah ianya betul…you boleh tanya Shahrizat samada dakwaan itu betul atau tidak," kata Raja Nong Chik yang ditemui di Majlis Tun Daim Bersama BN Lembah Pantai di sebuah hotel dekat Jalan Klang Lama malam Jumaat.

DAP & Pergaduhan di KFC iCity: Apa Kata PAS & PKR?


Insiden pergaduhan di KFC-iCity menyerlahkan buat kesekian kalinya siapakah rasis sebenar di Malaysia. Ianya bermula dengan seorang pelanggan berbangsa Cina yang tidak berpuas hati telah memaki hamun dengan kata-kata berbaur rasis terhadap seorang pekerja Melayu. Pekerja Melayu yang merasa terhina menjadi hilang sabar lalu memukul pelanggan tersebut.
Pelanggan yang dipukul membuat laporan polis dan kemudiannya bersama-sama DAP membuat sidang akhbar menafikan mengeluarkan kata-kata berbaur rasis.

Soalnya, jika sipelanggan berkata benar, kenapakah dia perlu membabitkan DAP dalam kes ini?

Melainkan dia telah benar-benar menghina pekerja tersebut dengan kata-kata berbaur rasis dan kini ingin berlindung di bawah payung politik untuk melepaskan diri.

Friday, 10 February 2012

Betul Ka MB Kedah, Azizan Tidak Kisah Dipecat???... Kalo Berani Letak Jawatan Jer...


Umum sedia maklum betapa panasnya kerusi Menteri Besar Kedah.   Walaupun negeri Kedah dilihat berada dalam keadaan 'berhibenisasi' semenjak diambil alih oleh PAS, politik di Kedah tetap rancak dan bergelora.

Banyak yang diperkatakan tentang YAB Dato' Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah walaupun pada dasarnya, beliau sendiri tidak begitu banyak bercakap di media.  Kalau adapun, ia hanya berupa 'tengkingan' dan bukannya 'kenyataan' kepada media.

Tidak salah jika dikatakan bahawa Azizan adalah satu personaliti yang menarik untuk diperhatikan.  Beliau dikatakan tegas, bersih dan jujur dan rakyat menyokong beliau atas beberapa faktor ini.

Perak Rampas Pendahulu Liga Super... @ZambryAbdKadir @Azwanbro @Zainibro

pasukan mantap Perak musim ini...
KEGAGALAN Kelantan dan Terengganu merakam kemenangan membantu Perak merampas kedudukan selaku pendahulu Liga Super buat julung kali apabila menumpaskan Sarawak 2-1 di Stadium Perak di Ipoh, malam tadi.
Kemenangan itu membolehkan skuad Seladang bimbingan Norizan Bakar melonjak ke tangga teratas liga dengan 15 mata, satu mata mengatasi Kelantan yang sekadar seri 0-0 di Likas dan dua mata meninggalkan Terengganu yang gagal menggunakan kelebihan gelanggang sendiri apabila turut seri 1-1 dengan PKNS.
Tuan rumah yang mendapat sokongan padu penyokong mula menunjukkan belang apabila mendahului seawal minit ketujuh menerusi jaringan Michael Kubala sebelum rakan sepasukan Fahrul Razi Kamaruddin mengukuhkan kedudukan pada minit ke-27.
Baca selanjutnya di :  PerakToday 

Teman rase bangge bebenor bile pasukan Perak berjaye menumbangkan 'Ngap Sayot" di Stadium Perak, Ipoh kelmarin... udah lame bebenor teman idok nengok pasukan 'Kejor Yop Kejor' mendahului carta Liga Super... 

#AmanKampus 6 : Semalam Ibu Tua Menangis, Hari Ini Anak Muda Pula Mengalirkan Airmata... @NajibRazak @Saifuddinabd @AmanKampus

apa yang ko sedih sangat tu yop... orang lelaki
mana boleh nangis... jangan malukan kaum yop...
Sebelum ini Kembara Aman Kampus Mahasiswa Bersama Masyarakat mendekati golongan peneroka FELDA di Felda Bukit Besar, Johor. Kali ini mahasiswa Aman Kampus mendekati golongan kurang upaya iaitu mereka yang terdiri daripada anak-anak peneroka.

Dalam majlis ringkas itu, kumpulan mahasiswa diketuai oleh Mohd Shahar menghulurkan sumbangan berbentuk hamper kepada golongan kurang upaya. Sebelum majlis penyerahan hamper golongan kurang upaya ini telah menyanyikan lagu yang mana telah menimbulkan rasa sebak di kalangan peserta mahasiswa Aman Kampus.

terharu mereka yang kurang upaya
dengan kehadiran mahasiswa...

Thursday, 9 February 2012

#AmanKampus 5 : Adam Adli Kecewa Nasrul Ngadiman & Co Memberi Saingan???... @NajibRazak @Saifuddinabd @AmanKampus

Hasrul Ngadiman - YDP MPP UTM
Mohd Hafiz Ariffin - YDP MPP UTHM
Izuan Jamaluddin - YDP MPP USM
Jika Adam Adli melihat gambar ini tentu dia meroyan sorang-sorang merepek bercakap sorang-sorang macam orang sewel sesuai dengan gelaran baru Adam Adli bekas "mahasewel"...

Wahai Adam Adli!!!!

BN Perak Sudah Sedia Manifesto Untuk PRU-13... @ZambryKadir


Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir mengumumkan bahawa Barisan Nasional (BN) Negeri telah pun menyiapkan manifesto bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Zambry yang juga Pengerusi BN Perak memberitahu, peringkat akhir dalam penyediaan manifesto terbabit sebenarnya telah disiapkan pada tahun 2011, bagaimanapun akan ditambahbaik dari masa ke semasa.

“Kita juga sudah sediakan cuma kita akan memperbaiki dari masa ke semasa dan saya ingin maklumkan bahawa kita sudah sediakannya pada tahun lalu lagi…..manifesto itu telah berada di peringkat pada akhir tahun lalu."

Hadi Makin Sengsara Gara-Gara Penyakit Dibawa Parasit


Walaupun Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akur dengan keputusan Lajnah Politik parti itu yang menolak hasratnya mengundurkan diri menjadi calon dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, namun ianya hanyalah bersifat penawar sementara kerana bahana yang lebih besar sedang menanti parti itu.

Ini kerana keputusan berkenaan mungkin sebagai “penyedap rasa” kepada Ahli Parlimen Marang itu yang mungkin tertekan dengan pelbagai masalah dalaman yang menimpa parti tersebut gara-gara parasit sepertimana yang didedahkan oleh Datuk Dr Hasan Ali, kata bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ghazali Ahmad.

“Kedudukan Hadi hari ini umpama telur di hujung tanduk kerana keyakinan dan kepercayaan terhadap beliau makin goyah dan ditambah pula dengan kepimpinan parti itu yang dibarisi hampir 75 peratus bukan golongan ulama menambahkan lagi derita beliau."

Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Adik Adrianna Menanggung, Bantulah...


Assalammualaikum Wr.Wb. Saudara saudari ku sekalian, marilah kita
membantu adik ini dengan memberi sedikit sumbangan ikhlas kepadanya.

Dia kini menderita akibat masalah saluran jantung, memerlukan kos
pembedahan di IJN. Adik Adrianna Juliana Bt Mohd Jasni berumur
7 tahun merupakan anak yang kelima dari tujuh adik beradik, berasal
dari Kuala Langat, Selangor. Pekerjaan kampung yang tidak seberapa
oleh ayah dan ibu bagi menyara kehidupan keluarganya tidak mencukupi
utk menanggung kos pembedahan Adrianana iaitu sebanyak RM 20,000.00

#AmanKampus 4 : Linangan Airmata Mengiringi Pemergian Mahasiswa Di Rumah Kenangan Cheng... @AmanKampus @NajibRazak @Saifuddinabd


Tersentak hati nurani Kulaan takkala melihat sekeping gambar yang diposting oleh sahabat Kulaan, Double Y merakam suasana pilu menyayat hati kesedihan warga Rumah Kenangan Cheng yang berderaian airmata ketika saat perpisahan berlaku.

Kegembiraan seketika dengan kehadiran kumpulan mahasiswa Jelajah Aman Kampus yang sudah pasti dapat mengubat sedikit kerinduan kepada keluarga yang tersayang sekalipun belum tentu ahli keluarganya masih menyayangi diri mereka sehingga tubuh badan tercampak di Rumah Kenangan Cheng.

Biar pun kehadiran mahasiswa ini cuma hanya seketik namun sedikit sebanyak dapat mengurangkan kerinduan yang terbuku jauh di lubuk hati. hati keibuan mana yang tak terusik pabila sudah saban tahun tiada yang hadir menjenguk bagi mengubat kerinduan hati nurani seorang tua.

Wednesday, 8 February 2012

#AmanKampus 3 : Sekitar Jelajah Di Lokasi Ketiga Air Keroh, Melaka... @NajibRazak @Saifuddin





Saudari Badriah sebagai wakil Aman Kampus
 memberi penerangan kepada yang hadir...

Saudara Saufi, YDP GPMS UTEM...

Kelab Chedet diwakili oleh Exco tertinggi 
kelab yang turut memberi penerangan serba sedikit...



barisan panel bergambar kenang-kenangan 
yang terdiri daripada wakil Kelab Chedet, 
GPMS, Aman Kampus dan wakil UTEM...

sebahagian besar daripada mahasiswa 
UTEM yang turut hadir memberi sokongan
 kepada Jelajah Aman Kampus...

sokongan jitu dan padu yang diberikan
 oleh mahasiswa terhadap program ini...

gabungan perbagai wakil pelajar 
yang turut hadir memberi sokongan 
kepada Aman Kampus...



Gila Bila Ada Yang Sanggup Beli Ferrari Buruk Berharga RM100 Juta!!!...


LONDON: Sebuah kereta Ferrari dijual dengan harga �20 juta (RM100 juta), menjadikannya kereta paling mahal di Britain.

Ia satu daripada 39 model kereta siri 250 GTO yang dibuat dari 1962 hingga 1964.

Kereta berkenaan dipercayai dijual oleh pengumpul kereta Ferrari, Jon Hunt yang membelinya pada 2008 dengan harga �15.7 juta, rekod dunia ketika itu.

Hunt yang mengasaskan agensi hartanah Foxtons sebelum menjualnya dengan harga �370 juta pada 2007, menjual Ferrari buatan 1963 itu pada harga �20.2 juta, mencatatkan keuntungan sebanyak �4.5 juta dalam masa hanya tiga tahun.

MB Kedah Letak Jawatan Dalam Masa Terdekat???...


Khabar angin bertiup kencang di negeri Jelapang Padi, Kedah Darulaman, bila dikatakan Menteri Besarnya Datuk Seri Azizan Razak akan meletak jawatan dalam masa terdekat dari sekarang.

Menurut sumber yang enggan disiarkan namanya, seorang rakannya memberitahu bahawa surat perletakan Azizan sedang disediakan dan beliau akan meletak jawatannya sebagai Menteri Besar dalam masa terdekat.

“MB Kedah nak letak jawatan…tunggu dalam masa terdekat,” kata sumber berkenaan.

Bagaimanapun, sumber tidak dapat memastikan kesahihan maklumat yang diperoleh dari Pejabat Menteri Besar itu, di Wisma Darulaman.

Azizan kini dihentam teruk oleh beberapa pemimpin Pakatan Rakyat ekoran isu penggantungan lima orang pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang dikatakan menyebelahi semangat AUKU yang disifatkan sebagai zalim oleh pemimpin gabungan parti pembangkang itu.

Taktik Terbaru Pakatan Pembangkang Wujud Unit Racuni Fikiran Masyarakat... @NajibRazak @TengkuAdnanReal


Barisan Nasional (BN) mendakwa parti pembangkang kini sedang berusaha untuk meracuni fikiran dan memecah belahkan masyarakat Malaysia di seluruh negara.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, usaha itu dilakukan pembangkang melalui penubuhan unit tindakan daerah mereka.

“Unit ini diasuh untuk memecah belahkan masyarakat. Mereka akan masuk dalam kawasan tertentu yang dianggap sebagai kawasan sasaran dan meracuni pemikiran rakyat di kawasan tersebut,” dakwanya.

Tuesday, 7 February 2012

Puaka Niring : Misteri Lagenda Pasir Tengkorak, Langkawi...


Satu lagenda tempatan ada menceritakan perihal raksasa laut atau air pusar yang telah menenggelamkan banyak kapal dan mencampakkan tengkorak mangsanya ke pantai.

Menurut satu lagenda lagi, satu pertempuran yang hebat di antara burung Garuda dan lagenda Jentayu berlaku di pulau berhampiran bernama Pulau Tarutao (pulau sempadan Siam/Thailand) mengakibatkan banyak nyawa terkorban. Jasad para pahlawan yang terkorban telah banyak di temui di pantai ini.

Secara faktanya pula, pada suatu ketika dahulu terdapat sebuah penjara di Pulau Tarutao. Walaupun ramai banduan yang cuba melarikan diri, ia sukar dilakukan kerana banyak jerung berkeliaran di perairan ini pada masa lampau. Yang gagal biasanya akan lemas atau dibaham jerung dan jasad mereka terdampar di sini.

Projek Jalan Raya Anak Kurau-Kamunting Bakal Ransang Sektor Ekonomi Setempat... @ZambryAbdKadir


Pembinaan jalan raya menghubungkan Kampung Anak Kurau dengan Bukit Jana, dekat Kamunting yang bernilai kira-kira RM75 juta dijangka mampu merangsang pembangunan ekonomi di daerah berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pihaknya menjangka fasa pertama projek berkenaan siap Januari tahun depan.

Dengan nilai perbelanjaan mencecah RM8.5 juta, ia membabitkan pembinaan jalan sejauh 2.5 kilometer.

#AmanKampus 2 : 'Aman Kampus' To Engage Students Nationwide... @NajibRazak @Saifuddinabd


KUALA LUMPUR: In the midst of recent debates surrounding university students' involvement in politics, 19 student non-governmental organisations will embark on a nationwide tour to engage with the public on national issues.

"Aman Kampus", an initiative by Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), plans to start the tour in the middle of this month to provide students an insight on government policies.

Aspirasi president Mohd Shahar Abdullah said they would visit 25 higher-learning institutions in two weeks.

"There will also be motivational talks, gotong-royong and educational forums with schoolchildren," he said yesterday.

Present were secretary-general of Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia Syed Anuar Syed Mohamad, Jaringan Melayu Malaysia president Azwanddin Hamzah and 1Malaysia Indian Student Movement president Mahaganapathy Dass.

Shahar said the tour would end with more than 16,000 students at a peaceful assembly, attended by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

DemangLebarDaun Sepatutnya Menyokong PapaGomo Menunjukkan Bukti Dan Bersumpah Supaya Anuar Reform Terbukti "Spy" Fuckatan!!!...


vs

Macam yang saya sebutkan sebelum ini, "isu pengkhianat dan musuh dalam selimut memang suatu isu yang berat. Dalam semua gerak kerja pilihan raya, termasuk gerak gempur dan memasang bendera dan poster pun kita kena berhati-hati, apa lagi dalam dunia perang siber yang penuh muslihat dan `kawan makan kawan'. Cuma macam yang saya pernah sebut, kita tidak mungkin tahu semua perkara dan semua perancangan. Ada perkara yang kita tidak perlu tahu pun. Apa yang penting, kita semua perlu fokus dengan tugas dan peranan kita dalam gerak kerja menghadapi PRU13 dan bekerja sebagai satu pasukan. Setiap sumbangan walaupun sekecil mana, tetap penting untuk UMNO dan BN."
Saya harap isu ini dapat diselesaikan dengan baik kerana baik Papagomo, mahupun Anuar Mohd Nor, kedua-duanya mempunyai peranan masing-masing dalam PRU13. Ambillah pengajaran dari firman Allah swt dalam Surah al-Hujurat. ayat 9-10, yang bermaksud: "Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah antara keduanya; jika salah satunya berlaku melampau terhadap yang lain, maka perangilah puak yang melampau itu sehingga mereka kembali mematuhi perintah Allah; jika mereka kembali patuh, maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang- orang yang berlaku adil. Sebenarnya orang- orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat"

Seperti yang pernah saya sebutkan di dalam blog ini, bermubahalah adalah salah satu cara untuk membersihkan nama kedua-dua pihak dari sebarang fitnah. Mungkin majlis bermubahalah ini dapat dilaksanakan secara tertutup di hadapan rakan-rakan blogger pro-BN supaya masalah ini dapat diselesaikan tanpa berbangkit lagi di masa hadapan. Mungkin Ustaz Fathul Bari dan beberapa orang pemimpin kanan UMNO boleh menjadi saksi kepada majlis ini. Marilah kita sama-sama doakan yang terbaik untuk UMNO dan perjuangan Agama, Bangsa dan Negara.
Sumber : TunFaisalDotCom


Kulaan rasa dalam isu PapaGomo vs Anuar Reform nie lebih kurang macam kes liwat Saiful Bukhari vs Anuar Ibrahim. Seorang menuduh seorang yang lain dan yang dituduh pula menafikannya. Tapi kes liwat Saiful Bukhari vs Anuar Ibrahim, isu pokoknya adalah pertuduhan "LIWAT". Dalam kes Papa Gomo vs Anuar Reform pula isu pokoknya ada tuduhan Anuar Reform sebagai perisik atau "spy". 


Dua isu yang jauh berbeza tapi konsepnya masih sama... "pertuduhan". Maka, ramailah blogger-blogger dalam dunia blogosfera ini mengeluarkan pendapat dan pandangan masing-masing sama ada menyokong pertuduhan atau membela yang dituduh. Bagi Kulaan, Kulaan melihat kedua-dua individu bukanlah calang-calang blogger di blogosfera nie. Seorang yang telah lama atau boleh dikatakan "otai" dan seorang lagi mungkin baru tapi "impaknya" telah menggegarkan negara dengan artikel-artikel pedas dan tepat serta paling "glamour" adalah pendedahan video seks Anuar Ibrahim yang memeningkan pembangkang sekarang nie.

#AmanKampus 1 : Kuala Pilah Lokasi Ke2 XPDC Selepas Putrajaya dan Tasik Titiwangsa... @NajibRazak @saifuddinabd

majlis perasmian Jelajah Aman Kampus yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Putrajaya , Datuk Seri Utama Tengku Adnan diperkarangan Masjid Putra, Putrajaya
Tengku Adnan melepaskan rombongan jelajah untuk ke distinasi kedua Tasik Titiwaqngsa dan seterusnya ke Kuala Pilah
ahli XPDC berehat seketika sementara menuju ke Kuala Pilah... dengan bangganya merentangkan banting sokongan mahasiswa kepada PM...

Monday, 6 February 2012

Palanivel Ambil Alih Jawatan Pengerusi MIC Perak... @ZambryAbdKadir


Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel mengambil alih jawatan pengerusi MIC Perak, berkuat kuasa serta-merta.

Palanivel berkata keputusan itu diambil bagi memperkukuhkan lagi kedudukan MIC di negeri tersebut.

“MIC negeri perlu menumpukan kepada pengukuhan bukan saja peringkat parti tetapi juga pengundinya,” katanya dalam kenyataan.

Bila Artis Sudah Berubah Menjadi Baik Tapi Terima Pelbagai Gelaran, Kita Patut Menyokong Mereka Bukan Menghina...


Dihina, diusik dan dilabel dengan pelbagai gelaran seperti ‘ustazah jadi-jadian’ selain dipulau rakan, saudara-mara dan adik beradik antara cabaran kehidupan empat artis ini selepas mendekatkan diri ke jalan Allah.

Pada zaman kemuncak mereka, siapa tidak kenal Catriona Noorhayati Ross Bahrain Ross (Cat), Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge) dan Zafri Nanarudin (Zaf VE).

Hikayat Moden : Pembangkang Jangan Baca Hikayat Ini Jika Tak Mahu Sakit Hati!!!...


SUASANA memang meriah di dalam bilik mesyuarat yang disewa di hotel Q itu. Di atas meja ada beberapa biji karipap yang belum diusik. Mungkin tidak diusik kerana menghormati pengerusi mesyuarat yang memang gemar makan karipap…

Sesekali suasana di bilik itu gamat dek kerana gurauan pengerusi dan ketawa yang dibuat-buat bagi membodek boss mereka itu.

Sebenarnya, mereka hadir setelah dipanggil boss mereka untuk bermesyuarat dan diberikan taklimat kepada para wakil rakyat. Lupa pula nak diberitahu, mereka merupakan wakil-wakil rakyat dari sebuah parti politik…

Sedang mereka bertepuk bertampar sesama sendiri, tiba-tiba telefon bimbit boss mereka berbunyi, menerima satu sms. Mungkin malas nak mencapai dan membaca sms tersebut, boss telah mengarahkan seorang “macainya” yang bernama Zulkifli Noordin (bukan nama sebenar!) untuk membuka dan membaca sms itu bagi pihaknya…

Sunday, 5 February 2012

Hutan Royal Belum Bakal Dipromosi Secara Agresif... @ZambryAbdKadir


Kerajaan Perak menerusi Perbadanan Taman Negeri Perak dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara sedang merancang dan meningkatkan usaha mempromosikan Royal Belum sebagai antara destinasi pelancongan utama dan bertaraf dunia, terutama ketika Tahun MelawatPerak tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata bagi menjayakan usaha itu, pihaknya sudah membincangkan semua aspek berkaitan termasuk kemungkinan memanjangkan landasan kapal terbang di Gerik.

"Landasan sedia ada hanya berukuran kira-kira 450 meter panjang dan ia perlu diperluaskan sehingga 700 dan 800 meter dan saya akan berbincang dengan pihak tentera (Kementerian Pertahanan) mengenai perkara ini."

Maulidur Rasul: Sejarah, Kontroversi Dan Sunnah...


Setiap tahun, seluruh umat Islam di negara ini menyambut hari kelahiran Rasul junjungan kita, Muhammad SAW, yang jatuh pada setiap 12 Rabiul Awal di tahun Gajah dengan mengadakan perarakan sambil bersalawat kepada Baginda.

Selain itu, turut diadakan majlis-majlis keagamaan seperti ceramah, bacaan Yaasin, tazkirah, dan sebagainya, memuji-muji kelahiran Rasulullah SAW yang telah menerangi kehidupan seluruh manusia sehingga ke akhir zaman.

Bukan saja di Malaysia, sambutan Maulidur Rasul juga disambut oleh umat Islam di seluruh dunia, tidak mengira sama ada di timur, barat, selatan atau utara.

Namun begitu, sambutan Maulidur Rasul sering dijadikan kontroversi di mana wujud kekhilafan pendapat atau fatwa dari para ulama dan pemerintah mengenai kewajaran umat Islam menyambutnya.

12% Rakyat Malaysia Sakit Mental???...


Tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan 2011 menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental.

Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr. Abdul Kadir Abu Bakar (gambar) berkata, statistik itu satu angka yang tinggi kerana menunjukkan seorang daripada enam rakyat negara ini ada penyakit mental.

"Macam kemurungan ada dua peratus, sakit risau ada 1.8 peratus dan psikosis ada satu peratus. Penyakit mental yang serius adalah macam psikosis dan kemurungan...penyakit keresahan itu pun kronik juga dan kemudiannya penyakit ringan-ringan lain," katanya ketika ditemui di sini."

Katanya, tinjauan Kajian Mobiditi dan Kesihatan itu juga mendapati wanita dua kali ganda lebih ramai mengalami sakit mental berbanding lelaki.

Di Mana Adik Nor Fitri??? Kepada Sesiapa Yang Terjumpa Sila Pulangkan Kepada Keluarganya...


Kulaan turut terpanggil untuk menyertai rakan2 blogger lain menyumbang inisiatif terhadap pencarian seorang kanak-kanak sindrom down bernama MOHD NOR FITRI BIN MARZUKI yang dilaporkan hilang sejak 22 JANUARI 2012.

Berikut adalah kronologi usaha kakak kepada adik Nor Fitri, NORAKMAR MARZUKI yang memohon pertolongan dan doa masyarakat 1MALAYSIA yang prihatin melalui laman Facebooknya:
Minta kerjasama semua rakan2 FB yang ader terjumpa/ternampak kanak2 di dalam gambar ini..sila laporkan/hantar kepada Balai Polis yg berdekatan.Untuk makluman kanak2 ini sindrom down.. kulit cerah dan badan agak berisi..Kanak2 ini telah hilang pada hari ahad (22 january) dan sehingga sekarang masih belum ditemui..Laporan polis telah dibuat dibuat.. Jika ader sebarang maklumat sila hubungi saya di number 013-3440366 Kerjasama anda semua amat kami hargai..Terima Kasih. -25/01/2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers