Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 10 February 2012

Betul Ka MB Kedah, Azizan Tidak Kisah Dipecat???... Kalo Berani Letak Jawatan Jer...


Umum sedia maklum betapa panasnya kerusi Menteri Besar Kedah.   Walaupun negeri Kedah dilihat berada dalam keadaan 'berhibenisasi' semenjak diambil alih oleh PAS, politik di Kedah tetap rancak dan bergelora.

Banyak yang diperkatakan tentang YAB Dato' Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah walaupun pada dasarnya, beliau sendiri tidak begitu banyak bercakap di media.  Kalau adapun, ia hanya berupa 'tengkingan' dan bukannya 'kenyataan' kepada media.

Tidak salah jika dikatakan bahawa Azizan adalah satu personaliti yang menarik untuk diperhatikan.  Beliau dikatakan tegas, bersih dan jujur dan rakyat menyokong beliau atas beberapa faktor ini.


Namun, rakyat Kedah tidak mampu menafikan bahawa Azizan tidak mampu mentadbir dengan baik.  Beliau tidak punya cukup pengetahuan dan pengalaman mengenai selok belok pentadbiran, pembangunan, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.   Kerana itu, beliau begitu mudah dimanipulasi dan dibohongi oleh orang-orang sekelilingnya.

Segala projek yang dicadang, dicanang serba tidak menjadi dan langsung tidak membawa apa-apa pulangan kepada Kedah.  Kulim Hi-Tech Park yang dulunya menjadi kebanggaan Kedah, atau 'lombong emas' negeri, kini tidak ubah seperti sebuah syarikat kecil serba kekampungan yang tidak berdaya maju, walaupun saban tahun menghabiskan beratus ribu wang menghantar pegawai 'bersiar-siar' di luar negara konon untuk menarik pelabur.

Selain itu, ahli-ahli politik PAS Kedah juga tidak mahu ketinggalan dari segi skandal sehingga melangkaui ahli-ahli politik UMNO yang kononnya seratus peratus korup dan kotor.   Skandal yang melibatkan wang anak-anak syarikat kerajaan termasuklah skandal dengan perempuan semuanya hebat diperkatakan oleh rakyat Kedah.

Pendek kata, selain dari beberapa papan tanda yang memaparkan tulisan jawi di serata Kedah, kita tidak nampak bagaimana negeri tersebut menjadi jauh lebih 'Islamik' dari dahulu.  Apa yang kita nampak ialah sebaliknya dengan pusat-pusat hiburan yang bercambah bagai cendawan tumbuh seolah-olah bersaing dengan Selangor dan Pulau Pinang.

Walaupun begitu, semua kelemahan ini tidak menghalang Azizan untuk bersikap angkuh dan bongkak sebagaimana pemimpin-pemimpin PAS yang lain.    Mungkin kerana beliau terlalu yakin yang beliau tidak boleh dijatuhkan.

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa Azizan adalah seorang Menteri Besar yang mempunyai paling ramai musuh.   Musuhnya berada di mana-mana iaitu di seberang jalan, di depan mata, di dalam lipatan, di dalam selimut malah di dalam keretanya juga.  Mereka ini datang dalam berbagai bentuk iaitu yang gila kuasa, gila wang atau rasis Cina dan extremis Islam.   Mereka ini pula menghantar 'perisik' dalam berbagai-bagai bentuk juga seperti ahli politik, ahli perniagaan, pemandu dan juga hantu..! untuk memantau Azizan.

Dengan pergolakan di dalam PAS masih belum reda akibat pemecatan Datuk Dr. Hassan Ali, ramai yang 'curiga' dengan pendirian Azizan kerana beliau diketahui sebagai antara yang agak rapat dengan Hassan Ali dan berkongsi perasaan yang sama terhadap golongan Anwaris atau parasit di dalam PAS.  Azizan, seperti juga Hassan Ali 'pantang' duduk dalam satu program dengan Anwar Ibrahim kecuali jika benar-benar terpaksa.   Dan seperti juga Hassan Ali, Azizan cukup 'berbulu' dengan Mahfuz dan juga Mat Sabu yang mereka anggap tidak layak dan tidak 'segak' untuk berada di dalam kepimpinan tertinggi parti.

Apabila Azizan mengambil sikap berlawanan dengan pendirian PAS mengenai  AUKU dan KUIN, ia merupakan petanda jelas bahawa Azizan sudah membawa haluan sendiri dan tidak lagi bersama-sama parti sepertimana yang dilakukan oleh Hassan Ali sebelum dipecat.  Tempelak pedas Azizan terhadap mahasiswa yang biadap, meletakkan Azizan sebagai 'pengkhianat' di mata PAS.

Tidak cukup dengan itu, Azizan juga secara terbuka menentang Buku Jingga yang digunapakai sebagai 'kitab rasmi' Pakatan Rakyat.    Penolakan ini bolehlah dianggap sebagai pengumuman keluar parti secara tidak rasmi.

Jika selama ini musuh-musuhnya cuba menjatuhkan Azizan secara halus, kini percubaan menjatuhkan beliau secara terbuka mula dijalankan.   Dua tiga hari lepas, kita dimomokkan dengan berita kononnya Azizan akan meletakkan jawatan.  Sebelum itu, kita telah beberapa kali diberitahu bahawa Azizan sakit tenat dan akan melepaskan jawatan tidak lama lagi.

Akibat dari pendirian kontroversi beliau terhadap isu AUKU dan Buku Jingga, tekanan ke atas Azizan diperhebatkan lagi oleh berbagai pihak di dalam PR, termasuk PAS sendiri.   Mereka mengharapkan agar Azizan meletakkan jawatan agar tidak perlu memecat beliau yang mana akan menggandakan risiko kehilangan sokongan Melayu terhadap PR.

Malangnya, roh Azizan adalah roh PAS dan kerana itu Azizan mempunyai perwatakan dan keperibadian yang sama takbur, degil, ego, bongkak dan angkuh seperti juga Nik Aziz, Hadi Awang dan kebanyakan pemimpin PAS yang lain.

Azizan dengan lantang mencebik "nak pecat, pecatlah…aku tak heran.."   Dan kata-kata ini diulang-ulang di hadapan berbagai pihak seolah-olah mencabar kepimpinan tertinggi parti.
Mungkin Azizan terlalu yakin yang rakyat akan tetap bersamanya.    Sedangkan hakikatnya rakyat Kedah sudah sedar apa itu PAS, apa itu DAP dan apa itu PKR.  Rakyat Kedah juga telah mengenali dengan baik siapakah Azizan.

Bagi rakyat Kedah, Azizan adalah seorang pemimpin PAS yang hanya pandai menghentam ketika belum berkuasa, tetapi haram tidak tahu berbuat apa-apa apabila sudah mendapat kuasa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers