Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday 26 December 2013

Lensa Niring : NGO Putrajaya Plak Serbu IPD Putrajaya Bantah Himpunan Gulingkan Kerajaan!!! @TengkuAdnanReal @tunfaisal





Raifal Kalashnikov Sepatutnya Alat Untuk Bertani, Kata Penciptanya...


Moscow – Mikhail Kalashnikov mulanya mahu mencipta alat pertanian sebelum menghasilkan raifal AK-47, senjata api paling popular dunia.

Pertumpahan darah ketika Perang Dunia apabila tentera Nazi Jerman menyerang Soviet Union menjadi punca beliau mengubah cita-cita awal menjadikannya terkenal seperti nama satu lagi senjata api, pistol Smith, Wesson dan Colt.

Bentuk unik raifal 'Kalashnikov' kerap boleh dilihat di bendera atau cenderamata.

Kalashnikov meninggal dunia kelmarin pada usia 94 tahun di sebuah hospital di Izhevsk, ibu kota Republik Udmurtia, kata jurucakap kerajaan, Viktor Chulkov.

Punca kematian tidak diterangkan. Kalashnikov masuk hospital untuk rawatan kesihatan tidak diketahui lebih sebulan lalu.

Tidak terkesan

Kalashnikov sering berkata, beliau tidak terganggu dengan ciptaannya itu yang menyebabkan kematian.

"Saya tidur nyenyak. Ahli politik yang perlu dipersalahkan kerana gagal mencapai persetujuan dan memilih keganasan," katanya kepada media pada 2007.

AK-47 atau 'Avtomat Kalashnikov' dan sejak dikeluarkan adalah senjata api paling laris kerana digunakan gerila, pengganas dan askar banyak negara. Ada kira-kira 100 juta AK-47 di seluruh dunia.

Meskipun tidak begitu menepati sasaran, bentuk dan kelasakannya menyebabkan ia disukai ramai kerana boleh digunakan dalam suasana sejuk atau panas.

"Ketika Perang Vietnam, tentera Amerika akan membuang raifal M-16 untuk mendapatkan AK-47 dan pelurunya daripada mayat askar Vietnam," kata Kalashnikov pada Julai 2007 di majlis menyambut ulang tahun ke-60 senjata itu.

Kesesuaiannya dalam perang di hutan dan padang pasir menyebabkan dipilih pemberontak Dunia Ketiga disokong Soviet Union untuk mengedarkannya secara meluas dan memberi lesen kepada 30 negara lain.

Status raifal itu di kalangan penyokong revolusi dan kemerdekaan paling ketara di Mozambique yang meletakkan dalam bendera negara berkenaan.

Kalashnikov dilahirkan dalam keluarga petani di Siberia dan mula bekerja sebagai kerani.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 25 December 2013

Puaka Niring : Misteri Ikan Terdampar Di Lahad Datu Bukan Kerana Gempa???


Jabatan Meteorolgi Malaysia tidak mengesan sebarang pergerakan kerak bumi di sekitar Lahad Datu, yang dikaitkan dengan fenomena ribuan ikan tamban terdampar di pantai Kampung Tambisan Tungku, pagi semalam.

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Sabah, Abdul Malek Tussin berkata berdasarkan sistem amaran awal tsunami, keadaan dasar laut di kawasan berkenaan juga seperti biasa.

Bagaimanapun jabatan ini tetap memantau pergerakan kerak bumi terutama di dasar laut di kawasan terbabit.

Sementara itu Pengarah Jabatan Perikanan Sabah Datuk Rayner Stuel Galid berkata kejadian tersebut merupakan kali pertama berlaku di Sabah.

"Selalunya ikan tamban ini berada di tengah laut, jarang di tepi pantai," katanya.

Beliau berkata pihaknya telah menghantar pegawai ke kawasan berkenaan bagi melakukan siasatan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Supt Mat Shamsuddin pula berkata pasukan keselamatan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk bencana alam.

Dalam kejadian 8 hingga 9.30 pagi itu, ribuan ikan tamban seolah-olah naik ke darat dan menarik perhatian masyarakat setempat dengan ada antara mereka menganggap fenomena tersebut sebagai petanda bencana alam seperti tsunami.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jangan Baca!!! Menyingkap Kisah Tukang Gantung Di Jabatan Penjara Malaysia…


"Hukuman Gantung".

Mendengarnya sudah cukup menggerunkan. Bagaimana pula kalau bertugas sebagai tukang gantung? Bagi Samuel (bukan nama sebenar), sepanjang "tugas khas"nya sebagai tukang gantung hampir 20 tahun, beliau terlibat atau menjalankan sendiri penggantungan 103 orang banduan, lelaki dan wanita termasuk kes-kes berprofil tinggi di Penjara Pudu, Penjara Kajang dan Penjara Taiping. Tugasnya terkini ialah warganegara Nigeria, kira-kira tiga tahun lepas akibat kesalahan dadah.

"Bukan mudah nak mengambil nyawa orang", ujar pegawai penjara berpangkat Timbalan Penguasa yang berusia 48 tahun itu dan telah berkhidmat selama 30 tahun dengan Jabatan Penjara Malaysia. Sepanjang kira-kira dua jam perbualan, Samuel banyak berkongsi pengalaman dan pengetahuannya tentang hukuman gantung serta pelaksanaannya. Beliau adalah generasi ketiga dalam keluarganya bekerja sebagai pegawai penjara kerana ayah dan datuknya juga pernah berkhidmat dengan Jabatan Penjara Malaysia.

BUKAN GLAMOR

Samuel menganggap tugas khas yang dilakukannya hanya sebagai satu tugas dan sudah tentunya bukan "tugas glamor". 

"Saya suka tugas yang mencabar. Di dalam penjara ini, ada dua jenis kerja yang mencabar iaitu tukang sebat dan tukang melaksanakan hukuman gantung. Kalau kita boleh buat dua kerja tu, maknanya kita telah sampai ke peringkat akhir, kalau belajar telah sampai ijazah kedoktoran," kata Samuel.

Ada satu sifatnya yang diberitahu yang mungkin memberi kelebihan untuknya menjalankan tugas khas iaitu sejak kecil, dia tidak boleh menangis dan dia dengan mudah boleh mengatasi perasaan sedih. Seperti katanya,"nak buat kerja tugas khas ni, tak boleh ada rasa kasihan dan tak boleh cakap besar."

PEMILIHAN RAPI

Ramai pegawai penjara yang ingin menjalankan tugas khas ini tetapi prosesnya bukan mudah.
Yang memohon juga hanya mempunyai satu peluang, sekali ditolak, mereka tidak boleh memohon lagi. Menurut Samuel, jika 30 yang memohon dan mencuba, akhirnya yang tinggal mungkin tiga atau empat orang sahaja dan ada kalanya tiada langsung.

"Sebelum dipanggil temuduga, rekod kerja kita akan diteliti, kedudukan kewangan kita juga penting. Nak buat tugas ini, fikiran tak boleh berserabut. Pandai menyimpan rahsia juga amat penting kerana pegawai yang melaksanakan tugas ini ada kalanya mendapat tahu mengenainya seminggu lebih awal," jelas Samuel.

Beliau sendiri diperhalusi "sifu-sifu"nya sebelum dibawa masuk ke bilik gantung.

" Hukuman gantung ini bukan ada tiap-tiap hari. Kadang-kala satu tahun ada satu atau tiga kali sahaja. Masa itulah kita akan dibawa sama untuk berada di dalam bilik gantung. Kalau mereka tengok kita OK, baru mereka akan beri penjelasan lanjut. Kita bukan ada kelas khas, banyak praktikal dan latihan sambil kerja," jelasnya.

TAHUN-TAHUN AWAL

Samuel yang mula menjalankan tugas khas ini semasa beliau di Pulau Jerejak di mana beliau juga menjalankan tugas sebat berkata kesempurnaan kerja bukan boleh dicapai semalaman.
Pada tahun-tahun awal dipilih untuk menjalankan tugas khas ini, beliau hanya sekadar memerhatikan hukuman dijalankan.

Tuesday 24 December 2013

Puaka Niring : Misteri Ikan Melompat Di Pantai Lahad Datu Tanda Tsunami???


Gambar-gambar ini dikirimkan oleh sahabat dalam wassap mengenai kejadian aneh yang berlaku di pantai Lahad Datu.

Sekadar Perkongsian!

Subhanallah! Ikan Kecil-kecil menyelamatkan diri ke pesisir pantai Tambisan, Lahad Datu, Sabah.

Kejadian ini berlaku di tepi pantai Tambisan pada pagi 24/12/2013 ..

Difahamkan kejadian ini bukanlah pertama kali berlaku dan pernah sudah beberapa kali berlaku akibat apabila musim ikan besar mendarat di perairan Tambisan makan ikan yang kecil-kecil ini akan ke tepian pantai untuk menyelamatkan diri daripada mangsa buruan ikan-ikan besar.


Lahad Datu: Penduduk di Kampung Tembisan Darat, gempar apabila ribuan ikan 'naik' ke darat dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi tadi.

Panas!!! Genap 10 Tahun Pembunuhan Noritta… Siapa Pembunuhnya Yang Sebenar???


Tahun ini genap 10 tahun pembunuhan Allahyarham Noritta Samsuddin.

Kes Noritta menjadi berita hangat pada tahun 2003 apabila mayatnya ditemui dalam keadaan berbogel dan kematiannya disahkan berpunca akibat lemas setelah mulutnya disumbat dengan dua helai tuala muka.

Selain itu, kedua-dua tangannya terikat ke belakang dengan coli hitam begitu juga kedua-dua belah kakinya turut diikat dengan wayar elektrik hitam, segumpal tisu basah mengandungi air mani turut dijumpai dalam bakul sampah di biliknya.

Setelah melalui pelbagai proses perbicaraan yang mengambil masa lima tahun lamanya, tertuduh kes itu, Hanif Basree Abdul Rahman dibebaskan daripada pertuduhan membunuh pegawai eksekutif pembangunan perniagaan itu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan tidak bersalah yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Panel lima hakim terdiri Datuk Arifin Zakaria, Datuk Nik Hashim Ab.Rahman, Datuk Hashim Yusoff, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Tan Sri Zaki Tun Azmi sebulat suara menolak rayuan pihak pendakwaan untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Hanif.

Hanif dituduh membunuh Noritta, 22, di No D71, Kondominium Puncak Prima Galleria di Sri Hartamas, Kuala Lumpur, antara 1.30 pagi dan 4 pagi pada 5 Dis, 2003.

Sunday 22 December 2013

Gempar!!! Gambar-gambar Letupan Bom Di Danmok Thailand Hari Ini!!!!





Ini gambar-gambar yang baru gua terima dari seorang sahabat blogger aktivispendangjr.blogspot.com melalui wassap pasal kejadian pengeboman di pekan Dannok Thailand yang dikatakan berlaku tengahari tadi sekitar jam 12.08 tengahari. 

Maklumat terkini akan gua kongsikan dalam entri seterusnya....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers