Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday 24 December 2013

Puaka Niring : Misteri Ikan Melompat Di Pantai Lahad Datu Tanda Tsunami???


Gambar-gambar ini dikirimkan oleh sahabat dalam wassap mengenai kejadian aneh yang berlaku di pantai Lahad Datu.

Sekadar Perkongsian!

Subhanallah! Ikan Kecil-kecil menyelamatkan diri ke pesisir pantai Tambisan, Lahad Datu, Sabah.

Kejadian ini berlaku di tepi pantai Tambisan pada pagi 24/12/2013 ..

Difahamkan kejadian ini bukanlah pertama kali berlaku dan pernah sudah beberapa kali berlaku akibat apabila musim ikan besar mendarat di perairan Tambisan makan ikan yang kecil-kecil ini akan ke tepian pantai untuk menyelamatkan diri daripada mangsa buruan ikan-ikan besar.


Lahad Datu: Penduduk di Kampung Tembisan Darat, gempar apabila ribuan ikan 'naik' ke darat dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi tadi.


Fenomena pelik itu menyebabkan beberapa penduduk mengambil kesempatan mengaut ribuan ikan tamban yang terdampar di pantai kampung terbabit. Menurut sumber Jabatan Meteorologi, fenomena itu adalah yang pertama kali berlaku di kawasan itu dan menafikan dakwaan bakal berlaku tsunami.

Bagaimanapun, pihaknya akan memantau situasi berkenaan dan orang ramai dinasihati supaya tidak panik kerana tiada sebarang petanda berlaku tsunami dikesan ketika ini. Semalam, jabatan terbabit mengesahkan berlaku kejadian gempa bumi berukuran 5.7 skala Ritcher di kepulauan Mariana pada jam 5.12 petang yang berpusat di timur laut Tagum,Filipina, kira-kira 2,842 kilometer dari timur laut Kinabatangan, Sabah


Nota Kaki : Bagi kita yang jarang melihat kejadian pelik seperti ini pastinya akan timbul perasaan gusar dan takut dan sering mengaitkan dengan kemungkinan perkara negatif. Usah kita berperasangka .. Sesungguhnya Allah maha berkuasa ... Yakinilah bahawa semuanya berada dalam pengetahuan dan perhitungan Allah s.w.t. Hati kita hendaklah dipenuhi keyakinan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers