Jadilah Sahabat Kulaan...

peluang untuk anda masyuk!!!

Saturday, 6 August 2011

Eksklusif : Malaysiakini Bayar Untuk Maklumat Kepada Kakitangan JPN?


Siapa yang tidak Amanah Cekap dan Mesra?
Sekali lagi Kulaan cuba untuk merungkaikan persoalan berhubung dengan isu Mismah ini. Nama Mismah tidak akan meletup jika tiada maklumat rahsia JPN yang mengalir keluar dari sistem. Kalau diteliti secara terperinci, kita boleh lihat setiap proses yang berlaku diterangkan secara “detail” dan sistematik. Adakah Malaysiakini telah membayar kakitangan JPN agar membocorkan maklumat penting. Jika ini berlaku, kakitangan tersebut boleh disumbat ke dalam tahanan melalui Akta ISA kerana mebocorkan maklumat rahsia kerajaan. Tapi siapakah individu tersebut? Sekali lagi Kulaan berharap Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Malaysia, Y. Bhg. Datin Jariah binti Mohd Said dapat mencari dengan sesegera mungkin “Musang Berbulu Ayam” yang menyebabkan JPN pening seketika bila isu Mismah ni diperdebatkan di ruang siber malahan sudah masuk surat khabar.
Dari mana maklumat ini bocor?

Siapakah yang akan membuat laporan polis berkenaan kebocoran maklumat oleh kakitangan JPN ini? Adakah laporan perlu dibuat oleh pihak JPN sendiri atau orang luar yang tiada kaitan langsung? Kulaan masih menunggu dengan penuh sabar untuk melihat sendiri “Pengkhianat Negara” ini. Amaran kepada “Pemberi Maklumat” kepada Malaysiakini agar berhati-hati jangan sampai Kulaan jumpa di Putrajaya jika maklumat itu bocor di ibu pejabat JPN yang sudah tentu terletak di Putrajaya. Jika maklumat ini bocor dari ibu pejabat bermakna ia berlaku di depan mata Ketua Pengarah Pendaftaran sendiri. Secara tidak langsung ia boleh menjejaskan kredibiliti Ketua Pengarah sehingga perkara ini menjadi isu nasional. Jika Ketua Pengarah tidak mampu melaksanakan tugasnya dengan baik, seharusnya diganti dengan orang lain yang lebih bertanggungjawab. Bukan niat Kulaan hendak menutup periuk nasi beliau tetapi sebagai rakyat yang menyokong kerajaan, Kulaan rasa ada sedikit hak untk bersuara.

Kulaan : kinak amon akuk tahaga kao tampariku muhak ilah warik...

Apa Beza Antara Pendaftaran Dengan Pemutihan?

Masyarakat di negara ini sering kali disajikan dengan isu-isu berkaitan salahlaku dan jenayah yang melibatkan orang luar terutama mereka yang dipanggil “Pekerja Asing” atau “Pendatang Asing Tanpa Izin” (PATI). Media perdana acapkali menayangkan berita kes-kes jenayah yang dilakukan oleh mereka lantas masalah ini seringkali dikaitkan dengan kelemahan pihak kerajaan terutama Polis dan KDN dalam membendungnya. Hasilnya, langkah pro-aktif yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah dengan melaksanakan “Program 6P”.
Program 6P adalah singkatan bagi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin. Ia adalah satu pakej program yang menggabungkan beberapa syor yang dikemukakan oleh Makmal Pengurusan Warga Asing (MPWA) sebagai pendekatan terkini oleh Kerajaan untuk memantapkan pengurusan warga asing di Malaysia. Angka enam (6) pada nama Program 6P itu membawa maksud kepada enam peringkat pelaksanaan yang akan digerakkan sepanjang tempoh program ini, bermula dengan PENDAFTARAN, PEMUTIHAN, PENGAMPUNAN, PEMANTAUAN, PENGUATKUASAAN dan PENGUSIRAN.

Apa yang kita faham tentang isu “Pendaftaran” dan “Pemutihan” yang berkait dengan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dengan pekerja asing yang mempunyai permit asing.

PERINGKAT 1: PENDAFTARAN

Pada peringkat ini, proses pendaftaran akan dilaksanakan untuk tujuan mendaftarkan pebdatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia, dan menerusi kaedah ini, Kerajaan berpeluang mendapatkan maklumat majikan PATI, selain rekod peribadi serta data biometrik PATI yang merupakan elemen teras bagi rasional pelaksanaan program ini. Tindakan ini selari dengan inisiatif Kerajaan untuk mewujudkan pangkalan data komprehensif bagi setiap warga asing di Malaysia, sekali gus membolehkan proses pemantauan dilaksanakan secara lebih berkesan, termasuklah usaha membabitkan penyelesaian dalam menangani isu pemalsuan identiti serta dokumen yang selama ini mudah dipalsukan akibat tiada rekod biometrik.

PERINGKAT 2 : PEMUTIHAN

Pada peringkat ini, setiap PATI yang telah berdaftar menerusi program ini akan dikenal pasti jika wujud keperluan untuk mengekalkan mereka dalam sektor tertentu yang mempunyai penawaran kekosongan kerja membabitkan pekerja asing. Jika hasil pertimbangan mendapati PATI yang terbabit sesuai untuk mengisi kekosongan tersebut, maka mereka akan diputihkan dan seterusnya dijadikan pekerja asing yang sah dengan senarai majikan yang berdaftar. Bagaimanapun, proses pemutihan ini hanya akan dipertimbangkan untuk sektor serta negara sumber yang tersenarai dalam dasar penggajian pekerja asing dan yang pernah diberikan kebenaran khas kerajaan termasuk sub-sektor yang sedang dibekukan. Pada masa yang sama, proses pemutihan ini juga akan mengambil kira kelayakan majikan berdasarkan keperluan semasa mengikut sektor dan sub-sektor yang akan ditentukan oleh kementerian/agensi kawal selia.

PERINGKAT 3 : PENGAMPUNAN

Pada peringkat ini PATI yang tidak tersenarai untuk diputihkan, atau PATI yang secara sukarela memilih untuk pulang ke negara asal mereka masing-masing akan diampun dan dibenarkan pulang atas kos sendiri tanpa dikenakan sebarang bentuk tindakan. Bagaimanapun, pengampunan ini hanya terhad kepada PATI yang melakukan kesalahan imigresen sahaja.
 
PERINGKAT 4 : PEMANTAUAN

Pada peringkat ini, naziran ke premis-premis majikan seluruh negara akan dilakukan untuk memberi nasihat kepada majikan, selain pada masa sama menerangkan implikasi tindakan undang-undang sekiranya mereka didapati melindungi pekerja berstatus PATI yang tidak berdaftar dengan Program 6P. Antara lain, majikan serta PATI yang berkenaan boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 (Pindaan 2010) dan Akta Imigresen 1959/63 yang boleh membawa kepada hukuman denda sehingga RM1 juta.

PERINGKAT 5 : PENGUATKUASAAN

Pada peringkat ini, operasi penguatkuasaan bersepadu akan dilaksanakan secara besar-besaran dan digerakkan dengan tujuan untuk mengesan serta menangkap PATI serta majikan yang dikenal pasti masih melakukan kesalahan imigresen.

PERINGKAT 6 : PENGUSIRAN

Di peringkat terakhir ini, PATI yang telah ditangkap melalui operasi penguatkuasaan bersepadu akan dikenakan tindakan undang-undang sebelum diusir keluar dari Negara ini. Oleh kerana kos bagi proses pengusiran ini ditanggung menggunakan peruntukan Kerajaan, maka setiap PATI yang diusir akan turut sama disenaraihitamkan daripada kebenaran untuk masuk semula ke negara ini.

Program 6P dilaksanakan atas dua rasional seperti berikut:

I.      RASIONAL KESELAMATAN
a.    Bertujuan mendapatkan data serta biometrik pendatang asing tanpa izin di Negara ini, sekali gus juga mendapatkan statistik jumlah mereka di Malaysia;
b.   Bertujuan memantapkan pengurusan warga asing di negara ini, termasuklah kawalan keluar masuk yang sekali gus juga membolehkan lokasi penempatan mereka dikenal pasti;
c.  Bertujuan membuang persepsi negatif rakyat terhadap Kerajaan yang cenderung disalah anggap sebagai tidak bertindak tegas terhadap PATI;
d.  Bertujuan membolehkan pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang dilakukan secara besar-besaran untuk tujuan mengurangkan bilangan PATI di Negara ini. Tindakan ini sekali gus juga bertujuan mengekang perkembangan jenayah yang membabitkan PATI.

II.    RASIONAL INDUSTRI
a.   Bertujuan menangani masalah kekurangan tenaga kerja dalam sektor tertentu dengan menukar status tidak sah pekerja asing tanpa izin di Negara ini bagi diagih dan ditempatkan bekerja dengan senarai majikan yang berdaftar;

Friday, 5 August 2011

Isu Pemutihan : Kenyataan Media Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan)


Dato' Alwi Ibrahim




Dato’ Alwi bin Ibrahim
Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan)
Dasar dan Imigresen
Kementerian Dalam Negeri (KDN)






Makluman Pendaftaran Hari Pertama Program 6P
2 Ogos 2011

1.    Sejumlah 14,801 pekerja / pendatang asing tanpa izin (PATI) didaftarkan menerusi 197 pejabat Imigresen dan 336 syarikat pengurus seluruh Semenanjung Malaysia pada hari pertama pendaftaran Program 6P yang bermula 1 Ogos 2011.

2.    Berdasarkan pecahan mengikut negeri, Selangor mencatatkan jumlah pendaftaran PATI paling tinggi iaitu 4,066; diikuti Pahang 1,655; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1,461; Negeri Sembilan 1,343; Perak 1,164; Johor 999; Pulau Pinang 851; Kedah 674; Kelantan 472; Melaka 373; Terengganu 346; Perlis 155 dan Wilayah Persekutuan Labuan 21.

3.    Berhubung statistik terkumpul bagi Program Pendaftaran Pekerja Asing Sah, sehingga 1 Ogos 2011 sejumlah 733,904 telah direkodkan berdaftar menerusi pejabat Imigresen, atau 61 peratus daripada keseluruhan 1.2 juta pekerja asing sah di negara ini (tidak termasuk sektor pembantu rumah).

4.    Sementara itu, Sabah yang telah memulakan pendaftaran PATI lebih awal bermula 18 Julai lalu telah merekodkan 137,217 jumlah pendaftaran. Usaha ini akan diteruskan di negeri ini sehingga 8 Ogos depan.

5.    Untuk Sarawak yang mula mendaftarkan pekerja asing sahnya bermula Isnin (1 Ogos 2011), sehingga tamat operasi semalam, sejumlah 8,311 direkodkan menerusi 28 kaunter Pejabat Imigresen di 11 Bahagian seluruh Sarawak.

Kulaan : Kenyataan media ni lambat Kulaan keluarkan kerana ada isu lain yang lebih penting harus diuruskan. Walau bagaimanapun, inilah data sebenar berkenaan dengan isu Pendaftaran pekerja sah di Malaysia setakat ini. Tujuan utama KDN membuat pendaftaran agar kerajaan mempunyai data dan statistik yang tepat untuk penyusunan sumber manusia dengan lebik efektif.

Eksklusif : Isu Mismah – Siapa Staf JPN Bocor Maklumat Rahsia

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara
Y. Bhg. Datin Jariah binti Mohd Said
Semenjak dua menjak ni heboh di alam maya pasal si Mismah. Siapakah Mismah ni sampai begitu glamour nama dia. Angkara siapa sebenarnya sehingga isu Misnah “Boom” kat ruangan maya. Bagaimana maklumat rahsia Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh sampai ke tangan Malaysiakini. Siapakah staf JPN yang mengkhianati JPN ini dengan sogan “Amanah Cekap Dan Mesra”. Bukan isu Mismah Kulaan rasa penting tetapi isu siapakah kakitangan JPN yang membocorkan rahsia setelah beliau berjanji menyimpan kerahsiaan dengan menandatangani “AKU JANJI”. Kerajaan sepatutnya menyiasat bagaimana maklumat terperinci sehingga “exercise” 4 jam pun boleh bocor ke tangan mereka yang tidak sepatutnya. Kulaan rasa Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Malaysia, Y. Bhg. Datin Jariah binti Mohd Said harus mengambil berat dan serius tentang masalah ini. Kulaan rasa sebagai ketua jabatan, Datin Jariah binti Mohd Said harus mengambil tindakan pantas dan proaktif bagi mencari siapakah kakitangannya yang membocorkan maklumat tersebut jika beliau tidak mahu dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan atas masalah yang ditimbulkan dijabatannya.
Siapa dalang di JPN ini?
Kulaan malas nak cerita banyak pasal si Mismah ni sebab dah banyak artikel Mismah dikeluarkan oleh blogger-blogger kat alam maya ni. Yang Kulaan nak “highlight”kan adalah tidak banyak artikel yang blogger keluarkan mencari siapa “Petualang Negara” yang membocorkan maklumat tersebut. Kita harus cari siapa “Musang Berbulu Ayam” yang cuba merosakkan dan mengkhianati negara. Kakitangan kerajaan seharusnya lebih amanah dalam memikul tanggungjawab yang telah diberikan. Jawapan Kulaan amat mudah, “Kalau tidak suka dengan kerajaan sekarang berenti ja kerja dengan kerajaan yang dibenci mereka”.
Wartawan Malaysiakini yang salah maklumat...
Kuek Ser Kuang Keng, wartawan Malaysiakini ni pulak harus disiasat oleh pihak polis bagi mencari siapakah yang menjadi pemberi maklumat palsu tersebut. Siapakah orang dalam JPN yang menjadi BARUA Malaysiakini ini? Polis harus siasat sehingga identiti individu tersebut terbongkar.

Thursday, 4 August 2011

“Namewee” Buar Onar Lagi Di Youtube….


7 Ogos 2007 nama mamat nie tersohor satu malaya apabila dia buat gempar menghina lagu “Negaraku”. Korang tengok ler sendiri lirik dia… sedap hati dia jer… rasa mau Kulaan cari mamat nie pegi hentak jer… tapi kalo korang semangat “Kemelayuan” nipis senipis kulit bawang,  mesti korang tak rasa apa-apa…




Tahun nie mamat nie buat peel lagi… sedap hati dia jer nak jumpa PM pakai Youtube… dah la ko hina kami orang Melayu pastu ko nak jumpa PM plak minta sponsor ko buat filem…  filem yang ko buat tur penuh dengan “Black Propaganda” dan ada “Hidden Agenda”… nie antara contoh penghinaan secara halus yang ko buat Namewee melalui dialog yang ada mesej tersirat…

Minit 0.02            Minit 1.59
Minit 0.10            Parlimen… Parlimen…
Minit 0.31            Deputy Minister Madam Heng told me that I am able to get back the tax
                             rebate…
Minit 0.41            1 Malaysia will not fool on me…
Minit 0.34            will not fool on me…
Minit 1.59            Another election coming up in Johor, BN will definitely give goodies
Minit 3.52            when we grow up, we must shoot a Mandarin movie
Minit 4.19            bro, they broke their promise again and claimed that your movie is not a 
                             local movie. No rebate for you!
Minit 4.27            well. Shooting A Mandarin film in this country we should have foreseen that! If
                             we are able to get back the money! I POTONG!!!!!!
Minit 4.57            there’s no fairness here…
Minit 5.15            already 53 years… (lihat dekat dinding selepas orang menaiki basikal lalu –
                             1 sapu Malaysia…
Minit 5.22            we never receive equal  treatment…
Minit 5.31            for how long we shall endure this?
Minit 5.40            we love our country…
Minit 5.46            but, does the country love us? 



Ini baru sikit klip movie dia… kalo tengok satu filem mesti penuh dengan provokasi untuk BANGSA MELAYU yang dibuat oleh mamat tak sedar diri nie… eeerrrggg geram rasa Kulaan… kalo ikut kan hati nak menyumpah seranah macam mamat nie dok buat tapi hari nie posa ler… Astagfirrullah…
muka nampak baik tapi hati busuk

muka tanpa rasa bersalah... ini yang dikatakan sayangkan Malaysia...

filem "Nasi Lemak 2.0" sama macam "Bersih 2.0" ada agenda tersirat...

kali ini tiada maaf bagimu...
Kulaan rasa mamat nie nak buat filem bukan untuk orang tempatan sangat tapi apa impak dan kesannya kalo filem ini ditayangkan di luar negara terutama negara yang mempunyai penduduk berbangsa cina. Mamat nie memang nak buat filem untuk menunjukkan kepada dunia luar berkenaan benda yang buruk tentang kerajaan.

Edisi Terjah : Kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Berkenaan Program 6P & Biometrik



Soalan : Boleh Datuk Seri jelaskan secara terperinci mengenai Program 6P & Biometrik?

Datuk Seri Hishammuddin

“Kita perlu laksanakan dengan segera sebab dokumen-dokumen perjalanan bukan sahaja boleh dipalsukan, tetapi ada pihak  yang boleh dapatkan yang tulen. Misalnya ada kes di mana seorang pengganas ada dokumen tulen dengan gambar, tetapi guna nama yang lain di atas pasport. Sukar kita pastikan siapa dia dengan mata kasar. Tetapi bila ada biometrik, mereka ini boleh dikesan."

"Kita lakukan ini  untuk menjaga nama baik negara kita. Alhamdullillah, kita bernasib baik sebab keadaan ekonomi negara kita masih baik dan negara aman. Sedangkan warganegara asing yang hendak datang ke sini terpaksa jual rumah dan gadai macam-macam. Sampai di sini, mereka dilayan dengan buruk, dijual dan sebagainya. Bayangkanlah jika warganegara Malaysia dilayan macam tu di luar negara. Selain nak jaga nama baik,  kita juga lakukan ini atas dasar kemanusiaan sebab tak mau sindiket mengambil kesempatan.”

Soalan : Dilaporkan Program Pendaftaran tidak berjalan dengan begitu lancar pada hari pertama. Apa komen Datuk Seri?

“Memang ada beberapa tempat yang mengalami beberapa masalah, tetapi secara keseluruhannya di seluruh negara program ini berjalan dengan lancar. Ini adalah satu “exercise” yang besar. Jika kita anggarkan pekerja yang sah ada 2 juta, dan andaian bahawa bagi setiap pekerja yang sah ada dua PATI, maka jumlah keseluruhan sudah 6 juta. Jumlah ini begitu ramai dan mungkin kita tidak sedar. Masalah ini sudah lama, cuma sebelum ini tidak ada penyelesaian yang baik. Tapi sekarang sudah ada iaitu melalui Program 6P termasuk penggunaan Biometrik. Walau bagaimana pun, dengan jumlah 6 juta warga asing ini, masalah ini tidak boleh diselesaikan dalam satu malam.”
Program 6P
Soalan : Apa matlamat akhir yang hendak dicapai oleh KDN melalui Program 6P ini?

“Melalui Program 6P dan Biometrik ini, tentunya matlamat yang paling utama adalah untuk memastikan keselamatan negara. Keduanya, seperti saya sebutkan tadi kita ada matlamat kemanusiaan agar mereka ini tidak dianiayai oleh mana-mana pihak terutama sindiket. Yang ketiga, kita boleh menguruskan guna tenaga dengan lebih efektif. Dengan Program 6P, kita boleh mengenalpasti keperluan pekerja asing dalam industri yang benar-benar memerlukan mereka. Jadi penempatan pekerja asing dapat dilakukan dengan tepat tanpa menjejaskan peluang pekerjaan rakyat tempatan."

"Itu dalam keadaan negara kita aman. Kalau keadaan negara kita teruk, Na’uzubillah, kemungkinan besar mereka tidak akan balik ke negara asal. Sebab mungkin mereka ada masalah lain di negara asal termasuk masalah hutang dan sebagainya. Jika mereka terus tinggal di sini, kita takut mereka akan menimbulkan masalah-masalah sosial termasuk jenayah. Tanpa Biometrik, kita tidak mungkin dapat mengesan mereka.
Bagi saya, saya tidak saya tidak melihat soal jangka pendek dalam masalah warga asing ini tetapi masalah yang jauh lebih besar di masa depan jika kita tidak melaksanakan Program 6P ini dengan segera.”
Inilah sebahagian daripada penerangan yang diberikan oleh Datuk Seri Hishamuddin berkaitan isu “Pemutihan” yang heboh diperkatakan sama ada melalui media perdana atau di alam maya. Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Hishammuddin kerana dengan BERANI memperkenalkan satu polisi atau program baru iaitu satu tindakan untuk membersihkan masalah PATI yang sudah bertahun-tahun tidak selesai berpunca dari pengurusan yang tidak cekap sebelum ini yang menjadi topik hangat masyarakat Malaysia. Hasil idea Datuk Seri Hishammuddin ini juga secara tidak langsung dapat menghalang syarikat-syarikat sindiket serta individu yang mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit dengan memperdagangkan manusia.

Tuesday, 2 August 2011

Siri 2 : Siapakah DAP sebenarnya?

Keris ingin meneruskan lagi penerangan mengenai PAP yang juga diwarisi oleh DAP. Lihat sahajalah apa yang terjadi di Pulau Pinang. Apa jadi pada Melayu dan Islam?.  Apakah bangsa Melayu PAS dan PKR tidak kisah dipinggirkan suatu hari nanti?


Ikuti penerangan ini yang boleh kita semua jadikan pengajaran.


Peminggiran Melayu di Singapura bermula sebaik sahaja Parti Tindakan Rakyat atau PAP berkuasa di pulau sekangkang kera itu. Kita perlu melihat perjalanan sejarah pulau Singapura untuk melihat bagaimana PAP yang diketuai oleh Lee Kuan Yew meminggirkan Melayu secara fizikal dan secara penghapusan sejarah.


Rekod terawal mengenai kewujudan Singapura terkandung dalam catatan sejarah negara China pada kurun ke-3. Singapura atau Temasik adalah sebahagian daripada jajahan empayar Srivijaya yang bertapak di Sumatera. Temasik merupakan sebuah perkampungan tepi laut yang menjadi tempat persinggahan bahtera-bahtera China dan dari benua kecil India dan Asia Barat.

Nama Singapura diambil dari dua perkataan Melayu yang berasal dari bahasa Sanskrit iaitu singa (simha dlm Sanskrit) dan pura (asal Sanskrit) yang bermaksud kota atau bandar singa. Ia dikaitkan dengan Sang Nila Utama yang menurut hikayat Sejarah Melayu menghadapi ribut besar semasa dalam pelayaran. Keadaan ribut tiba-tiba reda apabila Sang Nila Utama mencampakkan mahkotanya ke dalam laut. Selepas itu, Sang Nila Utama mencari daratan terdekat untuk mendarat dan pulau Temasik adalah tempatnya. Menurut hikayat itu lagi, haiwan pertama yang dilihatnya ialah seekor singa dan dia terus menamakan Temasik sebagai Singapura.


Nukilan sejarah yang terkandung dalam naskhah China dan Sejarah Melayu telah diketepikan oleh Kuan Yew kerana dia mahukan sejarah Singapura dimulakan selepas kehadiran Stamford Raffles. Tindakan Kuan Yew dan PAP ini merupakan permulaan peminggiran Melayu dalam bentuk sejarah di Singapura kerana peranan dan sumbangan kerajaan Melayu sebelum itu, termasuk Johor-Riau, tidak mahu diulangi kerana ia memperlihatkan kebesaran dan pengaruh Melayu.


Pada lewat tahun 1818, Lord Hastings, Gabenor-Jeneral di India yang turut berkuasa ke atas tanah jajahan sebelah timur India, memberi kebenaran kepada Raffles untuk membuka sebuah stesen dagangan di hujung Semenanjung Tanah Melayu dan pulau Singapura menjadi pilihan. Pada 29 Januari 1819 Raffles mendarat di Singapura dan keesokan harinya membuat perjanjian dengan Temenggong, wakil Sultan Johor, untuk membuka pos atau stesen dagangan. Pada 6 Februari 1819, satu perjanjian rasmi dimeterai dengan Sultan Hussein Johor dan Temenggong Abdul Rahman. Melalui perjanjian ini, pihak Inggeris mula bertapak di Singapura dan menjadi raja yang bermaharalela memerintah pulau itu. Kuan Yew memilih detik sejarah ini sebagai pembuka buku sejarah Singapura.


Untuk mencapai niat dan hasratnya, Kuan Yew sanggup melakukan apa saja. Sebagai contoh, Kuan Yew sanggup bekerjasama dengan puak pro-komunis yang meresapi PAP apabila dia bekerjasama dengan pemimpin komunis bernama Lim Chin Siong untuk menumbangkan kerajaan David Marshall, seorang Yahudi yang anti-komunis. David Marshall adalah pengasas parti Labour Front yang ditubuhkan pada bulan Julai 1954 manakala Kuan Yew menubuhkan PAP pada November 1954.


David Marshall membentuk sebuah kerajaan campuran antara Labour Front dengan UMNO dan MCA pada 6 April 1955 selepas menang tipis dalam pilihan raya pertama. Bagaimanapun, dia meletak jawatan pada 6 Jun 1956 setelah rundingan di London untuk membentuk sebuah kerajaan sendiri sepenuhnya dan tidak dibawah seliaan Inggeris menemui jalan buntu. Inilah yang dinanti-nantikan oleh Kuan Yew kerana dia sedar pengganti David Marshall, iaitu Lim Yew Hock adalah seorang pemimpin (MCA) yang lemah.


Mulai 1959, PAP mula berkuasa sepenuhnya di Singapura dan terus memerintah sehingga ia dikeluarkan daripada gugusan Malaysia. Sejak berkuasa, Kuan Yew dan PAP melakukan apa saja yang mungkin untuk menindas dan meminggir orang Melayu. Perkampungan-perkampungan Melayu seperti Pasir Panjang, Telok Blangah, Bukit Timah, Bedok, Kampung Ubi, Kampung Dusun, Seranggoon, Geylang Serai, Kampung Glam, Paya Lebar dan lain-lain, diroboh dan dikosongkan untuk membina rumah pangsa atau binaan-binaan lain dan orang Melayu ditempatkan di rumah-rumah pangsa HDB mengikut arahan pemerintah. Mereka diasing-asingkan supaya tiada satu kawasanpun yang akan mempunyai majoriti penduduk terdiri daripada orang Melayu. Ia bertujuan untuk menjamin sokongan politik berterusan kepada PAP. Episod ini menandakan permulaan peminggiran secara paksa yang dilakukan ke atas orang Melayu.


Walaupun Bahasa Melayu termaktub dalam Perlembagaan Singapura sebagai Bahasa Kebangsaan, ia sebenarnya terpinggir kerana bahasa Inggeris dijadikan bahasa pentadbiran, sekolah Melayu, sekolah Cina dan sekolah Tamil ditutup dan hanya sekolah beraliran Inggeris dibenarkan. Bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil dijadikan bahasa pilihan kedua di peringkat sekolah.


Untuk memasuki pasaran pekerjaan, selain bahasa Inggeris, bahasa Mandarin menjadi pra-syarat universal dan dengan sendirinya bahasa Melayu terus terpinggir.

Dalam perkhidmatan negara atau kerahan tenaga, anak Melayu dilarang daripada memasuki tempat-tempat tertentu yang strategik dan canggih. Anak Melayu hanya layak dikerah berkhidmat dalam pasukan pertahanan awam dan pasukan polis dan sedikit sahaja dalam angkatan tentera, itupun dalam kor atau regimen yang dikira selamat untuk mereka masuki.

Sehingga saat ini, tidak seorangpun anak Melayu yang memegang jawatan penting atau tinggi dalam sektor awam (pemerintah) atau badan-badan berkanun.

Orang Melayu yang sanggup bersekongkol dengan PAP dan dipilih sebagai wakil rakyat, itupun dalam kawasan undi berkumpulan, hanya layak dilantik menjadi menteri yang menjaga alam sekitar, peparitan, kumbahan, kebajikan dan masalah berkaitan dadah. Jawatan-jawatan penting dikhaskan kepada bukan Melayu.


Jika pemberhentian pekerja terpaksa dilakukan oleh sektor perkilangan atau industri, pekerja pertama yang mesti diberhentikan hendaklah orang Melayu. Bilangan penganggur di kalangan orang Melayu adalah yang paling tinggi walaupun mereka memiliki kelulusan dan kemahiran tertentu.


Untuk memastikan ratio bukan Melayu dikekalkan pada paras sekarang, kemasukan secara beramai-ramai pendatang dari China, Taiwan, Hong Kong diberi galakan sedangkan penghijrahan orang Melayu dari Malaysia dikawal ketat.


Inilah ketidakadilan dan peminggiran yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew dan PAP ke atas orang Melayu, masyarakat peribumi Singapura.


Apa yang dilakukan oleh pemerintah Singapura dilihat sebagai satu bentuk pemerintahan ala kuku besi atau "authoritarianism" iaitu pengamalan demokrasi bukan liberal dan demokrasi berprosidur dan bukan demokrasi sebenarnya.


Reporters Without Borders meletakkan Singapura di tangga ke-140 daripada senarai 167 buah negara dalam "2005 Worldwide Press Freedom Index". Ia juga menuduh PAP mengamalkan penapisan yang ketat dan keterlaluan, mempengaruhi urusan Jabatan Pilihan Raya dan menjadikan pengambilan tindakan sivil di mahkamah terhadap pengkritik kerajaan sebagai satu senjata untuk melemahkan pembangkang. Kebebasan bersuara dibataskan.


Singapura kini mempunyai penduduk berjumlah 4.35 juta (sehingga Jun 2005) terdiri daripada 76.8 peratus Cina, 13.9 peratus Melayu dan 7.9 pratus India. Malangnya, ia tidak diperlihatkan dalam kabinet Singapura dimana hanya seorang Melayu bertaraf menteri, ia juga tidak kelihatan dalam sektor awam apatah pula dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).


Demikianlah sedikit sebanyak yang dapat saya perkatakan mengenai peminggiran Melayu di Singapura. Saya dapat berbuat demikian hasil pengalaman hidup semasa menetap dan bertugas di republik itu dalam tahun 1990-an dan dapat merasai apa yang dirasai oleh sebilangan besar orang Melayu Singapura.

Sumber dipetik dari blog : Keris7Lok


Hikmah Di Sebalik Pasar Ramadan


Pasar Ramadan Putrajaya...
Pasar Ramadan memang sinonim dengan umat Islam di negara ini. Pasar Ramadan pasti akan muncul macam cendawan tumbuh apabila Ramadan menjelang tiba. Pelbagai juadah dan hidangan dapat diperolehi di Pasar Ramadan ini. Pelbagai kaum dan bangsa mengunjunginya.
Hari pertama berpuasa Kulaan mengambil kesempatan berbuka di rumah. Tapi sebelum itu Kulaan sempat singgah ke Pasar Ramadan Putrajaya bagi membeli sedikit juadah untuk keluarga. Tanpa disangka-sangka Kulaan terserempak dgn 3 4 orang kawan-kawan yang agak sukar berjumpa walaupun tinggal dalam kawasan yang sama. Peluang yang ada dimanfaaatkan dengan berbual sebentar bertanya khabar. Semua ini berlaku di Pasar Ramadan.
Pasar Ramadan sinonim dengan budaya Malaysia...



Hari pertama berpuasa Kulaan mengambil kesempatan berbuka di rumah. Tapi sebelum itu Kulaan sempat singgah ke Pasar Ramadan Putrajaya bagi membeli sedikit juadah untuk keluarga. Tanpa disangka-sangka Kulaan terserempak dgn 3 4 orang kawan-kawan yang agak sukar berjumpa walaupun tinggal dalam kawasan yang sama. Peluang yang ada dimanfaaatkan dengan berbual sebentar bertanya khabar. Semua ini berlaku di Pasar Ramadan.
 
elakkan pembaziran kerana perbuatan itu disukai Syaitan...
Namun apa yang pasti, Pasar Ramadan ini adalah tempat terbaik bersua muka dan bertegur sapa dengan rakan-rakan, sahabat handai dan ahli keluarga yang tinggal di sesuatu kawasan atau tempat. Di Pasar Ramadanlah boleh dijadikan tempat berkumpul rakan-rakan yang jarang berjumpa dek kesibukan kerja masing-masing. 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: الصِّيَامُ جُنَّةٌ وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلاَ يَرْفُثْ يَوْمَئِذٍ وَلاَ يَسْخَبْ فَإِنْ سَابَهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ
Ertinya:
“Dari Abi Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: “Puasa adalah pelindung dari neraka. Sekiranya seseorang dari kamu sedang berpuasa pada suatu hari, maka janganlah bercakap kotor dan janganlah menengking. Jika seseorang mencela atau ingin bergaduh dengannya, katakanlah: “Sesungguhnya aku berpuasa.” (HR. al-Bukhari dan Muslim)

Inilah harga sebuah kedamaian dan keamanan yang dikecapi oleh negara kita. Jika negara huru-hara dan kucar-kacir seperti negara luar yang lain, apakah mampu untuk kita merasai murtabak, ayam percik, mihun sup, ikan bakar, kuih-muih, air tebu & soya. Jika negara tidak lagi aman damai seperti sekarang, pakah kita dapat berpeluang pergi lagi ke Pasar Ramadan untuk mencari juadah berbuka tanpa ada rasa gusar di hati. Sementara nikmat ini masih lagi dikurniakan ke atas seluruh umat Islam di Malaysia yang tempias rahmatnya juga dirasai oleh bangsa lain, bersyukurlah sesuai denga firman Allah
Surah Ibrahim ayat 7
Hanya mereka yang berpuasa sahaja mengetahui akan kenikmatan ketika berbuka puasa.

Monday, 1 August 2011

(Video) Anggota PSM Dibebaskan?

Penjelasan berkenaan pembebasan 6 orang anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) setelah ditahan dibawah Akta Ordinan Darurat.
Datuk Seri Hishammuddin menjelaskan kepada wartawan berkenaan pembebasan ahli PSM yang telah ditahan kerana disyaki cuba untuk menghidupkan unsur komunisme dan subversif semasa perhimpunan Bersih tempoh hari. Menurut beliau lagi, pihak Polis (KDN) hanya boleh membuat siasatan dan penangkapan jika terdapat laporan polis dibuat. jika terdapat unsur-unsur di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 kerana dipercayai terlibat dalam anasir subversif merupakan langkah pencegahan bagi mengelakkan daripada perkara lebih serius berlaku bertujuan bagi memastikan keamanan dan ketenteraman negara dikekalkan.

Dalam masa yang sama, Datuk Seri Hishammuddin memberi penjelasan berkenaan isu tindakan pihak polis yang dilihat lemah kerana selepas penangkapan dilakukan tiada tindakan susulan seperti pendakwaan ke mahkamah. Beliau menjelaskan bahawa pihak polis hanya membuat siasatan terhadap kes-kes ini dan jika saksi atau suspek enggan tampil memberi kerjasama maka barulah pihak polis boleh mengeluarkan waran tangkap dan menangkap individu terlibat. Setelah siasatan terperinci dibuat, kertas siasatan akan dihantar ke Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya iaitu tindakan pendakwaan ke mahkamah jika Peguam Negara merasakan wujudnya kes "Prima Facie" bagi sesuatu kes tersebut. Seterusnya mahkamahlah yang akan nanti menentukan sabit kesalahan sama ada bersalah atau dibebaskan.

Bagi mereka yang diluar sana Kulaan berharap agar mencari maklumat yang tepat dan benar mengenai sesuatu perkara dan isu bukannya sekadar mengikut isi hati yang tiada sandaran fakta. Biarlah kita tidak tinggi sijil pelajaran tetapi kita tinggi dengan budaya mencari ilmu kerana ilmu ada di mana-mana dalam dunia tanpa sempadan ini.

Kulaan : tuhok amon kada basakulah deminik... ungol kada paasian...


Beza Antara Fungsi Dan Peranan Polis Diraja Malaysia Dengan Peguam Negara


Ada diantara kita yang kurang memahami peranan dan fungsi dua agensi kerajaan ini. Terdapat perbezaan ketara antara keduanya. Satu berperanan membuka kertas siasatan dan menyiasat mengenai sesuatu perkara atau kes dan satu lagi adalah mendakwa menurut peraturan undang-undang Perlembagaan Malaysia. Pihak polis akan membuat siasatan setelah menerima laporan daripada orang awam mengenai sesuatu kes atau perkara. Jika memerlukan maklumat daripada saksi, maka saksi akan dipanggil bagi memberi keterangan. Jika saksi enggan hadir memberi keterangan maka polis boleh mengeluarkan waran tangkap dan menangkap individu tersebut. Jika terdapat suspek yang terlibat, pihak polis boleh menahan reman mengikut peruntukan undang-undang bagi melakukan siasatan terhadap suspek. Maka setelah lengkap siasatan dilakukan, kertas siasatan akan dihantar ke pejabat peguam negara untuk tindakan pendakwaan jika peguam negara merasakan wujudnya kes “Prima Facie” terhadap kes tersebut dan membawa kes tersebut untuk pendakwaan di mahkamah. Jika tiada bukti kuat dan kukuh maka tersebut akan digugurkan. Jika terdapat tahanan reman sabit berkaitan kes yang disiasat dan digugurkan kes, maka tahanan reman tersebut hendaklah dilepas dan dibebaskan.

Tugas sebagai Peguam Negara merupakan ketua penasihat undang-undang kepada kerajaan dan bertanggungjawab menasihati menteri berhubung prosedur undang-undang di negara ini. Dalam masa yang sama, Peguam Negara juga adalah pendakwa bagi pihak awam (rakyat) dan boleh menggunakan kuasanya untuk menyiasat, mendakwa dan mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang melakukan kesalahan termasuk pegawai dan pemimpin kerajaan.
Jadi jika kita kurang memahami maklumat atau fakta yang sebenar dan tepat maka mudah kita tersilap dan terkhilaf dalam membuat kenyataan, pendapat dan pandangan. Bukan sekadar dalam aktiviti seharian kita malah dalam melaksanakan ajaran Islam dalam kehidupan harian, ilmu yang tepat dan sahih perlu ada agar kita tidak mudah diperkotak-katik dan diperbodohkan dek kecetekan ilmu yang dimiliki. Biar Kulaan perhalusi peranan dan fungsi kedua-duanya agar dapat melihat perbezaan.

Polis Diraja Malaysia

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam

Secara amnya, jabatan (KDN/KA) ini berperanan untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam adalah terpelihara. Jabatan ini merangkumi sebahagain besar dari operasi PDRM dari pengawalan trafik ke operasi mencari dan menyelamat. Jabatan ini juga bekerjasama dengan pelbagai agensi lain. Misalnya dengan Angkatan Tentera Malaysia serta Angkatan Tentera/Laut dalam rondaan maritim bersama untuk mencegah jenyah lanun dan pencerobohan sempadan negara. Selain itu, mereka juga membantu Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Perusahaan Awam dalam penguatkuasaan Akta Lalulintas.

Jabatan Siasatan Jenayah

Jabatan ini terlibat dengan dengan penyiasatan, penangkapan dan pendakwaan bagi jenayah-jenayah yang keganasan terhadap manusia (seperti pembunuhan, samun dengan senjata api, rogol dan kecederaan) dan jenayah harta benda (seperti kecurian dan pecah rumah). Selain itu jabatan ini menguatkuasakan Undang-Undang berhubung perjudian, maksiat dan kongsi gelap di Malaysia.
Fungsi
  • Mengendali penyiasatan dan pengesanan jenayah
  • Menangkap dan mendakwa pesalah-pesalah
  • Menguatkuasakan Undang-Undang berhubung perjudian, maksiat dan kongsi gelap
Peguam Negara

Peguam Negara Malaysia merupakan penasihat undang-undang utama kerajaan Malaysia. Beliau juga merupakan Ketua Pendakwa Raya di negara. Bidang kuasa dan tugas Peguam Negara diperuntukkan dalam Perkara 145 

Antara tugas Peguam Negara ialah menentukan sama ada sesuatu kes itu boleh diteruskan atau tidak. Jadi mereka yang sedang disiasat oleh polis belum tentu bersalah. Seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah .

Fungsi Jabatan Peguam Negara

  1. Memberikan khidmat nasihat, termasuk memberi khidmat nasihat dalam bidang undang-undang antarabangsa dan syariah kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
  2. Menjadi sumber rujukan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengenai apa-apa masalah perundangan yang timbul.
  3. Menggubal semua perundangan untuk Kerajaan Persekutuan.
  4. Memberikan arahan pendakwaan bagi kes-kes jenayah.
  5. Mewakili Kerajaan di dalam semua kes-kes sivilnya.
  6. Menguruskan penyemakan dan pencetakan semula undang-undang dan membuat kajian pembaharuan undang-undang.

Peranan dan Tanggungjawab

Peguam Negara ialah penasihat undang-undang utama kepada Kerajaan. Peranan dan tanggungjawab beliau diperuntukkan dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan :
  1. Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat Perdana Menteri, melantik seorang yang berkelayakan menjadi hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara bagi Persekutuan .
  2. Menjadi kewajipan Peguam Negara menasihati Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang, dan melaksanakan apa-apa tugas lain yang bersifat undang-undang, yang dari semasa ke semasa dirujukkan atau ditugaskan kepadanya oleh Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri, dan menunaikan fungsi yang diberikan kepadanya oleh atau di bawah Perlembagaan ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
  3. Peguam Negara hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, selain prosiding di hadapan mahkamah Syariah, mahkamah anak negeri atau mahkamah tentera.
    1. Undang-undang persekutuan boleh memberi Peguam Negara kuasa untuk menentukan mahkamah yang di dalamnya atau tempat apa-apa prosiding yang dia mempunyai kuasa untuk memulakannya di bawah Fasal(3) itu hendaklah dimulakan atau mahkamah yang kepadanya prosiding itu hendaklah dipindahkan.
  4. Pada melaksanakan tugasnya Peguam Negara berhak untuk didengar di dalam mana-mana mahkamah atau tribunal di Persekutuan dan hendaklah diberi keutamaan daripada mana-mana orang lain yang hadir di hadapan mahkamah atau tribunal itu.
  5. Tertakluk kepada Fasal (6), Peguam Negara hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dan, melainkan jika dia ialah anggota Jemaah Menteri, hendaklah menerima apa-apa saraan yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong.
  6. Orang yang memegang jawatan Peguam Negara sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Perkara ini hendaklah terus memegang jawatan itu atas terma-terma dan syarat-syarat yang tidak kurang baiknya daripada terma-terma dan syarat-syarat yang terpakai baginya sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Perkara ini dan tidaklah boleh dipecat daripada jawatan kecuali atas alasan dan mengikut cara yang sama seperti seorang hakim Mahkamah Persekutuan.

Selamat Berpuasa Dari Kulaan....


Sempena kehadiran bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, Kulaan berharap agar fathilatnya dapat dirasai bersama...
Surah Al Baqarah ayat 183

Siri 1 : Siapakah DAP sebenarnya?

Keris akan mengeluarkan beberapa siri 'Dalil-dalil Kenapa Parti DAP Harus di Tolak'. Sebagai permulaannya, Keris perkenalkan dahulu sejarah penubuhan Parti kauvinis ini bermula dengan sejarah PAP dan diikuti oleh sejarah DAP. Ini kerana ramai rakyat Malaysia terutama masyarakat Islam melayu masih belum jelas akan perjuangan dan matlamat sebenar kedua Parti tersebut. Keris akan memberi maklumat mengenai peminggiran melayu di Singapura jika berkesempatan.

Menyingkap sejarah PAP (People’s Action Party) atau dalam Bahasa Melayu – Parti Tindakan Rakyat Singapura di tubuhkan seawal tahun 1954 lagi yang dipelopori Setiausaha utamanya pada masa itu , Lee Kuan Yew. Siapa yang tidak kenal dengan Lee Kuan Yew, pemimpin yang terkenal dengan sikap suka bermuka-muka dan selalu menimbulkan sikap ketidakpuasan hati kepada bangsa Malaysia (Melayu) dan (Islam) sama ada Singapura masih bersama Malaysia pada ketika itu atau sudah terkeluar dari kesatuan Malaysia.

Biar penulis menceritakan detik sejarah yang benar dimana saat – “Semasa merancang strategi untuk berkuasa, Kuan Yew dan PAP menjadi terlalu Melayu. Masuk masjid turun masjid menjadi lumrah. Setelah berkuasa, umat Islam, kaum Melayu tiada dalam kamus Kuan Yew mahupun PAP. Ini kebenaranya, modus operandi PAP hanya mahu berkuasa-setelah menawan hati Melayu dan Islam, akhirnya keturunan melayu dibersihkan di Singapura. Jahatnya Lee Kuan Yew pada masa itu.

Penulis mencari persamaan pula dengan Parti DAP di Malaysia , yang seratus peratus sama strateginya dalam berkuasa iaitu jelas sekali apa yang berlaku di Pulau Pinang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng sanggup turun naik masjid serta surau semata-mata mahu memikat hati orang Melayu. Akhirnya disambut oleh PAS ketika ini, yang percaya pendekatan DAP nampak Islamik dan pada hakikatnya menghancurkan umat Melayu dan Islam di Malaysia.

Serius BAHAYA!!! “Siap isytihar diri sebagai Khalifah Guan Eng lagi. Maka bertakbirlah Melayu terpukau dengan silap mata DAP. Sampai nama tuhan pun dijual tidak apa sebab Kit Siang dan anak lelakinya itu saudara kita sekarang, kata pak janggut,”

Persoalan!! yang harus kita semua fikirkan baik Melayu, Cina dan India juga kaum–kaum di Malaysia apakah kesamaan antara DAP-PAP satu kebetulan??? Democratic Action Party (DAP) adalah adik People Action Party (PAP). Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran serpihan parti PAP yang ada di Malaysia dibatalkan. Devan Nair (MP Bangsar pada waktu itu) cuba menghidupkan semua PAP dengan nama Parti Tindakan Rakyat tetapi ditolak oleh pendaftar pertubuhan. Devan Nair kemudian menggunakan nama Parti Tindakan Demokratik atau dalam Inggerisnya Democratic Action Party (DAP). Dan ianya diluluskan pada 19 Mac 1966 lalu meneruskan agenda PAP di Malaysia. Nah !!! adakah ini kebetulan???

DAP sering memanggang 5 ekor babi dalam program makan malamnya. Kenapa 5 ekor? Ianya adalah simbolik kepada bintang satu yang mempunyai 5 bucu. Setiap bucu melambangkan ketenteraan, inteligensia, petani, buruh dan generasi muda. Bintang berbucu 5 adalah logo universal komunis di seluruh dunia. Bucu 5 juga bermaksud 5 benua dan tangan. Lihatlah warna yang digunakan DAP-PAP iaitu merah. Warna merah ini adalah warna rasmi parti-parti komunis di seluruh dunia. South Sea Communist Party atau Nanyang Communist Party dibuka di Singapura pada 1922 sebelum dibubarkan menjadi Parti Komunis Malaya pada tahun 1930. Satu lagi ruang minda anda terbuka!!!

Satu perkara utama yang perlu kita tahu tentang LOGO parti DAP-PAP teryata ada kesamaan- buat perbandingan mengikut resipi sendiri, lihat perbezaan dan kesamaan logo parti DAP-PAP ini :
-Keduanya ada hubungkait dengan zionis ? -

-Warna merah membawa ideologi komunisma yang sama-
 
-Diawal kemunculan PAP-MELAYU|ISLAM fokus utama-

DAP adalah anak atau serpihan kepada PAP di Singapura, kita harus tanam didalam hati akan perkara ini-  Serius BAHAYA !!! jika DAP dibiarkan akan meracuni pemikiran orang Melayu dan Islam-tolak mereka sebelum kita ditolak dan diusir bagai sampah.
DAP adalah anak atau serpihan kepada PAP di Singapura, selatan Persekutuan Tanah Melayu. Lee Kuan Yew yang tidak setuju dengan cubaan Perikatan-UMNO bertanding dalam pilihan raya di Singapura , telah membuka cawangan PAP di Semenanjung Malaysia. Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti PAP telah dibatalkan pada 9 September 1965, tahun yang sama. 

Bangsar yang ditinggalkan oleh PAP cuba menghidupkan PAP yang baru dengan nama Parti Tindakan Rakyat Malaysia. Tetapi pendaftar pertubuhan menolak penubuhan PAP kerana nama yang sama itu akan mengelirukan orang ramai. Oleh itu Devan Nair menggunakan nama baru iaitu 'Parti Tindakan Demokratik' atau DAP. Pada 3 Mac 1966 Surat dari Pendafar Pertubuhan menolak penubuhan DAP kerana perlembagaan parti itu tidak selaras dengan peraturan undang-undang Perdaftaran Persatuan. 
 
Pada 19 Mac 1966 pendaftaran DAP diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan. Devan Nair berulang kali menegaskan bahawa DAP tidak akan mengamalkan dasar perkauman dan berusaha mencantumkan kembali Singapura ke dalam Malaysia. 

Sebelum pendaftaran DAP diluluskan, pilihan raya kecil Rahang, Negeri Sembilan telah diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Negeri Rahang dari parti Perikatan telah meninggal dunia. Dr Chen Man Hin  selaku Ahli Jawatankuasa Penaja DAP telah bertanding atas tiket bebas dan menang dalam pilihan raya yang diadakan pada November 1965 itu.  

Sumber dipetik dari blog : Keris7Lok

Kulaan : Kulaan amat sedih bila ada bangsa Melayu yang sengaja memejamkan mata dari melihat kebenaran dan implikasi yang bakal mengundang. Malahan yang lebih teruk daripada itu apabila ada Melayu yang sanggup bersekongkol dengan DAP demi kelangsungan politik kononnya, sedangkan mereka tahu kesannya kepada bangsa melayu. Jika Kulaan digelar RACIS sekali pun biarlah Kulaan terima demi kelangsungan survival anak cucu Kulaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers