Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Y. Bhg. Datin Jariah binti Mohd Said |
Semenjak dua menjak ni heboh di alam maya pasal si Mismah. Siapakah Mismah ni sampai begitu glamour nama dia. Angkara siapa sebenarnya sehingga isu Misnah “Boom” kat ruangan maya. Bagaimana maklumat rahsia Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh sampai ke tangan Malaysiakini. Siapakah staf JPN yang mengkhianati JPN ini dengan sogan “Amanah Cekap Dan Mesra”. Bukan isu Mismah Kulaan rasa penting tetapi isu siapakah kakitangan JPN yang membocorkan rahsia setelah beliau berjanji menyimpan kerahsiaan dengan menandatangani “AKU JANJI”. Kerajaan sepatutnya menyiasat bagaimana maklumat terperinci sehingga “exercise” 4 jam pun boleh bocor ke tangan mereka yang tidak sepatutnya. Kulaan rasa Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Malaysia, Y. Bhg. Datin Jariah binti Mohd Said harus mengambil berat dan serius tentang masalah ini. Kulaan rasa sebagai ketua jabatan, Datin Jariah binti Mohd Said harus mengambil tindakan pantas dan proaktif bagi mencari siapakah kakitangannya yang membocorkan maklumat tersebut jika beliau tidak mahu dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan atas masalah yang ditimbulkan dijabatannya.
Kulaan malas nak cerita banyak pasal si Mismah ni sebab dah banyak artikel Mismah dikeluarkan oleh blogger-blogger kat alam maya ni. Yang Kulaan nak “highlight”kan adalah tidak banyak artikel yang blogger keluarkan mencari siapa “Petualang Negara” yang membocorkan maklumat tersebut. Kita harus cari siapa “Musang Berbulu Ayam” yang cuba merosakkan dan mengkhianati negara. Kakitangan kerajaan seharusnya lebih amanah dalam memikul tanggungjawab yang telah diberikan. Jawapan Kulaan amat mudah, “Kalau tidak suka dengan kerajaan sekarang berenti ja kerja dengan kerajaan yang dibenci mereka”.
Kuek Ser Kuang Keng, wartawan Malaysiakini ni pulak harus disiasat oleh pihak polis bagi mencari siapakah yang menjadi pemberi maklumat palsu tersebut. Siapakah orang dalam JPN yang menjadi BARUA Malaysiakini ini? Polis harus siasat sehingga identiti individu tersebut terbongkar.
"Bocor Maklumat Rahsia"???? apa yang rahsianya tu.. maklumat tu sapa pun boleh dapat dalam carian rambang dalam website JPN... cuma hari tu terkena nombor IC Mismah je... dan saya pasti ramai lagi Indon yang macam Mismah ni...
ReplyDeleteSo betullah Mismah ni dapat kerakyatan ikut jalan belakang??? sebab tu maklumat ni sepatutnya rahsia dan tak patut keluar dalam carian website JPN>>>??? Nampak siapa jadi pengkhianat negara dlam kes ni... bagi status permenant resident kat Mismah selepas 8 bulan datang malaysia...
BTW.. bukan malaysiakini yang memula dedahkan maklumat ni.. tapi malaysiakini hanya lapor apa yang telah dijumpai oleh Pemuda PAS dari carian rambang mereka di website JPN dan SPR... hahah nampak sangat hangpa ni tak baca habis dalam kes Mismah ni