Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday 1 August 2011

Beza Antara Fungsi Dan Peranan Polis Diraja Malaysia Dengan Peguam Negara


Ada diantara kita yang kurang memahami peranan dan fungsi dua agensi kerajaan ini. Terdapat perbezaan ketara antara keduanya. Satu berperanan membuka kertas siasatan dan menyiasat mengenai sesuatu perkara atau kes dan satu lagi adalah mendakwa menurut peraturan undang-undang Perlembagaan Malaysia. Pihak polis akan membuat siasatan setelah menerima laporan daripada orang awam mengenai sesuatu kes atau perkara. Jika memerlukan maklumat daripada saksi, maka saksi akan dipanggil bagi memberi keterangan. Jika saksi enggan hadir memberi keterangan maka polis boleh mengeluarkan waran tangkap dan menangkap individu tersebut. Jika terdapat suspek yang terlibat, pihak polis boleh menahan reman mengikut peruntukan undang-undang bagi melakukan siasatan terhadap suspek. Maka setelah lengkap siasatan dilakukan, kertas siasatan akan dihantar ke pejabat peguam negara untuk tindakan pendakwaan jika peguam negara merasakan wujudnya kes “Prima Facie” terhadap kes tersebut dan membawa kes tersebut untuk pendakwaan di mahkamah. Jika tiada bukti kuat dan kukuh maka tersebut akan digugurkan. Jika terdapat tahanan reman sabit berkaitan kes yang disiasat dan digugurkan kes, maka tahanan reman tersebut hendaklah dilepas dan dibebaskan.

Tugas sebagai Peguam Negara merupakan ketua penasihat undang-undang kepada kerajaan dan bertanggungjawab menasihati menteri berhubung prosedur undang-undang di negara ini. Dalam masa yang sama, Peguam Negara juga adalah pendakwa bagi pihak awam (rakyat) dan boleh menggunakan kuasanya untuk menyiasat, mendakwa dan mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang melakukan kesalahan termasuk pegawai dan pemimpin kerajaan.
Jadi jika kita kurang memahami maklumat atau fakta yang sebenar dan tepat maka mudah kita tersilap dan terkhilaf dalam membuat kenyataan, pendapat dan pandangan. Bukan sekadar dalam aktiviti seharian kita malah dalam melaksanakan ajaran Islam dalam kehidupan harian, ilmu yang tepat dan sahih perlu ada agar kita tidak mudah diperkotak-katik dan diperbodohkan dek kecetekan ilmu yang dimiliki. Biar Kulaan perhalusi peranan dan fungsi kedua-duanya agar dapat melihat perbezaan.

Polis Diraja Malaysia

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam

Secara amnya, jabatan (KDN/KA) ini berperanan untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam adalah terpelihara. Jabatan ini merangkumi sebahagain besar dari operasi PDRM dari pengawalan trafik ke operasi mencari dan menyelamat. Jabatan ini juga bekerjasama dengan pelbagai agensi lain. Misalnya dengan Angkatan Tentera Malaysia serta Angkatan Tentera/Laut dalam rondaan maritim bersama untuk mencegah jenyah lanun dan pencerobohan sempadan negara. Selain itu, mereka juga membantu Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Perusahaan Awam dalam penguatkuasaan Akta Lalulintas.

Jabatan Siasatan Jenayah

Jabatan ini terlibat dengan dengan penyiasatan, penangkapan dan pendakwaan bagi jenayah-jenayah yang keganasan terhadap manusia (seperti pembunuhan, samun dengan senjata api, rogol dan kecederaan) dan jenayah harta benda (seperti kecurian dan pecah rumah). Selain itu jabatan ini menguatkuasakan Undang-Undang berhubung perjudian, maksiat dan kongsi gelap di Malaysia.
Fungsi
  • Mengendali penyiasatan dan pengesanan jenayah
  • Menangkap dan mendakwa pesalah-pesalah
  • Menguatkuasakan Undang-Undang berhubung perjudian, maksiat dan kongsi gelap
Peguam Negara

Peguam Negara Malaysia merupakan penasihat undang-undang utama kerajaan Malaysia. Beliau juga merupakan Ketua Pendakwa Raya di negara. Bidang kuasa dan tugas Peguam Negara diperuntukkan dalam Perkara 145 

Antara tugas Peguam Negara ialah menentukan sama ada sesuatu kes itu boleh diteruskan atau tidak. Jadi mereka yang sedang disiasat oleh polis belum tentu bersalah. Seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah .

Fungsi Jabatan Peguam Negara

  1. Memberikan khidmat nasihat, termasuk memberi khidmat nasihat dalam bidang undang-undang antarabangsa dan syariah kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
  2. Menjadi sumber rujukan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengenai apa-apa masalah perundangan yang timbul.
  3. Menggubal semua perundangan untuk Kerajaan Persekutuan.
  4. Memberikan arahan pendakwaan bagi kes-kes jenayah.
  5. Mewakili Kerajaan di dalam semua kes-kes sivilnya.
  6. Menguruskan penyemakan dan pencetakan semula undang-undang dan membuat kajian pembaharuan undang-undang.

Peranan dan Tanggungjawab

Peguam Negara ialah penasihat undang-undang utama kepada Kerajaan. Peranan dan tanggungjawab beliau diperuntukkan dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan :
  1. Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat Perdana Menteri, melantik seorang yang berkelayakan menjadi hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara bagi Persekutuan .
  2. Menjadi kewajipan Peguam Negara menasihati Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang, dan melaksanakan apa-apa tugas lain yang bersifat undang-undang, yang dari semasa ke semasa dirujukkan atau ditugaskan kepadanya oleh Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri, dan menunaikan fungsi yang diberikan kepadanya oleh atau di bawah Perlembagaan ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
  3. Peguam Negara hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, selain prosiding di hadapan mahkamah Syariah, mahkamah anak negeri atau mahkamah tentera.
    1. Undang-undang persekutuan boleh memberi Peguam Negara kuasa untuk menentukan mahkamah yang di dalamnya atau tempat apa-apa prosiding yang dia mempunyai kuasa untuk memulakannya di bawah Fasal(3) itu hendaklah dimulakan atau mahkamah yang kepadanya prosiding itu hendaklah dipindahkan.
  4. Pada melaksanakan tugasnya Peguam Negara berhak untuk didengar di dalam mana-mana mahkamah atau tribunal di Persekutuan dan hendaklah diberi keutamaan daripada mana-mana orang lain yang hadir di hadapan mahkamah atau tribunal itu.
  5. Tertakluk kepada Fasal (6), Peguam Negara hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dan, melainkan jika dia ialah anggota Jemaah Menteri, hendaklah menerima apa-apa saraan yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong.
  6. Orang yang memegang jawatan Peguam Negara sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Perkara ini hendaklah terus memegang jawatan itu atas terma-terma dan syarat-syarat yang tidak kurang baiknya daripada terma-terma dan syarat-syarat yang terpakai baginya sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Perkara ini dan tidaklah boleh dipecat daripada jawatan kecuali atas alasan dan mengikut cara yang sama seperti seorang hakim Mahkamah Persekutuan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers