Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 20 July 2013

Gempar!!! Video Bukti Dakwat Kekal Luntur Dan Boleh Di Cuci Selepas Mengundi!!! #N01KualaBesut @NajibRazak @tunfaisal





Ini bukti nyata dan jelas bagaimana dakwat kekal yang digunakan semasa pengundian awal di Kem Tentera PRK Kuala Besut tidak kekal dan mudah dihilangkan terutama jika menggunakan bahan peluntur seperti Clorox. 

Gempar!!! Video Ahli Parlimen Kota Bharu Hina Sultan Terengganu???


Takiyuddin cuba menjadi batu api dengan memainkan sentimen daerah, kononnya kerajaan negeri BN menganaktirikan rakyat Besut melalui perlantikan Menteri Besar. Beliau cuba menabur fitnah yang Idris Jusoh sengaja dipinggirkan dari terus menjadi MB selepas kemenangan BN PRU12 kerana beliau anak Besut .... tapi sedarkah Takiyudin yang hak untuk melantik MB adalah dibawah bidang kuasa Sultan Terengganu ?

Dari percakapan beliau, nyata Takiyuddin SEDAR yang Sultan yang berkuasa melantik siapa yang baginda berkenan untuk menjadi MB.

Namun beliau tetap membangkitkan pemilihan MB itu sebagai satu isu menganaktirikan warga Besut.....tidakkah itu seperti mendakwa Sultan sebagai pilih kasih terhadap rakyat jelatanya ?

Apakah Takiyuddin mahu menghina Sultan Terengganu ?


Video Terlepas Cakap Che Long Yang Buat Pas Kalah PRK #N01KualaBesut!!!



nak berniaga buat la cara nak berniaga... nak jadi Wakil Rakyat kena la tumpukan kepada kebajikan rakyat... bekerja untuk rakyat... inikah ciri pemimpin dan Wakil Rakyat yang dimahukan pengundi DUN Kuala Besut... pikir la masak-masak...

Friday 19 July 2013

Lensa Niring 2 : YB @razaliibrahim Merempit Satu #N01KualaBesut??? @NajibRazak @tunfaisal





Lensa Niring 1 : Lawatan NKP UMNO YB @razaliibrahim Sehari Ke #N01KualaBesut... @NajibRazak @tunfaisal





Skim Bantuan Komputer Untuk OKU Mencari Rezeki Secara Online??? @NajibRazak @razaliibrahim @tunfaisal #N01KualaBesut


"Skim Bantuan Komputer Untuk OKU Peniaga Secara Online"???

Idea ini dicetuskan oleh Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia ketika melawat seorang OKU yang cacat kaki akibat penyakit sindrom di Kg. Alor Pisang, Kuala Besut tengahari tadi.

Idea yang tercetus secara tidak sengaja dan spontan ketika Datuk Razali menziarah OKU yang juga pintar IT dan tahu serba sedikit cara menggunakan internet. Kita semua maklum golongan OKU kebanyakkan sukar untuk bergerak dengan mudah dan lebih banyak duduk di satu-satu tempat. Datuk Razali memberi idea kepada golongan OKU untuk menjalankan perniagaan kecil-kecilan secara online kerana itu lebih memudahkan kepada golongan OKU.

Selama ini kerajaan banyak membantu pelajar-pelajar di negara kita dengan memberi bantuan komputer 1Malaysia. Datuk Razali menberi idea alangkah bagus dan berfaedahnya jika bantuan komputer ini juga dapat disalurkan kepada golongan OKU termasuk pemberian "broadband" bagi memudahkan mereka mengekses internet.

Thursday 18 July 2013

Jangan Pos Gambar Makanan Di Facebook Atau Instagram Kata Ustaz...


Sudah menjadi kebiasaan kebanyakan orang dan mungkin termasuk kita sendiri untuk mengepos gambar-gambar makanan yang dinikmati di laman Facebook.

Tabiat ini tambah menjadi-jadi terutama bila bulan puasa macam sekarang.

Mungkin ada antara yang mengepos gambar itu berniat hendak menunjuk-nunjuk dia makan di tempat mewah, tapi kebanyakannya mungkin sekadar suka-suka berkongsi dengan kawan-kawan menu pada hari itu.

Apa pun niatnya, kelakuan ini tidak dipersetujui penceramah, Ustaz Dr. Abdul Basit Abdul Rahman.

[Video] Fitnah Pas Pasal Roboh Rumah #TokSaboh Terjawab Dengan Pengakuan Penduduk!!!

Gempar!!! Kenapa Alvin Vivian Disiasat Lebih 10 Jam???


Pasangan kontroversi seks, Alvin Tan dan Vivian Lee telah hadir ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Proses siasatan yang bermula lebih kurang jam 11 pagi itu berakhir pada jam 9.30 malam.

Para wartawan daripada pelbagai agensi media cetak dan elektronik berkampung di perkarangan pejabat SKMM itu.

Tempoh siasatan yang melebihi 10 jam itu menimbulkan persoalan dalam kalangan wartawan hadir.

Wednesday 17 July 2013

Gambar TPM @MuhyiddinYassin Ambil Wuduk Menyentuh Hati... @NajibRazak #N01KualaBesut


Sekali pandang sahaja gambar di atas nampak biasa dan seperti tiada yang istimewa pun. Tapi gambar tersebut penuh dengan 1001 makna yang tersirat.

Selama ini kita seringkali disogokkan dengan gambar-gambar pemimpin Pakatan terutama dari parti Pas saja yang ada ketokohan dalam keagamaan. Kononnya hanya pemimpin Pas saja yang kuat agama, yang Islam hanya mereka saja.

Inilah tokoh pemimpin yang kuat Islamnya tapi tidaklah sampai menunjuk-nunjuk macam pemimpin Pas. Inilah pemimpin Islam sebenarnya yang tidak RIAK dengan Islamnya tidak seperti pemimpin Pas terutama yang digelar Tok Guru kononnya hanya kerana berserban besar.

p/s : biar gambar saja yang berbicara...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

[18SX] Alvin Dan Vivian Dulu ‘Panas’ Depan Kamera, Sekarang Tunduk!!!


Pasangan seks murahan, Alvin Tan dan Vivian Lee akhirnya tunduk dihadapan kamera walaupun sebelum ini mereka bersifat ghairah melampau jika berada di hadapan alat berkenaan.

Semalam, kedua pasangan itu terutama Vivian yang diacu lensa jurugambar media hanya tunduk dan bertindak pasif ketika meninggalkan pejabat Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia  (SKMM).

Agak kelakar… mereka sangat berani berbogel di hadapan kamera dan berkongsi video lucah kepada umum, kenapa pula perlu tunduk di hadapan kamera wartawan walaupun berpakaian sempurna?

Gemper!!! 100 Ribu Datang Ceramah Pas Kat #N01KualaBesut!!!


Kah kah kah kah kah kah kah kah kah

Cuba korang tengok gambar kat atas betapa ramai giler orang yang datang mendengar ceramah Pas dan calon Pas, Che Long. Ceramah Pas ni cukup mendapat sambutan penduduk. Punya ramai sampai boleh di bilang dengan jari.

Ini bukti Pas semakin tidak lagi mendapat sokongan penduduk dan pengundi Kuala Besut. Ini sebenar hakikat apa yang berlaku di sana. Dengar kata penduduk Kuala Besut dah meluat dengan Pas ni yang lebih banyak berceramah, bercakap, menabur fitnah, melagakan orang daripada nak bantu penduduk Kuala Besut.

Ceramah Pas yang biasa kita tengok kononnya ramai yang datang setiap kali ceramah dibuat sebenarnya adalah ahli Pas sendiri yang diimport dari kawasan lain dengan erti kata lain adalah orang luar bukannya penduduk setempat.

Oleh itu, impian dan cita-cita kononnya nak merampas kerusi DUN Kuala Besut dengan menggunakan moto 16/16 semakin kabur dan kelam. Ini diakui oleh kepimpinan Pas sendiri sebenarnya. Tambahan pula Pas terpaksa berjuang bersendirian di Kuala Besut tanpa suppot yang mantap dari sahabat Pakatan lain dari PKR dan DAP.

p/s : dulu dok ikut sangat Anwar Al Juburi nak tukar kerajaan BN dengan moto IniKaliLah... Buat puak2 Pas kat Besut gua ucapkan... LainKaliLah ye...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday 16 July 2013

[Video] Awek Buat Kaki Palsu Dari Lego???


Tidak memiliki anggota badan seperti kaki dari lutut ke bawah pastinya menjanjikan pengalaman hidup yang luar biasa bagi seseorang, tetapi ada sebilangan manusia yang tidak akan membiarkan kekurangan itu menganggu perjalanan hidup mereka.

Itulah yang dilakukan oleh Christina Stevens, 31 tahun, selepas kehilangan kaki kirinya selepas satu kemalangan awal tahun ini, yang menyebabkan kakinya terpaksa dipotong.

Kecacatan juga tidak menghalang seseorang itu menjadi ikon internet, Christina kini menjadi sebutan apabila beliau merakamkan video beliau membina kaki palsu menggunakan Lego.

Menurut beliau, idea membina kaki palsu itu diperolehi daripada seorang kawan yang hanya bergurau mencadangkan kepadanya membina kaki palsu dari Lego terus membuatkan beliau membina kaki itu dan memuat naik video ke youtube.

Selain dari video berkenaan Christina yang berasal dari St Louis, Missouri, Amerika Syarikat juga berkongsi di Facebook pengalaman harian beliau tentang kehidupan seseorang yang sudah kehilangan anggota badannya.

Lebih 2,500 orang sudah menyukai Christina di laman sosial sekaligus mendorong beliau terus membantu golongan sama sepertinya untuk sama-sama berkongsi pengalaman.

Video lain di saluran youtubenya memaparkan cara-cara untuk berjalan mengunakan kaki palsu dan cara hidup seseorang yang kehilangan kaki.

Monday 15 July 2013

Seorang Lelaki Naik Angin Tunjuk Samseng Setelah Ditegur Menteri Wilayah @TengkuAdnanReal!!!

Seorang lelaki berlagak samseng cuba melawan setelah tindakannya menepuk kepala seorang pengawal keselamatan, di Jalan Masjid dihalang Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang secara kebetulan melalui kawasan itu sempena lawatan ke bazar Ramadan semalam.

Terdahulu, pemandu Proton Waja terbabit menuju ke laluan keluar parkir sebuah premis di situ, namun di halang pengawal keselamatan berkenaan kerana bertentangan arah.

Difahamkan, lelaki berkenaan tiba-tiba berang dan bertindak keluar kereta sebelum menepuk kepala pengawal keselamatan itu.

Tengku Adnan yang melihat keadaan itu segera menghampiri dan bertindak memegang lengan lelaki terbabit bagi menghalang tindakan lebih agresif dilakukan kepada pengawal keselamatan yang agak berusia itu.

Berikutan itu, lelaki terbabit cuba melawan dengan meninggikan suara, namun ditenangkan seorang wanita dalam kereta sama kemungkinan menyedari 'lawan' lelaki itu seorang menteri.

Keadaan kembali tenang apabila lelaki itu dilihat akur dan pada masa sama, Tengku Adnan menasihatkannya supaya lebih beradab.

p/s : kurang ajar!!! tak kira la dengan menteri ker atau orang biasa. Persoalannya jangan tunjuk hero ngan orang tua la, pilih la sama baya...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Gempar!!! Muka Pencuri Tayar Kereta Di Putrajaya Berjaya Dirakam!!! @TengkuAdnanReal @PDRMsia @TanSriAseh @PutrajayaCorps @tunfaisal

Gempar!!! Sejak dua menjak nie banyak kejadian kecurian tayar termasuk "sport rim" di kawasan kediaman kakitangan awam atau kuaters kerajaan dalam Putrajaya.

Walaupun pihak polis ada membuat rondaan, namun itu tidak menghalang pencuri ni bermaharajalela terutama di kawasan kediaman baru terutama bangunan apartment. Yang menjadi mangsa adalah penduduk yang bergaji kecil. Pencuri ni tak berani plak pi mencuri kat kawasan rumah teres yang kebanyakkannya dihuni pegawai bergaji besar.

Ini adalah beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan oleh seorang sahabat yang melihat seorang individu yang tidak dikenali cuba mengumpil pintu kereta salah seorang penduduk di situ. Menyedari perbuatannya dirakamkan, suspek tersebut bertindak melarikan diri bersama sebuah kereta jenis Proton Myvi hitam lama tanpa sempat diambil nombor pendaftaran kenderaan tersebut.

Gua harap agar gambar-gambar ini disebarkan oleh semua pembaca agar pihak Polis dapat mengenal pasti penjenayah hingga tertangkapnya pencuri sial nie. Sebar... Sebarkan...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 14 July 2013

Penduduk Kuala Besut Lebih Suka Memilih Calon BN Daripada Calon Pas!!!

Hasil soal selidik dan interview dengan penduduk kawasan Kuala Besut yang juga pengundi di sana yang terdiri daripada pelbagai peringkat masyarakat dari pelbagai bidang pekerjaan, rata-rata melahirkan hasrat mahu memberi undi kepada calon BN, Tengku Zaihan berbanding calon Pas iaitu Che Long.

Antara sebab mengapa pengundi lebih menyukai calon BN kerana beliau merupakan calon muda yang mempunyai pendidikan dan keperibadian serta mesra dengan penduduk setempat. Tambahan pula keluarga beliau juga terkenal dengan keluarga yang kuat agamanya.

Menurut penduduk setempat juga, Tengku Zaihan dilihat sebagai anak muda yang mempunyai visi dan misi tersendiri dalam usaha untuk membangunkan kampung halaman beliau sendiri. Tumpuan beliau yang ingin membangunkan perusahaan hiliran dan Industri Kecil Sederhana yang berlatarbelakangkan Kuala Besut yang terkenal sebagai pintu masuk ke Pulau Perhentian.

Usaha ini secara tidak langsung akan membuka peluang pekerjaan terutama kepada golongan mudan dan belia yang akhirnya akan mengurangkan masalah pengangguran dan golongan muda yang ke luar daerah mencari pekerjaan.

Dengan memilih Tengku Zaihan dari calon BN sebagai ADUN kepada penduduk Kuala Besut nanti pasti akan membawa pembangunan dan perubahan yang sudah dirancang oleh kerajaan negeri Terengganu. Tambahan pula tahun 2014 merupakan tahun Melawat Terengganu yang sedang giat dipromosi sekarang.

Sudah tentu Kuala Besut bakal merasai tempiasnya bila ramai pelancong dari dalam dan luar negeri menjadikan Kuala Besut sebagai pintu masuk ke Pulau Perhentian. Usaha ini pasti terbantut jika pengundi Kuala Besut memilih calon Pas, Che Long sebagai ADUN.

Oleh itu, diharapkan agar pengundi DUN Kuala Besut agar membuat pilihan yang betul dengan memilih calon BN, Tengku Zaihan sebagai Wakil Rakyat agar segala usaha yang dirancang dapat dirasai menafaatnya oleh penduduk setempat.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers