Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday, 15 July 2013

Seorang Lelaki Naik Angin Tunjuk Samseng Setelah Ditegur Menteri Wilayah @TengkuAdnanReal!!!

Seorang lelaki berlagak samseng cuba melawan setelah tindakannya menepuk kepala seorang pengawal keselamatan, di Jalan Masjid dihalang Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang secara kebetulan melalui kawasan itu sempena lawatan ke bazar Ramadan semalam.

Terdahulu, pemandu Proton Waja terbabit menuju ke laluan keluar parkir sebuah premis di situ, namun di halang pengawal keselamatan berkenaan kerana bertentangan arah.

Difahamkan, lelaki berkenaan tiba-tiba berang dan bertindak keluar kereta sebelum menepuk kepala pengawal keselamatan itu.

Tengku Adnan yang melihat keadaan itu segera menghampiri dan bertindak memegang lengan lelaki terbabit bagi menghalang tindakan lebih agresif dilakukan kepada pengawal keselamatan yang agak berusia itu.

Berikutan itu, lelaki terbabit cuba melawan dengan meninggikan suara, namun ditenangkan seorang wanita dalam kereta sama kemungkinan menyedari 'lawan' lelaki itu seorang menteri.

Keadaan kembali tenang apabila lelaki itu dilihat akur dan pada masa sama, Tengku Adnan menasihatkannya supaya lebih beradab.

p/s : kurang ajar!!! tak kira la dengan menteri ker atau orang biasa. Persoalannya jangan tunjuk hero ngan orang tua la, pilih la sama baya...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

  1. nak gambar dan apa3 maklumat psl laki yg tepuk kpala guard tue

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers