Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday, 18 July 2013

Gempar!!! Kenapa Alvin Vivian Disiasat Lebih 10 Jam???


Pasangan kontroversi seks, Alvin Tan dan Vivian Lee telah hadir ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Proses siasatan yang bermula lebih kurang jam 11 pagi itu berakhir pada jam 9.30 malam.

Para wartawan daripada pelbagai agensi media cetak dan elektronik berkampung di perkarangan pejabat SKMM itu.

Tempoh siasatan yang melebihi 10 jam itu menimbulkan persoalan dalam kalangan wartawan hadir.


Menurut sumber dalaman, siasatan terhadap kedua pasangan itu mengambil masa yang lama kerana dikatakan siasatan bukan sahaja menjerumus kepada kes terbaru malah melibatkan kes-kes sebelum ini.

Pada 11 Julai lalu, pasangan itu telah memuat naik sebuah poster menerusi laman sosial Facebook disifatkan banyak pihak sebagai mempersenda serta menjatuhkan maruah umat Islam.

Malah, cakap-cakap dalam kalangan pihak media turut meramalkan bahawa SKMM turut bertindak secara serius kali ini dengan membuka kes-kes berkaitan pasangan itu sebelum ini.

Kronologi kisah Alvin dan Vivian bermula pada 20 September 2012 apabila pasangan itu memuat naik gambar dan video lucah mereka menerusi laman blog, Sumptous Erotica.

Kemudian mereka bertindak untuk menutup laman blog tersebut dan bergiat secara aktif menerusi laman sosial Facebook.

Dalam pada itu, pasangan tersebut turut membuat beberapa video berkenaan pandangan orang awam tentang beberapa topik berkaitan seks yang dimuat naik menerusi laman video sosial, Youtube.

Malah, mereka juga pernah mempromosi parti seks berbayar menerusi laman sosial Facebook.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

  1. kalau si cinabeng-cinabeng ini terlepas dengan ikat jamin atau hukuman terlalu ringan ...siaplah akan ramai yang ambil tindakan sendiri.

    Syahid... Allahuakhbar!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers