Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday 15 January 2015

Miley Cyrus Cetus Kontroversi Lagi, Tayang Gambar Bogel!!! @MileyCyrus #MileyCyrus


Nampaknya tiada apa lagi yang ‘tersembunyi’ dalam kamus hidup penyanyi penuh kontroversi, Miley Cyrus.

Buat pertama kalinya menerusi majalah ‘V’, dia telah berkongsi gambar bogelnya secara berdepan dan hanya menutup bahagian sulitnya dengan buih sabun.



Tindakan Miley itu sebenarnya tidak mengejutkan kerana sebelum ini dia kerap memuatnaik gambar separuh bogelnya menerusi akaun Instagram.

Ramai netizen menganggap ia salah satu daripada ribuan usaha penyanyi itu untuk mendapat perhatian ramai dengan cara yang tidak senonoh.


“Gadis ini perlukan bantuan.”

“Ibu bapanya pasti sangat ‘bangga’ dengannya!”

“Kenapa mereka paparkan gambar ‘Justin Bieber’ berbogel?”

Itu antara komen sinis daripada netizen sebaik sahaja gambar Miley tersebar di internet.

Hmm.. memandangkan isu berbogel sudah dianggap perkara biasa oleh peminatnya, mungkin Miley boleh cuba memakai pakaian sopan?

Pasti ‘bergegar’ dunia hiburan dibuatnya…! – MYNEWSHUB.CC

Wednesday 14 January 2015

Jawapan Kenapa Tidak Perlu Jawatan "Ketua Pembangkang" Di Selangor??? @NajibRazak @NohOmar #DSNO #UbahSelangor


Setelah perletakan jawatan Ketua Pembangkang Kerajaan Negeri Selangor oleh Dato' Samsudin Lias yang juga ADUN Sungai Burung bermula hujung tahun 2014 sehingga ke hari ini jawatan itu masih kosong tidak diisi oleh sesiapa pun [Klik Sini] [Klik Sini]. Beliau juga menolak tawaran sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) Negeri Selangor yang merasa jawatankuasa ini hanya merupakan salah satu agenda kotor politik kerajaan Pakatan Rakyat kerana jika dilihat sebenar secara mendalam kuasa dan fungsi Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) ini amatlah terhad terhad berbanding dengan SELCAT yang kelihatan kuasanya mengatasi PAC. 

Lantaran itu terdapat desakan demi desakan terutama daripada kerajaan Negeri Selangor yang mahu jawatan Ketua Pembangkang diisi segera. Namun, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor yang juga bertindak sebagai Pengerusi BN Negeri, Datuk Noh Omar memberi penjelasan kenapa jawatan ini bukanlah suatu keutamaan atau wajib diisi. Lihatlah video di bawah ini jawapan dan penjelasan yang diberikan oleh Noh Omar mengenai status jawatan Ketua Pembangkang Negeri Selangor.
Tidak ada keperluan lagi mahu ganti Ketua Pembangkang Selangor yang baharu.
Itu reaksi Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berhubung kekosongan jawatan itu selepas Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Burong, Datuk Shamsuddin Lias meletakkan jawatan.
"Ya, kami menerima surat daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mengenai menamakan Ketua Pembangkang dan kami telah membalasnya menyatakan kami menerima surat berkenaan.
"Namun setakat ini kami belum berbincang untuk menggantikannya," ujarnya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Selangor di sini hari ini.
Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang itu memberitahu, jawatan ketua pembangkang bukan satu keperluan DUN dan tidak menganggu proses perundangan tanpa sesiapa memegang jawatan berkenaan.
"Lagi pun banyak negeri tak ada ketua pembangkang. Melaka, dulu DAP jadi ketua pembangkang tetapi kini tidak ada pun..mereka tak bising," katanya.
Shamsuddin sebelum itu meletakkan jawatan sebagai ketua pembangkang selepas mendakwa kerajaan negeri di bawah Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali membuat dasar mewajibkan sesiapa memegang jawatan itu secara automatik memegang jawatan Pengerusi Kira-Kira Wang Awam (PAC) Selangor.
Bagaimanapun, kuota ahli jawatankuasa dalam PAC Selangor didakwanya tidak adil sebagai alasan tidak meletakkan jawatan.- MalaysiaGazette

Tuesday 13 January 2015

Panas!!! Kenapa UMNO Selangor Perlu Dirombak??? @NajibRazak @nohomar #DSNO


Kenapa struktur UMNO Selangor sekarang perlu dirombak demi mentranformasikan semua politik Selangor jika mahu menawan semula negeri Selangor dari tangan Pakatan Rakyat??? Banyak faktor dan sebab kenapa transformasi ini perlu.

1. Struktur organisasi UMNO Selangor yang lama perlu dirombak dan digantikan dengan muka baru atau pertukaran potfolio demi menguatkan lagi jentera pentadbiran UMNO Selangor setelah Presiden UMNO Datuk Seri Najib sekali lagi memberi kepercayaan agar Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dipertanggungjawabkan kepada bahu Ketua UMNO Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar. Kenapa Noh Omar tidak yang lain??? Rasanya orang luar agak sukar memahami kenapa Perdana Menteri memilih Noh Omar bukan Ketua Bahagian yang lain. Jika kita mahu jawapan yang jelas kenapa PM melihat "capability" dan "credibility" yang dimiliki oleh Noh Omar layak menduduki "kerusi panas" di Selangor ini kita perlu mengambil kira pandangan majoriti kepimpinan tertinggi UMNO Selangor dan ahli-ahli UMNO Selangor yang rata-ratanya mengatakan hanya Noh Omar sahaja mampu mengawal suasana dan geopolitik UMNO Selangor dan jika sekiranya keadaan ini diberikan kepada yang lain belum ada jaminan bahawa UMNO Selangor makin baik bahkan ada yang berpendapat ia akan menjadi semakin buruk dan semakin parah. Mungkin bersandarkan kepada keadaan inilah yang menyebabkan PM tetap memilih Noh Omar sebagai "Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor".

2. Jawatan Naib Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor juga bukanlah sesuatu yang boleh dipandang "enteng" atau di pandang remeh kerana mereka inilah "anchor" atau "tiang seri" kepada Pengerusi Negeri. Tanpa calon yang mantap menyandang kerusi ini, berkemungkinan besar banyak kerja-kerja yang mungkin tergendalan. Ada cadangan mahukan Datuk Yusoff Hanif (Kelana Jaya) menjaga "Urban" yang diklasifikasikan sebagai "kawasan bandar". Manakala Datuk Johan Abdul Aziz (Hulu Langat) menjaga "Sub Urban" atau "kawasan pinggir bandar" dan yang terakhir pula dipertanggungjawab bagi menjaga kawasan "Luar Bandar" yang dicadangkan Datuk Shahrom Dato" Haji Shariff (Sepang). Gandingan ketiga-tiga mereka ini dilihat amat serasi dan sesuai dalam menggalas jawatan diperingkat Urban, Sub Urban dan Luar Bandar .

3. Bagi Noh Omar sebagai ketua amat memerlukan seorang Setiausaha yang mampu membantu beliau dalam menguruskan tugas-tugas menjaga negeri dan individu yang dilihat layak mengisi tempat tersebut hanyalah Datuk Zein Isma yang juga Ketua Bahagian Subang. Berkemungkinan dengan kehadiran Zein Isma nanti lebih melancarkan tugas-tugas negeri yang dilihat agak perlahan ketika ini.

4. Jawatan Ketua Penerangan / Pengarah Strategik antara jawatan yang agak berat dan memerlukan individu yang mahir dalam selok belok bidang ini dan dilihat Budiman Zohdi antara YB dalam Selangor yang "IT Savvi" serta amat memahami penggunaan media sosial yang ketika ini antara medium yang amat kuat pengaruhnya terutama dikalangan generasi muda masa kini. Dengan kehadiran beliau amat bertepatan dapat menghampiri orang muda dengan lebih mudah melalui medium media sosial. 

5. Jabatan Media Sosial pula antara entiti baru yang diwujudkan di setiap negeri yang juga pengkhususannya dalam media sosial yang semakin mengambil tempat dalam kehidupan kita kini dan Tn Azahari Dato' Shaari adalah calon muda yang difikirkan amat sesuai mengisi jawatan ini yang tidak kurang pentingnya kerana Jabatan Media Sosial diperlukan bergerak seiringan dengan Penerangan Negeri. Amat bertepatanlah jika beliau mengisi jawatan ini sesuai dengan hasrat Presiden UMNO yang mahukan agar "peremajaan UMNO" dilakukan sesuai dengan suasana geopolitik sekarang yang dilihat orang muda secara perlahan-lahan menjauhkan diri dengan UMNO.

6. Dan jawatan yang terakhir adalah Jabatan Pilihanraya yang sesuai diisi oleh Raja Dato Hanipuddin Ketua UMNO Petaling Jaya Selatan kerana tugas jabatan Pilihanraya ini juga dilihat sama pentingnya dengan tugas-tugas yang lain terutama bagi memastikan jentera Pilihanraya bergerak dari sekarang dalam usaha menawan kembali Selangor semasa Pilihanraya Umum akan datang.

Kenapa hanya 6 jawatan ini sahaja yang diperbincangkan dan dicadangkan perlunya dilakukan rombakan dalam struktur UMNO Selangor tidak kepada potfolio dan jawatan lain. Berdasarkan pemerhatian dan "feedback" akar umbi jawatan lain yang tidak diperbincangkan dilihat masih mampu berjalan dengan baik dan tidak perlu adanya penambahbaikan lain. Jawatan lain masih signifikan dengan penyandang yang sedia ada cuma cadangan ini adalah untuk penambahbaikan bagi memantapkan lagi UMNO Selangor dalam usaha menawan semula Selangor dari tangan Kerajaan Pakatan Rakyat.


Monday 12 January 2015

Puaka Niring : Misteri Ikan Keli Emas Terperangkap Dalam Bubu???




SARATOK – Seekor keli berwarna oren keemas-emasan jauh berbeza berbanding keli biasa terperangkap dalam bubu Kasum Ringkai atau lebih dikenali dengan nama Apai Rickey.

Katanya, sepanjang usianya mencecah 50-an dia tidak pernah melihat keli berwarna keemas-emasan malah penemuan keli unik itu turut menarik perhatian penghuni Rumah Buchai, Kecoh, 30 kilometer dari pekan Saratok.

“Semua penghuni warga emas di rumah panjang kami mengaku tidak pernah melihat keli sedemikian rupa. Ia terperangkap dalam bubu yang saya letak di paya belakang rumah panjang kami,” katanya.

Cerita Apai Rickey lagi, paya itu dipanggil Sungai Rarong oleh penduduk setempat memang jadi lokasinya untuk meletak bubu ikan yang dipanggil bubu duduk.

“Berpuluh-puluh ekor ikan keli, haruan, toman serta beberapa jenis ikan air tawar lain di paya ini.Menggunakan kaedah bubu duduk ini berumpankan biji sawit dan ubi, saya memperoleh banyak hasil.

“Tetapi seminggu lepas, sewaktu saya memeriksa bubu duduk yang di paya ini, saya terkejut terlihat seekor ikan berwarna keemas-emasan terperangkap dalam bubu bersama dua ekor keli lain,” kata Apai Rickey ketika ditemui semalam.

Pada mulanya, kata Apai Rickey, ada rasa takut dan ragu-ragu mengeluarkan ikan pelik itu kerana warnanya agak berbeza berbanding keli biasa.

Didorong perasaan ingin tahu, dia memberani diri menangkap dan membawa ikan itu balik ke rumah panjang untuk dikongsi bersama penghuni rumah panjang mereka.

“Rata-rata warga emas di sini sependapat, inilah kali pertama dalam hidup mereka melihat ikan keli seakan-akan ikan emas.

Mereka menyarankan saya memeliharanya kerana mungkin ada hikmah tersembunyi di sebalik penemuan ini,” katanya.

Menurut Apai Rickey, ikan keli itu bersaiz lengan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, panjangnya pula sekitar 30 sentimeter.

Tambahnya, setelah dinasihat bapanya, dia memelihara keli emas itu dengan meletakkannya di dalam tong air di bilik mandi mereka.

“Saya memberi makanan biasa seperti biji kelapa sawit, cacing serta serangga. Dan, ikan keli ini menjadi tumpuan sebab ramai yang datang melihat,” jelasnya.

Berikutan tersebarnya berita tentang penemuan ikan keli yang pelik tersebut, beberapa penduduk Cina dari Sarikei datang dan menawar harga tertentu, namun tawaran itu terpaksa ditolak.

“Kami sekeluarga tidak pasti sama ada akan terus memelihara, melepaskan atau sebaliknya,” kata Apai Rickey dalam nada yang kebingungan. – UB
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers