Kenapa struktur UMNO Selangor sekarang perlu dirombak demi mentranformasikan semua politik Selangor jika mahu menawan semula negeri Selangor dari tangan Pakatan Rakyat??? Banyak faktor dan sebab kenapa transformasi ini perlu.
1. Struktur organisasi UMNO Selangor yang lama perlu dirombak dan digantikan dengan muka baru atau pertukaran potfolio demi menguatkan lagi jentera pentadbiran UMNO Selangor setelah Presiden UMNO Datuk Seri Najib sekali lagi memberi kepercayaan agar Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dipertanggungjawabkan kepada bahu Ketua UMNO Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar. Kenapa Noh Omar tidak yang lain??? Rasanya orang luar agak sukar memahami kenapa Perdana Menteri memilih Noh Omar bukan Ketua Bahagian yang lain. Jika kita mahu jawapan yang jelas kenapa PM melihat "capability" dan "credibility" yang dimiliki oleh Noh Omar layak menduduki "kerusi panas" di Selangor ini kita perlu mengambil kira pandangan majoriti kepimpinan tertinggi UMNO Selangor dan ahli-ahli UMNO Selangor yang rata-ratanya mengatakan hanya Noh Omar sahaja mampu mengawal suasana dan geopolitik UMNO Selangor dan jika sekiranya keadaan ini diberikan kepada yang lain belum ada jaminan bahawa UMNO Selangor makin baik bahkan ada yang berpendapat ia akan menjadi semakin buruk dan semakin parah. Mungkin bersandarkan kepada keadaan inilah yang menyebabkan PM tetap memilih Noh Omar sebagai "Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor".
2. Jawatan Naib Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor juga bukanlah sesuatu yang boleh dipandang "enteng" atau di pandang remeh kerana mereka inilah "anchor" atau "tiang seri" kepada Pengerusi Negeri. Tanpa calon yang mantap menyandang kerusi ini, berkemungkinan besar banyak kerja-kerja yang mungkin tergendalan. Ada cadangan mahukan Datuk Yusoff Hanif (Kelana Jaya) menjaga "Urban" yang diklasifikasikan sebagai "kawasan bandar". Manakala Datuk Johan Abdul Aziz (Hulu Langat) menjaga "Sub Urban" atau "kawasan pinggir bandar" dan yang terakhir pula dipertanggungjawab bagi menjaga kawasan "Luar Bandar" yang dicadangkan Datuk Shahrom Dato" Haji Shariff (Sepang). Gandingan ketiga-tiga mereka ini dilihat amat serasi dan sesuai dalam menggalas jawatan diperingkat Urban, Sub Urban dan Luar Bandar .
3. Bagi Noh Omar sebagai ketua amat memerlukan seorang Setiausaha yang mampu membantu beliau dalam menguruskan tugas-tugas menjaga negeri dan individu yang dilihat layak mengisi tempat tersebut hanyalah Datuk Zein Isma yang juga Ketua Bahagian Subang. Berkemungkinan dengan kehadiran Zein Isma nanti lebih melancarkan tugas-tugas negeri yang dilihat agak perlahan ketika ini.
4. Jawatan Ketua Penerangan / Pengarah Strategik antara jawatan yang agak berat dan memerlukan individu yang mahir dalam selok belok bidang ini dan dilihat Budiman Zohdi antara YB dalam Selangor yang "IT Savvi" serta amat memahami penggunaan media sosial yang ketika ini antara medium yang amat kuat pengaruhnya terutama dikalangan generasi muda masa kini. Dengan kehadiran beliau amat bertepatan dapat menghampiri orang muda dengan lebih mudah melalui medium media sosial.
5. Jabatan Media Sosial pula antara entiti baru yang diwujudkan di setiap negeri yang juga pengkhususannya dalam media sosial yang semakin mengambil tempat dalam kehidupan kita kini dan Tn Azahari Dato' Shaari adalah calon muda yang difikirkan amat sesuai mengisi jawatan ini yang tidak kurang pentingnya kerana Jabatan Media Sosial diperlukan bergerak seiringan dengan Penerangan Negeri. Amat bertepatanlah jika beliau mengisi jawatan ini sesuai dengan hasrat Presiden UMNO yang mahukan agar "peremajaan UMNO" dilakukan sesuai dengan suasana geopolitik sekarang yang dilihat orang muda secara perlahan-lahan menjauhkan diri dengan UMNO.
6. Dan jawatan yang terakhir adalah Jabatan Pilihanraya yang sesuai diisi oleh Raja Dato Hanipuddin Ketua UMNO Petaling Jaya Selatan kerana tugas jabatan Pilihanraya ini juga dilihat sama pentingnya dengan tugas-tugas yang lain terutama bagi memastikan jentera Pilihanraya bergerak dari sekarang dalam usaha menawan kembali Selangor semasa Pilihanraya Umum akan datang.
Kenapa hanya 6 jawatan ini sahaja yang diperbincangkan dan dicadangkan perlunya dilakukan rombakan dalam struktur UMNO Selangor tidak kepada potfolio dan jawatan lain. Berdasarkan pemerhatian dan "feedback" akar umbi jawatan lain yang tidak diperbincangkan dilihat masih mampu berjalan dengan baik dan tidak perlu adanya penambahbaikan lain. Jawatan lain masih signifikan dengan penyandang yang sedia ada cuma cadangan ini adalah untuk penambahbaikan bagi memantapkan lagi UMNO Selangor dalam usaha menawan semula Selangor dari tangan Kerajaan Pakatan Rakyat.
No comments:
Post a Comment