Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 31 January 2015

Pentas Politik Jelajah Nadi Rakyat Selangor Perjelaskan Isu Semasa??? @NohOmar #DSNO


Malam tadi di Taman Desa Sentosa Teras Jernang, Sepang Selangor satu program ceramah umum Pentas Politik Jelajah Nadi Rakyat Selangor memperjelaskan isu-isu semasa berkaitan Selangor dan kerajaan negeri Selangor telah diadakan anjuran Penerangan UMNO Selangor yang disampaikan oleh panel-panel yang sangat berkaliber yang terdiri daripada Ustaz Hasan Basri (bekas pemimpin kanan Pas), YB Budiman dan Exco Pemuda UMNO Malaysia sdr Armand Adha. 

Penjelasan isu semasa Selangor disampaikan oleh Ustaz Hasan Basri bekas kepimpinan kanan Pas yang menjelaskan isu Tahaluf Siasi Pas dalam Pakatan Rakyat bagaimana dengan adanya Tahaluf Siasi pas dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat yang sebenarnya merugikan Pas sebenarnya. Ini terbukti bagaimana Pas dibuli-buli oleh rakan Pakatan terutama DAP dan bagaimana Pas merelakan Presiden mereka sendiri dihina oleh PKR dan DAP. Penjelasan juga diberikan oleh ustaz Hasan Basri bagaimana cubaan oleh Anwar Ibrahim mahu membeli 30 ahli parlimen BN dengan ditawarkan dengan pelbagai jawatan dan wang ringgit semata-mata mahu menjadi Perdana Menteri. Ustaz Hasan Basri juga memperincikan bagaimana parti Pas yang kononnya memperjuangkan Islam kononnya tapi menikus dan hanya mampu mendiamkan diri dalam isu pesta arak yang berlaku di Selangor.

Yb Budiman tampil sebagai panel kedua dengan memperjelaskan apa yang berlaku disebalik isu "Datum Jelatek" yang secara tersiratnya membawa agenda jahat DAP untuk meminggirkan orang Melayu bandar secara halus. Penjelasan yang jelas bagaimana  projek "Datum Jelatek" adalah pembohongan kerajaan Pakatan Rakyat terutama DAP kononnya orang melayu yang membeli kembali hartanah tersebut sedangkan hakikat sebenarnya ia telah dibeli oleh bukan bumiputera. Penduduk Keramat terutama mereka yang secara langsung terlibat dengan isu "Datum Jelatek" ini begitu kecewa apabila Menteri Besar Selangor, Azmin Ali gagal untuk berjumpa penduduk bagi mencari jalan penyelesaian.

Panel ketiga pula adalah sdr Arman Adha yang menjelaskan bagaimana sokongan anak muda sebenarnya mula beralih kepada UMNO dan Barisan Nasioanal bukanlah seperti apa yang digambarkan oleh Pembangkang yang cuba menanam persepsi kononnya anak muda bersama mereka. Ini dibuktikan dengan peningkatan undi anak muda dalam PRU dan PRK sebelum ini. Armand menjelaskan bagaimana Selangor mampu dikembalikan semula ke tangan Barisan Nasional jika anak muda kembali sedar bahawa mereka selama ini telah ditipu hidup-hidup oleh janji manis Pakatan Rakyat yang hanya rakuskan jawatan, pangkat, kuasa dan wang ringgit. Armand juga menyeru seluruh anak muda bangkit bersama UMNO dan Barisan Nasional kerana parti ini sahajalah yang tampil memberi bantuan kepada rakyat Selangor ketika ditimpa musibah seperti ketika Selangor terputus bekalan air. Tiada ahli parlimen atau ADUN Pakatan Rakyat turun melihat sendiri masalah yang dihadapi oleh rakyat selain berpolitik 24 jam. 

Walaupun malam tadi hujan lebat turun ketika program ceramah Pentas Politik Jelajah Nadi Rakyat Selangor namun dugaan ini tidak mematahkan semangat ratusan penduduk kawasan berhampiran menghadirinya apatah lagi mematahkan semangat ahli panel yang begitu bersemangat memberikan ceramah.




Friday 30 January 2015

RM980,000 Diperuntukkan Untuk Baiki Jeriji Besi Yang Rosak Di Flat Kanak-kanak Jatuh??? #DSNO @NohOmar


Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata sebanyak RM1.8 juta telah diperuntukkan untuk membaik pulih segala kerosakan serta penambaikan di kawasan perumahan Flat PPR, Seksyen 8, Kota Damansara.

Berita peruntukkan itu disusuli selepas kematian mengejut adik Muhammad Zulhazriq Danish Alden yang terjatuh dari tingkat enam kawasan perumahan tersebut disebabkan kerosakan pada kerosakan jeriji besi.

“Walaupun ini (perumahan PPR tersebut) di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, tapi sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan, ada peruntukkan dan untuk ini, saya luluskan RM980,000 untuk baiki railing (jeriji), peruntukan sudah ada dan saya harap projek ini akan dilaksanakan dengan secepat mungkin.

“Saya luluskan RM1.8 juta untuk tujuan pendawaian dan baik pulih railing (jeriji) di kawasan ini,” katanya ketika ditemui dalam sidang media, di Kota Damansara, hari ini.

Dalam kunjungannya itu, Noh menyerahkan sumbangan peribadi kepada ibu adik Zulhazriq, Nor Sahura Sahara Muhammad, 35 di kediaman mangsa yang terletak di tingkat enam, Blok B.

Turut hadir pada majlis sidang media itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan.

Adik Zulhazriq, 5, anak bongsu daripada lima beradik meninggal dunia jam 4 petang semalam selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan jenazahnya telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara. – MYNEWSHUB.CC

Baca lagi DI SINI dan DI SINI

Wednesday 28 January 2015

Keramat Bakal Jatuh Ke Tangan Bukan Melayu Melalui Projek #DATUM Agenda DAP???


Sebuat sahaja "KERAMAT" pasti penduduk kawasan Lembah Klang kenal sangat, sebuah kawasan yang populasinya majoriti adalah orang Melayu yang terdiri daripada penduduk melayu, peniaga melayu, dan sudah dikenali sebagai salah satu kawasan melayu seperti Kampung Baru. Bukan sahaja orang Lembah Klang mengenalinya bahkan satu Malaysia tahu "Keramat". Namun, suasana ini mungkin tidak dapat dilihat lagi di masa akan datang jika "Projek Datum Jelatek" diteruskan oleh kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat menggunakan boneka mereka "Azmin Ali" sebagai Menteri Besar Selangor baru yang menggantikan Khalid Ibrahim.

Kenapa projek ini mendapat bantahan penduduk, orang ramai, masyarakat dan rakyat Selangor terutama dari orang melayu? Ini antara sebab mengapa projek ini mendapat tentangan dan tidak harus diteruskan :
KESAN PROJEK DATUM JELATEK KEPADA PENDUDUK DAN BANGSA MELAYU
1. DUA DARI EMPAT BLOK (A & C) BANGUNAN PANGSAPURI INI TELAH DIBELI OLEH PELABUR ASING SECARA PUKAL (EN-BLOCK). PENJUALAN TERSEBUT DIBUAT DI NEGARA JIRAN – BUKAN DI MALAYSIA. INI BERMAKNA 50% AKAN DIDUDUKI OLEH WARGA ASING.
MENGAPAKAH WARGA ASING DIBENARKAN MEMILIKI KEDIAMAN DI KAWASAN 100% MELAYU?
2. BAKI DUA BLOK LAGI DI BUKA KEPADA PENDUDUK DI MALAYSIA, 50% DIPERUNTUKAN KEPADA BUMIPUTRA DAN 50% LAGI KEPADA BUKAN BUMIPUTRA.
BUKANKAH KAWASAN TAMAN KERAMAT INI KAWASAN EKSKLUSIF UNTUK BANGSA MELAYU?
3. SATU UNIT BERHARGA DARI RM700,000 KEPADA RM11.5 JUTA. JELAS SEKALI TIDAK RAMAI MELAYU YANG MAMPU MEMILIKINYA.
ADAKAH INI STRATEGI UNTUK MENSISIHKAN BANGSA MELAYU DARI KAWASAN MELAYU?
4. KUOTA LOT BUMIPUTRA YANG DITETAPKAN ADALAH YANG TERMURAH, PALING KECIL DAN LOKASI PALING TIDAK STRATEGIK.
APAKAH INI BUKAN SATU PENGHINAAN UNTUK MEMPERLEKEHKAN KEMAMPUAN ORANG MELAYU?
SUMBER : BANTAH DATUM JELATEK KLIK SINI JUGA




Projek Datum Jelatek sebelum ini dibantah penduduk tempatan yang mengatakan ianya bertujuan ‎menukar kawasan majoriti Melayu itu menjadi "Chinese District" apabila projek kondominium itu hanya mampu dimiliki kaum Cina dan warga asing dari China.


PROJEK DATUM JELATEK di Jalan Jelatek, Taman Keramat yang merupakan projek Mewah dan berprestij menzalimi penduduk asal yang majoritinya warga yang kurang berkemampuan dan berbangsa Melayu.

Ianya merupakan projek pembangunan semula kawasan perumahan kos rendah kepada pembangunan bercampur Projek Mega bernilai RM 1 Bilion yang mengandungi 4 blok 674 unit kondominium mewah.

Pihak PKNS telah merobohkan 4 blok rumah pangsa kos rendah didiami 100% Melayu pada 26 Oktober 2011 yang telah dibina pada tahun 70 an untuk memberi laluan kepada projek Datum Jelatek.

Pampasan ambil balik tanah sebanyak RM 130,000.00 untuk rumah pangsa (2 bilik), RM 166,000.00 (3 bilik) dan RM 155,000.00 untuk rumah kedai (1 bilik) dan RM 197,000.00 ( 2 bilik )Harga yang paling murah RM 700,000.00 seunit untuk unit studio berukuran 538 kp dengan diskaun 7% kepada bumiputra.

Harga termahal RM 11.6 juta 4 bilik Penthouse kondominium dengan keluasan 7,222 kaki persegi.

Dan fakta yang amat mengejutkan juga apabila kita tahu bahawa syarat mereka ini tidak mampu dipenuhi oleh kebanyakkan bangsa Melayu kerana untuk membeli unit termurah RM 700,000.00 seunit, bayaran pendahuluan RM 100 ribu, ansuran bulanan bank RM 4 ribu – RM 5 ribu sebulan (tempoh 20 tahun) dan memerlukan gaji RM 20,000.00 sebulan.

Kuota 70% Melayu di kawasan tersebut juga telah dibatalkan dan digantikan dengan 50% Melayu dan 50% bukan Melayu. Ejen pemasaran – syarikat Singapura ERA Realty Network Pte. Ltd. Dipasarkan di Singapura pada 2 hingga 4 November 2012 di International Property Expo 2012, MARINA BAY SANDS CONVENTION CENTRE.

Datum Jelatek ini telah dipromosikan sebagai CHINESE MAINSTREAM DISTRICT. Dalam prospektus pasaran ada disebut seperti berikut :-

“Datum Jelatek is developed by WIRAMAS HARTANAH (M) Sdn Bhd. This project is the largest we have in Malaysia so far, we are aiming for those Chinese who is willing to invest properties in Malaysia or those who meet certain criteria” Malaysia My Second Home Programme to live in Malaysia, that is why we define it as CHINESE MAINSTREAM DISTRICT in the City Centre”, dengan izin.

PENGURUS BESAR PKNS dengan bangga mengumumkan bahawa 2 blok A dan C telah dijual kepada pelabur dari negara CHINA, sementara dua blok lagi B dan C ditawarkan kepada pelabur-pelabur dari Singapura dan Indonesia.20.

SUMBER : SHAHALAMREBELS



SUMBER : SILA KLIK SINI

Tuesday 27 January 2015

Menteri Pertanian Gariskan 7 Amanat Untuk Kementerian Pertaniaan??? @NajibRazak @IsmailSabri60 #DSIS


MAJLIS AMANAT YBM ISMAIL SABRI YAAKOB 2015, MAEPS, SERDANG

1. Menteri Pertanian telah menetapkan sasaran yang jelas mengenai hala tuju Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani . Kementerian Pertanian akan berikan peluang kepada warga kerja Kementerian dari peringkat atasan sehingga ke kakitangan peringkat bawahan untuk memberi komen atau cadangan tentang perancangan agenda 2015.

2. Hujung minggu lepas, Kementerian Pertanian telah mengadakan adakan sesi retreat dan kita sepakat untnk "come out" dengan 8 strategi atau "Key Result Area" dalam mendepani cabaran tahun 2015.

3. 8 KRA tersebut ialah : 

i.    Peningkatan Pengeluaran.
ii.   Peningkatan Pendapatan. 
iii.  Peningkatan Eksport.
iv.  Pengukuhan Rantaian Nilai.
v.   Pemerkasaan Bumiputera
vi.  Pemantapan.
vii. Pengukuhan Modal Insan.
viii. Pengurusan Projek Yang Cekap

4. Strategi untuk Beras - Kementerian Pertanian akan menyemak semula dasar mengimportan benih padi hibrid.

5. Strategi untuk Buah - Kementerian Pertanian akan tanam semula.

6. Strategi untuk lembu - Kementerian Pertanian akan fokus kepada program TRUST.

7. Pihak Kementerian juga akan berkerjasama dengan lebih erat bersama pihak GLC dalam memperluaskan lagi kawasan pengeluaran pertanian negara.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers