Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 2 November 2012

Puaka Niring : 10 Hantu Dirakam Kamera Di Jepun...

Orang "PERTAMA" Dalam Sejarah Ajaran Islam...


1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS.

2.Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

3.Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS.

4.Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari
qiamat :
Nabi Ibrahim AS.

5…Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada
hari qiamat :
Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara
Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari
qiamat :
Nabi Muhammad SAW

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan
khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA

Tolong Baca : Bayi 4 Bulan Perlukan Bantuan Kewangan....


Keluarga seorang bayi berusia empat bulan yang didapati menghidap jantung berlubang dan salur darah sempit, memerlukan wang tambahan untuk menampung kos rawatan serta pembedahan untuk kali kedua.

Bayi itu, Muhammad Haidar Hisamudin kini ditempatkan di unit rawatan rapi pediatrik (PICU) Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur kerana baru sahaja menjalani pembedahan menelan kos sebanyak RM50,000.

Ibunya, Juniza Johari, 28, berkata, anaknya pada asalnya dijangka menjalani sekali sahaja pembedahan, namun doktor memutuskan untuk membuat dua kali pada saat akhir.

"Anak saya dikatakan mempunyai tiga lubang di jantung dan saluran darah sempit. Keadaan itu mungkin menyebabkan dia memerlukan dua kali pembedahan. Pembedahan kali pertama berjaya dilakukan semalam (kelmarin), namun pembedahan kedua belum diketahui tarikhnya lagi.

"Sekali pembedahan menelan kos RM50,000. Pembedahan kedua masih belum diketahui kos pembedahannya lagi. Kos pembedahan pula tidak termasuk bayaran selama tinggal dalam wad," katanya.

Juniza berkata, anaknya disahkan menghidap penyakit itu pada 24 September lalu dan ditahan di wad Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.

Menurutnya, pada 23 Oktober lalu, Muhammad Haidar dipindahkan ke IJN dan kini anaknya berada di wad hampir dua bulan.

Thursday 1 November 2012

Puaka Niring : Jangan Tengok Video Seram Ni Nanti Korang Marah Aku...



gua dah pesan kat korang kan sebelum nie... jangan tengok nanti korang marah kat gua... yang korang pi tengok jugak buat apa... pastu nak marah-marah gua plak... sapa yang bangang sebenarnya... gua ka lu!!!!

[Mesti Tengok] : Kehebatan Pekerja India...

Penipuan-penipuan Pemimpin Pas...


1. Tidak menjaga imej Negeri yang diperintah

Selama 22 tahun dalam era baru pemerintahan Pas telah gagal membina "kemuliaan" bagi negeri Kelantan. Kelantan kekal sebagai negeri yang tidak boleh berdikari. Sekiranya Pas berjaya menjadikan Kelantan sebagai negeri yang dinamakan oleh mereka selama ini iaitu “NEGERA YANG BAIK” atau sebagai negeri “MENDAPAT KEBERKATAN DARI LANGIT” tentunya Kerajaan Kelantan tidak perlu mengharapkan satu sen pun duit daripada kerajaan Pusat.

Sekiranya Pas berjaya menjadikan Kelantan negeri yang terbaik dan berkat turun dari langit sebagaimana yang ditulis di merata tempat dalam bandar Kota Bharu itu barulah Kelantan mempunyai “Izzah” iaitu kemuliaan, kekuatan dan kedaulatan. Maka di mana daulatnya Kelantan jikalau Pas masih terpaksa menagih geran peruntukan dan pinjaman daripada kerajaan Pusat untuk membuat pinjaman mudah (soft loan) untuk memulihkan bekalan seperti air yang sentiasa bermasalah di Kelantan dan juga pembangunan lain, sedangkan selama ini mereka mencemuh Barisan Nasional khususnya UMNO.

Maka dari segi manakah lebihnya kebaikan Kelantan berbanding negeri-negeri lain. Di manakah keberkatan dari langit untuk Kelantan sebagai yang diwar-warkan?. Sekiranya Kelantan mempunyai “Izzah” bukan setakat mereka tidak perlukan bantuan dari kerajaan pusat, bahkan hasil mahsul Kelantan dapat membantu negeri-negeri lain sebagaimana Nabi Yusuf menjadi Menteri kewangan Mesir dulu dapat membantu negeri-negeri berjiran dengan baginda, demikian juga negeri Kelantan yang sepatutnya dapat membantu negeri lain kerana kononnya negeri lain tidak mendapat keredaan Allah SWT. Kerajaan Pas jangan berkata hasil mahsul Kelantan terpaksa diserahkan kepada kerajaan Pusat maka sebab itu ia tidak boleh berdikari. Ini kerana Pas tidak dapat mewujudkan satu Majlis Kerajaan Tempatan di Kelantan yang boleh berdikari, iaitu Majlis Kerajaan Tempatan yang mampu menanggung kos pengurusan dan kos pembangunan tanpa mengharapkan bantuan Kerajaan Pusat.

2. Gagal memajukan ekonomi

Kerajaan Pas berbeza dengan kerajaan Melayu Melaka dulu kerana Kerajaan Melayu Melaka apabila rajanya memeluk Islam, lalu negeri Melaka menjadi lebih makmur. Kelantan tidak nampak makmur selepas tertubuhnya kerajaan pimpinan Pas pada tahun 1990. Sebagai perbandingan dengan kerajaan Melayu Melaka, pelabuhan di Kelantan tidak menunjukkan pertumbuhan yang membanggakan sepanjang 22 tahun pentadbiran kerajaan Pas. Kelantan bukan pilihan utama pedagang, pengeksport atau pengimport.

Pelabuhan di Kelantan tidak terkenal bagi pendaratan ikan dan tidak ada usaha bersungguh-sungguh daripada pihak kerajaan negeri Kelantan untuk memajukan pelabuhan. Berbanding dengan Pelabuhan Melaka pada zaman kesultanan Melayu Melaka yang sentiasa sibuk dengan pedagang dari timur dan barat. Kerajaan Pas gagal menjadikan Kelantan sebagai Pusat Dagangan Dunia walaupun kedudukan Kelantan sebagai distinasi strategi sebagai laluan perkapalan ke Asia Timur. Apakah kerajaan Pas tidak pernah terfikir mengenai hal ini? Beberapa tahun lepas Pas telah meletak batu asas untuk Pelabuhan Darat di Kuala Krai, namun sekarang belum nampak apa-apa, bahkan papan tanda pun sudah dipenuhi oleh pokok Kapal Terbang, bukannya Kapal Terbang.

3. Gagal menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat

Bidang perindustrian tidak menjanjikan peluang pekerjaan yang mencukupi untuk anak Kelantan. Bilangan kilang dan peluang pekerjaan yang ada adalah sangat sedikit tidak setara dengan pertambahan bilangan remaja dan golongan yang mencari pekerajaan. Maka anak muda Kelantan terpaksa meninggalkan kampung halaman dan ibu ayah serta sanak keluarga untuk mencari rezeki sama ada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor atau Singapura negeri yang diperintah oleh BN yang kononya tidak Islam. Sepatutnya apabila kerajaan Pas ditubuhkan maka orang dari luar Kelantan akan berduyung-duyung mencari rezeki di Kelantan. Bahkan apabila hampir hari raya rakyat Kelantan berduyung balik ke Kelantan dan ramai yang menemui ajal dalam perjalanan. Kerajaan Kelantan gagal menarik pelabur secukupnya dan agensi-agensinya pula gagal untuk menyediakan peluang pekerjaan secukupnya untuk rakyat. Kerajaan Pas tidak boleh mengaitkan penghijrahan anak muda ke luar Kelantan adalah perkara lumrah dan tradisi rakyat Kelantan.

Memang benar pada tahun 1950an orang Kelantan berhijrah ke Thailand yang lebih dikenali dengan istilah “pergi ke Barat” dan kemudiannya rakyat Kelantan pergi ke Singapura menjadi buruh kontrak. Ini disebabkan pada ketika itu peluang pekerjaan amat susah kerana Malaysia masih belum merdeka.

Maka apakah kerajaan Pas yang kononnya mengikut Sunnah berpuas hati untuk melihat dasar yang merugikan itu terus berjalan. Memang betul apabila mereka bekerja di luar Kelantan mereka akan membawa hasil ke Kelantan tetapi tidakkah lebih baik Kelantan menjadi negeri pemberi hasil bukannya penerima hasil. Tidakkah Tok Guru pernah mengajara bahawa “Tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima”? Apakah usaha Pas selama 18 tahun untuk menjadikan Kelantan negeri yang memberi hasil bukan sahaja kepada rakyatnya tetapi kepada rakyat luar Kelantan?

4. Pas Sentiasa menyalahkan orang lain

Sebagai contoh dan renungan iaitu pada 13 Jun 1996 Hj Abdul Hadi Awang Presiden Pas semasa merasmikan muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat ke 37 mendakwa bahawa pentadbiran Pas terganggu kerana terdapat dua lagi kerajaan yang memerintah negeri tersebut sejak pilihan raya umum 1990. Dua kerajaan tersebut menurut Hj Abdul Hadi ialah pihak istana dan pihak kerajaan pusat.

Jikalau Pas mempunyai keperibadian sebagai sebuah kerajaan yang berhemah dan berwibawa, tidak timbul dakwaan sedemikian. Jikalau benarlah Pas melakukan kebaikan tentunya ia disukai oleh semua pihak termasuk istana dan kerajaan pusat. Apa yang diketahui pihak Istana bertindak mengikut lunas-lunas perlembagaan Negeri. Maka apabila Hj Abdul Hadi menuduh Istana mengganggu kerajaan Pas sepatutnya beliau mengemukakan secara terperinci apakah gangguan yang dilakukan oleh pihak istana Kelantan. Ini adalah sifat pemimpin Pas yang sentiasa menyalahkan orang lain.

Sebagai contoh lagi; dalam soal hukum hudud pula, sultan Kelantan telah menandatangani warta bagi memperkenankan pelaksanaan hukum hudud. Tidak pernah rakyat kelantan mendapat tahu bahawa istana menentang pelaksanaan hukum hudud di Kelantan. Jikalau benarlah Haji Hadi dapati ada gangguan sepatutnya beliau menyenaraikannya satu persatu bagi memudahkan kita semua menyemak dan meminta penjelasan dari sultan. Sultan Kelantan bukannya manusia yang susah berkira. Baginda masuk kampung keluar kampung untuk bersolat Jumaat dan makan bersama orang kampung. Baginda bukannya manusia berwatak dewa yang tinggal di kayangan tanpa mempedulikan nasib rakyat. Maka apakah kunjungan raja bertemu rakyat itu boleh dikatakan satu gangguan?

Apakah yang Pas kehendaki daripada istana Kelantan? Satu pertanyaan yang tidak mungkin berani dijawab oleh pihak Pas kerana pemimpin Pas sendiri banyak melakukan salah laku terhadap rakyat termasuk gagal memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat sehingga ditegur oleh Sultan Kelantan di dalam Persidangan DUN Kelantan baru-baru ini. Pas sepatutnya bersyukur kerana mempunyai seorang raja yang boleh duduk bersila dengan Menteri Besar. Berbincang dan berbual mesra tanpa ada protokol dan sekatan yang bukan-bukan.

Apa yang jelasnya ialah kegagalan Pas memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat yang menyebabkan istana membuat teguran. Teguran istana Kelantan dianggap berbisa kepada Pas kerana Istana Kelantan mempunyai kedudukan yang tinggi di kaca mata rakyat Kelantan. Istana Kelantan bukan terdiri daripada kalangan kaki judi, kaki arak atau kaki maksiat. Inilah yang sebenarnya menakutkan Pas. Pas juga menyifatkan Kerajaan Pusat sebagai pengganggu. Apa yang dilihat oleh rakyat ialah Kerajaan Pusat banyak menyumbang bagi memberi kemudahan dan kesejahteraan kepada rakyat. Bahkan kerajaan pusat telah memberi peruntukan yang begitu banyak ke negeri Kelantan. Dulu pernah kerajaan negeri Kelantan meminta pinjaman wang dari Kerajaan Pusat untuk memulihkan bekalan air bersih kepada rakyat Kelantan, dan telahpun Pusat membantunya, walaupun Pas masih gagal menjernihkan air. Di manakah rasionalnya tuduhan Hj Abdul Hadi tersebut. Melalui pelbagai agensi Kerajaan Pusat telah menyalurkan bantuan kepada rakyat Kelantan. Apakah Pas buat-buat tak nampak melihat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan pusat kepada rakyat Kelantan.

Melalui pelbagai agensi, Kerajaan Pusat melaksanakan program peningkatan ekonomi kampung, pemulihan rumah, pemberian susu penuh krim kepada murid-murid sekolah, bantuan buku teks, perpustakaan desa, makanan tambahan di sekolah-sekolah dan Taman Bimbingan kanak-kanak, projek ternakan haiwan, projek perikanan, skim bantuan buku teks, skim alaun pekerja cacat, khidmat bimbingan dan pengembangan pertanian, membina rumah kepada rakyat termiskin, subsidi baja padi, subsidi harga padi, membuka Pasar tani, memberi peruntukan yang besar kepada kelas fardu ain (KAFA) pembinaan jalan kampung, membina bangunan sekolah yang baru, dan pelbagai jenis program untuk membantu masyarakat Kelantan. Maka apakah yang boleh disenaraikan oleh kerajaan Kelantan dalam konteks memberi kemudahan kepada rakyat?

Apakah cukup dengan kerajaan Pas membina papan tanda Islam, membina pintu gerbang Islam, membina hotel Islam dan mendabik dada kerana kononnya Menteri Besar tidak menerima elaun itu dan ini? Berapa kalikah dalam setahun Pak Chu, Mak Chu, Pak Da, Mak Da, Tok Wak, Tok Ayah , Pak Chik, Mak Chik, Tok Lebai, Tok Aji yang tinggal di kampong-kampong tidur di Hotel Islam Pas? Apa yang diperlukan oleh mereka ialah kemudahan yang terus dapat dinikmati oleh mereka seperti perumahan yang baik, bekalan api elektrik, air yang bersih, jalan yang sempurna dan kemudahan untuk mencari rezeki bagi anak-anak.

Apakah pemimpin Pas tidak pernah memikirkan kepayahan sebuah keluarga yang berpisah dengan anak gadis kerana anak gadis terpaksa meninggalkan Kelantan untuk mencari rezeki ke luar negeri. Apakah ini tidak termasuk di dalam agenda yang dilaung-laungkan sebagai membangun bersama Islam dan Kepimpinan Ulama?.

Amat memalukan jikalau inilah situasi yang dijadikan model untuk menunjukkan Kelantan sebagai sebuah bandar raya dan negeri Islam, lebih-lebih lagi sebagai serambi Mekkah. Dengan pelbagai kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan pusat, kita hairan bagimana cara berfikir pemimpin Pas yang menuduh kerajaan pusat mengganggu Kelantan.

5. Tamakkan jawatan.

Sebagai renungan sejarah. APU pecah kerana kegagalan Pas dalam perkahwinannya dengan parti Melayu Semangat 46. Kegagalan yang pertama ialah perkahwinan tersebut ibarat kahwin lari ke Narathiwat kerana sepanjang lapan tahun perhubungannya dengan Semangat 46, Pas tidak pernah menandatangani sebarang surat perjanjian secara hitam putih dengan Semangat 46. Tidak ada MoU bertulis, apa yang ada ialah ceramah bersama, dan mesyuarat bersama. Kesan daripada tiadanya perjanjian bertulis itulah maka apabila berlakunya perpecahan Pas dengan Semangat 46 pada tahun 1996 masalah harta pesaka dan penjagaan anak-anak tidak dapat diselesaikan. Masing-masing hanya dapat tuduh menuduh. Pas mendakwa Semangat 46 isteri yang curang. Semangat 46 mendakwa Pas gagal beri nafkah secukupnya.

Apa yang rakyat dapat lihat ialah sebagai parti Islam, Pas gagal berdakwah kepada Parti Semangat 46. Pas hanya mahu memperalatkan Semangat 46 bagi kepentingan politik sendiri bukannya menggunakan kesempatan yang ada untuk berdakwah kepada Semangat 46. Yang sebenarnya mana mungkin Pas boleh berdakwah jikalau Pas sendiri gagal untuk menunjukkan tata laku yang baik.

Sudah pasti terlalu banyak susahnya daripada senang bagi Semangat 46 ketika bersama Pas menyebabkan Semangat 46 sanggup menebalkan muka kembali rujuk kepada UMNO. Tidak mungkin tergamak untuk pemimpin Semangat 46 yang duduk bersama dengan pemimpin Pas selama lapan tahun sanggup lari meninggalkan Pas jikalau tidak ada satu-satu perkara yang besar. Pas jangan hanya menyalahkan Semangat 46 sahaja, tiliklah diri sendiri. Hasil daripada kegagalan muafakat Pas - Semangat 46 menyebabkan rakyat tidak hormat kepada Pas kerana gagal memberi tarbiah kepada Semangat 46.

Mana mungkin Semangat 46 boleh hormat kepada Pas jikalau pemimpin Pas sendiri berlumba-lumba mengejar habuan dunia seperti balak dan sebagainya selepas menang pilihan raya umum 1990. Selepas menang pada tahun 1990, Pas mengamalkan politik gomol. Gomol sungguh-sunguh. Pas gomol Jawatan Timbalan Menteri Besar, gomol 5 jawatan utama di Pejabat Unit Dakwah Halaqat, gomol semua 14 jawatan pegawai dakwah Halaqat peringkat Parlimen dan gomol kira-kira 90% jawatan yang wujud di bawah unit tersebut. Daripada 24 jawatan di Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Pas gomol 19 jawatan dan di Pusat Kajian Strategik Pas gomol sungguh-sungguh dengan meninggalkan hanya satu jawatan untuk Parti Semangat 46.

Politik gomol Pas ini lebih parah selepas pilihan raya umum 1995. Jawatan pengerusi-pengerusi anak syarikat SEDC di ambil alih satu lepas satu daripada parti Semangat 46, kuota EXCO 46 yang diberi kepada Berjasa diambil oleh Pas selepas calon Berjasa kalah di DUN Kota Lama, kuota Ahli Majlis Daerah dan Ahli Majlis Perbandaran diubah tanpa mendapat restu dan persetujuan Parti Semangat 46. Politik gomol ini memakan diri apabila Semangat 46 gomol Pas pula apabila mereka menyertai UMNO secara beramai-ramai. Kesimpulan yang dapat difahami daripada peristiwa tersebut ialah membuktikan bahawa Pas bukannya Idola atau model terbaik. Pas tak lebih daripada Parti hepokrit dan parti mecemarkan imej Islam semata-mata.

Dalil Mengapa PAS Mesti Ditolak Kerana Salah Guna Masjid...


Nyata dan jelas bahawa perbuatan menggunakan masjid untuk menimbulkan kemudaratan adalah dilarang dan adalah perbuatan munafik. Ini sudahpun berlaku di zaman Rasullullah saw dan di zaman kita, menjadi lebih teruk lagi.

Firman Allah swt dalam Surah Al Taubah..ayat 107..

Maksudnya : .Dan (diantara orang orang munafik itu) ada orang orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudaratan (pada orang orang mukmin) untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasulnya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah : Kami tidak mengkehendaki selain kebaikkan. Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahannya)

Yang dimaksudkan dengan orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu ialah seorang pendeta Nasrani bernama Abu 'Amir, yang mereka tunggu-tunggu kedatangannya dari Syiria untuk bersembahyang di masjid yang mereka dirikan itu, serta membawa tentara Romawi yang akan memerangi kaum muslimin. Akan tetapi kedatangan Abu 'Amir ini tidak jadi karena ia mati di Syiria. Dan masjid yang didirikan kaum munafik itu diruntuhkan atas perintah Rasulullah s.a.w. berkenaan dengan wahyu yang diterimanya sesudah kembali dari perang Tabuk.

Masjid di negara kita sudah disalah gunakan sebagai gelanggang politik oleh parti PAS , kata kata mencarut, menghina dan mengutuk dan memaki dan memfitnah yang tergolong dalam perbuatan tercela dilakukan di dalam masjid. Berpolitik di masjid boleh menimbulkan perasaan benci membenci dikalangan puak yang bertentangan sehingga kadangkala berlaku pertengkaran dan pergaduhan.

Wednesday 31 October 2012

Maaf…Ini Bukan Kuih Pau Ye, Tapi Seluar Dalam Panas!!!...




Jikalau anda bersiar-siar di Jepun pada musim sejuk, jangan sesekali terpedaya dengan oven kuih pau yang terdapat di kedai-kedai.

Sekali pandang, mungkin terliur juga tengok 'kuih pau' berwarna-warni di dalam oven tersebut.

Tetapi bila dihampiri, ia bukan kuih atau makanan, tetapi ia dipenuhi dengan SELUAR DALAM wanita.

Ketika musim sejuk, terdapat peniaga pakaian dalaman wanita di Tokyo yang 'memanaskan' seluar-seluar dalam yang hendak dijual – di dalam oven tersebut!

Harganya adalah sekitar RM 30 sehelai, tidak pasti selama mana 'kepanasan' seluar dalam itu akan berkekalan tetapi ia ternyata mendapat sambutan hebat pembeli yang merasakan kaedah tersebut 'unik'.

Oh yea, lupa nak beritahu, seluar dalam 'kuih pau' ini hanya dijual pada musim sejuk sahaja, dan ia tidak mempunyai perisa kari, kacang atau kaya…jangan nakal OK!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Puaka Niring : Manusia X-Ray: Boleh Melihat Dan Membaca Walaupun Mata Ditutup Rapi...


Sungguh menakjubkan!!!. Gadis ini sememangnya luar biasa, Rajana Agrawal, boleh melihat dan membaca walupun matanya ditutup dengan lapisan kapas dan kain hitam. Dia juga boleh membezakan warna. Jom kira lihat kebolehannya.

Quikie : Giler La Budak 4 Tahun Menari MJ



Ellen recently saw a YouTube video of an amazing 4-year-old dancer. She just had to get him here, so today Yiming Wang arrived all the way from China to perform on the show.

AES : Pandangan Pemuda UMNO Bikin Pembangkang Mati Kutu... @NajibRazak @KhairyKJ @KLRoadBlock


Semalam selepas mesyuarat EXCO Pemuda berlangsung di PWTC, Ketua Pemuda UMNO YB Khairy telah membuat kenyataan akhbar mengenai pandangan Pemuda UMNO mengenai sistem AES yang menjadi buah mulut ramai orang dari setinggi-tinggi manusia sampai serendah-rendah manusia, dari lobi hotel hinggalah ke warung-warung rakyat mula memperkatakan mengenai sistem AES ini. KLIK SINI

YB Khairy membawa suara dan pandangan Pemuda UMNO pada dasarnya tidaklah menolak sepenuhnya perlaksaan sistem ini tetapi meminta pihak kerajaan dan pihak yang berkaitan agar menimbang semula beberapa perkara yang dirasakan penting agar sistem ini tidak memberi kesan kepada rakyat seterusnya mambuatkan rakyat menjadi marah dengan dasar-dasar kerajaan. Antara perkara yang Pemuda UMNO mahu dipertimbangkan seperti berikut :

1. Lokasi kamera.

2. Had laju laluan tertentu.

3. Jarak antara kamera.


Pada dasarnya Pemuda UMNO bukan tidak menyokong sistem AES ini tetapi hanya perlaksanaannya perlulah ditambah-baik dan buat masa ini eloklah ia ditangguhkan dahulu sehingga ia benar-benar sudah bersedia untuk dilaksanakan tanpa ada kelemahan.

Di bawah ini adalah kenyataan Ketua Pemuda UMNO YB Khairy : 



Dr M Kata Masa Dah Sesuai Panggil PRU....


Sebagai bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO selama 22 tahun, pandangan dan kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai bila sesuai pilihanraya diadakan selalu curi tumpuan berbagai pihak.

Kata Dr Mahathir, pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sesuai diadakan bila-bila masa sahaja, termasuk pada tahun ini namun terpulang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memilih tempoh yang sesuai.

Katanya, sama ada diadakan hujung tahun ini atau awal tahun depan iaitu sebelum mandat lima tahun Barisan Nasional (BN) tamat, bila-bila masa dari sekarang juga merupakan masa yang baik untuk mengadakan pilihan raya.

"Bergantung kepada Datuk Seri Najib apa keputusannya. Pandangan saya adalah pandangan saya. Saya fikir kita sudah sampai penghujung, ia tidak menjadi masalah sama ada akhir tahun ini atau awal tahun depan," ujar beliau.

Menurutnya, BN boleh menunggu waktu yang sesuai untuk memuktamadkan tarikh pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum namun ini juga memberi peluang kepada parti pembangkang untuk membuat persediaan.

Dr Mahathir berkata beliau tidak menolak kemungkinan pilihan raya diadakan pada tahun ini juga.

Sementara itu, Najib yang juga merupakan Pengerusi BN mahu semua jentera parti gabungan itu mempunyai kesiapsiagaan yang tinggi sebelum menuju ke medan peperangan pada PRU13 tidak lama lagi.

Tuesday 30 October 2012

Pakaian Artis China Hampir Nampak Semua!!!






Tidak dinafikan, pakaian yang dipakai artis negara China ni cantik, sama cantik macam orangnya.

Namun, tahap 'keterbukaan' pun boleh tahan jugak.

Mungkin wanita ini layak diberikan anugerah khusus kerana berani terover.

Dan tidak lama lagi, kemungkinan akan ada artis wanita tempatan kita yang tidak berapa terkenal tapi nak publisiti, bukan sahaja akan mengikut, tetapi bagi nampak lagi banyak.

"Saya tak perasan….jangan pertikaikan cara berpakaian saya….saya mohon maaf, minggu depan saya buat lagi k" – antara alasan yang mungkin diberikan.

Ehhhh…dah terlajak topik. Jom tengok gambar berkenaan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sahaja Aku Follow Abby Abadi Kerana Allah Taala???... Abby_Abadi112



Kalau hendak melawak pun berpada-padalah.

Jangan keterlaluan.

Perlu ke tweet benda-benda camni dik oi?

Atau budak yang buat ini memang sudah fanatik tak tentu hala?

Sukar untuk ditafsirkan tetapi yang pasti, kalau sayang sangat kat ustazah Abby pun, tak perlu le sampai ke tahap ini.

Boleh jadi syirik dik oooi... Jangan buat main benda-benda macam nie...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khalid Ibrahim Perlu Jawab Segera Pendedahan Audit...


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dicabar untuk menjawab segera kelemahan kerajaan negeri yang terkandung dalam Loporan Ketua Audit Negara.

Pendedahan itu berkaitan skim Tawas, tukar syarat tanah, penyelenggaraan jalan dan penyata tunai.

Tindakan Khalid berdiam diri jelas sekali menunjukkan sikap kerajaan negeri yang angkuh, ego dan cuba menutup kelemahan.

Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan baru-baru ini memperlihatkan banyak kelemahan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Khalid.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dokumen Rahsia PRU13 BN Jatuh Ke Tangan PR???...


Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan kebocoran maklumat kesiapsiagaan BN bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang yang kononnya dimiliki pembangkang.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihaknya juga telah menghantar surat kepada semua parti komponen BN supaya berhati-hati dan menganggap dokumen-dokumen yang diedarkan sebagai rahsia.

Meskipun menganggap dakwaan pembangkang itu sebagai gimik politik, tegasnya, sebarang tindakan terhadap mereka yang bertindak membocorkan maklumat tersebut akan diserahkan kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita sedang siasat. Kita hendak dapatkan dokumen yang ada pada Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) supaya tahu siapa yang beri kepada beliau. Ini kerana setiap dokumen yang diedar ada kod tersendiri. (Tetapi) kemungkinan ini pun gimik politik DAP sebab mereka juga rasa tertekan. Kita pun ada dokumen pembangkang, tak bising pun.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 29 October 2012

Jangan Tengok!!! Pencuri ‘Tersula’ Bontot Sendiri...





Ini nasib malang yang dialami oleh seorang pencuri.

Setelah menyedari yang dirinya diperhatikan, dia segera melarikan diri dengan melompat pagar rucing pada pagar rumah yang yang menjadi sasarannya.

Malangnya dia gagal melompat.

Punggungnya tertusuk besi pagar yang runcing tersebut., ouwhchhhh!!!

Satu hal pula bomba terpaksa dipanggil untuk menyelamatkan dirinya yang menjerit-jerit kesakitan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bukti Anwar Pernah Menipu Pengundi Di Pulau Pinang...

Sunday 28 October 2012

Baju Jennifer Lopez JLo Terlondeh Hingga Nampak Payudara...


Penyanyi antarabangasa, Jennifer Lopez menjadi 'mangsa wardrobe' buat kali kedua apabila baju yang dipakainya terlondeh sehingga menampakkan payudaranya semasa sedang rancak menari.

Insiden itu berlaku semasa dia sedang membuat persembahan di O2, London pada malam Isnin, 22 Oktober lalu.

Dia yang dikhabarkan berada di Eropah sempena konsert jelajah Dance Again World Tour 2012.

Menurut Radar Online, kejadian itu berlaku ketika Jennifer atau JLo sedang menari rancak dengan mengenakan jumpsuit labuci.

Malangnya, secara tiba-tiba dia hampir tergelincir lalu menyebabkan baju bahagian kanannya terlondeh sehingga menayangkan payudara.

Namun, nasib baik dia sedar lalu cepat-cepat membetulkan bajunya dan meneruskan persembahan seperti tiada apa yang berlaku.

Sebelum itu, semasa membuat persembahan di Itali, diva pop Amerika itu turut mengalami insiden yang sama.

Bagaimana pun, kejadian yang berlaku tidak memberi kesan kepada sambutan peminat terhadap persembahannya.

JLo sempat menulis di Twitter 'London wow! Thank you for an amazing night! #untilnexttime. Lots of love always! #DanceAgainWorldTour2012′.

Diharapkan selepas ini JLo akan lebih berhati-hati dalam memilih pakaian.

Jika tidak, apabila datang ke Malaysia pada Disember nanti, JLo bakal dihalau pula. Bahaya tu!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Baju Jennifer Lopez JLo Terlondeh Hingga Nampak Payudara...


Penyanyi antarabangasa, Jennifer Lopez menjadi 'mangsa wardrobe' buat kali kedua apabila baju yang dipakainya terlondeh sehingga menampakkan payudaranya semasa sedang rancak menari.

Insiden itu berlaku semasa dia sedang membuat persembahan di O2, London pada malam Isnin, 22 Oktober lalu.

Dia yang dikhabarkan berada di Eropah sempena konsert jelajah Dance Again World Tour 2012.

Menurut Radar Online, kejadian itu berlaku ketika Jennifer atau JLo sedang menari rancak dengan mengenakan jumpsuit labuci.

Malangnya, secara tiba-tiba dia hampir tergelincir lalu menyebabkan baju bahagian kanannya terlondeh sehingga menayangkan payudara.

Namun, nasib baik dia sedar lalu cepat-cepat membetulkan bajunya dan meneruskan persembahan seperti tiada apa yang berlaku.

Sebelum itu, semasa membuat persembahan di Itali, diva pop Amerika itu turut mengalami insiden yang sama.

Bagaimana pun, kejadian yang berlaku tidak memberi kesan kepada sambutan peminat terhadap persembahannya.

JLo sempat menulis di Twitter 'London wow! Thank you for an amazing night! #untilnexttime. Lots of love always! #DanceAgainWorldTour2012′.

Diharapkan selepas ini JLo akan lebih berhati-hati dalam memilih pakaian.

Jika tidak, apabila datang ke Malaysia pada Disember nanti, JLo bakal dihalau pula. Bahaya tu!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BN Akan Terus Kekal Di Putrajaya...


Barisan Nasional (BN) akan terus kekal di Putrajaya meskipun pakatan pembangkang melemparkan pelbagai tohmahan dan tuduhan palsu ke atas parti itu.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, BN akan terus bertahan disebalik pelbagai dakwaan tidak benar itu kerana rakyat telah melihat bukti perjuangan BN untuk mereka selama ini.

"BN telah berjaya membuktikan komitmennya dalam menjaga kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum serta ketulusan para pemimpinnya yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

"Perjuangan BN adalah demi rakyat dan masa depan negara, bukan demi individu atau kumpulan tertentu," katanya melalui satu kenyataan media.

Rosnah berkata, walaupun pihak pembangkang gemar mewujudkan propaganda, namun rakyat sudah mula membuka mata untuk menilai mana janji yang ditepati atau sekadar menabur Janji.

Menurutnya, BN merupakan sebuah parti yang sedar bahawa kestabilan, keamanan serta kemakmuran negara mesti dipelihara dan segala janji harus ditepati sekiranya ingin terus memimpin negara.

Atas sebab itu, katanya, Puteri UMNO yakin masa depan BN akan kekal cerah ekoran komitmen pemimpinnya yang meneruskan cara berkhidmat atas dasar demi rakyat dan demi masa depan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Alamak!!! Lembu Korban Mengamuk!!! Lariiiiiiiiiikk!!!


Semalam kebanyakan masjid dan surau melaksanakan ibadah korban.

Ini kerana kebetulan Hari Raya Haji jatuh pada hari Jumaat, jadi banyak pentadbir dan pengurusan masjid membuat keputusan untuk menyembelih korban pada hari tu kerana masa agak suntuk.

Cuma kami berharap dalam kemeriahan melaksanakan ibadah itu, keselamatan pun harus dijaga.

Maklumlah, kebanyakkan yang terlibat adalah mereka yang dalam kategori 'amatur', mungkin tak biasa dengan cara dan 'prosedur' untuk 'menewaskan' lembu.

Lagipun nama pun binatang, bukan senang nak menjangka 'reaksi' ternakan ini.

Di masjid SS15, Subang Jaya, Selangor, seekor lembu dikatakan 'mengamuk' sewaktu hendak dikorbankan pagi tadi hingga menyebabkan seorang cedera.

Lembu itu dikatakan terlepas sebelum dikejar hampir satu kilometer oleh orang ramai.

Ketika melalui sebatang jalan di SS17/2, lembu tersebut menanduk seorang sukarelawan hingga menyebabkan dia terpelanting dan cedera.

Terima kasihlah pada anggota-anggota bomba dan pihak polis kerana berjaya mengawal keadaan yang pastinya kelam-kabut itu.

Bukan apa, takut lain yang hendak dikorbankan, lain pula yang terkorban.

Hati-hati ye bang!

Selamat Hari Raya Aidil Adha.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers